Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Tindakan Pantas Kru Kabin AirAsia Dipuji Kerana Berjaya Tangkap Pencuri Duit Penumpang Penerbangan

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Orang ramai sering diingatkan untuk terus berhati-hati tentang jenayah dan kecurian yang kerap berlaku di lapangan terbang kerana kejadian seperti ini dilaporkan banyak terjadi yang membabitkan penumpang penerbangan. Namun, satu kes kecurian yang telah berlaku baru-baru ini membuktikan kejadian sebegini masih lagi terus berlaku.

Satu perkongsian seorang lelaki yang merupakan penumpang Air Asia telah mendedahkan tentang kejadian tersebut dan turut memuji pekerja AirAsia dan tindakan kru kabin kerana telah berjaya membuat penangkapan pencuri duit para pelanggan mereka baru-baru ini.

Kru Kabin Air Asia
Kru kabin AirAsia dan polis yang bertugas.

Menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mathyalagan Pathmanathan yang juga merupakan mangsa kecurian, dia telah menaiki pesawat AK46 dari Colombo ke Kuala Lumpur semalam. Setelah setibanya beliau di KLIA2, Mathyalagan telah membuka beg bagi mengeluarkan dua begnya yang mengandungi sejumlah wang bernilai RM1,600 dan RPS85,000.

Tetapi, selepas itu dia telah menyedari akan kedua-dua beg yang berisi duit miliknya itu tiada. Lelaki terbabit kemudiannya terus memaklumkan kepada salah seorang kru kabin AirAsia bahawa duit miliknya itu telah dicuri orang kita dalam penerbangan dan mengharapkan pekerja tersebut mampu membantunya selain memeriksa penumpang lain yang turut berada dalam penerbangan yang sama.

AirAsia
Air Asia

Lelaki tersebut turut menyatakan bahawa oleh kerana tempat yang didudukinya itu di kerusi 1A, dia terpaksa meletakkan begnya miliknya itu di barisan yang keempat di mana di situ juga terdapat seorang lelaki Cina yang dilihat sangat mencurigakan.

Kru kabin yang bertugas tersebut turut menyatakan bahawa lelaki Cina berkenaan juga dilihat sering bangun dari tempat duduknya dan turut membuka ruang penyimpanan barangan yang berada di kawasan tersebut.

curi
Lelaki yang ditangkap kerana mencuri duit dalam penerbangan Air Asia.

Kru kabin kemudiannya turut memaklumkan tentang kejadian tersebut kepada kapten yang bertugas sebelum mereka mencari lelaki yang disyaki itu. Mathyalagan menyatakan mereka sangat bernasib baik kerana kru kabin yang senior bernama Saiful telah dapat mengecam muka si pencuri berkenaan dan telah meminta lelaki tersebut membuka beg miliknya itu.

BACA JUGA : “Kalau Korang Semua Kat Sini, Habis Tu Siapa Yang Bagi Semua Peralatan Pada Aku Tadi?”

Kemudiannya, mereka semua sangat terkejut selepas mendapati beg milik lelaki berkenaan mempunyai banyak wang tunai dari berbagai jenis mata wang yang dipercayai telah dicurinya.

duit
Bungkusan plastik yang mengandungi berbagai jenis mata wang.

Selepas itu, lelaki tersebut diminta berdiri bagi membuat pemeriksaan pada jaket yang dipakainya. Ketika itulah, satu beg plastik yang berwarna hitam didapati terjatuh keluar dari jaketnya dan selepas diperiksa, wang yang terdapat dalam beg plastik itu dikatakan wang milik Mathyalagan yang dicurinya.

Lelaki tersebut kemudiannya telah ditahan oleh pihak sekuriti AirAsia dan juga polis lapangan terbang yang berada di situ ketika pemeriksaan ke atasnya dilakukan. Lelaki tersebut dipercayai seorang warganegara China dan sedang melakukan penerbangan transit di Malaysia untuk pergi ke Jakarta.

tiket penerbangan
Tiket penerbangan milik suspek yang ingin ke Jakarta.

Mathyalagan melalui perkongsiannya menyatakan tindakan pantas yang dilakukan oleh kru AirAsia sememangnya wajar dipuji dan dia juga sangat bernasib baik kerana pencuri tersebut berjaya ditangkap selain turut mempunyai bukti yang kukuh bagi membuat penahanan terhadap pencuri berkenaan.

Orang ramai diminta berhati-hati ketika menaiki flight untuk kesemua destinasi kerana perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku lagi. Sebelum berlaku adalah lebih baik berjaga-jaga.

Tindakan Pantas Kru Kabin AirAsia Dipuji Kerana Berjaya Tangkap Pencuri Duit Penumpang Penerbangan
Saza


Download Apps Life360 untuk Pantau Aktiviti Pasangan atau Keluarga Anda

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Zaman sekarang segala macam perkara semuanya hanya di hujung jari sahaja sehinggakan nak beli barangan runcit juga boleh dibeli secara online malahan setiap pergerakan kita juga boleh dikesan dengan menggunakan berbagai jenis aplikasi untuk keselamatan dan sebagainya seperti aplikasi Life360 ini yang berfungsi untuk memantau pergerakan dan posisi serta lokasi sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Aplikasi Life 360 ini diciptakan khas untuk mengesan atau mengetahui setiap kedudukan dan lokasi penggunanya. Lokasi terkini dapat dipantau melalui Google Map yang lengkap dengan jalan, nama lokasi dan jarak dari tempat anda berada. Aplikasi ini sememangnya dinantikan oleh kaum wanita terutamanya, namun mengundang resah pada kaum lelaki.

Tetapi adakah perlu aplikasi ini sebagai keperluan? Persoalannya adakah aplikasi ini perlu dimuat turun semata-mata untuk keselamatan pasangan atau curiga terhadap pasangan?

Status Facebook Keknis atau Hanis Fauzi berkenaan aplikasi ini mendapat beribu perkongsian. Berikut merupakan cara-cara untuk memuat turun aplikasi ini.

Life360 aplikasi
Aplikasi Life360 untuk apa? Sila baca seterusnya.

HAI korang, hari ini saya nak kongsi satu aplikasi ni nama Life360. Untuk pengguna iPhone dan Android. Korang boleh cuba search. Yang belum tahu bolehlah cuba.

Hidup ini mudah, walaupun kita tahu pasangan pergi mana tapi tak salah kalau kita nak periksa pasangan berada di mana. Kadang-kadang kita resah gelisah bila kita call tak angkat, WhatsApp tak dibalas. Sekurang-kurangnya sesuatu yang buruk berlaku kita tahu, lokasi terakhir dia dekat mana selagi handphone dia ada bateri, internet dan sentiasa mengaktifkan lokasi untuk aplikasi ini.

Setakat ini, aplikasi ini amat berguna untuk saya. Saya akan dapat notifikasi suami keluar rumah dan sampai tempat kerja pukul berapa. Dia keluar dari tempat kerja pun dapat notifikasi juga. Jadi suami pergi mana pun kita akan tahu lokasi dia. Siap boleh zoom in lokasi dia, lorong berapa, jalan apa.

Syarat nak guna apps ini dekat handphone dia dan handphone kita kena memuat naik aplikasi ini. Selepas itu create circle, invite member dan akan dapat satu kata laluan, masukkan kata laluan itu barulah dapat digunakan.

BACA JUGA : AWAS! Jangan Izinkan Anak Install Aplikasi Whatsapp, WeChat & Sebagainya Dalam Smartphone

Sekarang suami tahu saya pergi mana, berada dekat mana, kelajuan kereta berapa dan bateri telefon bimbit tinggal berapa peratus. Jadi sama-sama setuju untuk guna, tak perlu ada rahsia. Bukan kita pergi tempat mengarut, kan?

Life360

Life 360 App

Aplikasi Life360

Life360

Life360 Apps

Life360 Free Download Family Locator GPS Tracker

Android – Google Play Store
iOS – App iTunes Apple Store

Jadi untuk big family memang suggest sangat guna, boleh tahu anak-anak pergi mana kalau tak balik rumah. Kalau nak stalk senyap-senyap itu boleh install dan hide apps itu dalam folder.

Download Apps Life360 untuk Pantau Aktiviti Pasangan atau Keluarga Anda
Saza

“Eleh bagi ubat je pun..”– Wanita Ini Dedah Mengapa Perlu Tanya Nama Pesakit Sebelum Ubat Diberikan

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Biasanya setiap kali kita tidak sihat, sakit atau demam pasti kita akan pergi ke klinik atau ke hospital untuk berjumpa doktor demi mengetahui sakit apakah yang kita sedang alami atau bertujuan untuk kurangkan kesakitan kita sehingga diri kita tidak mampu untuk berkerja dan menjalankan tugas harian seperti biasa. Doktor pula akan membuat pemeriksaan dan akan merawat kita dengan teliti supaya dapat mencari punca dan sebab kenapa kita tidak sihat.

Selepas rawatan tersebut kita biasanya akan diarahkan oleh doktor atau pembantu klinik untuk mendapatkan berbagai jenis ubat yang diberikan berdasarkan tahap penyakit kita selepas diperiksa doktor bertugas. Doktor berkenaan yang menentukan apakah jenis ubat-ubatan seperti antibiotik yang sesuai dengan diri pesakit untuk menghilangkan sakit, demam dan sebagainya.

Apabila kita pergi ke kaunter farmasi untuk mendapatkan ubat, biasanya pembantu farmasi akan menerangkan terlebih dahulu setiap satu ubat yang diberikan. Bilakah perlu memakan ubat, berapa banyak kuantiti yang harus diambil pada setiap hari.

kenapa perlu tanya nama pesakit
Gambar hiasan.

Situasi dan perkara ini kelihatan seperti sangat remeh dan ramai yang menganggap itu adalah prosedur biasa. Walau bagaimanapun, sebenarnya ada perkara yang sangat penting yang harus kita tahu dan mengapakah pembantu farmasi biasanya akan bertanyakan nama pesakit terlebih dahulu?

Kenapa Perlu Tanya Nama Pesakit Sebelum Diberi Ubat?

Seorang wanita telah berkongsi pengalamannya apabila terpaksa berhadapan dengan seorang lelaki yang dipercayai telah memperlekehkan tanggungjawabnya dan perbuatannya ketika beliau memberikan ubat-ubatan tersebut kepada lelaki terbabit. Ikuti perkongsian beliau yang turut dikongsikan di laman Facebook miliknya di Harima Abdul Rahman.

Siang tadi, saya dispens (bagi) ubat dekat satu lelaki yang berpakaian kemas. Tengok pada slip ubat, seperti untuk anaknya. Ada antibiotik dan ubat demam sirap.

Sebelum saya bagi ubat tu, saya tanya nama dulu. “Nama apa ya, anak encik ni?”

“Tuuuu, ada tulis kan situ?”

“Ya. Nama apa ditulis ni?”

“Baca la.”

“Tak, encik. Saya nak dengar dari mulut encik sendiri.”

“Nadiya.”

Saya angguk. Baru, saya nak meneruskan bagi ubat ubat tu, tiba tiba dia berkata.

“Eleh, bagi ubat je pun.”

Saya tengok dia. “Celaka anjing, beruk ni!” Saya ucap dalam hati.

Kerana saya professional dan Teras Perkhidmatan Pelanggan KKM masih lagi tersemat dalam hati, saya tak luahkan apa yang terbuku dalam hati saya. Sebaliknya, saya terus senyum dan bagitahu kepadanya macam mana nak makan dengan betul ubat ubat anak dia tadi.

Sampai sekarang saya ada rasa panas lagi dengan brader tadi. Harap saja pakai baju kemeja. Tapi sombong macam anjing. Tak pernah lagi saya menerima penghinaan macam ni. Padahal, bukan payah sangat nak sebut nama anak dia. Sepatutnya kau dulu masa nak bagi nama anak bukan main belek buku 1000 Nama Nama Anak Dalam Islam tu, kau patut bangga sebut nama tu.

pesakit
Pakaian kemas belum dapat tentukan kesopanan seseorang.

Tapi takpelah. Saya nak tanya korang pula ni.

Pernah tak korang pergi mana mana klinik kerajaan, lepas tu masa nak ambik ubat ada makwe pakai baju kot putih tanya, “Ya encik. Ubat untuk siapa ni? Nama apa?”

Lepas tu kau rasa, “Amende minah ni? Kan dah ada tulis situ.” Kau pun, sebab nampak makwe ni cantik, kau pun bagitahu la nama kau sambil gelak gelak. Sebab kau rasa dia tak pandai baca nama dekat slip ubat tu?

Apa kau rasa? Agak agak makwe yang bagi ubat tu saja saja ke tanya nama? Dia tak pandai baca?

Mari saya cerita sikit. Kenapa orang orang farmasi suka tanya nama bila nak bagi ubat.

Sebenarnya dia orang bukan tak pandai baca, cuma diorang nak pastikan orang yang ambik ubat tu adalah orang yang betul.

Kadang kadang, dia mahukan orang yang ambik ubat tu sendiri bagitahu nama pesakit untuk ubat tu. Ada yang kalau farmasi tanya, “Ubat untuk Siti Nurhaliza Shafie ke?” Kita akan angguk saja walaupun kita tak dengar. Sebab, kita nak cepat. Nak urusan dekat klinik ni cepat setel. Nak sambung main Mobile Legends pulak.

Jadi, kalau kau sendiri yang bagitahu nama tu, sekurang kurangnya farmasi tu tahu yang dia bagi ubat dekat orang yang betul.

Ini bukan macam dekat Starbucks. Kalau nama salah pun, takde hal. Paling cikai pun, kau mungkin tertukar air yang lebih murah. Atau salah eja dekat cawan. Itupun, kau dah nak tarik muka.

Ini ubat tuan puan. Bila sebut ubat, dia melibatkan kesihatan dan nyawa. Ubat untuk pesakit darah tinggi tak sama dengan untuk pesakit sawan. Orang demam tak sama ubatnya dengan ubat untuk orang buasir. Malah, kalau darah tinggi dengan darah tinggi pun ubat ubat dia berbeza. Tak percaya, kau petik satu ubat darah tinggi jiran kau, bandingkan dengan ubat mak kau. Sama tak?

Berbalik pada nama tadi. Kenapa penting sangat? Sebab macam saya kata tadi la, nak bagi ubat ni dekat orang yang betul. Supaya tak tertukar. Saya pernah ada kes. Dia bagi slip ubat tu. Bila kita dah selesai packing ubat, label apa semua. Kita pun tanya dia. “Ubat untuk sape ni? Mak ke? Nama apa?”

kenapa perlu tanya nama pesakit
Gambar hiasan.

Lepas tu dia jawab Fatimah. Saya tengok dekat slip, nama Esah. Saya minta dia jumpa doktor balik, tanya ini slip ubat siapa. Rupa-rupanya doktor silap bagi slip. Dan yang dasyatnya ubat tu tak sama langsung. Ubat makcik Esah tu siap ada ubat untuk cair darah. Sedangkan mak dia tak perlukan pun ubat tu.

Macam mana kalau hari tu saya tak tanya nama, dan balik rumah Makcik Fatimah tu makan terus ubat cair darah tu. Kau suka tengok mak kau batuk berdarah? Kencing berdarah?

