Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Bila Isteri Merajuk Dengan Suami, Jangan Dibiarkan Tanpa Dipujuk, Mengapa?

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Dalam kehidupan berumahtangga dan hubungan suami isteri pasti ada pertengkaran, pertelingkahan atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara-perkara tertentu yang menimbulkan kemarahan pasangan, lebih-lebih lagi isteri merajuk yang biasanya akan berkecil hati  dengan suami.

Apabila berlaku hal ini, rajuk isteri pasti akan menjadi-jadi jika kesilapan itu berpunca daripada suami. Hubungan akan menjadi lebih tegang dan dingin sekiranya si suami tidak memujuk dan membiarkan si isteri merajuk dan isteri pula masih dengan pendiriannya dan tidak mahu mengalah.

Sebagai seorang ketua keluarga, suami tidak seharusnya membiarkan isteri begitu sahaja tanpa memujuknya. Jika dibiarkan begitu sahaja pasti hubungan suami isteri akan menjadi lebih teruk lagi. Adalah lebih baik suami memujuk isteri dengan penuh ikhlas, tapi mengapa suami harus memujuk isteri walaupun suami tidak bersalah? Sila baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini yang akan menjelaskan mengapa dan kenapa.

Isteri Merajuk

Tadi balik dari Pulau Pinang ke KL, jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa macam mahu marah saja. Dia menangis, 24 jam asyik marah saja, menjerit, marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.

Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak.

isteri merajuk dengan suami
Dalam rumah tangga suami isteri harus memahami perasaan masing-masing.

Mana suami puan?

Di belakang tu. Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya.

Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.

Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua. Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang. Bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.

Sunnah bawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.

Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.

Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.

Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita. Masa itu kita bantu buat kerja rumah.

BACA JUGA : Wahai Para Isteri Yang Disayangi, Jangan Sesekali Sebut 9 Ayat Ini Kepada Suami

Sekali-sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.

Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca denga cinta dan sayang.

Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita. Dengar dengan cinta dan perasaan, dengan jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumah tangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Kasihan ramai isteri jadi overstress, sakit jiwa, sakit, kurus dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.

isteri merajuk
Abaikan saja apa yang orang nak kata tentang suami dan isteri kita asalkan kita sekeluarga bahagia.

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.

Abang tu kata terima kaseh ustaz. Syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.

Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia. Allah jaga orang jaga agama. – Ustaz Ebit Lew

Berikutnya Tips dan cara memujuk isteri yang sedang merajuk dari Ustaz Azhar Idrus.

Isteri merajuk mengapa suami langsung tak pujuk? – Ustaz Azhar Idrus

Bila Isteri Merajuk Dengan Suami, Jangan Dibiarkan Tanpa Dipujuk, Mengapa?
Saza


Cikgu Hensem Kelas Cantik! – Netizen Puji Guru Lelaki Ini Pandai Hias Kelas

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Viral di laman sosial beberapa gambar yang dimuat naik memaparkan sebuah kelas yang sangat cantik dihias rapi dan kemas telah menarik perhatian netizen ditambah dengan cikgu lelaki yang dikatakan sangat kacak menjadi kegilaan ramai wanita.

Semua gambar berkenaan dilaporkan telah disebarkan oleh guru prasekolah terbabit melalui sebuah group cikgu prasekolah yang kemudiannya jadi viral di Facebook dan mendapat reaksi netizen sehingga menerima puluhan ribu perkongsian.

kelas
© Mohd Azwal Derani

“Kelas awak sangat cantik, saya pasti murid-murid akan seronok datang ke sekolah dan enjoy untuk belajar dalam kelas, keep it up!” – Ellena Chai.

“Anak murid mesti gembira datang ke kelas cikgu ni, dah la kelas cantik, cikgu pulak hensem gila. Seronoknya kalau boleh jadi anak murid cikgu.” – Sarah Zainuddin.

“Cikgu ni sangat kreatif dengan kombinasi warna dan susunan kelas yang sangat kemas dan menarik. Cikgu hensem ni ada kreativiti dia yang tersendiri,” – Siti Musila.

“Cantiknya kelas cikgu, saya ingat cikgu perempuan yang buat, rupanya cikgu lelaki, tak sangkanya. Anak murid tentu suka belajar dan datang sekolah, silap-silap tak mau balik dah,” – Siti Zalina.

Melalui maklumat yang didapati daripada blog Cikgu Hailmi, Flipped Classroom adalah merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah menerusi video di luar kelas tersebut.

Jadi, waktu kelas dapat digunakan secara keseluruhan dan sepenuhnya bagi aktiviti kerjasama atau kolaborasi serta pengukuhan terhadap pelajar melalui cara individu.

BACA JUGA : (VIDEO) & Saya Ingin Bawa Cikgu Bersama Masuk Syurga – Pelajar Mohon Maaf Dari Gurunya Menyentuh Hati Orang Ramai

© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani
Cikgu lelaki
© Mohd Azwal Derani
cikgu pra sekolah
© Mohd Azwal Derani
Cikgu pra  Sekolah
© Mohd Azwal Derani
© Mohd Azwal Derani

Atau dengan lebih jelas lagi, pelajar akan diberikan video untuk ditonton sebelum murid memasuki ke dalam kelas. Manakala, di dalam kelas pula, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti-aktivit tertentu.

Tiada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom itu dijalankan. Walau bagaimanapun, selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang telah pun direkodkan dan ativiti yang seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, ianya dikira sebagai Flipped Classroom.

© Mohd Azwal Derani

Syabas Cikgu Mohd Azwal Derani kerana kreativiti anda yang sangat menarik itu dan selepas ini pasti ramai ibu bapa yang akan menghantar anak mereka ke sekolah di mana cikgu ini mengajar. Tahniah!

Cikgu Hensem Kelas Cantik! – Netizen Puji Guru Lelaki Ini Pandai Hias Kelas
Saza

Kalau Bukan Ajal, Tiga Mangsa Nyaris Maut Tanah Runtuh Di Jalan Utama Jemaluang-Mersing

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Kebelakangan ini cuaca di Malaysia kelihatan agak sejuk dek kerana hujan yang turun hampir setiap hari yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh, jalan licin dan sebagainya serta keadaan ini pasti menganggu pergerakan dan aktiviti harian orang ramai.

Ketika kita semua tidur nyenyak dan sedang bermimpi, rasa sejuk seperti di luar negara pada waktu malam akhir-akhir ini, satu kejadian tanah runtuh yang mendap di jalan raya telah berlaku dan hampir turut meragut tiga nyawa yang ketika itu melalui jalan tersebut.

mendapan tanah
© Malay Mail
Jalan rosak
© Facebook

Memetik laporan World of Buzz, kejadian yang menakutkan itu berlaku di laluan utama Jemaluang-Mersing yang dilaporkan hampir meragut nyawa tiga mangsa. Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut telah berlaku pada awal pagi tadi di jalan yang berdekatan dengan Institut Latiahn Perindustrian (ILP) Mersing yang kini terpaksa ditutup atas sebab keselamatan sera sedang dalam proses pembaikan.

mendap
© Facebook
tanah runtuh
© Facebook

Mangsa kejadian tersebut yang dikenali sebagai Swee Ah peng, 60, pada ketika itu bersama dua penumpang yang lain menggunakan jalan berkenaan dan merasa terkejut dengan keadaan tanah mendap di situ secara tiba-tiba yang berkeluasan 70 meter dan kedalaman 15 meter sekaligus telah menyebabkan kenderaan yang mereka naiki itu terjatuh ke dalam gaung tanah yang mendap tersebut.

Mereka bernasib baik kerana ketiga-tiga mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan serta dalam keadaan stabil selepas bencana tersebut. Walau bagaimanapun, hanya Swee sahaja yang dikejarkan ke hospital dan dua lagi mangsa meneruskan perjalanan mereka untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Jalan mendap
© Malay Mail

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mereka telah mendapat panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 2.30 pagi dan menyatakan yang kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan berkenaan.

BACA JUGA : Kuala Lumpur, Petaling Jaya, & Johor Bahru Dikatakan Antara Bandaraya Yang Paling Memberhaya Di Dunia?

“Mangsa kejadian tersebut bersama penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan Swee telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.”

© Sinar Harian

Sementara itu, laluan berkenaan kini telah ditutup kerana tidak lagi selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan berat atau pun ringan dan dikhuatiri kejadian yang sama mungkin akan berlaku lagi. Disebabkan itu, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif yang lain melalui jalan Nitar-Jemaluang untuk ke Johor Bahru atau pun Mersing.

tanah mendap
© Facebook
tanah runtuh
© Facebook

Laporan terkini, pihak JKR Mersing telah pun mengeluarrkan kenyataan bahawa kerja-kerja pemasangan tanda amaran telah pun dilaksanakan di temapt kejadian untuk mengelakkan pengguna jalan raya daripada melalui jalan tersebut yang disifatkan amat memberhaya kepada orang ramai dengan mendapan tanah yang berlaku.

Orang ramai yang sering menggunakan jalan tersebut dinasihatkan sentiasa memandu dengan selamat serta perlu menggunakan jalan alternatif dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan semasa.

