Bergurau dalam kehidupan seharian kita pasti ada batasnya, sama ada dengan rakan sekerja, kawan sekolah apatah lagi dengan suami dan isteri. Berhati-hati dengan gurauan tentang cerai hubungan suami isteri, janganlah keterlaluan sehingga runtuhnya masjid yang telah dibina itu selama ini.
Hanya kerana tersilap bergurau, akhirnya si isteri yang menjadi mangsa penceraian, diceraikan dan menanggung seksa akibat gurauan si suami yang menganggap perkara tersebut hanyalah sekadar mainan yang tidak membawa sebarang maksud yang serius. Akhirnya membawa padah pada diri sendiri dan juga isteri.
Suami menyesal selepas lafaz cerai tanpa niat. Gambar hiasan.
Setiap pasangan suami isteri yang beragama Islam pasti sentiasa diingatkan tentang penceraian yang mana jangan sekali-kali bercerai selepas berkahwin dan juga talak serta cerai bukanlah satu bahan gurauan. Hal ini juga sering ditegaskan dalam semua kursus kahwin dan perkara sebegini bukannya satu mainan.
Berikutnya satu persoalan jenis talak penceraian dan juga jawapan mengikut hukum yang dikongsikan dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan perkara tersebut yang sering dijadikan bahan gurauan pasangan suami isteri pada masa kini.
Semoga dapat dijadikan pengajaran dan peringatan kepada semua pasangan yang telah berkahwin. Semoga bermanfaat.
Saya memohon pencerahan daripada ustaz. Saya ada bercerita dengan isteri berkenaan sepasang suami isteri yang bernikah selepas berpisah daripada pasangan masing-masing.
Saya ada sebut macam ini, “Mungkin macam ni kot lelaki itu kata, kau bercerai dengan suami kau, aku bercerai dengan isteri aku. Lepas itu kita kahwin.”
Soalan saya, adakah jatuh talak terhadap isteri saya selepas saya lafazkan ayat tadi? Oleh kerana saya runsing tentang hal ini, saya terus lafaz “Abang rujuk mama semula”. Adakah ini boleh menyambung semula ikatan seandainya jatuh talak?”
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari kesudahan.
Pada asalnya, lafaz talak yang jelas itu menjatuhkan talak, sekalipun tanpa niat. Ini termasuklah menyebut perkataan cerai. Manakala, lafaz talak yang kinayah (tidak jelas, kiasan), tidak menjatuhkan talak melainkan jika disertakan niat ketika ucapan itu disebut.
Ini berdasarkan sebuah hadis hukum yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk.
Riwayat Abu Daud (2194). Syeikh Syuaib berkata hadis ini hasan li ghairih.
Namun begitu ulama menjelaskan terdapat enam keadaan suami yang melafazkan talak secara sarih tidak menjatuhkan talaq:
Orang yang tidur.
Orang yang gila.
Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap).
Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki.
isteri yang bernama “Taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan.
Penggunaan lafaz yang tidak difahami.
Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur.
Pada menghuraikan keadaan yang ketiga, kami memetik kenyataan daripada kitab al-Muʿtamad fi al-Fqh al-Syafie (4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:
“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talaq, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain,
atau seorang ahli fiqh yang berulang-kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga, kerana tiada niat.”
Justeru tidak jatuh talak bagi keadaan seperti yang diceritakan oleh penanya diatas dan tidak perlu dirujuk. Wallahua’lam.
Hukum Cerai Talak Tiga Ada Iddah/Edah? – Ustaz Azhar Idrus
Mungkin ramai yang sudah tahu cara bersihkan telinga dengan cara yang betul tetapi bagaimana jika tahi telinga yang keras? Mungkin agak sukar untuk keluarkannya yang sering menjadi gangguan pada pendengaran.
Telinga jika tidak dibersihkan dengan betul pasti pendengaran kurang baik.
Keadaan itu pasti membuatkan pesakit menjadi tidak selesa selain turut menyebabkan iritasi. Sebelum keadaan tersebut menjadi semakin parah dan mudarat anda disarankan mencari langkah untuk mengatasi masalah ini.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Amira turut berkongsi bagaimana seorang lelaki Cina menolong seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah tahi telinga keras dapat dibuangkan dengan baik sekali tanpa rasa sakit langsung. Cara ini memang sangat mengkagumkan.
Cara Hilangkan Tahi Telinga Keras
Cara buang tahi telinga yang dilakukan lelaki ini menyebabkan anak tidak merasa sebarang kesakitan.
Bagus uncle ni. Ada masalah tahi telinga keras kat dalam, dia leh buat. Tak sakit langsung. Anak siap sengeh sengeh.
Sebab anak bujang ni jenis tahi telinga keras. Bukan tak korek, tapi makin dikorek makin ke dalam. Korek dulu smpai luka luka. Try guna pengorek berlampu tu dah melekat sungguh plak dengan kulit.
Tahi telinga yang keras boleh menganggu pendengaran dan tersumbat.
Letak minyak zaiton, letak ubat cair tahi telinga kat klinik, semua tak jalan. Dah ke dalam sangat, dah melekat sungguh. Bila tarik luka. Kesian pulak panggil asyik tak dengar. Try bawak sini, tak sampai 15 minit pun. Dia masuk ubat, terus benda tu keluar, tinggal tarik je.
Ayah dia pun buat sekali. 35 tahun tak pernah keluarkan, hambik ko. Banyak giler. Berketul ketul, ingatkan takde. Niat nak cuci je sebab korek hari hari tu rasa dah bersih. Memang best giler dia kata. Lapang terus.
Ni no wasap anak dia kalau nak buat appoinment dengan dia eh. Sebab uncle ni memang super busy.
Cik MV share dari pengalaman Cik MV sendiri. Korang yang tak nak percaya boleh blok siap siap. Jangan nak tinggalkan sampah dalam komen ni. Tak paksa, cuma berkongsi.
Segala jenis ubat di dunia ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri, disebabkan itulah ianya tidak boleh diambil sembarangan tanpa nasihat dari doktor atau yang pakar. Terkadang kita tidak pasti adakah ubat tersebut sesuai atau ada alahan dengan diri kita. Jadi, pengambilan sebarang jenis ubat untuk kesihatan diri adalah penting untuk kita tahu dari manakah ubat tersebut dikeluarkan.
Baru-baru ini tular satu perkongsian tentang seorang wanita yang bibirnya bernanah, berdarah dan bengkak akibat tersalah pengambilan sejenis ubat. Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Nur Nabilah, dia pada mulanya hanya mempunyai sakit gigi yang biasa dan giginya juga sudah banyak dicabut, namun sakit yang dialaminya tidak berkurangan.
Disebabkan itulah dia telah mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Mahkota bagi mendapatkan rawatan lanjut berkaitan dengan kesakitannya itu. Akhirnya, barulah dia mengetahuinya yang dia menghidap penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bahagian wajah yang bersambungan pada gigi dan ke otak.
“Bila sakit tu, memang tak boleh nak makan, bercakap apatah lagi. Berat semakin turun sampai 42kg.”
Kini hidup Nur Nabilah harus sentiasa memakan ubat yang telah diberikan oleh pihak hospital terbabit. Akibat dari kesan ubat yang diambilnya itu, dia kerap tidur yang menyebabkan matanya bengkak dan mula demam. Rawatan yang seterusnya doktor telah mengurangkan dos ubat berkenaan, walau bagaimanapun demamnya masih juga tidak kebah dan matanya juga masih lagi terus membengkak.
“Doktor memang dah syak aku alah pada ubat sebab muka dah mula merah-merah. Platlet aku pun rendah dari orang yang normal.”
Kulit pada tangan juga berbintik merah kemerahan.
Disebabkan itu juga pihak hospital berkenaan telah menghantarnya kepada hospital lain yang lebih arif akan penyakitnya itu. Di sana, dia telah ditempatkan di bahagian pakar kulit, mata dan bedah mulut.
“Kaki tangan semua dah mula naik merah-merah. Macam terbakar pun ada. Kadang-kadang rasa susah nak bernafas dan nak telan air sempit dan sakit sangat dada.”
Nabilah turut memaklumkan bahawa dia ada berjumpa dengan pakar bedah mulut. Di situ, kulit bibirnya akan disiat dan dibersihkan kulit-kulit mati.
“Kesimpulannya, aku alergik pada ubat saraf yang aku makan tu. Nama penyakit aku ni Steven Johnson Symptom.”
Kulit bibir sebelum disiat. – Nur Nabilah
Rupa-rupanya, Nur Nabilah alahan pada ubat yang telah diberikan kepadanya oleh pihak hospital, memandangkan dia memang langsung tidak tahu yang dia ada alahan pada mana-mana ubat.
Kulit bibir selepas disiat.
Melalui laporan Mstar, Pakar Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UKM, Prof Madya Dr Norashikin Shamsudin berkata, terdapat beberapa ubat yang memberikan kesan sampingan yang biasa seperti muntah dan loya tetapi ia tidak akan memudaratkan. Katanya, sakit yang dihidapi Nabilah ini serius tetapi dalam kebanyakan kes ia didapati tidak membahayakan kesihatan.
Jadi, diharap kepada semua sentiasa peka dengan pengambilan segala jenis ubat-ubatan kerana ada beberapa jenis ubat juga boleh membawa maut pada pesakit. Adalah lebih baik dirujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis ubat agar kita tahu sama ada kita ada alahan pada ubat atau tidak.
Bagi mereka yang berkerja sendiri sama ada berniaga atau tidak mempunyai pendapatan tetap pastinya pendapatan bulanan tidak menentu. Jadi, kebanyakannya terpaksa membuat penyimpanan sendiri atau mencarum sebagai simpanan peribadi untuk masa depan. Apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin berikan RM250 secara percuma iaitu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP1M) untuk golongan ini, ini adalah peluang yang harus direbut oleh mereka yang layak.
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
Pencarum yang tiada pendapatan tetap digalakkan mencarum mengikut kemampuan.