Amacam? Jadi, kalau kau ambik ubat tu kalau orang tanya nama bagitahu je nama. Bukan dia tak pandai baca. Ini untuk keselamatan juga. Bukan payah pun sebut nama. Tak habisnya air liur kalau setakat nak sebut Puteri Farah Alisya Farhana Natasya binti Firdaus.

Okay sekian. Selamat Tahun Baru, Tahun Anjing!

Sang Harima
Kg Barat
12.5°c

Betul apa yang dikatakan wanita ini, mengapa perlu jadi bodoh sombong? Kalau tersilap ubat, akhirnya klinik atau wanita itu yang akan disalahkan.

“Eleh bagi ubat je pun..” – Wanita Ini Dedah Mengapa Perlu Tanya Nama Pesakit Sebelum Ubat Diberikan
Sazarimma

‘Saya tak mahu susahkan sesiapa, maaf bang..”– Keluarga Ini Tinggal di Tepi Lebuhraya Kerana Kesempitan

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Walaupun mereka dalam kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam kereta berdekatan dengan lebuhraya, mereka tidak mahu menyusahkan sesiapa. Itulah yang dikatakan oleh lelaki yang dikenali sebagai Faizal selepas kisah hidup bersama isteri dan anak-anaknya jadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Zack Rstar telah mendapat perhatian ramai netizen yang sebak dan turut bersimpati serta memberikan bantuan terhadap keluarga Faizal ini. Namun, masih lagi ada pandangan dan pendapat negatif segelintir netizen yang menganggap Faizal menagih simpati kerana keadaannya itu.

Sebenarnya, bantuan yang dihulurkan terhadap Faizal dan keluarganya adalah atas dasar keikhlasan rakan Zack Rstar. Semuanya bermula apabila Faizal dikatakan telah meminta untuk meminjam Jumper dari sekumpulan lelaki yang duduk berdekatannya di RNR Sungai Buloh.

Rakan Zack Rstar telah menyaksikan sendiri bagaimana Faizal dan isteri serta anak-anaknya itu yang tinggal di dalam kereta di pinggir lebuhraya. Walau bagaimanapun, lelaki-lelaki berkenaan kemudiannya membawa keluarga itu ke sebuah hotel murah demi kerana kasihan melihat anak-anak kecil tersebut tidur di dalam kereta serta bersimpati dengan keadaan mereka.

Ikuti perkongsian Zack Rstar untuk mengetahui keadaan sebenar.

Saya menerima laporan berkenaan dengan tentang kisah satu keluarga yang tidur dan merempat di tepi jalan iaitu di Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Buloh.

Malam tadi sekumpulan sahabat saya telah berhenti di RNR untuk mengisi minyak. Mereka ditegur oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Faizal, bertanya untuk meminjam jumper. Apabila sahabat-sahabat saya pergi ke kereta Faizal, mereka terkejut bila melihat keadaan dalam kereta beliau yang ada ubat nyamuk yang sedang dipasang. Baju-baju berselerak dengan anak-anak kecil yang sedang tidur.

Bila ditanya apa yang mereka buat di sini, jawab Faizal mereka hanya sekadar berehat-rehat sahaja. Sahabat saya tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu mendesak Faizal untuk memberitahu perkara yang sebenar. Faizal mengaku sudah dua bulan beliau tiada rumah dan tinggal di tepi lebuhraya.

Sahabat-sahabat saya tidak sanggup melihat mereka dalam keadaan seperti itu, terus membawa mereka pergi ke Kota Damansara dan menempatkan keluarga itu di sebuah hotel murah. Beliau memaklumkan kepada saya untuk datang dan lihat sendiri keadaan mereka.

Apabila saya sampai di hotel, Faizal menyambut saya sambil berkata,

“Maaf bang, saya tak nak menyusahkan sesiapa. Kawan abang yang membawa kami ke sini,”

Mungkin dia agak takut dengan saya, terus saya jelaskan niat sebenar kehadiran saya di situ dan dia pun duduk dengan saya, bercerita dari awal hingga akhir.

Zack Rstar
Zack Rstar bersama Faizal, isteri dan anak-anaknya.

Faizal dilahirkan di Selangor dan sepatutnya mendapat kad pengenalan, tetapi kerana beliau lahir di rumah, manakala bidan yang menyambutnya pula meninggal dunia, menyebabkan beliau tercicir kad pengenalan. Tambahan pula ibunya warga Indonesia, ayahnya pula adalah rakyat Malaysia.

Faizal yang hidup kemiskinan semenjak dari kecil terpaksa berhenti sekolah tahun lima. Sejak dari itu, beliau menyara diri dengan membuat kerja-kerja buruh sejak bertahun-tahun lamanya. Beliau berkahwin dan baru-baru ini memperoleh cahaya mata yang kini berusia dua bulan. Isterinya diberhentikan kerja sejak majikan mendapat tahu dia mengandung.

Permohonan daftar lewat kelahiran
Sumber: Zack Rstar
Sumber: Zack Rstar

Anaknya yang berusia dua bulan itu terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana kesempitan. Selepas diberhentikan kerja, isterinya berniaga nasi lemak di Bukit Beruntung. Pendapatan yang tidak menentu menyebabkan mereka gagal melunas baki sewa sebanyak RM100 dan mereka terus diusir keluar dari rumah. Maka tinggallah mereka di dalam kereta dan berpantang.

Setiap hari Faizal akan pergi bekerja sebagai pencuci kereta dan meninggalkan anak-anak dan isterinya di RNR. Anaknya yang berusia 8 tahun, yang sepatutnya bersekolah sudah tidak bersekolah sejak sekolah dibuka kerana tidak berkemampuan.

Kereta yang dijadikan tempat tinggal Faizal dan keluarganya.
Sumber: Zack Rstar
Sumber: Zack Rstar
Sumber: Zack Rstar

Faizal memperoleh pendapatan sebanyak RM50 sehari sebagai tukang cuci kereta di Sg Penchala. Beliau akan pergi kerja pagi dan balik lewat petang. Bukan balik ke rumah tetapi balik ke RNR. Bayangkanlah isterinya berpantang di RNR, yang hanya duduk di tempat rehat bersama anaka-anak kecil.

Saya bertanya satu soalan yang membuatkan saya sendiri sebak apabila mendengar jawapannya.

“Anak-anak minum susu apa?”

“Anak-anak saya bagi sirap je bang. Kadang-kadang air paip,” jawab Liza.

Hello, korang bukan pendatang, korang rakyat Malaysia. Saya ulang, Rakyat Malaysia! Korang adalah saudara Islamku, kenapa kau tak minta bantuan sesiapa? Jawapannya singkat.

saya tak mahu susahkan sesiapa
Sumber: Zack Rstar
Sumber: Zack Rstar

“Kami tak nak menyusahkan sesiapa bang. Ini pun kami rasa malu. Saya sayangkan suami saya dan anak-anak. Kami rela susah, kami yakin dengan ujian ini. Allah nak uji iman kami,” katanya.

Saya tak boleh tahan melihat mereka. Saya minta maaf, saya undur diri dan hendak muhasabah diri. Dunia ini kejam Ya Allah.

Kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menghubungi Faizal 011-23783902 atau Liza 017-2796023. Akaun Ambank 8881015216094. Liza akan maklumkan sekiranya keperluan sudah cukup. Itu pun selepas saya paksa dan minta semua maklumat-maklumat ini.

Untuk makluman, mereka ada anak empat orang:

  1. Mohd Adam Dansih 8 tahun
  2. Mardiah Azzaharah 5 tahun
  3. Mohd Amar Syukur 2 tahun
  4. Belum ada nama bayi 2 bulan dijaga orang

Saya merayu kepada mana-mana individu yang prihatin, marilah kita membantu keluarga ini. Siapa lagi yang mahu membantu mereka selain kita? Tolong bantu hambaMu ini Ya Allah. Murahkan rezeki kepada mereka yang membantu. – Zack Rstar.

 

‘Saya tak mahu susahkan sesiapa, maaf bang..” – Keluarga Ini Tinggal di Tepi Lebuhraya Kerana Kesempitan
Sazarimma

PM Mengumumkan Elaun SL1M Kini Dinaikkan Kepada RM2000 Sebulan

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan elaun bulanan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini.

Selain akan memberi lebih motivasi kepada pelatih, katanya beliau juga memahami keperluan mereka yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Menurut Najib, Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail telah berbisik kepadanya untuk mengumumkan sesuatu sebagai ‘hadiah’ kepada pelatih SL1M.

“…dan selepas melihat kisah hidup pelatih SL1M, saya umumkan elaun bulanan pelatih dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, Sabtu.

Program selama dua hari itu menawarkan lebih 15,000 peluang pekerjaan kepada graduan dan pencari kerja.

Najib turut menyifatkan SL1M sebagai ‘anak kunci’ yang berfungsi membuka peluang kehidupan lebih baik kepada generasi muda melalui peluang pekerjaan yang disediakan.

Perdana Menteri berkata rajin, bersemangat dan bercita-cita sahaja tidak mencukupi tanpa ‘anak kunci’ yang biasanya tersedia melalui dasar yang disediakan kerajaan.

SL1M
Temuduga terbesar Skim Latihan 1 Malaysia di Serdang.

Secara asasnya, beliau berkata setiap kejayaan sama ada oleh generasi muda atau taikun perniagaan mempunyai kaitan dengan dasar yang diperkenalkan kerajaan dalam menyediakan peluang-peluang kepada rakyat bagi memajukan kehidupan.

“Selain keinginan dan potensi besar yang dimiliki, kejayaan yang dinikmati rakyat dan negara adalah disebabkan kerajaan yang ada hari ini telah meletakkan dasar-dasar yang baik untuk kemajuan warganya,” katanya.

Menjadikan manifesto pilihan raya umum lepas pada 2013 yang meletakkan penyediaan peluang pekerjaan kepada generasi muda sebagai contoh, Najib berkata ia telahpun direalisasikan melalui lebih 2.26 juta pekerjaan baharu yang diwujudkan kerajaan sejak tempoh itu sehinga kini.

Perdana Menteri berkata SL1M sendiri telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 140,000 graduan yang mengikuti pelbagai latihan bersama industri sejak inisiatif itu diwujudkan pada 2011.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang sentiasa mendukung kerajaan dalam menerajui pelbagai inisiatif yang diwujudkan, khasnya SL1M.

“Syarikat-syarikat ini bukan sahaja telah meningkatkan kebolehpasaran graduan yang mengikuti SL1M, malah secara tidak langsung turut memperkasakan modal insan negara,” katanya. – BERNAMA

PM Mengumumkan Elaun SL1M Kini Dinaikkan Kepada RM2000 Sebulan
Sazarimma

Tips Beli Rumah Pertama dan Panduan Lengkap Pembelian Mengikut Kelayakan

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Ramai yang tertanya bagaimana cara beli rumah pertama dan bagaimana cara mengira kelayakan pinjaman perumahan sedangkan gaji kecil untuk buat loan rumah, adakah layak dan sebagainya. Semua itu sebenarnya tidak mustahil walaupun bergaji rendah dan tidak memiliki duit yang banyak, sebenarnya kita juga boleh melabur dalam bidang hartanah. Apa yang penting, kita haruslah mencari strategi dan harus rajinkan diri untuk mencari ilmu serta mengkaji cara, panduan dan tips untuk beli rumah dan hartanah.

Proses jual beli rumah akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu caranya, bukan itu sahaja, malahan rumah lelong juga dapat dibeli dengan cepat tanpa sebarang masalah, jika anda tahu dan ilmu penuh di dada. Jadi, tiada sebarang penipuan dan masalah yang akan berlaku jika semuanya anda tahu.

Untuk mereka yang ingin belajar seperti golongan muda yang masih belum mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk beli rumah pertama dalam hidup, anda disarankan membaca dan fahamkan setiap baris perkataan yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadhli Mohd Fauzi ini. Kerana perkongsiannya sangat bermanfaat dan berguna untuk mereka yang belum berpengalaman dalam pembelian rumah pertama.

Panduan Beli Rumah Pertama

beli rumah
Anda harus tahu cara mengira kelayakan untuk pinjaman perumahan kerajaan atau swasta.

Ada orang kata susahnya beli rumah tetapi pelik tak kenapa ada orang boleh beli banyak rumah macam beli karipap sedangkan gaji anda dan gaji mereka sama sahaja?

Mudah sahaja. Mereka tahu apa yang bank suka, jenis rumah yang berguna dan strategi yang ada. Mereka ada ilmu. Saya bongkarkan kepada anda rahsia ilmu-ilmu mereka. Buat ikut langkah-langkah ini dan elakkan shortcut! Amaran, elakkan shortcut!

PROFIL KEWANGAN

1. Senaraikan Pendapatan (Income) [PENTING]

  • Pendapatan tetap
  • Pendapatan tidak tetap (elaun, komisen, overtime, bonus dan lain-lain)
  • Pendapatan sampingan

2. Senaraikan Potongan (Deduction) [PENTING]

  • Potongan KWSP
  • Potongan SOCSO / PERKESO
  • Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Potongan Zakat
  • Lain-lain yang berkenaan

3. Senaraikan Komitmen (Commitment) [Rujuk CCRIS]

  • Pembiayaan peribadi
  • Pembiayaan kenderaan
  • Kad kredit
  • Pembiayaan ASB
  • Pinjaman pengajian contohnya PTPTN
  • Lain-lain yang berkenaan

4. Senaraikan Pelaburan [OPTIONAL]

  • ASB
  • Saham
  • Unit Amanah
  • Lain-lain yang berkenaan

5. Senaraikan Simpanan [PENTING]

  • Bank
  • Tabung Haji
  • Lain-lain yang berkenaan

6. Senaraikan Cukai [PENTING]

  • Cukai Pendapatan
  • Cukai Perniagaan
  • Lain-lain yang berkenaan

7. Dokumentasi [SANGAT PENTING]

Semua senarai di atas perlu mempunyai dokumen sah sebagai bukti contohnya :

  • Pendapatan : Slip Gaji
  • Potongan : Slip Gaji
  • Komitmen (Pembiayaan) : Letter Offer
  • Pelaburan : Buku ASB / Penyata yang dikemaskini
  • Simpanan : Buku Simpanan yang dikemaskini
  • Cukai : Penyata Cukai

LAPORAN KREDIT

Pihak institusi kewangan lazimnya akan menyemak laporan kredit pemohon sebelum meluluskan pembiayaan. Sekiranya laporan kredit pemohon tidak baik, maka agak sukarlah permohonan mereka diberi kelulusan.

Contohnya rekod pembayaran CCRIS yang tidak sempurna atau terdapat tunggakan serta laporan CTOS yang menunjukkan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus, maka ia akan menutup peluang pemohon untuk membuat permohonan baru sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pembiayaan yang terdahulu

A. SEMAK CCRIS

Bank akan merujuk CCRIS untuk melihat “sikap” pemohon dalam membayar ansuran bulanan pembiayaan atau pinjaman berkaitan daripada institusi kewangan termasuklah PTPTN.

Sekiranya tiada tunggakan, maka CCRIS akan menunjukkan angka kosong pada setiap bulan yang tertera. Sekiranya ada tunggakan, CCRIS akan menunjukkan angka tertentu contohnya 1 jika 1 bulan tertunggak atau 30 jika 30 bulan tertunggak.