Kalau Bukan Ajal, Tiga Mangsa Nyaris Maut Tanah Runtuh Di Jalan Utama Jemaluang-Mersing
Saza

‘Maaf kerana aku beri sedikit’– Budak Perempuan Jadi Perhatian Netizen Selepas Derma Ikhlasnya RM4 Untuk Rakyat Palestin

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Keadaan di Palestin akibat peperangan yang telah berlaku menjadi perhatian serta mendapat liputan meluas dari seluruh dunia. Berbagai pihak dilihat telah menghulurkan bermacam jenis bantuan terhadap warga Palestin secara keseluruhannya kerana simpati dengan apa yang telah berlaku di negara tersebut yang memang harus dibantu.

Terbaru, seorang anak kecil dari Indonesia yang begitu ikhlas ingin memberikan bantuan kepada rakyat Palestin telah mendapat perhatian dari netizen selepas kandungan surat milik kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Naurah itu tersebar di media sosial.

Palestine
Kanak-kanak Palestin.

Memetik laporan Coconuts, kanak-kanak perempuan tersebut jadi perbualan netizen selepas suratnya yang ditujukan kepada saudara seagamanya disiarkan di laman Instagram sehingga ramai netizen memuji-muji kanak-kanak perempuan terbabit.

Melalui laman Instagram dari organisasi amal Indonesia yang dikenali sebagai Aksi Cepat Tangkap (ACT) telah memuat naik dua gambar yang memaparkan derma yang diterima mereka daripada seorang kanak-kanak yang bertujuan untuk memberikan bantuan terhadap rakyat Palestin khususnya.

kanak-kanak Palestin
© ACT

Derma dari kanak-kanak ini dianggap sangat luar biasa selepas bantuan darinya itu berupa duit yang bernilai IRD15,000 bersamaan RM4.45 sahaja dan turut terkandung di dalam sampul surat berkenaan sekeping surat yang dituliskan dengan tangan.

“Maaf ya beri sedikit sahaja, tak ada ATM. Saya nak hantar, tapi saya mahu beri kepada Palestin, tapi saya tak tahu kat mana nak hantar.”

surat adik Naurah
Duit dan surat yang ditulis oleh Adik Naurah. © ACT

“Saya nampak ACT ada alamat. Disebabkan terlalu jauh, saya poskan sahaja. Saya minta maaf kalau jumlahnya terlalu sedikit, tapi saya harap ia dapat membantu,” kata budak perempuan berkenaan.

BACA JUGA : 6 SEBAB PELIK Kenapa Israel TAKUT Dengan Briged Al Qassam. No #4 Sangat WOW

Lebih menarik lagi, turut disertakan dengan satu lukisan yang memaparkan satu bendera Palestin dan juga Indonesia yang telah dilukis bersebelahan sambil terdapat gambar beberapa orang yang dipercayai sukarelawan yang sedang membantu rakyat Palestin.

Lukisan
Lukisan yang dilukis oleh adik Naurah. © ACT

“Isu Palestin telah membabitkan ramai orang tidak mengira umur, bangsa dan kerjaya. Ianya telah jadi sebahagian daripada kehidupan seseorang. Bukan jumlah (derma) yang penting, tapi lihatkan kanak-kanak pun terdorong untuk bertindak,” jelas Iqbal Setyarso, Timbalan ketua Jabatan Komunikasi ACT.

bantuan palestin
© ACT

Ramai netizen yang mengikuti perkembangan ini dilihat begitu kagum dengan tindakan kanak-kanak ini yang disifatkan mempunyai kesedarans erta sikap prihatinnya yang sangat tinggi walaupun beliau masih kecil lagi.

“Salute untuk adik Naurah. Respect.”

“Semoga anda nanti membesar menjadi seorang wanita yng solehah dan berguna kepada masyarakat.”

“Kita kalah dengan budak sekecil ini.”

“Jangan menilai wang darinya, tetapi niat murninya yang ingin membantu saudara-saudara seagama di Palestin.”

Sikap positif yang ditunjukkan adik ini haruslah dicontohi oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa dan negara. Tahniah adik Naurah kerana menderma kerana derma anda itu sangat ikhlas dan pasti dapat pahala.

‘Maaf kerana aku beri sedikit’ – Budak Perempuan Jadi Perhatian Netizen Selepas Derma Ikhlasnya RM4 Untuk Rakyat Palestin
Saza

Polis Menahan Remaja 14 Tahun Kerana Liwat Lelaki OKU Selepas Melihat Rakaman CCTV Dalam Masjid

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang remaja yang dipercayai bawah umur berusia 14 tahun kerana dikatakan telah meliwat seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang berusia pertengahan 30-an di dalam sebuah masjid.

Remaja terbabit telah ditahan polis pada Jumaat lalu selepas adik kepada mangsa membuat laporan di Balai Polis Gemas pada awal pagi selepas mendapat tahu tentang kejadian tersebut daripada seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

kes budak sekolah
Budak lelaki berusia 14 tahun ditahan polis.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abdul Razak, suspek adalah seorang pelajar sekolah telah ditangkap dan ditahan reman untuk membantu siasatan berkaitan dengan kes berkenaan.

Mangsa kemudiannya telah dibawakan ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan berhubungan dengan insiden berkenaan.

Melalui siasatan, kejadian tersebut dapat diketahui oleh AJK masjid selepas mangsa ada mengadu kepadanya yang mangsa telah mengalami sakit di bahagian punggungnya kerana atas perbuatan suspek, jelasnya lagi.

Hamazah turut berkata, mangsa yang merupakan seorang OKU dalam masalah pembelajaran, menceritakan kejadian tersebut kepada AJK masjid berkaitan dengan kelakuan suspek yang menyuruhnya meniarap sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Menurut beliau lagi, kejadian tersebut adalah yang pertama kali terjadi di daerah itu dan melalui semakan kamera litar tertutup (CCTV). mereka mendapati, kejadian itu berlaku di dalam kawasan masjid kira-kira jam 2.50 petang.

lelaki oku
Keratan akhbar dari Forum Cari

Mangsa ada membuat aduan bahawa merasa sakit dan suspek juga turut berpesan supaya mangsa jangan memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu serta turut mengambil duit mangsa sebanyak RM3.

Polis juga telah membuat rampasan terhadap suspek yang berupa pakaian mangsa dan suspek kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan siasatan dan analisis.

Kes berkenaan kini telah disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jelas Hamazah lagi.

Bagaimana perkara begini boleh berlaku terhadap seorang remaja yang berusia 14 tahun?

Polis Menahan Remaja 14 Tahun Kerana Liwat Lelaki OKU Selepas Melihat Rakaman CCTV Dalam Masjid
Saza

Kaum Lelaki Yang Tak Tunaikan Solat Jumaat Akan Didenda dan Dipenjara

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Semua orang Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu solat lima waktu semenjak dari kecil lagi. Walau bagaimanapun, segelintir daripada kita pasti ada yang masih lagi tidak menunaikannya termasuklah solat Jumaat bagi kaum lelaki.

Lebih menyedihkan, apabila dapat dilihat ada kaum lelaki tanpa segan silu yang masih berlegar di khalayak ramai ketika waktu solat Jumaat sedang dilaksanakan di masjid-masjid berhampiran. Malahan, mereka langsung tidak mengendahkan azan berkemundang dan dengan selamba bersiar-siar di kawasan berkenaan.

Solat Jumaat
Gambar Hiasan

Terkini seperti yang dilaporkan Harian Metro, disebabkan itu, Negeri Sembilan telah mengambil satu langkah yang disifatkan sepatutnya dilakukan iaitu kaedah mengurangkan masalah lelaki Islam yang sering ponteng solat Jumaat dan turut mengharapkan supaya tiada lagi mereka yang berani meninggalkan solat yang wajib ini.

Menurut Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah, Mohd Razalani Mohd Rais, hukuman dengan sebanyak RM1,000 dan penjara enam bulan akan dikenakan kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.

Notis
© Harian Metro

Belia juga turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan surat pekeliling kepada 68 masjid pada 4 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan kesedaran berkaitan dengan kesalahan meninggalkan solat Jumaat dengan disengajakan.

BACA JUGA : Inilah 9 Amalan Hari Jumaat Yang Besar Ganjarannya

Tindakan itu telah dikuatkuasakan selepas menerima aduan daripada kariah di Kuala Pilah yang mendakwa adanya beberapa lelaki Islam yang masih berada di luar masjid dan berlegar-legar di kawasan premis perniagaan seerta di tempat awam ketika solat Jumaat berlangsung.

solat jumaat
Gambar hiasan

“Ia telah m,encemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum.”

Beliau turut menambah, ini adalah merupakan kali yang pertama pihak mereka keluarkan arahan tersebut kerana ingin memastikan mereka iaiatu golongan yang tidak menunaikan solat Jumaat supaya hadir ke masjid setelah masuk waktu solat.

Solat Jumaat
© Harian Metro

Menurutnya lagi, mereka juga telah membuat permintaan agar pihak pengurusan masjid di daerah tersebut untuk membuat sebaran, hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan.