Apa itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia? Melalui laman web KWSP, SSP1M adalah satu inisiatif Kerajaan untuk memastikan semua golongan yang tiada pendapatan tetap atau yang bekerja sendiri tetap mempunyai simpanan selepas mereka mencapai umur persaraan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai syarat yang tertentu yang harus dipenuhi bagi melayakkan diri anda untuk mendapatkan skim ini.
Definisi Tiada Pendapatan Tetap dan Bekerja Sendiri
Berikutnya adalah antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap;
Petani/ nelayan/ pemandu teksi
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans, ejen hartanah
Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
Pemilik perniagaan atau pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor, peguam
Surirumah
Pekerja Berpencen
Konsep atau kemudahan SSP1M ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua golongan yang tidak mempunyai pendapatan dan mereka yang bekerja sendiri untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.
Syarat-syarat Kelayakan SSP1M
Warganegara Malaysia
“Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
Merupakan ahli KWSP; DAN
Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)
Anda Perlu Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun Dari Kerajaan.
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.
Anda harus memastikan dalam akaun Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia mempunyai jumlah sebanyak RM1,667 untuk melayakkan anda dapat maksimum RM250 setahun setiap tahun.
Memang sangat mudah untuk mencarum dalam SSP1m ini dan nak lagi mudah, anda perlu masukkan terus RM1,667 dan kemudiannya tunggu selama setahu, dividen pasti dapat dan RM250 sudah tentu akan dapat.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak nak dan tak boleh bayar penuh atau lump sum, sila pastikan anda selalu membuat caruman bulanan. Anda juga boleh membuat pencaruman secara online melalu beberapa bank seperti RHB, Public Bank, Maybank dan juga Bank Simpanan Nasional ((BSN).
Semuanya sangat mudah dan senang bagaimana cara untuk mendapatkan RM250 daripada KWSP ini. Dengan dua langkah sahaja anda telah melayakkan diri untuk dapat RM250 dari Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
INFO:
Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.
Anda boleh terus membuat permohonan pada hari ini dan jangan bertangguh lagi kerana peluang sebegini sangat jarang boleh didapati.
Biasanya seorang isteri itu ketika sebelum berkahwin, penampilan mereka sangat cantik dan sering berhias diri atau bersolek untuk bakal si suami. Tetapi, apabila selepas berkahwin dan selalu sibuk untuk menguruskan anak-anak, suami dan juga rumah tangga, keinginan untuk mencantikkan diri sudah tiada? Atau memang lumrah begitu?
Seorang isteri itu seharus tidak memikirkan kerana dia telah pun mempunyai suami, maka isteri tidak perlu lagi untuk cantik atau melawa. Harus diingatkan, kecantikan seorang itu adalah untuk suaminya sahaja dan seorang lelaki amat menyukai sesuatu yang cantik walaupun di mulut mereka selalu berkata “jangan bergaya atau bersolek cantiklah bagi abang isteri abang dah cantik.” Jangan cepat percaya dengan kata-kata mereka.
Seorang isteri itu WAJIB berhias untuk suaminya.
Perkongsian ini adalah pandangan daripada seorang lelaki yang juga seorang ayah dan suami yang berkongsi mengapa seorang isteri itu wajib melawa dan mencantikkan diri walaupun hanya berada di rumah. Sila fahami dan mengerti apa yang beliau sampaikan.
Isteri Harus Melawa
Isteri ini ibarat bunga yang paling cantik, mekar mewangi. Bunga ini jika tidak di jaga akan layu, akan rosak, tidak sedap di pandang.
Manakala suami adalah BAJA dan BENTENG bagi sang bunga.
Baja bagi seorang isteri adalah KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Dan benteng untuk jaga ‘bunga’ ini adalah TANGGUNGJAWAB dari suami yang SOLEH.
Namun bunga kena pandai hargai bajanya.
Isteri harus mementingkan penampilan agar selalu cantik di mata suami.
Beruntungnya Suami Kalau Isterinya..
Seorang isteri yang hargai suami akan berusaha kelihatan cantik di mata. Penat macam mana pun berusaha cantik di mata suami, layan suami dengan baik, lemah lembut apabila berbicara.
Bibirnya sentiasa merah, lembab dari lipstick, mengenakan mascara atau natural makeup membuatkan mata tidak puas memandang. Kejap kejap nak tengok, kejap kejap nak tengok.
*ish lawa bebeno isteri aku ni.
Jangan Jemu Melawa Untuk Suami
Apalah kiranya jika berpakaian yang menyukakan suami. Rambut kelihatan lembab sentiasa. Yang buatkan suami rasa kagum, wow, jatuh cinta lagi, tidak puas memandang, tidak mahu sikit pun memandang wanita-wanita lain hatta model terkenal sekali pun.
Isteri boleh belajar bagaimana untuk melawa sekiranya kurang pandai dalam hal ini. Tak salah!
Dan berwangi-wangianlah di rumah dari wangi yang paling suami suka, wangian khas untuk sang suami sahaja. Suami penat balik kerja terus segar saat membuka pintu.
Rugilah jika isteri hanya berlawa, berwangian, bermekap untuk ke pejabat, ke majlis rasmi, ke pasar raya, tatap facebook sahaja. Sedangkan di rumah?
Inti pati Bajet 2018 telah banyak yang dibentangkan khas untuk semua rakyat Malaysia. Antaranya Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada 500 ribu ibu bapa yang membuka akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) untuk anak mereka yang berumur antara 7 sehingga 12 tahun.
Melalui sidang media Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung pada 2 Jaunari lalu telah mengumumkan jumlah pembayaran sebanyak RM250 juta dan hanya 500,000 permohonan pertama layak untuk mendapatkan insentif berkenaan yang akan berakhir pada 31 Disember 2018 nanti.
Jika anda ingin tahu mengapa semua ibu bapa perlu membuka akaun SSPN-i-Plus dan harus mula menyimpan untuk anak-anak mereka? Melalui kajian pakar kaji selidik yang berpangkalan di London, Malaysia adalah negara yang kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan yang tertinggi. Dan dalam kajian selidik berasingan, HSBC mendapati bahawa 57% rakyat Malaysia yang mengambil pinjaman untuk anak-anak mereka yang berjumlah RM38,000 setahun secara purata.
Walau bagaimanapun, itu adalah angka untuk masa sekarang melalui kajian yang telah dilakukan, namun ia dikatakan pasti akan terus meningkat pada masa akan datang.
SSPN-i Plus adalah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan ibu bapa di Malaysia yang ingin merancang untuk masa depan anak-anak mereka. Sebelum ini, kerajaan hanya memberikan RM50 untuk setiap pembukaan akaun SSPN-i Plus. Tetapi, sebagai dorongan untuk berjimat, Bajet 2018 berjanji untuk meningkatkan insentif itu kepada RM500 dan menjenamakan semula skim itu dengan nama Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M).
Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih di dalam SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak-anak yang sedang belajar di sekolah rendah layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan ini iaitu deposit percuma bernilai RM500 (GS500). Insentif Khas Geran Sepadan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah usia lapan belas (18) tahun.
Ibu bapa penjaga tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi mendapatkan insentif berkenaan. Dengan hanya membuka akaun simpanan atau membuat penambahan simpanan SSPN1M iaitu SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i/ SSPN-i Plus) sekurang-kurangnya RM500 dalam tahun 2018 untuk melayakkan mereka menikmati insentif ini.
Menurut The Sun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata ibu bapa yang membuat penabungan diberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 setahun iaitu RM6,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i dan tambahan sebanyak RM6,000 lagi bagi sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi Insurans Nyawa dan KWSP. Pelepasan taksiran cukai yang diberikan ini membuktikan yang skim simpanan ini amat istimewa.
Seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pada tahun lepas dianggarkan kira-kira 20,000 orang rakyat dari negara ini maut akibat kerana merokok pada setiap tahun. Masalah ini semakin membimbangkan apabila bilangan mereka yang merokok semakin meningkat setiap tahun walaupun telah berbagai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menangani masalah perokok.
Walau bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa menghidu asap rokok dengan berlebihan boleh juga menyebabkan kematian walaupun mangsa itu bukan seorang yang menghisap rokok.
Orang lain yang merokok, lelaki ini yang menanggung derita.Rakan-rakan dan ahli keluarga menangisi pemergian mangsa.
Beberapa hari lalu, tular di laman sosial satu kisah yang meruntun hati apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Dela Noor Defasa dari negara seberang telah berkongsi di Facebook bagaimana beliau telah kehilangan tunangnya yang maut akibat dijangkiti penyakit paru-paru, lapor Coconuts.
Melalui perkongsian Dewi Sartika itu, tunangnya adalah seorang perokok pasif iaitu tidak merokok tetapi menghidu asap rokok dengan cara yang berlebihan. Tunang Dela telah bertarung dengan maut apabila penyakit yang dihidapinya memakan masa selama hampir setahun dan akhirnya meninggal dunia pada 19 Disember pada tahun lalu.
Mangsa bersama tunangnya yang menemani ketika berada di hospital.Keadaan mangsa ketika mendapat rawatan ke atas paru-paru yang dijangkiti.
“Allah lebih sayang kamu Aa, Allah penat lihat kamu keluar masuk hospital setiap bulan. Allah juga mungkin sayang aku yang dia tidak mahu aku sedih lihat kamu sakit-sakit setiap malam, bangun menahan dada kanan kamu yang terasa sakit.
“Kamu menyerah di saat 19 hari kamu berjanji akan mengikrarkan janji suci itu,” jelas Dela melalui postingnya yang sepatutnya telah bernikah dengan tunangnya itu pada 6 Januari lalu.
Tunang Dela telah meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu 24 tahun dan mereka pula sudah pun menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun lamanya.
Kisah sedih yang telah dikongsikan Dewi itu jadi viral di seluruh Indonesia dan turut mendapat perhatian serta perkongsian netizen lebih dari 80 ribu di laman Facebook semenjak ia dimuat naik pada 29 Disember 2017 lalu.
Walau bagaimanapun, adakah kisah sedih seperti ini mampu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang betapa bahayanya rokok? Semoga pihak berkuasa akan terus meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok tegar supaya tidak merokok di tempat awam yang mempunyai ramai orang.