Bank tidak suka memberi pembiayaan kepada orang yang culas. Sekiranya ada tunggakan, selesaikan dahulu masalah tunggakan anda dan tunggulah sehingga 12 bulan supaya rekod buruk itu hilang daripada penyata CCRIS,

Bagaimana menyemak CCRIS:

1. Kiosk Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur atau cawangan BNM (Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu) :
bawa kad pengenalan
cap jari
cetak CCRIS

2. Cawangan AKPK

3. https://www.creditbureau.com.my/ – RM10

  • emel
  • pos
  • faksimile

4. https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/login – RM10

B. SEMAK CTOS

CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam. CTOS menjadi antara sumber rujukan laporan kredit untuk institusi kewangan bagi setiap permohonan pembiayaan daripada individu atau syarikat.

CTOS tidak menyenaraihitamkan sesiapa; mereka hanya bertindak sebagai pemberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pembiayaan.

Laporan CTOS memperincikan pengesahan identiti, penglibatan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat kebankrapan.

Anda boleh menyemak laporan kredit CTOS anda melalui online di https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister.

BERSEMUKA DENGAN BANKER

Kelayakan pinjaman perumahan mengikut gaji
Pegawai bank akan membantu anda membuat semakan kelayakan membeli rumah.

1. Bawa semua dokumen :

  • Profil Kewangan
  • CCRIS – jika ada
  • CTOS – jika ada

2. “Walk-in” ke beberapa buah bank berbeza kerana polisi dan syarat setiap bank adalah tidak sama

3. Jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan

4. Beritahu pegawai bank tersebut bahawa anda mahu:

  • Membeli rumah
  • Semak keperluan dokumen untuk mohon pembiayaan
  • Semak kelayakan pembiayaan

5. Banker akan bantu kira kelayakan pembiayaan anda berdasarkan Debt-Service Ratio dengan merujuk kepada semua dokumen yang anda kemukakan.

6. Jika jawapannya positif, mulakan pemburuan hartanah berdasarkan kelayakan pembiayaan anda.

7. Jika jawapannya negatif:

  • Perbaiki profil kewangan
  • Perbaiki CCRIS
  • Hapuskan CTOS
  • Perkasakan dokumentasi kewangan

8. Jika anda tidak berpuas hati, pergi ke beberapa buah bank berbeza kerana setiap bank polisi dan syarat kelayakannya adalah tidak sama

BACA JUGA : Susah Simpan Duit? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Menyimpan Duit Dengan Bijak & Berkesan

PEMBURUAN HARTANAH

MEMBURU HARTANAH PERTAMA

1. LOKASI

  • Cari yang dekat supaya boleh duduk sendiri.
  • Jika yang dekat terlalu mahal, carilah yang jauh dan murah mengikut keupayaan pembiayaan anda kemudian sewakan dan anda teruskan menyewa hartanah yang dekat.

2. JENIS

  • Jika banglo terlalu mahal, pilihlah semi-D.
  • Jika masih mahal, pilihlah teres.
  • Jika masih mahal, pilihlah kondo / apartmen.
  • Jika masih mahal, pilih rumah pangsa / flat.
  • Jika masih mahal, pilih rumah kos rendah mengikut syarat.
  • Jika masih mahal, bergurulah ilmu mencari rumah murah.
  • Jika masih tak jumpa, nafsu anda terlalu besar untuk dapat yang sempurna segalanya

3. CARA BELI

  • Pemaju (Underconstruction) : rumah baru, rumah wangi, modal rendah. risiko sederhana. namun biasanya ada tempoh menunggu, harga mahal dan risiko terbengkalai
  • Pasaran Sekunder (Subsale) – rumah terpakai, modal sederhana, boleh runding harga. harga sederhana, risiko rendah kerana rumah sedia ada, namun tak ramai yang pandang sebab rumah lama dan terpakai.
  • Lelong – rumah busuk, modal tinggi, risiko tinggi, kebanyakannya sangat murah namun tidak boleh lihat dalaman rumah sebelum membeli dan mungkin banyak tunggakan
  • Nak percuma? Tunggulah anda dapat harta secara pewarisan. Itu pun kalau dapatlah!

4. BAJET

  • Tentukan harga rumah yang ingin dimiliki mengikut hasil perjumpaan dengan pegawai bank di awal cerita tadi
  • Masih ada rumah murah contohnya 10,000 (bukit beruntung), 60,000 (damansara damai), 70,000 (puchong) dan lain-lain. Usahakan mencari!
  • Jika rumah murah itu anda rasakan jijik, beli dan sewakanlah. Sekurang-kurangnya anda dah ada satu rumah. Penyewa bayar unit anda, dan anda bayar unit yang sewa. Tapi anda tetap dah ada satu unit sendiri walaupun masih menyewa rumah orang lain sampai mati!
  • Harga rumah biasanya akan terus meningkat. Selepas beberapa tahun, anda boleh buat pembiayaan semula atau jual sahaja dan belilah rumah idaman anda. Mulakan dahulu dengan yang kecil dan sederhana.

5. LEASEHOLD / FREEHOLD

  • Leasehold : Pajakan. Harga rendah sedikit berbanding unit Freehold. Bank biasanya akan memberi pembiayaan jika baki tempoh pajakan ialah sekurang-kurangnya 30 tahun selepas tamat tempoh pembiayaan. Proses pembelian dan pindah milik juga sedikit rumit berbanding unit Freehold.
  • Freehold : Hak milik Kekal. Harga tinggi sedikit berbanding unit Leasehold. Biasanya permintaan tinggi berbanding unit Leasehold namun tidak semestinya juga.
  • Mana-mana pun boleh sahaja sebenarnya, untuk rumah pertama jangan terlalu memilih sahaja.

6. BUMI LOT / NON-BUMI LOT

  • Bumi Lot : Untuk Bumiputra sahaja. Harga murah sedikit berbanding Non-Bumi Lot.
  • Non-Bumi Lot : Terbuka kepada semua bangsa. Harga tinggi sedikit berbanding Bumi Lot.
  • Jika anda bumiputra, beli mana-mana pun boleh. Jangan terlalu memilih.

B. BELI SENDIRI @ AGEN

  1. Kalau anda yakin anda mahir, silakan beli sendiri. Booking, Deposit, S&P, guaman, pembiayaan dan sebagainya. Jika mahirlah ya.
  2. Jika anda tak mahir, guna khidmat Agen Hartanah Berdaftar. Buru hartanah pertama melalui agen. Agen sedia membantu untuk “mix and match” dan beri nasihat kewangan. Namun pastikan agen yang anda cari itu berkaliber, boleh dipercayai dan berdaftar.
  3. Cara paling selamat? Dua-dua cara pun selamat. Namun jika tiada ilmu, dua-dua cara pun bahaya tau!

C. SENARAI HARTANAH DIJUAL / DIBIDA

1. SUBSALE

  • Agen Hartanah Berdaftar
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang : mudah.my, iproperty dan lain-lain
  • Rondaan ke lokasi yang diingini dan lihat iklan di pagar rumah yang ingin dijual jika ada
  • Mulut-ke-mulut (pentingnya networking dan ringan mulut untuk bertanya kejiranan)

2. LELONG

  • Agen Lelong
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang Pelelong : Ng Chan Mau, Property Auction House, Ehsan Auctioneer, Eszam Auctioneer dan lain-lain
  • Laman Sesawang Berbayar : lelongtips, auctiondata, auctionlist dan lain-lain
  • Laman Sesawang Bank : CIMB, RHB, Maybank, Public Bank dan lain-lain

3. UNIT DALAM PEMBINAAN

  • Agen Hartanah Berdaftar
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang : mudah.my dan lain-lain
  • Pusat Beli Belah

D. NILAI PASARAN

1. Semak Nilai Pasaran

  • Jurunilai Hartanah
  • Walk-in jumpa pegawai bank bahagian pembiayaan perumahan dan minta mereka tanya panel Jurunilai Hartanah nilai pasaran unit yang anda minati
  • Lihat harga transaksi jualbeli contohnya di Brickz.my (laman sesawang berbayar)
  • Anggar melalui perbandingan dengan iklan unit yang lebih kurang sama di lokasi serupa dalam internet

2. Harga Jual vs Nilai Pasaran

  • Harga Jual = Nilai Pasaran : OK
  • Harga Jual < Nilai Pasaran : Sangat OK
  • Harga Jual > Nilai Pasaran : KO kecuali aliran tunai sangat bagus

3. Pembiayaan vs Nilai Pasaran / Harga Jual

  • Bank hanya memberikan pembiayaan sehingga 90% (atau 70% untuk rumah ketiga ke atas) daripada Harga Jual atau Nilai Pasaran, mana-mana yang lebih rendah.

BELI HARTANAH PERTAMA

BELI UNIT PERTAMA ANDA

1. Pilih unit yang telah anda senarai pendek samada unit dalam pembinaan (under construction), pasaran sekunder (subsale) atau lelong (auction).

2. Solat istikharah supaya anda memilih sesuatu yang betul

3. Jika subsale:

  • Semak geran – nama pemilik, status, tempoh pajakan (jika leasehold), kaveat dan lain-lain
  • Pastikan ia bukan dalam senarai rumah untuk dilelong
  • Bayar booking (di pejabat peguam atau agensi sahaja!)
  • Dalam klausa booking, pastikan anda letak terma deposit dikembalikan sepenuhnya jika pembiayaan tidak diluluskan pada margin 90% (atau apa-apa margin yang anda mahu)
  • Dapatkan resit booking
  • Bayar baki deposit 10%

4. Jika lelong :

  • Semak geran – nama pemilik, status, tempoh pajakan (jika leasehold), kaveat dan lain-lain
  • Semak tunggakan
  • Lawatan tapak (site visit)
  • Pastikan pembiayaan anda boleh lepas! … atau anda bakal berhadapan risiko deposit hangus
  • Masuk bida dan bida pada had yang anda tentukan sahaja
  • Jika kalah, cuba lagi
  • Jika menang, teruskan langkah berikutnya

5. Jika dalam pembinaan daripada pemaju

  • Semak iklan – pastikan iklan memenuhi syarat KPKT
  • Semak projek – pastikan dibina oleh pemaju yang sah
  • Semak tapak pembinaan – pastikan ia tapak yang betul
  • Semak pemaju – lihat track record
  • HATI-HATI DENGAN SCAM!
  • Bayar booking
  • Bayar baki 10% (jika perlu)

LANTIK PEGUAM

  1. Untuk subsale dan lelong, anda berhak lantik peguam sendiri. Sekali lagi, lantik peguam berkaliber dan boleh dipercayai. Untuk under construction, biasanya anda perlu guna peguam panel pemaju, namun anda tetap boleh lantik peguam yang lain untuk jaga kepentingan anda (namun perlu fikirkan tambahan kos).
  2. Lakukan tindaksusul dan tanya “progress” sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu.
  3. Peguam akan lakukan tindakan seterusnya yang diperlukan.
  4. Jika ada kekeliruan, hubungi peguam anda untuk dapatkan maklumat terperinci.
  5. Kos guaman biasanya dalam julat 3% – 8% daripada harga rumah.

BAYARAN – SUBSALE

  1. Deposit 10% daripada harga rumah (kalau dapat unit bawah nilai pasaran yang boleh markup harga S&P, maka deposit dapat dikurangkan)
  2. Kos dokumentasi guaman 3% – 8% daripada harga rumah
  3. Renovasi? Ala kadar sahaja sudahlah. Kos adalah bergantung kepada nafsu anda.
  4. Tempoh serah kunci biasanya 3-6 bulan.

BAYARAN – LELONG

  1. Deposit 5% atau 10% daripada harga rizab rumah
  2. Jika guna agen, bayaran agen dalam 1.5% – 3.0% daripada harga menang bidaan jika menang. Jika kalah bidaan, tanya awal-awal daripada agen berapa bayaran jika kalah.
  3. Jika menang, anda perlu tahu berapa kos yang perlu anda keluarkan untuk tunggakan, kos guaman (3%-8%), kos pembaikian dan lain-lain.

BAYARAN – UNDER CONSTRUCTION

  1. Bayar booking
  2. Bayar baki 10% (jika perlu)
  3. Bayar “progressive payment” mengikut syarat antara bank dan pemaju
  4. Sentiasa follow up supaya tiada kelewatan pembayaran yang boleh menyebabkan anda terpaksa membayar penalti kelewatan sewaktu proses serah kunci kelak

BACA JUGA : Bagaimana Cara Simpan Duit Untuk Gaji RM1500 Sebulan Dengan Kaedah Kedekut

10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA

Pembelian rumah yang pertama
Beli rumah pertama akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu caranya.

1. Beli unit bawah nilai pasaran :

  • Unit lelong
  • Unit pasaran sekunder (subsale)

2. Beli unit kos masuk (entry cost) minima :

  • Unit dalam pembinaan berdiskaun >10%
  • Unit pasaran sekunder (subsale) boleh runding
  • Pembiayaan bank / kerajaan 100%

3. Beli unit yang harganya lebih rendah daripada kemampuan sebenar (sebagai buffer)

  • Kemampuan 300K, belilah 200K-250K
  • Kemampuan 150K, belilah 80K-120K

4. Beli dua unit terus untuk maksimakan kedua-dua kuota 90% pembiayaan anda untuk dua rumah pertama.

  • Mampu beli 300K, beli 2 unit 100K-150K
  • Mampu beli 200K, beli 2 unit 60K-100K

5. Beli sahaja di mana-mana.

  • Rumah murah jauh, beli dan sewa
  • Rumah murah dekat, beli dan duduk

6. Rajin mencari setiap hari kerana unit menarik banyak mata memerhati.

  • Media sosial
  • Mudah.my
  • Ronda kawasan

7. Guna Agen Hartanah.

  • Padan permintaan (demand) & pembekalan (supply)
  • Kadang-kadang dapat nasihat kewangan

8. Lawat Kawasan (Site Visit).

  • Tengok lokasi
  • Tengok kejiranan
  • Tengok kerosakan
  • Tengok potensi
  • Runding berdepan

9. Semak Profil Kewangan.

  • Pendapatan (Income)
  • Penolakan (Deduction)
  • Komitmen
  • Simpanan
  • Pelaburan
  • Debt-Service Ratio (DSR)
  • Kelayakan Pembiayaan

10. Cari ilmu – mentor, buku, seminar

  • Belajar cara dapatkan rumah murah
  • Dapatkan ilmu dan praktikkan
  • Ilmu tanpa usaha ibarat pohon tidak berbuah

“Saya tidak beri ikan. Saya hanya bagi joran; pilihlah umpan apa anda nak guna, lubuk mana anda nak pergi dan ikan apa anda nak kail.

Sumber : Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Anda pasti akan boleh beli rumah dengan segera jika mengikuti panduan yang telah disampaikan oleh Mohd Fadhli ini. Sebenarnya ramai yang telah berjaya membeli rumah dengan menggunakan cara seperti yang diajarkan beliau. Beli rumah baru bagi golongan mudan muda kini tidak lagi menjadi masalah kerana semuanya boleh dilakukan jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang perumahan seperti ini.

