Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Sakit kulit seperti gatal-gatal, kurap, kayap, panau, kudis, ruam, ekzema, psoriasis dan sebagainya adalah antara penyakit kulit yang amat merungsingkan mereka yang mengalami penyakit seperti ini. Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan pesakit harus prihatin seperti bertemu doktor atau pakar serta berusaha untuk sembuh sepenuhnya

Lebih memeritkan apabila pesakit terpaksa berhadapan dengan situasi sakit kulit yang kronik, kritikal dan keterlaluan seperti pedih dan luka berair terkeluar air bisa akibat gatal-gatal sehingga menyukarkan untuk tidur pada waktu malam. Biasanya penyakit kayap, kurap dan panau sangat menyakitkan.

Begitu juga penyakit kulit yang berkait dengan saraf seperti kayap atau Herpes Zoster dalam istilah perubatan yang boleh berjangkit serta menyebabkan jangkitan bakteria dan virus memberhaya. Penyakit ini mempunyai beberapa jenis iaitu seperti kayap ular, kayap api, kayap bunga dan kayap setompok.

Manakala kurap pula atau Tinea Corporis juga penyakit kulit yang menyebabkan jangkitan sejenis kulat atau Fungus yang dikenali sebagai Dermatophyte. Ia mempunyai 3 jenis Dermatophyte akibat kurap iaitu Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton.

Penawar Sakit Kulit Kayap, Kurap, Panau & Gatal-gatal

ubat tradisional cara kampung

Pasti ramai yang mencari cara untuk menghilangkan sakit kulit gatal-gatal di badan yang mereka alami dengan menggunakan cara perubatan moden iaitu dengan membeli ubat di farmasi atau klinik dan juga hospital. Walau bagaimanapun, petua tradisional cara kampung atau rawatan alternatif juga boleh dicuba sebagai ikhtiar yang boleh dijadikan sebagai penawar.

Berikut dikongsikan cara merawat penyakit kayap, kurap, panau, gatal-gatal dan sebagainya menggunakan cara Islam dan petua tradisional berdasarkan perkongsian Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang sangat terkenal di laman sosial yang telah membantu ramai pesakit.

Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kulit akibat terkena penyakit kayap, kurap, panau, gatal-gatal satu badan dan sebagainya yang berkaitan dengan sakit kulit, anda boleh cuba dengan cara merawat yang menggunakan doa atau ayat suci Al-Quran seperti yang dikongsikan di bawah:

1. Ambilkan air panas suam dan masukkan tiga sudu garam halus, kacau sampai larut dan masukkan lada hitam sebiji ke dalam air tersebut seterusnya membaca ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:

  • Al-Fatihah 7 kali
  • Zikir ‘Yaa Saalam’ 70 kali
  • Diakhiri dengan selawat 7 kali

2. Setelah selesai membaca kesemuanya, sapukan air garam tersebut ke tempat pertama yang terkena gatal kemudian baru sapu ke tempat lain yang mengalami kegatalan itu.

Insha Allah, siapa yang terkena kayap kebiasaannya dalam masa 3 hari akan kering dan sembuh termasuk sakit gatal yang lain seperti kurap, panau dan sebagainya. Buatlah dengan yakin serta ikhlas. Insha Allah akan dipermudahkan.

Petua Hilangkan Kayap Cara Kampung

Berikut dikongsikan juga cara merawat penyakit kayap, kurap, panau, sakit kulit dan gatal-gatal satu badan dengan cara kampung yang dikatakan sangat mujarab dan berkesan jika diamalkan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ini terbukti ubat tradisional juga mampu menghilangkan penyakit kulit seperti ini selepas ramai yang mencuba petua ini seperti dikongsikan di Facebook.

Daun Cili & Kapur Makan

doa merawat kayap
Daun cili harus ditumbuk dan dicampurkan dengan kapur makan sebelum digunakan.

Ambilkan daun cili dan juga kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan dengan sedikit kapur, kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Insya Allah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari saja dan lihat hasilnya.

Daun Pokok Duit-duit

petua kayap kurap panau
Pokok duit-duit dikenali sebagai Pyrrosia piloselloides dalam bahasa saintifik.

Untuk hilangkan kayap atau sakit kulit, ambilkan daun pokok duit-duit kemudian perlu ditumbuk hancur atau lumat daunnya seterusnya air perahan daun tersebut perlu ditekap pada tempat yang terkena kayap dan dibengkung selama semalaman.

Ubat Makan dan Krim Kayap

cara hilangkan panau dan kurap
Bertemu pakar adalah jalan terbaik untuk mencegah penyakit kulit ini.

Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. Penyakit ni sesiapa pun boleh kena termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya masa mula-mula terkena tak tahu pun itu kayap dan memanglah masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu saja dah kering.

Daun Delima & Bedak Sejuk

kayap ular membawa maut
Daun pokok delima sememangnya banyak khasiat yang tersendiri.

Petua kayap setompok menggunakan daun delima ditumbuk lumat campur bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, Alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sikit takut nanti terasa bisa dan gatal. Yang penting sekali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak atau berjangkit.

Pucuk Daun

cara merawat dan rawatan kayap
Semua pucuk daun ini harus ditumbuk atau blend sehingga lumat.

Pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun semambu. Semua daun di atas ditumbuk atau diblender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada kayap tersebut.(Tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makanan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng berminyak tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Akar Rumput Kerbau

rumput paitan
Rumput ini sangat digemari oleh kerbau. – Facebook

Rumput ini memang sangat mudah untuk didapati dan anda perlu guna akar dari rumput kerbau ini saja, basuh sehingga bersih dan celup ke dalam bedak sejuk. Kemudia sapu pada tempat yang terkena penyakit kulit ini.

Garam Bukit

cara hilangkan gatal-gatal
Garam bukit juga mempunyai bermacam jenis dan mudah didapati.

Menggunakan garam bukit (rock salt). Cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.

Selepas itu, ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut terus berselawat dan minum (Sunnah Rasul). Ini adalah rawatan secara dalaman dan luaran, insya Allah penyakit kayap akan sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk sakit kulit yang lain seperti jerawat, gatal-gatal serta penyakit kulit seperti kurap, panau dan lain-lain.

Keladi Candik

petua hilangkan kayap panau dan kurap
Keladi candik juga mempunyai nama lain iaitu keladi merbah. – Facebook

Ambil sebatang pokok keladi candik atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Baca : Cara Kurangkan Gatal Ekzema Dengan Elakkan Makanan Ganggu Usus

Pantang Larang Penyakit Kayap

1. Elakkan makanan yang berbisa atau gatal. Hanya makan makanan berpantang seperti ibu mengandung yang bersalin iaitu makanan yang dibakar, rebus atau pun stim saja dan paling penting elak makanan yang ada minyak.

2. Sebaiknya elakkan diri kita daripada mendekati orang lain seperti ahli keluarga dan kawan-kawan kerana ia mungkin akan berjangkit dalam bermacam keadaan.

3. Jangan memakai pakaian yang lembab atau basah serta pakaian yang masih panas iaitu baru sahaja diangkat dari ampaian dan sebagainya.

4. Jangan memakai pakaian yang ketat dan sebaiknya pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan dan juga luka pada kulit sekiranya pakaian bergeser dengan kulit.

5. Elakkan menggaru pada bahagian yang terkena kayap kerana jika kerap digaru ia boleh juga merebak ke bahagian badan yang lain dan sebaiknya sapukan ubat untuk hilangkan rasa gatal kerana sakit kulit ini.

6. Sewaktu mandi perlu berhati-hati ketika mencuci badan dengan sabun dan sebaiknya gosok bahagian yang mempunyai kayap itu dengan perlahan-lahan supaya bahagian itu juga dapat dibersihkan dengan betul.

Semoga perkongsian cara merawat dan petua hilangkan kayap, kurap, panau dan sakit kulit gatal-gatal di badan berserta doa dan ayat Al-Quran ini mampu membantu anda untuk mencegah penyakit ini. Semoga anda cepat sembuh dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Semoga bermanfaat.

Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan Sazarimma


Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Ketika cuaca panas tekak pasti terasa haus dan inginkan sesuatu makanan yang sejuk atau mempunyai ais, apatah lagi jika berada di hujung minggu, tentunya macam-macam makanan yang kita nak makan. Apa kata anda cuba buat sendiri pencuci mulut iaitu agar-agar berasaskan buah naga atau dragon fruit yang kami kongsikan iaitu resepi puding buah naga susu yang sedap dan mudah ini.

Makanan pencuci mulut seperti puding buah-buahan ini biasanya amat disukai oleh kanak-kanak dan tak kurang juga orang dewasa. Lebih-lebih lagi buah dragon fruit ini rasanya sangat manis dan sedap. Resepi puding buah naga susu ini dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek menerusi laman facebook.

Resepi Puding Buah Naga Susu Simple & Sedap

puding buah naga merah
Dragon fruit juga ada yang mempunyai isi putih dan rasanya ada yang manis.

Sebelum anda membuat puding buah naga ini, anda wajib tahu tentang info penting yang disampaikan oleh Puan Nurhayati iaitu, bancuhan agar-agar bertali lihat cara buat di belakang paket. Yang saya gunakan, meminta saya bancuh 1500 mls air. Jadi saya bahagikan dua 750 mls campur 750 susu cair. Cara masak puding buah naga susu ini, anda boleh lihat seperti di bawah.

Bahan-bahan Puding Buah Naga

agar-agar buah segar dragon fruit

  • 1 biji buah naga (isi merah)
  • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
  • 750 mls susu cair
  • 750 mls air kosong
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)

Nota : Untuk resepi puding buah naga ni, saya guna loyang 7 inci.

agar-agar untuk bayi

Mula-mula, buah dragon fruit ni potong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.

jeli buah naga simple

Dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.

puding buah naga santan

Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

puding naga susu

Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.

resepi agar agar buah naga merah

Kacau hingga gula sebati.

cara buat agar-agar buah naga

Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.

cara buat puding dragon fruit

Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

agar-agar dragon fruit

Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.

resepi puding buah naga manis

Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.

Baca : Resepi Ais Krim Buah Homemade Yang Sihat Untuk Anak-Anak

resepi puding buah naga susu

Beginilah puding buah naga bila dah potong, anak-anak dah ready kat depan tv. Mak dia dah ambik 2-3 potong, cukai. Haha!

Resepi puding buah naga susu yang dikongsikan Puan Nurhayati Abd Malek ini rupanya senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan ditambah dengan warnanya yang cantik memukau. Selain buah dragon fruit merah anda boleh juga menggunakan buah naga yang isi berwarna putih dan rasanya mungkin agak berlainan.

Untuk resepi puding buah naga susu ini, selain susu anda boleh juga menggantikan dengan santan kelapa dan apa saja bahan-bahan yang ingin anda buat atau olah adalah mengikut kreativiti anda sendiri. Anda boleh juga letakkan topping seperti serbuk biskut coklat, strawberry dan lain-lain. Selamat mencuba.

Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit) Sazarimma

Khasiat Nanas dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ramai Tak Tahu

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Buah nanas atau nenas adalah antara buah yang biasanya amat disukai ramai orang kerana khasiat dan kebaikan buah ini, sama ada dimakan mentah begitu saja atau dibuat jus, kek dan sebagainya. Rasanya yang sangat manis dan sedap menyebabkan ia sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan.

Mungkin ada yang tidak tahu, eksport nanas Malaysia adalah antara yang terbesar malah ianya terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah puluhan juta ringgit setahun. Ladang nenas terbesar adalah di negeri Johor yang kini semakin tinggi permintaannya untuk dieksport ke luar negara.

Khasiat Nanas Untuk Kesihatan

manfaat buah nanas untuk diet
Buah nenas sentiasa menjadi pilihan ramai orang dalam kehidupan seharian.

Ikuti perkongsian Dr Hafiz Sulaiman yang menerangkan manfaat dan khasiat nanas untuk kesihatan kita. Selain itu, beliau turut berkongsi tentang sesetengah orang tidak digalakkan memakan nenas atas sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Nanas : Manfaat dan Mudarat

Nanas ni, setengah orang kata tajam, sesetengah orang guna untuk masalah batuk dan sakit sendi.

Apa manfaat nanas untuk kesihatan?

Nanas kaya dengan antioksida, polifenol dan antiradang dinamakan bromelin.

1. Bromelin nanas ni antiradang kuat. Ia dikatakan mampu kurangkan sakit sendi, otot dan mencepatkan pemulihan kecederaan.

2. Bromelin membantu pencernaan terutamanya protein. Daging steak biasa guna bromelin nanas untuk lembutkan daging. Saya selalu ambil bromelin masa rajin buat diet keto dulu-dulu. Jadi kurang stres berdiet hehe. Teknik rahsia.

3. Bromelin bantu tingkatkan imuniti dan mengurangkan alahan. Macam mana? Banyak kajian mengaitkan dengan ciri antiradang. Tapi saya lebih cenderung berpendapat kerana kesannya menstabilkan histamin, punca badan sensitif dan mudah radang.

4. Bromelin lambatkan pembekuan darah. Saya tengok sendiri wallahi. Darah dalam tabung uji lambat membeku bila ambil dos tinggi bromelain. Kagum Ma sha Allah.

5. Bromelain ni antikanser. Tapi kajian tabung uji saja ya. Saya juga percaya bromelin saja tak cukup lawan kanser. Kanser ialah sel genius yang perlu strategi holistik dan komprehensif. Apa pun bromelain boleh masuk list terapi antikanser sebab selamat.

Tapi AWAS! kita kena perhatikan 3 tanda-tanda nanas tak sesuai untuk kita.

khasiat buah nanas
Jus nenas memang sangat sedap dan manis menyelerakan.

1. Ada masalah gastrik, GERD atau sistem pencernaan sensitif.

Nanas ini bersifat asid. pH 3-4. pH neutral ialah 7. Jadi, nanas boleh sebabkan iritasi perut, esophagus dan sistem pencernaan. Lidah pun boleh pedih juga.

Jika ada masalah di atas, elakkan nenas terutamanya sewaktu perut kosong.

2. Jika ada masalah alahan dan angin sensitif.

Nanas juga berpotensi sebabkan badan jadi lebih sensitif bagi orang ada masalah angin dan alahan. Ini kerana nenas ialah makanan TINGGI HISTAMIN. Bahan saraf penyebab sensitif, terukkan alahan dan angin.

3. Jadi, ada orang sakit lidah, sakit tekak, ekzema meradang kulit merah dan batuk jadi lebih teruk bila ambil nenas. Ini ialah kerana reaksi tak toleran terhadap histamin tinggi dalam nanas.

KESIMPULAN

1. Iya, nanas membantu pencernaan. Nenas juga berpotensi rosakkan lagi sistem pencernaan. Pedang dua mata.

2. Bila nanas diambil dengan makanan, ia bantu sistem penghadaman. Nenas diambil perut kosong PALING KUAT kesan antiradang.

Namun, jika ada masalah sensitif angin dan masalah kerosakan sistem pencernaan, sebaliknya berlaku. Perut jadi rosak. Radang dan sensitif jadi lebih teruk.

3. Manfaat nanas lebih kepada jangka masa panjang. Mudarat nenas dapat dilihat terus pada yang tidak toleran histamin (ada masalah angin).

Jika sakit sendi kronik, batuk kronik, alahan kronik. Tak semua orang ambil nanas 2-3 minggu pulih terus. Beri masa 2-3 bulan untuk lihat kesannya. Makanan asli ini fitrahnya baik. Nenas jadi bermasalah sebenarnya bila perut kita rosak badan kita jadi sensitif.

Bukan saja tak dapat manfaat nanas. Malah, jadi mudarat pula. Maka untuk sihat, rahsianya ialah pulih perut, pulih penyakit, pulih perut, pulih angin.

