Penggunaan rokok elektronik atau vape kini semakin berleluasa di Malaysia dan ia semakin diminati ramai sama ada lelaki dan perempuan. Selain mempunyai perisa yang pelbagai, ia juga dikeluarkan dengan berbagai jenis bentuk yang menarik perhatian mereka yang menyukainya.
Tetapi, adakah rokok elektronik ini membahayakan kesihatan? Apakah kesan dan keburukan vape jika anda menghisapnya? Mungkin ada yang tertanya tentang persoalan ini dan masih mencari jawapannya.
Vape atau Rokok Elektronik Jejaskan Kesihatan
Memetik laporan Harian Metro, ternyata ada bukti bahawa vape atau rokok elektronik ini mengandungi bahan yang sama dengan kandungan rokok tembakau dan ia boleh menjejaskan kesihatan mereka yang menghisap rokok jenis elektronik ini.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, pihaknya tahu bahawa vape kebanyakkannya mengandungi nikotin dan mengikut kajian dari luar negara, memang terbukti rokok elektronik atau vape mengandungi nikotin yang membahayakan kesihatan.
Apakah keburukan vape vs rokok? Sama atau tidak, mungkin hampir sama.
Kesan hisap vape bukan hanya menghidap sakit jantung, mungkin juga menjadi penyakit kanser dan seterusnya yang akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja yang menghisapnya secara berterusan.
Lebih membimbangkan ketika ini, beliau mendapati pelajar sekolah serta remaja turut tertarik dengan vape dan pihaknya akan mengambil tindakan yang wajar terhadap mereka yang menjual vape ataupun cecair nikotin kepada mereka di bawah umur 18 tahun.
Mengambil tindakan terhadap mereka yang masih di bawah umur adalah untuk menangani masalah ini yang disifatkan semakin berleluasa di kalangan remaja selain untuk membendung masalah ini dari terus menular kepada remaja sekolah.
Beliau juga turut menyarankan semua perokok-perokok agar terus mengambil kesempatan ini ketika kerajaan sedang memperluaskan kawasan larangan merokok termasuk di premis makanan untuk berhenti daripada tabiat itu.
“Apabila kita memperluaskan kawasan-kawasan larangan merokok, tujuan utama ia dilakukan ialah kerana kita hendak mengubah sikap mereka yang merokok supaya kalau boleh mereka gunakan kesempatan ini untuk berhenti ataupun kurangkan.
Rokok elektronik juga semakin diminati ramai remaja perempuan pada masa kini.
“Sekiranya mereka tidak dapat kurangkan, sekurang-kurangnya mereka boleh mengubah sikap supaya tidak merokok di depan orang ramai,” katanya yang turut menekankan aspek pendidikan terhadap larangan merokok ketika ini.
Jika anda seorang yang amat mementingkan kesihatan, adalah lebih baik anda berhenti vaping seperti yang disarankan oleh kerajaan Malaysia ini kerana terbukti vape atau rokok elektronik membahayakan kesihatan sehingga akan menyebabkan penyakit-penyakit yang kita geruni.
Viral di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang masih belajar di sebuah Taska Pasti mampu membaca petikan hadis berserta dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu yang membuatkan sesiapa saja akan terpesona melihatnya.
Hebat Adik Ni Boleh Baca Hadis & Terjemahan Al-Quran
Perkongsian seorang pengguna laman sosial Twitter, Hanisah, telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata antara mereka kagum dengan kanak-kanak ini yang mampu membaca Al-Quran dan hadis selepas menonton beberapa video yang kini sedang tular.
My cute little cousin ni memang suka baca berulang kali something yang dia dah belajar so I asked her untuk baca hadis yang dia dah belajar. Aaaaaaaaa meh la dengar sekali I swear tak rugi kalau you guys tengok pic.twitter.com/IPQLfcSqcn
Menurut Hanisah, adik sepupunya itu ketika ini masih lagi belajar di sebuah Taska Pasti dan guru Taska di mana adik ini belajar juga serang mengajar anak-anak muridnya membaca ayat Quran dan hadis sehingga rata-rata pelajar Taska tersebut mampu mengamalkan dan menghafal apa yang diajari.
Perkongsian video milik Hanisah di laman Twitter sehingga kini mendapat perhatian dengan lebih dari 20 ribu Retweet dan ramai netizen yang menyukai perkongsiannya. Mereka turut memuji kebolehan kanak-kanak perempuan ini apabila dia membaca bersama terjemahan berserta hadis dengan jelas satu persatu.
Melalui perkongsian Hanisah, dia menyatakan kanak-kanak ini sememangnya sangat gemar membaca petikan hadis dan juga Al-Quran setiap kali ketika pulang dari Taska. Keadaan itu berterusan sehingga menjadi amalan harian yang wajib dilakukannya malahan dia turut membaca apa saja yang dipelajarinya di Taska.
Berikutnya antara komen-komen netizen yang jelas begitu kagum dengan kebolahan kanak-kanak perempuan ini seorang pelajar Taska PASTI yang mampu menghafal, membaca terjemahan Al-Quran dan juga petikan hadis. Ramai netizen mengharapkan mereka juga akan memiliki seorang anak seperti ini.
Semoga adik ni akan terus berjaya di masa depan dan akan terus melakukan apa yang dilakukannya sekarang. Beruntunglah ibu bapanya yang mempunyai anak yang sangat pandai seperti ini. Alhamdulillah!
Seorang guru atau cikgu pasti akan berhadapan dengan bermacam karenah anak-anak muridnya setiap hari kerana setiap murid mempunyai perangai masing-masing yang terkadang sukar diduga. Menjadi seorang cikgu yang cantik juga pasti akan menarik perhatian murid dan silap haribulan bapa murid juga terpikat.
Cikgu Cantik Pening Dapat Pick-Up Line Comel Dari Murid
Sumber : Twitter Cikgu Zulaikha
Terkini, seorang guru yang cantik dikenali sebagai cikgu Zulaikha telah menarik perhatian ramai selepas perkongsiannya bahawa dia telah menerima 15 pucuk surat cinta berserta pick-up line daripada beberapa anak muridnya.
Cikgu cantik dan cikgu hensem yang jadi viral bukanlah perkara baru, ini kerana sebelum ini ada juga guru yang turut menarik perhatian netizen kerana kecantikannya dan juga peribadinya yang dimiliki sehingga menjadikan cikgu tersebut disayangi ramai anak-anak muridnya di sekolah.
Walau bagaimanapun, perkara ini berbeza dengan apa yang telah berlaku terhadap cikgu Zulaikha apabila dia menerima 15 surat cinta daripada anak muridnya selepas menjalani latihan mengajar di dua buah sekolah rendah semenjak bulan Mac lalu.
Melalui laporan Mstar, cikgu Zulaikha merasa amat kagum dengan keberanian salah seorang anak muridnya yang belajar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Siapa sangka murid sekolah rendah juga berani meluahkan rasa cinta kepada guru melalui surat cinta.
Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya.
Saya tak ambil serius pun sebab mereka masih budak-budak lagi dan tak tahu apa-apa. Walaupun ayat murid-murid tu macam kurang sopan tapi mereka masih lagi hormat saya sebagai guru.
Saya kagum sebab kecil-kecil lagi dah berani bagi saya surat dan pandai menulis pantun. Mula-mula tu terkejutlah tapi lepas baca surat tu saya tergelak non stop. Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.
Jumaat 9 Julai adalah last day saya mengajar. Dia datang dan salam saya sebelum balik, lama dia lambai dekat saya. Sedih pula nak berpisah dengan dia dan murid-murid lain.
Sumber : Twitter Cikgu Zulaikha
Rata-rata netizen yang turut mengikuti dan membaca perkongsian cikgu Zulaikha meluahkan rasa terhibur mereka kerana perkara dianggap sangat lucu. Malahan ada yang turut berkongsi pernah melalui pengalaman yang sama ketika mereka berada di bangku sekolah.
Perkongsian status cikgu Zulaikha kini jadi viral di laman sosial serta menjadi topik hangat netizen yang memberikan pendapat masing-masing selain memuji kecantikan cikgu cantik ini yang akan menarik perhatian sesiapa saja.
Kebersihan diri adalah perkara penting yang harus kita utamakan kerana ianya adalah antara syarat sah solat. Selain doa masuk bilik air atau adab masuk tandas yang perlu kita tahu, adab ketika berada di dalam tandas juga wajib kita ketahui agar semua ibadah kita sempurna dan suci dari segala kekotoran dan najis sewaktu keluar tandas.
Mungkin ada yang hanya tahu adab masuk tandas dan doa keluar tandas tetapi tidak tahu bagaimana adab yang perlu dibuat sewaktu berada di dalam toilet dengan betul mengikut hukum syarak yang disarankan oleh agama Islam. Perkongsian Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar ini akan menerangkan secara terperinci.
Adab Masuk Tandas & Keluar Tandas
Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain. Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).
Alirkan Air Paip Ke Dinding Ketika Dalam Tandas
Kita wajib alirkan air paip ke dinding kiri dan kanan tandas sebelum melepaskan hajat. – Ustaz Iqbal Hamzi
Adab masuk tandas yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.
Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.
Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar.
Ini penting dan sebahagian daripada thoharah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air. Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono.
Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi). Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.
Wajib Bilas Kaki Sebelum Keluar Tandas
Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas. Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar.
Lebih-lebih lagi tandas rumah atau tandas masjid. Kalau kita terbawa keluar najis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi najis, najis di mana saja kita jejak.
Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah. Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang. Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terhina di mana-mana.
Keselesaan dan kebersihan tandas wajib dijaga lebih-lebih lagi di rumah sendiri.
Berikut adalah adab-adab masuk tandas dan keluar tandas seperti yang dikongsikan di laman Facebook serta diterjemahkan sepenuhnya dari Kitab Minhajuttolibin yang diajarkan oleh Sheikh A’la di Masjid A’mru bin A’ss di Assofirah, Iskandariah Mesir.
1. Masuk dengan kaki kiri
2. Keluar dengan kaki kanan
3. Tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran
4. Duduk bertinggung ke kiri ketika menunaikan hajat
5. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat
Haram bagi yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan, menghadap atau membelakangi kiblat. Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.
6. Menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang
7. Pilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang
8. Tidak menunaikan hajat:
Dalam air yang tidak bergerak atau mengalir
Dalam lubang yang tidak diketahui isinya
Tempat yang berangin
Tempat berkumpul manusia
Di jalanan
Di bawah pokok berbuah
9. Tidak bercakap
10. Tidak menggunakan air yang bertakung di bawah atau di lantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci
Bacaan doa sebelum masuk ke tandas rumi dan jawi dari Alif Sofia
Doa Keluar Tandas & Maksud
Ayat doa ketika ingin keluar dari tandas rumi dan jawi dari Alif Sofia
Semoga perkongsian adab-adab masuk tandas, keluar tandas berserta doa harian ketika masuk ke tandas ini akan menjadikan ibadah ketika lebih sempurna dan diterima Allah SWT. Sebaiknya kita amalkan setiap hari supaya menjadi rutin dengan niat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Amin!
Gatal tekak dan batuk berpanjangan sehingga tak berhenti pastinya akan menganggu rutin harian anda sehingga tidak boleh tidur malam malahan jika anda menghadapi situasi ini pastinya selsema, batuk berkahak, sakit dada, sakit kepala atau demam menjadikan anda tidak selesa serta pernafasan juga akan terganggu. Sebenarnya terlalu banyak cara dan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat secara tradisional yang boleh diamalkan tanpa was-was.
Petua tradisional boleh digunakan sebagai ikhtiar dijadikan penawar untuk menghilangkan berbagai jenis penyakit yang kita hidapi kerana ia hanya menggunakan bahan semula jadi sama ada daripada tumbuhan dan sebagainya. Petua hilangkan batuk dan selsema bayi atau orang dewasa yang dikongsikan terbukti berkesan dan mujarab setelah ramai yang mengamalkannya.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan berjumpa doktor atau pakar sakit tekak terlebih dahulu untuk mengetahui punca batuk berkahak serta meminta nasihat perubatan sekiranya anda mengalami batuk berdarah atau batuk kering berterusan. Jangan sekali-kali memandang remeh atau mengabaikan perkara ini kerana jika dibiarkan pastinya ia akan menjejaskan kesihatan anda selain akan memudaratkan diri anda sendiri.