Tips Beli Rumah Pertama dan Panduan Lengkap Pembelian Mengikut Kelayakan
Sazarimma

Walaupun Perniagaan Kecil, Jangan Guna Akaun Simpanan Tapi Akaun Semasa

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Siapa sangka sedang seronok berniaga secara online secara kecil-kecilan tiba-tiba dapat surat dari pihak bank yang menyatakan akaun simpanan yang sering digunakan dalam bisnes itu akan ditutup kerana didapati terlalu banyak transaksi dibuat dan dia harus menggunakan akaun semasa sahaja untuk tujuan berniaga.

Akibat tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Reen telah mengambil keputusan menghubungi pihak bank untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku. Siapa tak terkejut, selama ini akaun simpanan itulah yang digunakan untuk menerima bayaran dan membuat pembayaran, tambahan tiada sebarang masalah yang berlaku.

Melalui penjelasan yang disampaikan oleh pegawai bank tersebut, oleh kerana akaun simpanan milik Reen itu sering mempunyai transaksi keluar masuk yang amat banyak, akaunnya itu dikatakan sebagai penggunaan untuk menjalani perniagaan.

Rupa-rupanya, akaun simpanan mempunyai hadnya yang tersendiri dan tidak sesuai untuk digunakan untuk transaksi perniagaan atau berniaga. Oleh sebab itu, pihak bank menasihatkan wanita terbabit supaya membuka akaun semasa khas untuk perniagaan.

Walau bagaimanapun, isu berkenaan telah menjadi tanda tanya di kalangan penaiga kecil-kecilan yang turut menyatakan bahawa pendapatan mereka tidaklah seberapa dan bukannya memperolehi keuntungan berlipat ganda bernilai jutaan ringgit.

Kepada anda yang berniaga atau masih mencari jawapan mengapa peniaga harus membuka akaun semasa, anda boleh membaca penjelasan dari Reen ini. Anda juga boleh mengetahui beberapa langkah yang sepatutnya dilakukan serta cara untuk membuka akaun semasa dan cara buka akaun syarikat sama ada Maybank, CIMB dan sebagainya bagi tujuan perniagaan.

Mengapa Harus Buka Akaun Semasa Untuk Perniagaan?

Post ini penting untuk sesiapa yang menggunakan akaun bank personal buat niaga kecil-kecilan.

Pada 15 Februari 2018, saya menerima satu surat daripada CIMB Bank. Isi surat (rujuk gambar) menyatakan bahawa kaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 Mac 2018. Saya agak keliru dan terus menghubungi pihak CIMB Bank beratus kali tetapi tidak dapat.

Cara buka akaun semasa perniagaan syarikat di Maybank
Jangan sampai anda dapat surat dari bank macam ni, menyusahkan. – Reen

Hari ini 26 Februari 2018, setelah beratus kali call akhirnya dapat. Alhamdulillah. Saya bertanyakan tentang status akaun bank saya, kenapa ianya ditutup. Pihak bank mengatakan bahawa mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat. Di bawah saya senaraikan sebab-sebab akaun bank yang mereka akan tutup.

  • Perniagaan kecil-kecilan seperti dropship, ejen dan lain-lain.
  • Terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab akaun simpanan ada hadnya.

Habis tu, kalau banyak duit simpanan, takkan nak disimpan bawah katil? Saya juga bertanya kenapa akaun bank saya yang dikenakan tindakan seperti ini? Akaun yang saya guna untuk perniagaan ialah akaun semasa.

BACA JUGA : Susah Simpan Duit? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Menyimpan Duit Dengan Bijak & Berkesan

Mereka menjelaskan, “Pihak atasan mendapati akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness.”

“Baiklah, jadi macam mana pihak bank detect?” soal saya.

Jawapan mereka, “Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit. Pihak kami akan membuat penutupan akaun secara berperingkat walaupun berniaga sebagai dropship kecil-kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa.”

Allahu! Kasihannya para surirumah tangga yang baru nak berniaga. Takkan nak buka akaun semasa? Nak buka akaun semasa ini perlu ada bukti daftar perniagaan dengan SSM. Modal pun perlu ada RM1,000, kena pula bawa introducer lagi, kena isytihar cukai lagi hatta niaga untuk RM5 saja untuk satu barang.

Saya tanya lagi, “Dan bila saya boleh buka akaun baru?”

“Tak boleh buka dah dengan CIMB dan penutupan akaun ini bukan CIMB sahaja tetapi semua bank buat hal yang sama,” jelasnya.

Jadi, harap korang jangan guna akaun bank personal lagi. Saya guna akaun bank personal bukan untuk berniaga, saya ada akaun semasa untuk syarikat. Tetapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan hanya menjalani satu perniagaan sahaja. Dan duit akan masuk ke akaun bank saya dulu, kemudian baru dimasukkan ke akaun syarikat.

Cara buka akaun semasa Maybank
Bye CIMB, Hai Maybank. Memang jodoh dengan Maybank agaknya.

Jika anda sayangkan akaun bank anda, boleh daftar akaun semasa. Di bawah saya kongsikan prosedur untuk buat akaun bank semasa.

  • SSM enterprise saja, tak perlu Sdn. Bhd.
  • Deposit mengikut bank. Contohnya Maybank, RM1,000.
  • Introducer (bergantung pada bank, jika Maybank perlukan introducer yang sekurang-kurangnya setahun ada akaun semasa di bank berkenaan).

Selepas membuat akaun semasa, anda bebas keluar masuk duit RM2.6 bilion sekalipun, tetapi ingat, sila daftar syarikat anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isytihar cukai anda sebelum diserang LHDN.

Jadi buatlah pilihan yang bijak. Kongsikan perkara ini kepada rakan-rakan anda agar ramai yang tahu dan tidak menjadi mangsa seperti saya. Tiada budi bicara lagi. Mereka mendapat arahan dari pihak atasan.

Walaupun Perniagaan Kecil, Jangan Guna Akaun Simpanan Tapi Akaun Semasa
Sazarimma

Penghidap Darah Tinggi atau Hipertensi WAJIB Elak 5 Kumpulan Makanan Ini

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi sangat ditakuti ramai orang kerana ia adalah salah satu penyakit yang menyerang kebanyakan orang. Serangan darah tinggi bukan sahaja disebabkan kepenatan malahan punca tekanan darah tinggi juga datangnya daripada cara pemakanan kita seharian. Ada beberapa makanan yang dapat dielakkan supaya boleh hilangkan darah tinggi.

Pasti ramai yang bertanya apa itu darah tinggi? Bagaimana untuk mengatasi hipertensi? Apa yang dimaksudkan dengan tekanan darah tinggi? Penyakit darah tinggi disebabkan oleh apa? Apakah faktor dan punca terjadinya penyakit hipertensi ini? Apakah rawatan yang terbaik dan berkesan? Sebenarnya, semua soalan itu boleh dikatakan jawapannya adalah MAKANAN seharian kita.

Jika pada setiap hari anda memakan makanan yang tidak sihat pasti tekanan darah tinggi agak susah nak turun. Sebenarnya, makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat juga boleh diamalkan selain memakan menu khas untuk pesakit darah tinggi. Malahan, rawatan tradisional atau cara merawat darah tinggi pada masa kini juga terlalu banyak boleh kita dapati yang dikatakan sangat mujarab.

makanan yang perlu dielak untuk darah tinggi
Mengapa kadar kolestrol dapat menyebabkan hipertensi?

Walau bagaimanapun, makanan juga adalah punca utama penyakit hipertensi ini, anda harus ambil tahu tentang 5 kumpulan makanan yang harus anda elakkan sekiranya anda menghidap hipertensi. Berikutnya adalah antara makanan yang dilarang untuk penderita darah tinggi.

5 Kumpulan Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Penghidap Hipertensi

Sedar atau tidak, sebenarnya kita sering mengambil Sodium melebihi keperluan harian kita. Sodium adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh kita untuk mengawal tekanan darah, membantu otot dan saraf berfungsi dengan baik. Sodium terdapat di dalam makanan secara asli di dalam makanan. Sodium juga terdapat di dalam semua jenis garam. Tidak kira garam buluh atau garam bukit atau laut. Kesemuanya mengandungi sodium.

Mengambil sodium secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan tekanan darah, meningkatkan risiko penyakit jantung dan buah pinggang. Untuk pesakit Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi, saranan adalah mengurangkan pengambilan garam sebanyak 1500mg sehari atau bersamaan 2/3 sudu teh garam sehari. Manakala keperluan normal garam adalah seeloknya dihadkan pada 2400mg atau satu sudu teh sehari. Hakikatnya, pengambilan garam harian kita melebihi dari jumlah tersebut.

Berikut adalah makanan yang mengandungi kandungan sodium atau garam yang tinggi.

1. Makanan Terproses

elak darah tinggi
Makanan yang diproses mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi yang harus anda elak.

Tidak dapat dinafikan lagi, makanan terproses mengandungi kandungan garam yang tinggi bagi memastikan rasanya kekal sedap dan kadangkala garam digunakan sebagai pengawet. Cth Biskut, makanan ringan, mee segera, bijirin sarapan harian dan pelbagai lagi makanan terproses.

Sebelum membeli sebarang makanan terproses,perhatikan pada label nutrisi yang terdapat pada pek makanan. Kandungan sodium atau natrium akan dilabelkan. Ini menunjukkan jumlah garam yang akan diambil untuk satu hidangan atau 100g makanan tersebut. Bandingkan di antara 1-3 jenama, Pilih makanan yang paling rendah kandungan garamnya.

2. Makanan Segera/Sejuk beku

Makanan penyebab hipertensi
Makanan segera biasanya jadi pilihan mereka yang tidak mempunyai masa untuk memasak.

Garam memberikan rasa yang enak pada makanan. Makanan segera atau sejuk beku biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan rasanya dan laris untuk dipasarkan.

Makanan sejuk beku/Segera kadangkala digemari kerana ia pantas untuk dimasak dan dimakan. Sebagai contoh, satu hidangan lengkap burger daging sudah mempunyai lebih kurang 240mg sodium, 1bekas kentang jejari mempunyai 209 mg sodium. Seketul ayam goreng bahagian dada mempunyai 596mg sodium.

Bayangkan jika diambil dua atau tiga ketul? Itu belum masuk lagi sodium daripada kentang dan coleslaw. Bagaimana pula dengan garam daripada makanan sejuk beku seperti nugget atau pizza atau hidangan prepack seperti lasagna, murtabak dll? Kesemuanya kebiasaanya mengandungi sodium yang agak tinggi untuk satu hidangan. Namun begitu, terdapat pelbagai pilihan makanan yang dikatakan ‘sihat’ atau kurang garam di pasaran.

Baca label makanan. Pilih hidangan makanan yang mengandungi garam kurang daripada 500mg per pek. Dan kurang daripada 300mg untuk snek makanan ringan.

3. Perisa dan Perasa Tambahan

garam
Perisa tambahan juga mempunyai kadar garam yang sangat banyak.

Serbuk perasa dan perisa tambahan kebiasannya mengandungi sodium yang sangat tinggi untuk satu sudu teh. Satu sudu teh stok ayam misalannya mempunyai 700mg sodium. Bayangkan apabila dimasukkan ke dalam masakan, dan ditambah serbuk garam sudah banyak mana agaknya kandungan garam di dalam makanan. Itu belum dimasukkan jumlah garam asli di dalam makanan lagi.

Tidak kira apa pun namanya serbuk perisa itu, “Sedap sangat” atau “ Pasti Enak” atau “Tok Aji Naik Motor” , kesemuanya mengandungi sodium yang tinggi. Tidak percaya? Boleh baca pada label makanan. Pes nasi goreng atau bihun atau tomyam juga tidak lari daripada kandungan garam yang tinggi. Jadi bagaimanakah mahu mengurangkan garam di dalam masakan?

BACA JUGA : Tahukah Anda. Ini Adalah 12 Tanda-Tanda Anda Makan Terlalu Banyak Pengambilan Gula, No #6 Tu Banyak Terjadi..

Tambah garam sahaja, elakkan menambah serbuk perasa dan perisa tambahan. Hasilkan stok ayam, stok ikan bilis daripada makanan asli. Jika mahu masukkan juga serbuk perisa, elakkan penggunaan garam di dalam masakan. Hasilkan rasa Umami itu daripada makanan asli. Bagaimana? Boleh beli Buku ‘Bukan Doktor Gugel’ untuk dapatkan maklumat lanjut.

4. Sos pencicah dan Perasa Tambahan

Makanan penyebab darah tinggi dan kolestrol
Setiap hari kita memakan kadar garam dan gula yang banyak tanpa disedari.

Mahu masak ayam goreng kicap, ayam digoreng bersama garam terlebih dahulu, Ditambah pula dengan kicap pekat, Kicap manis. Mahu masak ayam masak merah, sos tomato dan cili digunakan bersama. Masak sayur, sos tiram ditambah ke dalam hidangan. Makan nasi, ulam bercicah budu dan sambal belacan. Tuang budu di atas ikan bakar baru umpphh makan.

Saya tidak katakan salah amalan makanan kita ini. Namun, kadangkala tidak disedari amalan turun temurun kita ini telah menjadi racun dalam diam kepada pesakit hipertensi. Kesemua makanan di atas mengandungi garam yang tinggi di dalamnya yang menyebabkan tekanan darah sukar dikawal. Bagaimana mahu mengatasinya?

Goreng ikan dan ayam tanpa garam jika mahu dimasukkan sos atau kicap di dalam masakan. Bakar ayam atau ikan dengan perapan bawang dan halia serai untuk menambahkan rasanya. Hadkan penggunaan garam di dalam masakan. Kurangkan mencicah ulam dengan sambal belacan atau budu dsbnya dengan kerap. Gunakan perahan asam limau sebagai penambah perisa di dalam hidangan harian.

Ya, mungkin kurang umphh berbanding hidangan asal. Tetapi sekurangnya kita berusaha menjaga kesihatan dengan lebih baik.

5. Makanan Yang diasinkan/ Jeruk/ Asam

Cara menurunkan darah tinggi di usia muda
Pesakit darah tinggi harus elak dari memakan makanan jeruk dan seumpamanya.

Makanan yang diasinkan tidak dapat lari daripada menggunakan garam yang banyak sebagai bahan awet. Samada ikan pekasam, daging yang diasinkan atau telur asin ksemuanya mempunyai garam yang tinggi. Hadkan pengambilannya kepada 1-2 kali sebulan sahaja.

Elakkan mengambil jeruk atau asam sebagai snek harian. Pilih sayur dan buah-buahan segar sebagai pengganti kerana ia mempunyai kalium yang tinggi dan mampu membantu menurunkan tekanan darah.

Gunakan rempah ratus seperti halia, serai, bawang merah dan juga jintan putih. Serbuk lada hitam dan sebagainya sebagai bahan perisa tambahan di dalam masakan. Tetapi awas, asam jawa mempunyai kandungan garam yang tinggi. Satu sudu makan sudah memberikan 599mg sodium kepada makanan. Hadkan penggunaan serbuk perasa dan perisa sebagai tambahan di dalam masakan.

petua menurunkan tekanan darah tinggi
Rempah ratus sememangnya terbukti khasiatnya dalam kesihatan manusia.