Baca : Cara Makan Nenas Dengan Mudah, Salah Rupanya Selama Ini Kita Kopek

Kebaikan Nanas Dalam Kehidupan

kegunaan dan kelebihan nanas
Selain dimakan begitu saja, nenas juga boleh dibakar dimakan bersama santan.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi tentang betapa bagusnya nenas dalam kehidupan seharian kita. Menurut doktor tersebut, buah ini sebaiknya diambil setiap hari untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Antara kebaikan dan khasiat nanas adalah seperti berikut :

  • Boleh turunkan berat badan
  • Mampu sembuhkan luka terbakar
  • Membentuk tulang yang kuat
  • Sangat bagus untuk kesuburan
  • Untuk kecergasan otak
  • Menghapuskan kahak
  • Kecantikan kulit

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu saja. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan resdung. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas. Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik. Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ. Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Baca : Resepi Pajeri Nenas Simple Sedap dan Mudah

Mulai hari ini, anda boleh amalkan dengan mengambil nanas sebagai makanan atau dalam diet harian sama ada dimakan begitu sahaja atau dimasak dengan berbagai jenis masakan berasaskan buah nenas. Ini terbukti khasiat nanas sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Semoga bermanfaat

Khasiat Nanas dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ramai Tak Tahu Sazarimma

Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Lembut Mudah Buat dan Paling Sedap

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Donut sememangnya amat menjadi kegemaran ramai orang dan kuih donat ini biasanya dimakan ketika sarapan pagi atau pun minum petang. Kuih ini juga mempunyai bermacam versi seperti tanpa yis, ada yang tanpa uli, ada gula, kosong, perisa coklat dan sebagainya. Kali ini kami kongsikan resepi donut pandan yang gebu gebas, wangi, viral dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Cara untuk membuat donat sebenarnya sangat senang dan anda wajib merajinkan diri untuk uli tepung supaya menjadi doh sebelum ia digoreng seterusnya disajikan. Resepi donut pandan gebu ini dikongsikan oleh Puan Nadirah Ismail yang membuatnya untuk berniaga dan juga beberapa resepi donat pandan berbagai versi yang terpilih.

Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Yang Wangi

resepi donut pandan tanpa uli

Ini donat pandan asli tau. Tak letak apa-apa perasa pandan dan bau wangi ini adalah yang asli, boleh melayang-layang rasa nak terbang. Malam ni saya free dan nak share resepi donut pandan yang saya buat jualan di Seri Manjung, Perak.

Tapi kena sabar dengan resepi doh saya ni, resepi doh ni sangatlah lembik tapi hasilnya sangat memuaskan hati sesiapa saja yang buat sendiri nanti. 50 biji rilek je pelanggan buat makan petang kat rumah.

Anda semua wajib mencuba try and error, baru tahu serasi atau tidak resepi ini dengan anda semua. Ini resepi saya sendiri iaitu uli doh dengan mixer saja tau. Kalau uli doh dengan tangan tak perlu guna air sejuk dan pastikan kurangkan kuantiti air.

resepi donat pandan sukatan cawan

Bahan – bahan

  • 1 Kg tepung gandum
  • 150 gram marjerin
  • 7 sudu besar gula
  • 15 gram garam
  • 2 biji telur
  • 20 gram K-Fine Cream (Boleh Google)
  • 80 gram susu pekat
  • 7 sudu kecil yis
  • 80 ML air suam
  • 430 ML air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau jika perlu

Cara membuat

  • Bancuh yis dengan air suam dan tunggu atau pastikan sehingga yis tersebut berbuih.
  • Uli semua bahan tadi dengan mixer dan pastikan guna air daun pandan yang telah sejuk.
  • Setelah itu doh perlu frozen. Selepas di frozen kan donut akan jadi lebih besar dan sangat lembut. Doh perlu diletakkan dalam plastik (rujuk gambar di bawah) dan mesti ikat supaya tiada serangga yang hinggap.
  • Yis akan berhenti kembang apabila doh beku, jadi sementara nak beku tu dia akan kembang lagi tapi perlahan.

doh donut viral

cara membuat doughnut lembut gebu yang mudah

Saya tak canai doh atau tanpa uli sebab doh lembik. Apa yang saya buat adalah dengan tumbuk doh, rehatkan, bulatkan, lubangkan dan rehat lagi. Banyak berehat donat saya ni sebab itulah gendot semacam.

Kemudian goreng macam biasa. Selepas agak-agak donut suam bolehlah disalutkan dengan gula caster. Siap.

Donut yang tak cukup rehat akan lambat masak pada bahagian dalam. Apabila buat lubang, doh akan mengecut menandakan ia tak cukup rehat. Kalau cukup rehat doh steady saja selepas ia dilubangkan.

Cara untuk goreng juga perlu betul dan tak boleh balik-balikkan selalu nanti dimakan minyak. Letak donat terus balik biar perang dan balik sekali lagi tunggu perang dan angkat. Ini tips penting, ingat ya, dua kali balik saja. Perkongsian resepi donat pandan dari Puan Nadirah Ismail.

Baca : Resepi Biskut Coklat Chip Rangup (Chocolate Chip Cookies)

Resepi Donut Pandan Snow Nestum

tips untuk doh lembut

Resepi donat ini pula dikongsikan oleh Puan Missz Yatie yang mana cara yang beliau buat agak berlainan dengan menambahkan bahan seperti nestum yang menjadikan kuih ini nampak menarik dan sedap, yang paling penting cara untuk membuatnya sangat mudah.

Donat pandan nestum snow ini semudah ABC tanpa uli elastic pun boleh gebu tau. Uli, perap, terap, perap dan goreng. Pasti ramai yang sukakan donat pandan seperti ini.

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar yis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 125 ML air pandan dan pewarna hijau (blend dan tapis)
  • Marjerin

Cara penyediaan

resepi donat pandan untuk berniaga

  1. Gaul kesemua bahan sekali kecuali air. Ramas-ramas sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh donat yang sebati.
  2. Tambahkan dua sudu besar marjerin, uli lagi sehingga sebati. Jika terlembik tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Wajib memastikan doh tidak melekat di tangan.
  3. Perap sehingga ia menjadi dua kali ganda. Tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin.
  4. Terapkan dengan acuan. Biarkan donat mengembang, angkat guna spatula atau lidi.
  5. Sewaktu menggoreng pastikan api perlahan dan balikkan hanya dua kali sahaja.

Untuk Topping

Snow sugar dicampurkan bersama nestum kasar yang dikisarkan dan sukatan pula mengikut kehendak sendiri atau agak-agak saja. Perkongsian resepi donat pandan dari Missz Yatie.

Baca : Resepi Roti Burger Mini Gebu dan Lembut Buat Sendiri (Homemade)

Sebenarnya anda juga boleh menggunakan resepi yang dikongsikan ini untuk membuat donut biasa tanpa menggunakan bahan asas iaitu daun pandan dan pewarna hijau. Jika tidak memasukkan kedua-dua bahan ini, jadilah donat biasa tanpa adanya warna hijau. Kan? Manakala, topping atau rasanya anda yang tentukan sendiri mengikut kreativiti masing-masing untuk mengolahnya dengan campuran bahan-bahan lain yang anda rasakan sesuai.

Resepi Donut Pandan Versi Norita Farish

Perkongsian resepi donat pandan gebu dan mudah ini diambil daripada Puan Norita Farish Indah yang berkongsi cara buat dan resepinya di laman Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang ingin membuat kuih ini.

cara buat donut lembut

Bahan-bahan

  • 600 gram tepung gandum (cap rose)
  • 80 gram gula halus
  • 40 gram susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 10 gram yis saf
  • 12 gram Cream Super (efek gebu atau lembut)
  • 60 gram butter atau marjerin
  • 1 biji telur
  • 6 helai daun pandan dikisar dengan satu sukatan cawan air
  • Pewarna hijau apple (optional)
  • Atau boleh guna secawan air dan pandan paste atau pewarna hijau apple

Cara buat donat pandan

  1. Masukkan semua bahan tersebut dan uli kan, kecuali cream super
  2. Selepas uli hampir 10 minit baru masukkan cream super
  3. Uli sehingga doh menjadi licin, rehatkan doh selama 20 minit
  4. Selepas 20 minit tumbukkan doh untuk buang angin, timbang 30 gram
  5. Bulatkan dengan kemas, comel dan biarkan ia naik 10 minit lagi
  6. Selepas 10 minit tekan sikit biar leper, lubangkan dengan belakang nozzle
  7. Biarkan lagi 10 minit, barulah goreng. Siap.

Kami juga kongsikan cara pembuatan resepi donut pandan atau penyediaan donat pandan ini menerusi rakaman video yang mana ia menunjukkan langkah demi langkah yang senang untuk anda ikuti. Pastikan anda melihatnya satu persatu agar donat anda itu menjadi dan sedap dimakan.

Semoga perkongsian resepi donut pandan gebu gebas ini akan memudahkan kerja anda. Perhatikan setiap satu resepi yang dikongsikan semuanya hampir sama tetapi ada sedikit perbezaan. Walau bagaimanapun bahan asas seperti daun pandan masih diutamakan. Buat sendiri lebih puas hati kerana faktor kebersihan selain menjimatkan dan kuantitinya juga banyak. Anda boleh juga buat donat frozen untuk disimpan dan dimakan pada bila-bila masa saja. Selamat mencuba.

Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Lembut Mudah Buat dan Paling Sedap Sazarimma

Ketuat Terjadi Kerana Darah Ayam? Cara Hilangkan Kutil Dengan Cepat

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Pasti ramai yang pernah mengalami ketuat atau kutil di bahagian badan dan biasanya ia terjadi di tangan atau kaki. Sejak dari dulu orang terdahulu mengatakan bahawa ia berlaku disebabkan kulit kita terkena darah ayam dan adakah benar kata-kata tersebut?

Ketuat sememangnya tidak digemari orang apatah lagi jika ia berlaku dengan banyaknya di bahagian-bahagian tertentu sehingga mencacatkan kulit kita. Apabila ini terjadi pastinya kulit tidak lagi nampak seperti normal dan lebih teruk lagi jika ia berwarna hitam dan terjadi di tangan atau jari kanan yang mana tangan ini untuk menyuap makanan.

Ketuat Berlaku Disebabkan Darah Ayam?

cara merawat ketuat petua tradisional

Menurut kajian, ketuat terjadi apabila virus Human Papillomavirus (HPV) terkena pada kulit yang kemudiannya menyebabkan jangkitan. Malah ia juga cenderung terbentuk di bahagian kulit yang luka atau mengalami koyakan. Virus tersebut mampu masuk ke lapisan atas kulit menerusi luka berkenaan yang terjadinya kutil.

Mungkin ada di antara kita langsung tidak menghiraukan dengan kehadiran ketuat malahan tiada usaha untuk buang atau menghilangkan kutil ini. Adakah ia berjangkit? Sebenarnya, anda tidak boleh membiarkan begitu sahaja kerana ia juga seperti penyakit iaitu mudah berjangkit dari seorang ke seorang yang lain tanpa anda sedari.

Jangkitan boleh berlaku apabila seseorang itu yang mempunyai kutil telah menyentuh atau tersentuh dengan orang yang tiada ketuat dengan tidak sengaja atau individu yang menggunakan tuala yang telah digunakan oleh mereka yang mempunyai ketuat, pastinya individu tersebut akan dijangkiti.

Malahan, jika anda hanya mempunyai satu ketuat sahaja di badan ia mampu merebak dan menjadi lebih banyak di badan sendiri sekiranya tidak dikawal. Jangkitan itu berlaku apabila bahagian yang terdapat kutil tersentuh di bahagian yang tidak mempunyai kutil. Oleh itu, anda digalakkan sentiasa membersihkan tangan untuk mengelakkan daripada berjangkit jika bahagian kulit anda terluka.

Cara Untuk Elakkan Daripada Dijangkiti Ketuat

Berikut kami kongsikan cara atau langkah-langkah mudah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan daripada dijangkiti ketuat seperti yang diterangkan oleh pihak Hello Doktor yang membincangkan tentang ini dengan lebih terperinci.

  • Basuh tangan anda dengan kerap terutamanya jika anda ada menyentuh kutil individu lain
  • Jangan sentuh ketuat anda
  • Tutup kutil anda itu dengan menggunakan pembalut
  • Pastikan tangan dan kaki anda kering
  • Pakai selipar apabila anda menggunakan tempat-tempat awam seperti tandas

Mengapa Ada Ketuat Bertitik dan Berwarna Hitam?

kulit menjadi hitam

Sekiranya anda mempunyai ketuat yang berwarna hitam atau berlakunya titik-titik hitam, ia sebenarnya adalah salur darah yang membekalkan ketuat dengan nutrien dan oksigen. Ia juga memerlukan nutrien dan oksigen untuk terus bertahan atau meneruskan hidup.

Mungkin ada yang tertanya bolehkah ketuat akan sembuh dengan sendirinya. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis-jenis penyakit yang anda hadapi ini. Ada juga akan terus hilang dengan sendirinya dan ada yang memerlukan rawatan untuk menghilangkan kutil ini. Malahan ada yang mengambil masa terlalu lama sehingga bertahun-tahun. Sesetengah ketuat pula adalah ketuat “ibu” yang menyebarkan ke bahagian lain di badan anda.

Rawatan Untuk Hilangkan Ketuat

Sama ada ketuat yang terjadi di tapak kaki, di tangan atau di mana-mana bahagian badan ia boleh diubati dengan bermacam cara dan penawarnya pasti ada. Antara rawatan yang berkesan, anda boleh mendapatkan ubat atau produk yang dijual di farmasi seperti Guardian atau di Watson dan sebagainya.

Jika kutil yang anda hadapi itu masih juga tidak hilang, anda diwajibkan berjumpa doktor pakar atau ahli dermatologi. Anda boleh mendapatkan kaedah rawatan yang amat berkesan dan cepat untuk mencegahnya dari terus melekat di badan anda. Walau bagaimanapun, anda harus berjumpa doktor jika keadaan anda seperti berikut :

  • Anda mempunyai kutil pada bahagian muka, kulit kepala, mata, leher atau mana-mana bahagian tubuh yang sensitif seperti bahagian sulit, mulut dan lubang hidung
  • Terdapat pendarahan atau tanda-tanda jangkitan seperti nanah di sekitar ketuat
  • Kutil tersebut menyebabkan kesakitan
  • Warnanya berubah
  • Mempunyai ketuat dan diabetes atau kekurangan imun tubuh

Petua dan Cara Hilangkan Ketuat Dengan Cepat

Tentunya ada di antara anda yang ingin menghilangkan ketuat dengan menggunakan bermacam cara sehingga ada yang sanggup korek, potong, hiris dan sebagainya. Sebenarnya ada juga petua tradisional dan tips yang anda boleh amalkan untuk membuang kutil ini selamanya tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak.

Malahan ada yang mengatakan untuk hilangkan ketuat juga boleh menggunakan bahan semulajadi seperti lemon, minyak tanah, rendaman air garam dan kapur sirih. Walau bagaimanapun, perubatan moden juga sangat berkesan seperti cryotherapy iaitu pembekuan, rawatan laser, penggunaan krim khas dan sebagainya.

Seorang pengguna Facebook turut berkongsi cara hilangkan ketuat dengan cepat yang boleh anda buat sendiri di rumah. Difahamkan kesannya berhasil selepas rawatan tersebut dibuat dengan menggunakan beberapa bahan mudah sahaja. Ikuti perkongsian daripada Hanis Samsuddin yang membukti cara hapuskan kutil dengan mudah.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Menghilangkan Ketuat

cara hilangkan kutil dengan vaseline

Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh penyakit ini. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic Vinegar pun boleh tapi mahal.

Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck TapePlaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit kutil. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

Baca : Penyakit Ekzema Kulit Merekah Berdarah Berakhir Selepas Dapatkan Rawatan Pakar

cara nak hilangkan ketuat dengan cepat

  • Sapu vaseline di sekeliling ketuat dan jangan terkena ketuat
  • Basahkan kapas dengan cuka, letak atas kutil tersebut dan plaster
  • Biarkan semalaman

Kutil yang tidak disapu vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu vaseline di keliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.

Hari ketiga:

punca ketuat

Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.

kesan kutil

Gambar di atas menunjukkan kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel pula mula mati kerana dimakan asid.

cara tradisional merawat sakit kulit di tangan

Gambar atas dari kiri menunjukkan ketuat dah mati manakala kanan, apabila ia jadi begini, anda boleh korek sedikit demi sedikit.

luka akibat kulit

Gambar di atas menunjukkan setelah ia berjaya dikorek dan jelas ia sangat berkesan dengan cepat. Anda juga boleh menggunakan minyak gamat untuk mencepatkan proses untuk sembuhkan kutil ini.

penyakit sembuh sepenuhnya

Gambar di atas pula jelas sekali menunjukkan hasilnya sangat mujarab dengan menggunakan cara hilangkan ketuat yang dikongsikan. Ternyata ia mudah untuk diamalkan, namun memerlukan sedikit usaha dan kerajinan dari diri anda sendiri untuk sembuh dari penyakit ini.