BACA JUGA : 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah. Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia-Sia!

solat jumaat di masjid
Gambar Hiasan

Solat Jumaat adalah wajib dan jangan sesekali meninggalkannya jika berupaya. Mungkin selepas ini semua negeri lain di Malaysia boleh juga turut sama seperti Negeri Sembilan.

Kaum Lelaki Yang Tak Tunaikan Solat Jumaat Akan Didenda dan Dipenjara
Saza

Tandas Kotor Adalah Salah Satu Punca Rezeki Tersekat & Cara Cuci Bilik Air

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Pasti ada sesetengah orang yang langsung tak hiraukan keadaan bilik air atau bilik mandi dan tandas kotor sehingga sanggup menggunakan tandas tersebut tanpa rasa jijik dan asalkan masih lagi boleh digunakan untuk melepaskan hajat atau pun mandi itu sudah memadai tanpa memikirkan kebersihan.

Tetapi, tahukah anda yang sebenarnya tandas kotor atau bilik air tak bersih itu melambangkan keperibadian seseorang secara rambang yang menunjukkan seseorang itu sama ada pembersih atau pengotor dan sebaliknya yang menjadi andaian orang yang mengenali diri kita apabila berkunjung ke rumah.

Cara tradisional cuci tandas
Tandas yang kotor menunjukkan peribadi tuan rumah yang pengotor.

Semoga perkongsian daripada Puan Melati Hatta ini akan membuka mata ramai orang di luar sana tentang kebersihan tandas atau bilik mandi yang mana ianya berkait rapat dengan rezeki kita pada setiap hari.

Bilik Air Punca Rezeki Tersekat

Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.

PERTAMA

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.

Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?

tandas kotor
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?

☑ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?

☑ Shaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

☑ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

☑ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

☑ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Cara Bersih Bilik Air Kotor

Petua cuci tandas yang kotor
Bilik mandi yang bersih akan memberikan keseronokan pada kita untuk mandi dalam keadaan yang selesa.

Anda harus luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya lima minit untuk bersihkan bilik air anda yang kotor kekuningan di rumah anda itu. Anda boleh amalkan tugas ini pada setiap kali anda ingin mandi dan pasti tandas kotor anda akan sentiasa bersih serta terjaga.

1. Cuci jubin, dinding, lantai dan sinki bilik air dengan menggunakan sebarang pencuci yang boleh di beli di kedai runcit atau pasar raya. Tuangkan bahan cuci ke kawasan yang anda ingin cuci dan bersihkan sehingga nampak bersih dan berpuas hati.

2. Anda juga digalakan menggunakan bahan peluntur yang terbukti berkesan untuk mencuci kekotoran yang degil seperti lumut dan sebagainya.

3. Mangkuk tandas juga harus dijaga dengan rapi dan selalu dicuci kerana pastinya rakan atau saudara yang datang nanti akan menggunakan tandas rumah anda. Lebih baik gunakan berus khas untuk mencuci tandas dan ulangi cucian setiap hari atau sekali sehari sekurang-kurangnya.

4. Letakkan apa saja jenis haruman yang sesuai untuk mewangikan suasana bilik air agar kita sentiasa selesa untuk menggunakannya. Anda boleh guna petua tradisional dengan bahan yang boleh didapati di rumah seperti daun pandan yang dihiris halus dan letakkan ke dalam bekas plastik yang terbuka atau dalam karung yang terbuka ruang udaranya.

5. Hiaskan bilik air anda dengan sebarang pokok bunga atau bunga plastik yang akan menceriakan lagi bilik air anda nanti. Hiasi dengan cermin yang digantung di dinding dan juga tempat penyangkut tuala mandi.

BACA JUGA : Rupa-Rupanya, Ini Sebabnya Mengapa Rasulullah SAW Telah Melarang Kita Kencing Berdiri. Memang Sangat Bahaya & Kesannya Terhadap Kaum Lelaki. Sebarkan!

Petua Bersihkan Mangkuk Tandas

Tandas kotor
Ramai yang gunakan coke sebagai pencuci mangkuk tandas yang dikatakan sangat berkesan.

Cuka

Anda juga boleh menggunakan cuka untuk cucian bilik air dan tandas kotor iaitu dengan tuangkan sedikit cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa jam. Kemudiannya gosok mangkuk tandas secara keseluruhannya menggunakan berus dan bersihkan sehingga kesan kotoran tiada lagi.

Coke

Setin atau sebotol coca cola juga bermanfaat untuk mencuci kotoran yang melekat di tandas anda. Cara untuk mencuci mangkuk tandas adalah sama seperti mana menggunakan cairan cuka iaitu tuang ke dalam mangkuk tandas dan biar untuk beberapa ketika lalu dicuci sehingga bersih.

Kapur Sirih

Gunakan kapur sirih yang dicampurkan dengan air dan tuangkan bahan campuran tersebut ke lantai serta biarkan beberapa ketika. Kemudiannya cuci dan bersihkan lantai seperti biasa, anda akan dapat lihat betapa bersihnya menggunakan bahan ini untuk mencuci lantai tandas.

Soda Bikarbonat

Anda juga boleh cuci lantai guna soda bikarbonat yang jauh lebih murah dari bahan lain malahan ia sangat berkesan untuk menghilangkan bau serta kekotoran selain mampu membersihkan lantai yang berkerak. Penggunaan soda penaik juga dikatakan sebagai petua kilatkan lantai mozek yang biasanya ada dalam tandas dan bilik air.

Bahan pencuci ini juga boleh digunakan untuk mencuci barangan isi rumah dan ia sangat mudah dilakukan dan yang penting sangat menjimatkan. Malahan, ramai yang mengatakan ianya adalah bahan pencuci mozek yang sangat berkesan untuk hilangkan kekotoran yang terdapat pada lantai.

Kerja Mencuci Menjadi Lebih Senang

Dengan trik dan teknik yang ditunjukkan akan memudahkan lagi kerja-kerja anda untuk bersihkan tandas dan barangan lain di rumah dengan cara yang telah dikongsikan. Semoga semuanya berguna dan bermanfaat.

Tandas Kotor Adalah Salah Satu Punca Rezeki Tersekat & Cara Cuci Bilik Air
Saza

Harga Review Budak-budak Instafamous Semakin Melampau, Seorang Peniaga Kesal Dianiaya Instafamous

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Rungutan seorang peniaga mengenai review budak-budak Instafamous menjadi perbualan netizen selepas peniaga terbabit telah buat aduan kepada The Reporter selepas Instafamous yang dibayarnya dipercayai gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya dan ini turut diakui oleh beberapa netizen yang turut mengalami nasib yang sama.

Peniaga terbabit yang dikenali sebagai Nurul Tixana menerusi laman Twitter milik beliau menyatakan tindakan Instafamous yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beliau kini sukar untuk membuat promosi IGShop miliknya yang selama ini diusahakan.

“Makin melampau betul harga budak-budak Instafamous ini. Kadang-kadang tak kena dengan harga betul. Ada yang jenis sombong, cakap ‘terima kasih’ pun susah. Ada yang jenis berkira macam ini.

“Macam manalah IGShop yang baru nak mula bisnes? Saya seorang saja ke yang kena begini? Kecewa,” katanya.

Instafamous

Instafamous

Dengan tidak membuat sebarang pendedahan tentang Instafamous terbabit, Nurul turut mendakwa bahawa individu berkenaan hanya lebih mempromosikan wajahnya sendiri sahaja berbanding produk miliknya yang ingin dijual itu.

“Ini adalah gambar yang dia pernah review. Cuba teka dia nak review apa? Sekali pandang macam nak review muka sendiri, rupanya nak review beg. Tapi hujung je beg tu nampak.

“Alahai dik, apa bendalah awak buat ni. Owner IGShop tengok pun, rasa tak ikhlas kasi barang itu dah dekat awak,” jelasnya.

Menurut Nurul lagi, beberapa rakannya yang turut berniaga ada mengalami masalah yang sama dengan salah seorang Instafamous di laman sosial tersebut.

BACA JUGA : Pakai Baju Dragon Ball Ketika Berniaga, Kuih Pok Lam Laris dan Viral

“Saya dapat ini dari kawan saya. Dia pun dah terkena dengan ‘tora-tora’ ini.

“Kita nak bagi dia rezeki, dia balas seperti ini. Tetapi biasalah, dalam bisnes. Ini kira saya tersilap langkahlah ni,” katanya yang terpaksa redha dengan apa yang berlaku.

Berikutnya adalah senarai harga review yang dikenakan oleh Instafamous terbabit seperti yang dikongsikan oleh netizen.

Semua peniaga dinasihatkan agar selalu jujur dengan pelanggan dan jangan sesekali menganaiya mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan anda. Jangan nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan akhirnya diri sendiri juga rugi.

Kepada Instafamous tersebut, jadikan teguran ini sebagai satu nasihat yang positif agar untuk anda terus berkerja dalam bidang ini dan anda juga sangat beruntung kerana wanita ini masih lagi mempunyai belas kasihan kerana tidak mendedahkan siapa diri anda sebenarnya. Jika tidak, mungkin anda akan hilang pelanggan di masa akan datang dan anda tak boleh lagi nak cari makan.