Jadikan pinggan sihat, Suku Suku Separuh amalan harian. Pelbagaikan pilihan sayuran dan buah-buahan agar kita mendapat pelbagai nutrisi daripada makanan harian. Kurangkan berat badan sekurangnya 5-10% berat sekarang sekiranya berlebihan berat atau obes. Tekanan darah akan dapat dikawal dengan lebih baik apabila penurunan berat badan berlaku.

*Mulakan bersenam secara regular setiap hari sekurangnya 30 minit sehari.

Sumber: Ruqayyah Muhd

Penghidap Darah Tinggi atau Hipertensi WAJIB Elak 5 Kumpulan Makanan Ini
Sazarimma


Lasik Mata dan Pembedahan Kos Rawatan Murah

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Lasik? Mungkin ramai yang belum tahu apa itu Lasik atau singkatan dari rawatan laser assisted in situ keratomileusis yang biasanya dikaitkan dengan pembedahan laser pada mata (Lasik Surgery). Ia juga adalah satu prosedur baru untuk pembaikan daya penglihatan pada mereka yang rabun jauh atau dekat dan pembedahan lasik mata pada hari ini menjadi semakin popular biarpun harga mahal tetapi ada juga yang jimat dan murah.

Walau bagaimanapun, kebaikan dan kelebihan prosedur lasik ini yang merawat rabun telah terbukti berkesan kerana kurangnya risiko, komplikasi dan juga kesan sampingan jika dibandingkan dengan pembedahan refraktif yang lain serta tempoh pemulihan yang cepat. Namun, pasti ada persoalan atau kemusykilan dari mereka yang ingin menjalani rawatan lasik ini seperti berapakah kos rawatan? efek dari pembedahan seperti kesan laser mata dan sebagainya.

Lasik
Lasik

Kepada mereka yang berminat ingin tahu tentang cara membuat lasik dan lasik mata ini, kami kongsikan satu perkongsian dari seorang wanita yang berkongsi pengalaman lasik dimana beliau telah pun menjalani pembedahan lasik pada 4 tahun lalu. Mungkin pengalaman dari saudari Durratul Khair Harullah ini akan membantu anda dan menjawab segala pertanyaan anda.

Saya Si Mata Rabun

Seksa tau jadi budak rabun. Bangun pagi, cermin matalah yang kau cari dahulu. Seriau tau masuk ke bilik air kalau tak pakai cermin mata sebab kau takut sangat terpijak katak. (Kat kampung banyak katak di bilik air).

Rabun saya sangat teruk, power cermin mata waktu itu 1000 lebih kot. Tak ingat sangat tapi bila kau tak pakai cermin mata, memang muka kawan kau nampak macam hantu tak bermuka. Serius, kau takkan nampak kawan kau senyum kat kau atau melambai kau. Maka kau akan dicop sombong.

Saya memakai cermin mata sejak darjah 4 sebab suka cuba memakai cermin mata abah, kononnya supaya nampak lebih pandai dan genius..haha..akhirnya, kau rabun betul dan setiap tahun bertambah power cermin mata itu sebab suka melihat TV dengan jarak yang dekat.

Dipendekkan cerita, saya buat keputusan buat LASIK setelah tak tahan dengan kerabunan saya yang tak boleh melihat momen indah melahirkan Husna. Dan keputusan kau semakin kukuh setelah cermin mata kau asyik dipatahkan berkali-kali oleh anak kau yang semakin melasak.

BACA JUGA : Cuba Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Tanaman Ajaib Ini..

Survey Tempat

Memandangkan saya bukanlah jutawan mahupun hartawan, saya pun mencari tempat untuk membuat LASIK sesuai dengan kemampuan saya. Dr. Muhaya kata, pakar mata ni sama sahaja di mana-mana. Jangan kau pergi kepada doktor yang tidak bertauliah sudahlah.

Advance Vision Damansara Utama
Advance Vision Eye Specialist Centre di Damansara Utama, Petaling Jaya

Saya buat di Advance Vision Eye Specialist Centre di Damansara Utama, Petaling Jaya. Kau boleh lihat laman web di Advance Vision dan Facebook Page Advance Vision.

Kos Rawatan Lasik Mata Mahal ke?

Bayaran tak mahal pun. Harga kos RM2888 sahaja untuk sepasang mata. Mahal lagi kereta Toyota Vios kau. Tapi ada yang berharga RM5k. Bergantung jenis LASIK. Nak terangkan pun payah, kau kena pergi dan buat pemeriksaan mata kau dulu di situ.

Kalau ibu bapa kau mengadu dah tak nampak sebab faktor usia. Mungkin ibu bapa kau ada katarak. Bawalah pergi untuk buang katarak tu. Harganya mahal sedikit. RM2 ribu lebih itu hanya untuk sebelah mata sahaja.

Saya bawa abah buat untuk sebelah matanya. Dan sekarang beliau cakap, sebelah matanya itu sahajalah yang membolehkannya melihat. Huhu..semoga saya dimurahkan rezeki untuk buat yang sebelah lagi.

Bagaimana Pembedahan Leasik Dilakukan? Sakit Tak?

Semasa prosedur membuat LASIK tu, kau macam rasa buta sesaat. Tak sakit pun, macam kena gigit semut sahaja. Dan prosedur ini tak lama pun. Tak sampai 10 minit pun, kau dah selesai. Masa itu penglihatan kau dah nampak 30% kalau tak silap.

lasik mata
Proses pembedahan lasik mata dijalankan.

Dinasihatkan kau bawa driver semasa buat LASIK ni sebab selepas prosedur itu, mata kau akan pedih macam dimasuki cili. Nak buka mata pun payah, apatah lagi nak memandu pulang ke rumah.

Dalam sehari sahaja rasa pedih tu. Petangnya selepas tidur (kau akan diberi ubat tidur) sudah tak rasa apa. Celik mata sahaja, rasa macam bahagia sangat sebab boleh nampak pemandangan sekeliling dengan jelas.

Dan dekat sebulan kau akan tersasul konon macam betulkan cermin mata di hidung. Pemakai cermin mata tegar sahaja yang akan mengalami situasi ini…Haih..

Kawan saya Yuna Hana dan suami kak Norfazlina Muhammed Yazid pun dah buat di sini.

BACA JUGA : Khas Untuk Si Rabun. Doktor Pakar Mata Ini Dedah 3 Tips Semula Jadi Pulihkan Penglihatan

Video Prosidur Pembedahan Laser Lasik Mata

Apakah Kebaikan dan Keburukan Lasik?

Adakah bahaya buat pembedahan lasik? Sebenarnya, kaedah lasik secara keseluruhannya adalah cara yang selamat kerana kurangnya risiko akibat pembedahan. Namun, mereka yang menghidap penyakit kencing manis haruslah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menjalankan pembedahan lasik mata ini.

Berkemungkinan pesakit kencing manis akan menghadapi masalah kesihatan seperti proses pemulihan luka menjadi lambat iaitu luka uveitis, kornea dan mata kering. Namun, jika anda baru saja mengidap penyakit kencing manis dan berada dalam kawalan, pasti anda boleh melakukan lasik tanpa sebarang masalah.

Hukum Pembedahan Lasik Dalam Islam

Apakah hukum membuat lasik dalam pandangan Islam? Adakah pembedahan laser mata itu salah di sisi agama Islam? Melalui kajian, lasik adalah satu proses untuk memperbaiki mata atau kelemahan yang terdapat pada penglihatan manusia bukannya mengubah ciptaan Allah. Jadi, pembedahan ini langsung tidak melanggar syariat Islam dengan syarat niat yang baik malahan dengan menggunakan kaedah lasik adalah bertujuan untuk mengubati mata untuk keadaan yang lebih baik.

Kepada mereka yang mempunyai masalah rabun dan mampu untuk membayar kos rawatan pembedahan ini, anda digalakkan untuk mencuba kerana tidak salah untuk memperbaiki penglihatan kita yang akan memudahkan lagi aktiviti seharian selain memudahkan pergerakan.

Lasik Mata dan Pembedahan Kos Rawatan Murah Sazarimma

Petua & Tips Jika Terkena Sengatan Lipan, Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Apa yang akan anda lakukan sekiranya kena sengat lipan? Terkena sengatan lipan memang amat menyakitkan, tapi selepas disengat sebelum pergi berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan adalah lebih baik kita rawat sendiri untuk meredakan kesakitan akibat digigit lipan itu. Anda harus tahu cara untuk hilangkan bisa lipan dan rasa sakit serta elakkan daripada kesan gigitan menjadi bengkak dan melarat.

Sebenarnya, berbagai cara dan petua tradisional untuk menghilangkan sakit yang menyucuk-nyucuk kerana sengatan lipan yang berbisa ini. Antara petua yang paling mujarab adalah dengan menggunakan tembakau, lalu dikunyah sebelum diperah air tembakau tersebut ke bahagian tanda sengatan lipan berkenaan. Apa yang paling penting adalah lipan yang mengigit anda itu tadi haruslah dibunuh terlebih dulu.

Lipan mempunyai berbagai jenis seperti lipan bara, lipan besar dan berbagai jenis lagi yang turut terdapat di seluruh dunia. Binatang yang mempunyai bisa ini mampu mencederakan manusia dengan gigitannya yang amat merbahaya itu. Perkongsian doktor yang dikenali sebagai Dr Haji Uwais Al Qorni ini pasti akan menjawab segala persoalan berkaitan tentang sengatan lipan yang anda ingin ketahui.

Tips Jika Terkena Sengatan Lipan

lipan
Lipan ada bermacam jenis yang mempunyai bisa yang boleh membuatkan kesan gigitan menjadi bengkak.

Hari ini klinik doc dikunjungi oleh seorang anak muda berbangsa Indonesia, beliau kena sengat lipan malam tadi dalam pukul 2 pagi sewaktu sedang lena tidur. Kasihan pula doc tengok tangan dan bahunya bengkak. Lepas sengatan pertama, beliau boleh sambung tido lagi, mungkin dah terlampau kerap disengat, orang kata “alah bisa tegal biasa”. Tapi selepas disengat kali kedua, barulah beliau rasa geram nak bunuh lipan tu.

Tapi malangnya cari punya cari tak jumpa juga, rupanya lipan beliau ni pandai main sorok-sorok. Hehe. Doc pon sebenarnya tertanya-tanya juga, kebelakangan ni banyak juga pesakit doc yang kena sengat lipan. Kebanyakannya datang klinik doc awal pagi, dan sewaktu tengah tidur.

Doc secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan, jadi doc memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini.

Antara perkara yang perlu anda tahu mengenai lipan adalah :

1. Lipan dalam bahasa inggeris dipanggil centipedes. Perkataan ini berasal daripada bahasa latin yang bermaksud “seratus kaki”. Tetapi tiada lipan yang memiliki seratus kaki kerana kaki lipan berjumlah ganjil seperti 9,11,15 dan seterusnya.

2. Sengatan lipan memang berbisa, tetapi tidaklah sampai membunuh. Melalui pembacaan doc, anda perlu disengat sekurangnya lebih seribu kali sebelum boleh mati disebabkan sengat tersebut. Namun ada beberapa keadaan di mana anda perlu mengambil serius dan berjumpa doktor juga. Teruskan bacaan.

3. Lipan ada beberapa jenis, tapi yang paling berbahaya kalau di Malaysia adalah lipan bara (Scolopendridae). Ia berwarna merah dan saiznya besar serta boleh mencecah 30cm. Walaupon begitu, lipan ini sangat jarang dijumpai di kawasan yang didiami manusia, dan selalunya membesar di hutan serta kawasan bawah tanah hutan hujan tropika.

4. Lipan selalunya tinggal di kawasan yang kotor dan lembap seperti dalam rekahan lantai bilik air, celah rak, bawah tikar getah,bawah rumput karpet dan dalam kasut. Selain itu, ia juga suka tinggal dalam selimut dan bersembunyi dalam baju terutamanya pakaian yang kerap dibiar berlonggok di lantai. Oleh itu, perhatikan setiap kawasan yang berisiko ini.

5. Lipan sering menyengat apabila berasa terancam. Jika anda terjumpa lipan, anda jangan lah terlalu takut,melatah,menjerit dan sebagainya.(Doc kuat melatah sebenarnya. Hahaha) Sebaliknya, dengan tenang ambil objek tumpul dan ketuk kepala lipan tersebut sampai lunyai. Doc pakai lesung batu je. Hehehe

6. Kesan sengat lipan mirip seperti gigitan ular, kerana terdapat dua bintik halus dan kemerahan . Jangan pula anda terkeliru dan pastikan anda betul-betul melihat jenis lipan tersebut, seperti saiz dan warna. Kalau berani, tangkap dan simpan lipan tersebut serta tunjukkan kepada doktor yang merawat.

7. Lipan tidak memiliki taring atau penyengat, tetapi sebaliknya ia menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit (seperti ketam dan lobsters tu!) yang dipanggil Forcipules untuk “mencubit” dan menyuntik bisanya ke badan mangsa.

8. Kebanyakan lipan tidak memiliki mata! Mereka bergerak dengan berpandukan bunyi yang dikesan oleh sesungut Antena mereka. Oleh itu selepas ini anda jangan takut-takut lagi untuk berperang dengan lipan ya! Sebab dia tak nampak anda, tapi dia boleh mendengar, jadi jangan bising-bising sangat lah ya.

BACA JUGA : Kanak-kanak Perempuan Maut Akibat Dipatuk Ular Tedung Berbisa

Cara Yang Patut Anda Buat Jika Disengat Lipan Ketika Tidur

Tanda sengatan lipan
Lipan amat suka kawasan yang lembap dan biasanya akan berada di rumah di celah dinding, lantai dan pintu.

Baiklah, andai kata anda sedang tidur, dan tiba-tiba terasa seperti dicucuk objek tajam, anda terjaga dan terlihat lipan. Apa yang perlu anda lakukan?

1. Dengan tenang, cuba “kepung” lipan tersebut. Cari objek tumpul dan ketuk kepalanya beberapa kali sehingga beliau mati syahid. Kalau anda ingin merasa disengat sekali lagi, bolehlah biarkan ia hidup. Sebab lipan akan menyengat mangsanya berkali-kali sekiranya terasa diancam.

2. Ok, lipan sudah mati dan anda puas. Bagaimana pula dengan tempat sengatan lipan yang sakitnya amat tajam dan mencucuk itu? Segeralah basuh kawasan disengat lipan dengan sabun antibacterial beberapa kali dan bilas dengan air yang banyak.

3. Tidak perlu dipicit kawasan sengat kerana bisa lipan kebiasaanya tidak merebak. Tindakan memicit kawasan sengat akan menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan bisa masuk lebih dalam menyebabkan sakit anda lebih lambat pulih.

4. Sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai oleh suhu panas. Sekiranya tempat sengatan anda menjadi bengkak, rendamkan kawasan tersebut dalam air panas(35-45’C) selama 30minit. Kepada mereka yang dah lama follow doc, doc memang selalu kongsi pasal rendaman air panas ni. Termasuklah kalau disengat obor-obor, ikan batu, ikan sembilang dsb.

5. Sesetengah lipan menyebabkan kawasan sengat menjadi gatal. Oleh itu, anda boleh dapatkan krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kesan kemerahan pada kulit.

