Pelik, para pelajar akan didenda berlari pada setiap hari sekiranya didapati berat badan mereka naik selepas tamatnya perayaan Tahun Baru China pada tahun ini. Inilah peringatan yang diberikan kepada semua pelajar di sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China.
Pelajar Didenda Kalau Berat Badan Naik
Menurut laporan sumber, idea tersebut bermula daripada seorang guru yang bertujuan ingin memberi kesedaran kepada semua pelajar sekolan berkenaan berkaitan dengan betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
“Baru-baru ini saya berjalan di sebuah pusat membeli-belah bersama kawan dan ternampak alat penimbang berat. Ia memberi idea kepada saya supaya setiap pelajar ditimbang berat sebelum musim perayaan.
“Ia bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap mereka mengenai tentang risiko sekiranya berat badan semakin bertambah,” jelas guru Sekolah Menengah Hangzhou Ketiga iaitu Chen Wei.
Yang agak mengejutkan ramai, sekiranya ada pelajar yang berat badannya naik 2 kilogram, pelajar berkenaan pasti akan didenda serta merta iaitu dengan berlari pada setiap hari sehingga ke penggal yang berikutnya.
Walau bagaimanapun, idea dan perancangan sekolah terbabit telah menimbulkan berbagai reaksi netizen di laman sosial yang rata-rata di antara mereka memuji tindakan sekolah tersebut malahan ada juga yang tidak bersetuju dan menganggap peraturan itu pelik.
Negara China kini berdepan dengan masalah obesiti di sekolah di tahap yang membimbangkan apabila mempunyai bilangan pelajar atau kanak-kanak yang gemuk paling ramai di dunia.
Ibu bapa juga perlu memantau anak mereka dalam segi pemakanan.
Melalui satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2017, mereka telah mendapati bilangan pelajar gemuk itu boleh mencecah sehingga 50 juta orang apabila menjelang tahun 2030 nanti.
Harian Metro melaporkan bahawa pakar yang mengkaji permasalahan ini berkata, masalah tersebut adalah berpunca daripada pengambilan yang terlalu banyak makanan proses dalam kalangan kanak-kanak selain turut mempunyai tekanan dalam akademik yang menyebabkan mereka amat jarang melakukan aktiviti luar.
Oleh itu, semua ibu bapa dari Malaysia boleh jadikan berita ini sebagai nasihat untuk anda menjaga pemakanan anak-anak anda supaya tidak gemuk ketika masih sekolah. Biasanya apabila badan semakin besar dan berat akan terbantutlah semua aktiviti yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar.
Mungkin masih ada yang belum tahu tentang cara transfer duit atau memindahkan wang serta terima duit tanpa perlu ada nombor akaun bank tetapi dengan hanya menggunakan nombor telefon saja secara percuma dan tak perlu bayar kos transaksi dengan DuitNow.
Sistem perbankan internet terbaru iaitu perkhidmatan DuitNow kini boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia dengan menggunakan telefon mudah alih yang turut disokong oleh 14 institusi bank di negara kita yang memudahkan transaksi pemindahan wang atau transfer duit dari akaun bank.
Cara untuk transfer dan terima duit secara serta merta dan terjamin selamat ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima duit ingin anda pindahkan. Dengan aplikasi DuitNow anda kini tak perlu lagi untuk ingat nombor akaun si penerima.
Walau bagaimanapun, untuk menggunakan perkhidmatan ini iaitu mereka yang akan menerima pemindahan wang harus mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menerima duit yang dipindahkan. Pendaftaran pula sangat mudah dan hanya sekali saja mendaftar dengan nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun bank anda.
Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Aliah Mohd Nor iaitu cara transfer duit secara percuma menggunakan perkhidmatan DuitNow tanpa perlu ingat nombor akaun bank penerima.
Cara Transfer Duit Guna Nombor Telefon dan DuitNow
Teknik Terbaru Untuk Transfer Duit Secara Percuma Je Tanpa Perlu Guna Nombor Akaun Bank. Share!
Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu ada cara paling mudah nak transfer duit ni iaitu menggunakan DuitNow.
Di sini Lia kongsikan apa itu DuitNow supaya kita semua boleh faham dan boleh mula guna dari sekarang. DuitNow ni merupakan cara baru untuk membuat bayaran melalui NOMBOR TELEFON.
Proses pemindahan duit ini cepat, selamat dan percuma je.
Sebanyak 14 bank di Malaysia sokong dengan penggunaan DuitNow ini! Jadi boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia untuk transfer duit. (rujuk pada gambar).
Senarai Bank Yang Tawarkan Perkhidmatan DuitNow
Antara bank-bank yang menyokong perkhidmatan DuitNow.
Ambank (M) Berhad,
Bank Islam Malaysia Berhad,
Bank of China (Malaysia) Berhad,
BNP Paribas Malaysia Berhad,
CIMB Bank Berhad,
Citibank Berhad,
Hong Leong Bank Berhad,
HSBC Bank Malaysia Berhad,
Malayan Banking Berhad,
OCBC Bank (Malaysia) Berhad, .
