Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

HARAM Wanita Pakai Minyak Wangi Bau Yang Kuat Tarik Perhatian Lelaki

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Setiap lelaki atau perempuan pasti ada yang suka memakai wangian (perfume) dengan tujuan yang tertentu sama ada untuk menghilangkan bau badan, ingin penampilan lebih bergaya atau sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka perlu memakai minyak wangi. Tetapi apakah hukum pakai minyak wangi bagi wanita dalam Islam?

Mungkin ada wanita yang menganggap bahawa dia boleh pakai minyak wangi dengan bau yang kuat berserta niat untuk mengatasi masalah bau ketiak atau badan dan tidak langsung bertujuan untuk menarik perhatian orang lain, maka ia dibolehkan? TIDAK dan belum tentu, mengapa?

Apa sekalipun alasan anda untuk memakai minyak wangi, kita haruslah mengikut hukumnya yang betul dan yang telah ditetapkan hukum syarak. Masih lagi ada yang memandang remeh perkara ini serta menganggap ia adalah perkara kecil saja dan tidak perlu dirunsingkan.

perempuan pakai minyak wangi
Pemakaian minyak wangi dalam Islam juga ada hukumnya.

Jika kita tersilap langkah dan membuat hukum sendiri, kita berdosa dan memang dosa itu tidak nampak serta kubur masing-masing. Cakap memang senang tetapi sebenarnya kita akan menyusahkan orang lain nanti untuk kebumikan mayat kita. Jadi, sebagai seorang Islam kita WAJIB ikut apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Perkongsian dari Ustaz Farid Rashidi ini jelas sekali menerangkan secara terperinci tentang apakah hukum memakai minyak wangi dengan bau yang kuat bagi wanita atau seorang isteri walaupun niatnya wangi-wangian itu untuk suami sahaja. Fahamkan satu persatu agar anda berada di landasan yang betul dan marilah sama-sama kita belajar untuk kebaikan.

Hukum Pakai Minyak Wangi Bagi Wanita

Sedang duduk di tempat awam, tiba-tiba lalu seorang wanita di hadapan. Apa yang akan berlaku selepas itu?

Kebanyakan lelaki yang berada di situ tak kiralah Melayu ke atau Bangla ke, semua berpaling melihat gelagat wanita itu. Melihat kerana tertarik dengan bau wangian yang kuat menusuk ke hidung lelaki-lelaki tadi.

Bila berlaku adegan itu, saya langsung teringat satu hadis bagaimana Rasulullah SAW berpesan agar wanita-wanita Muslim beriman supaya tidak memakai wangian kuat kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki. Ia boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki.

Alah macam renungan si kucing jantan melihat ikan. Hanya menunggu masa untuk terkam saja.

Memang ramai wanita yang mengenakan minyak wangi kuat begitu. Sama ada mereka tak tahu, atau sengaja buat tak tahu, ia tetaplah dilarang.

Baca : HARAM Dedah Tengkuk Belahan Dada (Aurat Wanita)

kenapa perlu berwangian
Wanita tidak boleh mengenakan wangian yang terlalu kuat jika berada di khalayak ramai.

Menurut Alan Hirsch, MD Director of Chicago’s Smell and Taste Treatment and Research Foundation, dia berkata:

“Pleasant aromas can actually stimulate parts of the brain directly connected to s.e.x.u.a.l desire…”

Ya, memakai bau-bauan apa lagi yang kuat dan menarik perhatian mampu merangsang syahwat lelaki.

Kerana itu memakai wangian yang kuat itu juga disebutkan sebagai wanita penzina. Allahhu Rabbi.

Rasa berdebar-debar tak bila baca? Maknanya kalian masih ada iman di dada.

Baik, dalil mengatakan perempuan yang mengenakan minyak wangi kuat itu sebagai penzina disebutkan di dalam hadis. Dalilnya:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang memakai harum-haruman, kemudian melintasi di hadapan satu kaum supaya mereka tercium bau harumannya, maka wanita itu adalah penzina.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4173 dan An-Nasa’ie, no.5126]

Imam al-Munawi r.a menyebutkan:

والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية

“dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya kaum lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki dan mendorong untuk memandang ke arahnya, maka setiap yang memandang ke arahnya, matanya telah melakukan zina.

Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan ke arahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Ia juga adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina.”

[Kitab Faydh al-Qadir, Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 5/27]

Justeru, hukum wanita yang memakai bau-bauan wangian harum semerbak itu haram sekiranya:

1. Memakai wangian haruman yang kuat baunya.

2. Memakai wangian haruman yang menarik perhatian (merangsang syahwat) lelaki ajnabi.

3. Memakainya di khalayak ramai termasuklah di tempat kerja yang ada percampuran kaum lelaki (tetap ditegah memakai wangian kuat di khalayak walaupun diizinkan suami).

4. Memakai wangian kuat walaupun untuk ke Masjid.

Imam Hajar al-Asqolani berkata:

“Apabila wanita keluar rumah memakai harum-haruman dan berhias, maka itu termasuk dosa besar sekalipun diizinkan suaminya.”

Bagi lelaki-lelaki yang melihat wanita tadi juga dikira berdosa dan termasuk dalam zina mata. Hah lelaki, sila jaga mata ya.

Dalilnya, sabda Rasulullah SAW:

“Setiap mata itu berzina dan seorang wanita apabila berwangi-wangian, kemudian melintas di hadapan, maka dia (seperti) berzina.”

Manakala untuk wanita yang berwangian dengan menggunakan haruman kuat untuk tujuan diperhiaskan kepada suami sahaja tak mengapa. Diharuskan. Malah digalakkan dan mendapat pahala asbab melayani suami.

Kesimpulannya, diharuskan wanita memakai wangi-wangian sekiranya:

fatwa tentang minyak wangi
Wangi-wangian adalah antara yang utama disukai oleh seorang wanita.

1. Dipakai untuk perhiasan suami sahaja. Tak kisahlah yang berbau kuat atau tidak. Bukan apa, dapat juga menghilangkan bau bawang atau masakan. Biar senantiasa wangi, barulah harmoni.

2. Wangian yang sedikit untuk menghilangkan bau badan seperti deodorant, bedak, sabun wangi, losyen tidaklah termasuk dalam kategori yang dilarang.

3. Memakai minyak wangi atau wangian yang dipakai ketika keluar rumah diharuskan yang baunya tidak kuat. Maksudnya jenis yang hanya bau untuk diri sendiri sahaja bila dipakai hingga tidak menyebabkan adanya tarikan syahwat. Caranya cuba calit di kulit, kalau baunya harum tak kuat tak apa. Tapi kalau calit, baunya kuat hingga orang tertarik itu yang diharamkan.

Ini berdasarkan dalil:

إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.

[Hadis Riwayat at-Tirmizi, no.2788]

Baca : Kaki Wanita Juga AURAT dan HARAM Didedahkan Kepada Umum

Begitu juga pandangan yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-‘Aini rahimahullah:

وإنما كان خير طيب النساء هو اللون دون الريح لأن اللون يجعل الزينة لهن وأما الريح فإنه إذا فاح منهن يتأتى منه فساد، ويخاف عليهن من الفتنة

“Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut ke atasnya tertimpa fitnah.”

[Kitab Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar, 9/97]

Semoga perbincangan kali ini memberi pencerahan kepada kita semua. Berpada-padalah memakai wangian, itu lebih dekat kepada ketakwaan. Takwa, bukan takua, tauhu atau taufu fah.

Tolong pesan pada saudara-mara, keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan. Share lah supaya semua orang dapat ambil manfaat bersama demi kebaikan dunia akhirat. – Ustaz Farid Rashidi.

Semoga perkongsian tentang hukum pakai minyak wangi bagi kaum perempuan ini akan menambahkan lagi pengetahuan anda yang masih belum tahu dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, memakai wangian untuk suami di rumah haruslah dibuat setiap hari untuk kebaikan hubungan rumah tangga. Semoga bermanfaat.

HARAM Wanita Pakai Minyak Wangi Bau Yang Kuat Tarik Perhatian Lelaki Sazarimma


85 Masjid Bakal Terima Mesin ATM Beras Bagi Membantu Golongan Asnaf

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Sebanyak 85 masjid di sekitar Wilayah Persekutuan dijangka bakal menerima bantuan mesin ATM beras yang dikhaskan untuk membantu golongan asnaf yang berdaftar bagi menerima pemberian beras secara percuma iaitu seramai 23,000 orang melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mesin ATM beras yang pertama di Malaysia telah pun diletakkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat dan telah dirasmikan semalam dengan kehadiran Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail yang turut menyerahkan kad pintar mesin tersebut kepada 10 asnaf yang layak menerima dua kilogram beras seminggu secara percuma.

perasmian bantuan asnaf
Perasmian Mesin ATM Beras di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat. – BH

Memetik laporan Berita Harian, Mohd Ajib berkata, rancangan meletakkan mesin ATM beras di masjid akan dibincangkan lagi ketika persidangan antara Jawatankuasa Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan pada bulan Mac akan datang.

Mesin ATM beras yang berharga RM19,000 setiap satu itu turut mempunyai dua fungsi yang menarik iaitu dapat mengeluarkan beras mengikut kuantiti diperlukan dan juga mempunyai tabung derma bagi mereka yang ingin menyumbangkan duit untuk tujuan isian semula.

Pihak JAWI juga sangat mengalu-alukan sumbangan daripada badan-badan korporat dengan tujuan untuk menjadi rakan strategik bagi bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf.

mesin beras automatik
Kiosk ATM Beras yang diletakkan di Masjid Kg Datuk Keramat.

Menurutnya, badan-badan korporat yang mempunyai bajet Tanggungjawab Sosial Korporat diharapkan agar dapat menjadi rakan strategik masjid dan juga JAWI dalam usaha murni untuk mempermudahkan saluran bantuan kepada asnaf dan juga mereka yang memerlukan bantuan seumpamanya.

Perkhidmatan mesin ATM beras ini juga telah mendapat perhatian orang ramai dan menjadi topik hangat di laman sosial. Rata-rata netizen turut menyatakan bahawa mereka amat menyokong penuh dengan sumbangan mesin ini yang boleh meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan.

Baca : Mesin ATM Beras Yang Pertama di Malaysia Untuk Bantu Golongan Asnaf

Malahan ramai berpendapat bahawa bantuan seperti ini harus dilaksanakan juga di semua masjid-masjid yang terdapat di negara ini bagi tujuan memberikan bantuan yang sama kepada golongan asnaf yang layak kerana masih lagi ada golongan yang memerlukan di setiap negeri.

Berkemungkinan perlaksanaan mesin ini masih di peringkat awal di Wilayah Persekutuan manakala di tempat lain akan dilakukan juga di masa akan datang. Diharap pihak berwajib akan turut menyediakan bantuan mesin ATM beras ini di masjid-masjid setiap negeri atau sekurang-kurangnya satu di setiap daerah atau negeri.

85 Masjid Bakal Terima Mesin ATM Beras Bagi Membantu Golongan Asnaf Sazarimma

Homebirth Isteri Pengsan Hari Ketiga Lepas Bersalin, Uri Pula Membusuk

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Nyawa dianugerahkan oleh Allah kepada kita hanya satu dan tiada gantinya lagi. Dengan nyawa yang ada sama ada anak, isteri, suami atau sesiapa saja, janganlah dibuat main. Seperti topik hangat sekarang berkaitan nyawa ketika bersalin iaitu isu homebirth yang boleh menyebabkan maut jika tersilap langkah tanpa sebarang pengawasan dari pakar perubatan.

Isu sebegini bukanlah isu yang baru, malah ia kerap berlaku dan akan terus berlaku sekiranya tiada sebarang pendedahan kepada masyarakat kita hari ini dan ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik bagi mereka yang mengamalkan sikap sambil lewa berkaitan dengan homebirth atau bersalin sendiri di rumah.

Melalui perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Hana Hadzrami menerusi akaun Facebook miliknya turut menyatakan rasa kecewanya terhadap isu ini apabila masih ada pasangan suami isteri yang bersikap tidak sepatutnya yang inginkan kelahiran anak mereka dengan cara homebirth sehingga hampir meragut nyawa isteri. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.

Kes Homebirth Bersalin Sendiri di Rumah

kes kematian homebirth
Ada juga mereka yang mengandung lebih suka bersalin sendiri tanpa perlu ke hospital.

Pada tahun 2013 saya pernah menulis tentang satu kes homebirth datang dengan komplikasi di hospital saya.

Itulah kes homebirth terancang pertama yang saya jumpa.

Seorang wanita bersalin dirumah dibantu oleh suaminya tetapi pengsan pada hari ketiga.