Ketuat Terjadi Kerana Darah Ayam? Cara Hilangkan Kutil Dengan Cepat Sazarimma

Dang Van Khuyen Budak 10 Tahun Sara Diri Selepas Ayah & Nenek Tiada

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok dalam hidup semua orang tanpa perlu memikirkan tanggungjawab, susah atau pun senang. Namun, itu semua tidak berlaku terhadap seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Dang Van Khuyen.

Dang Van Khuyen yang berasal dari Vietnam itu kini menyara dirinya sendiri dan hidup sebatang kara tanpa ada ahli keluarga seperti ibu dan bapa yang menemani malahan tiada adik-beradik pun. Namun, dia tetap meneruskan hidup dengan caranya yang tersendiri.

Kisah yang menyayat hati sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Dang Van Khuyen ini telah dikongsikan oleh Mothership yang menceritakan bagaimana kanak-kanak yang sangat kental ini lebih suka memilih untuk menyara diri sendiri serta turut menolak menjadi anak angkat seperti yang ramai tawarkan kepadanya.

Dang Van Khuyen Hidup Sebatang Kara Menyara Diri

Dang Van Khuyen
Dang membuat semua kerja di rumah sendiri tanpa dibantu sesiapa. Foto China Press

Kisah tragis yang menyentuh hati ini bermula apabila ibu kandungnya meninggal dunia ketika dia masih kecil yang kemudiannya dia terpaksa tinggal bersama neneknya di kampung. Manakala, ayahnya dikatakan berkerja di bandar serta seringkali mengirim duit kepadanya setiap bulan.

Dang Van Khuyen juga turut bersekolah seperti kanak-kanak lain di kampungnya dengan menaiki basikal untuk ke sekolah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini diuji lagi apabila ayahnya turut meninggal dunia kerana kemalangan di tempat kerjanya.

Pergi sekolah
Kanak-kanak ini masih bersekolah seperti biasa. Foto China Press
makan seorang
Makan berseorangan tanpa ditemani sesiapa menjadi kebiasaan baginya. Foto China Press
dapur kayu
Siapa sangka budak 10 tahun boleh berdikari hidup sendiri. Foto China Press

Apa yang sangat menyedihkan adalah Dang Van Khuyen dan neneknya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa pulang jenazah ayahnya ke kampung halaman untuk disemadikan. Namun, dikhabarkan ramai yang turut membantu termasuklah kerajaan Vietnam yang sudi memberikan bantuan bagi membawa jenazah ayahnya pulang.

rumah berselerak
Keadaan rumah Dang Van Khuyen. Foto China Press
keranda ayahnya
Keranda yang membawa jenazah ayah Dang pulang ke kampung. Foto China Press

Lebih menyedihkan lagi setelah ayahnya meninggal dunia, neneknya pula menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua ketika Dang Van Khuyen memerlukan kasih sayang dan penjagaan daripada neneknya. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan kisah kanak-kanak ini mempunyai dua versi.

Ada berpendapat bahawa kanak-kanak ini ditinggalkan oleh neneknya seorang diri kerana berkahwin lain dan tinggal di kampung seberang berdekatan dengan kampung di mana kanak-kanak ini tinggal. Namun, kisah itu sebenarnya hanya rekaan semata-mata.

sawah padi
Dang membuat kerja kampung untuk menyara diri sendiri. Foto China Press
Rumah kampung dang van khuyen
Guru Dang datang melawatnya di rumah. Foto China Press

Akhirnya kisah sebenar terbongkar apabila diceritakan oleh sumber yang sahih dan memberitahu bahawa memang benar neneknya itu meninggal dunia kerana sakit tua yang telah dideritainya. Malahan, difahamkan ahli keluarga lain kanak-kanak tersebut turut ingin menjaganya namun dia memilih untuk hidup seorang diri di rumah peninggalan orang tuanya.

Sehingga kini Dang Van Khuyen hidup berdikari seorang diri dengan meneruskan hidup sambil berkebun serta turut dibantu oleh jiran-jiran yang mengasihaninya. Dia juga turut menanam ubi di kawasan rumah serta mencari pucuk buluh sebagai sumber makanan hariannya. Jiran-jirannya juga turut memberikan makanan kepada kanak-kanan berkenaan.

Memasak
Memasak nasi dan lauk hanya menggunakan dapur kayu. Foto China Press
guru dang van khuyen
Dang bersama guru sekolahnya yang datang melawat Dang. Foto China Press

Menurut sumber, sebenarnya memang ramai yang ingin memberikan bantuan terhadap Dang Van Khuyen, namun dia menolaknya serta memilih untuk menyara dirinya sendiri selain turut menolak menjadi anak angkat sesiapa saja yang menawarkan untuk menjadi ibu bapa angkatnya.

Kanak-kanak hebat ini masih meneruskan persekolahannya seperti biasa malahan diberikan keistimewaan dengan dikecualikan daripada membayar yuran sekolah ekoran keadaannya yang hidup seorang diri dan ramai yang amat simpati dengannya selepas kisahnya viral di laman Facebook.

Kecekalan kanak-kanak hebat ini sememangnya pasti akan menginsafkan sesiapa sahaja. Dang Van Khuyen boleh dijadikan sebagai kanak-kanak contoh yang hidup berdikari dengan menyara dirinya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa di sekelilingnya. Semoga kisah kanak-kanak ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Dang Van Khuyen Budak 10 Tahun Sara Diri Selepas Ayah & Nenek Tiada Iskandar Ariffin

Cara Mencuci Kerang Agar Bersih (Buang Lumpur Dari Perut Kerang)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Kerang adalah antara makanan laut yang sangat digemari ramai dan ia boleh dimakan dalam berbagai jenis masakan dan makanan. Namun, cara mencuci kerang agar bersih atau cara menyiang makanan ini agak sukar dilakukan jika kita tidak tahu menghilangkan lumpur, tanah atau pasir yang berada di dalam kerang malahan isi kerang juga akan berbau hanyir.

Bagi anda yang sedang mencari petua atau cara mencuci kerang supaya bersih dan putih, tips masak kerang supaya tidak berbau hanyir, kami kongsikan caranya yang diambil dari perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Puan Samsiah Mohamad yang menunjukkan cara yang beliau buat langkah demi langkah.

Cara Mencuci Kerang Supaya Bersih

petua basuh kerang

Anda perlu belajar bagaimana petua buang lumpur dari perut kerang ini dan cara mencuci kerang supaya bersih daripada segala kotoran yang tersimpan dalam perutnya sebelum dimasak atau dimakan. Cuba bayangkan setelah ia dimasak dan perutnya terkeluar pasir atau tanah, pasti akan merosakkan makanan tersebut dan tak sanggup lagi nak makan.

Cara menyiang kerang juga agak susah jika dikopek atau mengupas satu-persatu, selain memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, petua membersihkan kerang yang kami kongsikan ini akan menjimatkan masa anda, cepat dan selamat. Ia terbukti berkesan dan ramai yang telah mencuba dengan petua ini.

cara hilangkan hanyir kerang
Kerang direndam bersama garam dan cili kering. – Foto Shamsiah Mohamad

Berikutnya adalah petua untuk membersihkan lumpur, tanah atau pasir yang terdapat dalam perut kerang. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan supaya ianya menjadi dan tidak membuang masa anda. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah :

  • Segenggam garam
  • Beberapa tangkai cili kering

Cara untuk membuat :

  1. Rendamkan kerang bersama garan dan juga cili kering selama 30 minit. Insya Allah, semua kerang tersebut akan berlumba-lumba untuk memuntahkan segala lumpur dan tanah dalam perutnya.
  2. Pastikan kerang yang anda beli itu fresh atau pun segar dan masih hidup.
  3. Hasilnya nanti, isi kerang akan jadi bersih dan kita tak akan termakan lumpur.

cara cepat bersihkan kerang

Anda akan dapat melihat air rendaman kerang tersebut daripada jernih akan menjadi keruh kerana lumpur-lumpur yang terdapat dalam perut kerang telah dikeluarkan dengan sendirinya. Cara mencuci kerang ini juga boleh digunakan untuk siput sedut, kupang dan lain-lain.

Cara Bersihkan Kerang Hingga Putih dan Bersih

Video di bawah menunjukkan cara mencuci kerang dengan menggunakan ais dan hasilnya kerang jadi putih dan bersih. Namun, isi perut kerang belum tentu bersih atau tidak mempunyai pasir atau tanah di dalamnya.

Petua Bersihkan Siput Sedut

Cara mencuci siput sedut pula boleh juga digunakan dengan cara ini dengan meletakkan kelapa parut segenggam dan kemudian tutupkan bekas yang mengisi siput sedut tersebut. Siput itu akan memakan kelapa parut dan dalam masa yang sama akan mencuci dan membersihkannya.

Cara Kopek Kerang Dengan Mudah

Cara mudah kopek kerang adalah dengan petua yang kami kongsikan berikutnya. Apabila kita nak makan kerang, perkara pertama yang kita fikirkan bagaimana cara mengupas kerang dengan cepat dan berkesan. Sebenarnya, taklah susah mana pun, cuma kerajinan sangat diperlukan.

tips dan petua

Tips atau petua ini akan memudahkan proses kupas kerang, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikuti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah. Berikut adalah cara cepat mengopek isi kerang :

Bahan- bahan yang diperlukan

  • Kerang
  • 2 atau 3 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya untuk merebus kerang

Cara-caranya

  • Bersihkan dengan cara mencuci kerang yang kami kongsikan di atas.
  • Kemudian masukkan air untuk merebus kerang
  • Masukkan minyak masak dan minyak akan berada di atas permukaan
  • Tutupkan periuk dan tunggu sehingga kerang masak
  • Kemudian toskan dengan membuang air
  • Seterusnya kopek isi kerang

Dengan mengikuti petua cara bersihkan kerang ini, anda akan mendapati cengkerang sangat mudah dibuka dan akan memudahkan proses mengupas. Malahan isi kerang juga senang ditanggalkan dari kulitnya.

Semoga perkongsian cara mencuci kerang ini akan membantu serta memudahkan kerja anda untuk menyediakan makanan yang berasaskan kerang dengan cepat dan pantas. Petua ini sangat bagus diamalkan kerana makanan laut ini akan menjadi bersih dan selamat untuk dimakan. Selamat mencuba.

Cara Mencuci Kerang Agar Bersih (Buang Lumpur Dari Perut Kerang) Sazarimma

Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Mungkin masih ramai yang tidak mengambil berat tentang hukum harta pusaka atau wasiat harta peninggalan yang akan diwarisi oleh waris terdekat atau pun bukan waris. Biasanya ia mengaitkan ahli keluarga, adik-beradik dan juga sanak saudara mengikut faraid yang telah ditetapkan.

Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati yang mempunyai harta alih dan juga harta tidak alih seperti duit, caruman KWSP, wang insurans, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Manakala, harta tak alih pula ada seperti rumah, tanah, lombong, sawah dan sebagainya. Namun, adakah masyarakat kita hari ini memahami hukum pembahagian harta pusaka? Twitter

Adakah Boleh Harta Peninggalan Dibahagi Tanpa Ikut Faraid

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Boleh atau tidak harta peninggalan si mati dibahagi secara rata dalam kalangan adik beradik tanpa mengikut faraid?

Jawapan

Ilmu faraidh pada Syarak bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/273)

Hukum pusaka ini telah disyariatkan dalam Islam dan telah dinaskan oleh al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulama’. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

(Surah al-Nisa’: 7)

Ayat-ayat berkenaan pusaka di dalam al-Quran jelas mengesahkan bahawa pusaka adalah disyariatkan. Begitu juga hadith-hadith Nabi SAW berkenaan isu ini. Antaranya ialah, Rasulullah SAW bersabda:

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِىَ فَهْوَ لأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Serahkanlah harta-harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada kaum keluarga lelaki yang terdekat.”

Riwayat al-Bukhari (6351)

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (3/284-286), antara lain menyebut: “Pelaksanaan hukum pusaka adalah wajib. Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ ulama’. Ia sama seperti hukum berkenaan sembahyang, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib dilaksana dan diamalkan. Tidak harus diubah atau diabaikan sekalipun ia telah lama disyariatkan.

Ia merupakan syariat Allah yang Maha Bijaksana dan Terpuji. Ia memelihara kepentingan semua orang. Walaubagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka lebih baik, namun undang-undang Allah SWT tetap merupakan undang-undang yang terbaik.

Allah SWT berfirman:

تِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٣﴾ وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Maksudnya: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

(Surah al-Nisa’: 13-14)

harta peninggalan tanah pusaka hukum faraid
Anda wajib mengetahui hukum pembahagian harta pusaka yang tidak mengikut faraid agar tak menjadi dosa.

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, kami tegaskan bahawa apa yang Allah putuskan sudah tentu mempunyai hikmah tersendiri. Terkadang-kadang tercapai oleh akal kita dan kadang-kadang di luar jangkauan akal kita. Justeru, amat perlu seseorang memahami apa yang telah diputuskan oleh Allah.

Kami cadangkan perkara pertama apabila berlaku kematian, mulakan dengan urusan yang membabitkan harta si mati mengikut apa yang telah ditetapkan oleh para ulama’. Antaranya:

  • Gunakan harta tersebut untuk penyelesaian berkenaan dengan urusan pengebumian si mati.
  • Sebarang bentuk hutang yang ditanggung oleh si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
  • Sebarang bentuk acara ibadat membabitkan harta yang belum dilaksanakan oleh si mati hendaklah dilaksanakan dahulu seperti badal haji, zakat, nazar dan lain-lain.
  • Jika si mati pernah berwasiat berkenaan hartanya seperti ingin berwakaf atau memberi kepada seseorang, maka hendaklah dilaksanakan. Tetapi jangan melebihi satu pertiga daripada jumlah nilaian harta.
  • Selepas selesai semuanya, maka barulah harta tersebut berhak dibahagi mengikut faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.
  • Sebelum membahagikan secara sama rata, hendaklah dilakukan secara faraid terlebih dahulu, dan kemudian masing-masing berhak untuk tanazul atau mengurangkan haknya dengan pembahagian secara sama rata. Ini kerana selepas dimiliki, maka menjadi milik sepenuhnya oleh seseorang itu. Justeru, berhaklah ia untuk bertindak membahagikan kepada kaum keluarganya yang lain.
  • Kami juga cadangkan supaya pembahagian pusaka dilakukan secepat mungkin supaya tidak timbul kematian ahli waris yang lain pula sebelum diberikan hak kepada mereka. Ini sudah pasti akan menyukar dan menyusahkan untuk pembahagian dan kadang-kadang membawa kepada ketidak adilan dalam pembahagian. Hal ini juga menyebabkan pembahagian terpaksa dibuat secara beberapa lapis yang dikenali sebagai hukum munasakhah.

Akhir kata, suka kami tegaskan, ramai dalam kalangan kaum keluarga pada asalnya sanggup untuk pembahagian sama rata, tetapi selepas itu dek kerana sesuatu perkara, merasa tidak puas hati dan berlakulah tuntutan demi tuntutan sehingga membawa ke mahkamah.

Semoga jawapan yang kami kemukakan ini mendapat perhatian yang sewajarnya dalam berinteraksi dengan harta pusaka atau peninggalan si mati. Kami berdoa kepada Alah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اِتِّبَاعه وَأَرِنَا الْبَاطِل بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابه وَلَا تَجْعَلهُ مُتَلَبِّسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Semoga perkongsian dan penjelasan tentang harta peninggalan atau harta pusaka dari Mufti Wilayah Persekutuan ini akan menambahkan lagi pengetahuan anda yang masih tidak tahu tentang hukum sama ada perlu mengikut faraid atau tidak. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid? Sazarimma


Ramai Tak Tahu Cara Tuntut Duit Khairat Kematian Bila Waris Meninggal

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Soal kematian atau kehilangan orang tersayang untuk selama-lamanya pastinya kita akan bersedih dan seperti tidak dapat menerima kenyataan. Apatah lagi jika yang meninggal itu adalah ahli keluarga terdekat seperti ibu atau ayah, adik beradik, isteri atau suami dan juga anak-anak tersayang dan lebih teruk lagi jika tiada duit untuk kos pengurusan jenazah atau khairat kematian.