Petua Hilangkan Batuk Secara Tradisional
Cara hilangkan batuk dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah boleh anda lakukan sekarang juga. Berikut beberapa petua hilangkan batuk yang kami kongsikan untuk membantu anda yang mengalami masalah batuk berkahak atau sakit tekak sama ada yang dihidapi oleh bayi atau dewasa. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan berhati-hati dengan kandungan bahan tersebut kerana tidak semuanya anak kecil boleh memakannya.
Ada baby atau kanak-kanak langsung tidak boleh meminum ubat batuk.
Walau bagaimanapun, perubatan moden juga ada kelebihannya yang mampu mencegah batuk dan selsema dengan cepat. Ubat-ubatan moden kini boleh dibeli di mana sahaja sama ada di kedai runcit atau pun farmasi. Namun, petua tradisional nenek moyang kita jangan sekali kita lupakan. Berikutnya adalah beberapa bahan untuk menghilangkan batuk dengan menggunakan bahan semulajadi.
Bawang putih
Buah delima
Halia
Halba
Madu
Daun pegaga
Limau nipis
Lemon
Halba
Daun pudina
Cara Hilangkan Batuk dan Selsema Dengan Bawang Putih
Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa bawang putih boleh dijadikan ubat untuk menghilangkan batuk baby selain ia juga adalah salah satu jenis makanan yang baik dan amat digalakkan diambil setiap hari kerana ia kaya dengan vitamin, enzim dan juga mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita serta ia sangat baik untuk kesihatan manusia.
Khasiat, manfaat atau kelebihan bawang putih adalah ia mampu menewaskan sebarang jenis jangkitan kerana ia mempunyai sejenis bahan yang anti bakteria yang sngat kuat serta mampu melawan selain mencegah pelbagai jenis kanser dan juga boleh mengubati masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan, menurunkan kadar kolestrol dalam badan serta turut boleh meredakan selsema.
Menurut kajian yang telah dilakukan, bawang putih boleh membersihkan tubuh badan kita daripada racun serta turut membantu kita untuk menyelesaikan berbagai jenis penyakit yang kita hidapi. Ia juga mempunyai cara dan langkah-langkah tertentu yang bertujuan untuk mengeluarkan racun yang terdapat dalam badan kita begitu juga untuk meredakan batuk berterusan.
Apabila bayi anda mengalami batuk atau selsema, pastinya anak kecil anda itu akan susah nak tidur dan perkara ini pastinya akan merungsingkan semua ibu bapa apabila anak mereka menghadapi situasi ini.
Satu petua untuk hilangkan batuk dengan bawang putih telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Puan Hanezfarjaz Zulaiqah yang mana petua tradisional ini sangat mujarab dan terbukti berkesan untuk menyembuhkan batuk dan selsema bayi.
Minyak bawang putih yang telah siap diproses dan boleh digunakan.
Selain dimakan, bawang putih juga boleh dijadikan minyak untuk kegunaan luaran badan. Minyak bawang putih terbukti mampu melegakan selsema dan batuk bayi yang berusia dari sebulan sehinggalah kanak-kanak yang berumur 4 tahun.
Kepada anda yang masih belum tahu tentang ini, kami kongsikan cara buat minyak bawang putih dengan menggunakan bahan yang teramat mudah di rumah. Anda boleh membuat dengan kuantiti yang banyak dan boleh disimpan dijadikan stok apabila bayi batuk nanti.
Cara Buat Minyak Bawang Putih
Dua atau tiga ulas bawang putih dan buangkan kulit.
Bakarkan di atas dapur gas sehingga menjadi masak atau hitam.
Ambilkan minyak masak dua sudu
Lenyekkan bawang di dalam minyak tersebut
Setelah itu, minyak bawang putih boleh digunakan
Anda boleh juga menggunakan minyak lain seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan dan lain-lain mengikut kesesuaian anda sendiri. Anda boleh mengulangi proses pembuatan minyak ini dengan kerap atau permulaan hanya buat sedikit terlebih dahulu untuk melihat keserasian anak anda.
Minyak bawang putih ini boleh disapukan ke dada bayi, hidung, belakang badan dan juga leher. Kesan minyak ini juga boleh meresap ke dalam badan sekurangnya setengah jam selepas disapu. Sebaiknya ia digunakan ketika selepas bayi anda mandi.
Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati ketika menggunakan minyak bawang putih ini, kerana mungkin ia mempunyai kesan sampingan memandangkans sesetengah bayi amat sensitif dan tidak tahan dengan sesuatu ubat. Jika tiada masalah, bolehlah anda mengulanginya lagi.
Cara-cara Penyediaan
Bawang putih perlu dihiris menjadi beberapa hirisan
Tambahkan sesudu air masak
Masukkan sedikit perahan lemon ke dalamnya
Kemudian anda boleh minum air campuran tersebut
Anda digalakkan mengulangi prosedur ini setiap hari serta dengan meminum air dengan banyaknya setiap hari bagi dapat menyingkirkan segala toksin yang berada di dalam selain dapat mengubati berbagai jenis penyakit-penyakit.
Bawang Putih Bakar
Bawang putih yang dibakar dikatakan penawar terbaik untuk batuk berkahak.
Antara petua yang paling mujarab sebagai cara hilangkan kahak bayi atau batuk dewasa adalah dengan menggunakan bawang putih yang dibakar. Bawang putih dicucuk dengan garpu dan dibakar sehingga masak dan rangup, kemudiannya dikunyah begitu saja. Kemudiannya batuk pasti hilang selepas memakan bahan yang amat berkhasiat ini.
Ambilkan beberapa ulas buah delima mengikut kuantiti air yang anda mahukan dan buangkan bijinya serta keluarkan air dari buah tersebut ke dalam cawan untuk dijadikan jus delima. Lebih mudah gunakan syringe sahaja dan ini memudahkan anda untuk menyuap kepada bayi yang mengalami batuk.
Halia dan Halba
Halia antara bahan terbaik untuk mengatasi batuk dengan berkesan.
Halia terbukti dapat membuang angin selain turut mampu mencegah batuk berkahak yang berpanjangan dan juga boleh meredakan selsema. Cara untuk menggunakannya hanya dengan rebuskan halia bersama air dan diberi minum kepada anak.
Jus halia boleh juga dicampurkan bersama halba dan madu untuk meredakan pernafasan anak atau bayi anda dan orang dewasa. Sebaiknya diminum ketika sedang terbatuk-batuk yang menyebabkan sukar untuk bernafas.
Daun Pegaga
Mungkin ramai yang tidak tahu pegaga juga boleh hilangkan batuk.
Untuk menggunakan petua ini, anda perlu menumbuk sekurangnya segenggam daun pegaga sehingga lumat dan tapiskan airnya yang akan kelihatan pekat lalu dicampurkan dengan sedikit gula serta turut diembunkan selama satu malam sebelum ia boleh diminum. Anda boleh mengulangi cara ini dengan minum dua kali seminggu.
Madu Lebah
Madu lebah sememangnya paling mujarab untuk segala jenis penyakit.
Madu adalah raja segala ubat yang boleh anda amalkan tanpa was-was untuk sebarang penyakit sekalipun. Jika untuk mencegah batuk, ambilkan dua sudu madu lebah dan dicampurkan dengan secawan air suam lalu diminum. Disarankan anda menggunakan sudu plastik sahaja ketika ingin memasukkan madu ke dalam gelas.
Daun Pudina dan Gula Batu
Selain berbau wangi, daun pudina amat menyegarkan mulut selepas dimakan.
Batuk berterusan juga boleh diredakan dengan mengambil beberapa helai daun pudina dan rebuskan dengan beberapa ketulan gula batu selama 5 minit. Air rebusan dau pudina dan gula batu itu boleh diminum ketika suam dan lihatlah hasilnya nanti pasti mujarab.
Buah Pala, Limau Nipis dan Minyak Kayu Putih
Cara untuk menghilangkan selsema pula boleh dibuat dengan menggunakan bahan-bahan ini yang harus digunakan pada bahagian luaran tanpa meminumnya. Ambilkan sebelah buah pala lalu diparut dan 1/2 buah limau nipis diperah airnya dan campurkan dengan sesudu minyak kayu putih yang kemudiannya disapukan ke dada anak anda atau belakang badan. Amalkan tiga kali sehari selama seminggu.
Doa Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak
Berikut dikongsikan juga doa menyembuhkan penyakit batuk serta petua hilangkan batuk dan selsema yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan menerusi rakaman video di laman YouTube.
Sebenarnya telalu banyak bahan-bahan semulajadi dan juga petua hilangkan batuk dan selsema atau gatal tekak yang boleh kita dapati menerusi masyarakat Melayu sekarang. Kebanyakkannya orang-orang yang terdahulu telah lama mengamalkannya sehingga ia menjadi turun-temurun. Semoga perkongsian cara ubati batuk yang dikongsikan ini berguna kepada semua sama ada baby, kanak-kanak atau orang dewasa. Semoga bermanfaat.
Syarikat manakah di Malaysia yang menyediakan web hosting terbaik dengan harga murah mengikut pakej yang boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai website atau Worpress? Jika anda sedang tercari-cari hos web Malaysia yang paling bagus, anda haruslah membuat beberapa kajian sebelum membeli perkhidmatan mereka.
Web Hosting Terbaik Malaysia
Web hosting terbaik bukan hanya kerana menawarkan harga murah dan support yang diberikan cepat tetapi anda wajib memastikan plan yang mereka tawarkan mempunyai kriteria-kriteria yang harus dititikberatkan oleh semua pembina laman web atau WordPress hosting blog agar tiada masalah yang tidak diingini berlaku di belakang hari.
Hosting tempatan dan hosting luar negara masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan pastinya syarikat luar negara yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga hebat. Walau bagaimanapun, sebagai pengguna di Malaysia dan website berbahasa Melayu disarankan mengguna hosting tempatan saja melainkan pengunjung laman anda adalah dari kalangan antarabangsa atau international.
Gambar hiasan.
Manakala produk atau pakej yang disediakan oleh syarikat web hosting juga berbeza-beza mengikut permintaan selain kreativiti dan strategi pemilik syarikat itu sendiri untuk membuatkan kelainan. Biasanya pakej yang kerap ditawarkan seperti tiada had atau unlimited bandwidth, disk space dan juga unlimited domain.
Anda sebagai pengguna haruslah bijak memilih hosting yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan anda sendiri dan tidak perlulah membazir. Sebaiknya berfikirlah dengan baik untuk merancang dan belilah yang bersesuaian mengikut penggunaan di masa depan.
Kriteria Web Hosting Terbaik Malaysia
Berikut adalah kriteria dan pendapat saya sendiri tentang kriteria web hosting terbaik di Malaysia bagi pengguna seperti saya yang masih baru belajar tentang WordPress dan Blogger. Jangan hanya pandang harga pakej hosting yang murah tetapi dari sudut lain belum tentu ada kebaikannya.
Kualiti perkhidmatan server yang reliable
Features yang ditawarkan
Customer support service yang cepat 24 Jam
Harga murah atau mahal bukan persoalan
Review atau testimoni pembeli
Web Hosting Server Freak
Gambar hiasan.
Laman web yang anda sedang layari ini menggunakan hosting yang paling terbaik daripada Server Freak dan mengapa saya memilih syarikat ini? Kerana terlalu banyak review atau cadangan yang diutarakan oleh ramai pengguna serta pelanggan dari syarikat ini menerusi laman sosial dan juga enjin carian Google.
Rata-rata pelanggan sentiasa memuji kebaikan dan kelebihan Server Freak daripada syarikat penyedia hosting terbaik di Malaysia. Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah kelajuan website seiring dengan kelajuan support yang mereka berikan selain ramah mesra, mereka semua membantu pelanggan walau apa juga masalah tidak mengira waktu walau di pagi hari.
Perkara ini dialami oleh saya sendiri apabila blog ini secara tiba-tiba down dek kerana masalah yang sendiri tidak ketahui sehingga membuatkan keseluruhan website tidak boleh diakses. Ketika itu, jam 3 pagi, saya segera menghubungi mereka dan akhirnya website ini beroperasi semula hanya dalam masa kurang daripada 30 minit.
Bayangkan, anda langsung tidak mempunyai pengalaman berkaitan dengan hosting dan coding tetapi anda boleh menjalankan laman web seperti ini dengan jayanya hanya dengan bantuan daripada support Server Freak secara keseluruhan dan inilah syarikat web hosting di Malaysia yang terbaik bagi saya sendiri.