Harga Review Budak-budak Instafamous Semakin Melampau, Seorang Peniaga Kesal Dianiaya Instafamous
Saza


Wanita Cantik Ini Tak Pernah Solat, Jenazahnya Berat Sampai Anak-anak Enggan Mandikan Dan Kafankan

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Solat itu tiang agama. Ketika dihisab kelak, solatlah perkara pertama yang akan dikira oleh Allah. Jika di dunia masih terleka, kelak ketika pengakhiran hayat tak sempat nak bertaubat.

Inilah yang berlaku pada hidup Mak Ngah. Demi menghormati keluarga Mak Ngah, nama yang digunakan terpaksa ditukar. Kisah ini besar pengajarannya.

Masih jelas di ingatan Muhamad, pada pagi itu itu dia mendapat panggilan daripada saudara terdekatnya yang memohon pertolongannya bagi menguruskan jenazah ibu saudaranya.

Ibu saudaranya yang dipanggil “Mak Ngah” tidak pernah sakit, panggilan pagi tadi amat memeranjatkan Muhamad. Tanpa berlengah Muhamad mengajak isterinya terus ke rumah Mak Ngahnya.

Setibanya di sana, kelihatan anak-anak Mak Ngah semua berada di luar bilik memandikan jenazah. Tersentak dengan perbuatan mereka, Muhamad menegur mengapa tidak disegerakan urusan memandikan jenazah ibu mereka.

Solat
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

BACA JUGA : 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah. Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia-Sia!

Mereka hanya mampu menggeleng dan menangis, keempat-empat adik-beradik tersebut tetap tidak berganjak untuk menguruskan jenazah ibu mereka.

Cantik Ketika Hidup

Melihat keadaan itu, dengan ditemani isteri, Muhamad memberanikan dirinya melihat keadaan jenazah Mak Ngahnya.

Allah Maha Besar, tubuh ibu saudaranya kelihatan membengkak dan matanya pula kehitaman. Padahal sebelum ini Mak Ngah adalah ibu saudaranya yang paling cantik dan pandai berdandan.

Mungkin perkara ini menjadi asbab untuk anak-anaknya meninggalkan sang ibu dan tidak mahu meneruskan urusan memandikan jenazah.

Dia meminta pihak pengurus jenazah terdekat membantunya untuk menguruskan jenazah ibu saudaranya.

Dari awal hingga ke akhirnya, Muhamad tidak lekang daripada memohon Allah memudahkan segala urusan mereka. Tidak mahu rasanya Allah menunjukkan sesuatu yang mengaibkan Mak Ngahnya.

Lama juga masa yang diambil untuk menguruskan jenazah kerana badannya yang besar. Usai urusan memandikan, jenazah perlu diangkat untuk dikafankan.

Kala ini Muhamad sekali lagi diuji, biar pun hampir sepuluh orang termasuk anak-anaknya mengangkat jenazah tetapi beratnya bukan kepalang. Hampir putus asa untuk mengangkat jenazah tersebut.

BACA JUGA : Mengapa Seorang Wanita Dilarang Menghantar Jenazah Suaminya Ke Kubur? Ini Sebabnya…

Setelah tiga kali mencuba, akhirnya jenazah mampu diangkat keluar dan dikafan. Anak-anaknya mengambil keputusan untuk lakukan solat jenazah di rumah sahaja apabila mengenangkan jenazah ibu mereka yang berat untuk diangkat.

Jenazah Terkeluar Keranda

Ketika jenazah diangkat untuk ke kubur, tiba-tiba anak sulung Allahyarham yang berada paling depan tersadung tunggul kayu lalu keranda yang digunakan untuk mengangkat jenazah terlepas lalu mayat tercampak keluar. Khalayak yang melihat kejadian ini menjadi kelam-kabut.

Sebagai keluarga terdekat, Muhamad segera mendapatkan jenazah dan meminta orang ramai mengangkatnya semula ke dalam keranda. Masya-Allah terlalu berat jenazah rasanya.

Namun dalam keadaan kelam-kabut dan berhempas-pulas akhirnya jenazah berjaya dikebumikan menjelang waktu Asar.

Jenazah
Akhirnya kita akan dikebumikan ke liang lahad selepas meninggalkan dunia ini.

Setelah segalanya selesai, Muhamad cuba mendapatkan anak-anak arwah Mak Ngahnya. Biar pun Muhamad langsung tidak bertanya apa kejadian sebenar yang menimpa ibu mereka, tetapi anak sulungnya terus meminta agar Muhamad tidak mendedahkan aib yang telah berlaku pada ibu mereka.

BACA JUGA : Jika Anda Banyak Tinggalkan Solat, Buatlah Perkara Ini Sebelum Terlambat & Menyesal Tak Sudah Nanti

Menurut anak sulung ibu saudaranya, Mak Ngah memang tidak pernah mendirikan solat sepanjang hidupnya. Malah ketika meninggal dunia dia masih berdandan kerana mahu menghadiri majlis makan malam bersama kawan-kawannya di hotel.
Sedih hati mereka apabila ibu yang mereka sangat sayangi pergi buat selamanya sebelum sempat bertaubat.

Selama ini, hampir berbuih mulut mereka anak-beranak menasihati sang ibu, tetapi ibarat mencurah air di daun keladi.

Semoga apa yang terjadi kepada Mak Ngah menjadi pengajaran buat semua. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, hanya dia yang layak disembah.

Sumber: Mingguan Wanita

Wanita Cantik Ini Tak Pernah Solat, Jenazahnya Berat Sampai Anak-anak Enggan Mandikan Dan Kafankan
Saza

Bila Duduk Oversea, Akhirnya Lelaki Ini Terus Hanyut Lupa Asal Usul Dan Agama

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Gambar seorang lelaki yang dipercayai warganegara Malaysia yang melangsungkan perkahwin sejenis dengan pasangannya seorang lelaki mat salleh yang lebih berumur daripadanya kini viral di laman sosial selepas beberapa gambar telah dimuat naik.

Berita ini telah mengejutkan media sosial di Malaysia dengan rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini yang dikenali sebagai Afham Jamil. Manakala, satu laporan dari Northern Territory News menyatakan, Afham Janil dan Keith Edwards adalah pasangan sejenis yang pertama yang meraikan perkahwinan sejenis di Australia.

“Buat teladan masing-masing jela eh. Anak Melayu ni bro, tapi last-last hanyut bila dah stay oversea. Sayang betul,” kata Amirul Hafez menerusi status Twitter miliknya pada petang semalam.

Pasangan berkenaan dilaporkan telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Darwin yang turut dihadiri oleh beberapa jemputan dari kenalan mereka yang terdekat sahaja.

Difahamkan, majlis perkahwinan sejenis itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan memandangkan negara Australia membenarkan perkahwinan sebegini dilakukan tanpa sebarang bantahan dari rakyatnya.

perkahwinan sejenis

berkahwin dengan sejenis

lelaki kahwin lelaki

Menurut Keith Edwards, masyarakat di sana tidak memandang negatif terhada mereka walaupun mereka berpelukan atau berpegangan tangan.

Afham Janil adalah seorang rakyat Malaysia yang kini telah menjadi ‘suami’ kepada Keith.

BACA JUGA : Lelaki Ditangkap Selepas Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Rumah Untuk Rakam Kak Ipar Mandi

Afhan Janil

Manakala, beberapa orang netizen yang mengikuti berita ini mendakwa mereka mengenali Afham Janil.

‘Ini jiran saya,” kata Ikaz Maza yang mendakwa mengenali lelaki Afham.

“Yep, serius. Baru berjiran setahun lebih dengan dia. Memang kenal dan perkara ini menjadi gempar di taman (perumahan beliau) semalam.

“Tak tahu apa yang terjadi, lagipun dia (Afham) masih di sana. Tetapi semua orang taman dah kena unfriend di Facebook,” kata Ikaz.

Walau bagaimanapun, laporan The Reporter menyatakan usaha untuk menjejaki media sosial milik Afham Janil dikatakan gagal memandangkan semua media sosial milik lelaki tersebut dipercayai telah ditutup atau tidak aktif lagi selepas tersebarnya berita yang mengejutkan ini.

Berikutnya apa yang harus kita renungkan dan fahamkan:

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”

(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Bila Duduk Oversea, Akhirnya Lelaki Ini Terus Hanyut Lupa Asal Usul Dan Agama
Saza

(VIDEO) Wanita Mengheret Anak Atas Jalan Raya Dengan Skuter

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Seorang ibu disifatkan sebagai seorang yang zalim dan kejam apabila mengikat tangan anak lelakinya di belakang skuter sebelum dilihat mengheret kanak-kanak terbabit di sepanjang jalan di tenggara China.

Satu rakaman video yang kini jadi tular di laman sosial China telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan wanita terbabit di atas tindakannya itu.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia ingin menghukum anaknya itu kerana dikatakan sangat nakal.

kekejaman seorang ibu
© Daily Mail

Menurut seorang saksi yang melihat tindakan wanita berkenaan berkata, dia turut cuba untuk menghentikan perbuatan wanita kejam tersebut namun, dia pula dimarahi oleh wanita itu yang turut mendakwa telah beberapa hari melakukan perbuatan itu sebelum ini.