Kelam kabut si suami usung si isteri ke hospital. Mula-mula mereka ke hospital swasta terkemuka di KL, sampai dua hospital mereka pergi. Namun bukan saja ditolak mentah-mentah, malah dimarahi pula oleh doktor pakar disana kerana membuat kerja gila sengaja bersalin sendiri di rumah.

Siapa lah yang sudi nak bersihkan tahi bila dah berterbangan ditiup kipas?

Terpaksa lah mereka menebalkan muka ke hospital kerajaan yang mereka pandang hina itu.

Bila ditanya belajar bersalin dari mana, mula-mula si suami tak mengaku belajar dari kelas dikendalikan doula. Dia hanya berkata belajar dari buku dan Youtube. Tak lama selepas itu dia sendiri terlepas cakap; tersebut ‘doula’, ‘waterbirth’ dan ‘delayed cord clamping’. Pecah rahsia.

Siap mengaku uri dah keluar semua. Tapi rupanya bila isteri dibawa masuk dewan bedah, nah; selonggok uri yang dah membusuk dikeluarkan! Satu dewan bedah terpaksa kami sembur spray pewangi.

Kata uri dah keluar tapi rupa uri pun dia tak tahu sebenarnya!

Mujur saja si isteri tak meninggal dunia dirumah akibat tumpah darah. Tetapi datang dengan nyawa-nyawa ikan; dengan tekanan darah rendah dan demam akibat renjatan kuman (septic shock).

Selepas dua hari di ICU, isterinya beransur pulih. Ingatkan insaf selepas dah sihat, rupanya makin bongkak dengan kita. Dituntut tak mahu ubat itu ini, tak mahu divaksinkan anak (baby pun dibawa ke hospital juga sebab demam). Semuanya kimia beracun bagi mereka.

Cepat-cepat kami discajkan (disharge) dia. Malas nak melayan orang yang tak tahu diuntung ni.

bersalin khidmat bidan di hospital
Kerana ego bersalin sendiri akhirnya nyawa isteri yang terancam.

Kedua-dua suami isteri ini bukan orang biasa-biasa ya. Suaminya jurutera syarikat cari gali terkemuka, isterinya eksekutif syarikat swasta. Ingatkan ilmu tinggi boleh membawa mereka ke jalan yang benar. Rupanya sesat ke jahanam.

Itulah permulaan saya berkenalan dengan puak pro-cari penyakit ni. Bila dah kenal lama, saya dah tahu, tak guna kita nasihatkan mereka yang sesat jauh ni. Bak kaum Nabi Nuh; nasihat itu hanya menambahkan kedegilan mereka.

Kita nasihat dan educate mereka yang atas pagar dan masih mencari kebenaran sahaja.

Jika anda betul-betul ikhlas mahukan kebenaran, Tuhan akan tunjukkan jalannya.

Pada yang dah sesat jauh tu, selagi anda tak buang ego, sampai bila-bila pun jalan kebenaran takkan nampak dimata.

Hana Hadzrami – Bila keranda dah dibawa, barulah bercucuran air mata.

Baca : Berhati-hati Dengan Petua Mudah Bersalin Viral, Doktor Ini Kongsi Kesannya Jika Diamalkan Bayi Boleh Terencat

Mengapa sanggup mengambil risiko bersalin sendiri tanpa sebarang bantuan dari pakar perubatan atau tanpa pergi ke hospital sedangkan semuanya sudah lengkap di hospital. Bersalin dengan bantuan doula atau bidan, adakalanya belum tentu selamat dan berjaya. Fikirlah tentang nyawa sebelum ambil keputusan untuk homebirth.

Homebirth Isteri Pengsan Hari Ketiga Lepas Bersalin, Uri Pula Membusuk Sazarimma

Pendedahan Gadis Ini Hampir Jadi Mangsa Lelaki di Kawasan Stesen LRT

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Banyak kes yang mengaitkan perempuan yang dicabul dan diperlakukan dengan lebih teruk lagi apabila mereka berjalan seorang diri di mana-mana tempat sunyi malahan kawasan terbuka juga masih lagi berlaku tanpa dibantu oleh sesiapapun yang akhirnya menyebabkan mangsa merana seumur hidup.

Kes terbaru dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitter amat mengejutkan apabila dia mendakwa hampir dirogol ketika seorang diri pergi ke sebuah restoran mamak yang berdekatan dengan stesen LRT Titiwangsa selepas membeli-belah di KLCC.

Hampir Jadi Mangsa Lelaki Tak Dikenali

diganggu lelaki ketika seorang diri
Apa yang akan anda lakukan jika diganggu orang tak dikenali ketika seorang diri?

Kejadian yang menakutkan itu berlaku selepas mangsa terlupa yang ayahnya tidak akan menjemputnya untuk pulang ke rumah di stesen LRT berkenaan. Oleh kerana sangat lapar, dia sempat makan di kedai mamak tersebut.

kisah benar dikongsikan
Part 1
lelaki kacau perempuan
Part 2

Setelah mengisi perut, gadis tersebut terus memulakan langkah untuk menuju ke stesen LRT dan mula menyedari ada seorang lelaki yang sedang mengekorinya daripada belakang di sebuah kawasan yang agak gelap dan sunyi.

kena ganggu oleh orang tak kenal
Part 3
kena ugut
Part 4

Lelaki terbabit pada mulanya telah meminta duit daripada mangsa sebelum secara tiba-tiba menolak mangsa ke dinding lorong gelap yang berhampiran. Lelaki itu memegang tangan mangsa dengan kuat supaya gadis itu tidak boleh melepaskan diri.

Menurut gadis itu, ketika kejadian tiada seorang pun yang melalui kawasan itu yang menyebabkan lelaki itu semakin berani serta turut mengatakan dia tidak mahu apa-apa tetapi meminta mangsa menyerahkan diri kepadanya.

lelaki minta duit pompuan
Part 5

Dalam ketakutan yang amat sangat pada waktu itu, tiba-tiba ada seorang pengawal keselamatan yang dipercayai berkerja di kawasan itu telah datang menyelamatkannya dan gadis ini bernasib baik kerana dibantu orang yang ternampak kejadian itu.

Menurut mangsa lagi, kejadian tersebut berlaku sebelum Chinese New Year tetapi beliau tidak berani mendedahkan waktu berkemungkinan masih trauma dan sekarang barulah dia berkongsi kisah ini sebagai pengajaran kepada semua gadis di luar sana.

Mangsa juga turut berpesan kepada semua perempuan agar tidak berjalan seorang diri tanpa ditemani orang lain walau ingin ke mana sekalipun. Berhati-hatilah ketika berada di luar kerana anda terdedah dengan bahaya seperti ini.

nyaris menjadi mangsa
Part 6

Gadis ini juga sedih dan menyalahkan diri sendiri dengan apa yang telah berlaku. Walau bagaimanapun dia amat berharap semua wanita dapat menjadikan kisahnya sebagai pengajaran agar tidak berlaku lagi perkara yang sama kepada orang lain.

Katanya, selalu sangat dia terdengar kes yang sama berlaku dan sekarang ia berlaku kepada diri sendiri. Takut, hanya Allah yang tahu. Tapi, terkadang kita tak dapat nak mengelak keadaan ini dan terpaksa berjalan seorang diri, apa yang boleh kita lakukan?, soalnya.

Perkongsian gadis ini turut mendapat perhatian ramai netizen terutama wanita yang turut mengutarakan komen dan pendapat mereka. Ada yang berkata, kejadian sebegini akan menyebabkan ramai perempuan akan ketakutan untuk keluar seorang diri serta kebebasan mereka terbatas kerana sebab seperti ini.

Netizen lain juga ada berpendapat, keselamatan diri adalah sesuatu yang sangat penting dan apabila keluar rumah haruslah memperbanyakan bacaan ayat atau doa keluar rumah. Antara yang terbaik adalah ayat Kursi.

Guna Pepper Spray Untuk Keselamatan

alat untuk keselamatan
Alat yang boleh membantu kita bila berdepan dengan gangguan yang sama. – Twitter

Sebagai langkah keselamatan diri, ada yang mengesyorkan setiap perempuan atau pun lelaki haruslah mempunyai pepper spray untuk digunakan ketika dalam keadaan kecemasan seperti yang dilalui oleh gadis ini.

Bagaimana untuk mendapatkan benda ini? Di mana kita boleh beli pepper spray? Memang sangat banyak dijual di pasaran sama ada secara online atau di Watson, stesen-stesen minyak, kedai 7 Eleven, pasar raya dan sebagainya, katanya.

Apa sekalipun, anda perlu pastikan ketika berjalan seorang diri HARUS melalui kawasan yang terang dan juga ada orang ramai. Sama ada lelaki atau perempuan, anda wajib bertanggungjawab demi keselamatan diri sendiri selain terus berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Jadi, sentiasa berhati-hatilah sewaktu berada di luar walau di mana saja terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai orang. Adalah penting untuk memastikan diri kita selamat sebelum berlaku perkara yang menakutkan seperti ini.

Pendedahan Gadis Ini Hampir Jadi Mangsa Lelaki di Kawasan Stesen LRT Sazarimma

Biadap! Penyokong PH Didakwa Buat Bising Ketika Jemaah Masjid Solat

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Viral di laman sosial satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan penyokong Pakatan harapan berarak di sebelah Masjid Seri Putra, Bangi, yang dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui rakaman video tersebut yang dipaparkan di laman Facebook dan juga akaun Twitter milik Datuk Seri Najib mengatakan bahawa sekumpulan orang berarak itu berserta membunyikan hon kenderaan tersebut adalah penyokong Pakatan Harapan (PH).

Ketika kejadian tersebut Datuk Seri Najib bersama orang ramai dan juga jemaah masjid itu sedang menunaikan solat Asar dan sekumpulan penyokong PH seperti sengaja membuat bising serta membunyikan hon masing-masing seolah-olah sedang membuat perarakan.

Berikut adalah status Datuk Seri Najib menerusi akaun laman sosial miliknya :

Masya-Allah.

Begitulah tahap mentaliti Pakatan Harapan.

Mereka bertindak biadab ketika kami sedang solat Asar di Masjid Seri Putra, Bangi hari ini (semalam).

Moga Allah mengampuni mereka.

Masya-Allah.Begitulah tahap mentaliti Pakatan Harapan.Mereka bertindak biadab ketika kami sedang solat Asar di Masjid Seri Putra, Bangi hari ini.Moga Allah mengampuni mereka.

Posted by Najib Razak on Sabtu, 23 Februari 2019

 

Rakaman video yang berdurasi 26 saat itu kemudiannya menjadi viral sehingga menjadi topik hangat di laman sosial malahan turut dikongsi oleh ramai netizen serta menunjukan ratusan ribu tontonan.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut turut mengecam tindakan semua individu terbabit yang menganggap mereka seolah-olah langsung tidak sensitif dengan keadaan yang mana di kawasan itu adalah masjid atau rumah ibadah.

penyokong pakatan harapan biadap
Antara komen netizen.
PH dah keterlaluan katanya
Antara komen netizen.

Ramai netizen berpendapat tindakan sebegitu telah menganggu ketenteraman jemaah masjid yang ketika sedang menunaikan solat malahan perkara sebegini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh dan seharus diambil tindakan yang wajar, kata netizen.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kejadian ini berlaku mungkin tidak disengajakan atau ia berlaku di luar kawalan mereka. Apa sekalipun pendapat masing-masing, perkara sebegini seharusnya diambil perhatian sedangkan masjid hanya di sebelah mereka tidak bermakna merek boleh bising sesuka hati.

Sebagai rakyat Malaysia, kita telah pun diajar sejak dari sekolah rendah lagi supaya hormati-menghormati antara satu sama lain tak mengira bangsa dan agama. Jadi, setiap orang haruslah mempunyai sikap sebegini supaya hidup kita aman dan makmur. Skema tak?

Biadap! Penyokong PH Didakwa Buat Bising Ketika Jemaah Masjid Solat Sazarimma

Parah Dihempap Pintu Kaca SG Mall Mahu Siapa Yang Viralkan Ditangkap

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Kemalangan yang tidak dijangkakan telah berlaku kepada seorang wanita warga Singapura pada 24 Februari lalu apabila beliau cedera parah selepas dihempap pintu kaca di sebuah komplek membeli belah Alexandra Central Mall.

Insiden yang mengejutkan itu telah jadi viral di laman sosial serta turut menjadi topik hangat di kalangan netizen yang mempersoalkan keselamatan pengunjung ke komplek terbabit seperti tidak terjamin selepas apa yang berlaku terhadap wanita berkenaan iaitu dihempap pintu kaca.