Mengapa saya memilih Server Freak
Jaminan dikembalikan dalam masa 30 hari pembelian
99% purata uptime bulanan dan lebih tinggi
Jaminan keselamatan semua website yang dihos oleh Server Freak
Customer service 24 jam dan 365 hari yang sentiasa stand by
Antara pakej WordPress yang murah ditawarkan oleh Server Freak untuk langganan tahunan.
Biasanya ramai yang salah sangka apabila menghadapi masalah kelajuan website dengan mengatakan ia berkaitan dengan web setting, tetapi sebenarnya boleh dikatakan 80% ianya berpunca dari pihak server atau hosting anda sendiri.
Disebabkan itulah, anda perlu bijak membuat pilihan serta kajian syarikat hosting manakan yang terbaik untuk anda. Berikutnya dikongsikan beberapa kriteria yang harus ada pada syarikat web hosting terbaik di Malaysia untuk memantapkan lagi laman web anda.
Bajet dan Kemampuan
Yang paling utama adalah berkaitan dengan kesanggupan serta kemampuan anda untuk membayar harga hosting yang akan anda gunakan berdasarkan penggunaan dan dari situlah anda pasti akan tahu apakah jenis atau plan yang sesuai atau yang mampu anda beli sama ada VPS, Shared Hosting atau pun Dedicated Server.
Speed atau Reliability
Perkara yang paling penting dalam pembinaan sesebuah laman web adalah uptime hosting yang mana ia akan menentukan sama ada laman anda itu dilayari sentiasa tanpa sebarang gangguan atau down yang akan menyebab pengunjung laman web anda berkurang secara tiba-tiba yang mana ia berkaitan dengan bounce rate.
Jadi, jika anda sedang tercari-cari web hosting terbaik, pastikan anda dapatkan yang mempunyai kriteria-kriteria seperti dinyatakan di atas. Harga yang murah belum tentu perkhidmatan yang diberikan mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika anda mementingkan keselesaan dan keselamatan laman web anda, buatlah pilihan yang terbaik.
Kerana inginkan duit yang mudah, bermacam-macam cara, taktik atau trik yang boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menipu orang ramai hanya kerana duit. Taktik licik penipu atau scammer pada hari ini semakin menjadi-jadi sehingga ramai yang tertipu tanpa disangka-sangka.
Kes terbaru membabitkan seorang mangsa yang langsung tidak mengesyaki atau tidak tahu menahu bahawa dia telah ditipu oleh scammer apabila dia mengalami kerugian dalam jumlah agak besar selepas beliau memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun scammer yang disangka itu adalah ahli keluarganya.
Taktik Terbaru Scammer Tiru Suara Ahli Keluarga
Jangan cepat terpedaya dengan panggilan yang anda sendiri tidak pasti siapa si pemanggil.
Taktik licik yang dilakukan penipu dalam kes terbaru yang berlaku di Melaka ini dilaporkan hanya terjadi menerusi talian telefon yang melibatkan seorang pegawai di negeri Melaka yang telah menjadi mangsa scammer yang bijak ini.
Menurut laporan The Star, lelaki terbabit yang berusia 65 tahun itu yang tidak mahu dikenali berkata, pada mulanya dia mendapat satu panggilan pada 9 November lalu daripada seorang wanita yang menyatakan dia adalah anak saudaranya.
Walau bagaimanapun, scammer perempuan yang membuat panggilan terhadap mangsa tidak pula meminta mangsa untuk menyelesaikan saman polis atau sebarang hutang yang melibatkan bank terhadapnya.
Sebaliknya, si penipu tersebut yang memanggil mangsa dikatakan telah meniru suara anak saudara perempuannya dan memberitahu bahawa dia menghadapi masalah besar serta memerlukan duit serta meminta mangsa memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun wanita terbabit.
Menurut mangsa, dia menyedari bahawa suara wanita tersebut agak berbeza dari anak saudara perempuannya serta bertanya mengapa suara wanita tersebut berlainan. Scammer tersebut dengan bijak menipu dan menyatakan bahawa dia mengalami batuk yang teruk sehingga suaranya bertukar.
Jangan memindahkan wang kepada mereka yang tidak anda kenali. – Gambar hiasan
“Dia memanggil saya sebagai pakcik dan menyatakan bahawa dia menghadapi masalah besar dengan pemberi pinjaman wang dan memerlukan duit tunai dengan segera.
Menurut mangsa lagi, si pemanggil menggunakan nombor telefon yang berbeza serta merayu kepadanya agar tidak memberitahu kepada orang lain tentang perkara ini terlebih dahulu dan dia berkata akan menceritakan keadaannya sendiri selepas bertemu nanti.
Ketika kejadian itu dan panggilan itu diterima, mangsa berada di Tanjung Piai, Johor, kerana terlibat dengan kempen pilihan raya kecil yang diadakan di daerah itu. Mangsa dengan tidak berfikir panjang telah memindahkan wang sebanyak RM3000 ke dalam akaun ‘anak saudaranya’ itu.
Walau bagaimanapun, ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya iaitu ke Melaka pada 9 November lalu, dia menelefon semula anak saudaranya dan bertanya apakah wanita itu telah menerima wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun milik wanita terbabit.
Namun, dia merasa amat terkejut apabila anak saudaranya mengatakan bahawa dia tidak tahu menahu tentang apa yang diceritakan oleh pakciknya malahan anak saudaranya juga tidak mempunyai telefon bimbit seperti yang dinyatakan mangsa dan tidak pernah membuat panggilan tersebut.
Mangsa akhirnya, menelefon semula ke talian yang pernah diterimanya iaitu nombor telefon scammer terbabit tetapi malangnya semua usaha mangsa ternyata sia-sia selepas nombor berkenaan dikatakan telah disekat oleh pemiliknya.
Segalanya kerana duit dan penipu akan buat apa saja demi duit. – Gambar hiasan
Ekoran kejadian itu dan menyedari beliau telah ditipu oleh seorang perempuan iaitu scammer, beliau dengan segera membuat laporan polis di Balai Polis, Bandar Hilir, pada 11 November baru-baru ini.
“Saya diberitahu bahawa saya bukanlah mangsa pertama. Masih banyak lagi kes yang sama dimana si pemanggil meniru suara ahli keluarga mangsa,” katanya.
Apa yang amat membingungkan mangsa adalah bagaimana si penipu tersebut mengetahui banyak maklumat peribadinya selain scammer itu juga tahu di mana sahaja saudara mara mangsa tinggal.
Hebat bukan? Scammer zaman sekarang sangat bijak dan licik sehingga sesiapa sahaja mangsanya walaupun berpendidikan tinggi masih lagi boleh ditipunya tanpa meninggalkan kesan.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memberi perhatian terhadap kes seperti ini dan lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan duit ringgit. Jangan memindahkan wang kepada akaun yang tidak dikenali dengan mudah walaupun mereka mengaku mereka mengenali anda.
Resepi kuah rojak buah atau colek buah yang paling sedap dan berkualiti adalah yang buat sendiri di rumah tanpa bahan yang bukan-bukan lebih puas makan kerana boleh menjaga kebersihan selain dapat makan dengan lebih banyak dan dapat menjimatkan kos.
Cara membuat kuah rojak buah yang boleh dimakan dengan bermacam jenis buah ini sangatlah mudah rupanya. Rugi kalau tak mencuba kerana resepi kuah rojak buah yang dikongsikan sangat sedap macam beli di kedai atau lebih kurang macam brand colek buah Mak Bee yang original tu.
Sebenarnya resepi kuah rojak begini mempunyai bermacam versi dan style, ada yang buat tanpa menggunakan belacan atau pun pes udang. Walau bagaimanapun, memandangkan kita buat sendiri segala bahan-bahan boleh diolah mengikut kreativiti sendiri yang paling penting pastikan bahan utama harus ada supaya kuah rojak buah kita itu menjadi.
Lebih seronok bila buat sendiri kesedapannya kita yang tentukan dan silap hari bulan kita boleh buat bisnes kuah rojak colek buah kerana air tangan kita menjadikan kuah tersebut sedap dan pasti akan dipuji orang mendapat permintaan agar kita jalankan perniagaan kuah rojak ini.
Resepi Kuah Rojak Buah Homemade
Ini ke orang kata rojak tonggek yang boleh dibeli di kedai?
Ada orang kata resepi kuah rojak buah dari Thailand lebih sedap dari yang lain-lain dan resepi orang Cina juga ada kick. Sebenarnya di Malaysia dan orang Melayu juga mempunyai kepakaran untuk menyedapkan kuah rojak ini yang juga dipanggil sebagai colek oleh orang pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Berikut adalah cara membuat atau resepi kuah rojak buah berbagai versi yang dikongsikan oleh beberapa orang pengguna Facebook di mana resepi yang mereka kongsikan di media sosial telah mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang memuji resepinya sangat sedap dan berbaloi jika buat sendiri di rumah.
Resepi Kuah Rojak Buah Mak
Ini resepi kuah rojak buah dari mak saya. Kuah rojak ini tak menggunakan petis atau otak udang, tanpa guna cili kering, tak guna tepung jagung, tak guna air dan garam, tetapi hasilnya sangat sedap dan memuaskan.
Pasti ada yang mengidam nak makan rojak buah dan tengok gambar kecur air liur, kan? – Puan Norizan
Bahan-bahan
1 botol kecil kicap masin (saya guna kicap Jalen lemak manis)
1 botol kecil sos cili (Akak guna cap Kimball)
1 kg gula pasir
1/2 kg gula merah (Akak guna cap Bintang yang pek warna hijau)
1/2 keping belacan
1 1/2 sudu besar cili serbuk (pedas ikut selera masing-masing)
Nota : Saya letak dua sudu besar kuah dan agak pedas. kalau korang suka kurang pedas boleh letak satu sudu besar sahaja.
Cara-cara membuat :
Masukkan kicap, sos cili, gula pasir, gula merah, belacan, (lenyekkan dahulu hingga tidak berketul. Akak lenyek dengan sedikit air.
Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati atau larut.
Masukkan cili serbuk, masuk secara sikit-sikit dan rasa kalau cukup pedas yang korang suka boleh stop.
Kacau semua bahan sehingga pekat likat berkilat. Tutup api.
Kuah akan menjadi pekat setelah sejuk secara keseluruhannya.
Nota : Masa untuk mengacau kuah rojak buah ini tidak terlalu lama kerana kita tak menggunakan air. So, dari situ kita dah jimat masa dan gas dapur.
Anda boleh masukkan penyedap rasa dengan kacang tanah tumbuk dan juga biji bijan putih yang disangai terlebih dahulu. Resepi kuah rojak buah ini dikongsi daripada Puan Norizan.
Resepi Colek Buah Ala Thai
Siapa suka makan colek buah Thai? Sedap kan dipping sos buah dia? Alhamdulillah saya dapat resepi 100% homemade dari orang Thai yang buat bisnes untuk jual. Ia lebih sedap dari garam belacan atau kuah rojak.
Kuah rojak buah resepi Thai juga ramai yang dah pandai buat. – Najwa Abdul Razak
Padu dengan rasa masam, masin, manis dan pedas. Yang mana jual buah-buah boleh buat menu baru untuk dijual. Petua nak colek buah sedap adalah dengan rendam buah dengan air sejuk berais dan campurkan sedikir garam dalam rendaman. Pasti sedap gila bila makan.
Ada yang buat resepi kuah rojak buah guna gula melaka, pada saya tak sedap sangat sebab dia manis sangat-sangat kalau letak banyak. Palm sugar ni dia natural sebab dihasilkan dari nira pokok kelapa, itu yang kick punya kalau buat paste mencicah atau somtam. Masakan orang Thau memang sedap kan?
Bahan-bahan
Gula Thai dalam 1/2 bungkus
Belacan sedikit untuk aroma
Sos ikan suku cawan
Bawang merah 3 biji diracik
Kelapa sangai RM1, sedap yang ni sebab sos jadi crunchy
Garam secukup rasa
Kacang goreng blend
Serbuk cili kering kasar atau chili flakes
Cili hijau 5 atau 6 biji dihiris
Sedikit udang kering
Cara untuk membuat :
Masak sos ikan dengan gula Thai dan belacan.
Buka api perlahan dan masak sampai mendidih terus tutup api.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi.
Buka api secara perlahan dan kacau sehingga sebati dan tutup api.
Biar sejuk dan terus boleh dimakan dengan buah pilihan anda.