Walau bagaimanapun, kematian itu adalah pasti dan wajib akan dirasai oleh semua makhluk yang berada di atas bumi sebagaimana seperti yang Allah telah janjikan dan mereka yang hidup harus meneruskan hidup selagi nyawa dikandung badan dan yang pasti yang pergi tak akan kembali lagi.

kos pengurusan jenazah

Pembiayaan pengurusan jenazah pada zaman sekarang sememangnya bukanlah murah lebihilebih lagi jika tiada khairat kematian. Kos pengurusan jenazah pada masa ini adalah meliputi lima perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Pengurus Jenazah Masjid AL-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Permai 7, Kuala Lumpur.

  • Kos penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100
  • Kos kain kapan RM250
  • Kos mandi jenazah RM200
  • Kos gali kubur RM500
  • Kos bacaan talkin RM100

Walau bagaimanapun, kos atau harga ini biasanya agak berbeza mengikut tempat serta mengikut masjid kariah di mana tempat tinggal si mati berkenaan menetap. Namun, kos akan terus meningkat jika waris meminta menghantar jenazah dari lokasi luar ke tempat lain seperti kampung halaman.

Mengikut kebiasaannya, kos pengangkutan penghantaran jenazah akan dikira sebanyak RM2 untuk satu kilometer dan ia berbeza mengikut perkiraan pengurusan sesebuah masjid manakala bayaran tol pula akan dibayar oleh waris sendiri.

Ia terbukti kos pengurusan jenazah agak tinggi dan sememangnya tidaklah murah. Waris perlu mengeluarkan semua kos tersebut dan harga semakin meningkat sekiranya seseorang itu meninggal di tempat kerja atau jauh dari tempat tinggalnya seperti di negeri lain.

10 Cara Tuntut Duit Khairat Kematian

cara menuntut khairat kematian

Mungkin ramai yang masih tak tahu jika berlaku kematian, waris boleh menuntut kos pengurusan jenazah di beberapa tempat seperti yang dikongsikan oleh seorang Perancang Harta Syariah dan anda boleh buat semakan jika ada ahli keluarga meninggal dunia dan boleh menggunakan duit tersebut untuk uruskan jenazah.

Mungkin juga ada yang masih tak tahu bahawa waris boleh tuntut duit khairat kematian dan ada juga yang langsung tak tahu serta tak tuntut sehinggakan wang tersebut dibiarkan begitu sahaja dan jumlahnya bukan sedikit ada yang hampir 10K dan ini sangat merugikan.

Mulai sekarang, pastikan anda tahu dan pastikan semua ahli keluarga, pasangan suami atau isteri dan juga anak-anak sekiranya berlaku kematian, mereka boleh menuntut kos pengurusan jenazah seperti yang dinyatakan. Tapi, bila dah dapat duit itu nanti, apa harus kita buat?

Sebenarnya, khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka, jadi ianya terserah kepada budi bicara semua waris sama ada untuk digunakan urusan jenazah, membayar hutang, membuat kenduri tahlil dan sebagainya. Namun, waris harus memastikan urusan jenazah telah selesai menggunakan duit ini dan diingatkan, wang tersebut haruslah digunakan untuk tujuan yang baik.

Berikut adalah 10 tempat tuntutan yang waris boleh buat semakan seperti dikongsikan di laman Facebook oleh Sfatyma Idris. Pastikan anda membaca semuanya satu persatu. Boleh detect tempat kat mana waris boleh tuju nanti.

10 Lokasi Tuntutan Khairat Kematian

khairat kematian asb

1. Khairat Kematian Khariah Masjid

  • Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
  • Syarat: si mati menjadi ahli/ mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO

  • RM 2,000
  • Syarat: si mati menjadi ahli/ pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP

  • RM 2,500
  • Syarat: si mati ahli/ pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA

  • RM 3,000
  • Syarat: si mati Pesara/ Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat

  • RM 3000
  • Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB

  • RM 200 – RM 2,000
  • Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful

  • RM 2,000 – RM 5,000
  • Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/ NGO/ Koperasi

  • RM 500 – RM 5,000
  • Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/ NGO/ Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen

  • RM3000

10. Lain-lain

  • Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian seperti yang dilaporkan oleh Remaja.

Baca : Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Semoga perkongsian cara tuntut duit khairat kematian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kos pengurusan jenazah dengan mudah. Sebolehnya buatlah tuntutan dengan segera dan semua waris berdekatan layak untuk menuntut jika memenuhi syarat. Semoga bermanfaat.

Ramai Tak Tahu Cara Tuntut Duit Khairat Kematian Bila Waris Meninggal Iskandar Ariffin

Santau & Tanda-tanda Terkena Buatan Orang (Cara Merawat Santau)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Dalam masyarakat Melayu sememangnya semua tahu tentang sihir santau atau tuju angin yang biasanya dihantar oleh seseorang kepada orang lain atas tujuan tertentu seperti cemburu, dengki, iri hati, nak musnahkan kehidupan orang lain, meracun musuh dan berbagai lagi. Ia juga dikaitkan dengan ilmu hitam yang diletakkan dalam makanan atau minuman.

Secara umumnya, ia dilakukan melalui dua cara iaitu cara santau angin dan juga fizikal yang mana melalui fizikal biasanya dengan cara meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Dalam makanan pula akan dimasukkan seperti miang buluh, serbuk kaca, paku, besi karat dan bermacam lagi dengan niat untuk mencederakan mangsanya.

Kesemua bahan-bahan tersebut biasanya akan memasuki ke dalam perut mangsa dan tentunya akan melukakan bahagian dalam perut. Apabila seseorang itu termakan racun santau pastinya akan berlaku beberapa keadaan seperti muntah darah, pengsan, pitam dan lebih teruk lagi boleh membawa maut atau meninggal dunia.

santau angin
Jika terkena sihir ini, anda wajib merawat atau mengubati sebelum jadi lebih teruk. – Warga Detik

Ada juga jenis santau yang hanya memerlukan bahan-bahan racun seperti serbuk kaca atau miang bulu diletakkan ke dalam seluar, baju atau kasut mangsanya sehingga menyebabkan mangsa akan derita menggaru sehingga melukakan kulit malahan ramuan tersebut juga boleh memasuki dalam saluran darah mangsa.

Walau bagaimanapun, santau agak sukar untuk mengesan siapakah yang menghantarnya dan siapakah yang sanggup melakukannya. Biasanya, ia dilakukan oleh seseorang yang mengenali mangsa. Oleh itu, anda disarankan untuk mengetahui tanda-tanda terkena sihir santau yang boleh membantu anda jika berdepan dengan masalah ini.

Tanda-tanda Terkena Santau Buatan Orang

Ada tiga jenis bahan utama yang sering digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal, miang, bisa dan pedih seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Rahmat Rahman di laman Facebook.

Bahan bisa boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipoh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

Bahan miang atau gatal seperti miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

Bahan pedih yang melukakan akan menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

santau pengasih
Inilah antara racun santau biasanya terkeluar dari mulut atau badan mangsa sihir ini. – Facebook

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

  • Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Sentiasa sakit pada tulang belakang
  • Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau

Santau Makan dan Minum

Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghaib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin

Ramuan santau tuju angin yang dihantar kepada mangsa dari jauh, sama ada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan dihantar dan dimasukkan secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju

Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa seperti muntah darah dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan di waktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah

Santau langkah dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling atau apa-apa logam yang kecil yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan, di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah barang tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk

Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk perubatan moden dan kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa.

Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan penghantaran santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Rawatan atau Perubatan & Cara Merawat Santau

  • Racun santau ini boleh dikeluarkan dengan menggunakan cara batin dengan keizinan Allah SWT.
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah SWT untuk sembuh dari penyakit ini.
  • Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

Baca : Sihir Pemisah Suami Isteri Jadi Benci Hampir Bercerai

Ayat dan Doa Penawar Racun Santau

Adalah lebih baik sekiranya anda berjumpa dengan pakar santau atau sebaiknya dengan mereka yang lebih arif tentang sihir ini seperti guru, ustaz, pengamal rawatan tradisional atau pusat rawatan Islam sebelum membuat amalan berikutnya.

1. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Asy-Syu’araa’ ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah SWT.
  • Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah SWT.

2. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

  • Surah Al-Israa’ ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah SWT.
  • Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah SWT.

3. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:

  • Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah SWT.
  • Surah Ar-Ra’d ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah SWT.

Pokok Lemba Penawar Racun Santau

Selain cara merawat santau dengan menggunakan doa dan ayat Al-Quran, petua tradisional juga boleh dilakukan untuk elak sihir ini dengan menggunakan akar pokok lemba seperti yang dikongsikan oleh Tuan Md Rosdi Hassan melalui akaun Facebook miliknya.

doa elak santau
Air rebusan akar pokok lemba ini dipercayai mampu merawat sihir santau. – Facebook

Kalau masa kanak- kanak dulu, pokok inilah yang selalu akan dicari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok kelapa sawit yang baru nak membesar dan banyak tumbuh meliar di dalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini kerana buahnya sangat manis bila dimakan buah yang telah masak.

Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyuruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh ditawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu.

Akarnya perlu direbus terlebih dahulu sebelum air rebusan akar lemba tersebut diberikan minum kepada orang yang terkena santau. Tanpa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.

Alhamdulillah, tidak beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya dimakan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

tanda-tanda terkena buatan orang

Baca : Doa dan Ayat Pendinding Diri Dari Sihir dan Gangguan Syaitan

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.

Biasanya ia dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.

Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang. Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.

Jika anda pernah terkena sihir ini yang menyebabkan kehidupan anda menderita dan sekarang telah pulih sepenuhnya, anda digalakkan berkongsi pengalaman santau anda agar dapat membantu mereka yang turut terkena. Anda boleh kongsikan apakah penawar racun ini, bagaimana atau tanda ia keluar dari badan, pakar rawatan terbaik, doa atau surah Al-Quran tertentu dan sebagainya.

Semoga perkongsian maksud santau, tanda-tanda serta jenis-jenisnya berserta cara merawat yang dikongsikan akan dapat membantu anda yang sedang mencari info berkaitan dengan sihir ilmu hitam yang syirik ini. Sesiapa pun yang menghantar, dia telah melakukan satu dosa yang besar. Semoga bermanfaat.

Santau & Tanda-tanda Terkena Buatan Orang (Cara Merawat Santau) Sazarimma

Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Sakit kulit seperti gatal-gatal, kurap, kayap, panau, kudis, ruam, ekzema, psoriasis dan sebagainya adalah antara penyakit kulit yang amat merungsingkan mereka yang mengalami penyakit seperti ini. Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan pesakit harus prihatin seperti bertemu doktor atau pakar serta berusaha untuk sembuh sepenuhnya

Lebih memeritkan apabila pesakit terpaksa berhadapan dengan situasi sakit kulit yang kronik, kritikal dan keterlaluan seperti pedih dan luka berair terkeluar air bisa akibat gatal-gatal sehingga menyukarkan untuk tidur pada waktu malam. Biasanya penyakit kayap, kurap dan panau sangat menyakitkan.

Begitu juga penyakit kulit yang berkait dengan saraf seperti kayap atau Herpes Zoster dalam istilah perubatan yang boleh berjangkit serta menyebabkan jangkitan bakteria dan virus memberhaya. Penyakit ini mempunyai beberapa jenis iaitu seperti kayap ular, kayap api, kayap bunga dan kayap setompok.

Manakala kurap pula atau Tinea Corporis juga penyakit kulit yang menyebabkan jangkitan sejenis kulat atau Fungus yang dikenali sebagai Dermatophyte. Ia mempunyai 3 jenis Dermatophyte akibat kurap iaitu Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton.

Penawar Sakit Kulit Kayap, Kurap, Panau & Gatal-gatal

ubat tradisional cara kampung

Pasti ramai yang mencari cara untuk menghilangkan sakit kulit gatal-gatal di badan yang mereka alami dengan menggunakan cara perubatan moden iaitu dengan membeli ubat di farmasi atau klinik dan juga hospital. Walau bagaimanapun, petua tradisional cara kampung atau rawatan alternatif juga boleh dicuba sebagai ikhtiar yang boleh dijadikan sebagai penawar.

Berikut dikongsikan cara merawat penyakit kayap, kurap, panau, gatal-gatal dan sebagainya menggunakan cara Islam dan petua tradisional berdasarkan perkongsian Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang sangat terkenal di laman sosial yang telah membantu ramai pesakit.

Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kulit akibat terkena penyakit kayap, kurap, panau, gatal-gatal satu badan dan sebagainya yang berkaitan dengan sakit kulit, anda boleh cuba dengan cara merawat yang menggunakan doa atau ayat suci Al-Quran seperti yang dikongsikan di bawah:

1. Ambilkan air panas suam dan masukkan tiga sudu garam halus, kacau sampai larut dan masukkan lada hitam sebiji ke dalam air tersebut seterusnya membaca ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:

  • Al-Fatihah 7 kali
  • Zikir ‘Yaa Saalam’ 70 kali
  • Diakhiri dengan selawat 7 kali

2. Setelah selesai membaca kesemuanya, sapukan air garam tersebut ke tempat pertama yang terkena gatal kemudian baru sapu ke tempat lain yang mengalami kegatalan itu.

Insha Allah, siapa yang terkena kayap kebiasaannya dalam masa 3 hari akan kering dan sembuh termasuk sakit gatal yang lain seperti kurap, panau dan sebagainya. Buatlah dengan yakin serta ikhlas. Insha Allah akan dipermudahkan.

Petua Hilangkan Kayap Cara Kampung

Berikut dikongsikan juga cara merawat penyakit kayap, kurap, panau, sakit kulit dan gatal-gatal satu badan dengan cara kampung yang dikatakan sangat mujarab dan berkesan jika diamalkan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ini terbukti ubat tradisional juga mampu menghilangkan penyakit kulit seperti ini selepas ramai yang mencuba petua ini seperti dikongsikan di Facebook.

Daun Cili & Kapur Makan

doa merawat kayap
Daun cili harus ditumbuk dan dicampurkan dengan kapur makan sebelum digunakan.

Ambilkan daun cili dan juga kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan dengan sedikit kapur, kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Insya Allah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari saja dan lihat hasilnya.

Daun Pokok Duit-duit

petua kayap kurap panau
Pokok duit-duit dikenali sebagai Pyrrosia piloselloides dalam bahasa saintifik.

Untuk hilangkan kayap atau sakit kulit, ambilkan daun pokok duit-duit kemudian perlu ditumbuk hancur atau lumat daunnya seterusnya air perahan daun tersebut perlu ditekap pada tempat yang terkena kayap dan dibengkung selama semalaman.

Ubat Makan dan Krim Kayap

cara hilangkan panau dan kurap
Bertemu pakar adalah jalan terbaik untuk mencegah penyakit kulit ini.

Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. Penyakit ni sesiapa pun boleh kena termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya masa mula-mula terkena tak tahu pun itu kayap dan memanglah masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu saja dah kering.

Daun Delima & Bedak Sejuk

kayap ular membawa maut
Daun pokok delima sememangnya banyak khasiat yang tersendiri.

Petua kayap setompok menggunakan daun delima ditumbuk lumat campur bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, Alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sikit takut nanti terasa bisa dan gatal. Yang penting sekali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak atau berjangkit.

Pucuk Daun

cara merawat dan rawatan kayap
Semua pucuk daun ini harus ditumbuk atau blend sehingga lumat.

Pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun semambu. Semua daun di atas ditumbuk atau diblender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada kayap tersebut.(Tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makanan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng berminyak tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Akar Rumput Kerbau

rumput paitan
Rumput ini sangat digemari oleh kerbau. – Facebook

Rumput ini memang sangat mudah untuk didapati dan anda perlu guna akar dari rumput kerbau ini saja, basuh sehingga bersih dan celup ke dalam bedak sejuk. Kemudia sapu pada tempat yang terkena penyakit kulit ini.

Garam Bukit

cara hilangkan gatal-gatal
Garam bukit juga mempunyai bermacam jenis dan mudah didapati.

Menggunakan garam bukit (rock salt). Cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.

Selepas itu, ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut terus berselawat dan minum (Sunnah Rasul). Ini adalah rawatan secara dalaman dan luaran, insya Allah penyakit kayap akan sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk sakit kulit yang lain seperti jerawat, gatal-gatal serta penyakit kulit seperti kurap, panau dan lain-lain.