6. Sengat lipan amat sakit dan terasa sehingga 48 jam lamanya. Dapatkan ubat penahan sakit jenis NSAIDs seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda baru pertama kali ingin mengambil ubat ini.

Bila anda perlu berjumpa doctor?

sengatan lipan
Anda disarankan berjumpa doktor dengan segera selepas terkena gigitan lipan yang berbisa.

-Jika kesan sengat lipan tidak baik selepas beberapa hari dan semakin bengkak.
-Sejurus selepas disengat, anda dinasihatkan mengambil suntikan anti-tetanus (kancing gigi)
-Beberapa kes sengatan lipan boleh menyebabkan alahan yang teruk.(anaphylaxis reaction) Oleh itu berjumpalah doktor segera untuk penilaian lanjut sekiranya anda mengalami sesak nafas,pening kepala, sakit dada, merah seluruh badan dan sakit yang melampau.
-Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah serta warga emas yang digigit lipan hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Tips Extra:

Ada juga pesakit doc yang pergi sapu perut lipan pula di tempat terkena sengatan lipan. Tapi nampaknya tak berkesan sebab tu terpaksa cari doc juga. Antara petua orang tua yang lucu bila doc baca antaranya ada yang sapu getah keladi dekat tempat kena sengat! (Tak melekit ke nanti?) Ada juga yang sapu cuka dan biji hitam, kemudian gaulkan dan campur pula bawang putih (Ni dah macam nak memasak pulak!). Yang sapu abu lipan pon ada (Baik buat BBQ lipan je. Nyam2). Sapu air asam jawa dan macam2 lagi lah petuanya.

Petua ni sebenanya pada pendapat doc selagi ia tidak memudaratkan, tak salah nak mencuba. Tetapi kemungkinan anda akan rugi masa dan tenaga saja jika petua tersebut tidak berkesan. Jadi, doc sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu atau boleh juga cuba tips yang doc kongsikan ini.

Dr Hj Uwais Al Qorni
Haji yang takut lipan

Apabila anda terkena sengatan lipan anda harus tahu bagaimana cara untuk merawat akibat gigitannya sebelum pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Langkah ini perlu dilakukan segera agar kesan gigitan tidak membengkak dan mungkin mampu menghilangkan kesakitan yang anda alami.

Petua & Tips Jika Terkena Sengatan Lipan, Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor Sazarimma

Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah Tanpa Ragi Tapai Mudah & Senang

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Tempe mempunyai penggemarnya dan khasiat yang tersendiri. Pasti ramai yang tahu bahawa tempe mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi selain kebaikan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan serta mampu turunkan tekanan darah tinggi. Tempe juga dipercayai boleh membantu mengurangkan gejala menopause atau putus haid dengan cepat bagi wanita serta boleh mencerahkan kulit. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu cara buat tempe sendiri di rumah.

Bagaimana cara buat tempe? Apakah bahan untuk membuat tempe? Sebenarnya, cara untuk membuat tempe homemade sangat mudah dan tidak begitu sukar untuk dilaksanakan. Perkongsian resepi cara membuat tempe tanpa menggunakan ragi tapai ini dikongsikan oleh saudari Ida Alina Salleh. Lebih baik buat sendiri di rumah selain jimat dan kebersihan makanan ini juga dijamin serta anda pasti berpuas hati selepas dapat menghasilkan tempe sendiri.

Cara Buat Tempe Tanpa Ragi Tapai

cara buat tempe
Tempe atau juga dipanggil sebagai tempeh di sesetengah tempat.

Cara buat tempe tanpa ragi tapai? Kenapa? Kerana ragi tempe dan ragi tapai sangat berbeza yang mana tidak boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Manakala, ragi tempe sifatnya seperti spora cendawan halus dan tidak basah. Ia akan terus mereput dan membusuk.

Melalui perkongsian ini, selain cara buat tempe, Ida Alina juga menerangkan di mana beliau membeli ragi tempe dan cara-cara untuk membuat ragi tempe dengan mudah dan cepat. Sila lihat langkah-langkah pembuatan tempe serta penerangannya dengan teliti agar tempe yang anda hasilkan itu menjadi dan berkhasiat.

Bahan-bahan Buat Tempe:

1/2 kilo Kacang Soya
1/2 sudu teh Ragi Tempe
Plastik

Tempe goreng tanpa ragi tapai
Tempe goreng kunyit garing sangat sedap dimakan bersama nasi.

Cara Membuat:

proses buat tempe
Bahan asas iaitu kacang soya harus direndam terlebih dahulu.

1. Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.

Rebusan kacang soya
Kemudian kacang soya tersebut direbus.

2. Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah.

Resepi buat tempe
Selepas ditoskan kacang soya itu harus dijemur di tengah panas.

3. Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.

Tempe kacang soya
Kemudian kacang dimasukkan ke dalam plastik dan ditebuk lubang.

4. Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.

Ppembuatan tempe
Hasil tempe yang telah siap dibungkus.

5.Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih.

BACA JUGA : Cara Buat Mayonis Sendiri Di Rumah Dengan Mudah

Tempe homemade
Tempe yang telah siap dipotong untuk digoreng atau sebagainya.

Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.

Cara Membuat Ragi Tempe

Cara mudah buat ragi tempe
Ragi tempe

Sekiranya anda tidak mempunyai ragi tempe, anda boleh buat sendiri. Berikutnya cara mudah buat ragi tempe yang dikongsikan untuk anda semua. Cara untuk membuat ragi tempe buatan sendiri ini tidak begitu sukar kerana ia boleh dibeli di kedai tetapi anda harus teliti untuk memastikan ragi yang akan dibuat itu adalah jenis ragi tempe terbaik selain hasilnya sedap dan memuaskan hati.

Caranya:

1. Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.

2. Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.

3. Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.

4. Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.

5. Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.

6. Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.

Tempe sedap
Pecal biasanya akan dihidangkan bersama tempe yang menambahkan kesedapan makanan ini.

Berbagai jenis dan resepi yang menggunakan tempe boleh dibuat dan dimakan. Antara yang popular yang menjadikan tempe adalah bahan asas atau bahan sampingan untuk menyedapkan masakan tersebut seperti pecal, lontong, sambal goreng dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat dan selamat Mencuba!

 

Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah Tanpa Ragi Tapai Mudah & Senang Sazarimma

Resepi Sos Tomato Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Sahaja

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Sos tomato buat sendiri? Mengapa perlu beli kalau boleh buat sendiri, lebih-lebih lagi cara buat sos tomato sendiri di rumah sangat mudah dan senang untuk dibuat. Selain menjimatkan kos dan kebersihan terjamin serta lebih puas hati kerana kandungan sos boleh dibuat dengan banyaknya mengikut kehendak masing-masing.

Resepi perkongsian dari Puan Sumaiyah Abdullah ini menunjukkan bagaimana cara buat sendiri sos tomato dengan menggunakan 3 bahan sahaja tanpa perlu sebarang bahan pengawet tiruan dan bebas dari bahan aditif atau bahan-bahan lain yang tidak baik untuk kesihatan kita.

Sos tomato
Sos tomato yang telah siap dimasak.

Menurutnya, sudah setahun beliau tidak membeli sos tomato kerana membuat sos tomato homemade. Yang menariknya, anda boleh buat pilihan sama ada untuk memasukkan garan sekiranya ingin lebih masin atau tidak perlu garam jika ingin menjaga kesihatan. Malahan, anda juga boleh campurkan dengan serbuk cili jika ingin pedas.

Cara Buat Sos Tomato Homemade

Bahan-bahan :

  1. 5-6 biji Tomato Masak Ranum
  2. Gula 3 sudu besar
  3. Cuka 3 sudu besar
  • serbuk cili (optional kalau nak sedikit pedas)
  • secubit garam (optional)

Dah siap, sebijik rasa macam sos tomato dalam botol yang kat kedai tu. Selamat mencuba.

*Kalau tomato 1kg, gula 1/2 cawan, cuka 1/2 cawan.

Cara Membuat :

Tomato
Tomato yang masak amat sesuai untuk dibuat sos.

Anda perlu memilih buah tomato yang masak ranum dan merah kerana tomato yang masak sebegini amat sesuai untuk dibuat sos. Kemudiannya masukkan ke dalam periuk yang berisi air sehingga tenggelam seperti dalam gambar di bawah.

Membuat sos tomato
Tomato dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus.

Rebus tomato tersebut sehingga kulit tomato pecah dalam jangka masa lebih kurang 5 minit.

Tomato sos
Tomato yang telah dibuang kulitnya.

Kemudian kupaskan dan buang semua kulit tomato.

Cara buat tomato sos
Untuk mengisar tomato tidak perlu memasukkan air.

Semua tomato tersebut dimasukkan ke dalam blender untuk dikisar tanpa menggunakan air.

Sos tomato
Kisar dalam masa 5 minit sahaja.

Anda perlu kisar tomato itu tadi sekurang-kurangnya dalam masa 5 minit.

tomato
Tomato yang dikisar harus ditapis untuk dibuang bijinya.

Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum masukkan gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak.

Resepi tomato sauce
Sos tomato yang telah siap dimasak dan boleh dimakan.

Dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja, sos tomato siap atau boleh juga dipanggil sebagai pes tomato homemade yang boleh digunakan untuk memasak masakan lain seperti masak merah, atau pencicah untuk dicicah bersama ayam goreng, makan dengan burger, spaghetti atau apa saja yang biasa kita gunakan dengan tomato sauce yang dibeli dari kedai.

BACA JUGA : Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Mudah & Senang

Selepas dah tahu tentang resepi buat tomato sos ni, bolehlah kita amalkan selalu dengan memakan tomato yang segar kerana tomato mempunyai khasiat yang sangat banyak. Antara kebaikan tomato adalah sangat baik untuk kulit yang mana dikatakan mampun melicinkan kulit dan juga dapat merawat berbagai jenis penyakit.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang suka masak dan cara buat sos tomato ini sememangnya sangat mudah serta jimat dan tidak perlu beli lagi kerana boleh buat sendiri tanpa ragu-ragu dengan kebersihan serta berbaloi-baloi.

Selamat mencuba!

 

Resepi Sos Tomato Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Sahaja Sazarimma

Tips Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta – (Doktor Kongsi Cara Elak Letak Anak Di Kedudukan Blindspot Dalam Kereta)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Ekoran kejadian yang membabitkan seorang bayi kecil perempuan yang berusia 2 tahun maut kerana sesak nafas selepas tertinggal di dalam kereta selama 4 jam iaitu dari jam 9 pagi hingga ke 1 tengah hari, begitu ramai netizen yang mengecam serta melemparkan komen negatif kepada ibu mangsa kerana tertinggal anak dalam kereta tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa berkenaan yang ketika itu sedang bersedih di atas kehilangan serta kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah pun berlaku dan siapa saja yang inginkan perkara buruk sebegini berlaku? Janganlah kita memandang kesilapan ibu mangsa itu sebagai sengaja kerana pastinya dia langsung tidak tahu menahu kejadian ini akan berlaku. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan perkara ini berlaku adalah di atas kehendak-Nya yang mengetahui segalanya. Jadikanlah perkara tertinggal anak dalam kereta ini sebagai teladan dan pengajaran untuk kita semua.

tertinggal anak
Jangan pernah sekali pun tertinggal anak dalam kereta.

Susulan kejadian yang amat sedih itu berlaku, seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, tampil dengan perkongsian beliau iaitu tips untuk ibu bapa serta penjaga supaya perkara yang sama iaitu tertinggal anak dalam kereta tidak akan berlaku lagi dan masih boleh dielakkan jika mengamalkan tips dan panduan seperti berikutnya. Semoga bermanfaat untuk semua.

CARA ELAKKAN TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA

Hari ini kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak kerana ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama. (Sumber berita: https://goo.gl/DxtWTM). Kes seperti ini kerap berlaku dan biasanya disebabkan kelalaian ibu bapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa termasuk diri kita sendiri. Jadi, kita perlu tangani kelalaian ini.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.

tips elak tertinggal anak dalam kereta
Ibu bapa harus memastikan keselamatan anak dan tidak lupa untuk pastikan anak tidak tertinggal dalam kereta.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). LetLlak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

BACA JUGA : Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling! Kisah Ini Patut Dijadikan Pengajaran & Iktibar Semua Ibu Bapa

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.

Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

baby on board
Label ini boleh dibeli di kebanyakan kedai aksesori kereta.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Tertinggal anak dalam kereta
Peranti Childminder Soft Clip yang mampu mengingatkan anda tentang anak anda dalam kereta.

Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Jika anda ada tips lain, boleh kongsikan di ruangan komen.

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan
www.facebook.com/chaku

Nota : Tak usah membawang. Kita fokus pada penyelesaian. Ikuti saya untuk tips kesihatan dan parenting terkini.

Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa dan penjaga.

Tips Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta – (Doktor Kongsi Cara Elak Letak Anak Di Kedudukan Blindspot Dalam Kereta) Sazarimma

7 Cara Hilangkan Selsema dan Hidung Tersumbat (Tips dan Petua Mujarab)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Apakah punca selsema dan bagaimana cara hilangkan selsema? Faktor cuaca yang tidak menentu seperti panas terik adalah antara punca utama mengapa kita sering demam, selsema dan batuk berpanjangan sehingga menyebabkan hidung tersumbat yang terkadang sangat merimaskan sehingga aktiviti harian terganggu dek kerana selesema yang menyerang ditambah dengan hidung berair meleleh dan berhingus.

Punca selsema berpanjangan sering dikaitkan dengan keadaan resdung seperti hidung berair, kerap bersin, hingus yang banyak, kerap batuk, mulut berbau busuk dan banyak lagi yang dipercayai kerana jangkitan virus yang menganggu saluran pernafasan dan kerongkong. Jika terkena pada orang dewasa mungkin masih boleh menahan keadaan ini, tetapi bagaimana pula jika kanak-kanak atau bayi kecil yang mengalami selsema sebegini?

Selsema berpanjangan
Selsema dan batuk biasanya berpanjangan jika tidak dirawat.

Apabila terkena selsema pasti kita akan memerlukan ubat yang mujarab untuk hilangkan selsema dengan cepat yang kadangkala menyebabkan sukar untuk bernafas. Banyak cara hilangkan selsema dengan berkesan dan cepat seperti petua tradisional yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dan ubat yang boleh didapati di farmasi.

Walau bagaimanapun, cara yang terbaik adalah bertemu dengan doktor pakar sekiranya selsema anda berterusan, ini kerana doktor akan membuat pemeriksaan dan menasihatkan anda serta memberikan ubat yang sesuai untuk pulihkan selsema yang anda alami itu.

Sebenarnya, cara merawat atau cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat boleh dilakukan di rumah sahaja dengan mengamalkan beberapa langkah dan tips yang boleh meredakan serta mengurangkan gejala selsema, hidung tersumbat dan juga hidung berair.

Tips yang dikongsikan ini adalah saranan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ezairy M.Salih yang menerangkan bagaimana cara dan petua untuk hentikan selsema dan cara ini juga bukan sahaja untuk orang dewasa malahan boleh juga dilakukan kepada kanak-kanak atau bayi bagi tujuan mencegah dan mengatasi demam selsema.

7 Cara Hilangkan Selsema Dari Rumah

1. Minum banyak air

Cara hilangkan hidung tersumbat dan selsema berterusan
Air kosong atau air putih harus diminum sekurangnya 8 gelas sehari.