Rakaman video yang berdurasi 0.53 saat yang telah dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian kini dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook milik Roads.sg dimana ia memaparkan bagaimana kejadian itu berlaku dengan pantas.

Ekoran insiden yang dihempap pintu kaca yang mengejutkan itu, wanita yang berusia 47 tahun tersebut telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, kaki serta beberapa pendarahan dalaman yang boleh menyebabkan mangsa akan trauma.

Menurut laporan The Straits Times, saudara mangsa menyatakan mangsa akan menjerit kesakitan selepas ubat penahan sakitnya habis. Walau bagaimanapun, keadaan mangsa tidak lagi kritikal selepas mendapat rawatan. Namun, para doktor masih lagi mengawasi tahap kesihatan mangsa dengan lebih teliti.

Alexandra Central Mall
Sumber : Facebook

Melalui jurucakap pihak pengurusan mall berkenaan, satu kenyataan telah dikeluarkan yang menjelaskan bahawa pusat membeli-belah terbabit kini sedang menyiasat tentang kejadian itu selain membuat pemeriksaan terhadap semua pintu kaca kompleks berkenaan secara keseluruhan.

Berkaitan dengan rakaman video kejadian yang kini tular dan disebarkan di laman sosial, pihak pengurusan kompleks juga akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan rakaman berkenaan yang didapati menerusi CCTV kerana telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi.

malang tidak berbau
Sumber : Straits Times

Jurucakap komplek tersebut juga turut mengulangi katanya bahawa keselamatan adalah kepentingan yang utama bagi pusat membeli-belah tersebut selain turut akan terus menjaga kebajikan mangsa serta mengawasi pemulihan mangsa kejadian tersebut.

Tetapi, persoalannya sekarang, apakah tindakan yang wajar akan diambil oleh mereka yang bertanggungjawab sekiranya rakaman video tentang insiden itu tidak bocor atau tidak viral seperti yang berlaku sekarang?

Parah Dihempap Pintu Kaca SG Mall Mahu Siapa Yang Viralkan Ditangkap Sazarimma

Cara Menggunakan Aplikasi Waze Dengan Betul Supaya Tak Sesat

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Aplikasi waze pada masa kini menjadi pilihan ramai orang kerana ia amat memudahkan urusan perjalanan sesiapa saja untuk sampai ke destinasi yang diinginkan ke seluruh dunia. Petunjuk yang disediakan menunjukkan arah jalan raya atau jalan kampung sekalipun.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati dengan arah yang dipaparkan dalam aplikasi waze kerana tidak semua petunjuk yang diberikan betul secara 100 peratus kerana satu kejadian membabitkan seorang wanita sesat sehingga masuk ke dalam ladang kelapa sawit telah pun berlaku beberapa bulan lalu.

cara setting aplikasi waze Malaysia
Waze Application for GPS, Maps, Traffic Alerts and Live Navigation.

Wanita terbabit dikatakan mengikut semua petunjuk arah navigasi ini yang membawa kenderaannya sehingga masuk ke laluan jalan yang berlumpur di dalam sebuah ladang kelapa sawit yang menyebabkan kereta miliknya terkandas dalam lumpur. Kejadian ini pasti amat menakutkan kita lebih-lebih lagi jika tersesat di jalan yang sunyi.

Sebenarnya untuk menggunakan aplikasi waze dengan betul dan supaya perjalanan anda tidak sesat, ada cara setting yang harus anda lakukan sebelum memulakan perjalanan anda untuk ke destinasi yang ingin anda tuju. Jangan terus guna auto setting, berkemungkinan anda akan sesat.

Perkongsian dari Aida Joseph di laman sosial ini sedikit sebanyak akan membantu anda kerana beliau sendiri telah melalui pengalaman menggunakan aplikasi waze yang menyebabkan kenderaannya dibawa ke laluan jalan teruk serta melalui tepian sungai.

Cara Setting Aplikasi Waze Yang Betul

Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.

Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.

Satu lagi, elakkan jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit je) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.

gps application
Klik setting dalam aplikasi seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.
tetapan waze tutorial
Ini adalah paparan dalam bahagian setting.
cara guna peta waze
Pilih navigation dan klik pada pilihan yang diarahkan dalam gambar.
penunjuk jalan guna internet
Langkah terakhir klik don’t allow untuk elakkan jalan yang tidak sesuai.

Rupa-rupanya terlalu senang nak setting untuk aplikasi waze ni. Mungkin kita hanya tahu guna dan tidak perasan dengan bahagian-bahagian yang perlu diambil perhatian. Dengan mengubah tetapan asal mengikut pilihan kita sendiri untuk elakkan laluan jalan tidak sepatutnya pastinya anda tidak akan sesat lagi.

Baca : Download Apps Life360 untuk Pantau Aktiviti Pasangan atau Keluarga Anda

Sebenarnya sudah banyak kes sesat yang telah berlaku sama ada dalam atau luar negara yang mengaitkan dengan waze ini sehingga ada kejadian kereta termasuk ke dalam sungai, kereta kehabisan minyak kerana terlalu jauh dan sebagainya.

Mulai sekarang anda sudah tahu cara setting dengan menggunakan aplikasi waze ini dan sesat jalan pasti tidak lagi akan berlaku jika anda membuat pilihan dengan betul untuk elakkan arah atau jalan-jalan tertentu. Semoga perkongsian penunjuk arah aplikasi navigasi ini akan membantu anda sampai ke destinasi. Semoga bermanfaat.

Cara Menggunakan Aplikasi Waze Dengan Betul Supaya Tak Sesat Sazarimma

Ketahui Hak Anda & Agen Pengutip Tak Boleh Paksa Kita Bayar Hutang

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Kita pernah melihat dan mendengar tentang sesetengah masyarakat hari ini menghadapi situasi dikasari oleh mereka yang memungut hutang atau agen yang telah dilantik oleh pihak bank yang bertanggungjawab untuk mengutip tunggakan hutang dari pemiutang dengan memaksa bayar hutang.

Dek kerana hutang tertunggak berbulan lamanya maka anda akan sering diingatkan untuk membuat pembayaran semula atau perlu bayar hutang melalui panggilan telefon serta akan diberikan tempoh tertentu untuk buat bayaran bali menerusi surat dan sebagainya tanpa memahami keadaan kewangan anda pada ketika itu.

Setelah tiada bayaran yang dibuat, agen yang dilantik akan datang ke pejabat atau rumah untuk memungut hutang kerana belum menerima sebarang bayaran. Kehadiran mereka pasti sedikit sebanyak akan memalukan kita kerana mereka pasti akan bertanya kepada jiran atau rakan sekerja kerana ingin menjejaki kita.

dipaksa membuat pembayaran hutang bank
Gambar : Shutterstock.com

Walau bagaimanapun, anda WAJIB tahu bahawa sekiranya identiti kita cuba diketahui, dikorek dan apa saja yang sama dengan perkara ini oleh agen pemungut hutang samada bertanya melalui rakan pejabat atau jiran kita, hal ini adalah menjadi satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).

Berikutnya kami kongsikan beberapa nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia melalui laman Facebook rasmi milik PDRM. Peringatan ini adalah untuk mereka yang pernah dan akan menghadapi situasi dimana anda dipaksa bayar hutang serta maklumat ini akan dapat melindungi data peribadi atau privasi anda di masa depan.

Agen Pemungut Tak Boleh Paksa Kita Bayar Hutang

Apakah Hak Anda Sebagai Pelanggan Apabila Berhutang?

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh ejen pengutip hutang. Proses pemungutan hutang perlu dilakukan dengan mengikut undang-undang, termasuk melindungi privasi sewaktu mengutip hutang.

Di bawah garis panduan yang disediakan, pihak bank yang menggunakan ejen pengutip hutang perlu pastikan:

  • Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.
  • Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
  • Tidak menggunakan kekerasan.
  • Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
  • Menunjukkan kad kuasa.
  • Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
  • Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.
hak sebagai seorang penghutang
Anda wajib tahu apakah hak anda sebagai penghutang jika agen pemungut datang menyerbu ke rumah.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Akta ini memainkan peranan penting untuk melindungi hak individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi kepentingan pihak ketiga.

Jika anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan di bawah akta ini

Pengutip Hutang Tidak Boleh Mengancam Anda

Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-undang untuk memaksa anda bayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja dan juga mengintip lokasi anda.

kesan berhutang
Memaksa bayar hutang menggunakan kekerasan adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimana Cara untuk Membuat Aduan?

Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika di atas. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus ke Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
1-300-88-5465
bnmtelelink@bnm.gov.my
Waktu operasi: 9:00 am – 5:00 pm (Isnin – Jumaat)
BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel:1-300-88-5465
Faks:03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS: 15888

BNMLINK atau Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat membantu orang ramai dan ahli perniagaan mengenai isu dan aduan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan akses kepada pembiayaan, pengesahan status dan laporan kredit (CCRIS), prosedur pentadbiran pertukaran asing, serta pertanyaan tentang skim kewangan secara haram.

Pihak bank akan menghantar notis pemberitahuan kepada anda untuk bayar hutang terlebih dahulu, jangan abaikan panggilan telefon, surat atau notis emel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda.

Hubungi pihak bank sekiranya anda mengalami masalah membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).

Segera hubungi pihak berkuasa sekiranya wujud kekerasan yang digunakan oleh ejen pengutip hutang.

Kesimpulannya, anda wajib tahu apakah hak anda sebagai seorang penghutang dan jika anda dapati pemungut hutang menggunakan kekerasan atau apa saja seperti yang dinyatakan di atas dengan tujuan untuk memaksa anda bayar hutang, segeralah hubungi pihak berkuasa untuk membuat laporan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Semoga bermanfaat.

Ketahui Hak Anda & Agen Pengutip Tak Boleh Paksa Kita Bayar Hutang Sazarimma


Suami Curang Tipu Isteri Beratus Kali & Jangan Ditipu Lagi Sekarang

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Suami curang adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh seorang isteri yang amat menyayangi dan mengasihi suaminya sepenuh hati selama ini. Tetapi siapa sangka lelaki yang dipujanya itu sanggup menipunya dan kehadiran orang ketiga menjadikan remuk hati isteri kecewa tak terhingga.

Apakah salah dan silap isteri sehingga suami curang tidak diketahui. Apa lagi yang harus dibuat si isteri agar suaminya berpuas hati. Segalanya dianggap lengkap baik dari segi menghias diri, menjaga makan minum suami, menjaga hati malah bermacam lagi termasuk memastikan tidur suaminya diulik mimpi indah setiap hari tanpa hampa di hati.

Tergamaknya seorang suami berbuat demikian kepada isteri, berbohong dan menipu menjadi makanannya setiap hari. Tidakkah ada rasa kasihan pada isteri? Apakah nasib dirinya selepas ditipu seolah dipersendakan? Walau apa sekalipun berlaku, hidup ini perlu diteruskan. Begitulah perkongsian Akhtar Syamir iaitu isteri berhentilah ditipu suami sendiri.

Suami Curang Sanggup Tipu Isteri Berkali-kali

Isteri, berhentilah ditipu suami

Cara mengajar suami curang sehingga terperangkap
Isteri sering ditipu suami yang kononnya keluar untuk mesyuarat, sebaliknya?

Saya tak faham kenapa isteri yang dah ditipu berkali-kali ini masih lagi setia tak bertempat? Baru-baru ini kecoh lagi pasal penyanyi lelaki tu.

Curang ini adalah penyakit. Ia bukanlah satu kesilapan, tetapi ianya adalah kesalahan. Pilihan itu dibuat tuan empunya badan, bukan tanpa disengajakan.

Bukan tiba-tiba boleh terus menjalinkan hubungan dengan orang lain. Bukan tiba-tiba boleh mesej tanya khabar bersayang-sayang bagai. Bukan tiba-tiba boleh keluar bersama. Bukan tiba-tiba boleh terlanjur.

Jangan salahkan “bertepuk sebelah tangan tak jadi”. Habis sibuk nak tarik rambut orang lain sedangkan suami sendiri yang menggatal. Orang yang nak ditarik rambut tu hanya sekadar pelengkap je kepada kecurangan, kalau suami sendiri tidak sengaja mencari cinta lain, memang takkan jadi apa-apa. Kalau bukan dengan dia, dengan orang lain dia akan buat.

Masalah besarnya ialah bila benda yang sama berulang-ulang. Dari sini kita dah tahu yang dia tidak mahu berubah. Anda di rumah sibuk menjaga anak, suami sibuk melayan perempuan lain. Kalau dia betul-betul mahu berubah, dia pasti tidak akan ulanginya lagi.