Saksi yang dikenali sebagai Youku itu berkata, kedua-dua beranak tersebut dilihat telah melalui jalan di kawasan Zhaotong, wilayah Yunnan pada baru-baru ini.

Ibu yang sangat kejam
© Daily Mail

Kanak-kanak lelaki tersebut yang dipercayai berusia dalam lingkungan 10 tahun dilihat menangis teresak-esak sewaktu diheret oleh ibunya di atas jalan raya.

Melalui paparan rakaman video berkenaan, wanita tersebut memberitahu bahawa anaknya terlal nakal dan dia cuba mengajarnya supaya terus berkelakuan baik.

BACA JUGA : Siapakah Orang Yang Kejam Itu Menggunakan Anak Kecil Yang Sedang Sakit Untuk Meminta Sedekah Demi Meraih Pendapatan Mudah?

Katanya lagi, dia adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut dan sudah melakukan perkara sedemikian semenjak dua hingga tiga hari lalu sebelum kejadian tersebut jadi tular di media sosial.

Ekoran kejadian tersebut kini menular ke seluruh media sosial China, ramai pengguna media sosial menganggap wanita tersebut adalah seorang ibu yang sangat kejam kerana berbuat demikian kepada anak lelakinya tanpa belas kasihan.

Malahan, rata-rata netizen turut menggesa pihak berkuasa dengan segera mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan di atas perbuatan kejamnya itu kerana bimbang mungkin akan mencederakan anaknya sendiri.

Bukan begitu caranya itu mengajar anak, mengapa harus disiksa begitu? Silap haribulan wanita ini dipenjarakan kerana terlalu kejam pada anak sendiri. Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana tentang cara untuk mengajar anak.

(VIDEO) Wanita Mengheret Anak Atas Jalan Raya Dengan Skuter
Saza

Sebenarnya Gadget dan YouTube Juga Baik Untuk Anak-anak, Ini Buktinya!

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Gadget dan YouTube

Sebelum saya bermula, saya minta ibu-bapa yang membaca penulisan ini supaya buang segala tanggapan negatif yang anda sedia ada sekarang dan kosongkan fikiran untuk menerima pendapat yang tidak popular ini.

Saya yakin, ibu-bapa masa kini kebanyakannya beranggapan gadget, sama ada telefon bimbit ataupun tablet adalah satu perkara yang tidak termasuk dalam keperluan perkembangan minda anak-anak atau dengan kata singkatannya tidak baik untuk mereka. Tidak kurang tanggapan negatif ibu-bapa ini yang mengganggap jika anak-anak dibiarkan bersama gadjet, anak ini akan menjadi anti sosial, bermasalah dan lain-lain lagi.

Kebaikan gajet kepada kanak-kanak
Zaman sekarang telefon bimbit adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian manusia.

Pada pendapat saya, ini adalah tanggapan yang salah dan seperti mencari alasan di dalam kurangnya kawalan ibu-bapa terhadap anak sendiri. Ini kerana, segala yang negatif itu datang dari kebergantungan 100% kepada gadjet dan tiadanya seliaan serta kawalan di dalam apa yang anak-anak lihat dan buat dengan gadjet mereka. Apa juga benda jika tidak diselia dan dikawal akan membawa kemudharatan.

Dari pengalaman saya sendiri, kedua-dua anak saya didedahkan dengan gadjet seawal umur 1 tahun. Saya yakin pada tahap ini, ramai ibu-bapa yang membaca penulisan ini akan mendengus marah dan silap-silap ramai yang sudah beranggapan saya bapa yang merosakkan anak.

Perlu kita buang tanggapan dan mitos mengenai anak akan sakit mata, rabun jika lama menggunakan gadget. Ini adalah mitos dan boleh dihapuskan terus dengan mengurangkan “brightness” di telefon atau gadjet yang digunakan oleh anak. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab kita menetapkan had berapa lama anak akan menghabiskan masa bersama gadget.

Sekarang, cuba anggap yang gadget itu adalah peranti untuk pembelajaran dan YouTube adalah platform untuk anak mengembangkan minda mereka. Buang yang negatif, ambil yang positif. Kita ambil peluang menggunakan teknologi yang ada sekarang untuk kebaikan anak-anak.

Gajet dan implikasinya kepada kanak-kanak
Gajet atau telefon bukan saja untuk berhubung tetapi hampir 99% urusan seharian hanya di hujung jari.

Kita mula dengan kesedaran ibu-bapa tentang betapa pentingnya kita menjadi pengawal tentang masa dan konten yang dilihat oleh anak kita. Tetapkan berapa lama dan hari-hari yang boleh untuk anak melayari youtube.

Dengan ini, ibu-bapa akan mempunyai kuasa tambahan terutamanya kepada anak-anak yang berumur 3 atau 4 tahun ke atas. Gunakan gadget sebagai hadiah atau reward untuk sesuatu perkara atau benda yang kita mahu anak kita buat. Contohnya habiskan makan baru boleh guna gadget dan sebagainya.

Kadang-kala ibu bapa tidak tahu apa yang boleh disajikan kepada anak. Jadi ramai yang tidak nampak faedah yang gadjet serta youtube dapat beri kepada anak-anak.

BACA JUGA : AWAS! Jangan Izinkan Anak Install Aplikasi Whatsapp, WeChat & Sebagainya Dalam Smartphone

Perkara yang penting untuk ibu-bapa ialah menentukan apa yang anak-anak tengok di youtube. Ini perlu dimulakan pada peringkat awal supaya anak-anak tidak terus ke arah video yang tidak sesuai atau kartun yang tidak berfaedah. Ianya seperti membina jalan minda untuk anak mula belajar. Di sini saya senaraikan channel-channel dan carian yang berguna untuk perkembangan minda anak.

Super Simple Songs

Super Simple Songs
Antara channel youtube yang terbaik untuk anak pada peringkat 1 tahun ke atas. Mempunyai video yang pelbagai sesuai untuk anak mengenal huruf bentuk dan macam-macam lagi.

Pinkfong

pinkfong
Channel youtube yang terkenal dengan lagu Shark Doo Doo.

The Gigglebellies

The Gigglebellies
Channel yang mempunyai banyak lagu-lagu kanak kanak dan pra sekolah. Penuh warna-warni tapi tidak secomel channel yang lain.

ABCKidTV

ABCKidTV
Channel yang sesuai untuk mengajar anak mengenal huruf.

KidsTV

Kids TV
Mempunyai pelbagai video lagu-lagu pra sekolah.

Emily Tube

Emily Tube
Channel yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

Hooplakidz

Hooplakidz
Pelbagai video lagu-lagu pra sekolah.

SupriseFun TV

SupriseFun TV
Channel untuk anak melihat anak-anak bermain dan buka egg suprise.

Little Baby Bum

Little Baby Bum
Banyak video lagu-lagu untuk anak bawah 3 tahun yang menarik.

Dave and Ava

Dave and Ava
Sesuai untuk anak membiasakan diri dengan lagu medium English dengan animasi yang menarik dan comel.

Chu Chu TV

Chu Chu TV
Antara channel yang bagus untuk pembelajaran English anak-anak.

FGteev

gadget
Channel medium English yang sesuai untuk anak berumur 4 atau 5 tahun ke atas.

Omar dan Hana

Omar dan Hana
Antara channel Malaysia yang terbaik. Bagus dengan pelajaran dan tauladan beserta lagu-lagu yang comel.

Upin Ipin

upin dan ipin
Carian yang terkenal buat rakyat Malaysia. Banyak video yang baik untuk dipelajari dari kisah-kisah mereka.

Boboiboy (channel Monsta)

Gajet
Antara kartun Malaysia yang terkenal. Juga baik untuk masa santai anak.

Apa sebenarnya yang anak-anak dapat dari video ini semua?

✔ Untuk video peringkat awal, anak-anak dapat didedahkan dengan Bahasa Inggeris yang ternyata penting di dalam kehidupan terutamanya apabila mereka mula melangkah ke alam persekolahan. Anak-anak kecil kadar pembelajarannya cepat. Jika didedahkan pada peringkat awal, mereka akan mudah memahami konsep percakapan dan pertuturan Bahasa Inggeris.

✔ Pembelajaran pra sekolah yang penting seperti mengenal huruf, nombor dan warna.

✔ Lagu-lagu pra sekolah banyak memberi manfaat dan hiburan santai buat anak.

✔ Kisah-kisah tauladan dari video Omar dan Hana dan Upin Ipin akan dapat diserap oleh anak kecil.

✔ Membina minda imaginasi anak. Anak-anak yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi adalah anak-anak yang bijak.

✔ Anak berumur 2 tahun sudah boleh mengenal huruf, nombor dan warna.

Penulisan saya ini adalah untuk memberi kuasa tambahan kepada ibu-bapa dan memberi cadangan laluan pendedahan dunia youtube buat anak-anak anda. Anak-anak yang didedahkan dengan video-video berguna seperti ini akan mendapat manfaat yang lebih dari anak-anak yang dilarang dari menggunakan gadjet.