Keladi Candik

petua hilangkan kayap panau dan kurap
Keladi candik juga mempunyai nama lain iaitu keladi merbah. – Facebook

Ambil sebatang pokok keladi candik atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Baca : Cara Kurangkan Gatal Ekzema Dengan Elakkan Makanan Ganggu Usus

Pantang Larang Penyakit Kayap

1. Elakkan makanan yang berbisa atau gatal. Hanya makan makanan berpantang seperti ibu mengandung yang bersalin iaitu makanan yang dibakar, rebus atau pun stim saja dan paling penting elak makanan yang ada minyak.

2. Sebaiknya elakkan diri kita daripada mendekati orang lain seperti ahli keluarga dan kawan-kawan kerana ia mungkin akan berjangkit dalam bermacam keadaan.

3. Jangan memakai pakaian yang lembab atau basah serta pakaian yang masih panas iaitu baru sahaja diangkat dari ampaian dan sebagainya.

4. Jangan memakai pakaian yang ketat dan sebaiknya pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan dan juga luka pada kulit sekiranya pakaian bergeser dengan kulit.

5. Elakkan menggaru pada bahagian yang terkena kayap kerana jika kerap digaru ia boleh juga merebak ke bahagian badan yang lain dan sebaiknya sapukan ubat untuk hilangkan rasa gatal kerana sakit kulit ini.

6. Sewaktu mandi perlu berhati-hati ketika mencuci badan dengan sabun dan sebaiknya gosok bahagian yang mempunyai kayap itu dengan perlahan-lahan supaya bahagian itu juga dapat dibersihkan dengan betul.

Semoga perkongsian cara merawat dan petua hilangkan kayap, kurap, panau dan sakit kulit gatal-gatal di badan berserta doa dan ayat Al-Quran ini mampu membantu anda untuk mencegah penyakit ini. Semoga anda cepat sembuh dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Semoga bermanfaat.

Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan Sazarimma

Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Ketika cuaca panas tekak pasti terasa haus dan inginkan sesuatu makanan yang sejuk atau mempunyai ais, apatah lagi jika berada di hujung minggu, tentunya macam-macam makanan yang kita nak makan. Apa kata anda cuba buat sendiri pencuci mulut iaitu agar-agar berasaskan buah naga atau dragon fruit yang kami kongsikan iaitu resepi puding buah naga susu yang sedap dan mudah ini.

Makanan pencuci mulut seperti puding buah-buahan ini biasanya amat disukai oleh kanak-kanak dan tak kurang juga orang dewasa. Lebih-lebih lagi buah dragon fruit ini rasanya sangat manis dan sedap. Resepi puding buah naga susu ini dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek menerusi laman facebook.

Resepi Puding Buah Naga Susu Simple & Sedap

puding buah naga merah
Dragon fruit juga ada yang mempunyai isi putih dan rasanya ada yang manis.

Sebelum anda membuat puding buah naga ini, anda wajib tahu tentang info penting yang disampaikan oleh Puan Nurhayati iaitu, bancuhan agar-agar bertali lihat cara buat di belakang paket. Yang saya gunakan, meminta saya bancuh 1500 mls air. Jadi saya bahagikan dua 750 mls campur 750 susu cair. Cara masak puding buah naga susu ini, anda boleh lihat seperti di bawah.

Bahan-bahan Puding Buah Naga

agar-agar buah segar dragon fruit

  • 1 biji buah naga (isi merah)
  • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
  • 750 mls susu cair
  • 750 mls air kosong
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)

Nota : Untuk resepi puding buah naga ni, saya guna loyang 7 inci.

agar-agar untuk bayi

Mula-mula, buah dragon fruit ni potong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.

jeli buah naga simple

Dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.

puding buah naga santan

Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

puding naga susu

Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.

resepi agar agar buah naga merah

Kacau hingga gula sebati.

cara buat agar-agar buah naga

Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.

cara buat puding dragon fruit

Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

agar-agar dragon fruit

Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.

resepi puding buah naga manis

Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.

Baca : Resepi Ais Krim Buah Homemade Yang Sihat Untuk Anak-Anak

resepi puding buah naga susu

Beginilah puding buah naga bila dah potong, anak-anak dah ready kat depan tv. Mak dia dah ambik 2-3 potong, cukai. Haha!

Resepi puding buah naga susu yang dikongsikan Puan Nurhayati Abd Malek ini rupanya senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan ditambah dengan warnanya yang cantik memukau. Selain buah dragon fruit merah anda boleh juga menggunakan buah naga yang isi berwarna putih dan rasanya mungkin agak berlainan.

Untuk resepi puding buah naga susu ini, selain susu anda boleh juga menggantikan dengan santan kelapa dan apa saja bahan-bahan yang ingin anda buat atau olah adalah mengikut kreativiti anda sendiri. Anda boleh juga letakkan topping seperti serbuk biskut coklat, strawberry dan lain-lain. Selamat mencuba.

Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit) Sazarimma

Khasiat Nanas dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ramai Tak Tahu

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Buah nanas atau nenas adalah antara buah yang biasanya amat disukai ramai orang kerana khasiat dan kebaikan buah ini, sama ada dimakan mentah begitu saja atau dibuat jus, kek dan sebagainya. Rasanya yang sangat manis dan sedap menyebabkan ia sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan.

Mungkin ada yang tidak tahu, eksport nanas Malaysia adalah antara yang terbesar malah ianya terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah puluhan juta ringgit setahun. Ladang nenas terbesar adalah di negeri Johor yang kini semakin tinggi permintaannya untuk dieksport ke luar negara.

Khasiat Nanas Untuk Kesihatan

manfaat buah nanas untuk diet
Buah nenas sentiasa menjadi pilihan ramai orang dalam kehidupan seharian.

Ikuti perkongsian Dr Hafiz Sulaiman yang menerangkan manfaat dan khasiat nanas untuk kesihatan kita. Selain itu, beliau turut berkongsi tentang sesetengah orang tidak digalakkan memakan nenas atas sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Nanas : Manfaat dan Mudarat

Nanas ni, setengah orang kata tajam, sesetengah orang guna untuk masalah batuk dan sakit sendi.

Apa manfaat nanas untuk kesihatan?

Nanas kaya dengan antioksida, polifenol dan antiradang dinamakan bromelin.

1. Bromelin nanas ni antiradang kuat. Ia dikatakan mampu kurangkan sakit sendi, otot dan mencepatkan pemulihan kecederaan.

2. Bromelin membantu pencernaan terutamanya protein. Daging steak biasa guna bromelin nanas untuk lembutkan daging. Saya selalu ambil bromelin masa rajin buat diet keto dulu-dulu. Jadi kurang stres berdiet hehe. Teknik rahsia.

3. Bromelin bantu tingkatkan imuniti dan mengurangkan alahan. Macam mana? Banyak kajian mengaitkan dengan ciri antiradang. Tapi saya lebih cenderung berpendapat kerana kesannya menstabilkan histamin, punca badan sensitif dan mudah radang.

4. Bromelin lambatkan pembekuan darah. Saya tengok sendiri wallahi. Darah dalam tabung uji lambat membeku bila ambil dos tinggi bromelain. Kagum Ma sha Allah.

5. Bromelain ni antikanser. Tapi kajian tabung uji saja ya. Saya juga percaya bromelin saja tak cukup lawan kanser. Kanser ialah sel genius yang perlu strategi holistik dan komprehensif. Apa pun bromelain boleh masuk list terapi antikanser sebab selamat.

Tapi AWAS! kita kena perhatikan 3 tanda-tanda nanas tak sesuai untuk kita.

khasiat buah nanas
Jus nenas memang sangat sedap dan manis menyelerakan.

1. Ada masalah gastrik, GERD atau sistem pencernaan sensitif.

Nanas ini bersifat asid. pH 3-4. pH neutral ialah 7. Jadi, nanas boleh sebabkan iritasi perut, esophagus dan sistem pencernaan. Lidah pun boleh pedih juga.

Jika ada masalah di atas, elakkan nenas terutamanya sewaktu perut kosong.

2. Jika ada masalah alahan dan angin sensitif.

Nanas juga berpotensi sebabkan badan jadi lebih sensitif bagi orang ada masalah angin dan alahan. Ini kerana nenas ialah makanan TINGGI HISTAMIN. Bahan saraf penyebab sensitif, terukkan alahan dan angin.

3. Jadi, ada orang sakit lidah, sakit tekak, ekzema meradang kulit merah dan batuk jadi lebih teruk bila ambil nenas. Ini ialah kerana reaksi tak toleran terhadap histamin tinggi dalam nanas.

KESIMPULAN

1. Iya, nanas membantu pencernaan. Nenas juga berpotensi rosakkan lagi sistem pencernaan. Pedang dua mata.

2. Bila nanas diambil dengan makanan, ia bantu sistem penghadaman. Nenas diambil perut kosong PALING KUAT kesan antiradang.

Namun, jika ada masalah sensitif angin dan masalah kerosakan sistem pencernaan, sebaliknya berlaku. Perut jadi rosak. Radang dan sensitif jadi lebih teruk.

3. Manfaat nanas lebih kepada jangka masa panjang. Mudarat nenas dapat dilihat terus pada yang tidak toleran histamin (ada masalah angin).

Jika sakit sendi kronik, batuk kronik, alahan kronik. Tak semua orang ambil nanas 2-3 minggu pulih terus. Beri masa 2-3 bulan untuk lihat kesannya. Makanan asli ini fitrahnya baik. Nenas jadi bermasalah sebenarnya bila perut kita rosak badan kita jadi sensitif.

Bukan saja tak dapat manfaat nanas. Malah, jadi mudarat pula. Maka untuk sihat, rahsianya ialah pulih perut, pulih penyakit, pulih perut, pulih angin.

Baca : Cara Makan Nenas Dengan Mudah, Salah Rupanya Selama Ini Kita Kopek

Kebaikan Nanas Dalam Kehidupan

kegunaan dan kelebihan nanas
Selain dimakan begitu saja, nenas juga boleh dibakar dimakan bersama santan.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi tentang betapa bagusnya nenas dalam kehidupan seharian kita. Menurut doktor tersebut, buah ini sebaiknya diambil setiap hari untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Antara kebaikan dan khasiat nanas adalah seperti berikut :

  • Boleh turunkan berat badan
  • Mampu sembuhkan luka terbakar
  • Membentuk tulang yang kuat
  • Sangat bagus untuk kesuburan
  • Untuk kecergasan otak
  • Menghapuskan kahak
  • Kecantikan kulit

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu saja. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan resdung. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas. Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik. Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ. Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Baca : Resepi Pajeri Nenas Simple Sedap dan Mudah

Mulai hari ini, anda boleh amalkan dengan mengambil nanas sebagai makanan atau dalam diet harian sama ada dimakan begitu sahaja atau dimasak dengan berbagai jenis masakan berasaskan buah nenas. Ini terbukti khasiat nanas sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Semoga bermanfaat

Khasiat Nanas dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ramai Tak Tahu Sazarimma

Petua Keluarga Bahagia & Tips Kebahagiaan Rumah Tangga (Doa)

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Setiap pasangan yang berumahtangga pasti mengharapkan sebuah keluarga yang amat bahagia selamanya namun untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tiada kerjasama dari suami atau isteri. Apakah tips dan petua keluarga bahagia?

Kebahagiaan rumah tangga pasti tidak tercapai sekiranya pasangan suami isteri itu tidak mempunyai asas keluarga bahagia seperti menjaga hubungan, tiada kemesraan, mementingkan diri sendiri dan banyak lagi yang harus diketahui.

Tips & Petua Keluarga Bahagia

Kami kongsikan beberapa petua, cara dan tips serta doa-doa keluarga bahagia yang boleh diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri seperti mana yang turut digalakkan dalam Islam serta cara-cara mewujudkan keluarga sakinah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam.

tips dan petua keluarga sakinah

1. Solat di Awal Waktu

Mendirikan solat di awal waktu tentunya keluarga bahagia. Perbezaan orang yang hanya sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, umpama langit dan bumi, sangat jauh beza dan pastinya Allah akan menghujani rezeki pada setiap rumah orang-orang yang menjaga solat di awal waktu.

2. Wujudkan Ta’lim Dalam Rumah

Mewujudkan ta’lim di dalam rumah sekurangnya 30 minit pada setiap hari. Ta’lim merupakan sesi berkumpul dengan keluarga dan bercerita tentang keagungan Allah, kisah tentang nabi, tafsir quran dan juga hadis-hadis. Jadikanlah rumah kita itu sebagai sebahagian dari taman syurga yang indah.

3. Berjemaah Setiap Hari

Mewujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya dalam sekali sehari iaitu solat berjemaah, makan bersama-sama dengan ahli keluarga dan berbual atau berkongsi cerita. Dalam ketiga-tiga waktu ini, anda perlu haramkan penggunaan handphone dan TV.

4. Menghormati Antara Satu Sama Lain

Menguap atau pun sering melihat handphone sewaktu pasangan, adik-beradik atau anak-anak yang ketika itu sedang bercerita atau berbual, adalah satu akhlak yang sangat buruk dan tidak baik diamalkan.

5. Berdoa Untuk Ahli Keluarga

Wajib menyebut nama pasangan suami atau isteri, adik-beradik dan anak-anak ketika dalam doa selepas solat pada setiap hari atau setiap kali selesai solat lima waktu dengan meminta serta mendoakan agar keluarga kita menjadi keluarga bahagia dunia dan akhirat.

6. Mengasihi dan Menyayangi

Memperbanyakkan menyebut “Ya Arhamar Rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) agar setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu iaitu penyayang dan pengasih atau saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi.

7. Tiada Sikap Malas

Elakkan sikap malas dalam diri. Buang terus perkataan MALAS dalam kamus hidup kita. Allah membenci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kita wajib kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan media sosial, kurangkan hiburan. Kerana semua itu adalah punca terjadinya malas.

8. Toleransi dan Lemah Lembut

Tanda-tanda Allah sayang pada keluarga kita adalah bila setiap seorang ahli keluarga boleh berlembut dan bertolak ansur sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, selalu bertengkar, kerap merajuk dan mementingkan diri sendiri, itu maknanya keluarga kita masih lagi jauh daripada Allah.

9. Yakin dan Redha Kerana Allah

Orang-orang yang paling bahagia dan kaya adalah orang yang mengenali Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat dan yakin dengan setiap musibah serta nikmat itu adalah kerana kasih sayang daripada Allah.

10. Menghayati dan Membaca Al-Quran

Apakah ciri-ciri rumah yang disukai oleh Allah? Rumah yang senantiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Cuba bayangkan Rasulullah akan datang ke rumah kita petang nanti? Adakah kita akan mengelak atau malu?

Adakah kita akan berikan Al-Quran yang penuh habuk yang telah lama tak dibaca kepada Rasulullah? Adakah kita ketika itu dalam keadaan yang bersedia untuk menyambut Rasulullah dan yakin Baginda akan suka datang ke rumah kita? Tepuk dada, tanya selera.

11. Menunaikan Tanggungjawab

Nafkah yang wajib untuk seorang suami kepada isterinya ada tiga kesemuanya iaitu:

  • Tempat tinggal
  • Makanan
  • Pakaian

Suami isteri yang masih lagi tinggal di rumah ibu atau mak mertua atas apa saja sebab, itu bermakna suami tersebut belum dapat menyempurnakan nafkah tempat tinggal kepada isterinya. Tetapi jika tiada lagi pilihan, suami harus atau perlu memberi bayaran sewa atau sumbangan yang setimpal kepada pemilik rumah sebagai menyempurnakan nafkah tersebut.

Ini adalah kewajipan dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, suami akan terus menanggung dosa dan boleh menjadi punca atau asbab mengapa rezeki keluarga sempit, sering tak cukup dan juga rumahtangga tidak menjadi keluarga bahagia melainkan porak peranda.

12. Tidak Merungut

Rasulullah SAW langsung tidak pernah merungut apabila makanan yang disajikan atau dimasak oleh isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap atau layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk atau cemburu isterinya atau sebarang kesusahan dalam rumah tangga.

Rasulullah tidak pernah merungut sekali pun. Mengapa dan apakah sebabnya? Kerana merungut itu adalah salah satu tanda-tanda hati kita telah hitam.