Ini semua terjadi bila privacy disalahertikan. Nak sangat beri privacy kepada suami. Hormat kononnya. Sedangkan sepatutnya selepas berkahwin itu, privacy peribadi sepatutnya sudah jadi privacy bersama. Bukan dikekalkan lagi seperti sebelum berkahwin.

Sekali lagi saya tekankan. Jika suami anda tidak beri anda lihat telefon dia, pasti ada yang dirahsiakannya. Sama juga dengan isteri. Dan sekali lagi saya tekankan, isteri yang tidak mahu melihat aktiviti suami di telefonnya adalah orang yang sentiasa takut dan menipu diri sendiri.

Baca : Suami Isteri Perlu Pantau Whatsapp Pasangan, Jangan Nanti Ada Yang Bergurau Perkara ‘Dalam Kain’

isteri terasa hati
Isteri yang takut nak ambik tahu hal telefon suami, dia menipu diri sendiri.

Akhirnya, telan sahaja pahit itu sampai ke tua. Nanti bila dah tua, lagi tiada pilihan lain selain menjadi orang yang tidak sepenting dahulu.

Jadilah isteri yang bijak. Jangan letak diri anda di tempat yang bakal menjadikan diri anda tidak bermakna.

Jangan yakin sangat dengan “sixth sense” seorang isteri kononnya boleh hidu itu ini. Anda tidak tahu selicik mana suami anda sebenarnya. Berhentilah kena tipu. Ambil tahu apa yang suami anda lakukan. Cegah sebelum terlambat.

Ada dua situasi ini, cuba anda pilih.

Situasi 1: Anda tahu suami telah mula menggatal, anda marah dia dan warning supaya jangan perkara itu berulang lagi serta sama – sama perbaiki hubungan sedia ada atau;

Situasi 2: Anda hanya tahu mengenai bini kedua suami setelah kelahiran anak ketiga madu anda.

Apa pilihan anda? Mencegah sememangnya lebih baik dari merawat. Hati yang dah dikelar pasti akan meninggalkan kesan. Hubungan pasti tidak akan sebaik dahulu.

Baca : Akibat Menipu Isteri Sebab Nak Makan Sedap, Suami Terima Padah

Jika suami jenis yang memang tidak mahu berubah, dah kantoi 3, 4 kali dah pun, jangan berdiam diri. Sila ke pejabat Agama secepat mungkin. Dapatkan bantuan mereka yang arif dalam hal ini. Sampai bila anda nak hidup dalam penipuan?

Mudah sahaja ditipu suami sendiri dan menipu diri sendiri. Anda tidak bahagia sebenarnya. Berhenti kata pada diri sendiri yang anda bahagia sedangkan suami sedang asyik melayan perempuan lain.

Sedarlah sebelum terlambat. Cegahlah sebelum terlewat. Semoga penulisan ini dapat membuka mata isteri yang dibuli suami yang curang ini. Kongsilah penulisan ini, saya yakin ramai yang sedang menjadi mangsa.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir atau BroOhsem Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana saya kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Berikut kami kongsikan mengapa seorang suami itu tidak boleh menipu isteri dan yang disampaikan oleh Penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias.

Semoga perkongsian tentang suami curang menipu isteri berkali- kali dan isteri mulai sekarang jangan ditipu lagi oleh suami mulai sekarang, akan membantu semua para isteri yang mempunyai masalah ini agar dapat meneruskan kehidupan selain membantu untuk menyelesai pergolakan rumah tangga masing-masing. Semoga bermanfaat.

Suami Curang Tipu Isteri Beratus Kali & Jangan Ditipu Lagi Sekarang Sazarimma

Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank Dipercayai Taktik Kad Klon

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Lagi kes duit simpanan hilang dalam akaun bank yang dikatakan semakin kerap berlaku. Terbaru seorang pengguna Facebook turut berkongsi tentang kehilangan sejumlah wang dalam akaun simpanan miliknya sebanyak RM4K tanpa tahu ke mana ia dibelanjakan dan berkemungkinan kad bank diklonkan.

Terdahulu, kes yang sama terjadi kepada seorang wanita apabila duit simpanan hilang dan berkurang yang didapati dipotong untuk satu pembayaran perkhidmatan penghantaran makanan yang bertempat di negara jiran. Manakala kes terbaru yang dihadapi Puan Afy AL Habibi ini seakan sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan iaitu berkaitan kad klon.

kad bank klon
Kad bank juga boleh diklonkan tanpa kita sedari, hati-hati semua.

Menurut wanita ini, jumlah terkini simpanannya berbaki sebanyak RM97 sahaja dan beberapa transaksi telah dibuat yang mana beliau sendiri tidak tahu apakah transaksi tersebut serta duit tersebut dikeluarkan dan juga turut dimasukkan semula ke akaun miliknya.

Baca : Duit Hilang Dalam Akaun Maybank RM1800 Dalam Masa 5 Minit Sahaja

Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank

RM4000 CIMB Hilang Berdesup

Menangis tak berlagu.

wang simpanan lesap
Pada 2/3/2019 Jumlah duit hilang keseluruhan RM 4000.

RM97 saja tinggal baki yang ada. Terjadi lagi kepada cikgu sendiri untuk kes kali kedua. Yang pertama akhir bulan 12, tahun lepas. Kes hampir sama dengan bank BSN. Hilang RM1000 tanpa buat apa-apa pengeluaran. Mujurnya dapat duit semula sebulan selepas rujuk pihak sana sini.

Hari ini, berderau darah lagi sekali. RM4000 hilang sekelip mata. Allahu. Sama-sama pandang kosong dengan suami. Suruh adik lelaki cikgu semak penyata online banking. Dia agak tahu .

Ikut penyata, semua keluar melalui ATM Card. Sedangkan tarikh akhir cikgu buat pengeluaran guna kad pada 25/2/2019. Sama ada kad bank cikgu kena klon masa kad dicucuk di mesin ATM waktu ni.

simpan duit di bank hilang dalam akaun
Mula 1/3/2019

Sudah ada kes tempat masuk kad dipasang satu device yang sama. Macam asal tujuan untuk baca data dan kamera di atas. Celah papan nombor untuk baca nombor pin. Akhirnya, ikut taktik licik habis duit hilang.

Hampa sangat. Kes pertama cikgu diamkan tak nak heboh cerita. Ingat kes biasa. Bila terjadi lagi kali kedua dengan bank lain pula, cikgu terpanggil nak kongsi sebagai peringatan bersama. Kena ambik tahu baki duit semasa dalam bank dan sentiasa semak penyata keluar masuk duit sendiri.

ATM CIMB
Semua pengeluaran wang dibuat dari ATM.

Cikgu masih berharap. Bukan kad bank kena klon. Mungkin sistem bank yang bermasalah. Walaupun dah tahu jalan cerita hampir sama dengan kejadian pertama. Kena menunggu lagi. Itu pun kalau rezeki masih ada.

Mohon semua doakan cikgu dan urusan cikgu dipermudahkan.

Cc: Kawan cikgu yang ada pengalaman boleh kongsi pendapat atau cerita ye. Cikgu nak tahu sangat kalau ada kes sama dengan duit simpanan hilang.

Jadi, kepada semua yang menyimpan duit melalui akaun bank haruslah sentiasa peka dan tahu tentang duit yang keluar atau masuk serta semua transaksi yang anda lakukan perlu diteliti supaya tiada lagi kes duit simpanan hilang dalam akaun bank. Jangan bila dah berlaku baru nak menyesal. Semoga bermanfaat.

Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank Dipercayai Taktik Kad Klon Sazarimma

Lelaki Rakam Video Dari Bawah skirt Pendek Wanita di Sunway Pyramid

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Viral di laman sosial perkongsian seorang pengguna Facebook tentang lelaki yang gila merakam video wanita yang memakai skirt pendek untuk memuaskan nafsunya. Dikatakan ramai wanita yang telah menjadi mangsanya selepas dia berjaya merakamkan mengikut keinginannya.

Menurut perkongsian James Chow, lelaki gila tersebut pada mulanya akan menghampiri wanita yang memakai skirt pendek yang bakal menjadi mangsanya sambil turut merakam video dari bawah skirt dengan menggunakan telefon dalam salah satu beg yang dipakai lelaki itu.

Walau bagaimanapun, perbuatan suspek telah dapat dihidu oleh James yang mana ketika beliau sedang membeli belah bersama teman wanitanya dia ternampak seorang lelaki yang berusia lingkungan 40-an yang membawa beberapa shopping bag dengan secara senyap merekodkan wanita yang sedang membeli belah.

rakam video bawah skirt wanita pakai skirt pendek
Wanita yang memakai skirt pendek seperti ini adalah sasaran utama suspek.

Setelah beberapa ketika James melihat gelagat lelaki itu yang merakam beberapa wanita yang berada dalam sebuah kedai baju, James segera melaporkan perkara tersebut kepada seorang penyambut tetamu yang berada di pusat berkenaan.

Selepas laporan dibuat, seorang pengawal keselamatan yang tidak memakai uniform telah mengekori lelaki terbabit demi untuk memastikan sangkaan James itu tepat dan tidak tersalah orang. Walau bagaimanapun, aduan James itu benar selepas pengawal keselamatan itu nampa sendiri bagaimana perbuatan lelaki itu yang merakam ramai wanita.

Suspek akhirnya ditangkap dan telah dibawa ke bilik kawalan bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan. Selepas menyiasat dan memeriksa beg yang dibawanya, mereka mendapati beratus-ratus video yang dirakam dari bawah skirt wanita terdapat di dalam telefon miliknya. Ini bermakna bukti kukuh telah pun mereka perolehi.

FEMALE SHOPPERS WEARING SKIRTS AT Sunway Pyramid

rekod video wanita pakai skirt
Laporan polis yang telah dibuat oleh James Chow

PLEASE BEWARE! Today 3/3/2019(Sunday) at around 7pm, while I was shopping with my girlfriend at H and M Sunway Pyramid I witnessed a guy in his 40s (small eyes, buzz cut hair, wears a black T-shirt, orange shorts, slippers and carries a few shopping bags, later confirmed to be a Japanese nationality staying at Damansara area) was secretly recording upskirt videos of female shopper.

He has his phone in recording placed in his shopping bag, then he approached girls who are wearing skirts from closely behind and start to record upskirt videos of them from his shopping bag below.

After confirming his upskirts recording move on a few female victims in H and M, I quickly informed the receptionists at the Information Centre then the security guards arrived (with one plain-clothes security guard).

We discreetly followed him from H and M to Innisfree then to Sephora, after the security guards also witnessed his upskirts recording action, they apprehended him and brought him to Sunway security room, where they found upskirt videos involving countless female victims from his phone and later he was brought to the Sunway police station.

The police said they will try to educate the suspect to not repeat his offences again, and since he is a foreigner I don’t know if he will be going to jail or will be freed easily to prey on more female shoppers again.

So ladies who wear skirts be careful of your surroundings when you are shopping especially when someone approaches you closely behind with a shopping bag in hand, there might be a recording camera inside. Please SHARE this to your girlfriend/wife, sisters, friends and family!James Chow

Lelaki itu akhirnya diserahkan kepada pihak polis di balai polis yang berdekatan dan polis juga dikatakan turut menasihati suspek di atas perbuatan gila yang dilakukannya. Lebih mengejutkan lelaki yang ditangkap itu dikatakan seorang warga Jepun.

Menurut James lagi, dia tidak tahu apakah hukuman yang diterima oleh suspek selepas diserahkan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, perbuatan sebegini adalah satu perkara yang amat serius serta boleh dikatakan menganggu privasi orang lain.

Jadi, kepada semua wanita yang pakai skirt pendek haruslah berhati-hati ketika membeli belah walau di mana saja kerana dibimbangi insiden yang sama akan turut berlaku. Sekarang ni kat mana saja boleh terjadi perkara macam ni.

Lelaki Rakam Video Dari Bawah skirt Pendek Wanita di Sunway Pyramid Sazarimma

Kulat Dinding dan Siling Punca Menyebabkan Anda Batuk dan Selsema

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Mungkin ada yang sering mengalami batuk dan selsema berpanjangan tanpa henti walau sudah banyak makan ubat atau mengamalkan petua batuk tradisional, namun kesakitan itu masih tidak hilang malah makin teruk. Mengapa masih tidak baik? Mungkin persekitaran tempat tinggal anda menjadi punca utama anda sering tidak sihat seperti kulat dinding dan siling.