Public Bank Berhad,
RHB Bank Berhad,
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad.
Kerajaan sekarang tengah usaha untuk ke arah ‘cashless’ dengan adanya DuitNow ni. Seperti dompet elektronik, e-wallet, boost.
Lepas ni tak perlu dah kita tanya nombor akaun bank orang sebab dengan nombor telefon je dah boleh transfer.
Kelebihan DuitNow
Boleh transfer bila-bila masa
Tak perlu lagi reveal nombor akaun bank
Mudah transfer guna nombor telefon
Tak ada caj tersembunyi
Boleh transfer sehingga 100K untuk personal dan 100 juta untuk bisnes
Jadi Lia nak kongsikan cara untuk kita buat pemindahan duit atau transfer guna DuitNow ini di Maybank2u. Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.
Panduan Transfer Duit Guna DuitNow Maybank2U
Login ke aplikasi Maybank2u seperti biasa.Klik transfer seperti dalam gambar.Klik transfer via DuitNow.Klik new transfer.Masukkan nombor telefon bimbit.Masukkan nombor telefon penerima duit.Masukkan jumlah wang yang nak dipindahkan.Klik continue untuk teruskan langkah seterusnya.Klik pada butang proceed menandakan anda berjaya.Sila pasti jumlah dan nombor telefon itu betul dan klik confirm dan transfer.Sila klik approve untuk mengesahkan transaksi.Your transfer is successful, anda telah berjaya.Jika berjaya ia akan tunjukkan seperti dalam gambar.Anda telah pun berjaya sepenuhnya buat pemindahan duit guna DuitNow.
Nota tambahan : Selain nombor telefon, nombor IC pon boleh guna juga untuk transfer. Tapi Lia tak galakkan guna nombor IC sebab private & confidential.
Nota tambahan 2 : Penerima dapat duit di akaun bank mana? Macam mana nak tahu? Penerima akan dapat dekat bank yang dia register DuitNow. Biasanya CIMB dah tolong register kan.
Silakan LIKE, SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini iaitu cara pemindahan duit guna DuitNow melalui telefon bimbit. – Nur Aliah Mohd Nor
Semoga perkongsian panduan dan cara transfer duit menggunakan DuitNow dan telefon bimbit ini akan membantu anda semua. Semoga bermanfaat.
Semua orang Islam boleh memakan hidangan makanan yang disediakan oleh orang-orang bukan Islam selagi makanan tersebut terbukti halal dan langsung tidak mempunyai unsur haram.
Menurut kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada memakan makanan yang disediakan oleh bukan Islam walaupun masyarakat pada zaman sekarang dilihat begitu sensitif berkaitan dengan isu berkenaan.
“Kalau nak kata makanan yang bukan Islam banyak sekali dalam negara, contohnya, Mc Donald’s, makanan barat sebagainya kerana ia berasal dari luar negara tapi kenapa rakyat kita masih makan? Kerana kita tahu makanan itu bersih.
“Islam cuma kata umatnya tidak boleh makan makanan yang haram seperti khinzir dan binatang sembelihan yang disembelih tidak mengikut cara Islam.
Sembelihan yang tak ikut cara Islam harus anda dielakkan untuk memakan dagingnya.
“Malah Rasulullah SAW sendiri di Khaibar, baginda menerima jemputan dan menjamah hidangan yang disediakan oleh wanita Yahudi.”
Mufti Perlis atau juga dikenali sebagai Dr Maza menyatakan mualaf juga haruslah tidak terlalu sempit pemikirannya sehinggakan tidak mahu lagi untuk menjamah apa-apa makanan yang dihidangkan oleh ahli keluarganya yang bukan Muslim.
“Dia boleh juga makan makanan yang halal terutamanya masakan yang disediakan oleh ibu bapa yang bukan Muslim, malahan dia (Mualaf) boleh juga pulang untuk menziarahi kaum keluarga ketika di hari perayaan mereka.
“Jangan fikir hanya untuk menjamah makanan orang Melayu sahaja, takkan dia pulang ke rumah keluarganya dan dia tidak makan meskipun makanan yang disediakan ibu bapanya bersih dan halal,” lapor Harian Metro.
Ini bermakna seorang Mualaf yang berbeza agama dengan keluarganya seperti ibu dan bapa, tidak semestinya terus terputus hubungan kekeluargaan. Biarpun agama berlainan tetapi hubungan atau pertalian darah tidak sekali-kali terputus.
Malahan, setiap makanan halal yang disajikan untuk orang Islam oleh keluarga bukan Muslim atau bukan Islam, kita masih lagi boleh memakannya tanpa ragu selepas kita mengetahui makanan tersebut halal dan bersih.