Hasilnya, anak-anak yang didedahkan dengan “kebebasan dalam kawalan” ibu-bapa ini akan lebih memahami konsep Bahasa Inggeris dan pembelajaran asas semasa pra sekolah dan sehinggalah mereka masuk ke darjah 1. Mereka akan mudah menerima pembelajaran baru di sekolah kerana sudah memahami konsep pembelajaran dari peringkat awal lagi.

Di harap dengan penulisan ini juga dapat membuang padangan negatif ibu-bapa mengenai penggunaan gajet oleh anak-anak kecil ini.

gajet
Anak-anak harus didedahkan dengan teknologi gajet dengan dipantau ibu bapa.

Kuasa di tangan anda, terpulanglah kepada anda untuk menggunakan teknologi yang sedia ada sekarang untuk kebaikan anak-anak atau tidak. Kerana pada pendapat peribadi saya, gadjet dalam kawalan dan pendedahan yang betul adalah amat berguna kepada perkembangan minda anak-anak.

Perlu diingatkan yang gadjet ini sememangnya membantu tetapi yang paling penting ialah masa bersama keluarga. Anggap gadjet ini sebagai medium pelajaran tetapi kasih sayang kepada anak perlu datang dari ibu-bapa sendiri.

Jangan lupa juga untuk memantau video yang dilihat anak bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari tujuan asal pendedahan pembelajaran mereka ini.

Gunakan kuasa gadjet ini sebaik mungkin. Contohnya jika anak taknak makan, bagitau kat mereka yang dia hanya boleh guna gadjet jika habis makan. Perlu bagi anak tahu kita yang berkuasa menentukan sama ada dia boleh atau tak boleh menggunakan gadjet. Ini secara tidak langsung dapat membentuk disiplin anak.

Semoga dapat memberi manfaat.

Silakan share penulisan ini jika mahu.

Penulis: Akhtar Syamir

Sebenarnya Gadget dan YouTube Juga Baik Untuk Anak-anak, Ini Buktinya!
Saza

Bayar Saman Dengan Kadar RM10 Sahaja Mulai Februari Hingga April 2018 Nanti

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Biasanya, mereka yang mempunyai saman melakukan kesalahan jalan raya atau sebarang saman yang membabitkan kenderaan, mereka akan menangguhkan dulu bayaran saman di atas berbagai sebab kerana tidak mempunyai masa yang sesuai termasuklah tidak mempunyai wang yang cukup.

Walau bagaimanapun, mulai Februari ini, semua pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman mampu menarik nafas lega kerana satu promosi hebat yang bakal memudahkan ramai orang dan tidak lagi harus memikirkan tentang bebanan saman yang banyak itu.

Mulai pada Februari ini sehingga bulan April tahun ini, semua orang yang memiliki saman tertunggak boleh membuat pembayaran dengan kadar bayaran yang sangat rendah yang kini sedang dipromosikan, lapor World of Buzz.

diskaun bayaran saman
© MPSJ

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah membuat pengumuman tentang promosi tahunan mereka itu yang mana mereka yang mempunyai saman yang tertunggak yang telah dikenakan ke atas kenderaan mereka itu boleh dilangsaikan dengan kadar harga yang sama rata iaitu sebanyak RM10 sahaja.

Kempen tersebut diwujudkan adalah sebagai satu inisiatif yang diambil untuk mengelakkan penunggang atau pemilik kenderaan mempunyai tunggakan kompaun daripada dikenak tindakan pihak mahkamah.

semak saman polis
Gambar Hiasan

Kempen Bayara Kompaun Laulintas adalah untuk semua jenis kesalahan trafik kecuali kesalahan di Bawah Perintah 2, Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) MPSJ 2012.

BACA JUGA : Majikan Anda Tak Luluskan Cuti Bersalin 90 Hari? Mulai Sekarang Anda Boleh Saman Mereka!

Cara untuk membayar saman dan cara untuk mendapatkan promosi tunggakan bayaran berkenaan boleh dibuat di beberapa tempat seperti yang berikutnya:

  • Laman web MPSJ
  • Kaunter Pandu Laju
  • Kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan
  • Kaunter Bergerak
  • Sistem MPOS

MPSJ sangat mengalu-alukan pertanyaan dan panggilan sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dan kemusykilan tentang Kempen Bayar Kompaun Lalulintas ini di talian berikut 03-80263153 atau 08-80263289.

promosi saman
Gambar hiasan.

Jadi, kepada semua pemilik kenderaan yang memunyai banyak saman yang tertunggak bolehlah membuat pembayaran saman berkenaan mulai bulan Februari sehingga April 2018 nanti untuk menikmati kadar sama rata iaitu sebanyak RM10 sahaja.

Bayar Saman Dengan Kadar RM10 Sahaja Mulai Februari Hingga April 2018 Nanti
Saza

Berhati-hati Dengan Petua Mudah Bersalin Viral, Doktor Ini Kongsi Kesannya Jika Diamalkan Bayi Boleh Terencat

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Ibu-ibu yang sedang mengandung diminta berhati-hati jika terbaca satu petua yang dikatakan untuk memudahkan bersalin yang kini sedang viral yang mengesyorkan mereka untuk memakan plantah iaitu sejenis makanan seperti marjerin dan mee lor minuman jenis malt malahan disuruh makan telur mentah sebanyak dua biji. Petua tersebut adalah tidak betul sama sekali.

Seorang doktor tampil selepas petua berkenaan jadi tular di laman sosial dan doktor yang dikenali sebagai Dr Hafiz Sulaiman ini menyatakan setiap petua tersebut mesti ada asas dan faham akan asbab petua serta risikonya.

Ekoran bimbang ramai ibu-ibu yang hamil akan mendapatkan ilmu dan maklumat yang salah doktor ini akhirnya menjelaskan kebenaran tentang petua mudah bersalin tersebut menerusi postingnya di Facebook.

“Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral. Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa. Risau ada yang tersinggung.

“Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar. Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan.”

“Bahaya tu puan, risiko pada ibu, risiko pada bayi dalam kandungan. Saraf bayi boleh terencat, penglihatan boleh jadi cacat! Petua mesti ada asas dan faham asbab petua serta risikonya.”

Kenapa Perlu Elakkan Telur Mentah

telur mentah
Telur Mentah

Bahaya tu puan. Risiko pada ibu, risiko pada bayi dalam kandungan malah saraf bayi boleh terencat. Penglihatannya boleh jadi cacat!

Mengandung memberi stres kepada badan. Meningkatkan kortisol (hormon steroid). Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan.

Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.

Mee Lor Tinggi Gula

mee lor
Mee Lor

Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lor (sejenis minuman malt yang ada di pasaran). Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin. Yang meningkatkan gula darah ke langit.

Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.

Tak ada bukti pun Mee lor yang diambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.

petua mudah bersalin
Maklumat Nurtisi

Plantah?

petua mudah bersalin
Plantah

Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.

Apa bahaya lemak trans ini?

Rujukan : Weston A. Price Foundation

1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6 gram kepada 1 gram

2) Risiko kanser

3) Risiko kencing manis

4) Gangguan imuniti

5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.

6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.

7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.

Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001: Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?

Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi “makanan” bayi maksud saya RACUN pada kandungan.

Betul Ke Berkesan Petua Tu?

Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.

Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin meningkatkan keradangan..

Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom “leaky gut” dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.

Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu?

Mengapa tak pilih alternatif yang lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat. Saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah.

Dalami lah ilmu pemakanan untuk bersalin. Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu?

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung. Kita belajar daripada kesilapan

Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan

Berhati-hati Dengan Petua Mudah Bersalin Viral, Doktor Ini Kongsi Kesannya Jika Diamalkan Bayi Boleh Terencat
Saza

Bapanya Dijemput Illahi Selepas Menghantarnya Ke Sekolah, Ibunya Baru 5 Hari Berpantang

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Hati siapa yang tidak bersedih apabila kehilangan ayah yang tersayang, inilah yang dilalu seorang anak kecil apabila ayahnya telah meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu memandu selepas menghantar anak lelakinya itu ke sekolah. Apa yang lebih menyedihkan lelaki yang berusia 37 tahun itu meninggalkan isterinya yang baru sahaja bersalin dan sedang berpantang pada hari yang kelima.

Apa sekalipun kesedihan dan tangisan meratapi pemergiannya, itulah yang harus dilalui oleh semua orang, jalan yang terbaik adalah redha dengan ketentuan Illahi biarpun terlalu pahit untuk ditelan. Innalillahhiwainnailaihirajiun.

Dari Facebook Jamilah Hawa

Seorang pelajar darjah dua SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi, kehilangan bapanya awal pagi tadi. Bapanya meninggal dunia selepas serangan jantung ketika memandu, selepas menghantar anaknya ini ke sekolah. Bapanya berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebenarnya saya tidak begitu mengenali keluarga arwah. Tetapi tergerak hati saya untuk berkongsi info ini agar lebih ramai yang dapat membantu keluarga arwah. Info saya perolehi dari kawan suami. Anak arwah adalah anak muridnya sendiri.