Sebenarnya, persekitaran rumah atau tempat tinggal kita juga antara faktor yang akan menyumbang terjadinya sakit atau penyakit tanpa kita sedari seperti kulat siling dan dinding itu. Mungkin juga punca yang menyebabkan anda batuk dan selsema adalah kerana kawasan kediaman anda yang tidak begitu bersih.

penyakit kerana persekitaran
Bermacam sebab yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Perkongsian dari Public Health Malaysia ini pasti akan menjelaskan mengapa anda sering sakit dan tidak sihat. Kediaman kita juga antara faktor yang utama untuk kita hidup lebih cergas dan sihat. Ikuti perkongsian ini untuk ketahui dengan lebih lagi mengapa anda sering sakit walaupun berada di rumah.

Kulat Punca Sering Sakit, Batuk dan Selsema

kulat pembawa penyakit
Kekotoran pada siling pasti terdedah kepada penghuni rumah terutama anak kecil.

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti asma.

Bagi yang sememangnya menghidap asthma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini dicegah?

rumah kotor
Jika dinding dan silit rumah berkulat seperti ini segeralah selesaikan masalah ini.

Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

dinding kotor
Pastikan kebersihan dinding rumah anda tidak seperti ini.

Setiap individu haruslah mempunyai kesedaran dan juga rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran rumah dan kediaman tempat tinggal kerana ini adalah perkara penting yang harus dititikberatkan selain untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Untuk hidup dengan lebih sihat, anda perlu memastikan persekitaran rumah anda sentiasa bersih dan bebas dari sebarang kekotoran. Dan ia bukan sahaja kekotoran yang disebabkan kulat dinding dan juga siling tetapi rumah haruslah bebas dari sebarang sampah sarap, bau busuk, udara kotor dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Kulat Dinding dan Siling Punca Menyebabkan Anda Batuk dan Selsema Sazarimma

Orang Negeri Sembilan Tak Boleh Kahwin Sesama Suku? (Adat Perpatih)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Kenapa agaknya orang Negeri Sembilan tidak dibenarkan sesama suku atau mengapakah adat perpatih menggalakkan perkahwinan di luar suku? Inilah keunikan aspek perkahwinan dalam negeri yang amat dikenali dengan adat pepatih yang turun temurun sejak dulu lagi.

Pasti ramai yang tertanya, apakah sebabnya dan mengapa kedudukan wanita dalam adat perpatih seperti yang tidak boleh berkahwin dengan sesama suku. Apa sekalipun telahan dan tekaan anda, Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang sangat pentingkan adat.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Negeri Sembilan mempunyai 12 suku, antaranya Biduanda yang membolehkan individu dalam suku ini dilantik menjadi pemimpin, Seri Lemak, Batu Belang, Batu Hampar, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Melenggang, Tiga Nenek, Anak Acheh, Tanah Datar, Anak Melaka dan juga Tiga Batu.

Keunikan Adat Perpatih Negeri Sembilan

Walaupun sistem Adat Perpatih menyediakan sedikit ruang kepada anak adat (keturunan) suku tertentu berkahwin sesama suku, pada prinsipnya sistem adat yang dianuti oleh masyarakat Negeri Sembilan itu tidak membenarkan perkahwinan di kalangan sesama anak suku – “Sama Suku Tidak Boleh Berkahwin”. Contoh, lelaki dari Suku Tiga Nenek tidak boleh berkahwin dengan wanita dari Suku Tiga Nenek.

Perkahwinan yang dibenarkan oleh sistem Adat Perpatih adalah di kalangan pasangan yang berlainan suku atau lain suku.

Masyarakat Adat Perpatih menganggap mereka di kalangan suku yang sama umpama adik-beradik. Ini adalah kerana anggota sesuatu suku itu berasal daripada seorang nenek moyang (nasab dalam adat perpatih mengikut nasab ibu) yang mulanya membentuk keluarga, kemudian rumpun, perut dan apabila keturunan berkembang melalui perjalanan masa mewujudkan suku.

Masyarakat Adat Perpatih mempunyai rasional mereka sendiri mengenai larangan berkahwin sesama suku. Antaranya; Larangan berkahwin sesama suku memperkasa institusi kekeluargaan kerana setiap anggotanya yang mengetahui ikatan kekeluargaan tentunya mengambil tahu dan menjadi pelindung kepada masyarakat sukunya.

Sementara itu, golongan lelaki pada setiap masa memandang dan mengganggap anggota perempuan yang sesuku dengan mereka samada sebagai ibu, kakak, adik atau anak yang wajib dihormati, dijaga, dilindungi dan disayangi.

seri menanti
Muzium Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. – Facebook

Mungkin di atas faktor inilah menyebabkan tiadanya kejadian sumbang di kalangan jiran sekampung dalam masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Catatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai hukuman yang ditetapkan Adat Perpatih terhadap pasangan yang berkahwin sesama suku.

Perkahwinan sesama suku terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama diklasifikasikan sebagai perkahwinan ’Sumbang Sewaris’. Yang kedua, ‘Sumbang Sekadim’.

Hukuman yang dikenakan terhadap pasangan yang berkahwin sesama suku dinamakan ‘ Hukum Kahar ‘.

Masyarakat Adat Perpatih memandang pelaku kahwin sesama suku ibarat haiwan dan tidak layak wujud dalam masyarakat. Pelaku dan pasangan akan dipulaukan dan disisihkan daripada segenap sudut kehidupan seharian masyarakat.

A. Sumbang Sewaris

Definisi:

Sumbang sewaris adalah berkahwin sesama suku.

Hukuman:

Pasangan dihalau oleh ahli-ahli sukunya, tidak dibenarkan duduk di dalam sukunya dan juga tidak diterima oleh suku-suku lain di wilayah atau luak (daerah) berkenaan. Digambarkan bahawa betapa jijiknya pasangan itu di mata masyarakat adat sehingga bekas tempat duduk mereka akan dibasuh.

Lelaki yang melakukan kesalahan hilang hak memegang jawatan (menjunjung saka) yang terdapat dalam sistem Adat Perpatih. Seandainya pelaku itu memegang jawatan semasa melakukan kesalahan, jawatannya akan dilucutkan dengan serta merta.

Pelaku kesalahan perempuan akan kehilangan hak ke atas segala harta pusaka suku.
Pasangan terlibat diperbilangkan sebagai, “Laksana buah beluluk, Tercampak ke laut tidak dimakan ikan, Tercampak ke darat tidak dimakan ayam.

Cantiknya sistem Adat Perpatih adalah kerana walaupun tegas tetapi masih ada jalan pulang kepada pesalah adat yang ‘ingin pulang ke pangkuan adat’. Bagaimanapun, pelaku kesalahan adat perlu melalui dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Dikatakan bahawa syarat asas pengampunan pesalah adat tidak seragam antara luak (daerah).

Ada luak yang mensyaratkan pesalah adat yang kematian pasangan atau bercerai sahaja boleh diampunkan. Sebaliknya, ada juga daerah yang tidak mensyaratkan peraturan sedemikian berat.
Penerimaan sistem adat/masyarakat terhadap pelaku kesalahan adat yang ingin kembali ke pangkuan adat bergantung kepada keizinan anggota kelompok kekerabatan dan direstui oleh Ketua-Ketua adat.

Setelah ada persetujuan yang terhasil dari majlis berkampung dan bermuafakat, pelaku kesalahan adat perlu melakukan syarat-syarat yang ditetapkan dalam majlis yang diawasi oleh Datuk Lembaga (Ketua Suku) suku berkenaan.

pakaian tradisional negeri sembilan
Pakaian tradisional Negeri Sembilan juga sangat unik, menarik dan cantik. – Facebook

Syarat-syarat yang perlu dilaksanakan ialah:

Menyediakan 50 gantang beras, wang tunai RM14.00 dan mengadakan seekor kerbau atau lembu untuk majlis kenduri.

Menjemput Ketua-Ketua Adat dengan penuh istiadat ke majlis kenduri. Pelaku kesalahan adat (berkahwin sesama suku) mengisytiharkan kesalahan yang telah dilakukan dan membayangkan keinginan untuk kembali ke pangkuan suku serta bergabung semula dalam ikatan keluarga seperti mana dahulu.

Selepas mengakui kesalahan dan meminta maaf kepada orang ramai, pelaku kesalahan adat ‘ menyembah’ semua anggota suku yang hadir untuk meminta maaf. Majlis kenduri tersebut adalah gelanggang bagi menghebahkan kepada masyarakat sesuku dan seluak bahawa pasangan pelaku kesalahan adat telah kembali ke pangkal jalan ( surut ke pangkal jalan), serta mengakui di samping menebus kesalahan (nya/mereka). Majlis itu adalah satu cara memohon maaf secara terbuka.

Pelaku kesalahan adat yang telah ‘diampunkan’, dibenarkan balik ke tempat asal dan diberi kedudukkan seperti sebelum berlakunya kesilapan setelah istiadat dilakukan dengan jayanya.

B. Sumbang Sekadim

Definisi:

Sumbang Sekadim adalah melakukan perkahwinan di kalangan sama suku dengan ‘ahli seperut ‘. Ahli seperut bermaksud lebih kurang, “Ikatan kekeluargaan di kalangan ahli suku yang sama pada kedudukkan selepas keluarga kandung.” Dalam masyarakat Negeri Sembilan, ahli seperut kebiasaannya ialah jiran di sebelah rumah dan lokasi tanah/dusun/sawah pusaka di kalangan ahli seperut kebiasaannya bersebelahan atau berhampiran.

Sama sesuku di kalangan masyarakat adat boleh berlaku kepada masyarakat adat yang berlainan kampong. Bagaimanapun, sama ‘ seperut’ cuma berlaku di kalangan masyarakat adat sekampung sahaja..

Hukuman Kerana Sumbang Sekadim:

Kesalahan kerana berkahwin sesuku di bawah kategori ‘Sumbang Sekadim’ adalah kesalahan besar dalam sistem Adat Perpatih. Ini boleh difahami dengan mudah kerana ikatan kekeluargaan mengikut struktur Adat Perpatih seperti yang diterangkan pada perenggan di atas. Hukumannya ialah:

Segala harta benda pasangan dirampas.

Diceritakan bahawa pernah berlaku di zaman dahulu mengenai satu pasangan yang melakukan kesalahan kategori ini dikenakan hukuman bunuh. Mereka ditangkap, dimasukkan ke dalam bakul dan dibenamkan ke dalam sungai. Kubur mereka dikenali sebagai Jerat Sumbang.

Ungkapan di kalangan masyarakat Adat Pepatih kepada mereka yang melakukan Sumbang Sekadim ialah: Hidup tidak terpelihara, Mati Tak Ditanam, Harta Diambil, Tuan dibunuh.
Terdapat juga perbilangan yang berbunyi, “ Ke laut tumpah karam, Ke darat sial terbakar”.

ULASAN:

Kejadian berkahwin sama sesuku jarang berlaku. Sepanjang hidup saya yang kini melebihi 50 tahun, belum ada lagi berlaku perkahwinan sama suku di kampong saya di Rembau, Negeri Sembilan. (Perkahwinan sama suku tetapi berlainan sub-suku di kalangan Suku Biduanda Lela Maharaja dengan Suku Biduanda Sedia Raja seperti yang saya kisahkan dalam catatan terdahulu ‘Kahwin Sama Suku ‘ dibenarkan oleh sistem Adat Perpatih).

Secara umumnya, masyarakat adat di Rembau adalah masyarakat yang masih kuat berpegang kepada Adat Perpatih berbanding masyarakat adat di daerah (luak) lain. Namun demikian, ada amalan dan anjuran dalam sistem Adat Perpatih telah diabaikan kerana sikap ketidakpedulian dan kejahilan pengikutnya.

Sebagai contoh, ikatan kekeluargaan ‘ahli seperut’ hampir menemui ‘jalan mati’. Kebanyakkan generasi hari ini dan termasuk juga generasi saya (50-an) tidak lagi mengenali dan ambil-peduli ‘ahli seperut’ sendiri walaupun sekampung.

Ironinya, dalam keresahan institusi Adat Perpatih kerana terhakisnya sesetengah amalan-amalan yang menunjangi kelangsungan adat tersebut, masyarakat Adat Pepatih di Negeri Sembilan masih akur kepada larangan berkahwin sesuku. Hakikatnya, hampir tidak berlaku perkahwinan sesama suku di kalangan masyarakat Adat Pepatih Negeri Sembilan sehingga ke hari ini.

Kes sepasang pelaku kesalahan ‘Sumbang Sekadim’ dihukum bunuh dengan cara memasukkan pasangan malang itu ke dalam bakul dan membenamkan mereka di dalam air sehingga mati tidak boleh diterima oleh masyarakat hari ini.