Minum air masak dan pastikan sentiasa cukup. Ia dapat membantu jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung.

Ini memastikan bahawa lendir di dalam sinus anda mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak, ia mungkin lebih pekat, dan susah untuk dihembus keluar.

2. Minuman panas

Petua hilangkan selsema dan batuk orang dewasa
Minuman seperti coklat panas adalah antara minuman terbaik.

Minuman panas biasanya lebih berguna daripada yang sejuk. Ini adalah kerana haba dan wap mereka, yang membantu saluran udara terbuka dan decongest.

Buat secawan minuman panas (sebaiknya tidak berkafein) dan nafas stim sebelum minum.

3. Wap muka

cara hentikan selsema dan batuk berpanjangan
Wap air panas untuk wajah bukan saja merawat selsema malah jerawat juga.

Menghirup wap panas telah terbukti untuk membantu merawat hidung berair. Ia dapat mengurangkan masa pemulihan penyakit sekitar satu minggu berbanding dengan tiada penyedutan wap sama sekali.

Panaskan air bersih di dalam periuk bersih di atas dapur anda. Panaskan ia cukup sehingga stim terhasil.

BACA : Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan Dengan Limau Kukus Resepi Perubatan China Terbukti Mujarab

Letakkan wajah anda di atas stim selama 20 minit pada satu masa. Ambillah nafas panjang melalui hidung anda. Ambil rehat jika wajah anda menjadi terlalu panas.

Hembus lendir dan hingus anda selepas itu untuk menghilangkan lendir.

4. Mandi panas

Mandi air panas
Mandi dengan menggunakan air panas.

Perlu bantuan cepat? Cuba mandi panas. Sama seperti minuman panas atau wap wajah, air mandi boleh membantu meringankan hidung berair.

5. Elak makan makanan pedas

Cara elak selsema
Elak memakan makanan pedas seperti sambal belacan.

Makanan pedas boleh membuat hidung berair lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung, makan makanan pedas ada kalanya boleh membantu. Boleh lakukan ikut keperluan anda.

6. Elak segala punca alahan

Alergik dan selsema
Punca selsema juga dikaitkan dengan alergik.

Ini juga penting. Penting sebab segala makanan dan persekitaran yang boleh menyebabkan gejala selsema lebih teruk seperti penghawa dingin, makanan laut dan sebagainya perlu dielak. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.

7. Bantuan doktor

Cara hilangkan selsema
Cara merawat selsema yang terbaik adalah berjumpa doktor pakar.

Apabila semua langkah sudah dilakukan masih gagal mengurangkan masalah, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor. Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenarnya. Dapatkan ubat yang terbaik.

SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga semua beroleh manfaat.

7 Cara Hilangkan Selsema dan Hidung Tersumbat (Tips dan Petua Mujarab) Sazarimma

Cara Banyakkan Susu Badan dan Petua Tambah Darah Merah Guna Herba Orang Cina

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Pasti ramai orang kita yang mempunyai masalah kekurangan darah merah dan kurang susu ibu sehingga permasalahan ini tiada jalan penyelesaian. Sebenarnya, banyak cara dan petua untuk banyakkan susu badan secara tradisional dan juga dengan memakan makanan atau minuman untuk penambah darah yang boleh diamalkan. Penambah darah alami sememangnya telah terbukti berkesan dan kaedah tambah susu badan juga ternyata mujarab menjadi.

Perkongsian dari Amanda Tan yang juga dikenali sebagai Amoi Jamu ini membuktikan jamu tradisional Melayu dan Indonesia sangat baik untuk diamalkan. Petua jamu yang dikongsikan Amanda pada kali ini adalah Sup Akar Naikamo yang dikatakan sangat berkesan sebagai penambah darah serta perbanyakkan susu ibu dengan cepat apabila anda mengamalkan petua turun temurun orang Cina ini.

Ubat herba cina selepas bersalin
Ubat herba orang Cina sememangnya terkenal antara ubat paling mujarab untuk ibu seleps bersalin.

Menurut Amanda Tan lagi, menu untuk sup herba ini sangat senang dilakukan serta dimasak. Ia sangat sedap serta sangat sesuai untuk seisi keluarga malahan kepada ibu yang sedang berpantang selepas bersalin juga amat sesuai untuk diamalkan bagi mengembalikan kecergasan badan selepas melahirkan anak serta untuk banyakkan susu ibu.

Sup ini juga sangat baik untuk menambahkan kecergasan tubuh, menghangatkan tubuh dan banyakkan susu badan bagi ibu yang sedang menyusu bayi. Ia juga sangat bagus untuk menambah sel-sel darah merah untuk mereka yang kurang darah atau Anemia.

Penambah susu badan
Bahan-bahan untuk Sup Akar Naikamo

Bahan Sup Akar Naikamo:

  • Longan kering – segenggam
  • Kurma cina -segenggam
  • Buah Goji – segenggam
  • Yuk Chuk – segenggam
  • Huai Shan atau dikenali “Naikamo”- 2 batang

Cara Membuat:

banyakkan susu
Huai San atau Naikamo.
  1. Bersihkan setiap bahan bahan.
  2. Hiriskan kulit Huai Shan dan cuci bersih. Potongkan saiz sederhana.
  3. Masukkan kesemua bahan bahan kedalam periuk dan isikan air bersih anggaran 800ml.
  4. Biarkan mendidih di atas api lecil selama 2jam. Jaga jaga supaya tidak hangus atau melimpah. Kalau air kurang, tambahkan air. Pastikan masak selama 2jam.

Masukkan garam secukup rasa mengikut tahap kemasinan anda sebelum dihidang. Adalah lebih baik memastikan tidak terlalu masin untuk kesihatan yang lebih baik.

Penambah darah
Sup Herba Akar Naikamo yang telah siap untuk diminum.

Semua bahan boleh agak agak ikut keperluan setiap orang. Ada yang nak minum 2 orang, kurangkan, ada yang nak minum 10 orang, tambahkan kuantiti bahan. Air agak agak ikut sukatan yang diperlukan.

Khasiat dan Kebaikan Bahan-Bahan

Setiap bahan yang digunakan mempunyai zat nutrisinya yang tersendiri yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kekuatan badan kita.

Longan Kering – Sifat longan kering yang ‘hangat’ dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.

Kurma cina – Memperkaya dan menambah sel sel darah merah

Buah Goji – Bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan

Yuk Chuk – Menguatkan paru paru dan sistem imun badan

Huai Shan “Naikamo”– Menguatkan organ perut. Mengurangkan keletihan. Menguatkan organ limpa.

Sup Akar Naikamo Boleh Diminum Seisi Keluarga:

✔ Lelaki dan wanita yang letih, penat bekerja. Sup ini bagus untuk memberi kecergasan.
✔ Orang tua uzur yang kekurangan zat terutama zat besi
✔ Wanita selepas habis tempoh datang bulan, selepas bersalin dan dalam waktu pantang. Bagus untuk memperbanyakkan sel-sel darah merah.
✔ Lelaki dan Wanita yang mengalami kekurangan sel sel darah merah/anemia
✔ Bagus untuk kekuatan sistem imun badan.

Info Penting

  • Sup ini bebas unsur unsur daging / haiwan sebab saya seorang vegetarian.
  • Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba
  • dipasaraya atau di kedai tabib Cina.
  • Huai Shan boleh dibeli di pasaraya bahagian sayur sayuran.

Doa Banyakkan Susu Ibu

Selain itu, bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurang susu badan boleh juga mencuba membaca ayat penawar atau doa banyakkan susu ibu seperti berikutnya yang kami kongsikan.

Makanan penambah susu ibu
Doa sebagai ikhtiar untuk tambahkan susu badan. © FB Puan Fitriah Mahmud

Disamping kita berusaha untuk banyakkan susu ibu, jangan sesekali lupa untuk berdoa ye. Sebab setiap usaha kita hanya akan berhasil dengan izin daripadaNYA.

Jadi semua ibu-ibu, setiap kali nak menyusu atau pam susu, amal-amalkanlah doa ni dan juga selawat ye.

Moga-moga anak-anak kecil kita sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat mencuba!

Cara Banyakkan Susu Badan dan Petua Tambah Darah Merah Guna Herba Orang Cina Sazarimma


Resepi Kentang Cheesy Wedges Yang Sedap & Mudah Ala KFC

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Cheesy wedges yang sedap memang mempunyai peminatnya yang tersendiri, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang amat menyukai makanan yang berasaskan kentang dan cheese ini yang begitu popular bermula dari restoran KFC sehinggalah ramai yang buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi cheesy wedges homemade ala KFC yang amat mudah.

Sebenarnya, cara buat wedges kentang ini tidaklah susah untuk dibuat malahan bahan-bahannya juga sangat mudah didapati di kedai atau pasar raya. Perkongsian resepi cheesy wedges kentang homemade yang rangup dan sedap ini dikongsikan oleh Puan Hasniza Hashim yang telah membuat sendiri di rumah dikongsikan semula untuk anda.

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

Cheesy wedges
Kentang wedges goreng rangup yang telah siap untuk dihidangkan bersama sos cheese.

Bahan Potato Wedges :

– Kentang
– Garam
– Pati Ayam
– Tepung gandum
– Serbuk Lada Hitam

Cara membuat :

1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.

2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.

Resepi kentang wedges mudah
Kentang yang telah siap direbus empuk.

3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.

4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).

kentang cheesy wedges
Kentang wedges yang telah siap digoreng sebelum dimakan bersama sos pencicah.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng kentang wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

BACA : Mengapa Kita Tak Boleh Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas & Bahaya? Ini Sebabnya..

Cara Buat Sos Cheesy Wedges

Sos cheesy wedges mudah dan simple
Gambar hiasan sos cheesy wedges.

Bahan Sos Cheesy :

– 3-4 sudu makan butter
– 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
– 1 sudu makan tepung gandum
– suku kiub pati ayam
– 6 keping cheese atau cheesedale
– sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
– pewarna kuning

Sementara itu, anda boleh membuat sos cheesy wedges pula. Cara untuk membuat sos cheese ini sangat simple, mudah dan segera. Caranya seperti yang dikongsikan di bawah;

1. Panaskan butter hingga cair dengan menggunakan api yang sederhana.

2. Kemudian masukkan susu, tepung gandum (tepung beras juga boleh digunakan mengikut resepi lain), dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati.

2. Masukkan pula kepingan cheese atau keju, kiub pati ayam dan serbuk lada iaitu serbuk lada hitam dan juga serbuk lada putih. Boleh masukkan sedikit pewarna yang anda inginkan jika anda mahu seperti perwarna kuning atau oren dan sebagainya. Kacau sebati hingga masak.

Sos cheezy wedges segera
Cheesy wedges yang telah siap dan dihidangkan bersama sos.

Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.

Betapa mudahnya cara buat potato wedges ini, pasti anak-anak di rumah suka dan makan berulang kalau dibuat dengan kerap. Cara buat wedges yang sedap dan simple ini adalah hasil perkongsian daripada Puan Hasniza Hashim melalui Facebook.

Selamat mencuba dan sila share sekiranya bermanfaat untuk semua.

Resepi Kentang Cheesy Wedges Yang Sedap & Mudah Ala KFC Sazarimma

Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Nugget Nasi

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Pasti ramai ibu ayah yang menghadapi masalah dengan selera makan anak yang tak nak atau sangat susah makan nasi. Kalau bayi tak lalu makan pasti masalah ini akan jadi lebih teruk dan memudaratkan kanak-kanak itu sendiri. Nasi adalah sumber karbohidrat yang utama iaitu salah satu pemberi tenaga kepada tubuh badan kita. Jadi, ibu harus membuat sesuatu iaitu mencari cara atau petua untuk buat anak selera makan.

Lebih parah lagi sekiranya segala macam cara telah dicuba oleh mak untuk memancing anak supaya selera makan, namun masih juga tetap tak nak dan payah makan nasi. Jadi, bagaimana bayi kita itu nak membesar dengan sihat jika tidak makan makanan penting untuk tumbesaran badan?

Cara menambah selera makan anak
Mengapa anak anda susah nak makan nasi?

Mulai sekarang semua ibu tidak perlu lagi bimbang jika selera makan anak anda hilang kerana tips dan petua yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini sangat membantu. Beliau telah membuat sendiri nugget nasi terhadap anaknya yang tak mahu makan nasi. Perkongsian resepi ini sangat menarik apabila cara menambah nafsu makan anak yang beliau lakukan telah berjaya.

Resepi makanan kanak-kanak ini telah diolah menjadi seperti nugget apabila ianya dicampurkan dengan nasi serta beberapa bahan lain sehingga menarik minat anaknya untuk makan dengan penuh berselera. Jadi, masalah tidak selera makan anak kini telah selesai dengan jayanya.

Mengapa perlu berhabis duit ringgit untuk membeli supplement atau vitamin untuk tambah selera makan sedangkan anda boleh buat sendiri di rumah? Selain menjimatkan kos serta kebersihan makanan juga terjamin 100% dan juga bebas dari segala bahan yang tidak baik untuk anak dapat dielakkan. Ikuti perkongsian Puan Ana Zana Anazana tentang resepi penambah selera makan untuk anak anda yang amat mudah dan cepat ini.

Nugget Nasi Tambah Selera Makan Anak

Bahan-bahan:

selera makan anak
Hanya 4 bahan utama yang diperlukan untuk membuat nugget nasi.
  • 1 Mangkuk nasi
  • 200 gram isi ayam
  • 1 biji telur ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak masak
  • Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh digantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.

Cara membuat:

1. Blend kesemua bahan-bahan berkenaan dan masukkan sedikit minyak masak.
2. Setelah semua bahan hancur, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Penambah selera makan
Semua bahan yang telah siap dikisar dan dimasukkan ke dalam bekas.

3. Setelah sejuk, potongkan adunan berkenaan menjadi bentuk kiub atau mengikut bentuk yang anda suka.

Tips untuk anak susah makan nasi
Adunan yang telah siap dipotong sebelum digoreng bersama sedikit minyak masak.

4. Kemudian, celupkan dengan bancuhan telur lalu digoreng sehingga menjadi warna keperangan seperti nugget.

BACA : Doktor Kongsi Cara Elak Letak Anak Di Kedudukan Blindspot Dalam Kereta

Petua menambah selera makan bayi
Nugget nasi yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.

Siap dan angkat serta boleh dihidangkan kepada anak anda tak mengira usia. Biasanya usia 1 tahun, 2 atau 3 tahun pasti suka dan selera makan akan bertambah dengan makanan ini. Makanan ini juga boleh dipanggil sebagai vitamin tambah selera makan anak kerana kanak-kanak pasti berselera apabila melihat makanan sebegini yang dilihat seperti makanan segera yang boleh dibeli di kedai.