Isu rokok bukanlah satu perkara baru di media sosial dan akhbar, malahan kita seringkali mendengar atau membaca bermacam kisah yang menyayat hati yang membabitkan akibat terhidu asap rokok dan akhirnya maut.
Walau apapun alasannya, semoga kisah sedih ini mampu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada orang ramai serta kepada perokok tegar di luar sana. Mereka tidak menghisap rokok tetapi menjadi mangsa kerana terhidu asap rokok yang berlebihan.
Media sosial Twitter jadi kecoh tiba-tiba selepas Datuk Ahmad Maslan pada waktu makan tengah hari tadi, beliau memuat naik satu posting bergambar yang memaparkan menu makan tengah harinya di pejabatnya yang menarik perhatian netizen.
Tweet Datuk Ahmad Maslan
“Makan tengah hari nasi bungkus di ofis. Nasi separuh, telur masin separuh, ikan keli separuh, sayur sedikit. Jaga badan dgn jaga makan.
“Beringat sebelum kena. Moga Allah sihatkan badan jadi dapat beri khidmat kepada rakyat dengan berkesan.
“Balik kerja nak bersenam. 3 hari tak sempat. Sibuk!” tulis Ahmad Maslan di laman Twitter miliknya.
Datuk Ahmad MaslanMenu makan tengah hari Datuk Ahmad Maslan yang jadi perhatian netizen.
Melalui perkongsian yang dikongsikan, rata-rata netizen turut memberikan berbagai reaksi dan pendapat berkaitan dengan menu tengah harinya itu. Malahan ada yang turut memuji akan rambutnya yang disifatkan sentiasa segak bergaya dan kemas sepanjang masa.
Makan tghari nasi bungkus di ofis. Nasi separuh, telur masin separuh, ikan keli separuh, sayur sedikit. Jaga badan dgn jaga makan. Beringat sebelum kena. Moga Allah sihatkan badan jadi dapat beri khidmat kpd rakyat dgn berkesan. Balik kerja nak bersenam. 3 hari tak sempat. Sibuk pic.twitter.com/42C4qtZmVk
Ada juga yang memuji kehebatan Datuk Ahmad Maslan apabila walaupun dalam kesibukan dengan tugas sempat lagi untuk memuat naik status di Twitter dan yang paling membanggakan katanya adalah kekemasan rambutnya itu yang sentiasa dijaga rapi atau belah tepi.
Komen netizen dari Twitter Datuk Ahmad MaslanAntara komen netizen ditujukan pada Datuk Ahmad MaslanPertanyaan netizen kepada Datuk Ahmad Maslan
“Bang Mat sepatutnya layak jadi PM. Pernah merasa perit derita rakyat dengan makan nasi bungkus je. Hidup bang mat.” – @Koyotitos
“Berjiwa rakyat sangat ni. Syukur ada menteri yang memahami denyut nadi rakyat.” – @Ibnu_M77
Dan kami tertarik dengan komen yang diutarakan oleh seorang netizen ini.
Saya sebagai seorang rakyat yang mengagumi datuk. Soalan saya bagaimana datuk membahagikan masa diantara memasak, bermain dengan kucing dan juga mengawasi lebih daripada 700 group Whatsapp?” – @Eggman
Sayangnya, pada ketika ini soalan yang diajukan oleh netizen ini belum lagi dibalas oleh Datuk Ahmad Maslan dan mungkin beliau terus sibuk dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.
Jangan tak percaya! Inilah kenyataannya, budak-budak sekolah sekarang dan anak-anak muda yang masih belajar pada masa kini masing-masing menceburi bidang perniagaan walaupun bisnes mereka itu hanya di sekolah.
Mungkin juga perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak sekolah ini akan menjadi seorang usahawan atau jutawan pada satu masa nanti, siapa tahu? Mungkin juga mereka ingin mencontohi usahawan-usahawan yang telah terbukti berjaya dan mempunyai perniagaan mereka sendiri yang amat besar seperti Dato’ Vida, Dato’ Aliff Syukri dan ramai lagi.
Tular di laman sosial budak kecik ada bisnes sendiri di Instagram.
Beberapa hari lalu, tular di laman sosial Twitter apabila seorang budak perempuan yang masih bersekolah mempunyai perniagaannya sendiri. Kanak-kanak perempuan tersebut dikenali sebagai Iman Safiyah dan tudung adalah perniagaannya yang menjadi sumber pendapatan padanya.
Nama si cilik ini yang mesra dipanggil sebagai Iman jadi viral selepas seorang netizen telah memuat naik satu status berserta gambar akaun Instagram milik Iman di Twitter milik wanita terbabit.
Instagram Iman Syafiah Empire
Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan dan kisah Iman yang semakin tersebar ini turut memuji di atas usahanya kuat itu kerana mencari duit sendiri di usia awal remaja.
Walau bagaimanapun, agak mengejutkan selepas melihat timeline milik Iman di Instagram ada wajah seorang artis yang memang dikenali iaitu Maisara yang dipercayai merupakan kawan baik kepada Iman.
Antara produk budak kecik yang comel ni jual di Instagram.
Semoga adik Iman teruskan perniagaannya itu dan berjaya disamping tidak mengabaikan pelajaran ketika mencari duit sendiri nanti. Semoga berjaya!
Zaman sekarang bermacam strategi yang dilakukan oleh ramai peniaga sebagai tujuan untuk menarik perhatian pelanggan supaya terus membeli barangan atau perkhidmatan mereka. Malahan, peniaga juga dilihat seperti tidak lagi malu untuk mengambil sebarang risiko bagi melariskan perniagaan mereka.
Beberapa hari lalu, seorang peniaga kuih tradisional Melayu dari negeri Terengganu telah jadi tular di laman sosial apabila kostum Dragon Ball Z yang dipakainya ketika menjalankan perniagaannya jadi perhatian ramai orang.
Peniaga terbabit yang dikenali sebagai Roslan Mustaffa, atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Lam, 50, merupakan seorang peniaga kuih menganang dan kuih bakar di Jalan Bukit Bayas. Beliau kini menjadi sebutan ramai selepas beberapa gambar dan juga video yang menunjukkan diri sedang berniaga dengan mengenakan kostum tersebut telah tersebar.
Melalui laporan Sinar Harian, Pok Lam langsung tidak menyangka dengan ideanya itu untuk memakai kostum itu telah jadi viral dan turut mendapat sambutan dari ramai orang termasuk pengguna laman sosial Facebook. Beliau turut memberitahu, ekoran penularan tersebut dia begitu banyak menerima panggilan yang bertanyakan tentang hal berkenaan.
“Sebenarnya cadangan nak pakai kostum ini adalah sekadar suka-suka sebab kami sekeluarga memang minat animasi ini.”
Pok Lam turut memaklumkan bahawa dia telah membeli kostum berkenaan sewaktu pergi ke Kuala Lumpur pada baru-baru ini. Lebih menarik lagi dia turut membelikan baju Naruto dan Sasuke daripada rancangan anime Naruto untuk anaknya yang turut memakaikan pakaian tersebut ketika menolongnya berniaga kuih.
Pok Lam turut menyatakan bahawa dia merasa puas dengan tindakannya itu untuk memakai kostum berkenaan sewaktu menjalankan perniagaannya kerana turut berjaya menghiburkan hati para pelanggannya.
“Saya rasa dengan sambutan hangat yang ditunjukkan ini, ia sangat berbaloi walaupun saya terpaksa berbelanja lebih bagi membeli tiga kostum yang ada pada masa ini.”
Pok Lam juga memaklumkan yang dia dan anak-anaknya turut membuang perancangan untuk memakai kostum tersebut pada bulan Ramadhan nanti dengan niat untuk memberikan kelainan sewaktu berniaga perniagaan kuihnya itu.
Malahan, dek kerana kejayaan strateginya itu dengan memakai kostum ini mampu menarik perhatian ramai, dia juga bercadang untuk menyediakan dan memakai pakaian siri animasi Jepun yang berbagai watak untuk 10 orang bakal pekerjanya nanti pada sepanjang bulan Ramadhan.
Inilah yang dinamakan rezeki. Syabas Pok Lam di atas kejayaan memperkenalkan perniagaan dengan cara yang tersendiri, akhir berjaya dan menjadi.
Mungkin masih ada yang belum tahu tentang simpanan ASB iaitu pelaburan Amanah Saham Bumiputera boleh dibuat secara online tanpa perlu lagi untuk beratur mengambil nombor giliran dan bersesak-sesak semata-mata untuk membuat simpanan.
Pada zaman sekarang segalanya di hujung jari begitu juga untuk menyimpan duit sudah tak perlu pergi ke bank lagi, hanya lakukan atas talian sahaja, semuanya mudah dan senang. Pemindahan duit ke akaun ASB kini boleh dibuat melalui Maybank2U dan dengan cara ini ramai yang telah menjimatkan masa serta kemudahan untuk simpanan dalam jangka masa panjang lebih mudah dilakukan secara konsisten pada setiap bulan.
Satu perkongsian yang amat bermanfaat kepada semua ini telah dikongsikan oleh Farain Mohamad yang turut mendapat perhatian netizen yang berpendapat panduan dan rujukan ini sangat mudah untuk dibuat kerana cara dan langkah-langkah ditunjukkan dengan gambar menjadikan lebih mudah untuk difahami.
Nak buat simpanan untuk ASB kena pergi bank? Sekarang segalanya di hujung jari sahaja. CARA DAFTAR (add favourite) dan SIMPANAN ASB melalui Maybank2u.
Di bawah ini terdapat dua step iaitu step paling lengkap. Cara-cara boleh dirujuk kepada setiap gambar yang turut disertakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah ikut step tersebut. Untuk mendaftar dan cara simpanan. Pastikan anda sudah ada nombor ahli dan buku ASB.
STEP UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB melalui M2U:
STEP UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB melalui M2U:
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
Pilih ruangan “investment”
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil di bawah dan klik “next”
Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan
Jangan lupa simpan pengesahan untuk simpanan (screenshot)
**kalau ‘accepted’ bermakna korang dah boleh transfer simpanan ASB melalui M2U. Okay jom pergi next step untuk buat simpanan pula.