Bagaimanapun, perbuatan kejam zaman itu bolehlah dikiaskan dengan kesetiaan membabi buta Hang Tuah sehingga sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang ingin membela ketidak-adilan Sultan. Kalaulah hukuman adat tersebut masih wujud lagi sehingga ke hari ini, sudah pasti pelaksanaanya tidak dibenarkan oleh undang-undang negara.

Ini adalah perkongsian dari laman Facebook milik Minangkabau Negeri 9 Malaysia yang berkongsi tentang keunikan dan kesenian adat perpatih di Negeri Sembilan.

Orang Negeri Sembilan Tak Boleh Kahwin Sesama Suku? (Adat Perpatih) Sazarimma

Zikir Ketika Memasak Untuk Suami & Anak Boleh Bahagia Rumah Tangga

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Zikir ketika memasak untuk suami dan anak-anak boleh membahagiakan rumah tangga. Memang benar kata orang bahawa masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia walau ke mana saja kita pergi sebagai seorang anak pasti akan rindu masakan ibunya walau sekadar telur goreng kicap. Apakah keistimewaan masakan ibu agaknya?

Masakan ibu lebih sedap jika dimasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas seperti mana seorang ibu memasak untuk anak-anak dan suami yang dikasihinya. Malahan dikatakan lebih menyedapkan lagi masakan ibu adalah kerana zikir ketika memasak yang diamalkan ibu sejak dulu lagi.

doa untuk suami sentiasa ingat pada isteri
Pasti ada ibu-ibu yang tahu zikir dan doa masuk dapur.

Seorang ibu membuat kerja rumah dan juga masak untuk keluarganya dibuat dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan keuntungan atau balasan, malahan semua itu dikatakan adalah tanggunjawabnya menjadikan semua tugas dan masakannya menjadi serta sangat sedap dimakan.

Inilah pengorbanan seorang ibu demi suami dan anak-anaknya yang menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh kasih sayang serta memasak untuk mengenyangkan keluarganya berbeza dengan tukang masak yang melakukan tugas itu demi keuntungan semata-mata.

Begitulah perbezaan seorang ibu berbanding dengan tukang masak. Malahan melalui masakan dan air tangan ibu, ibu juga boleh mendoakan apa saja yang baik-baik untuk anak-anaknya dan suami. Sebelum atau ketika memasak juga banyak ayat dan doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan dan kesejahteraan ahli keluarga, pengikat kasih sayang selain dapat memperbaiki hubungan kekeluargaan.

doa masuk dapur sebelum memasak
Nasi lemak antara masakan dan air tangan mak yang paling sedap.

Perkongsian dari Facebook berkaitan dengan ayat dan doa masuk dapur dan sebagainya seperti yang dikongsikan adab-adab memasak khas untuk ibu-ibu dan para isteri juga umumnya untuk mereka yang memasak.

Memasak ini sangat penting dan ada adab untuk memasak. Tok guru kita sangat-sangat jaga bab makan sampaikan tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun ada sebut bab ini.

Saya nak kongsi adab-adab memasak dari Kitab Mudzakarah Masturat. Sangat-sangat hebat mereka para-para isteri para jemaah dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak-anak.

Adab, Doa dan Zikir Ketika Memasak

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur Surah Al Kahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jam iaitu putaran tawaf

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al Baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh Sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah Al Kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau anda tak mampu buat seperti ini, cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan Al-Quran, zikir dan jangan bercakap hal-hal dunia semasa memasak. Apatahlagi buka lagu-lagu ketika memasak. Tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak. Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan. Insya Allah.

Sila amalkan untuk keberkatan dalam keluarga. Insya Allah. Supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak terutamanya ibu dan isteri-isteri yang solehah.

Apabila masuk dapur amalkan dengan bacaan Bismillah untuk memulakan apa saja tugas dan kerja walaupun ingin memasukkan bahan ke dalam periuk, kuali dan apa saja yang berkaitan. Dengan ucapan Bismillah pastinya semuanya akan dipenuhi dengan keberkatan selain mengacau masakan ikut lawan arah jam seperti mana sunnah Rasulullah.

Sewaktu memasak juga boleh diamalkan dengan membacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman. Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Doa ini juga sangat mustajab yang boleh melembutkan hati suami dan anak-anak serta seluruh ahli keluarga anda jika sering mengamalkannya dengan ikhlas dan yakin. Zikir ketika memasak juga adalah penyedap masakan selain membasahkan lidah dengan bacaan doa serta selawat dan istighfar sepanjang proses memasak dan menyediakan makanan. Semoga bermanfaat.

Zikir Ketika Memasak Untuk Suami & Anak Boleh Bahagia Rumah Tangga Sazarimma

Ramai Buat Rawatan Resdung Hidu Asap dan Habuk Kayu, Berkesan?

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Zaman sekarang terlalu banyak pusat rawatan resdung yang terdapat di seluruh Malaysia yang menjalankan perkhidmatan merawat penyakit ini dengan menggunakan berbagai kaedah perubatan kerana ramai yang menghidapi penyakit ini sama ada peringkat awal dan juga resdung yang serius.

Kaedah yang digunakan biasanya menggunakan asap yang perlu disedut oleh pesakit atau dengan menggunakan kertas yang digulung dan dibakar pada hujung supaya yang hujung satu lagi dikatakan boleh menyedut resdung daripada muka. Ada juga yang guna rawatan resdung habuk kayu yang perlu disedut pesakit.

Tetapi adakah cara-cara merawat resdung seperti itu berkesan dan mampu menghilangkan kegatalan pada hidung atau ia benar-benar membantu pesakit yang mempunyai masalah ini? Ada yang amat percaya bahawa kaedah ini sangat berkesan dan mujarab.

Rawatan Resdung Menyedut Asap dan Habuk Terbaik?

kesan sampingan ubat resdung
Kaedah menggunakan asap untuk mengatasi resdung.

Mereka yang ingin menjalani rawatan sebegini perlu menyedut asap atau habuk yang diberikan kepada pesakit. Kemudiannya, pesakit yang membuat rawatan ini akan mengeluarkan hingus daripada hidung dengan banyaknya daripada biasa.

Hingus yang terkeluar itu dikatakan adalah cecair atau hingus yang telah terperangkap di rongga wajah dan kerana cecair inilah yang akan menyebabkan berlakunya resdung. Itulah yang disampaikan para perawat resdung yang mengubati pesakit dengan kaedah ini.

Jawapan:

Ini penjelasannya, cecair yang terhasil setelah menyedut asap atau pun habuk kayu itu bukanlah asalnya daripada cecair yang terperangkap dalam rongga muka. Ia adalah cecair atau mocus yang dihasilkan akibat tindak balas lapisan hidung kepada bendasing yang disedut.

Pernahkah anda bersin-bersin dan mempunyai selsema selepas mengemas rumah yang banyak habuk? Pasti ramai yang pernah melalui pengalaman seperti ini. Ia merupakan satu tindak balas yang normal saluran pernafasan hidung kita untuk mengelakkan bendasing terus masuk ke dalam paru-paru.

Disebabkan itulah ianya menghasilkan hingus (mucous) yang banyak seperti mana yang anda lihat selepas menjalani rawatan resdung seumpama itu. Apa lagi jika disedutkan serbuk atau habuk kayu dan juga asap yang tebal dan dihidu pula melalui saluran tersebut.

Anda juga tahu bahawa menghidu asap seperti mana yang dilakukan oleh mereka yang menghisap rokok akan merosakkan paru-paru. Manakala menghidu serbuk kayu pula akan menyebabkan habuk kayu itu akan tertinggal dalam saluran hidung yang boleh menyebabkan keradangan yang kronik.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya elakkan membuat rawatan atau menggunakan cara rawatan yang anda sendiri tidak mengetahui keberkesanannya dan tidak diketahui apakah jenis komplikasi yang mungkin anda hadapi selepas menerima rawatan sedemikian.

Guna Kertas Gulung Yang Dibakar Untuk Sedut Resdung

rawatan resdung guna asap dan lilin
Penggunaan lilin dan kertas yang dibakar juga sangat popular untuk merawat resdung.

Cara ini iaitu menggunakan kertas gulung yang telah dibakar api kemudian digunakan untuk disedut melalui hidung dengan tujuan untuk menghilangkan resdung serta mencegah penyakit ini adalah cara yang telah lama dibuat sejak dulu lagi sehingga ke hari ini.

Kertas berwarna putih digunakan dengan digeserkan lilin pada bahagian atas kertas dan kemudian digulung serta perlu dipastikan bahagian dalamnya merupakan bahagian yang digosokkan dengan lilin untuk tujuan merawat resdung cara kampung.

Kemudian, satu hujung perlu dibakar terlebih dahulu dan satu hujung lagi perlu diletakkan di bahagian muka pesakit atau bahagian yang dipercayai ada resdung. Apabila kertas gulung itu telah terbakar separuh, perawat akan mengalihkan kertas itu dan memadamkan api.

Setelah itu, di bahagian muka yang diletakkan kertas gulung yang dibakar itu tadi akan mempunyai beberapa ketulan yang dikatakan sebagai resdung malahan ada yang menganggap itu adalah ulat resdung yang menghuni rongga hidung atau muka pesakit.

Jawapan :

kesan rawatan resdung asap
Habuk atau asap yang disedut akan memasuki ke saluran pernafasan anda.

Ini penjelasan yang sebenarnya, ketulan yang terhasil itu adalah merupakan lilin yang telah mencair daripada kertas tersebut dan jatuh ke bahagian bawah. Sebab itulah, bila kaedah ini dicuba pada permukaan simen atau besi, kedua-duanya akan menunjukkan hasil keputusan yang sama.

Ketulan yang sama juga akan terhasil daripada kaedah yang dibuat pada wajah anda jika membuat rawatan ini. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah seperti mana yang dilakukan dengan cara menggunakan kertas gulung yang mempunyai lilin yang kemudiannya dibakar.

Baca : Cara Merawat Resdung Terbaik

Kesimpulan daripada kajian yang telah dilakukan oleh Root of Science ini ternyata kaedah menyedut asap dan menggunakan kertas gulung itu tadi tidak dapat dibuktikan akan menyembuhkan penyakit resdung malahan ia mungkin boleh memburukkan lagi keadaan pesakit jika dibuat secara berterusan.

Jadi, anda sendiri boleh membuat kesimpulan selepas membaca perkongsian ini dan yang lebih penting anda harus memastikan setiap jenis rawatan yang akan dibuat adalah rawatan resdung terbaik selain ia terbukti berkesan atatu telah diiktiraf oleh kerajaan.

Ramai Buat Rawatan Resdung Hidu Asap dan Habuk Kayu, Berkesan? Sazarimma


WOW! Malaysia Akan Guna Drone Untuk Perkhidmatan Penghantaran Pos

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Seiring dengan kecanggihan teknologi dan pembangunan, kini penggunaan drone atau dron semakin meluas di seluruh dunia. Ia pada mulanya digunakan untuk tujuan risikan dan ketenteraan kini pesawat tanpa pemandu ini terus menjadi perhatian dan digunakan untuk berbagai jenis tujuan yang amat berguna untuk semua orang.

Drone sering digunakan untuk pengambaraan filem, videografi udara, fotografi dan bermacam lagi yang menjadikan ia sangat diperlukan oleh dunia selain dapat membantu berbagai masalah seperti menyelamat, operasi mencari, pengawasan, pemantauan trafik, cuaca dan sebagainya.

penggunaan dron
Drone kini digunakan secara meluas di beberapa negara membangun.

Perkhidmatan dan Penggunaan Drone di Malaysia

Hari ini, negara kita Malaysia turut berminat dengan kebaikan dan manfaat penggunaan drone yang mana ia akan dimanfaatkan untuk tujuan penghantaran pos atau jenis bungkusan tertentu. Ia pasti akan memudahkan lagi kerja penghantaran dan penerimaan Pos Malaysia yang dibawa dari udara ke destinasi yang ditujui.

Beberapa hari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobing Singh Deo berkata, matlamat pengguna pesawat tanpa pemandu yang menggunakan remote control ini akan dilaksanakan di negara ini dalam jangka masa lima tahun akan datang bermula dari sekarang.

kegunaan dron
Menteri KKMM di Majlis Penutup ‘Parcel Drone Competition’ anjuran Pos Malaysia di Putrajaya.

Niat murni ini dikatakan sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegaskan bahawa negara kita seharusnya turut menerokai teknologi terkini dengan evolusi baru seperti penggunaan drone ini katanya.

Menurut Gobind, kebaikan dan kegunaan drone di Malaysia adalah bertujuan menghantar bekalan seperti ubat-ubatan ke kawasan pedalaman yang terpencil atau pun kawasan luar bandar yang memerlukan penghantaran cepat ketika dalam kecemasan.