Cara membuat kuah colek ini simple saja tapi sedap tak terkata. – Najwa Abdul Razak
Serius, bila buat resepi kuah rojak buah ala Thai ini, yang lelaki tak suka makan colek boleh makan sampai kalah orang perempuan mengidam. Sedap sangat tak terkata. Resepi kuah rojak ini dikongsikan oleh Puan Wawa Zain.
Resepi Kuah Rojak Penang Style
Jangan tak percaya orang lelaki pun pandai buat kuah rojak dan resepi kuah rojak buah kali ini dikongsikan oleh seorang pakcik yang berkongsi resepinya ala Penang menerusi rakaman video di laman YouTube. Cara pakcik ni buat sangat mudah dan semua orang boleh membuatnya yang penting boleh tahan lama.
Apa lagi, jangan tunggu, teruskan dapatkan bahan yang perlu digunakan untuk resepi kuah rojak buah simple yang dikongsikan di atas. Anda boleh mencipta resepi sendiri dengan memasukkan bahan-bahan yang sesuai supaya menjadi lebih sedap lagi. Siapa tahu, resepi anda akan menjadikan anda kaya hanya dengan bisnes kuah rojak. Apa pun kalau sekadar suka-suka nak makan, tak salah pun mencuba, yang penting menjadi dan paling sedap.
Pekerjaan sebagai seorang jurugambar sememangnya bukan sesuatu kerja yang mudah dan ramai menyangkakan tugas ini hanya dengan mengambil gambar sahaja. Tetapi sebenarnya, terlalu banyak perkara dan peristiwa serta pengalaman jurugambar yang harus dilalui yang akan terus dikenang selama-lamanya.
Ikuti perkongsian seorang jurugambar profesional yang berkongsi pengalamannya menerusi Harian Metro bagaimana pengalamannya bekerja dengan mengambil gambar di satu majlis pengkebumian yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa pun.
Walau bagaimanapun, ketika di awal permulaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai jurugambar yang akan merakamkan peristiwa di tanah perkuburan, beliau dikatakan agak kekok, namun semuanya berakhir selepas keluarga itu tetap inginkan situasi di situ dirakamkan.
Ramai Hairan Ada Jurugambar di Tanah Perkuburan
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik oleh Beautifulnara, lelaki yang bernama Zaed Hosni itu menceritakan pengalaman beliau setelah mendapat panggilan dari seorang pelanggan bagi menjadi jurugambar di majlis pengkebumian.
Zaed diminta oleh ahli keluarga berkenaan supaya datang ke rumahnya pada keesokkan hari iaitu di hari pengebumian yang mana ketika jenazah berada di rumah sebelum ia dibawa ke tanah perkuburan. Beliau merasa terkejut dan berdebar ekoran perkara ini jarang dibuat orang.
Selepas pelanggannya menyatakan majlis pengkebumian, terlintas di hati Zaed untuk menolak tawaran tersebut tetapi selepas dijelaskan gambar itu sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga dan merasai keinsafan kelak Zaed menerima tawaran tersebut.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke perkarangan rumah arwah, tetamu memandang ke arah saya.
Mereka pelik melihat saya membawa kamera serta lensa ke majlis pengkebumian itu.
Ketika itu, saya mula gelisah dan segera mencari ahli keluarga arwah.
Menurut Zaed, sebelum ini dia hanya menangkap gambar di majlis kegembiraan sahaja seperti perkahwinan, majlis rasmi dan aktiviti tertentu, namun, ini sebaliknya dan ia berkait rapat dengan emosi kesedihan lebih-lebih lagi kehilangan orang tersayang.
Cabaran yang saya hadapi adalah untuk mencari sudut yang sesuai untuk mengambil gambar dengan baik.
Saya pula tidak boleh mengarahkan mereka untuk membuat aksi tertentu selain meminta memberi ruang kepada saya atau ke tepi supaya dapat laluan mudah untuk bergambar.
Apabila saya mendekati pusara arwah, bukan sahaja Imam malah semua orang sekeliling turut memandang ke arah saya mungkin mereka pelik disebabkan bunyi kamera ketika merakam gambar itu menganggu mereka.
Oleh disebabkan itulah, saya terpaksa mengambil gambar dari jarak jauh termasuk menggunakan lensa telefoto (jarak jauh).
Tak semua jurugambar dapat tawaran ambil gambar ketika majlis pengkebumian.
Peristiwa tiga tahun lalu itu adalah antara pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan Zaid semenjak dia menjadi seorang jurugambar lapan tahun lalu dengan ditawarkan mengambil gambar pada satu majlis pengkebumian di Seremban.
Inilah antara pengalaman yang harus dilalui oleh seorang jurugambar dan mungkin tidak semua yang merasai pengalaman seperti ini. Walau bagaimanapun, pahit manis menjadi seorang jurugambar hanya mereka sendiri yang mengetahui selepas melalui berbagai perkara dan peristiwa.
Akibat sering ambil mudah dalam berbagai perkara atau kurangnya kesedaran diri tentang kesihatan adalah antara faktor utama ramai di antara kita yang tidak langsung menyedari bahawa mereka menghidap diabetes atau pun dipanggil sebagai penyakit kencing manis.
Malaysia adalah merupakan negara yang paling banyak mempunyai penghidap penyakit diabetes dan jumlahnya adalah yang tertinggi di Asia manakala Arab Saudi adalah negara yang mempunyai pesakit kencing manis yang tertinggi di dunia.
Menurut laporan Hello Doktor, kebanyakkan individu di Malaysia mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak membuat senaman atau mengambil makanan tertentu secara berlebihan. Inilah antara punca utama mengapa penyakit kencing manis yang tidak berjangkit ini semakin meningkat.
Kadar penyakit diabetes di Malaysia adalah paling tertinggi di Asia.
Melalui satu laporan akhbar menyatakan bahawa Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), Dr Mustaffa Embong, kira-kira 2.5 juta individu dewasa di negara ini yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes.
Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik dalam rekod NADI, menunjukkan hampir separuh daripada individu yang mengalami penyakit kencing manis ini tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya dan ini membuktikan sikap sambil lewa individu ternyata benar.
Sambil Lewa Bila Tiada Tanda Sakit Kencing Manis
Biasanya apabila tiada tanda-tanda atau tiada simptom yang menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai masalah kesihatan membabitkan kencing manis, mereka pasti tidak akan mengambil tahu tentang kesihatan diri dan menganggap semuanya dalam keadaan baik saja.
Keadaan ini terus berlarutan sehinggalah individu berkenaan didapati mengalami masalah kesihatan lain seperti serangan sakit jantung, strok atau angin ahmar, masalah buah pinggang serta menjadi buta sehingga terpaksa berdepan dengan prosedur amputasi iaitu pemotongan anggota badan. kebiasaannya ia melibatkan indidvidu dengan diabetes jenis 2.
Pemeriksaan doktor adalah diwajibkan supaya dapat mengesan apa saja penyakit.
Diabetes adalah merupakan sejenis penyakit kronik yang boleh dianggapkan sebagai pembunuh senyap. Masalah ini akan dialami apabila pankreas tidak lagi menghasilkan insulin yang mengawal paras gula dalam darah dengan secukupnya atau pun bila badan tidak lagi mampu menggunakan insulin yang dihasilkan.
Penyakit kencing manis juga adalah satu masalah kesihatan yang sering membabitkan ketidakupayaan badan untuk terus menukar glukosa iaitu gula kepada tenaga. Keadaan seperti ini adalah sangat penting memandangkan glukosa adalah sumber tenaga yang diperlukan oleh badan manusia.
Ringkasannya, antara simptom bagi penyakit diabetes jenis 2 adalah peningkatan paras gula dalam darah, hilangnya berat badan dengan mendadak, sering merasa lapar, kekerapan dahaga dan kencing, sering merasa letih serta emosi terganggu, luka yang lambat sembuh dan juga mata menjadi kabur.
Pemeriksaan dan Penjagaan Kesihatan
Oleh kerana tidak mempunyai tanda, tidak mengalami sebarang simptom atau gejala, kebanyakkan kita merasakan diri kita sihat walafiat namun sebaliknya kita tidak ketahui. Dek kerana perkara inilah ramai yang sering lupa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya dilakukan.
Senaman adalah aktiviti fizikal yang wajib dilakukan oleh pesakit diabetes.
Walau bagaimanapun, sebenarnya, bagi semua pesakit yang menghidap kencing manis, mereka masih lagi boleh mengawal keadaan penyakit ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dengan penuh berdisplin.
Yang paling penting adalah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang lebih baik dengan mementingkan pemakanan seimbang, mengekalkan berat badan yang sesuai, turunkan berat badan sekurang sehingga 5 atau 10 peratus, meningkatkan aktiviti fizikal dengan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Amalan gaya hidup sihat yang lebih baik dilakukan dalam kehidupan seharian pesakit diabetes dipercayai mampu mencegah selain turut akan melambatkan kesan penyakit kencing manis itu sendiri. Oleh itu, lakukanlah dengan segera untuk mengelakkan penyakit ini menjadi dengan lebih teruk lagi.
Amalkan makanan seimbang untuk mengawal kadar gula dalam badan.
Namun, harus diingat, semua pesakit diabetes ini wajib untuk sering bertemu doktor kerana setiap pesakit memilik tahap yang berbeza serta membuat pemeriksaan yang berkala, saringan dan juga rawatan untuk risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, tahap kolestrol dan juga obesiti.
Mulai sekarang sama ada anda adalah pesakit kencing manis atau pun tidak mempunyai diabetes, anda harus memastikan keadaan kesihatan anda di tahap yang baik dan tidak salah jika ingin bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan. Namun, amalkanlah gaya hidup yang sihat untuk kesihatan diri yang lebih baik. Semoga bermanfaat.
Zaman persekolahan adalah zaman yang paling seronok dan best dalam hidup semua orang yang pernah menjadi seorang pelajar. Ia akan menjadi satu kenangan abadi yang amat menyeronokkan serta pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila, kan? Tapi pernah rekod kehadiran sekolah korang 100% terbaik tanpa ponteng?
Dulu masa di sekolah pasti ada yang suka ponteng kelas, malas nak ke sekolah dan selalu bangun lambat. Kehadiran sering dikira oleh para guru yang mengajar. Bila diingat semula, rugi rasanya selalu sangat ponteng dan ketinggalan dalam pelajaran.
Zaman sekarang di alam persekolahan masih tak banyak beza, cuma kemudahan dulu dan sekarang sangatlah banyak perbezaan. Tapi, bila kehadiran kita selalu penuh, biasanya cikgu akan memberikan bermacam-macam hadiah supaya murid-murid rajin datang ke sekolah.
Sebuah sekolah di Selangor telah membuat kejutan besar dan menarik perhatian ramai netizen sehingga berita ini jadi viral di laman sosial apabila menghadiahkan kepada pelajarnya dengan hadiah yang lumayan apabila pelajar yang kehadirannya 100% ke sekolah.
Rekod Kehadiran Sekolah 100% Murid Dapat Hadiah Lumayan
Sebuah posting di laman Twitter memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa orang pelajar telah menerima hadiah lumayan kerana kehadiran mereka sekolah penuh tanpa ponteng. Memang tidak pernah dijangkakan oleh seorang murid untuk menerima hadiah sebegini.
Inilah inisiatif yang telah dilakukan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut apabila para pihak sekolah telah menghadiahkan kepada pelajarnya yang mempunyai rekod kehadiran yang paling terbaik.
Lebih menyeronokkan semua pemenang tersebut dipilih secara rawak melalui cabutan bertuah yang telah dilakukan menerusi Program Ponteng Sifar (Proponsif) 2019 yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh pihak sekolah tersebut sehingga menarik perhatian ramai warganet.
Melalui gambar-gambar yang kini viral di laman sosial menunjukkan pemenang tempat pertama menerima hadiah berupa motosikal, tempat kedua mendapat pakej percutian menarik berserta dengan tiket penerbangan ke Pulau Langkawi manakala tempat ketiga menerima sebuah televisyen LED.
Walau bagaimanapun, bukan hadiah itu sahaja malahan pelajar-pelajar lain juga turut menerima beberapa set peralatan sekolah apabila semua di antara mereka yang terus mengekalkan rekod kehadiran ke sekolah dengan baik sepanjang tempoh persekolahan.
Menurut laporan, semua hadiah-hadiah tersebut adalah hasil yang telah terkumpul daripada sumbangan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah tersebut. Ia adalah perkara yang harus dibanggakan apabila mereka mampu menjayakan inisiatif seperti ini.