Kes sebegini bukannya kes tidak mempercayai pasangan tetapi memantau Whatsapp pasangan adalah langkah yang terbaik untuk menangani sebarang maklumat mengarut atau gambar yang tidak baik akan diterima dalam group yang mereka sertai.
Setiap pasangan harus peka dengan keadaan ini, kenapa? Kerana cara orang yang dah kahwin menggunakan Whatsapp dilaporkan agak pelik dan lain dari yang lain. Asalnya hanya bergurau senda tetapi kekadang agak memalukan dan menyakitkan mata yang melihatnya. Sekiranya secara tiba-tiba si anak membuka telefon ibu dan ayah? Pasti haru biru dibuatnya.
Disebabkan itulah, tak kira sama ada suami atau pun isteri, anda disarankan memantau telefon pasangan anda setiap hari demi untuk mengelakkan perkara yang buruk akan berlaku dan sebelum hubungan rumah tangga terganggu dek kerana perkara yang tidak sepatutnya.
Terkadang tanpa disedari kita bersembang dalam group dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Perkongsian dari Muhammad Ahmad ini harus dibaca oleh para isteri dan suami supaya lebih faham mengapa setiap pasangan diwajibkan memantau telefon ata sebarang akaun laman sosial milik pasangan anda. Jom baca!
Bergurau Dalam Group Whatsapp
Tuan puan. Tidak kiralah kita ini suami orang atau isteri orang. Tetap tidak boleh ‘bergurau senda’ dalam group whatsapp. Tetap tidak boleh kongsi gambar dedahkan aurat.
Saya pun hairan. Tidak malu kah seorang wanita bergelar isteri orang berbalas mesej berunsurkan lucah dengan suami orang.
Malam tadi saya kena remove dalam satu group. Entah macam mana kawan saya add.(group bisnes)
Saya tegur beberapa kenalan. Tidak boleh kita isteri orang bercerita tentang hal ‘dalam kain’ kepada suami orang. Bukan main galak lagi mereka bersembang. Si lelaki lagilah melayan. Dalam group tersebut juga ramai lelaki bujang.
Bila ditegur kata kita tidak ‘sporting’. Amboi takkan nak ‘sporting ’ sehingga bebas berkata-kata, bergurau senda dengan lelaki orang?
“Seburuk-buruk manusia dipandangan Allah pada hari Kiamat ialah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintimannya kepada orang lain”[Hadith riwayat Muslim no: 1427.
Lihat juga firman الله dalam surah Al-Ahzab Ayat 32.
Sila Pantau Whatsapp Pasangan
Kerana Whatsapp juga boleh menjadi punca keruntuhan sesebuah rumah tangga.
Tuan puan. Pantaulah whatsapp pasangan kita. Bukan hanya pantau HP anak sahaja. Dengan anak bukan main lagi larang ada HP takut terjebak dengan pornografi, tapi mak ayah sendiri bebas berkongsi gambar berunsurkan lucah.
Pasangan juga kita perlu pantau. Sebelum mereka leka dan terjebak dengan pornografi. sekurangnya kita dapat mencegah dari awal.
Saya tidak bersetuju jika ada yang melarang sport check HP pasangan. Kenapa perlu ada jurang antara kita? Apa yang mahu disembunyi kan?
Ingatlah maksiat menjauhkan kita dari Rahmat الله.
Maksiat akan memusnahkan institusi kekeluargaan.
Perhatian kepada semua kaum wanita, sekiranya ada rasa seperti ketulan yang bersaiz sebesar guli pada payudara, terasa sengal-sengal dan bisa-bisa dari paras bahu sehingga ke lengan. Anda disarankan terus berjumpa doktor dengan segera untuk melakukan sebarang pemeriksaan. Tanda atau simptom tersebut adalah merupakan antara yang telah dilalui oleh Puan Norhafiza Muzelan sebelum beliau disahkan menghidap Kanser Payudara.
Mungkin semua tahu yang Kanser Payudara adalah antara penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Tidak semua wanita di dunia ini yang mempunyai semangat yang kuat dan cekal untuk berjuang menangani penyakit ini selepas diuji.
Walau bagaimanapun, perjuangan yang telah dilalui oleh wanita ini pesakit kanser haruslah dicontohi. Beliau turut berkongsi bagaimana beliau hadapi berbagai jenis rawatan kanser dan ia adalah bukan sesuatu yang mudah. Namun, segalanya telah dilaluinya dengan sabar, tenang, redha dan dengan hati yang terbuka.
Perkongsian Norhafiza Muzelan
Kronologi peristiwa – Bagaimana aku disahkan menghidapi kanser.
Genap arini setahun tamatnya kemoterapi terakhir (8/11/16 – 8/11/17)
Oktober 2015 :
Perasan ada ketulan sebesar guli di breast kanan. Tapi diamkan diri tak bagitau sesiapa pun. Sebab tak rasa sakit langsung. Hehe rahsia.
November 2015 :
Tangan dari paras bahu hingga ke lengan dah mula terasa sengal-sengal. Tapi bukan pada setiap masa. Waktu ni dah mula bagitau semua ahli keluarga. Tapi masih tak ke klinik atau hospital. Hahahaha sebab kurang pengetahuan bab-bab kesihatan.
Disember 2015 :
Tidur malam mula terganggu dan tersedar jam 2 pagi. Tangan terasa AMAT BISA seperti dilenyek treler. Menangis-nangis kejutkan suami. Ingatkan tidur tangan terhimpit. Siap buka gelang dan cincin sebab ingatkan aliran darah tak lancar sebab tu jadi bisa. Rupanya tak ada kena mengena pun. Huhu.
Januari 2016 : “Sekali lagi tidur terganggu. Sakit + bisa + berdenyut-denyut hanya Allah yang tahu. Airmata tak segan silu mengalir. Nekad ke kecemasan, dan doktor HSA mengatakan “ooo saraf awak terhimpit, saya beri awak vitamin saraf ye”. Sebulan berlalu tak mendatangkan hasil yang memuaskan. Maka…bermulalah kini sesi FISIOTERAPI setiap 2 minggu sekali untuk ‘betulkan’ saraf yang terhimpit tu selama 6 sesi.”
Februari 2016 :
Masih setia dengan fisioterapi dan makan vitaman saraf. Dalam pada tu ada buat pemeriksaan saraf guna mesin. Tapi lupa dah nama alat tu kihkihkih.
Ketulan Sebesar Bola Ping Pong
Mac 2016 :
Ketulan yang asalnya sebiji guli tadi dah membesar jadi bola ping pong.Alamak. Masa ni dah mula rasa sakit kat breast bila terlanggar sikit pun. Kebetulan ada ziarah kawan kat KPJ, so dia la yang paksa diri ini untuk rujuk doktor dengan segera.
30 April 2016 :
Merajuk dengan hospital kerajaan sebab tak habis-habis suruh buat fisio dan beri vitamin saraf aku terus ke hospital bukan kerajaan untuk buat ultrasound hehehe.Ternyata ketulan aku jenis solid dan perlu dibuang serta diuji. Lalu aku dirujuk ke pakar bedah. Kebetulan pula masa tu doktor bedah ada kecemasan so tak dapat la jumpa dia hari tu, dah la hari Sabtu. Adehhh.
Ok tak pe aku terus deal dengan nurse dan bgtau yang kami akan datang semula pada 3 Mei memandangkan 1 dan 2 Mei adalah cuti hari pekerja.
*gambar atas sekali tu menunjukkan breast kiri yang normal. Gambar tengah menunjukkan kehadiran ketulan di breast kanan dan gambar terakhir menunjukkan anggaran saiz ketulan.
3 Mei 2016
9 pagi kami bertolak ke hospital untuk temujanji dengan pakar bedah. Segala perbincangan dan penerangan Doc Lee tentang pembedahan berjalan lancar. Dan aku minta untuk dibedah pada hari itu juga. Kelihatan Doc Lee agak terkejut “tak ada orang yang datang jumpa saya menyerah diri macam awak, bagus awak seorang yang sangat berani”. Hehe kembang jugalah hati ni bila dipuji. Yelakan kalau minggu depan atau 2 minggu sekalipun aku tetap juga kena bedah. Baik buat terus.
Mulanya memang doktor tak berapa setuju, tapi bila dah bagitau yang beg baju dan suami dah siap-siap mohon cuti so Doc akur. Weee.
Pembedahan Ketulan Dibuang
4 Mei 2016
Hari ke 2 dalam wad. Alhamdulillah berpeluang merasai nikmat kesakitan. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Syukur semuanya berjalan lancar dan dimudahkan ALLAH. Aku selamat dalam pembedahan buang ketulan di breast kanan pada jam 650 petang pada hari sama semalam.3 hari 2 malam di dalam wad, kami buat seperti percutian keluarga. Anak beranak tidur sekali. Tq semua sebab sudi teman mama.
Keputusan akan doktor umumkan 2 minggu lagi. So dalam 2 minggu proses penyembuhan ni memang ada ulang alik ke hospital untuk cuci luka tp Doc tetap rahsiakan keputusan. Katanya tunggu 18 Mei..
11 Mei 2016
Jumpa doktor untuk rawatan susulan dan dressing.
2 Minggu Tunggu Keputusan Disahkan Kanser
18 Mei 2016
Bermulalah episod baru dalam kehidupan. Ye perubahan 100% yang mendadak. Pagi-pagi dah sampai hospital dengan semangat yang berkobar-kobar untuk dapatkan keputusan. Walau apapun jua keputusan tetap kena terima, tetap kena redha.
Nama dipanggil oleh nurse yang manis, Doc persilakan kami duduk, bertanyakan khabar macam biasa. Ada riak serba salah di wajahnya sambil menunduk memandang fail. Aku mulakan bicara, macam mana Doc keputusan saya. Adakah ia baik atau tidak. Doc senyum tawar dan sebelum tu minta maaf pada kami. Katanya ketulan yang dibuang itu keputusannya adalah tidak baik, suaranya semakin perlahan aku rasakan. Doc tenung aku dan sahkan aku kena kanser.