Apa yang membuatkan saya terasa sebak ialah, ibu pelajar ini baru lima hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di Kelantan. Isteri beliau seorang Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan dan bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Anak ini sangat tabah, mengalir air mata saya dan sayu melihat apabila jenazah bapanya yang dia kasihi. Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.

BACA JUGA: Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling! Kisah Ini Patut Dijadikan Pengajaran & Iktibar Semua Ibu Bapa

Jika ada di antara anda yang ingin menyumbang, boleh dapatkan maklumat pelajar berkenaan di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi. Semoga sumbangan tuan dan puan boleh meringankan bebanan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarganya.

baru bersalin
Ibu kanak-kanak ini baru sahaja bersalin.
Tabahnya seorang kanak-kanak lelaki melihat ayahnya pergi meninggalkan dunia ini.
bapanya
Suasana sedih.
Al Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada!

Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang. Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.

Jika ada yang berminat untuk membuat sumbangan, boleh salurkan ke akaun bank isteri arwah iaitu:

MAS SUNI MAT HUSIN
AKAUN CIMB:7617029176

Alhamdulillah ramai yang share dan menghubungi saya untuk membantu keluarga ini. Terima kasih kepada semua. Semoga Allah yang membalas semua kebaikan tuan dan puan.

Bapanya Dijemput Illahi Selepas Menghantarnya Ke Sekolah, Ibunya Baru 5 Hari Berpantang
Saza


Kesilapan Ayah Lupa Cuci Tangan, Bayi Hampir Maut (Penyakit RSV)

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Terkadang seseorang ibu atau bapa itu pasti leka atau terlupa tentang perkara yang amat penting tetapi tidak dititikberatkan seperti kebersihan diri mereka ketika menguruskan bayi mereka sendiri. Satu kejadian yang akan memberikan pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana apabila seorang ayah yang hampir kehilangan anaknya dek kerana penyakit RSV yang terkena pada bayinya.

Penyakit RSV
Foto : Imgur

Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah sejenis penyakit yang membabitkan sejenis virus yang akan menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan juga berkaitan dengan saluran pernafasan bayi ini apabila hampir maut akibat terdedah dengan penyakit tersebut.

Seorang lelaki iaitu ayah kepada bayi perempuan yang comel ini berasal dari Memphis, Tennesse telah berkongsi dengan netizen tentang kisah sedih yang membabitkan anak kecilnya itu yang dikatakan telah berjangkit dengan virus RSV dan turut menasihatkan semua ibu apa tentang kepentingan amalan mencuci tangan sewaktu menguruskan bayi mereka, lapor Yahoo News.

“Kami hampir kehilangan anak tersayang, gara-gara penyakit RSV ini.”

Seseorang orang dewasa yang telah dijangkiti RSV akan mempunyai tanda-tanda seperti selsema biasa dan orang yang telah berjangkit itu akan pulih seperti biasa dalam jangka masa 1 minggu.

Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak akan sama sekiranya berlakunya penyakit RSV terhadap bayi, kerana keadaan bayi akan menjadi semakin teruk sehingga terjadinya pneumonia iaitu radang paru-paru dan juga bronkitis iaitu radang pada salur bronkus.

pencegahan virus RSV
Foto : Imgur

Bayi comel tersebut pada mulanya telah dimasukkan ke dalam wad kerana disyaki menghidap penyakit meningitis. Selepas itu bayi perempuan berkenaan didapati telah dijangkiti RSV yang menyebabkan keadaannya menjadi bertambah teruk sehingga terpaksa dipindahkan ke hospital lain yang lebih baik.

Menurut ayah bayi itu, pihak hospital ada menyatakan kepadanya bahawa sekiranya keadaan anaknya semakin parah, mereka tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

Pencegahan Penyakit RSV Pada Bayi

Cara untuk mengatasi penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak sangat mudah seperti mana yang dikongsikan lelaki ini berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui seperti yang berikut;

Jangan membuat anggapan bahawa virus RSV adalah penyakit yang remeh dan tidak teruk. Sebelum ini saya langsung tidak tahu betapa bahayanya penyakit ini pada bayi sehinggalah ianya hampir meragut nyawa anak saya sendiri. Anda harus memastikan mencuci tangan sebelum menguruskan dan memegang bayi anda.

penyakit RSV
Penyakit ini juga mudah tersebar dan dapat dijangkiti melalui pesakit yang bersin.

Penyakit ini dilaporkan sangat mudah berjangkit dan dijangkiti serta ia juga turut boleh tersebar melalui pesakit yang bersin atau pun batuk.

BACA JUGA : Cara Betul Beri Ubat Cair Kahak Pada Anak, Selama 30 Tahun Hidup, Baru Sekarang Tahu!

Menurut beliau lagi, virus tersebut juga dipercayai boleh bertahan sambil menunggu mangsa di berbagai kawasan permukaan barang yang digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti troli ata raga yang terdapat di pasar raya atau seumpamanya yang sering bertukar si pemakainya. Perkara ini tidak mustahil terjadi yang menyebabkan tersebarnya sebarang penyakit yang berjangkit seperti RSV.

Oleh kerana penyebaran penyakit ini terlalu mudah, dengan mengamalkan membasuh tangan dengan kerap juga adalah sebagai satu cara atau langkah untuk mencegah penyakit ini dengan mudah dan berkesan.

Ibu bapa dinasihatkan jangan memandang ringan atau cuai dengan keadaan semasa ketika uruskan bayi kecil, perkara yang pertama harus dilakukan adalah mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh bayi anda.

virus RSV
Bersihkan tangan sebelum menguruskan bayi adalah langkah bijak untuk mencegah penyakit RSV.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa biar pun tangan kita kelihatan bersih, kita masih lagi tidak mampu melihat jangkitan yang akan menyerang bayi tanpa kita sedari.

Sistem imun seseorang bayi itu sememangnya masih lagi lemah dan keadaan itu menyebabkan bayi sangat mudah untuk dijangkiti dengan pelbagai penyakit. Amalan mengutamakan kebersihan diri adalah kaedah yang sangat baik dilakukan demi kesihatan keluarga kita.

Adalah lebih baik kita mementingkan kebersihan diri dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, di tempat kerja atau di mana sahaja kerana amalan gaya hidup yang sihat adalah antara salah satu faktor untuk menghindari diri kita serta keluarga kita dari sebarang penyakit yang mudah dijangkiti.

Kesilapan Ayah Lupa Cuci Tangan, Bayi Hampir Maut (Penyakit RSV)
Saza

Cara Buat Mayonis Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Sebenarnya, cara buat mayonis sendiri di rumah sangat mudah dilakukan tanpa menggunakan bahan-bahan lain yang tidak baik untuk kesihatan. Malahan, ianya lebih selamat dan terjamin bersih serta boleh menjimatkan kos apabila tidak lagi membeli selepas boleh buat sendiri.

Mayonaise memang amat disukai ramai orang yang selalu digunakan sebagai bahan pencicah iaitu sos untuk makanan seperti sosej, kentang goreng, nugget, salad, sandwich, burger dan banyak lagi. Biasanya, mayonis homemade sangat disukai oleh kanak-kanak dan jika buatan sendiri pasti kuantiti yang banyak, anak-anak pasti akan makan berulang-ulang dan yang pasti berbaloi.

Mayonis atkins
Mayonis juga mempunyai banyak warna seperti putih, kuning dan sebagainya.

Mayonis juga mempunyai berbagai jenis seperti mayonis cheese, warna warni, thousand island dan sebagainya. Resepi mayonis buatan sendiri ini telah dikongsikan oleh Puan Nabiha Sukria untuk anda semua terutamanya mereka yang amat menyukai mayonis. Jom ikuti perkongsian beliau cara buat mayonis melalui Facebook.

Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?

Resepi Mayonis Buatan Sendiri

Cara membuat mayonis putih
Mayonis akan tahan lebih lama jika tidak terdedah dengan air. – Nabihah Sukria

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sudu kecil mustard
2 sudu besar gula
300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)

BACA JUGA : Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Mudah & Senang Disediakan Kini Tular Di Media Sosial Dengan Ribuan Perkongsian

Cara Membuat:

1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

PERINGATAN;

cara buat mayonis
Mayonis Thousand Island antara mayonis yang sangat digemari ramai.

Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.

Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.

Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.

Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Nabihah Sukria

Cara Buat Mayonis Sendiri Di Rumah Dengan Mudah
Saza

Minum Jus Daun Pegaga Sekali Seminggu Kulit Akan Sihat Dan Cantik Awet Muda Secara Semulajadi

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Daun pegaga memang sangat dikenali di Malaysia sebagai sejenis ulam yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan dalaman dan luaran. Khasiat pegaga telah terbukti mampu mengubati banyak jenis penyakit malahan ianya dikatakan paling mujarab untuk kecantikan wanita dan juga lelaki.