Ekoran posting daripada Twitter ini tular, rata-rata netizen turut memuji langkah-langkah dan inisiatif yang dibuat oleh pihak sekolah berkenaan patut ditiru oleh semua sekolah lain bagi menarik minat semua pelajar ke sekolah disamping mengekalkan rekod kehadiran.
Semoga selepas ini, ada pihak-pihak sekolah lain akan turut menganjurkan program yang serupa yang perlu dibincangkan oleh semua ibu bapa dan guru. Kejayaan sekolah ini telah membuktikan program khas untuk murid yang mempunyai rekod kehadiran sekolah 100% ini telah berjaya menarik minat pelajar sekolah.
Zaman sekarang macam-macam cara orang nak mengenakan kita. Apabila ada hasad dengki dan iri hati mereka sanggup buat saja asalkan dendam dan marah mereka terubat dengan memusnahkan kehidupan orang yang mereka benci. Ini yang berlaku terhadap seorang individu yang tidak tahu menahu apa sebenarnya berlaku.
Seorang pengguna Twitter berkongsi cerita bagaimana rakan baiknya telah terkena akibat hasad dengki orang lain terhadapnya apabila menerima parcel atau bungkusan yang dikirimkan atas namanya.
Kawan saya terima bungkusan atas namanya, dia terima dan letak atas meja dan pergi mandi. Tiba-tiba polis datang serbu. Sekarang dia kat penjara. Parcel tu adalah bahan terlarang dan dia tak tahu apa-apa.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Lya itu memaklumkan kepada netizen, akibat kiriman misteri tersebut rakan baiknya telah dipenjara selepas parcel misteri tersebut diterimanya sebelum didatangi pihak polis yang mendapati ada bahan terlarang di dalam bungkusan tersebut.
Menurut beliau, pada mulanya rakannya menerima satu panggilan daripada luar negara yang menyatakan ada parcel yang perlu diambilnya di KLIA. Memandangkan mangsa tidak melakukan sebarang pembelian online, mangsa tidak mempedulikan dan melupakan tentang parcel tersebut.
Walau bagaimanapun, tanpa disangkan bungkusan barang tersebut telah dihantar kepada alamat dan di atas nama mangsa sendiri. Difahamkan parcel tersebut diterbangkan daripada Jerman dan dihantar kepada alamat pejabat kecil mangsa.
Setelah parcel tersebut sampai, mangsa meletakkan barang tersebut di atas meja dan seterusnya ke bilik mandi. Secara tiba-tiba pejabat tersebut telah diserbu pihak polis dan menyatakan parcel tersebut mempunyai bahan terlarang yang menyalahi undang-undang.
Dek kerana peristiwa itu, mangsa akhirnya terpaksa ‘masuk dalam’ di atas sebab yang dia sendiri tidak tahu dan tidak pernah membuat sebarang pembelian secara online barang tersebut. Pihak polis juga mendapat alamat yang terdapat di parcel tersebut adalah alamat palsu.
Disebabkan alamat pengirim itu palsu akhirnya mangsa disabitkan kesalahan memandangkan pihak polis tidak dapat menjejaki alamat dan nama pengirimnya. Sehingga kini selepas 3 bulan mangsa masih lagi berada di ‘dalam’.
Disebabkan hasad dengki orang lain, kita yang tak salah dipenjarakan.
Lya juga turut menasihatkan kepada orang ramai jika menerima sebarang bungkusan atau parcel yang tidak diketahui dari mana atau anda tidak pernah membuat pembelian, jangan sekali-kali menerima kerana ia mungkin satu perangkap yang akan menyusahkan diri anda sendiri.
Berhati-hatilah dengan setiap pemberian terutama yang tidak diketahui dari mana datangnya. Zaman sekarang terlalu banyak perkara yang seperti ini berlaku yang akhirnya kita menanggung kesusahan dan lebih teruk lagi kita dipenjarakan bukan di atas kesalahan kita sendiri.
Zaman sekarang kos sara hidup atau kos perbelanjaan besarkan anak semakin meningkat dari sehari ke sehari seiring dengan kemajuan dan teknologi. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak sememangnya bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi jika keluarga besar dengan mempunyai anak yang ramai. Sedikit sebanyak pasti para ibu bapa akan merasa tertekan dek kerana perbelanjaan semakin tinggi.
Perkara ini akan lebih terasa jika hanya bapa saja yang berkerja malahan ada ibu juga terpaksa mencari pendapatan sampingan demi kerana untuk membesarkan anak-anak mereka. Jika dihitung pastinya tidak terkira kos perbelanjaan besarkan anak yang diperlukan untuk menampung kehidupan sekeluarga.
Menurut kajian yang telah dilakukan mendapati kos untuk membesarkan anak adalah sangat besar bermula dari saat hamilnya si bu sehinggalah usia anak mereka mencecah hingga ke 23 tahun dengan perbelanjaan hampir RM300 ribu. Banyak bukan? Tetapi itulah pengorbanan ibu dan bapa membesarkan anak tanpa mengira kos perbelanjaan yang telah digunakan.
Mungkin tiada sesiapa yang menyangka kos perbelanjaan besarkan anak tersebut mencecah sehingga ratusan ribu dan mungkin juga ada yang tertanya mengapa nilai tersebut sangat besar seolah tak masuk dek akal. Ikuti perkongsian dari Muhammad Wa’iz dari Hello Doktor yang menerangkan betapa besarnya kos membesarkan anak-anak di Malaysia.
Kos Perbelanjaan Besarkan Anak di Malaysia
Jika anda melihat kepada infografik di atas, kami telah memberikan anggaran jumlah terendah keseluruhan kos yang diperlukan untuk anda membesarkan seorang anak. Kami memberikan dua pilihan anggaran kos, sama ada anda memilih untuk menggunakan kemudahan kerajaan yang bersubsidi atau memilih menggunakan perkhidmatan swasta.
Kehamilan dan Keperluan Bayi
Kos kehamilan yang diperlukan antara kedua-dua fasiliti kerajaan dan swasta sememangnya mempunyai perbezaan yang agak besar. Jika anda mendaftarkan diri di klinik atau hospital kerajaan, anda hanya memerlukan kos sekitar RM200 hingga RM300 sahaja termasuklah caj wad harian. Manakala bagi hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan serendah RM4,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis hospital dan pilihan pakej anda.
Umum mengetahui, bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kereta bagi meminimumkan kadar kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat impak kemalangan. Oleh itu, kami telah memasukkan harga kerusi bayi ini sebagai antara kos wajib yang perlu dibelanjakan oleh golongan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka.
RM150 adalah anggaran terendah yang kami berikan kerana kami tidak mahu mencadangkan kerusi bayi yang lebih murah daripada harga tersebut. Soal keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi! Kerusi bayi yang terlalu murah belum tentu selamat digunakan.
Kos Persekolahan Kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan, yuran yang dikenakan untuk tempoh setahun pembelajaran boleh dikatakan agak rendah. Walau bagaimanapun, kos bagi mempersiapkan anak ke sekolah seperti alat tulis, buku-buku, uniform sekolah, dan belanja harian, perlu diambil kira.
Manakala bagi sekolah-sekolah milikan swasta sama ada sekolah rendah atau menengah, kos tahunan akan meningkat sekali ganda daripada kos keseluruhan tahunan sekolah kerajaan. Ini kerana, anda perlu membuat pembayaran kos operasi sekolah tersebut dan pelbagai jenis yuran-yuran lain yang tidak terdapat di sekolah kerajaan.
Pembiayaan Ke Peringkat Pendidikan Yang Lebih Tinggi
Bagi anak-anak yang memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat asasi Universiti Awam atau matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos tahunan juga boleh dikatakan agak rendah kecuali kos pendaftaran pengajian. Ini kerana yuran pengajian telah diberikan subsidi dan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM350 bagi yuran pengajian dan RM360 bagi yuran penginapan setiap semester.
Pelajar yang mendaftar di asasi Universiti Awam juga akan diberikan elaun sebanyak RM1,250 setiap semester bagi mereka yang layak. Antara Universiti Awam yang menawarkan program asasi ini adalah seperti yang berikut :
Universiti Malaya (UM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Jika anda memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS sebagai destinasi pengajian tinggi pertama untuk anak anda, kos tahunan yang diperlukan adalah sebanyak tiga kali ganda daripada kos pengajian di Pusat Asasi Universiti Awam atau Kolej Matrikulasi KPM.
Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kos yang diperlukan bagi pengajian di Universiti Awam adalah sekitar RM20,400 bagi tempoh setahun. Ini bergantung kepada yuran pengajian setiap semester sama ada kurang atau lebih daripada jumlah RM1,000 bagi setiap semester.
Manakala bagi IPTS, ia bergantung kepada jenis IPTS itu sendiri. Bagi IPTS yang berstatus tinggi dan lebih berprestij seperti Taylor’s University atau INTI University, kosnya adalah lebih tinggi berbanding universiti atau kolej universiti swasta biasa. Jika anak anda mendaftarkan diri ke universiti-universiti luar negara yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia, kosnya akan menjadi lebih tinggi.
Bagi mereka yang mungkin masih tidak tahu, Malaysia merupakan rumah kepada beberapa kampus cawangan universiti luar negara yang ternama. Antaranya adalah University of Reading dan Newcastle University (UK) di Johor Bahru, Heriot Watt University (UK) di Putrajaya, Monash University (Australia) di Subang, University of Nottingham (UK) di Semenyih dan Xiamen University (China) di Sepang.
Cadangan Untuk Mereka Yang Ingin Kurangkan Kos
Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh ikuti bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung dalam membesarkan anak anda. Antaranya adalah:
Bagi kelengkapan bayi seperti baby walker dan buaian, anda mungkin boleh mendapatkannya melalui pembelian secara second-hand atau meminjamnya daripada saudara mara anda sendiri
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda boleh menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma yang disediakan oleh DBKL
Bagi anak-anak yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT, MRT atau mana-mana kemudahan pengangkutan awam yang diselia oleh RapidKL, anda boleh memohon Pas Pelajar untuk kegunaan anak anda
Bagi anak anda yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pilihlah pusat pengajian yang menyediakan kemudahan biasiswa dan pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, kos yang diperlukan sememangnya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar. Namun, kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif tertentu terutamanya kepada golongan bersasar seperti B40 dan M40 bagi mengurangkan beban tanggungan menyara keluarga.
Oleh itu, kepada semua ibu bapa disarankan untuk mengambil kesempatan yang ada yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia secara maksimum dengan tujuan untuk mengurangkan kos sara hidup. Anda wajib bertanya di jabatan-jabatan atau pusat perkhidmatan terbabit untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dengan kadar segera dari masa ke semasa. Pastinya bantuan seumpamanya akan dapat mengurangkan sedikit bebanan atau perbelanjaan.
Donut sememangnya amat menjadi kegemaran ramai orang dan kuih donat ini biasanya dimakan ketika sarapan pagi atau pun minum petang. Kuih ini juga mempunyai bermacam versi seperti tanpa yis, ada yang tanpa uli, ada gula, kosong, perisa coklat dan sebagainya. Kali ini kami kongsikan resepi donut pandan yang gebu gebas, wangi, viral dan mudah dibuat sendiri di rumah.
Cara untuk membuat donat sebenarnya sangat senang dan anda wajib merajinkan diri untuk uli tepung supaya menjadi doh sebelum ia digoreng seterusnya disajikan. Resepi donut pandan gebu ini dikongsikan oleh Puan Nadirah Ismail yang membuatnya untuk berniaga dan juga beberapa resepi donat pandan berbagai versi yang terpilih.
Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Yang Wangi
Ini donat pandan asli tau. Tak letak apa-apa perasa pandan dan bau wangi ini adalah yang asli, boleh melayang-layang rasa nak terbang. Malam ni saya free dan nak share resepi donut pandan yang saya buat jualan di Seri Manjung, Perak.
Tapi kena sabar dengan resepi doh saya ni, resepi doh ni sangatlah lembik tapi hasilnya sangat memuaskan hati sesiapa saja yang buat sendiri nanti. 50 biji rilek je pelanggan buat makan petang kat rumah.
Anda semua wajib mencuba try and error, baru tahu serasi atau tidak resepi ini dengan anda semua. Ini resepi saya sendiri iaitu uli doh dengan mixer saja tau. Kalau uli doh dengan tangan tak perlu guna air sejuk dan pastikan kurangkan kuantiti air.