13. Menjaga Kebersihan Diri dan Tempat Tinggal

Bagaimana untuk kita nak bersihkan hati yang telah hitam? Kita wajib merajinkan diri untuk basuh toilet, membersihkan rumah. Semua kerja-kerja ‘kotor’ sebegini pasti akan membersihkan hati serta menundukkan jiwa.

Sambil membersihkan tandas misalnya, ulangi kata-kata ini dalam hati kita dengan berulang-ulang agar kita sedar ;

“(Sebut Nama Sendiri), kau bukan siapa-siapa, kau tiada apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”

14. Sentiasa Sabar, Terima Kelebihan dan Kekurangan

Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan serta anak-anak, kita wajib sabar dan sabar. Sebelum apa-apa, perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu.

Terkadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

15. Ikhlaskan Hati dan Perbuatan

Setiap kali kita buat apa saja kebaikan, jangan mengharapkan pujian oleh pasangan tetapi harapkanlah dipandang Allah dan Allah sayang. Sebab apabila Allah sayang, secara automatik seluruh makhluk-Nya akan suka dan menyayangi kita.

16. Mengekalkan Mawaddah

Mengekalkan mawaddah iaitu romantik dalam rumah tangga. Jalan-jalan dengan pasangan berpegangan tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, memandang wajah pasangan dengan penuh rasa cinta walaupun ketika itu ada di depan anak-anak asalkan tidak melebihi batasan.

17. Menghargai Keluarga

Sentiasa ringankan mulut untuk mengucapkan kata-kata cinta, penghargaan, segala pujian serta dorongan kepada pasangan masing-masing dan tidak dilupa terhadap anak-anak pada setiap hari. Tindakan ini pastinya akan melembutkan hati selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

18. Menjaga Tutur Kata

Rasulullah SAW tidak pernah memukul, merotan, mengurung atau meninggikan suara terhadap pasangannya dan juga anak-anak. Baginda sangat bijak menggunakan kemahiran berkomunikasi dan menjaga tutur kata yang berhemah untuk menyelesaikan sebarang konflik dan tekanan.

Sebarang kekerasan atau kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan juga akan menjarakkan hubungan bukannya menambahkan lagi kasih sayang atau menjadi keluarga bahagia.

19. Mengubah Cara Hidup Yang Lebih Baik

Cara kehidupan kita akan menentukan bagaimana cara mati kita. Bagaimana cara mati kita nanti akan menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. Jadi, kalau inginkan pengakhiran dan kesudahan yang amat baik, kita harus perbetulkan cara hidup kita bermula dari sekarang.

20. Sentiasa Membuat Kebaikan

Selalu buat kebaikan walaupun kepada pasangan kita yang tak pandai menghargai kita, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut.

Kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah. Berbuat baik kepada pasangan atau manusia kerana inginkan Allah sayang pada kita, bukannya kerana inginkan pasangan sayang. Ingatlah, tiada satu pun kebaikan di dunia yang sia-sia.

21. Jaga Keharmonian Rumah Tangga

Rumah tangga yang bahagia dan sejahtera adalah salah satu syurga di dunia. Sesiapa yang tidak berusaha untuk mencapai syurga dunia, tidak akan mampu untuk beroleh syurga di akhirat nanti. Maka, adalah penting untuk kita terus berusaha untuk mencapai keluarga sejahtera, sebelum menghadapi mati.

22. Membimbing Isteri dan Anak Ke Jalan Allah

Seorang suami yang rajin membantu isteri seperti menolong basuh pinggan bukanlah seorang suami dayus. Suami yang rajin tolong menyidai baju bukanlah suami yang dayus. Suami yang sering tolong mandikan anak-anak bukanlah suami yang dayus. Seorang suami yang taat dan patuh kepada isterinya bukanlah suami dayus.

Tetapi seorang yang suami dayus itu adalah suami yang langsung tidak mampu membimbing isterinya untuk ke jalan Allah, tidak mampu menjaga aurat isterinya dan tidak mampu untuk membentengi isterinya dari azab api neraka.

23. Menjaga Solat Lima Waktu

Rumah tangga yang bahagia sentiasa mempunyai solat dan zikir serta kebaikan di dalamnya pastinya akan terus tenang dan bahagia selamanya.

24. Sentiasa Ingat Allah Dalam Apa Jua Keadaan

Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya diibaratkan seperti jarak dahi dengan tempat untuk sujud. Walau apa pun konflik di dalam rumah tangga, ingatlah kita harus kembali pada Allah.

25. Menjaga Kualiti Solat Keluarga

Kualiti sesebuah keluarga bahagia itu sebenarnya adalah terletak pada kualiti solat anggotanya yang berada di dalamnya.

26. Bersedekah & Amal Jariah

Sentiasalah bersedekah atau memberi sesama anggota keluarga. Kerana perbuatan sedekah itu adalah lebih tajam daripada doa.

27. Jadikan Keluarga Kita Keluarga Bahagia

Keluarga itu adalah asas kehidupan. Kalau keluarga bahagia sejahtera, keseluruhan perjalanan hidup kita akan terus jadi mudah.

28. Menjaga Kehormatan Isteri

Seorang suami itu perlu ada sifat ‘ghirrah‘ yang membawa maksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memeliharakan kehormatan isteri sendiri dan menghindari isteri daripada sebarang maksiat dan dosa.

Sebagai contoh, sekiranya isteri ingin keluar rumah bersama kawan-kawannya, suami boleh mengizinkannya dengan syarat auratnya sentiasa terpelihara dan pergaulan isteri terjaga.

Baca : Ciri-ciri Isteri Derhaka Kepada Suami

Doa Untuk Kebahagiaan RumahTangga

Selain daripada petua dan tips untuk kebahagiaan keluarga tercinta yang boleh suami isteri amalkan, ada juga beberapa doa keluarga bahagia agar rumah tangga aman dan damai, supaya anak rajin solat dan mendapat zuriat atau keturunan yang baik-baik.

Kami sertakan juga doa untuk rumah tangga yang sedang bermasalah agar diberi kesejahteraan, kemakmuran dan sukses dunia akhirat seperti mana yang telah tertulis dalam kitab suci Al-Quran.

Doa Untuk Rumah Tangga Bermasalah

Amalkan doa ini apabila rumah tangga sedang bermasalah, dilanda badai atau diuji dengan sebarang musibah. Kita amat digalakkan untuk mengamalk doa ini untuk kebahagiaan rumah tangga :

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Doa Agar Anak Rajin Solat

Doa supaya anak rajin solat atau agar seluruh ahli keluarga tidak meninggalkan solat serta sentiasa menjaga solat masing-masing :

Surah Ibrahim Ayat 40

Doa Untuk Ibu Bapa, Anak-anak dan Keluarga

Doa supaya Allah sentiasa memelihara ibu bapa kita dan jadikan anak-anak kita patuh dan taat serta menjaga kebahagiaan rumah tangga :

Surah Al-Ahqaf Ayat 15

Doa Memohon Zuriat Yang Baik

Doa memohon zuriat yang soleh, yang baik dan supaya Allah sentiasa memberi kesabaran kepada kita ketika belum mempunyai zuriat :

Surah Maryam Ayat 1-10

Doa Keluarga Bahagia

Doa keluarga bahagia atau sakinah untuk kebahagiaan rumah tangga dan keturunan, kesejahteraan keluarga termasuk anak-anak secara keseluruhan.

Surah Al-Furqan Ayat 74

doa untuk keluarga bahagia kebahagiaan rumah tangga
Doa keluarga bahagia dari Surah Al-Furqan Ayat 74.

Maksud Rumi :

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa saja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Semoga apa yang telah dikongsikan ini akan bermanfaat buat semua serta akan menjemput rahmat Allah SWT ke dalam keluarga bahagia anda. Perkongsian ini bukanlah nasihat dan tidak juga untuk menunjukkan bagus dan ia sekadar dikongsi kepada anda semua kerana Allah Taala.

Petua Keluarga Bahagia & Tips Kebahagiaan Rumah Tangga (Doa) Iskandar Ariffin

17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Boleh Keluarkan Sebelum Bersara

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Mungkin masih ramai yang menganggap duit KWSP / EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja & Employees Provident Fund) hanya boleh dibuat ketika usia mencecah 50-an. Sebenarnya, 17 jenis-jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan oleh semua pencarum tanpa perlu menunggu umur sehingga nak bersara.

Duit simpanan KWSP boleh dikeluarkan pada bila-bila masa saja iaitu sebelum dan selepas mencapai umur persaraan. Pengeluaran KWSP ini diwujudkan kerana untuk membantu pencarum EPF atau penyimpan bagi membuat persediaan awal sebelum dan ketika dalam persaraan.

Kepada anda yang mempunyai simpanan dalam akaun KWSP dan ingin mengeluarkan duit simpanan EPF tersebut kerana tujuan tertentu seperti untuk pendidikan, rumah dan sebagainya, anda perlu buat semakan cara-cara dan jenis-jenis pengeluaran KWSP sebelum melakukan sebarang transaksi tersebut.

17 Jenis-jenis Pengeluaran KWSP

pengeluaran kwsp akaun 2 untuk peribadi

Pengeluaran Sebahagian

  1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
  2. Pengeluaran Pendidikan
  3. Pengeluaran Membeli Rumah
  4. Pengeluaran Membina Rumah
  5. Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  6. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  7. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  8. Pengeluaran Perumahan PR1MA
  9. Pengeluaran Haji
  10. Pengeluaran Kesihatan
  11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pengeluaran Penuh

  1. Pengeluaran Umur 55 Tahun
  2. Pengeluaran Umur 60 Tahun
  3. Pengeluaran Pekerja Pencen dan Pesara Pilihan
  4. Pengeluaran Hilang Upaya
  5. Pengeluaran Meninggalkan Negara
  6. Pengeluaran Kematian

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Dua jenis pengeluaran EPF untuk kategori umur 50 iaitu :

  • Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
  • Sebahagian dari Simpanan Akaun 2

Pengeluaran EPF menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Kad pengenalan/MyKad
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal
  • Sijil Kelahiran/Surat Pengesahan Identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

Info : Ahli tidak perlu mengisi borang permohonan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas ‘Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti permohonan pengeluaran.

Pengeluaran EPF TANPA menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Tanpa MYKad
  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal

2. Pengeluaran Pendidikan

pengeluaran kwsp untuk pendidikan

Dua jenis pengeluaran untuk kategori pendidikan iaitu :

  • Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU
  • Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

Pengeluaran pendidikan adalah untuk membiayai :

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian
  • Jumlah baki pinjaman
  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

Syarat kelayakan untuk memohon :

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf
  • Sedang belajar di institusi dalam negara atau luar negara
  • Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan

Dokumen-dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9H (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian

3. Pengeluaran Membeli Rumah

Dua jenis pengeluaran untuk kategori ini iaitu :

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Pengeluaran Individu

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)

Pengeluaran Bersama

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)

Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal sahaja
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat Perjanjian Jualan ATAU Surat Perakuan Jualan Oleh Pentadbir Tanah / Mahkamah – Tarikh Perjanjian / pengisytiharan tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh permohonan
  • Buku bank atau Penyata akaun simpanan

Info – Pinjaman dan pembiayaan perumahan pastinya mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza untuk pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, amatlah penting untuk anda menyusun semua keperluan dokumen untuk melancarkan proses permohonan.

4. Pengeluaran Membina Rumah

untuk membina rumah

Dua jenis pengeluaran EPF untuk kategori ini iaitu :

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Pengeluaran Individu

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

Pengeluaran Bersama

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
  • Perjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)

Dokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua

Pembiayaan pembinaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembinaan rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

5. Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Dua jenis pengeluaran EPF untuk kategori ini iaitu :

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Pengeluaran Individu (Pinjaman Sendiri)

  • Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU
  • Semua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah dan tidak kurang RM500)

Pengeluaran Bersama (Membantu Pinjaman Pasangan)

  • Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU
  • Semua simpanan Akaun 2 pemohon (mana yang terendah dan tidak kurang RM500)

Pengeluaran EPF menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan Penyata Baki Pinjaman Perumahan – mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Maklumat pembiayaan semula (refinance)*
  • Surat Perjanjian Jual Beli ATAU Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
  • Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran – untuk pengeluaran membantu pasangan
  • Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (jika ada) Lihat butiran
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

Pengeluaran EPF TANPA menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Tanpa MyKad
  • Borang KWSP 9C (AHL) (D8) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Maklumat pembiayaan semula (refinance)*
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan – mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Surat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
  • Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran – untuk pengeluaran membantu pasangan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (untuk pengeluaran mengurang/menyelesaikan rumah kedua). Lihat butiran

6. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Dua jenis pengeluaran EPF yang boleh dikeluarkan iaitu :

  • Pengeluaran Individu – Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun 2
  • Pengeluaran Bersama – Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun 2 pemohon

Info Ringkas :

  1. Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam bulan. Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan.
  2. Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
  3. Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah.
  4. Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
  5. KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual/lelong/ hakmilik dipindah atau jika anda didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat/dokumen palsu.
  6. Tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
  7. Tempoh bayaran maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan.

Dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima)
  • Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  • Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal.

7. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

  1. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
  2. Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
  3. Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman.
  4. Simpanan di dalam akaun ini tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan atau Pengeluaran Umur 50.
  5. Wang yang diketepikan untuk akaun ini adalah hak anda dan tidak dipindahkan ke institusi kewangan.
  6. Anda akan terus menerima dividen tahunan untuk simpanan ini tetapi akan di kredit ke dalam Akaun 2.
  7. Anda boleh mengeluarkan simpanan dari akaun ini apabila mencapai usia 55 atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Pengeluaran Pekerja Berpencen.

Syarat Kelayakan Untuk Permohonan

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR)
  • Umur bawah 54 tahun
  • Membeli/Membina rumah kediaman
  • Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

Cara Memohon

  • Dapatkan pengesahan dari institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian rumah/bangunan dan ring fencing
  • Hantar permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui institusi kewangan
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel mesti dipohon bersama Pengeluaran Beli/Bina Rumah ATAU Pengeluaran Pengurangan/Menyelesaikan Hutang Rumah

Info :

Dokumen-dokumen yang diperlukan mungkin berubah untuk permohonan kali pertama dan seterusnya. Oleh itu, ia penting untuk mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk memastikan proses berjalan lancar. Dapatkan maklumat lanjut tentang Pengeluaran Fleksibel.

8. Pengeluaran Perumahan PR1MA

syarat pengeluaran kwsp untuk rumah

Ahli KWSP digalakkan untuk menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari untuk mendapatkan rumah PR1MA pertama. Mulakan langkah pertama dengan kaedah ring-fence supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah baru anda.

Pengeluaran EPF jenis ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan. Jumlah pembayaran PR1MA ditentukan oleh ahli dan tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan. Sebahagian atau semua dari simpanan Akaun 2 (minimum RM50).

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Umur bawah 55 tahun
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hakmilik harta
  • Pembeli rumah PR1MA

Cara Untuk Membuat Permohonan

  • Mendaftar akaun di www.pr1ma.my DAN memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri
  • Tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institusi kewangan
  • Hantar permohonan untuk-
    a. Hadangan Simpanan
    b. Pengeluaran Perumahan PR1MA
    c. Penstrukturan Semula
    d. Pembatalan Hadangan
  • Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP
  • KWSP akan memberitahu anda apabila pengeluaran sudah diluluskan (melalui SMS/mesej keselamatan i-Akaun/Notis)

9. Pengeluaran Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Umur bawah 55 tahun
  • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  • Tidak pernah memohon pengeluaran haji
  • Simpanan di LTH tidak mencukupi

Dokumen yang diperlukan :

Untuk membuat permohonan pengeluaran Haji, anda perlu membawa semua dokumen yang dinyatakan di bawah ke pejabat KWSP yang berhampiran :

  • MyKad
  • Surat tawaran dari LTH dengan status “DIPILIH”
  • Penyata akaun LTH yang terkini

Terma Bayaran Balik

Jumlah pengeluaran perlu dibayar semula sekiranya :

  • Ahli membatalkan/menangguhkan ibadat haji – jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP
  • Ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat – waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini

Baca : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1300 (Akaun KWSP & Tabung Haji)

10. Pengeluaran Kesihatan

Hanya ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran KWSP kesihatan yang boleh dikeluarkan daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan mengikut kelulusan.