Berkemungkinan, untuk penghantaran pembelian secara online yang sering dibuat orang ramai masih lagi menggunakan perkhidmatan posmen atau pun pos Malaysia. Walau bagaimanapun, mungkin juga akan gunakan khidmat drone di masa akan datang, siapa tahu?

hantar barang di udara
Malaysia akan gunakan perkhidmatan ini untuk penghantaran ubat-ubatan.
penghantaran bungkusan udara
Penghantaran melalui udara akan menjadi lebih mudah untuk ke kawasan terpencil.

Gobind turut menyatakan bahawa bagi mencapai matlamat ini juga pihak berkenaan akan memastikan berbagai aspek yang akan terus diberikan perhatian termasuklan isu keselamatan penggunaan drone dalam perkhidmatan kurier selaras seperti dalam peraturan yang ditetapkan dalam industri penerbangan.

Menurut Lobak Merah pula, Malaysia sebenarnya telah lama menunjukkan minat untuk pergi lebih jauh lagi dalam dunia arus pemodenan terkini seperti di negara Switzerland yang menjadi inspirasi negara kita yang mana mereka telah pn menggunakan perkhidmatan dron secara komersil.

Di Switzerland, perkhidmatan drone digunakan secara meluas untuk penghantaran sampel atau spesimen makmal ke hospital atau klinik semenjak tahun lepas melalui syarikat penghantaran pos yang terdapat di negara itu.

Di beberapa negara lain seperti Australia dan China juga turut menguji kebolehan perkhidmatan ini dengan menggunakan perhantaran buku teks kepada pelajar bagi mengantikan kaedah penghantaran konvesional.

penggunaan dron untuk pos pizza
Servis penghantaran pizza menggunakan khidmat dron.

Apa yang lebih menarik tentang perkhidmatan drone ini, ia telah digunakan oleh syarikat peruncit terkenal dalam talian iaitu Amazon yang telah melancarkan khidmat ini pada tahun 2016 dengan penghantaran produk pertama iaitu pop corn menggunakan dron. Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu memastikan berat barang anda tidak melebihi daripada dua kilogram untuk servis penghantaran.

Kalau betul bagai dikata, perkara ini akan menjadi kenyataan pada tahun 2024 nanti dan sama-sama kita lihat apakah benar ia akan direalisasikan atau hanya omongan kosong. Walau bagaimanapun, teknologi zaman sekarang tiada yang mustahil, pasti menjadi.

WOW! Malaysia Akan Guna Drone Untuk Perkhidmatan Penghantaran Pos Sazarimma

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul Mengikut Hukum

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil ingin menunaikan solat tetapi sering terbantut apabila bayi mereka itu meragam dan perlu menunggu si anak tidur dulu kerana bimbang jika dibiarkan dia akan merayap dan ini merisaukan. Sebenarnya semua ibu bapa boleh solat sambil dukung bayi tanpa sebarang gangguan lagi.

Mungkin masih ada yang tidak tahu bagaimana cara nak solat sambil dukung bayi dan hukum solat bersama anak kecil. Kerana tidak tahu, mereka selalunya terpaksa melengahkan atau menangguhkan solat walaupun waktu semakin habis dan akan menunaikannya apabila ada waktu terluang.

Semua suri rumah pasti akan berhadapan dengan situasi ini sewaktu nak solat di rumah atau di mana saja. Bayi pula pasti akan menangis apabila si ibu seperti tidak peduli lagi tentangnya ketika bersolat. Dek kerana tidak sampai hati meninggalkan anak sendirian, pasti solat ibu tak khusyuk dan terpaksa berhenti.

solat dengan bayi
Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa walau ibu dan ayah sedang sembahyang.

Sebenarnya, sesiapa saja yang mempunyai anak kecil, anda boleh solat dengan bayi anda tanpa sebarang masalah. Malah agama Islam itu sangat mudah serta ada hukum menunaikan sembahyang bersama bayi samada didukung atau dibawa bersama ke masjid.

Mulai sekarang tiada lagi masalah bayi ganggu solat anda kerana perkongsian Puan Insyirah Soleha ini akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan berkongsi panduan tentang solat sambil mendukung bayi dan juga cara-cara menunaikannya langkah demi langkah.

Panduan Solat Sambil Dukung Bayi atau Anak

Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.

Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil. Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.

1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.

2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.

Permasalahan dukung anak pakai pampers ;

1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة

2. Menanggung najis
حامل النجاسة

Dua perkara ini berbeza :

Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.

Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.

1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.

Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?

1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?

Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat.

Sama juga seperti dukung bayi BELUM BERSUNAT dan PAKAI PAMPERS, kita tidak menempel najis pada tubuh kita.

Ia juga terpakai kepada mana-mana sahabat yang berniat bawa anak menunaikan umrah, sama kondisi seperti persoalan solat.

Kalau kita mencari sebab tak boleh, memang selamanya kita akan cakap tak boleh. Dalam Islam, sentiasa ada solusi untuk setiap tribulasi.

Isteri, suka sangat bila suami tawarkan diri untuk jadi imam dan solat berjemaah.

Selepas suami solat berjemaah di surau/masjid, boleh balik rumah solat sunat 2 rakaat sambil isteri jadi makmum untuk solat fardhu. Jadi, isteri boleh solat berjemaah dengan suami.

Saya kongsikan video bagaimana untuk solat dengan bayi kepada para bapa supaya selepas ini boleh sama-sama berjemaah dengan isteri dan anak-anak.

Video contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa

Video contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa.

Posted by Insyirah Soleha on Khamis, 31 Januari 2019

Baca : Jika Anda Banyak Tinggalkan Solat, Buatlah Perkara Ini Sebelum Terlambat

Contoh Ayah Solat Sambil Mendukung Anak

hukum anak kecil ganggu solat
Contoh bapa solat dengan mendukung bayi ketika takbir.
solat dukung anak
Contoh bapa berdiri dalam solat dengan mendukung anak.
hukum solat bersama anak kecil
Ketika rukuk anak masih lagi dalam dakapan seperti ini.
sembahyang bersama anak
Bagaimana bapa meletakkan anaknya dahulu sebelum sujud dalam solat.
mendukung anak ketika sembahyang
Bayi masih bersama bapa sewaktu bersujud tanpa gangguan.
dukung bayi ketika sembahyang
Cara bapa mendukung bayi dalam solat semasa angkat anak nak bangun i’tidal.
cara solat mendukung bayi jakim
Anak masih didukung begini ketika bapa tahiyat.

Baca : 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah. Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia-Sia!

Contoh Solat Sambil Mendukung Bayi Untuk Ibu.

panduan sembahyang bersama anak kecil
Ini cara ibu dukung bayinya ketika berdiri dalam solat.
cara solat dengan bayi
Sewaktu rukuk anak masih dalam dakapan tidak dilepaskan walau dalam solat.
cara bersolat dengan budak kecil
Cara ibu mendukung anak ketika dalam solat semasa tahiyat awal atau akhir.

NOTA TAMBAHAN :

Ibu bapa mestilah memastikan dada sentiasa mengadap ke arah kiblat. Semoga bermanfaat untuk semua ibu ayah yang berusaha biasakan anak-anak dengan rutin solat.

Wahai Tuhanku,
Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku dari kalangan orang yang mendirikan solat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang soleh.

Ummu Amir dan Abu Amir Saif Azuran,
Sebarkan kasih sayang.

Semoga perkongsian cara solat sambil dukung bayi yang dikhaskan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil ini akan menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan seterusnya akan menyempurnakan lagi ibadah solat masing-masing. Inilah antara amalan-amalan yang dibolehkan berdasarkan contoh yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Semoga membantu dan bermanfaat untuk semua muslimin dan muslimat.

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul Mengikut Hukum Sazarimma

Sakit Lutut Selepas Berlari (Punca Kesakitan dan Cara Merawat Terbaik)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Sakit lutut amat menyakitkan terutama selepas bersenam, berlari atau melakukan aktiviti tertentu. Kadangkala ia akan berdenyut-denyut malahan apabila lutut bergesel juga akan berbunyi kruk-kruk. Sakit yang berkait dengan sendi ini biasanya dialami oleh mereka sama ada lelaki atau wanita yang telah berusia tak kurang juga yang masih di usia muda remaja.

Sakit lutut yang biasa iaitu sakit di lutut atau Patella sememangnya tidak asing lagi bagi seorang pelari dan 3-4 daripada 10 kecederaan yang berlaku kepada pelari adalah di bahagian lutut. Dalam jumlah ini pula kebanyakannya mengalami sama ada Patella Femoral Syndrome atau Iliotibial Syndrome (ITBS).

Mereka yang menghadapi masalah penyakit lutut ini pasti akan mencari cara untuk merawat sakit lutut atau sakit sendi sama ada berjumpa pakar untuk rawatan fisioterapi, ubat di farmasi dan sebagainya. Namun, ada juga yang lebih selesa mencuba dengan cara kampung iaitu menggunakan petua tradisional yang dikatakan berkesan dan boleh mengatasi permasalahan ini.

Punca Sakit Lutut

Cara merawat sendi lutut
Apabila lutut sakit, ia akan menganggu pergerakan kita dan aktiviti harian.

Berbagai faktor dan jenis kesakitan ini yang berlaku di lutut kanan atau kiri telah dikenalpasti oleh mereka yang pakar. Berikut dikongsikan antara punca yang sering berlaku kepada lelaki dan wanita:

Overuse atau Overloading

Perkara ini berlaku apabila lutut terdedah kepada keadaan yang menyebabkan ia digunakan lebih daripada kemampuannya samada terlalu laju ketika turun bukit, overstriding, atau berlari atas permukaan yang tidak rata dalam jangka masa yang lama. Dalam kebanyakan punca, ini punca paling utama.

Biomekanikal

Mereka yang mempunyai flat foot dan high arch adalah mereka yang berisiko untuk sakit lutut kerana tanpa sokongan arch yang betul, ia akan menyebabkan satu tindakan biomekanikal yang mendedahkan lutut untuk lebih terdedah untuk menerima impak ketika berlari.

Kelemahan Fungsi Otot

Lutut disokong oleh beberapa otot dan ligament, kelemahan otot-otot ini mengurangkan kestabilan lutut. Antara yang dikenalpasti adalah seperti kelemahan otot quadriceps, iliotibial band dan otot hamstring yang ketat mahupun otot tulang pinggul yang lemah.

Cara Merawat dengan Rawatan Terbaik

petua tradisional hilangkan sakit sendi
Senaman yang mengaitkan lutut juga harus dilakukan untuk kekuatan sendi.

Kebanyakan sakit lutut boleh dirawat secara konservatif atau dengan cara senaman. Ketika sakit, larian perlu dikurangkan atau berubah kepada sukan yang kurang impak seperti eliptical, basikal, berenang.

Senaman yang menguatkan otot-otot yang menyokong sendi lutut (knee strengthening exercise) juga boleh membantu mengurangkan dan menghilangkan kesakitan.

Ada beberapa bukti kajian mengatakan knee brace dan tapping boleh membantu, namun kajian terperinci masih diperlukan.

Sekiranya sakit berterusan berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan seterusnya.

Cara Mencegah Sakit di Lutut

  • Naikkan jarak larian beransur-ansur.
    sekiranya melakukan larian di permukaan yang tidak rata seperti larian denai, kawal kelajuan, sekiranya tidak biasa dengan kelajuan tersebut, tingkatkan kelajuan perlahan-lahan.
  • Jika ingin berlari lebih laju, naikkan cadence atau jumlah langkah dan elakkan melangkah lebih jauh atau overstriding.
  • Pakai kasut yang selesa dan sesuai dengan keadaan kaki anda.
  • Sekiranya anda tidak biasa turun bukit dengan laju, kawal kelajuan dari awal sebelum mula turun dan rancang langkah anda.
  • Melakukan senaman-senaman knee strengthening exercise yang menguatkan lagi otot-otot yang menyokong sendi lutut.

Kalau kita lihat video pelari denai elit, kita boleh lihat betapa stabilnya setiap langkah mereka apabila setiap kali kaki mereka mendarat. Ini hasil otot-otot yang menyokong mereka itu kuat dan menjadikan sendi itu stabil.

Jadi kita kena sedar diri dan sedar kemampuan. Janganlah lari membuta tuli. Keseronokan larian masih boleh dikecapi dan kecederaan itu boleh dielakkan.

Sama-sama kita jaga lutut kita supaya kita boleh terus berlari lebih jauh dan lebih laju lagi.