“ALLAHUAKBAR, alhamdulillah. Inilah saya Doc, 2 minggu saya tunggu keputusan ni” kataku tersenyum sambil toleh suami dan nurse di sisi. Suami masih tergamam dengan kata-kata Doc apatah lagi melihat aku seolah-olah seronok. Dalam tak sedar dia menangis. Ye dia menangis dulu sebelum aku. Mana tahan tengok air mata mahal sang suami mengalir. Maka aku pun menangis semahunya. Huwaaaaa..Tiba-tiba nurse lari keluar bilik dia tak tahan tengok drama air mata berjemaah kami. Kihkihkih.
Selesai sesi perbincangan aku minta dipindahkan ke KPJ yang lebih dekat dengan rumah. Doc Lee sangat pro, diberinya no tel untuk kami hubungi bila-bila masa. Terima kasih banyak-banyak Doc, jasamu dikenang sepanjang hayat.
Kami terus ke KPJ dan mendapatkan temujanji untuk berjumpa Dr Kadir pada keesokkan harinya.
*ini dia ketulan yang berjaya dikeluarkan bersaiz 35mm x 25mm x 20mm. Sel kansernya dibahagian tengah berwarna kekuningan. Kiri kanan tu hanya tisu dan daging breast.
31 Mei 2016
Masuk wad lagi dan lagi. Sebelum tu kena jalani prosedur biasa sebelum pembedahan iaitu ambil darah, x ray dan ECG. Alhamdulilah semuanya baik-baik je.
Pengalaman ke 5 Dalam Bilik Bedah & Buang 14 Kelenjar Limfa
1 Jun 2016
Disorong ke dewan bedah pada 1 tengah hari. Dalam hati tetap ada rasa takut walaupun itu pengalaman ke 5 aku dalam bilik bedah. 5 petang aku sedar-sedar dah ada semula dalam wad, tapi masih mamai akibat kesan bius. Aku terlelap semula sehinggalah 730 ptg baru betul-betul tersedar dan mula rasa pedih-pedih dan sakit dibahagian pembedahan subhanallah ramainya saudara mara dan keluarga dikeliling katil. Terharu huwaaaaaa.
Jadilah aku penghuni wad selama 7 hari 6 malam bersama 2 botol vacum darah yang ditebuk di kanan badan. Muka ada senyum, padahal bila jalan terbongkok-bongkok macam mak nenek..
*masa nak cabut tiub vacum tu memang best rasanya. Nama pun vacumkan, rasa macam kena sedut segala urat-urat dalam badan. Subahanallah dalam tak sedar aku menangis. Hehehe manja la katakan, ahaksss.Menu yang sama aku minta. Supaya lancar penghadaman selepas pembedahan.
Manja sangat selama dalam wad ni hehe. Makan bersuap macam pengantin baru bukan sebab apa, semuanya sebab tangan kanan aku ketat tak boleh angkat. Aku buang sekali 14 kelenjar limfa.
6 Jun 2016 : Dibenarkan pulang pada hari yang penuh rahmat di mana seluruh umat islam menyambut 1 Ramadhan. Seminggu kemudian kena datang semula untuk buka jahitan benang dan dapatkan keputusan makmal. Weee sedap.
Kategori ‘Triple Negative Breast Cancer’ & Jalani Kemoterapi 6 Cycle
Jun 2016 :
Alhamdulillah aku semakin sihat. Luka pembedahan pun kering, cantik sangat kata Doktor Kadir. So keputusan di baca 1 persatu. Katanya aku perlu dirujuk ke KPJ JOHOR pula memandangkan pakar kanser tiada di sini. Hari yang sama aku terus bawa segala medical report ke KPJ JOHOR. Kes aku diterima Doktor Natasya Onkologi. Dia menyatakan yang kanser aku dikategorikan sebagai TRIPLE NEGATIVE BREAST CANCER. Wow apa tu,Aku disarankan menjalani kemoterapi sebanyak 4 cycle, dimana harga 1 cycle adalah rm4500. Alamak macam mana ni. Insuran cover RM2k je setiap cycle, so aku minta pula dirujuk ke HSI. Haa ni hospital ke 3 tau. Best tak asyik pindah-pindah hospital.
Esoknya aku terus ke unit Onkologi HSI untuk dapatkan temujanji dgn bawa segala medical report. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan aku dapat tarikh 30 Jun 2016 untuk berjumpa Doktor pakar onkologi d HSI.
30 Jun 2016
Kes aku diterima Doktor Tan. Sangat berhemah bila bercakap, penerangannya sangat lembut dan mudah difahami. Katanya aku hanya perlu jalani kemoterapi 6 cycle, tak perlu radioterapi, hormon terapi, herceptin dan tak perlu makan ubat hormon TAMOXIFEN. Alhamdulillah syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini.
12 Julai 2016
Pagi 5 Syawal dah sampai Onkologi utk pra – kemoterapi. Ambil darah, timbang berat badan dan buat ECG. Nurse pesan kalau pihak hospital tak ada buat call petang hari maknanya bacaan darah cantik dan boleh datang kemo pada 14 Julai. Alhamdulillah semuanya baik-baik je sebab hospital tak call. Yippi boleh kemo.
Bermula Rawatan Kemoterapi
14 Julai 2016
9 pagi daftar dan terus naik ke pusat harian kemoterapi di tingkat 5 HSI. Hati rasa berdebar-debar walaupun suami setia di sisi. Tertanya-tanya bagaimanakah proses kemo tu berjalan. Sakit ke, menakutkan ke atau perlu masuk dalam mesin ke. Oooo rupanya kemoterapi ni cucuk jarum kat tangan dan ubat masuk melalui drip.
Sebelum masuk ubat, nurse suntik dulu ubat tahan muntah dan steroid. Lepas tu on air dulu dalam setengah botol untuk lancarkan perjalanan darah dan baru la on ubat kemo. taklama pun, cycle pertama ni berlangsung 45 minit je. Selesai kemo makanan tengahari pun dah tersedia. Apalagi, makan la dengan lahapnya. Lapar kihkihkih. Bismillah.
*rawatan kemoterapi yang aku terima adalah sebanyak 6 kali iaitu setiap 3 minggu sekali. Bermula 14 Julai 2016 sehingga 8 Nov 2016.
4 Ogos 2016
Alhamdulillah..
2nd cycle chemotherapy. Segalanya dipermudahkan. Aamiin Ya Rahman Ya Rahim.
Masih lagi ubat yang sama iaitu FEC.
21 Ogos 2016
Lengan dah dimasukkan jarum utk sesi CT SCAN. Ngeri sikit bila cucuk jarum kat lengan sebab biasanya kat belakang tapak tangan. Tapi memang untuk proses CT SCAN jarum memang kena pasang kat situ, jangan pelik tau. Ok Jom.
Sesi CT Scan
21 Ogos 2016
Baru selamat 2 cycle kemoterapi doktor dah suruh buat CT SCAN untuk melihat sama ada sel-sel berjalan ke tempat lain. Sebelum tu kena puasa 6 jam dulu. Sekarang masa untuk minum ‘air anggur’ 1 jug. Hahahaha kena minum 1 cawan panjang depan nurse, sebab kata nurse ada yang tipu tak minum. Sebab dah haus sangat so habis sekali nafas, nurse senyum je. Lepas tu dia pesan baki dalam jug ni jangan minum senafas kak, minum setengah cawan setiap 10 minit. Ok proses penyedian utk CT SCAN ni amik masa lebih 1 jam jugak la.
Norhafiza Muzelan
Dalam bilik scan. Baring tegak di atas katil mesin, diselimutkan. Kedua-dua tangan di letak ke hujung kepala. Sebelah tu ada mesin wayar lalu di sambungkan ke jarum yang dah sedia ada di lengan tadi. Bila staff hospital cakap, ok puan saya nak on ubat di lengan ye. Serta merta rasa sakit mencucuk. Subhanallah. Sakitnya, aku menangis dan menggeletar kesejukan. Rupanya tu percubaan je.
Ok kali ni kita on ubat sekali lagi ye kak, tahan ye kak. Terus dia lari tinggalkan aku di pembaringan yang mana mesin itu bergerak ke dalam hingga paras bahu dan keluar semula hingga ke hujung kaki. Berulang2 la mesin tu keluar masukkan aku untuk di scan.
Ketika ini rambut mula tanggal dan gugur.
Ni masa dalam wad. Tak sedih pun bila tengok rambut mula tanggal dan gugur. Hati dah cukup kuat dan sangat-sangat bersedia. Lagipun doktor dah pesan awal-awal antara kesan kemo adalah rambut akan keguguran. Sebab tu sebelum kemo suami dah potongkan rambut aku sampai atas bahu. Alaaa rambut kan boleh tumbuh dan panjang semula. Alhamdulillah
Ye aku menjadi botak, kening dan bulu mata juga gugur. Anak-anak suka usap kepala mama dia yang licin ni. Melihat kegembiraan mereka aku menjadi semakin kuat alhamdulillah.
*masa ni baru hari ke 12 selepas kemo pertama. Dahsyat sungguh penangan ubat FEC ni. Secepat itu rambut menjadi rapuh dan gugur.
*rambut gugur disebabkan kesan daripada kemoterapi ye. Bukan disebabkan penyakit kanser. Jangan terpedaya dengan lakonan drama. Pesakit yang tak menerima rawatan kemoterapi tak akan sesekali rambutnya gugur, ingat tu. Lagi 1 kesan keguguran juga mengikut jenis-jenis ubat.
Julai 2016
Tarikh lupa. Cuma ingat aku demam teruk kat rumah dah 4 hari sejak kemo pertama. Suami bawa ke kecemasan terus masuk zon kuning. Rasa macam nak mati sangat masa tu. Dari zon kuning aku di tempatkan di bilik isolated ni.
Rasa hiba sangat bila doktor cakap “saya nak selamatkan awak”
Sesiapa nak masuk kena pakai
Tapi terus terang, aku memang tak nak terima pelawat pun. Hanya en suamiku nan abadi je yang setia menemani sepanjang 4 hari aku di sini. Weee.