Anda juga boleh mengubah resepi ini jika anda mahu mengikut kreativiti anda sendiri, sila pastikan bahan-bahan untuk nugget nasi tersebut sesuai untuk dimakan oleh anak. Mungkin juga boleh ditambah dengan ubi kentang atau bahan lain supaya lebih sedap atau bahan lain yang anak-anak suka.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Nugget Nasi Sazarimma

Cara Mandi Wajib Yang Betul dan Sah (Lelaki dan Perempuan)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Mandi wajib adalah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh lelaki serta perempuan dan anda harus memastikan cara mandi wajib atau mandi junub yang anda lakukan itu adalah cara yang betul dan sah dari segi hukum agama Islam yang telah ditetapkan. Sama ada ketika haid atau nifas, selepas bersalin, selepas bersetubuh atau selepas keluar air mani, adalah penting untuk memastikan ibadat yang dibuat itu betul dan tepat.

Apa saja jenis air mandian yang digunakan pula seperti air paip, air hujan atau air pancut, anda wajib pastikan air tersebut adalah air mutlak dan bersih. Dengan mengikuti panduan lengkap cara mandi wajib tentunya mandi junub anda itu sah walaupun tidak mandi lama-lama dan kelihatan cepat, senang, ringkas dan mudah asalkan mandian tersebut sempurna mengikut hukum syarak.

Cara Mandi Wajib Dengan Betul

mandi sunat
Mandi wajib tidak boleh diambil mudah dan harus melakukan dengan betul.

Cara mandi wajib dengan betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

Akibatnya, cara mandi wajib itu menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh oleh umat Islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama: Niat.

Kedua: Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga: Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Niat mandi wajib perempuan selepas habis haid:

“Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Niat mandi wajib perempuan yang habis nifas:

“Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat mandi wajib rumi
© JAKIM

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan atau sekaligus.

Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya,bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitkannya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib lagi, seeloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

BACA : 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah. Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia-Sia!

PENERANGAN YANG LEBIH JELAS TENTANG NIAT MANDI WAJIB.

SECARA ASASNYA, APA YANG PERLU SELEPAS BERNIAT, AIR MESTILAH DIRATAKAN WALAUPUN SEKALI.

Jadi, contohnya, seseorang yang mandi dulu tanpa niat (katakan mandi sungai) selama 30 minit. Kemudian selepas sudah puas mandi dan nak balik. Lalu, dia berniat mengangkat hadas besar. Kemudian dia terjun sekali lagi dalam sungai dan dengan sekal iterjun itu dia berjaya meratakan air ke seluruh anggota tubuh badan termasuk di celah-celah dan sebagainya. Mandi wajib itu sah dengan sekali terjunan sahaja.

ATAU

Dia sudah basuh satu anggota terlebih dahulu sebelum lafaz niat. Selepas itu dia berniat dan mandia serta basuh juga anggota badan yang dia telah pun basuh sebelumnya iaitu sebelum niat tadi. Jadi, sah cara mandi wajib nya.

Walau bagaimanapun, yang menjadikan tak sah pula adalah seperti situasi berikutnya;

Selepas dia basuh satu anggota sebelum berniat tadi dan selepas berniat, anggota yang dia dah pun basuh sebelum niat itu tak dibasuh lagi.

Maksudnya, hanya dengan adanya satu basuhan sahaja yang berlaku iaitu basuhan yang sebelum lafaz niat itu tadi, menunjukkan betul tidak sah mandiannya.

Sebenarnya cara mandi wajib sangat simple dan mudah dan tiada syarat tertib pun dalam mandi wajib atau berturut. jadi, andaikan selepas mandi, kita tengok ada plastik tertempel di belakang lengan kita misalnya yang menyebabkan air tidak kena atau tidak sampai di situ. Anda tidak perlu mandi semula, cukup dengan hanya menanggalkan plastik tersebut dan basuh sahaja di tempat yang tidak terkena air dan tidak perlu lagi ulang mandi semula.

Wallahu a’lam

KEMUSYKILAN-KEMUSYKILAN:

Persoalan Pertama:

Ada yang mengatakan perlu mengambil wuduk dahulu.

Jawapan:

Mengambil wudhu’ sebelum mandi wajib adalah sunat dan menjadi amalan Rasulullah SAW. Di antara hikmahnya ialah menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga.

MENGAMBIL WUDUQ SEBELUM MANDI WAJIB

Mengambil Wuduq sebelum daripada kita mandi wajib ini merupakan SALAH SATU DARIPADA PERKARA PERKARA YANG DISUNATKAN SEBELUM MANDI.

Maksudnya, kalau kita sekadar nak mengangkat Hadas besar itu, kita perlu sempurnakan yang wajib saja iaitu RUKUN RUKUNNYA.

Tapi, MANDI WAJIB ini adalah juga IBADAH! Jadi, biarlah beribadah dengan sesempurnanya, maka perlu juga kita perhatikan perkara-perkara sunatnya yang salah satunya adalah WUDUQ SEBELUM MANDI.

Berikutnya adalah penerangan secara ringkas antara perkara perkara sunatnya iaitu:

ANTARA SUNAT-SUNAT DALAM MANDI

Cara mandi junub
Mandi di sungai atau tasik dikatakan sekali terjunan mampu meratakan air ke seluruh anggota badan.

1. Menghadap kiblat

2. Sunat berkumur, masuk air ke lubang hidung, hilangkan najis, yang tak najis pun (air mani yang melekat tak najis tapi sunat hilangkan dulu) dan sebagainya.

3. Baru kita ambil wuduk dulu dengan sempurna.

Kalau kita selepas tu tak melakukan perkara yang membatalkan wuduq. Selesai mandi tu, tak perlu lagi kita ambil wuduq dah untuk melakukan perkara yang memerlukan wuduq, misalnya kita terus nak sembahyang, boleh diteruskan saja.

Ada banyak lagi sunat-sunat mandi wajib ini tapi yang dikongsikan sekarang adalah yang dikatakan MUAMALAT iaitu bermaksud berturut-turut. Inilah yang saya katakan, kalau kita nak basuh kemudian tangan kita saja, sebelum tu kita dah mandi dah tapi tak basuh tangan. (contoh saja) maksudnya tak Mualat lah, jadi, tak dapatlah sunat mualat tadi.

Yang sunatnya, kita basuh berturut-turut semua anggota badan sehingga selesai.

Persoalan Kedua:

Sekiranya semasa mandi wajib itu ada menyentuh atau tersentuh kemaluan, adakah harus ambil wuduk selepas habis mandi wajib sekiranya kita nak sembahyang?

Jawapan:

Rujukan daripada : Halaqah

CARA MANDI HADAS YANG SEMPURNA DAN MUDAH

Macam mana cara mandi wajib atau mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah Nabi? Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.

Jawapan:

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi  Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya.

Kemudian baginda mengambil wuduk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wuduk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib.

Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Wallahualam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil via Facebook

Video Cara Mandi Wajib Yang Mudah dan Ringkas

Ikuti penjelasan dan penerangan tentang mandi wajib yang mudah dan ringkas dari Ustaz Azhar Idrus.

Semoga cara mandi wajib yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk semua orang Islam dan sebarkan ilmu itu juga satu perjuangan.

Cara Mandi Wajib Yang Betul dan Sah (Lelaki dan Perempuan) Sazarimma

Mengapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Selepas Hari Ke-7? Ini Sebab Yang Mak Ayah Harus Buat

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Cukur rambut bayi selepas 7 hari? Mengapa perlu mencukur rambut bayi yang baru lahir yang biasanya pada hari ketujuh kelahiran? Kemudian, rambut tersebut perlu dikumpul, ditimbang beratnya dan dianggarkan dengan nilai emas lalu perlu dibuat niat untuk disedekahkan kepada orang susah atau fakir miskin.

Sebenarnya, bayi lelaki atau bayi perempuan yang harus dicukur rambutnya mempunyai sebab yang tersendiri mengikut hukum syarak dalam agama Islam. Cukur jambul atau cukur rambut juga mempunyai kelebihan dan kebaikan iaitu mengikut amalan sunnah Nabi serta salah satunya untuk kebersihan dan kesihatan bayi itu sendiri kerana rambut bayi tersebut pernah diselaputi darah ketika dilahirkan.

Walau bagaimanapun, bagaimana cara cukur rambut bayi dengan betul serta doa cukur jambul? Di sini kami kongsikan cara mencukur rambut bayi dalam majlis cukur jambul yang simple hasil perkongsian daripada Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh melalui laman Facebook miliknya. Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa dan penjaga.

Cukur Rambut Bayi Baru Lahir

Hukum cukur anak rambut bayi
hukum mencukur rambut sehingga botak adalah sunat dan mencukur jambul juga digalakkan.

Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira baby girl or baby boy. Jangan cukur sipi-sipi je. Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadis tentang kelebihannya.

Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor. Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.

BACA : Kesilapan Ayah Lupa Cuci Tangan, Bayi Hampir Maut (Penyakit RSV)

Contoh rambut baby R ni berat 0.99g.
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Cukur rambut bayi
Jambul yang telah dicukur dari rambut bayi ketika majlis cukur jambul yang diadakan selepas 7 hari kelahiran.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.

Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur:

Berikutnya adalah bahan cukur jambul yang digunakan serta cara yang dibuat ketika mencukur rambut bayi yang telah dilakukan yang turut dikongsikan.

Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & Baby R. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.

  1. Ambil 1 bekas berisi air suam
  2. Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampu rambut baby.
  3. Guna pisau cukur gillette je atau mana-mana yang ada. Pastikan baru.
  4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
  5. Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
  6. Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul angpaw.
  7. Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.

Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat Ustaz Azhar Idrus.

Bila Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir – Ustaz Azhar Idrus

Pengalaman korang pulak camner? Share la sikit. Nak tau jugak.

Semoga bermanfaat.

Mengapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Selepas Hari Ke-7? Ini Sebab Yang Mak Ayah Harus Buat Sazarimma

Kepala Anak Berdarah Akibat Terjatuh Terkena Bucu Besi Kerusi Kereta (Semua Ibu Bapa Harus Ambil Langkah Berjaga-jaga)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Ibu mana yang tidak terkejut apabila melihat anak kecilnya berlumuran darah selepas didapati terjatuh dipercayai terkena pada bucu besi yang terdapat di bahagian bawah tempat duduk kereta. Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan tepat tentang bagaimana insiden tersebut berlaku. Tetapi, Puan Nadila Mohamad hanya menyedari tentang itu setelah memeluk anak perempuannya yang ketika itu basah akibat pendarahan.

Mangsa bernasib baik apabila segera dihantarkan ke hospital unuk mendapatkan rawatan kecemasan berdasarkan kecederaan yang dialaminya itu. Melalui gambar yang telah dikongsikan itu, mangsa mempunyai dua kesan cedera iaitu luka di kepalanya. Melalui imbasan x-ray telah menunjukkan mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dalam di kepala dan telah dirawat sebagai pesakit luar.

Berikutan kejadian yang telah berlaku kepada anaknya, Puan Nadila Mohamad memohon orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya sentiasa berhati-hati dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak mereka supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. Menurutnya, anda harus memeriksa bahagian bucu yang terdapat di bawah kerusi tempat duduk dalam kereta dan sila menutupnya sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak kita.

Tragedi Malam 23 Mac 2018

Dulu Farrel yang kena besi ini tetapi syukur Alhamdulillah Farrel tak ada sampai jadi begini. Cuma benjol dan luka biasa sahaja. Mungkin kepala dia lebih kebal dari Deqna.

Sekarang Deqna pula yang kena, cuma itulah tak sangka. Ingatkan tak ada apa-apa selepas angkat dan peluk dia. Masa itu tak tahu pula dia jatuh kena besi ini. Selepas peluk, tiba-tiba tangan rasa basah, ingatkan air mata dia. Dalam samar-samar lampu jalan, ternampak warna merah. Jantung ini seperti terkena renjatan. Cepat-cepat buka lampu kereta.

anak cedera
Banyak darah yang terkena pada tudung akibat kepala anaknya cedera.

Apa lagi, Allah saya yang tahu betapa paniknya saya pada masa itu. Yelah, tak pernah jadi begini pada anak-anak. Ini pertama kali darah lencun begini sampai habis tudung, baju dan kedua belah tapak tangan dengan darah Deqna.

berlumuran darah
Begitu banyak darah yang membasahi tangan ibu yang terkejut dengan insiden itu.

Bila buka lampu tempat duduk belakang, terkejut juga tengok darah yang terpercik dan besi seat belakang yang Nina kena itu. MasyaAllah, tajam Ya Allah. Masa ini memang tak berhenti saya menangis. Deqna dah berhenti menangis pun saya pun masih menangis sebab hati rasa terkilan. Kenapalah saya biarkan saja anak-anak bergurau dan bermain di belakang. Yelah, siapa sangka akan jadi begini.

Syukur masa ini kami berdekatan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Kami terus pergi ke Jabatan Kecemasan. Alhamdulillah memang pantas kakitangan HSNZ melakukan tugas mereka.

anak cedera
Keadaan kepala mangsa selepas mendapat rawatan di hospital.

Lebih kurang sejam, semuanya selesai dan Alhamdulillah syukur sangat selepas buat x-ray semua, saya sujud syukur bila doktor kata tiada kecederaan yang serius. Dan anak saya tidak perlu dimasukkan ke wad. Masa ini Allah saja yang tahu perasaan saya sebagai seorang ibu. Seolah-olah baru mendapat nyawa semula.

BACA : Tips Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta & (Doktor Kongsi Cara Elak Letak Anak Di Kedudukan Blindspot Dalam Kereta)

Selepas ini saya perlu beringat, bahaya betul bahagian besi kerusi kereta ini. Lebih-lebih lagi saya yang ada anak-anak kecil ini. Benda ini nampak mudah tetapi sebenarnya berbahaya dalam tidak sedar. Sesiapa yang ada kereta Azla, berhati-hatilah terutamanya yang ada anak-anak kecil yang super duper hiperaktif seperti anak-anak saya ini.

Kalau tarik kerusi belakang sampai habis ke depan, pastikan tutup bahagian bucu besi di belakang kerusi itu. Elakkan kejadian seperti ini berulang. Malang tak berbau kan?

Untuk keselamatan anak
Bucu tajam yang terdapat pada kerusi kereta harus ditutup dengan sesuatu untuk keselamatan anak.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Deqna. Syukur Alhamdulillah Deqna sudah aktif seperti biasa. Tak nampak seperti orang sakit pun, sampai doktor sendiri kata Deqna ini memang hiperaktif dan tak mengerti lagi erti kesakitan. Kalau kita orang deasa, mahu dah pengsan.

Saya izinkan peringatan ini dikongsikan agar para pengguna kereta Perodua Alza seperti saya ini lebih peka tentang benda tajam ini terutamanya yang ada anak-anak kecil yang hiperaktif seperti anak saya. Sama-sama kita berkongsi benda yang sebenarnya orang ramai tak tahu seperti saya.

Semua ibu bapa harus mengambil berat tentang keselamatan anak-anak dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar dan pengajaran. Adalah lebih baik menutup bucu besi tersebut dengan span atau sesuatu yang boleh menghalang anak dari mengalami kecederaan sebegini.

Ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak agar sentiasa duduk di tempat khas untuk kanak-kanak (car seat) supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi di masa depan. Malang tidak berbau, sayangilah anak anda dan sediakan payung sebelum hujan.

Kepala Anak Berdarah Akibat Terjatuh Terkena Bucu Besi Kerusi Kereta (Semua Ibu Bapa Harus Ambil Langkah Berjaga-jaga) Sazarimma

Viewing all 498 articles
Browse latest View live