Dua jenis pengeluaran yang boleh dikeluarkan iaitu :

  • Pengeluaran individu – Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
  • Pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang diluluskan – Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah)

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Diri sendiri
  • Pasangan
  • Anak-anak anda (kandung, angkat, tiri)
  • Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  • Tidak mendapat rawatan alternatif

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan

Info Penting :

Permohonan pengeluaran yang melibatkan Institusi Perubatan dalam dan luar negara memerlukan dokumen tambahan dokumen sokongan yang mungkin berbeza untuk pembiayaan kesihatan. Oleh itu, adalah penting untuk astikan semua keperluan dokumen lengkap bagi kelancaran proses permohonan.

11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Jika simpanan KWSP anda telah melebihi RM1 juta, anda layak untuk membuat pengeluaran KWSP serta berhak untuk menguruskan sendiri semua lebihan simpanan berkenaan.

Syarat Untuk Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP

Pengeluaran menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Sijil kelahiran/surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

Pengeluaran TANPA MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen Borang
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

12. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Apabila anda mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh keluarkan semua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Jika anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Lima kategori untuk jenis pengeluaran KWSP umur 55 tahun ini iaitu :

  • Pengeluaran Penuh
  • Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
  • Pengeluaran Sebahagian
  • Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
  • Pengeluaran Bayaran Bulanan

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

Pengeluaran menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

Pengeluaran TANPA MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

13. Pengeluaran Umur 60 Tahun

cara keluarkan duit kumpulan simpanan wang pekerja

Pengeluaran KWSP kategori ini adalah lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

Lima kategori untuk jenis pengeluaran ini iaitu :

  • Pengeluaran Penuh
  • Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
  • Pengeluaran Sebahagian
  • Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
  • Pengeluaran Bayaran Bulanan

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Umur 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai simpanan dalam KWSP

Pengeluaran menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

Pengeluaran TANPA MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

14. Pengeluaran Pekerja Pencen dan Pesara Pilihan

Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen dan yang boleh dikeluarkan adalah baki simpanan KWSP selepas pengembalian syer kerajaan.

Syarat Kelayakan Untuk Pekerja Berpencen

  • Umur bawah 55 tahun
  • Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  • Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Dokumen diperlukan menggunakan MyKad untuk Pekerja Berpencen :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/Pengiraan Awal

Dokumen diperlukan TANPA MyKad untuk Pekerja Berpencen :

  • Borang KWSP 9J (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/Pengiraan Awal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal

Syarat Kelayakan Untuk Pesara Pilihan

  • Umur bawah 55 tahun
  • Bersara dari Perkhidmatan Awam secara pilihan/tidak bekerja/bekerja sendiri/ bekerja semula dengan majikan yang lain ATAU Berkhidmat dengan agensi Kerajaan dan telah bersara secara pilihan di bawah Penswastaan/Pengkorporatan tetapi masih bekerja dengan agensi berkenaan
  • Telah menerima bukti pengesahan taraf pesara

Dokumen diperlukan menggunakan MyKad untuk Pesara Pilihan :

  • MyKad
  • Bukti Pengesahan Pesara
  • Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
  • Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA

Dokumen diperlukan TANPA MyKad untuk Pesara Pilihan :

  • Borang KWSP 9J (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Bukti Pengesahan Pesara:
    1. Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ATAU
    2. Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan

15. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan anda mengeluarkan kesemua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.

Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 daripada pihak KWSP sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

Syarat Kelayakan Bantuan Hilang Upaya RM5000

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai usia 55 tahun
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan
  • Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan

Bagi ahli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, bayaran Bantuan Hilang Upaya berjumlah RM5,000 akan diberikan mengikut budibicara KWSP.

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
  • Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)

16. Pengeluaran Meninggalkan Negara

tempoh proses umur 50

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain atau ekspatriat, penduduk tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

  • Permohonan Dalam Negara
  • Permohonan Luar Negara

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja / berhasrat meninggalkan Malaysia
  • Mempunyai simpanan KWSP

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9K (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan pasport yang masih sah laku
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun

Info : Sila rujuk kepada pihal KWSP kerana untuk pengeluaran EPF jenis ini memerlukan dokumen-dokumen tambahan bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara.

17. Pengeluaran Kematian

Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang dan ini akan membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

KWSP menggalakkan semua pencarum membuat penamaan untuk membolehkan waris-waris terdekat dapat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga juga akan dipertimbangkan untuk menerima bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati – NamaSimati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama
  • Sijil Kelahiran ahli ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B)

Semoga perkongsian 17 jenis-jenis pengeluaran KWSP ini akan membantu anda yang sedang mencari informasi berkaitan EPF online. Sebaiknya rujuklah kepada cawangan-cawangan KWSP yang berada berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk keterangan lanjut jika mempunyai sebarang masalah.

17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Boleh Keluarkan Sebelum Bersara Iskandar Ariffin


Jangan Halau Kucing Jika Ia Datang Minta Makanan & Itulah Rezeki

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Jangan sekali-kali kita menghalau atau mengusir kucing yang lapar minta makanan datang mendekati ketika kita sedang asyik makan menjamu selera makanan sama ada di kedai makan, restoran atau di mana saja. Mengapa kita dilarang berbuat demikian kepada binatang comel yang amat disayangi Rasulullah SAW ini?

Kucing adalah haiwan yang amat menyenangi manusia dan binatang comel ini juga disukai oleh ramai orang kerana ia manja, lucu dan mudah didekati. Ia juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri sehingga ramai yang membela di rumah dan ada yang menganggap kucing sebagai keluarga dan kawan sendiri.

Nabi Muhammad SAW sendiri juga ada memelihara kucing yang diberi nama sebagai Mueeza yang amat dikasihi oleh Baginda. Makhluk Allah ini sememangnya disayangi oleh ramai manusia sehinggakan turut dibelai dan dimanja, bukan kerana bulu-bulunya yang cantik tetapi kerana sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Jangan Halau Kucing Jika Ia Minta Makanan

Mungkin ada di antara kita pernah didatangi beberapa ekor kucing ketika sedang melakukan aktiviti di luar seperti makan di restoran. Pasti ada yang suka kucing akan memberikan makanan kepada haiwan ini dan tak kurang juga ada yang mengusirnya malah sanggup menyepak atau memukul binatang ini. Kenapa agaknya kucing minta makanan?

hukum halau kucing
Mengapa kucing datang mendekati kita sedangkan ramai lagi orang lain yang makan?

Tetapi, tidakkah anda terfikir walau sekali, mengapa kucing itu datang kepada anda sedangkan orang lain juga turut makan dengan makanan yang sama malah ada yang makan lebih banyak makanan di atas meja mereka. Tapi kucing tersebut hanya datang kepada anda seperti meminta-minta untuk diberikan makanan kerana lapar.

Pernahkan anda terlintas di fikiran yang sebenarnya kedatangan kucing tersebut seolah menghantar ‘pesan’ atau sebarang ‘petanda’ kepada anda? Mungkin juga ia didatangkan kepada anda dengan mempunyai sebab tertentu yang kita sendiri tidak tahu dan hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya.

  1. Allah sedang memberitahu makanan itu bukanlah rezeki kita semuanya. Sebahagiannya adalah rezeki milik kucing itu sebab itulah dia datang kepada kita
  2. Allah sedang beritahu apabila kita berikan makanan pada kucing itu ada rezeki yang lebih baik akan Allah gantikan kerana setiap satu kebaikan dibalas 10 kali ganda kebaikan. Allah Maha Mampu lebih dari itu
  3. Allah sedang beritahu, jika kita tak berikan makanan pada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak berikan pada kita

Sebenarnya, kedatangan kucing kepada kita tetapi tidak kepada orang lain adalah untuk mengingatkan kita seperti mana Allah SWT jelaskan dalam Al-Quran bahawa dalam rezeki kita masih ada rezeki orang lain dan mungkin itu juga untuk makhluk Allah yang lain iaitu kucing.

Begitu juga dengan zakat fitrah dan zakat harta yang wajib kita keluarkan untuk memenuhi tuntutan Rukun Islam seperti yang telah dituntut oleh Islam. Kita tidak sepatutnya menghalau kucing tersebut dan sepatutnya memberikan kucing sedikit makanan sebagai tanda sedekah kita kepadanya.

tanda kucing datang minta makanan
Sanggup kita halau kucing datang ke rumah dalam keadaan lapar? – Facebook
kenapa kucing mendekati kita
Jangan halau kucing jika ia mengikuti kita ke rumah selagi tak diberikan makanan.

Dalam konteks kucing yang datang ketika kita sedang makan, sebenarnya bertujuan untuk mengingatkan kita yang sering lupa dengan tanggungjawab kita sebagai orang Islam iaitu berkongsi rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Ini bermakna makanan yang sedang kita makan itu adalah rezeki kucing itu juga yang perlu kita berikan kepadanya.

Baca : Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati

Memberikan makanan kepada makhluk Allah iaitu seperti kucing juga adalah salah satu kebaikan yang pastinya kita akan diberikan ganjaran pahala seperti mana firman Allah SWT di mana Allah akan sentiasa melipatgandakan setiap satu kebaikan yang kita lakukan bersamaan dengan 10 kali ganda kebaikan yang lain.

Begitu juga jika kita berkongsi rezeki dengan kucing atau manusia sekalipun, semua itu tetap dikira dan rezeki kita pasti bertambah-tambah yang didatangkan kepada kita dalam berbagai bentuk serta mungkin kita langsung tidak menyedarinya.

Walau bagaimanapun, segala kebaikan yang kita lakukan itu akan menjadi sia-sia sekiranya pemberian kita itu tidak ikhlas atau mempunyai sebab tertentu untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa kita sedang membuat kebaikan. Begitu juga kebaikan yang dibuat dengan mengharapkan balasan daripada orang lain.

Namun, bagaimana pula rezeki atau makanan yang diberikan kepada kucing? Adakah terbalas? Haiwan ini semestinya tidak akan membalas setiap pemberian kita tetapi Allah SWT pasti akan membalasnya kepada kita dengan syarat pertolongan dan pemberian kita itu haruslah seikhlas hati kerana Allah.

Sebenarnya, ketika kita memberikan makanan kepada kucing, kita sedang belajar untuk memberi dengan penuh keikhlasan memandangkan kucing tidak akan membalas setiap satu pemberian kita malah tidak akan berterima kasih. Oleh itu, wajib untuk kita pastikan hati kita sentiasa ikhlas dengan kucing.

Percayalah, kedatangan kucing kepada anda dan haiwan ini meminta serta merayu-rayu meminta belas kasihan dan juga makanan, sebenarnya Allah sedang memberitahu kepada kita bahawa ada rezeki lain yang akan didatangkan kepada nanti. Jadi, berilah makanan kepada kucing dengan penuh keikhlasan.

Baca : Petua Elak Kucing Melepas Merata-rata

Rezeki Allah terlalu luas dan tiada sempadan, rezeki juga bukanlah duit semata-mata tetapi ia didatangkan dalam berbagai bentuk yang kita sendiri tidak akan ketahui. Oleh itu, belajarlah untuk ikhlaskan hati dan berilah makanan kepada kucing jika diminta bukannya mengusir atau menghalaunya.

Hukum Bagi Kucing Makan

Jangan halau kucing dan ingin ikhlas untuk memberi? Berilah kepada haiwan seperti kucing kerana kucing tidak pandai untuk mengucapkan terima kasih kepada kita dan ia hanya tahu merayu meminta dan makan. Rezeki itu luas dan bukan hanya ada pada duit ringgit tetapi meliputi semua seluruh kehidupan.

Jangan Halau Kucing Jika Ia Datang Minta Makanan & Itulah Rezeki Iskandar Ariffin

Zikir Harian Seminggu Isnin – Ahad (Amalan Imam Al-Ghazali)

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Zikir Harian adalah satu amalan yang amat digalakkan dalam Islam yang mana zikir yang mudah itu bermaksud ingat atau sebut. Terlalu banyak kelebihan dan manfaat yang boleh didapati jika diamalkan kerana selain solat dan bersedekah, amalan zikir harian juga antara satu ibadah kita terhadap Allah SWT.

Wirid atau bacaan zikir harian sepertimana yang menjadi amalan harian Imam Al-Ghazali jika kita amalkan mampu untuk kita mencapai darjat yang mulia di sisi Allah SWT. Perkara ini dinyatakan berdasarkan satu hadis yang bermaksud :

Daripada Abu Dzar berkata, beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW :

Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah SWT?

Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya).

Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali

Bacaan zikir sepertimana amalan Imam Al-Ghazali bukanlah sesuatu yang diwajibkan dengan jumlah tepat 1000 kali tetapi itulah amalan zikir harian seorang ulama besar yang ternama dan harus kita ikuti susunan amalan seorang yang alim.

Walau bagaimanapun, jika kita boleh berzikir melebihi 1000 kali sehari dan menjadikan amalan zikir harian itu sebagai rutin, ia tidak menjadi kesalahan malahan amat digalakkan. Lebih baik kita buat daripada tidak membuat langsung.

Zikir Hari Jumaat 1000 Kali

zikir hari jumaat

Fadhilat dan Kelebihan :

Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.

Zikir Hari Sabtu 1000 Kali

dzikir hari sabtu

Fadhilat dan Kelebihan :

Diberikan ketenangan pada jiwa yang mengamalkannya.

Zikir Hari Ahad 1000 Kali

zikir hari ahad

Fadhilat dan Kelebihan :

Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.

Zikir Hari Isnin 1000 Kali

zikir hari isnin

Fadhilat dan Kelebihan :

Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

Baca : Amalan Murah Rezeki Paling Mustajab (Pembuka Rezeki)

Zikir Hari Selasa 1000 Kali

dzikir hari selasa

Fadhilat dan Kelebihan :

Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak.

Zikir Hari Rabu 1000 Kali

video zikir harian

Fadhilat dan Kelebihan :

Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.

Zikir Hari Khamis 1000 Kali

zikir hari khamis rumi

Fadhilat dan Kelebihan :

Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh satu pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.

Baca : Adab-adab Berzikir Kepada Allah (Penenang Hati dan Membersihkan Jiwa)

Semoga zikir-zikir pendek iaitu amalan zikir harian Imam Al-Ghazali yang dikongsikan akan memudahkan kehidupan anda seharian serta beroleh ketenangan dan kebahagiaan dan juga akan menguatkan lagi iman kita kepada Allah SWT. Sememangnya teramat besar ganjaran yang Allah SWT janjikan terhadap hamba-Nya.

Zikir Harian Seminggu Isnin – Ahad (Amalan Imam Al-Ghazali) Iskandar Ariffin

Cara Simpan Gambar Dalam Google Photos Bila HP Jadi Lembap

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Apabila telefon hang kerana terlalu banyak gambar dalam storan pasti akan ada masalah internal storage penuh sehinggakan kita akan stress sebab tidak lagi boleh menggunakan telefon seperti biasa. Ada cara simpan gambar dalam Google Photos supaya telefon tak jadi lembap.

Inilah punca dan sebab telefon jadi hang kerana stroran memory full sepenuhnya kerana mengandungi banyak gambar, file atau video-video. Nak delete gambar satu persatu tentunya akan memakan masa yang agak lama. Nak tahu cara simpan gambar di Google Photo?

Sebenarnya, masalah storan telefon penuh sama ada kerana gambar-gambar atau sebarang file di telefon pintar anda itu dapat diselesaikan dengan mudah iaitu memindahkan semua gambar ke Google Photo untuk dijadikan back up atau simpan tanpa perlu risau masalah full storage dan handphone jadi lembab.

Cara Simpan Gambar & Video di Google Photos

cara backup gambar guna google photo

Cara simpan gambar menggunakan Google Photos memang sangat mudah dan ia boleh dikatakan tempat yang paling selamat untuk disimpan selain sangat menjimatkan tanpa perlu membayar sebarang kos.

Berikut adalah cara-cara back up gambar di Google Photo seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Haziq Hissham. Ikuti perkongsian beliau yang menunjukkan cara dan langkah demi langkah.

Memory card selalu full sebab banyak gambar? Masa terbuang begitu saja kalau nak delete satu persatu. Sebenarnya ada cara mudah untuk backup semua gambar yang kita snap dalam telefon yang disimpan secara cloud dengan aplikasi Google Photo.