Bahan – bahan
1 Kg tepung gandum
150 gram marjerin
7 sudu besar gula
15 gram garam
2 biji telur
20 gram K-Fine Cream (Boleh Google)
80 gram susu pekat
7 sudu kecil yis
80 ML air suam
430 ML air daun pandan
Sedikit pewarna hijau jika perlu
Cara membuat
Bancuh yis dengan air suam dan tunggu atau pastikan sehingga yis tersebut berbuih.
Uli semua bahan tadi dengan mixer dan pastikan guna air daun pandan yang telah sejuk.
Setelah itu doh perlu frozen. Selepas di frozen kan donut akan jadi lebih besar dan sangat lembut. Doh perlu diletakkan dalam plastik (rujuk gambar di bawah) dan mesti ikat supaya tiada serangga yang hinggap.
Yis akan berhenti kembang apabila doh beku, jadi sementara nak beku tu dia akan kembang lagi tapi perlahan.
Saya tak canai doh atau tanpa uli sebab doh lembik. Apa yang saya buat adalah dengan tumbuk doh, rehatkan, bulatkan, lubangkan dan rehat lagi. Banyak berehat donat saya ni sebab itulah gendot semacam.
Kemudian goreng macam biasa. Selepas agak-agak donut suam bolehlah disalutkan dengan gula caster. Siap.
Donut yang tak cukup rehat akan lambat masak pada bahagian dalam. Apabila buat lubang, doh akan mengecut menandakan ia tak cukup rehat. Kalau cukup rehat doh steady saja selepas ia dilubangkan.
Cara untuk goreng juga perlu betul dan tak boleh balik-balikkan selalu nanti dimakan minyak. Letak donat terus balik biar perang dan balik sekali lagi tunggu perang dan angkat. Ini tips penting, ingat ya, dua kali balik saja. Perkongsian resepi donat pandan dari Puan Nadirah Ismail.
Resepi donat ini pula dikongsikan oleh Puan Missz Yatie yang mana cara yang beliau buat agak berlainan dengan menambahkan bahan seperti nestum yang menjadikan kuih ini nampak menarik dan sedap, yang paling penting cara untuk membuatnya sangat mudah.
Donat pandan nestum snow ini semudah ABC tanpa uli elastic pun boleh gebu tau. Uli, perap, terap, perap dan goreng. Pasti ramai yang sukakan donat pandan seperti ini.
Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu besar yis
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu pekat
125 ML air pandan dan pewarna hijau (blend dan tapis)
Marjerin
Cara penyediaan
Gaul kesemua bahan sekali kecuali air. Ramas-ramas sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh donat yang sebati.
Tambahkan dua sudu besar marjerin, uli lagi sehingga sebati. Jika terlembik tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Wajib memastikan doh tidak melekat di tangan.
Perap sehingga ia menjadi dua kali ganda. Tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin.
Terapkan dengan acuan. Biarkan donat mengembang, angkat guna spatula atau lidi.
Sewaktu menggoreng pastikan api perlahan dan balikkan hanya dua kali sahaja.
Untuk Topping
Snow sugar dicampurkan bersama nestum kasar yang dikisarkan dan sukatan pula mengikut kehendak sendiri atau agak-agak saja. Perkongsian resepi donat pandan dari Missz Yatie.
Sebenarnya anda juga boleh menggunakan resepi yang dikongsikan ini untuk membuat donut biasa tanpa menggunakan bahan asas iaitu daun pandan dan pewarna hijau. Jika tidak memasukkan kedua-dua bahan ini, jadilah donat biasa tanpa adanya warna hijau. Kan? Manakala, topping atau rasanya anda yang tentukan sendiri mengikut kreativiti masing-masing untuk mengolahnya dengan campuran bahan-bahan lain yang anda rasakan sesuai.
Resepi Donut Pandan Versi Norita Farish
Perkongsian resepi donat pandan gebu dan mudah ini diambil daripada Puan Norita Farish Indah yang berkongsi cara buat dan resepinya di laman Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang ingin membuat kuih ini.
Bahan-bahan
600 gram tepung gandum (cap rose)
80 gram gula halus
40 gram susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam halus
10 gram yis saf
12 gram Cream Super (efek gebu atau lembut)
60 gram butter atau marjerin
1 biji telur
6 helai daun pandan dikisar dengan satu sukatan cawan air
Pewarna hijau apple (optional)
Atau boleh guna secawan air dan pandan paste atau pewarna hijau apple
Cara buat donat pandan
Masukkan semua bahan tersebut dan uli kan, kecuali cream super
Selepas uli hampir 10 minit baru masukkan cream super
Uli sehingga doh menjadi licin, rehatkan doh selama 20 minit
Selepas 20 minit tumbukkan doh untuk buang angin, timbang 30 gram
Bulatkan dengan kemas, comel dan biarkan ia naik 10 minit lagi
Selepas 10 minit tekan sikit biar leper, lubangkan dengan belakang nozzle
Biarkan lagi 10 minit, barulah goreng. Siap.
Kami juga kongsikan cara pembuatan resepi donut pandan atau penyediaan donat pandan ini menerusi rakaman video yang mana ia menunjukkan langkah demi langkah yang senang untuk anda ikuti. Pastikan anda melihatnya satu persatu agar donat anda itu menjadi dan sedap dimakan.
Semoga perkongsian resepi donut pandan gebu gebas ini akan memudahkan kerja anda. Perhatikan setiap satu resepi yang dikongsikan semuanya hampir sama tetapi ada sedikit perbezaan. Walau bagaimanapun bahan asas seperti daun pandan masih diutamakan. Buat sendiri lebih puas hati kerana faktor kebersihan selain menjimatkan dan kuantitinya juga banyak. Anda boleh juga buat donat frozen untuk disimpan dan dimakan pada bila-bila masa saja. Selamat mencuba.
Pasti ramai yang pernah mengalami ketuat atau kutil di bahagian badan dan biasanya ia terjadi di tangan atau kaki. Sejak dari dulu orang terdahulu mengatakan bahawa ia berlaku disebabkan kulit kita terkena darah ayam dan adakah benar kata-kata tersebut?
Ketuat sememangnya tidak digemari orang apatah lagi jika ia berlaku dengan banyaknya di bahagian-bahagian tertentu sehingga mencacatkan kulit kita. Apabila ini terjadi pastinya kulit tidak lagi nampak seperti normal dan lebih teruk lagi jika ia berwarna hitam dan terjadi di tangan atau jari kanan yang mana tangan ini untuk menyuap makanan.
Ketuat Berlaku Disebabkan Darah Ayam?
Menurut kajian, ketuat terjadi apabila virus Human Papillomavirus (HPV) terkena pada kulit yang kemudiannya menyebabkan jangkitan. Malah ia juga cenderung terbentuk di bahagian kulit yang luka atau mengalami koyakan. Virus tersebut mampu masuk ke lapisan atas kulit menerusi luka berkenaan yang terjadinya kutil.
Mungkin ada di antara kita langsung tidak menghiraukan dengan kehadiran ketuat malahan tiada usaha untuk buang atau menghilangkan kutil ini. Adakah ia berjangkit? Sebenarnya, anda tidak boleh membiarkan begitu sahaja kerana ia juga seperti penyakit iaitu mudah berjangkit dari seorang ke seorang yang lain tanpa anda sedari.
Jangkitan boleh berlaku apabila seseorang itu yang mempunyai kutil telah menyentuh atau tersentuh dengan orang yang tiada ketuat dengan tidak sengaja atau individu yang menggunakan tuala yang telah digunakan oleh mereka yang mempunyai ketuat, pastinya individu tersebut akan dijangkiti.
Malahan, jika anda hanya mempunyai satu ketuat sahaja di badan ia mampu merebak dan menjadi lebih banyak di badan sendiri sekiranya tidak dikawal. Jangkitan itu berlaku apabila bahagian yang terdapat kutil tersentuh di bahagian yang tidak mempunyai kutil. Oleh itu, anda digalakkan sentiasa membersihkan tangan untuk mengelakkan daripada berjangkit jika bahagian kulit anda terluka.
Cara Untuk Elakkan Daripada Dijangkiti Ketuat
Berikut kami kongsikan cara atau langkah-langkah mudah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan daripada dijangkiti ketuat seperti yang diterangkan oleh pihak Hello Doktor yang membincangkan tentang ini dengan lebih terperinci.
Basuh tangan anda dengan kerap terutamanya jika anda ada menyentuh kutil individu lain
Jangan sentuh ketuat anda
Tutup kutil anda itu dengan menggunakan pembalut
Pastikan tangan dan kaki anda kering
Pakai selipar apabila anda menggunakan tempat-tempat awam seperti tandas
Mengapa Ada Ketuat Bertitik dan Berwarna Hitam?
Sekiranya anda mempunyai ketuat yang berwarna hitam atau berlakunya titik-titik hitam, ia sebenarnya adalah salur darah yang membekalkan ketuat dengan nutrien dan oksigen. Ia juga memerlukan nutrien dan oksigen untuk terus bertahan atau meneruskan hidup.
Mungkin ada yang tertanya bolehkah ketuat akan sembuh dengan sendirinya. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis-jenis penyakit yang anda hadapi ini. Ada juga akan terus hilang dengan sendirinya dan ada yang memerlukan rawatan untuk menghilangkan kutil ini. Malahan ada yang mengambil masa terlalu lama sehingga bertahun-tahun. Sesetengah ketuat pula adalah ketuat “ibu” yang menyebarkan ke bahagian lain di badan anda.
Rawatan Untuk Hilangkan Ketuat
Sama ada ketuat yang terjadi di tapak kaki, di tangan atau di mana-mana bahagian badan ia boleh diubati dengan bermacam cara dan penawarnya pasti ada. Antara rawatan yang berkesan, anda boleh mendapatkan ubat atau produk yang dijual di farmasi seperti Guardian atau di Watson dan sebagainya.
Jika kutil yang anda hadapi itu masih juga tidak hilang, anda diwajibkan berjumpa doktor pakar atau ahli dermatologi. Anda boleh mendapatkan kaedah rawatan yang amat berkesan dan cepat untuk mencegahnya dari terus melekat di badan anda. Walau bagaimanapun, anda harus berjumpa doktor jika keadaan anda seperti berikut :
Anda mempunyai kutil pada bahagian muka, kulit kepala, mata, leher atau mana-mana bahagian tubuh yang sensitif seperti bahagian sulit, mulut dan lubang hidung
Terdapat pendarahan atau tanda-tanda jangkitan seperti nanah di sekitar ketuat
Kutil tersebut menyebabkan kesakitan
Warnanya berubah
Mempunyai ketuat dan diabetes atau kekurangan imun tubuh
Petua dan Cara Hilangkan Ketuat Dengan Cepat
Tentunya ada di antara anda yang ingin menghilangkan ketuat dengan menggunakan bermacam cara sehingga ada yang sanggup korek, potong, hiris dan sebagainya. Sebenarnya ada juga petua tradisional dan tips yang anda boleh amalkan untuk membuang kutil ini selamanya tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak.
Malahan ada yang mengatakan untuk hilangkan ketuat juga boleh menggunakan bahan semulajadi seperti lemon, minyak tanah, rendaman air garam dan kapur sirih. Walau bagaimanapun, perubatan moden juga sangat berkesan seperti cryotherapy iaitu pembekuan, rawatan laser, penggunaan krim khas dan sebagainya.
Seorang pengguna Facebook turut berkongsi cara hilangkan ketuat dengan cepat yang boleh anda buat sendiri di rumah. Difahamkan kesannya berhasil selepas rawatan tersebut dibuat dengan menggunakan beberapa bahan mudah sahaja. Ikuti perkongsian daripada Hanis Samsuddin yang membukti cara hapuskan kutil dengan mudah.
Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Menghilangkan Ketuat
Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh penyakit ini. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic Vinegar pun boleh tapi mahal.
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit kutil. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Sapu vaseline di sekeliling ketuat dan jangan terkena ketuat
Basahkan kapas dengan cuka, letak atas kutil tersebut dan plaster
Biarkan semalaman
Kutil yang tidak disapu vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu vaseline di keliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.
Gambar di atas menunjukkan kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel pula mula mati kerana dimakan asid.
Gambar atas dari kiri menunjukkan ketuat dah mati manakala kanan, apabila ia jadi begini, anda boleh korek sedikit demi sedikit.