Selama 4 hari dalam wad, aku terima 1 beg darah disebabkan bacaan sel darah merah sangat rendah. T.kasih pada penderma darah, anda memang baik hati dan semoga beroleh kesihatan yang berpanjangan. Aku disuntik antibiotik di bahu untuk naikkan bacaan sel darah putih, ok suntikkan ni sedap rasa dia.
Setiap 4 jam lengan dicucuk amik darah untuk pemantauan bacaan darah agar sentiasa stabil. Ubat jangan cakap la. Berpuluh biji masuk dalam perut. Hehehe kenangan semua ni. Alhamdulillah.
Ok ni 3 jenis ubat kemo untuk cycle 1, 2 dan 3 yang aku terima. Cycle 4, 5 dan 6 doktor bagi ubat DOCETAXEL. Tak pam guna jarum kat tangan lagi dah tapi ubat tu sebotol yang digantung.
FEC ikut huruf depan setiap ubat tu.
F : FLUOROURACIL
E : EPIRUBICIN (yg ni kaler merah)
C : CYCLOPHOSPHAMIDE
Proses kemo langsung tak menyakitkan. Yang sakit masa cucuk jarum je. Biasalah tajamkan. So jangan terpedaya yang kononnya kemo tu menyakitkan .Ok. Gambar ubat tadi dan proses kemo ni memang minta izin dengan nurse dulu. Nurse kat daycare HSI ni semuanya best-best, baik hati. Layanan 1st class.
Macam ni la masukkan ubat kemo terus ke urat. Sedap.
*proses untuk 3 jenis ubat ni amibk masa 45 minit hingga 1 jam kerana prosesnya kena serentak dengan air drip.
20 Sept 2016
Alhamdulillah. Syukur dapat jalani kemo ke 4 selepas tunda minggu lalu disebabkan sel darah putih x cun. Hari ni kali pertama tukar ubat baru. Guna ubat DOCETAXEL ni sampai kemo ke 6. Ubatnya dalam botol pulak. Kalau FEC guna jarum je pam kat urat. Lain ubat lain caranya. Kannn.
*untuk kemo cycle 4, 5 dan 6 aku terima ubat DOCETAXEL. Masa ni rambut dah mula tumbuh tapi bulu mata pulak yang gugur.
18 Okt 2016
Kemo cycle ke 5
8 Nov 2016
Kemo cycle ke 6
Norhafiza Muzelan
Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Syukur ke hadrat ilahi.
Gambar ni masa baru kemo ke 2. Sengaja amik risiko keluar jalan2. Yelakan dari duduk rumah layan perasaan baik keluar tengok keindahan alam semula jadi. Cuma doktor pesan, pakai mask dan elakkan ke tempat2 sesak
Tq en suami yang setia menemani. Layan ayang bagaikan puteri. Love u forever, selagi hayat dikandung badan.
T.kasih buat kamu-kamu yang sudi baca.
Doakan Fiza terus sihat dan kuat hadapi hari2 mendatang. Aamiin.
Sehingga kini Fiza masih follow up
3 bulan sekali : ONKOLOGI HSI
4 bulan sekali : SURGEON HSI
Apabila batuk berpanjangan pasti pesakit tidak akan selesa dengan keadaan itu dan mencari cara bagaimana untuk meredakan batuk yang berkahak. Sebenarnya, bermacam cara untuk hilangkan batuk, baik dari segi petua tradisional, ubat farmasi atau dengan cara semulajadi buat ubat batuk sendiri.
Perkongsian wanita ini, Puan Norashikin Binti Hassan telah berkongsi bagaimana untuk membuat ubat batuk sendiri secara semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet. Selain dari murah, ia juga sedap untuk dimakan yang dijadikan sebagai ubat.
Jom ikuti perkongsian beliau cara merawat batuk dengan berkesan menggunakan buah nenas sahaja.
Cara Buat Ubat Batuk Semulajadi
Nenas sangat sedap kaya dengan nutrien dan baik untuk kesihatan.
“Sesiapa yang kurang yakin dengan ubat semulajadi, boleh je makan ubat dari klinik, yang penting dapatkan nasihat doktor dulu. Saya memilih yang alami. Ubat ini sesuai untuk bayi umur 6 bulan ke atas atau yang sudah mula makan solid food.
“Namun ia bergantung pada individu juga. Ada yang lekas sembuh, ada yang memerlukan masa. Macam makan ubat-ubat lain juga lah kan. Ok, Selamat Mencuba! Dalam makanan ada ubat dalam ubat tiada makanan.”
Jenis Nenas
Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara.
1. Buang kulit nenas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.
2. Potong kiub, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. Saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dengan madu.Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan campur sekali dalam blender.
6. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nenas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.
7. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye. Botol jem saya bebas karat. Alhamdulillah.
Siap dimasukkan dalam botol tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak.
Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot-kot anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh. Mak ayah pun boleh join minum ni.. walaupun tak batuk. Ajaib kan.
Saya guna picagari untuk beri pada si manja. Sinergikan dengan madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dalam botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dalam picagari ketika ingin diberikan kepada anak.J us nenas disinergikan dengan madu. Jadilah ubat batuk. InsyaAllah mujarab.
Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar (3ml). Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. Si adik suka si abg pun suka.
Yang ini si abang tolong suapkan pada adiknya. Umi nak ambil gambar. Huhu. Ammar beri Husna makan ubat batuk semulajadi. Jus nenas campur madu. Alhamdulillah, Husna dan Ammar pulih dari batuk selepas 3 hari berturut2 minum ubat semulajadi ini.
Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan. Jangan lupa ya, madu juga baik untuk kesihatan usus, ia kaya dengan vitamin C, malah ia juga adalah antibiotik terbaik untuk tubuh.
BN (Barisan Nasional) akan menurunkan cukai berkaitan hartanah di Selangor bagi mengurangkan harga rumah, kos menjalankan perniagaan serta harga barang dan perkhidmatan di negeri ini, apabila ia mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Isham Jalil berkata kos sara hidup di Selangor merupakan antara yang tertinggi di negara ini, dan ini disebabkan oleh dasar kerajaan negeri yang menaikkan cukai hartanah, yang seterusnya meningkatkan kos perniagaan dan kos sara hidup.
Beliau berkata sejak kerajaan Pakatan menguasai negeri ini pada 2008, kerajaan negeri menaikkan bayaran ke atas 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, dengan lesen di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dinaikkan 72 peratus dan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebanyak 120 peratus.
Cukai hartanah akan diturunkan jika BN dapat kuasai Selangor pada PRU14 nanti.
“Satu contoh khusus, bayaran baharu lesen pengedar kereta terpakai di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, Pakatan menaikkannya sebanyak 282 peratus kepada RM1,490 daripada RM390 semasa pemerintahan Barisan Nasional,” kata Isham dalam tulisannya di New Straits Times, yang diterbitkan hari ini.
Beliau berkata kerajaan tempatan Pakatan juga mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis perniagaan, yang sebelum ini dikecualikan di bawah pemerintahan BN, serta meningkatkan kadar penilaian ke atas rumah orang tua, rumah untuk orang kurang upaya dan taska.
Di Pulau Pinang juga, beliau berkata peniaga kecil dan penjaja turut merasakan bahang peningkatan kos disebabkan kenaikan bayaran perniagaan.
Menurut wakil rakyat BN bagi kawasan Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, bayaran sumbangan setiap gerai di beberapa tempat di Pulau Pinang meningkat daripada kira-kira RM3,000 (sebelum 2008) kepada antara RM35,000 dan RM58,000 sekarang.
“Apabila peniaga membayar sewa yang tinggi untuk premis perniagaannya, beliau akan memindahkan kos kepada pengguna dengan mengenakan harga barang dan perkhidmatan yang lebih tinggi,” katanya.
Isham berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada 2015, sering diputar belitkan oleh pembangkang sebagai faktor utama yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup, sedangkan kenaikan kos sara hidup yang ketara berlaku antara 2008 dan 2011 di Selangor dan Pulau Pinang. – Bernama
Beliau berkata kenaikan itu tidak mungkin disebabkan peningkatan harga minyak, memandangkan harga petrol di pam dikurangkan enam kali dalam tempoh empat bulan sejak Ogos 2008 hingga 2009, dan stabil pada paras rendah dan kira-kira RM2 seliter sejak bertahun-tahun selepas itu.
“Ini juga tidak boleh disebabkan oleh kos bahan binaan memandangkan harga bahan binaan stabil sejak 2009.
“Malah, harga keluli, salah satu daripada komponen terbesar dalam pembinaan, jatuh sehingga separuh harga kepada kurang daripada RM2,000 setan pada 2009 daripada kira-kira RM4,000 setan pada 2008,” katanya.
Dalam pada itu, Isham berkata sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan negeri Selangor telah menaikkan gaji Menteri Besar dan anggota exconya.
“Gaji Menteri Besar sekarang adalah yang paling tinggi dalam kalangan penjawat awam di negara ini, malah lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri. Secara langsung, ahli politik Pakatan telah meningkatkan beban cukai rakyat dan menaikkan gaji mereka sendiri,” katanya. – Bernama
Mungkin masih ada yang belum tahu tentang kebaikan dan khasiat halba untuk kesihatan kerana ia adalah sejenis rempah ratus yang sering digunakan dalam berbagai jenis masakan. Sebenarnya halba mempunyai banyak kebaikan untuk manusia selain untuk masakan. Khasiatnya telah terbukti dengan jelas selepas ramai yang menggunakannya dalam perubatan.
Di Terengganu halba sering digunakan untuk masakan nasi dagang dan di Melaka, ia digunakan untuk masakan asam pedas yang sememangnya terbukti kesedapannya. Malahan, ia juga digunakan dalam bermacam masakan yang berfungsi untuk meningkatkan lagi rasa masakan seperti daging, ayam, kuih dan sayur-sayuran.
Satu perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zaimah Zakaria telah berkongsi tentang khasiat halba untuk kesihatan dan ia juga dijadikan sebagai ubat selain dari murah dan mudah didapati. Perkongsiannya itu telah menarik minat netizen yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang halba ini. Berikutnya adalah perkongsian beliau di laman Facebook.
Khasiat Halba untuk Kesihatan
Halba adalah sejenis rempah ratus yang terbukti mujarab untuk bermacam penyakit.