Dr Fadly Khairie
Doktor Kesihatan Awam
Medical Mythbusters Malaysia

Cara Merawat Sakit Lutut Supaya Tulang Rawan Sihat

Cara merawat sakit lutut secara tradisional yang digunakan untuk merawat penyakit lutut supaya tulang rawan akan kembali pulih seperti biasa yang dikongsikan Md Rosdi Hassan ini amat mujarab selain menjadi penawar untuk menghilangkan kesakitan. Ikuti perkongsian berilmu beliau.

menambah cecair lutut
Sendi dan lutut kedua-duanya saling berkaitan.

Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid, jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.

Oleh kerana peristiwa tadi, jadi saya ingin berkongsi petua bagaimana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartris sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.

Cara untuk menghilangkan sakit sendi dan lutut ialah menggunakan petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah, tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.

Baca : Pokok Tetulang Mampu Merawat Tulang Patah, Sakit Sendi Tulang, Ketuat dan Bisul

Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendir di lutut kita.

Telur ayam kampung hanya putih telur diperlukan.
Tiga biji bawang ros India jantan untuk digunakan dalam campuran ubat ini.

Caranya ambil tiga biji bawang ros india jantan lalu ditumbuk hancur dan campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis. Berselawatlah ke atas Nabi kita waktu nak minum.

Lakukan dua kali sehari In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan pekara ini selama dua atau tiga bulan lututnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.

Nak tahu bawang jantan macam mana pergi tanya orang tua2.

Sakit Lutut Selepas Berlari (Punca Kesakitan dan Cara Merawat Terbaik) Sazarimma

Kenduri Kahwin Tanggungjawab Siapa, Keluarga Lelaki atau Perempuan?

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Majlis perkahwinan pasti akan lebih meriah jika dihadiri sanak saudara dan rakan taulan. Lebih seronok lagi jika majlis itu dibuat secara besar-besaran di rumah keluarga sendiri atau di kampung tempat kelahiran tetapi kos perbelanjaan itu haruslah mengikut kemampuan tetapi kenduri kahwin tanggungjawab siapa?

Memang telah menjadi adat orang kita kenduri kahwin atau walimatul urus perlu dibuat di rumah pengantin perempuan manakala majlis kahwin pengantin lelaki pula akan dibuat pada keesokannya atau pun seminggu selepas itu mengikut keselesaan pasangan dan keluarga masing-masing.

Sejak dulu lagi majlis kenduri akan diadakan sebelah perempuan terlebih dahulu serta kos perbelanjaan juga biasanya ditanggung oleh keluarga pihak perempuan atau akan diambil menerusi duit hantaran dari pihak pengantin lelaki untuk digunakan untuk kenduri secara keseluruhannya.

walimatul urus mengikut syariat islam
Zaman sekarang majlis kahwin lebih banyak dibuat oleh pihak pengantin perempuan.

Walau bagaimanapun, adat kenduri kahwin seperti ini menjadi tanda tanya seorang individu yang ingin tahu tentang adakah majlis walimah atau majlis kenduri kahwin tanggungjawab siapa, adakah ia merupakan tanggungjawab suami atau keluarga pengantin perempuan?

Berikutnya adalah pandangan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Sahamah Seri Dr Haji Zulkifli Bin Haji Mohamad Al Bakri untuk menjawab pertanyaan tersebut. Melalui perkongsian ini, kita akan lebih memahami siapa yang bertanggungjawab dan perlu keluarkan belanja untuk majlis kenduri di sebelah keluarga perempuan.

Majlis Kenduri Kahwin Tanggungjawab Siapa

Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t,

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:

‏ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing.

Riwayat Muslim (1427)

Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan. Meskipun begitu, para ulama berbeza pendapat kepada implikasi tuntutan tersebut, sama ada ia membawa kepada hukum wajibnya majlis walimah ataupun hukumnya adalah sunat sahaja.

Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum walimah adalah wajib. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan hujahnya berdasarkan zahir arahan “Lakukanlah walimah’’. Kaedah menyebut: ‘’Kata perintah membawa hukum wajib’’.

Tambahan pula, hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib sekiranya tiada keuzuran. Justeru, menjalankan majlis walimah itu sudah tentu turut diwajibkan.

Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Oleh kerana itu, Imam Abu Dawud dalam menukilkan hadis-hadis walimah ini beliau letakkan di bawah tajuk:

باب فِي اسْتِحْبَابِ الْوَلِيمَةِ عِنْدَ النِّكَاحِ

Iaitu ‘Bab Pada Menyatakan Sunatnya Walimah ketika Perkahwinan’’.

Demikian juga dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji menyebut: ‘Hukum walimah adalah sunat muakkad’’.

Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.

Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib. Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama. Namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.

Majlis Perkahwinan Tanggungjawab Siapa?

kenduri kahwin tanggung jawab siapa
Majlis perkahwinan seperti satu kemestian bagi pasangan yang akan berkahwin.

Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga mertua.

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: ‘’Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.

Manakala para ulama Syafi’eyyah meletakkan arahan tersebut kepada hukum sunat (iaitu sunat bagi suami melakukan walimah). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis, Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (Hlm. 597).

Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda S.A.W menyatakan kepada beliau أولم (lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf أولموا (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan). Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.

Selain itu, kenikmatan (perkahwinan) pada hak seorang suami adalah lebih besar berbanding kenikmatannya pada hak seorang isteri. Demikian juga menjadi kebiasaan bahawa orang lelaki yang melamar dan meminta seorang perempuan untuk menjadi isterinya, serta sangat jarang berlaku orang perempuan yang meminta orang lelaki mengahwininya.

Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا

Maksudnya: Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur.

Surah Saba’ (13)

Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.

Manakala berkaitan isu majlis walimah yang dilakukan oleh pihak mertua iaitu bapa pengantin perempuan sebagai contohnya, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: ‘’Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami dan wali, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis (Hlm. 598).

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum asal bagi mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Ia disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya. Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan atau pengantin perempuan sendiri menjalankan majlis walimah, maka telah terlaksanalah hukum sunat bagi pihak pengantin lelaki.

Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita untuk melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki. Maka kami menyatakan bahawa secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran. Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur:

العادة محكَّمة

Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.

Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.

Kami turut menyatakan, hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.

Begitu juga kami nasihatkan kepada ibubapa kepada bakal-bakal pengantin supaya sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen. – Mufti WP.

Sekarang terjawab sudah kemusykilan dan persoalan berkaitan dengan walimatul urus atau majlis kenduri kahwin tanggungjawab siapa atau mereka yang tertanya-tanya antara keluarga sebelah pengantin perempuan atau pengantin lelaki yang sepatutnya menguruskan kenduri. Semoga bermanfaat.

Kenduri Kahwin Tanggungjawab Siapa, Keluarga Lelaki atau Perempuan? Sazarimma

Antara Ciri-ciri Seorang Isteri Derhaka Kepada Suami (Nusyuz)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Terlalu ramai isteri pada zaman sekarang yang sangat sibuk dan suka mengira banyaknya dosa-dosa suami, mencari kesalahan dan kesilapan ketua rumah ini tanpa sedar si isteri telah membuat dosa dan mengumpulnya. Tidak masuk syurga Allah bagi seorang isteri derhaka (Nusyuz) kepada suami.

Apakah ciri-ciri atau tanda-tanda seorang isteri derhaka kepada suami? Setiap isteri wajib mengambil tahu atau sekurang-kurangnya faham tentang hukum serta berhati-hati agar tidak termasuk antara mereka yang nusyuz yang menderhakai suaminya tanpa disedari.

Ciri-ciri Seorang Isteri Derhaka Kepada Suami

dosa paling besar seorang isteri
Terkadang isteri seperti ketua rumah yang menentukan apa saja keputusan suami.

Seorang isteri yang menderhakai suaminya adalah amat dibenci oleh Allah SWT. Dosa paling besar seorang isteri adalah derhaka kepada suami. Oleh itu, berwaspadalah anda ketika menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami.

Jika dilihat berdasarkan hukum Feqah terdapat 9 ciri-ciri atau punca isteri derhaka (Nusyuz) :

Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya

Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya).

Peristiwa ini pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya.

Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak

Jika diizinkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.

Ketiga : Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar. Ibnu ‘Asakir pula menyebut:

“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami ketika suami hajat bersama

Ketika suami berhajat kepadanya dia enggan melayan hajat suaminya tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau tak ada keinginan bukan alasan yang munasabah, ini juga antara punca isteri derhaka.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya :

“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya. Keenam : Isteri membuat fitnah kepada suaminya

Isteri cuba memfitnah atau mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita lain.

Ketujuh : Isteri minta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak

Jika isteri meminta cerai kerana alasan suami berhajat berpoligami.bukanlah alasan yang syrie. Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud :

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Kelapan : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain

Isteri selalu chatting, telefon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang bukan mahramnya, jelas inilah tanda seorang isteri derhaka kepada suaminya.

ciri-ciri isteri yang patut diceraikan
Inilah antara dosa paling besar seorang isteri apabila menjalinkan hubungan terlarang.

Kesembilan: Puasa sunat tanpa keizinan suami dan memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud :

“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walaupun lelaki yang datang ke rumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .

Kemusyiklan dan Soalan

Sekiranya isteri derhaka (nusyuz) apakah tindakan yang patut diambil oleh seorang suami bagi mendidik isterinya supaya taat kepada suami?

Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Jalan terakhir apabila suami sudah tidak berkemampuan menasihati isterinya adalah menceriakannya dengan talak satu. Jika isteri sudah ada tanda-tanda berubah maka bolehlah rujuk semula.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya :

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah an-Nisa ayat 34)

Untuk menjadi isteri yang solehah apakah perbuatan atau ciri-ciri yang patut dilakukan oleh isteri terhadap suaminya?

Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami.

Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri nusyuz terhadap suaminya.

Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri derhaka pada suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui Facebook atau telefon bimbit.

Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusyuz kerana isteri nusyuz tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta‘ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud :

“Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Janganlah anda tergolong dalam kumpulan isteri nusyuz iaitu isteri derhaka, jadilah seorang isteri yang mendapat redha suami dan dikasihi sepenuh hati.

Baca : Hukum Suami Melarang Isteri Menziarahi Ibu Bapa Sendiri. Semua Isteri Wajib Tahu!

Apakah ciri-ciri atau amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke dalam syurga?

Terdapat 15 ciri-ciri dan amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke syurga :

menderhakai suami nusyuz
Seorang isteri yang baik pasti akan menyayangi dan menghormati suaminya.

1. Bertakwa

Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertakwa sebagaimana firman-Nya:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Surah Aali Imran : Ayat 133)

2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya. Beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

Firman Allah SWT maksudnya : “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah an-Nisaa’ ayat 13)

3. Percaya rukun Islam dan mengamalkannya. Bersaksi bahwa tiadalah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

5. Bersifat Ihsan. Ihsan bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

6. Ikhlas kepada Allah SWT Beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir Allah SWT serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan menjadi saksi palsu .

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.(dengan mendapat keizinan suaminya)

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan yang jauh

Jika suami keluar rumah untuk mencari nafkah, berjihad , berdakwah dan solat berjemaah dimasjid akan mendapat pahala yang besar disisi Allah SWT, bagaimana pula wanita yang duduk dirumah menjaga harta suami, menjaga kehormatan diri, mendidik anak-anak dirumah adakah wanita juga mendapat pahala yang sama seperti kaum lelaki?

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً“

Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Surah al-Ahzab ayat 33).

Diriwayatkan dari Anas bin Malik, dia mengatakan

جئن النساء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلن: يا رسول الله، ذهب الرجال بالفض والجهاد في سبيل الله تعالى، فما لنا عمل ندرك به عمل المجاهدين في سبيل الله؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من قعد -أو كلمة نحوها -منكن في بيتها فإنها تدرك عمل المجاهدين في سبيل الله”.

“Seorang wanita datang menemui Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian berkata :

“Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah. Apakah bagi kami kaum wanita boleh mendapatkan amalan orang yang jihad di jalan Allah?

Rasulullah bersabda :

“Barangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah.” (Lihat Tafsir Al Quran Al ‘Adzim surat al-Ahzab ayat 33)

Semoga anda tidak tergolong atau tidak menjadi seorang isteri derhaka terhadap suami selepas membaca perkongsian ini. Jadilah seorang isteri yang baik dan yang diredhai Allah SWT, sesungguhnya syurga seorang isteri itu di bawah tapak kaki suaminya. Semoga bermanfaat.

Antara Ciri-ciri Seorang Isteri Derhaka Kepada Suami (Nusyuz) Sazarimma

Viewing all 498 articles
Browse latest View live