Gambar di atas menunjukkan setelah ia berjaya dikorek dan jelas ia sangat berkesan dengan cepat. Anda juga boleh menggunakan minyak gamat untuk mencepatkan proses untuk sembuhkan kutil ini.
Gambar di atas pula jelas sekali menunjukkan hasilnya sangat mujarab dengan menggunakan cara hilangkan ketuat yang dikongsikan. Ternyata ia mudah untuk diamalkan, namun memerlukan sedikit usaha dan kerajinan dari diri anda sendiri untuk sembuh dari penyakit ini.
Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok dalam hidup semua orang tanpa perlu memikirkan tanggungjawab, susah atau pun senang. Namun, itu semua tidak berlaku terhadap seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Dang Van Khuyen.
Dang Van Khuyen yang berasal dari Vietnam itu kini menyara dirinya sendiri dan hidup sebatang kara tanpa ada ahli keluarga seperti ibu dan bapa yang menemani malahan tiada adik-beradik pun. Namun, dia tetap meneruskan hidup dengan caranya yang tersendiri.
Kisah yang menyayat hati sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Dang Van Khuyen ini telah dikongsikan oleh Mothership yang menceritakan bagaimana kanak-kanak yang sangat kental ini lebih suka memilih untuk menyara diri sendiri serta turut menolak menjadi anak angkat seperti yang ramai tawarkan kepadanya.
Dang Van Khuyen Hidup Sebatang Kara Menyara Diri
Dang membuat semua kerja di rumah sendiri tanpa dibantu sesiapa. Foto China Press
Kisah tragis yang menyentuh hati ini bermula apabila ibu kandungnya meninggal dunia ketika dia masih kecil yang kemudiannya dia terpaksa tinggal bersama neneknya di kampung. Manakala, ayahnya dikatakan berkerja di bandar serta seringkali mengirim duit kepadanya setiap bulan.
Dang Van Khuyen juga turut bersekolah seperti kanak-kanak lain di kampungnya dengan menaiki basikal untuk ke sekolah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini diuji lagi apabila ayahnya turut meninggal dunia kerana kemalangan di tempat kerjanya.
Kanak-kanak ini masih bersekolah seperti biasa. Foto China PressMakan berseorangan tanpa ditemani sesiapa menjadi kebiasaan baginya. Foto China PressSiapa sangka budak 10 tahun boleh berdikari hidup sendiri. Foto China Press
Apa yang sangat menyedihkan adalah Dang Van Khuyen dan neneknya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa pulang jenazah ayahnya ke kampung halaman untuk disemadikan. Namun, dikhabarkan ramai yang turut membantu termasuklah kerajaan Vietnam yang sudi memberikan bantuan bagi membawa jenazah ayahnya pulang.
Keadaan rumah Dang Van Khuyen. Foto China PressKeranda yang membawa jenazah ayah Dang pulang ke kampung. Foto China Press
Lebih menyedihkan lagi setelah ayahnya meninggal dunia, neneknya pula menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua ketika Dang Van Khuyen memerlukan kasih sayang dan penjagaan daripada neneknya. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan kisah kanak-kanak ini mempunyai dua versi.
Ada berpendapat bahawa kanak-kanak ini ditinggalkan oleh neneknya seorang diri kerana berkahwin lain dan tinggal di kampung seberang berdekatan dengan kampung di mana kanak-kanak ini tinggal. Namun, kisah itu sebenarnya hanya rekaan semata-mata.
Dang membuat kerja kampung untuk menyara diri sendiri. Foto China PressGuru Dang datang melawatnya di rumah. Foto China Press
Akhirnya kisah sebenar terbongkar apabila diceritakan oleh sumber yang sahih dan memberitahu bahawa memang benar neneknya itu meninggal dunia kerana sakit tua yang telah dideritainya. Malahan, difahamkan ahli keluarga lain kanak-kanak tersebut turut ingin menjaganya namun dia memilih untuk hidup seorang diri di rumah peninggalan orang tuanya.
Sehingga kini Dang Van Khuyen hidup berdikari seorang diri dengan meneruskan hidup sambil berkebun serta turut dibantu oleh jiran-jiran yang mengasihaninya. Dia juga turut menanam ubi di kawasan rumah serta mencari pucuk buluh sebagai sumber makanan hariannya. Jiran-jirannya juga turut memberikan makanan kepada kanak-kanan berkenaan.
Memasak nasi dan lauk hanya menggunakan dapur kayu. Foto China PressDang bersama guru sekolahnya yang datang melawat Dang. Foto China Press
Menurut sumber, sebenarnya memang ramai yang ingin memberikan bantuan terhadap Dang Van Khuyen, namun dia menolaknya serta memilih untuk menyara dirinya sendiri selain turut menolak menjadi anak angkat sesiapa saja yang menawarkan untuk menjadi ibu bapa angkatnya.
Kanak-kanak hebat ini masih meneruskan persekolahannya seperti biasa malahan diberikan keistimewaan dengan dikecualikan daripada membayar yuran sekolah ekoran keadaannya yang hidup seorang diri dan ramai yang amat simpati dengannya selepas kisahnya viral di laman Facebook.
Kecekalan kanak-kanak hebat ini sememangnya pasti akan menginsafkan sesiapa sahaja. Dang Van Khuyen boleh dijadikan sebagai kanak-kanak contoh yang hidup berdikari dengan menyara dirinya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa di sekelilingnya. Semoga kisah kanak-kanak ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Kerang adalah antara makanan laut yang sangat digemari ramai dan ia boleh dimakan dalam berbagai jenis masakan dan makanan. Namun, cara mencuci kerang agar bersih atau cara menyiang makanan ini agak sukar dilakukan jika kita tidak tahu menghilangkan lumpur, tanah atau pasir yang berada di dalam kerang malahan isi kerang juga akan berbau hanyir.
Bagi anda yang sedang mencari petua atau cara mencuci kerang supaya bersih dan putih, tips masak kerang supaya tidak berbau hanyir, kami kongsikan caranya yang diambil dari perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Puan Samsiah Mohamad yang menunjukkan cara yang beliau buat langkah demi langkah.
Cara Mencuci Kerang Supaya Bersih
Anda perlu belajar bagaimana petua buang lumpur dari perut kerang ini dan cara mencuci kerang supaya bersih daripada segala kotoran yang tersimpan dalam perutnya sebelum dimasak atau dimakan. Cuba bayangkan setelah ia dimasak dan perutnya terkeluar pasir atau tanah, pasti akan merosakkan makanan tersebut dan tak sanggup lagi nak makan.
Cara menyiang kerang juga agak susah jika dikopek atau mengupas satu-persatu, selain memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, petua membersihkan kerang yang kami kongsikan ini akan menjimatkan masa anda, cepat dan selamat. Ia terbukti berkesan dan ramai yang telah mencuba dengan petua ini.
Kerang direndam bersama garam dan cili kering. – Foto Shamsiah Mohamad
Berikutnya adalah petua untuk membersihkan lumpur, tanah atau pasir yang terdapat dalam perut kerang. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan supaya ianya menjadi dan tidak membuang masa anda. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah :
Segenggam garam
Beberapa tangkai cili kering
Cara untuk membuat :
Rendamkan kerang bersama garan dan juga cili kering selama 30 minit. Insya Allah, semua kerang tersebut akan berlumba-lumba untuk memuntahkan segala lumpur dan tanah dalam perutnya.
Pastikan kerang yang anda beli itu fresh atau pun segar dan masih hidup.
Hasilnya nanti, isi kerang akan jadi bersih dan kita tak akan termakan lumpur.
Anda akan dapat melihat air rendaman kerang tersebut daripada jernih akan menjadi keruh kerana lumpur-lumpur yang terdapat dalam perut kerang telah dikeluarkan dengan sendirinya. Cara mencuci kerang ini juga boleh digunakan untuk siput sedut, kupang dan lain-lain.
Cara Bersihkan Kerang Hingga Putih dan Bersih
Video di bawah menunjukkan cara mencuci kerang dengan menggunakan ais dan hasilnya kerang jadi putih dan bersih. Namun, isi perut kerang belum tentu bersih atau tidak mempunyai pasir atau tanah di dalamnya.
Petua Bersihkan Siput Sedut
Cara mencuci siput sedut pula boleh juga digunakan dengan cara ini dengan meletakkan kelapa parut segenggam dan kemudian tutupkan bekas yang mengisi siput sedut tersebut. Siput itu akan memakan kelapa parut dan dalam masa yang sama akan mencuci dan membersihkannya.
Cara Kopek Kerang Dengan Mudah
Cara mudah kopek kerang adalah dengan petua yang kami kongsikan berikutnya. Apabila kita nak makan kerang, perkara pertama yang kita fikirkan bagaimana cara mengupas kerang dengan cepat dan berkesan. Sebenarnya, taklah susah mana pun, cuma kerajinan sangat diperlukan.
Tips atau petua ini akan memudahkan proses kupas kerang, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikuti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah. Berikut adalah cara cepat mengopek isi kerang :
Bahan- bahan yang diperlukan
Kerang
2 atau 3 sudu makan minyak masak
Air secukupnya untuk merebus kerang
Cara-caranya
Bersihkan dengan cara mencuci kerang yang kami kongsikan di atas.
Kemudian masukkan air untuk merebus kerang
Masukkan minyak masak dan minyak akan berada di atas permukaan
Tutupkan periuk dan tunggu sehingga kerang masak
Kemudian toskan dengan membuang air
Seterusnya kopek isi kerang
Dengan mengikuti petua cara bersihkan kerang ini, anda akan mendapati cengkerang sangat mudah dibuka dan akan memudahkan proses mengupas. Malahan isi kerang juga senang ditanggalkan dari kulitnya.
Semoga perkongsian cara mencuci kerang ini akan membantu serta memudahkan kerja anda untuk menyediakan makanan yang berasaskan kerang dengan cepat dan pantas. Petua ini sangat bagus diamalkan kerana makanan laut ini akan menjadi bersih dan selamat untuk dimakan. Selamat mencuba.
Mungkin masih ramai yang tidak mengambil berat tentang hukum harta pusaka atau wasiat harta peninggalan yang akan diwarisi oleh waris terdekat atau pun bukan waris. Biasanya ia mengaitkan ahli keluarga, adik-beradik dan juga sanak saudara mengikut faraid yang telah ditetapkan.
Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati yang mempunyai harta alih dan juga harta tidak alih seperti duit, caruman KWSP, wang insurans, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Manakala, harta tak alih pula ada seperti rumah, tanah, lombong, sawah dan sebagainya. Namun, adakah masyarakat kita hari ini memahami hukum pembahagian harta pusaka? Twitter
Adakah Boleh Harta Peninggalan Dibahagi Tanpa Ikut Faraid
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Boleh atau tidak harta peninggalan si mati dibahagi secara rata dalam kalangan adik beradik tanpa mengikut faraid?
Jawapan
Ilmu faraidh pada Syarak bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/273)
Hukum pusaka ini telah disyariatkan dalam Islam dan telah dinaskan oleh al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulama’. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
(Surah al-Nisa’: 7)
Ayat-ayat berkenaan pusaka di dalam al-Quran jelas mengesahkan bahawa pusaka adalah disyariatkan. Begitu juga hadith-hadith Nabi SAW berkenaan isu ini. Antaranya ialah, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Serahkanlah harta-harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada kaum keluarga lelaki yang terdekat.”
Riwayat al-Bukhari (6351)
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (3/284-286), antara lain menyebut: “Pelaksanaan hukum pusaka adalah wajib. Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ ulama’. Ia sama seperti hukum berkenaan sembahyang, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib dilaksana dan diamalkan. Tidak harus diubah atau diabaikan sekalipun ia telah lama disyariatkan.
Ia merupakan syariat Allah yang Maha Bijaksana dan Terpuji. Ia memelihara kepentingan semua orang. Walaubagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka lebih baik, namun undang-undang Allah SWT tetap merupakan undang-undang yang terbaik.
Maksudnya: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
(Surah al-Nisa’: 13-14)
Anda wajib mengetahui hukum pembahagian harta pusaka yang tidak mengikut faraid agar tak menjadi dosa.
Kesimpulan
Menjawab persoalan di atas, kami tegaskan bahawa apa yang Allah putuskan sudah tentu mempunyai hikmah tersendiri. Terkadang-kadang tercapai oleh akal kita dan kadang-kadang di luar jangkauan akal kita. Justeru, amat perlu seseorang memahami apa yang telah diputuskan oleh Allah.