Selepas dah tahu tentang ni, kita mesti ada sekurang-kurangnya sekilo halba di rumah.
Rasulullah saw bersabda :
‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas? ‘
Sila baca dan sebarkan. Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas’ (Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Kurma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
‘Gunakanlah Halba sebagai ubat'(Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
Kegunaan Halba
Air rendaman atau teh halba boleh diminum begitu sahaja.
1. Diminum sebagai teh untuk
– Melancarkan haid
– Menghilangkan kembung, sebu dan senak
– Pencuci perut
– Menguatkan jantung
– Menghilangkan lendir tekak
– Melegakan sakit kepala/migrain
– Membuang angin
– Menyembuhkan buasir
– Senggugut
– Merangsang rahim
– Kegemukan
– Kurang berat badan
– Mengawal kencing manis
– Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba campur Madu
– Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
– Anemia
3. Untuk anak-anak yang baligh
– kecergasan
– kekuatan badan
– Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
– Banyakkan air susu ibu
5. Halba juga adalah ramuan tradisional menambahkan nafsu syahwat lelaki dan wanita.
Halba juga boleh dimakan sebagai cara untuk tambah susu ibu.
Herba yang berbau harum ini sangat baik untuk lelaki iaitu dapat meningkatkan hormon testosterone, merangsangkan keinginan dalam hubungan, elakkan ejakulasi awal dan mampu meredakan kesakitan di bahagian prostat.
Manakala untuk kaum wanita, rempah ajaib ini juga boleh merangsangkan hormon estrogen yang meningkatkan pengeluaran susu ibu dalam jangka masa dua hari sahaja dengan penghasilan yang banyak.
Selain itu ia juga memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba juga merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Halba boleh diminum seperti minuman teh dan cara untuk meminumnya hanya mengambil satu sudu teh dan masukkan dalam cawan. Campurkan sedikit air panas dan ianya perlu direndam semalaman sebelum diminum pada waktu pagi.
Anda boleh mengamalkan minuman ini pada setiap hari untuk hasil yang lebih berkesan. Air rendaman halba juga boleh diminum bersama sedikit madu yang akan menambah rasa manis selepas dicampurkan dengan manisan ini.
Bagaimana Nak Dapatkan Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah dibungkus secara komersil di pasar raya. Petua membeli halba yang elok adalah dengan pastikan anda membeli halba yang terbaik iaitu yang berwarna kekuningan seperti emas, berbau dan agak keras.
Elakkan terbeli halba yang telah disimpan lama, dikhuatiri dijangkiti kulat yang akhirnya menghilangkan rasanya yang sebenar. Pastikan anda menyimpan halba di dalam bekas kedap udara supaya kesegarannya dapat dikekalkan walaupun beberapa bulan lamanya tersimpan.
Cina: Hu Lu Ba Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.) Tamil : Vendayam
Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah kencing manis atau diabetes boleh juga cara ini.
Cara-caranya:
Halba perlu digorengkan dengan tanpa minyak. Sila pastikan halba yang digoreng itu tidak hangus.
Masukkan halba tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan air panas.
Biarkan air rendaman halba itu menjadi suam sebelum ia diminum begitu sahaja.
Jika minuman rendaman air halba ini selalu diamalkan, Insha Allah, ianya akan dapat membantu menghilangkan kesakitan atau penyakit yang dialami dengan mujarab.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan Universiti Chungsing, Taiwan telah membuktikan bahawa kaki ayam mempunyai begitu banyak kolagen. Bermakna, jika anda inginkan kulit yang cantik dan awet muda, anda harus memakan kaki ayam sekerap mungkin.
Di kaki ayam mempunyai kolagen semulajadi, disebabkan itu, anda tidak perlu lagi membeli sebarang suplemen yang mahal untuk menambah kolagen dalam badan. Selain daripada kaki ayam, kaki ketam juga dilaporkan mempunyai banyak kolagen, namun kaki ketam agak sukar dimakan kerana terlalu keras.
Apa itu kolagen? Apabila umur seseorang itu semakin meningkat dewasa, sel kolagen juga semakin berkurangan. Jumlahnya pula akan terus merosot di awal usia 20-an dan perkiraan purata 1 hingga ke 4 gram sehari kandungan kolagen boleh hilang daripada badan kita.
Ramai yang buang kaki ayam dan tidak memakannya.
Disebabkan itulah semua wanita terutamanya yang semakin berusia memerlukan kolagen yang boleh didapati daripada kaki ayam yang bertulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan kalsium, protein, kolagen dan rawan yang sangat mudah diserap oleh tubuh badan.
Kolagen yang terdapat di dalam kaki ayam sangat tinggi dan ianya sama banyak sepertimana yang terdapat dalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai vitamin C. Jika anda perasan, sesiapa yang gemarkan makan kaki ayam, kulitnya pasti cantik menawan.
Kelebihan memakan kaki ayam juga akan menjadikan kulit pinkish secara semulajadi, kulit lembut seperti bayi, kulit makin elastik dan tegang, kurangnya garis halus penuaan dan bekas parut jerawat juga semakin berkurang. Banyak lagi kelebihan lain dari segi sekatakan tona kulit serta cerahkan bibir dan juga ketiak.
“Lebih baik makan kaki ayam tu. Memang sedap. Patutlah kalau anda tengok rancangan Korea tu, kan main artis K-Pop ratah kaki ayam. Rupanya diorang pun nak awet muda semula jadi juga.”
2 Resepi Masakan Kaki Ayam Untuk Kolagen & Awet Muda
Saya ni anak bongsu. Pegang pisau pun tak reti dulu hehe. Alhamdulillah sekarang dah boleh masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak.
Yang penting minat ke dapur.
Resepi sup kaki ayam sama saja macam sup-sup yang lain. Terpulang pada diri sama ada nak pekat atau cair. Nak lagi sedap campurkan dengan ubi kentang, tomato dan daun sup. Resepi dari Tun Nurul Huda.
Khasiat kaki ayam.
1. Kaki Ayam Kaya Kolagen 2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh 3. Menyembuhkan Cedera 4. Menyihatkan Saluran Pencernaan 5. Menjaga Kesihatan Kuku 6. Menyihatkan Gusi 7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
2. Kerabu Kaki Ayam Narathiwat
Tak suka kaki ayam, ganti ja dengan udang ka, sotong ka, ketam ka, ayam ka atau apa2 sajalah yang boleh dikerabukan. Celur la dulu. Resepi dari Zalina Yahaya.
Kaki ayam yang dah diproses
Saya kirim pada senior manager saya beli di kampung dia di Narathiwat. Dah siap proses putih bersih. Basuh dan potong ikut besar mana nak. Kalau tak ada, anda kena celur kaki ayam tu sendiri. Tapi hasil tak sama la. Tak seputih macam ni.
Bahan sos (Sebatikan)
8 sudu besar jus Limau nipis (anggaran 5 biji)
8 sudu teh Gula
3 1/2 sudu besar sos ikan (Nampla)
5 biji cili api (dihiris)
1 1/2 sudu teh serbuk cili kasar (chilli flakes)
Sebenarnya kaki ayam boleh dimasak atau dimakan dengan berbagai jenis masakan mengikut selera masing-masing. Ada yang lebih suka dibuat sup, kari dan juga kerabu. Kaki ayam goreng tepung juga boleh dibuat dan untuk menambahkan selera letakkan daun kari semasa menggoreng.
Antara Lain Khasiat Kaki Ayam
Sistem Imunisasi Badan Bertambah
Dalam kolagen kaki ayam itu ada khasiat yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Sebab itulah kalau anak-anak demam mak-mak akan sediakan Chicken Bone Broth.
Cegah Penuaan
Macam yang diterangkan di atas, kaki ayam ini paling kaya kolagen. Jadi ia cepat mencegah penuaan pada usia masih mudah. Bila masuk 20-an tu dah kena amalkan makan kaki ayam. Nilah rahsia awet muda.
Nak Kulit Cerah Makanlah Kaki Ayam
Dah tak perlulah nak suntik-suntik atau makan pil. Makan kaki ayam saja.Ada kolagen yang boleh buatkan kulit jadi cerah dan kemerah-merahan. Giler tak nak cuba?
Sumber Kalsium Kuatkan Tulang
Kaki ayam itu sendiri mewah dengan kalsium. Lagipun dalam kolagen ayam ada kondroitin yang membantu sihatkan tulang rawan. Sebab itu, kena makan banyak-banyak boleh kuatkan tulang rawan baru.
Bagus Untuk Pencernaan
Kolagen dekat kaki ayam itu memperbaiki pencernaan dengan menjaga lapisan mukosa pada usus. Asid amino pada kolagen juga membolehkan si pemakan mendapat pencernaan yang sihat sekaligus menyihatkan metabolisme tubuh. Sumber: Mingguan Wanita
Petua Melembutkan Kaki Ayam
Kaki ayam masak kicap pedas juga lebih enak untuk dimakan.
Terkadang kaki ayam yang ingin kita makan itu agak berbau hamis dan keras. Bagaimana cara untuk melembutkan kaki ayam supaya empuk dan sedap dimakan? Berikutnya adalah petua yang kami kongsikan untuk mereka yang masih belum tahu tentang ini.
1. Selepas membuang segala kotoran yang terlekat pada kaki ayam sebelum dimasak. Anda perlu rendamkan terlebih dahulu dengan air panas untuk memudahkan mengupas kulit kakinya.
2. Kemudian rendamkan dalam air perahan limau nipis atau cuka makan, boleh juga digunakan dengan cuka epal selama 15 minit sekurang-kurangnya sebelum ia dibilas menggunakan air yang bersih. Penggunaan air bersih adalah untuk menghilangkan sisa yang melekat pada kaki yang membuatkan rasanya agak pahit.
3. Untuk mempercepatkan proses merebus, seeloknya gunakan periuk yang mempunyai tekanan tinggi dan ia mengambil masa hanya selama 10 minit. Masukkan serai, daun limau purut dan halia untuk hilangkan bau hamis. Aroma dan bau dari bahan rempah ini pasti membuatkan anda ingin cepat makan.