1. Jika anda seorang yang rajin nak check storage balance dalam telefon, itu bermakna anda seorang yang pandai jaga phone. Tapi sesetengah orang yang malas nak check, bila nak snap gambar, memory full atau lagi teruk telefon jadi lembab sebab memory dah over limit.

cara nak kurangkan penggunaan ram android

2. Bukakan Google Play Store dan install aplikasi Google Photo ini dalam hp anda. Sebaiknya check dulu sebab ada yang latest android siap-siap pre-install masa purchase. Kalau tiada, maksudnya anda perlu download sendiri. Selepas install, klik open.

simpan gambar online

3. Buka Google Photo dan pastikan anda telah sign in menggunakan Gmail account yang sama dalam phone yang anda gunakan. Guna email yang sama akan memudahkan proses synchronize semua detail yang Google mahukan.

cara clear storage telefon

4. Ini adalah interface Google Photo. Biasanya apps ini akan detect semua gambar dan video yang kita snap menggunakan camera telefon. Jadi, anda tak perlu buat apa-apa, hanya biarkan Google Photo back up semua gambar dan video yang terdapat dalam hp.

Semua gambar akan tersusun mengikut tarikh gambar diambil. Berkemungkinan interface Google Photos di phone anda sedikit berbeza memandangkan Google sentiasa mengemaskinikan semua aplikasi yang dimiliki.

cara buat handphone tidak hang

5. Setiap satu gambar yang disimpan atau backup di dalam Google Photo adalah high quality version dan bukannya raw image. Jika anda tidak kisah apa-apa jenis gambar pun asalkan cantik dan clear, sila abaikan tentang raw ini. Jadi, jika kita upload raw image, storage pula akan limited kepada 15GB sahaja.

cara mengatasi handphone lembab

6. Sekiranya kita memilih untuk upload High Quality image, storage yang telah disediakan oleh Google adalah unlimited. Bermakna beribu-ribu gambar yang disimpan itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

storan telefon penuh

7. Di bahagian setting ada disediakan option untuk capture Google Location yang mana ia akan menambahkan fungsi pencarian gambar mengikut lokasi. Jika kita biasa mengambil gambar dengan banyak dan lupa di mana tempat gambar diambil, anda boleh turn on untuk features ini.

Baca Juga : Cara Guna Aplikasi Waze Supaya Tak Sesat

kenapa handphone jadi berat

8. Google Photo sememangnya mesra pengguna yang mana ia akan menyusun semua koleksi gambar yang terdapat dalam phone mengikut lokasi tertentu. Anda boleh buka ruang Album seterusnya Places.

Selain Places, Google juga boleh menyusun koleksi gambar mengikut objek seperti muka dan makanan. Jadi, anda boleh check muka siapa yang paling banyak yang terdapat dalam telefon kita.

cara selamat simpan gambar

9. Di bahagian ini adalah features yang paling menarik. Setelah setting atau features ini diaktifkan, Google Photos secara automatik akan delete semua gambar dan video yang telah dibackup dalam telefon. Jadi, semua file video dan gambar kita telah selamat disimpan secara cloud dan anda tidak perlu lagi rungsing untuk memikirkan tentang storage full dan sebagainya.

cara memindahkan gambar ke google photo

10. Untuk features tambahan, kita boleh masukkan atau add orang lain seperti family, rakan sekerja atau pasangan dengan menggunakan email mereka supaya dapat berkongsi semua gambar dan video yang telah kita backup di Google Photo. Anda boleh aktifkan features ini dalam ruang yang telah disediakan iaitu Add Partner Account.

adakah google photos selamat

Sebenarnya, masih banyak lagi cara backup atau cara simpan gambar online selain menggunakan Google Photos, antaranya seperti Google Drive, Drop Box, iCloud, Samsung Cloud, One Drive dan macam-macam lagi. Apa pun, aplikasi Google Photo adalah yang terbaik dan lebih selamat untuk menyimpan gambar, video atau apa saja file. Semoga bermanfaat. – Twitter

Cara Simpan Gambar Dalam Google Photos Bila HP Jadi Lembap Iskandar Ariffin

Petua Hilangkan Resdung Cara Tradisional & Moden (Ubat Resdung)

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Resdung sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu yang mana begitu ramai yang mewarisi penyakit ini secara turun temurun. Jika ia berterusan dan berpanjangan pasti akan memudaratkan. Rawatan atau petua hilangkan resdung cara tradisional juga terbaik boleh dicuba.

Kebanyakan orang kita lebih selesa mengguna petua hilangkan resdung secara semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati yang antaranya ada yang menjadi penawar mujarab dan cara menghilangkan resdung dengan cepat.

Walau bagaimanapun, perubatan moden menggunakan ubat-ubat tertentu yang boleh didapati di farmasi atau klinik juga telah terbukti berkesan dapat merawat resdung walaupun resdung itu ditahap kronik atau kritikal.

Jika anda mempunyai simptom atau gejala resdung yang serius, anda disarankan berjumpa doktor untuk mengenalpasti penyakit resdung yang anda hadapi selain akan diberikan rawatan yang bersesuaian mengikut tahap penyakit ini.

Petua Hilangkan Resdung Cara Tradisional & Moden

Kami kongsikan petua hilangkan resdung cara orang kampung yang telah pun diamalkan oleh ramai pesakit yang mengaitkan hidung seperti gatal hidung, resdung jerawat, resdung kulit dan sebagainya berserta cara merawat resdung menggunakan ubat resdung terbaik.

Petua Hilangkan Resdung Guna Bawang Merah

daun sirih untuk resdung

Ambilkan 3 biji bawang merah dan dihiris halus, 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas yang sedang mendidih. Anda perlu wapkan muka anda dengan air rendaman tersebut serta amalkan dengan kerap.

Petua Hilangkan Resdung Dengan Kayu Manis

ubat masalah hidung

Ambilkan sebatang kayu manis kemudian bakar dan sedut asap yang keluar dari kayu manis itu melalui hidung. Cara ini sangat terbaik kerana kayu manis bertindak sebagai antiseptik yang mampu membunuh kuman.

Malahan ia juga boleh mengeringkan lendir dan bengkak resdung di dalam rongga sinus. Cara ini agak pedih tetapi ia sangat berkesan dengan cepat. Hidung akan berasa lega dan pernafasan akan lebih selesa dan mudah.

Petua Hilangkan Resdung Guna Halia

hidung berair bersin dan gatal-gatal

Ambilkan halia, lada hitam dan air dalam kuantiti untuk berkumur 2 atau 3 kali saja. Rebuskan semua bahan sehingga mendidih dan sejukkan sehingga jadi suam untuk dikumur. Boleh amalkan setiap hari pagi, petang dan malam untuk menghilangkan kegatalan resdung.

Petua Hilangkan Resdung Dengan Kayu Manis

cara hilangkan resdung tanpa ubat

Ambilkan 4 batang kayu manis dan secebis kain putih yang bersih. Seterusnya kisar atau tumbuk kayu manis sehingga menjadi serbuk. Masukkan serbuk kayu manis ke atas kain dan ikat seperti sup bunjut.

Gosokkan bunjut kayu manis di bahagian muka, hidung dan di kawasan yang gatal sebaiknya hidu bunjut tersebut melalui hidung.

Petua Hilangkan Resdung Uncang Teh

petua hilangkan resdung

Ambilkan teh uncang yang telah digunakan dan sapukan di muka. Sebaiknya dilakukan sebelum mandi. Biarkan beberapa lama supaya intipati teh terus meresap ke dalam rongga muka.

Baca : Petua Meredakan Sakit Resdung & Cara Merawat Hidung Tersumbat

Petua Hilangkan Resdung Guna Madu

guna madu untuk hidung

Setengah sudu madu dan setengah sudu cuka. Gaulkan kedua-duanya dan tuangkan ke atas tapak tangan. Hidu madu yang bercampur dengan cuka tersebut dimulai dengan hidung kanan sambil Bismillah dan selawat.

Kesan daripada menggunakan cara ini, anda akan terasa pedih sehingga keluar air mata tetapi anda akan terasa lega selepas itu. Kepedihan itu hanya sementara dan insya Allah tidak gatal lagi.

Cara Hilangkan Resdung Guna Ubat Farmasi

Kami kongsikan juga cara hilangkan resdung dengan menggunakan ubat-ubatan moden yang terbukti boleh menghilangkan resdung dengan segera seperti alahan, sakit kepala, jerawat, bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Selain penawar resdung semulajadi dan ubat tradisional, anda boleh dapatkan ubat-ubatan ini di farmasi seperti Guardian, Watson dan sebagainya. Malahan, anda boleh membeli secara online melalui Lazada dan Shopee.

Melalui perkongsian Reena Razak di Twitter yang berkongsi cara merawat dan tips untuk semua pesakit resdung dan hidung selalu berair, kerap bersin atau gatal-gatal hidung yang teruk sehingga menganggu aktiviti harian dan jadi tidak selesa.

Tips pertama untuk pesakit resdung yang sentiasa aktif dengan aktiviti setiap hari dan ingin elakkan supaya tidak bersin banyak kali, beliau sarankan anda mengambil ubat Clarinase yang boleh dibeli di mana-mana farmasi.

ubat resdung terbaik

Manakala, ubat Sterimar pula digunakan untuk mencuci atau membersihkan hidung dengan cepat supaya anda akan merasa lega dan pernafasan akan lebih selesa. Cara untuk menggunakan Sterimar dengan betul, anda boleh melihat cara-caranya seperti dikongsikan dalam video YouTube di bawah.

cara menghilangkan resdung jerawat di muka

Produk resdung yang terbaik dan sangat berguna untuk mereka yang menghidap resdung atau sinus ini adalah ubat yang diberi nama sebagai NeilMed Sinus Rinse. Ubat ini memang terbaik kerana dapat mencuci lendir atau air yang terdapat di dalam rongga hidung.

cara hilangkan resdung guna kayu manis

Jika sesiapa yang tak pernah menggunakan Sinus Rinse tak perlu takut untuk mencuba kerana ia sebenarnya tak menyakitkan sangat, malahan ia dapat membantu pernafasan anda dengan lebih selesa dan mudah selepas menggunakannya.

Cara menggunakan ubat ini juga ada dipaparkan di bawah dan anda wajib ikut arahan seperti yang terdapat di kotak ubat NeilMed Sinus Rinse ini. Ia sangat penting untuk hygiene anda berserta mempunyai berbagai jenis selain murah dan berpatutan.

Baca : 7 Cara Hilangkan Selsema dan Hidung Tersumbat (Tips dan Petua Mujarab)

Langkah terakhir yang dikongsikan oleh Reena Razak adalah cara untuk menghilangkan jerawat resdung yang terdapat di muka pesakit resdung. Anda perlu membeli dan menggunakan Aztec Mask (Indian Healing Clay) dan pastikan ianya original.

petua hilangkan resdung di hidung

Menurut wanita, dia hampir berputus asa dan telah mencuba berbagai cara untuk menghilang resdung, walau bagaimanapun, penyakit resdung yang dihidapinya tidak pernah baik dan cara inilah cara yang terbaik apabila solusi ini sangat berkesan dengan mendadak.

Semoga perkongsian petua hilangkan resdung cara tradisional guna bahan semulajadi dan ubat resdung paling terbaik ini dapat membantu anda untuk merawat penyakit ini dengan cepat supaya anda lebih sihat seperti biasa. Semoga bermanfaat.

Petua Hilangkan Resdung Cara Tradisional & Moden (Ubat Resdung) Iskandar Ariffin

Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah? Apakah Sebab Utama?

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Tak patuh syariah? Zaman sekarang kebanyakan rumah hampir kesemuanya mempunyai tandas dalam bilik tidur dan jarang sekali kediaman yang tandasnya di luar rumah seperti rumah kampung dahulu kala. Pembinaan rumah seolah diwajibkan mempunyai bilik mandi dan tandas di tempat tidur.

Mungkin ramai yang masih tak tahu kenapa tandas dalam bilik tidur tidak sepatutnya bercantum dengan bilik tidur. Jika rumah anda sekarang mempunyai tandas di tempat tidur, sebaiknya anda tahu apakah hukum atau adab untuk memastikan ia patuh syariah.

Memang agak mengejutkan dengan perkongsian seorang arkitek rumah Islamik iaitu Puan Khairunnisa Hamzah yang menyatakan adakah tandas dalam bilik tidur rumah anda patuh syariah dan apakah cara untuk jadikan ia mematuhi syariah yang telah ditetapkan?

Perkongsian beliau telah menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya malahan ada juga yang tidak bersetuju sehingga mempertikaikan mengapa harus tandas dibuat di luar rumah memandangkan faktor keselamatan harus diambil kira dan sebagainya.

Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah?

hukum tandas dalam bilik tidur rumah
Tandas patuh syariah di luar rumah? Bukan.

Sebenarnya, agak kurang elok jika tandas berada di dalam rumah kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan, apatah lagi tandas dalam bilik tidur.

Apabila Nabi Muhammad SAW ingin masuk ke tandas pula, baginda telah bersabda :

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita.” – Riwayat Al-Bukhari. – No Hadith 139

Cuba anda bayangkan kebanyakkan rumah sekarang tandas bersatu dengan bilik tidur. Apabila pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan akan boleh masuk ke dalam bilik tidur kita. Bila buka pintu tandas, terus menghadap katil tempat kita beradu. Itu juga punca mengapa suami isteri sering bergaduh sesama sendiri dalam bilik tidur.

Saya pernah menghadiri satu majlis perkahwinan dan kemudian saya masuk ke bilik master bedroom tuan rumah untuk menggunakan tandas. Dalam bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil.

Selepas saya keluar dari tandas, makcik ini terus bersuara, “tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka? Syaitan masuk nanti dalam bilik ni,” katanya.

Kesian melihat makcik ini yang dalam keadaan lemah dan penat sehingga terpaksa berbaring di katil yang menghadap pintu tandas.

kenapa perlu tutup pintu tandas
Kedudukan tandas dalam rumah adalah faktor penting jika anda nak membina rumah.

Adakah benar pintu tandas terbuka luas itu akan membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Ya, memang benar, tetapi ada cara untuk menghalang mereka daripada terus masuk dan mengotorkan rumah kita serta keluarga.

Rasulullah ada memberitahu kita bahawa jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

1. “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minuman kalian.” – HR. Bukhori 5624

2. “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” – Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)

Maka, jika benar ada tandas dalam bilik tidur dan di dalam rumah anda, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah SWT.

Orang tua-tua kita dulu sudah lebih tahu. Kerana itulah rumah orang-orang terdahulu tandas sentiasa diasingkan dari rumah ibu. Rumah tangga mereka pun aman damai selalu. Bila Maghrib, mereka akan terus tutup tingkap dan semua pintu.

Baca : Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu

Tempoh hari doktor O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat check-up dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah.

Dia bertanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik tidur?

Serta-merta saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti yang saya kongsikan di atas.

Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab I rasa perlu tandas dalam bilik atas sebab faktor penjagaan aurat yang mudah.”

Boleh. Kena kreatif sikitlah doktor. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang, reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas RNR tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke.”

Doktor nampak seronok apabila saya memberikan idea. Jika nak design rumah ini dengan lebih seronok dan selesa, apabila kita tahu sunnah dan maksud disebaliknya, kata Puan Khairunnisa Hamzah.

Hukum Tutup Pintu Tandas

Untuk lebih faham apakah hukum tandas dalam bilik tidur atau rumah yang sentiasa perlu ditutup, sila dengarkan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar yang kami kongsi video rakaman ceramah beliau daripada YouTube.

Pastikan anda juga sentiasa mengamalkan doa masuk dan keluar tandas setiap kali ingin melepaskan hajat walau di mana pun lokasi tandas tersebut.

Doa Masuk Tandas

tutup pintu tandas dalam islam
Bacaan doa sebelum masuk tandas rumi dan jawi dari Alif Sofia

Doa Keluar Tandas

tandas patuh syariah
Doa keluar tandas rumi dan jawi dari Alif Sofia

Semoga perkongsian tentang tandas dalam bilik tidur dan rumah ini akan bermanfaat buat anda semua di luar sana. Pastikan tandas bilik tidur kita atau mak ayah kita mematuhi syariah agar amalan ini dapat melahirkan keluarga yang harmoni dan diberkati Allah SWT.

Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah? Apakah Sebab Utama? Iskandar Ariffin

Viewing all 498 articles
Browse latest View live