Kami cadangkan perkara pertama apabila berlaku kematian, mulakan dengan urusan yang membabitkan harta si mati mengikut apa yang telah ditetapkan oleh para ulama’. Antaranya:
Gunakan harta tersebut untuk penyelesaian berkenaan dengan urusan pengebumian si mati.
Sebarang bentuk hutang yang ditanggung oleh si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
Sebarang bentuk acara ibadat membabitkan harta yang belum dilaksanakan oleh si mati hendaklah dilaksanakan dahulu seperti badal haji, zakat, nazar dan lain-lain.
Jika si mati pernah berwasiat berkenaan hartanya seperti ingin berwakaf atau memberi kepada seseorang, maka hendaklah dilaksanakan. Tetapi jangan melebihi satu pertiga daripada jumlah nilaian harta.
Selepas selesai semuanya, maka barulah harta tersebut berhak dibahagi mengikut faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sebelum membahagikan secara sama rata, hendaklah dilakukan secara faraid terlebih dahulu, dan kemudian masing-masing berhak untuk tanazul atau mengurangkan haknya dengan pembahagian secara sama rata. Ini kerana selepas dimiliki, maka menjadi milik sepenuhnya oleh seseorang itu. Justeru, berhaklah ia untuk bertindak membahagikan kepada kaum keluarganya yang lain.
Kami juga cadangkan supaya pembahagian pusaka dilakukan secepat mungkin supaya tidak timbul kematian ahli waris yang lain pula sebelum diberikan hak kepada mereka. Ini sudah pasti akan menyukar dan menyusahkan untuk pembahagian dan kadang-kadang membawa kepada ketidak adilan dalam pembahagian. Hal ini juga menyebabkan pembahagian terpaksa dibuat secara beberapa lapis yang dikenali sebagai hukum munasakhah.
Akhir kata, suka kami tegaskan, ramai dalam kalangan kaum keluarga pada asalnya sanggup untuk pembahagian sama rata, tetapi selepas itu dek kerana sesuatu perkara, merasa tidak puas hati dan berlakulah tuntutan demi tuntutan sehingga membawa ke mahkamah.
Semoga jawapan yang kami kemukakan ini mendapat perhatian yang sewajarnya dalam berinteraksi dengan harta pusaka atau peninggalan si mati. Kami berdoa kepada Alah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya:
Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”
Semoga perkongsian dan penjelasan tentang harta peninggalan atau harta pusaka dari Mufti Wilayah Persekutuan ini akan menambahkan lagi pengetahuan anda yang masih tidak tahu tentang hukum sama ada perlu mengikut faraid atau tidak. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Soal kematian atau kehilangan orang tersayang untuk selama-lamanya pastinya kita akan bersedih dan seperti tidak dapat menerima kenyataan. Apatah lagi jika yang meninggal itu adalah ahli keluarga terdekat seperti ibu atau ayah, adik beradik, isteri atau suami dan juga anak-anak tersayang dan lebih teruk lagi jika tiada duit untuk kos pengurusan jenazah atau khairat kematian.
Walau bagaimanapun, kematian itu adalah pasti dan wajib akan dirasai oleh semua makhluk yang berada di atas bumi sebagaimana seperti yang Allah telah janjikan dan mereka yang hidup harus meneruskan hidup selagi nyawa dikandung badan dan yang pasti yang pergi tak akan kembali lagi.
Pembiayaan pengurusan jenazah pada zaman sekarang sememangnya bukanlah murah lebihilebih lagi jika tiada khairat kematian. Kos pengurusan jenazah pada masa ini adalah meliputi lima perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Pengurus Jenazah Masjid AL-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Permai 7, Kuala Lumpur.
Kos penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100
Kos kain kapan RM250
Kos mandi jenazah RM200
Kos gali kubur RM500
Kos bacaan talkin RM100
Walau bagaimanapun, kos atau harga ini biasanya agak berbeza mengikut tempat serta mengikut masjid kariah di mana tempat tinggal si mati berkenaan menetap. Namun, kos akan terus meningkat jika waris meminta menghantar jenazah dari lokasi luar ke tempat lain seperti kampung halaman.
Mengikut kebiasaannya, kos pengangkutan penghantaran jenazah akan dikira sebanyak RM2 untuk satu kilometer dan ia berbeza mengikut perkiraan pengurusan sesebuah masjid manakala bayaran tol pula akan dibayar oleh waris sendiri.
Ia terbukti kos pengurusan jenazah agak tinggi dan sememangnya tidaklah murah. Waris perlu mengeluarkan semua kos tersebut dan harga semakin meningkat sekiranya seseorang itu meninggal di tempat kerja atau jauh dari tempat tinggalnya seperti di negeri lain.
10 Cara Tuntut Duit Khairat Kematian
Mungkin ramai yang masih tak tahu jika berlaku kematian, waris boleh menuntut kos pengurusan jenazah di beberapa tempat seperti yang dikongsikan oleh seorang Perancang Harta Syariah dan anda boleh buat semakan jika ada ahli keluarga meninggal dunia dan boleh menggunakan duit tersebut untuk uruskan jenazah.
Mungkin juga ada yang masih tak tahu bahawa waris boleh tuntut duit khairat kematian dan ada juga yang langsung tak tahu serta tak tuntut sehinggakan wang tersebut dibiarkan begitu sahaja dan jumlahnya bukan sedikit ada yang hampir 10K dan ini sangat merugikan.
Mulai sekarang, pastikan anda tahu dan pastikan semua ahli keluarga, pasangan suami atau isteri dan juga anak-anak sekiranya berlaku kematian, mereka boleh menuntut kos pengurusan jenazah seperti yang dinyatakan. Tapi, bila dah dapat duit itu nanti, apa harus kita buat?
Sebenarnya, khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka, jadi ianya terserah kepada budi bicara semua waris sama ada untuk digunakan urusan jenazah, membayar hutang, membuat kenduri tahlil dan sebagainya. Namun, waris harus memastikan urusan jenazah telah selesai menggunakan duit ini dan diingatkan, wang tersebut haruslah digunakan untuk tujuan yang baik.
Berikut adalah 10 tempat tuntutan yang waris boleh buat semakan seperti dikongsikan di laman Facebook oleh Sfatyma Idris. Pastikan anda membaca semuanya satu persatu. Boleh detect tempat kat mana waris boleh tuju nanti.
10 Lokasi Tuntutan Khairat Kematian
1. Khairat Kematian Khariah Masjid
Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
Syarat: si mati menjadi ahli/ mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
RM 2,000
Syarat: si mati menjadi ahli/ pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
RM 2,500
Syarat: si mati ahli/ pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
RM 3,000
Syarat: si mati Pesara/ Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian Bank Rakyat
RM 3000
Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB
RM 200 – RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful
RM 2,000 – RM 5,000
Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/ NGO/ Koperasi
RM 500 – RM 5,000
Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/ NGO/ Koperasi
9. Khairat Kematian Pencen
RM3000
10. Lain-lain
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian seperti yang dilaporkan oleh Remaja.
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Semoga perkongsian cara tuntut duit khairat kematian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kos pengurusan jenazah dengan mudah. Sebolehnya buatlah tuntutan dengan segera dan semua waris berdekatan layak untuk menuntut jika memenuhi syarat. Semoga bermanfaat.
Dalam masyarakat Melayu sememangnya semua tahu tentang sihir santau atau tuju angin yang biasanya dihantar oleh seseorang kepada orang lain atas tujuan tertentu seperti cemburu, dengki, iri hati, nak musnahkan kehidupan orang lain, meracun musuh dan berbagai lagi. Ia juga dikaitkan dengan ilmu hitam yang diletakkan dalam makanan atau minuman.
Secara umumnya, ia dilakukan melalui dua cara iaitu cara santau angin dan juga fizikal yang mana melalui fizikal biasanya dengan cara meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Dalam makanan pula akan dimasukkan seperti miang buluh, serbuk kaca, paku, besi karat dan bermacam lagi dengan niat untuk mencederakan mangsanya.
Kesemua bahan-bahan tersebut biasanya akan memasuki ke dalam perut mangsa dan tentunya akan melukakan bahagian dalam perut. Apabila seseorang itu termakan racun santau pastinya akan berlaku beberapa keadaan seperti muntah darah, pengsan, pitam dan lebih teruk lagi boleh membawa maut atau meninggal dunia.
Jika terkena sihir ini, anda wajib merawat atau mengubati sebelum jadi lebih teruk. – Warga Detik
Ada juga jenis santau yang hanya memerlukan bahan-bahan racun seperti serbuk kaca atau miang bulu diletakkan ke dalam seluar, baju atau kasut mangsanya sehingga menyebabkan mangsa akan derita menggaru sehingga melukakan kulit malahan ramuan tersebut juga boleh memasuki dalam saluran darah mangsa.
Walau bagaimanapun, santau agak sukar untuk mengesan siapakah yang menghantarnya dan siapakah yang sanggup melakukannya. Biasanya, ia dilakukan oleh seseorang yang mengenali mangsa. Oleh itu, anda disarankan untuk mengetahui tanda-tanda terkena sihir santau yang boleh membantu anda jika berdepan dengan masalah ini.
Tanda-tanda Terkena Santau Buatan Orang
Ada tiga jenis bahan utama yang sering digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal, miang, bisa dan pedih seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Rahmat Rahman di laman Facebook.
Bahan bisa boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipoh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
Bahan miang atau gatal seperti miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
Bahan pedih yang melukakan akan menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Inilah antara racun santau biasanya terkeluar dari mulut atau badan mangsa sihir ini. – Facebook
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
Sentiasa sakit pada tulang belakang
Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Jenis-jenis Santau
Santau Makan dan Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghaib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin
Ramuan santau tuju angin yang dihantar kepada mangsa dari jauh, sama ada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan dihantar dan dimasukkan secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa seperti muntah darah dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan di waktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah
Santau langkah dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling atau apa-apa logam yang kecil yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan, di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah barang tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk perubatan moden dan kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa.
Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan penghantaran santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
Rawatan atau Perubatan & Cara Merawat Santau
Racun santau ini boleh dikeluarkan dengan menggunakan cara batin dengan keizinan Allah SWT.
Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah SWT untuk sembuh dari penyakit ini.
Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
Adalah lebih baik sekiranya anda berjumpa dengan pakar santau atau sebaiknya dengan mereka yang lebih arif tentang sihir ini seperti guru, ustaz, pengamal rawatan tradisional atau pusat rawatan Islam sebelum membuat amalan berikutnya.
1. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
Surah Asy-Syu’araa’ ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah SWT.
Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah SWT.
2. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
Surah Al-Israa’ ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah SWT.
Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah SWT.
3. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:
Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah SWT.
Surah Ar-Ra’d ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah SWT.
Pokok Lemba Penawar Racun Santau
Selain cara merawat santau dengan menggunakan doa dan ayat Al-Quran, petua tradisional juga boleh dilakukan untuk elak sihir ini dengan menggunakan akar pokok lemba seperti yang dikongsikan oleh Tuan Md Rosdi Hassan melalui akaun Facebook miliknya.
Air rebusan akar pokok lemba ini dipercayai mampu merawat sihir santau. – Facebook
Kalau masa kanak- kanak dulu, pokok inilah yang selalu akan dicari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.
Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok kelapa sawit yang baru nak membesar dan banyak tumbuh meliar di dalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini kerana buahnya sangat manis bila dimakan buah yang telah masak.
Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyuruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh ditawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu.
Akarnya perlu direbus terlebih dahulu sebelum air rebusan akar lemba tersebut diberikan minum kepada orang yang terkena santau. Tanpa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.
Alhamdulillah, tidak beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya dimakan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.
Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.
Biasanya ia dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.
Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang. Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.
Jika anda pernah terkena sihir ini yang menyebabkan kehidupan anda menderita dan sekarang telah pulih sepenuhnya, anda digalakkan berkongsi pengalaman santau anda agar dapat membantu mereka yang turut terkena. Anda boleh kongsikan apakah penawar racun ini, bagaimana atau tanda ia keluar dari badan, pakar rawatan terbaik, doa atau surah Al-Quran tertentu dan sebagainya.
Semoga perkongsian maksud santau, tanda-tanda serta jenis-jenisnya berserta cara merawat yang dikongsikan akan dapat membantu anda yang sedang mencari info berkaitan dengan sihir ilmu hitam yang syirik ini. Sesiapa pun yang menghantar, dia telah melakukan satu dosa yang besar. Semoga bermanfaat.