4. Selain daripada menyajikannya sebagai sup anda juga boleh mencuba masakan lain yang dimasak dengan pedas. Mengapa? Kerana rasa pedas itu akan menghilangkan bau dan rasa yang tidak enak.
Semuanya sangat mudah untuk dilakukan, selain untuk kesihatan yang lebih baik, ia juga membantu seseorang yang rajin ke dapur akan terus menjadi rajin dengan berbagai langkah yang harus dilakukan untuk mendapatkan rasa sedap masakan kaki ayam untuk kolagen dan awet muda itu.
Pada zaman sekarang rata-rata orang di dunia ini lebih suka membeli-belah secara atas talian atau online shopping. Walau bagaimanapun, kepuasan pelanggan adalah paling penting kerana pembeli akan was-was sebelum membeli disebabkan tidak dapat melihat barang sebenar yang dijual dan hanya dapat melihat melalui gambar sahaja.
Terbaru, seperti yang dilaporkan mStar, seorang lelaki yang juga peniaga online telah rela jadi model untuk pakaian wanita yang dijualnya itu sebagai memenuhi keinginan dan kehendak pelanggan yang dikatakan sering ragu-ragu dengan kesahihan barangan sebelum membuat sebarang pembelian.
Lelaki terbabit yang berbangsa Cina tersebut didapati menjual gaun elegan di laman web Aliexpress dengan menggunakan profil yang bernama Shop739960 Store dan telah menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas rata-rata netizen begitu kagum dengan usaha dan kesungguhannya untuk terus berniaga untuk memenuhi permintaan pelanggannya.
Gambar lelaki terbabit pada mulanya dikatakan jadi tular di laman Reddit pada baru-baru ini yang dipercayai telah dimuat naik oleh salah seorang pelanggannya yang telah membeli jualan lelaki terbabit. Pelanggannya itu yang menggunakan nama samaran 10lbsofmum telah membuat permintaan dari lelaki terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar pakaian dan bukannya gambar stok.
“Saya terjumpa sebuah kedai menjual gaun labuh dan gaun pengantin, jadi saya minta nak tengok gambar-gambar sebenar, bukan gambar stok dan penjual menghantar gambarnya sendiri memakai pakaian tersebut.”
Laporan dari laman NextShark pula, penjual tersebut turut menggayakan gaun dari berbagai jenis kain serta fesyen yang dihantar dari China berharga kurang dari RM450. Walau bagaimanapun, pelanggan kepada peniaga tersebut memaklumkan berkemungkinan besar segalanya adalah satu penipuan.
Hal tersebut kerana gambar yang sama turut pernah dimuat naik ke satu group Facebook yang bernama Aliexpress dan Ebay Lovers pada bulan Oktober 2017 yang lalu oleh pelanggan yang lain. Sungguhpun begitu, orang ramai yang melihat lelaki ini tetap terpegun dengan usaha serta kesungguhannya dalam berniaga selain sanggup memakai pakaian dan gaun elegan wanita hanya kerana semata-mata untuk menjualkan pakaiannya itu.
Lebih melucukan apabila ada segelintir daripada mereka turut memuji-muji akan fizikal serta cara lelaki tersebut menggayakan gaun-gaun tersebut sehingga peniaga tersebut diberikan gelaran sebagai Disney Princess.
Jangan tak percaya, inilah kenyataan. Kesungguhan dan usaha lelaki ini dalam bernia ga boleh juga dicontohi asalkan tidak malu dan yang penting perniagaannya laris.
Sebenarnya sangat mudah untuk lebih memudahkan kerja masak memasak di rumah, banyak cara dan kaedah yang boleh dilakukan menjadikan tugas memasak lebih cepat dan teratur. Salah satunya dengan membuatkan pes masakan serbaguna yang boleh dibuat sendiri untuk digunakan sebagai bahan asas memasak bermacam-macam menu nanti dengan cepat serta menjimatkan masa.
Seorang lelaki di laman sosial telah berkongsi dan ajar para netizen tentang cara mudah untuk buat pes masakan yang boleh digunakan untuk memasak. Cara dan resepi yang dikongsi Wan Muhammad Hafiz Satar ini sangat mudah, cepat dan yang paling utama adalah sangat sedap.
Pes cili.
Dengan menggunakan pes masakan homemade ini, selain menjimatkan masa, masa yang ada itu nanti boleh digunakan untuk tugas-tugas lain atau ibu-ibu juga boleh berehat lebih lama memandangkan semua kerja sudah siap dan tak perlu lagi untuk mengupas bawang, tumbuk cili dan sebagainya.
Berikutnya adalah perkongsian Hafiz yang khas ditujukan pada kaum ibu dan mereka yang sering berada di dapur yang memasak untuk suami dan keluarga.
Cara Membuat Pes Masakan Segera
Bahan asas untuk bekal ke sekolah anak tiap-tiap pagi.. Style saya, saya buat PES siap-siap. Pagi-pagi takde la lorat nak kupas bawang nak tumbuk cili bagai, just masukkan dalam kuali terus masak apa yang terlintas. Senang, cepat dan yang penting sedap. hehehehe. Boleh masak macam-macam selain yang tulis kat situ.
Dua botol pes untuk seminggu. #Mother sauce.
1.Bahan-Bahan: (botol Kiri)
Bawang putih, bawang besar, bawang merah, cili padi, cili merah.
Cara Membuat:
Kisar kasar dengan minyak, selepas itu terus tumis sampai pes masak dan pecah minyak.
Cara Penggunaan:
Contoh kalau nak buat nasi goreng just tumis lauk dulu pastu masukan pes dan pecahkan telur, selepas itu masukan sayur, garam dan nasi. Last nak tabur ikan bilis pun sedap.
2.Bahan-Bahan: (botol kanan)
Bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering.
Cara Membuat:
Kisar halus dengan minyak selepas itu tumis sampai pes masak dan pecak minyak.
Cara Penggunaan:
Contoh kalau nak buat mee goreng, tumis pes dengan lauk, masukan sos cili, kicap dan pecahkan telur. Letak sayur, mee, gula, garam gaul sampai masak.
Hasil akhir, pes dah sejuk, masuk dalam balang. Boleh tahan 2-3 bulan kalau dijaga baik.
Kepada mereka yang meminati masakan Thai, kami kongsikan cara nak buat pes cili Thai atau Nam Prik Pao yang biasanya ada dijual di pasar raya brand Mae Prahnom. Resepi pes masakan ini adalah hasil perkongsian Ahmad Shinoda dari laman sosial Facebook.
Pes cili ini adalah bahan asas masakan Tom Yam yang merah menyala tersebut iaitu Pad Prik dan beberapa masakan bercili Thai. Perbezaan pes tomyam segera dengan Nam Prik Pao adalah pes Tomyam telah dicampurkan sekali dengan serai, jus limau, lengkuas dan juga daun limau purut.
Sekiranya anda memasak tomyam menggunakan Nam Prik Pao ini, anda harus lebihkan serai, lengkuas, jus limau nipis dan daun limau purut. Yang paling seronok, warna tomyam anda pasti akan cantik dan merah menyala. Jom cuba!
Resepi Pes Cili Thai
Biji cili boleh dibuang kalau nak kurang pedas.Gunakan blender kering, lagi halus, lagi bagus.Lebih kurang 8 biji bawang merah dan 10 ulas bawang putih digunakan.Bahan-bahan utama yang telah dikisar halus.Letak 2cm belacan, campur semua bahan guna minyak dan sedikit air masak supaya lebih pekat.Selalu jaga api, kacau pes jangan sampai hangit dan agak-agak kalau dah gelap tutup api dan sejukkan.
Info:
Selain tom yam, anda boleh juga guna untuk masakan Padprik, tiga rasa, stir fry dan masakan bercili yang lain. Boleh gantikan sos cili untuk buat masakan pedas dan kemerahan. Apa sekalipun, terpulang pada kreativiti masing-masing.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat Mencuba!
Satu rakaman video yang didapati menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jadi tular di laman sosial yang memaparkan seorang wanita diraba di dadanya oleh seorang penunggang motosikal ketika wanita terbabit sedang berjalan kaki di bandar Depok, Jakarta sebelum lelaki berkenaan melarikan diri kemudiannya.
Menurut pengakuan mangsa yang berusia 22 tahun itu, kejadian yang mengejutkan itu berlaku di Jalan Kuningan Datuk, pada jam 2.29 petang di lorong sempat berdekatan jalan utama bandaraya Jalan Margonda Raya.
Wanita tersebut telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan mengharapkan rakaman video tersebut tersebar dan turut berharap penjenayah tersebut dapat ditangkap dengan segera.
Rakaman video yang kini tular di laman sosial.
Wanita tersebut turut memaklumkan yang dia berjaya mengingati nombor pendaftaran motosikal berkenaan dan pihak polis Kota Depok turut menyatakan yang mangsa telah pun memfailkan aduan rasmi pada Khamis lalu dan siasatan tentang kejadian itu masih lagi dijalankan.
“Kami akan mengumpulkan bukti untuk terus memburu si pelaku,” jelas Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Depok Putu Kholis Aryana, seperti yang dilaporkan dalam Kompas.
Seorang penulis tamu di Coconuts yang juga aktivis hak asasi wanita yang tinggal di Jakarta, tahun lepas telah menulis tentang satu eksperiman sosial di mana dia 13 kali mengalami gangguan seksual dari rumahnya ke pusat membeli-belah yang tidak jauh jaraknya.
Hasilnya memberi inspirasi kepada ramai wanita di ibu negara itu untuk berkongsi pengalaman yang sama, menunjukkan bahawa mereka berdepan risiko setiap kali keluar ke tempat terbuka setiap hari, tidak kira bagaimanapun pemakaian atau penampilan mereka, lapor mStar.
Berikutnya kenyataan melalui berita di televisyen Indonesia.
Orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihatkan terus berhati-hati ketika bersiar-siar di sekitar bandar kerana dikhuatiri perkara yang sama akan turut berlaku. Adalah lebih baik jika berjalan bersama teman daripada berjalan seorang diri dan menjadi mangsa cabul seperti kes kejadian ini.