Pegaga atau turut dikenali sebagai Centella Asiatica ini dikatakan banyak terdapat di beberapa negara seperti Jepun, China, India dan juga Indonesia. Pada masa kini, selepas beberapa kajian pakar, ianya turut mendapat perhatian dunia selepas mereka mula menyedari akan kebaikan serta khasiatnya yang tersendiri.

daun pegaga
Dalam banyak jenis-jenis pokok pegaga. Pegaga kampung dikatakan lebih baik dari semua jenis daun pegaga.

Pokok pegaga sangat mudah ditanam dan akan lebih subur jika tanaman ini diletakkan di kawasan yang berair. Pegaga yang segar biasanya boleh dimakan sebagai ulam dan dikunyah begitu sahaja. Ia turut dijadikan bahan dalam perubatan tradisional sama ada direbus dan dikisar menjadi jus minuman yang amat menyegarkan.

Daun pegaga sememangnya terkenal dengan kebaikannya untuk kulit, ia digunakan sebagai cara untuk merawat luka atau parut serta masalah selulit yang dialami oleh seseorang wanita. Pengambilan pegaga juga dikatakan mampu memberikan wajah seseorang itu lebih berseri dan awet muda jika diamalkan memakan atau meminum air rebusan daun pegaga selain turut meningkatkan peredaran darah dalam badan.

Khasiat pegaga dan epal hijau
Jus pegaga juga boleh dicampurkan dengan epal hijau yang sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Sumaiyah Abdullah antara orang yang mengamalkan meminum Jus Pegaga yang dibuat sendiri. Menurutnya, khasiat daun pegaga sangat baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan badan. Berikutnya perkongsian beliau tentang petua tradisional yang menunjukkan cara buat jus pegaga sendiri di rumah.

Nak kulit sihat dan cantik semulajadi kan. Minumlah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.

Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkanlah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.

Saya share resepi kat sini.

Resepi Jus Daun Pegaga

Jus pegaga
Pegaga juga dikategorikan sebagai salah satu jenis herba yang terbaik.

Bahan-bahan:

  1. Daun pegaga 7-11 helai
  2. 1 gelas air suam
  3. Madu atau raw cane sugar
  4. Susu segar atau susu tepung (option)

Cara Membuat:

Kisarkan daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum. Amalkan jus ini sekali seminggu.

Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam senarai korang. Insha Allah berkesan.

Selamat mencuba.

INFO:

Cara tanam pegaga sangat mudah dan akan lebih senang jika kita mempunyai ruang atau halaman tanah yang luas. Lebih-lebih lagi jika tanah di kawasan rumah subur, lembap dan mempunyai saluran air seperti parit kerana pegaga mudah ditanam di kawasan yang berair.

BACA JUGA : Air Kulit Delima Lebih Berkhasiat Daripada Isinya, Baik Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Ramai Tak Sangka!

Jus daun pegaga
Keadah menanam pokok pegaga sangat mudah kerana pokok herba ini mudah hidup jika mempunyai air yang cukup.

Untuk menanam pokok pegaga di dalam pasu pula, kita boleh menggunakan medium tanah daripada tempat sampah yang dibakar atau dengan menggunakan sabut kelapa (Coco Peat) yang boleh dibeli di Nursery dan sebagainya. Selain itu, pegaga juga boleh ditanam secara hidroponik yang kini banyak dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai ruang tanah yang sesuai.

Tanamkan pokok pegaga di dalam pasu atau tanah dengan memasukkan pegaga yang masih mempunyai akar. Kemudian, basahkan tanah tersebut lalu ditanam dan pastikan tanah tersebut sentiasa lembab walaupun berada di bawah cahaya matahari. Pegaga akan menjadi lebih subur sekiranya anda meletakkan baja penggalak daun yang boleh dibeli dan pastikan kuantiti baja tidak melebihi dari sukatan yang diberikan.

Jus daun pegaga
Pegaga kini menjadi kajian barat untuk perubatan dan kesihatan manusia.

Sehingga kini daun pegaga telah dikomersialkan selepas ramai yang mendapat tahu tentang kebaikannya malahan pegaga juga telah diekstrak dijadikan sebagai kopi pegaga dan berbagai jenis kopi yang mengandungi pegaga yang kini telah dijual di pasaran.

Khasiatnya terlalu banyak untuk disenaraikan sehingga menarik minat barat untuk membuat kajian yang kini telah dilakukan dan dikomersialkan dalam perubatan. Mulai hari ini, kita boleh mengamalkan dengan memakan atau meminum air dari pokok pegaga ini untuk kesihatan luar dan dalaman untuk semua lelaki dan wanita.

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA : Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dari Bidan Mengurut

Minum Jus Daun Pegaga Sekali Seminggu Kulit Akan Sihat Dan Cantik Awet Muda Secara Semulajadi
Saza

Wanita Ditahan Selepas Mencuri 9 Helai Jubah Disorok Di Celah Kangkang

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Seorang wanita warga asing telah ditahan polis selepas dipercayai mencuri sembilan helai jubah dari sebuah pasar raya dan disorokkan di celah kangkangnya di Jalan Habib Hussien, Tawau pada malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 malam itu telah disedari oleh seorang pekerja pasar raya berkenaan yang kemudiannya dapat menahan wanita terbabit yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50 tahun ketika berada di pintu keluar dari premis yang menjual pakaian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Fadil Marsus berkata, ketika sebelum kejadian tersebut berlaku, pekerja terbabit telah menyedari akan kehadiran seorang wanita dalam keadaan yang mencurigakan lalu terus memerhati gerak-gerinya yang selepas itu dilihat telah memasukkan beberapa helai pakaian yang diambil dari premis tersebut lalu diletakkan ke celah pehanya.

mencuri
Jubah yang dicuri suspek selepas pemeriksaan dilakukan.

Selepas mencuri, pekerja berkenaan berkata, wanita tersebut dengan selamba seolah-olah tiada apa-apa berlaku berjalan keluar dari premis terbabit sebelum suspek ditahan oleh pekerja kedai berkenaan yang kemudiannya mendapati hasil kecurian ada dengannya selepas membuat pemeriksaan.

BACA JUGA : Taktik Licik Seorang Wanita Ajar Anak Kecil Mencuri Akhirnya Kantoi Apabila Dirakam Melalui CCTV

Menurutnya, mereka mendapati ada sembilan helai jubah yang disorokkan di celah kangkang suspek sebelum suspek diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan siasatan.

Kes mencuri jubah
Premis dimana wanita warga asing tersebut mencuri.
wanita mencuri jubah
Suspek

Difahamkan, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis, wanita yang mencuri itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kini telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan kecurian. – Berita Harian.

Wanita Ditahan Selepas Mencuri 9 Helai Jubah Disorok Di Celah Kangkang
Saza

Cara Mudah Buang Toksin Dalam Badan Guna Epal & Kayu Manis

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Dalam kehidupan kita seharian pasti berbagai jenis makanan yang kita makan yang menjadikan punca toksin dalam badan tanpa kita sedari. Ramai yang tidak mengambil berat tentang toksin dan tidak menyedari akan kehadirannya biarpun tandanya ada seperti badan jadi cepat penat serta mudah mendapat berbagai jenis penyakit.

Perkongsian Puan Sumaiyah Abdullah ini sangat berguna kepada semua apabila beliau menunjukkan petua dan cara buang toksin dalam badan cara tradisional dengan menggunakan bahan yang sangat mudah didapati di rumah. Inilah salah satu cara yang terbaik untuk menjaga sistem imunasi selain sebagai cara mengeluarkan racun dalam tubuh dan cara membuat air detox dengan mudah, cepat dan berkesan.

RESEPI DETOX YANG MENYIHATKAN

Air detox epal hijau
Kelebihan air detox untuk kempiskan perut dan banyak lagi.

Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang kita panggil ‘buang toksin’.

Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan.

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

So, apakata kali ini kita amalkan resepi detox yang simple lagi menyihatkan.

Bahan-Bahan Untuk Buang Toksin

toxin
Epal dan kulit kayu manis sangat berkahsiat untuk badan kita.

– 1 biji epal hijau
– 1 batang kayu manis
– 1 jag air

Cara Membuat:

Masukkan hirisan sebiji buah epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag/gelas yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Siap dihidangkan.

BACA JUGA : Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dari Bidan Mengurut

Khasiat dan Kelebihan Epal dan Kayu Manis Bantu Detox

toksin
Kulit kayu manis dan jus epal hijau.

1. Epal ni banyak serat dan bantu merangsang penghasilan hempedu dari hati yang penting untuk buang toksin. Dalam epal, ada pectin yang membantu dalam mendetox logam berat dan food additive juga.

Pastikan cuci bersih-bersih supaya dapat menghilangkan kesan racun pada buah epal jika beli buah yang tidak organik. Epal bukan sahaja boleh ambil mentah, tapi sedap juga untuk buat jus dan smootie.

2. Pada kulit batang kayu manis terkandung zat yang merangsang insulin. Aktiviti insulin akan melancarkan proses metabolisme glukosa sehingga menstabilkan kadar gula dalam darah.

Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Tak cuba tak dosa. Tapi kalau cuba lagi suka.
Selamat mencuba. 🙂

Cara Mudah Buang Toksin Dalam Badan Guna Epal & Kayu Manis
Saza

Viewing all 498 articles
Browse latest View live