Oleh itu, kita disarankan tidak memandang ringan tentang hukum makan makanan halal dan haram serta tidak terlalu sempit pemikiran sehinggakan langsung tidak mahu menerima masakan yang dsediakan oleh orang bukan Islam yang berbeza agamanya dengan kita. Apa sekalipun, halal adalah menjadi keutamaan bagi kita sebagai orang Islam.
Mungkin kerana duit seorang lelaki yang dipercayai pelancong asing yang datang ke Malaysia telah membuat aksi bahaya bersama anaknya dalam satu persembahan di tepi jalan di kawasan Jalan Bukit Bintang.
Rakaman video tersebut kini tular di laman sosial yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook memaparkan bagaimana lelaki terbabit mempersembahkan aksi yang terlalu bahaya yang dilakukan terhadap anaknya sambil diperhatikan oleh orang ramai yang ingin melihat aksinya itu.
Apa yang akan anda lakukan jika semua ini berlaku di depan anda?
Berikutnya adalah video yang dikongsikan oleh Zayl Chia Abdulla yang kini telah dikecam oleh rata-rata netizen yang mengatakan lelaki tersebut langsung tidak memikirkan keselamatan anaknya sendiri memandangkan tindakannya itu boleh mengundang bahaya.
Menurut Zayl, orang ramai yang berada di kawasan tersebut telah mengecam perbuatannya itu namun beliau seolah tidak mempedulikan apa yang dikata orang malahan pihak berkuasa juga dikatakan tidak menghalang walaupun kelibat mereka ada di kawasan berdekatan.
I happen to pass by this area in Bukit Bintang and I saw this irresponsible act that can literally causes injury to that poor baby. Why is the authority allowing such act to be showcase to public. These street performer needs to be arrested! Please do something. #pdrm #cityofnorules #immigration #UNICEF #INHOPE #ECPAT #mixfm #rela #expatkl
Antara komen netizen yang mengecam perbuatan lelaki terbabit.Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki pelancong ini.
Sesiapa saja yang menonton rakaman ini pasti akan terkejut dan akan memarahi lelaki ini kerana tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang bapa yang sepatutnya menjadi penjaga dan juga pelindung bayi lelaki tersebut yang dilihat hanya memakai pampers sahaja.
Ada juga yang menyatakan bahawa lelaki itu bersama keluarganya berbuat demikian kerana duit semata-mata sehingga sanggup melakukan aksi tersebut terhadap anaknya. Tindakannya boleh meninggalkan kesan jangka panjang kepada bayi tersebut.
Semoga ada pihak berkuasa mengambil tindakan di atas perbuatan lelaki ini yang membahayakan nyawa anaknya sendiri. Mungkin perkara ini berlaku lagi di kawasan Jalan Bukit Bintang, kerana lelaki tersebut dikatakan mencari duit dengan persembahan itu.
Pasti ramai pemandu kenderaan di jalan raya masih lagi tidak mementingkan keselamatan dan tidak memberikan tumpuan dengan pemanduan mereka apabila masih guna telefon bimbit ketika memandu walaupun berkali-kali dinasihatkan tidak berbuat demikian.
Budaya menggunakan telefon semasa memandu mampu mengakibatkan fokus pemanduan seseorang pemandu itu terjejas dalam sekitar lima hingga 10 saat atau pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan pula seolah-olah bergerak tanpa kawalan kira-kira 160 meter.
Elakkan guna telefon bimbit ketika memandu kerana ia menjadi satu kesalahan.
Menurut Pakar Kejuruteraan Lebuh Raya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ezree Abdullah, ini termasuk pemandu menggunakan aplikasi seperti navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), menghantar atau menerima mesej, mengemas kini status dalam media sosial dan bermain permainan video.
Katanya lagi, dalam situasi tersebut tidak ramai pemandu yang menyedari mereka sebenarnya sedang mengalihkan pandangan pemanduan mereka serta turut menghilangkan fokus terhadap lenderaan yang dikawal sekaligus akan mengundang kemalangan jalan raya.
Kadar kemalangan meningkat yang menyebabkan kesilapan pemandu guna telefon semasa memandu.
Sehingga kini masih lagi ramai yang tidak mempedulikan tentang risiko dan bahaya di jalan raya dengan menggunakan telefon ketika memandu. Kebanyakan mereka turut mengambil kesempatan ini ketika dalam kesesakan trafik atau kenderaan yang bergerak perlahan seperti di lebuh raya ketika musim perayaan.
Sepatutnya tumpuan harus diberikan kepada pemanduan serta meningkatkan rasa tanggungjawab yang lebih lagi terhadap diri sendiri atau keluarga iaitu penumpang yang dibawa bersama. Sewaktu jalan raya penuh sesak sepatutnya tumpuan perlu lebih lagi berbanding pemanduan biasa.
“Budaya masyarakat kita bila jalan sesak atau kereta bergerak perlahan sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam, masa itu mereka ambil peluang ‘bermain’ telefon dengan merakam gambar, menghantar atau membalas mesej dan bermain permainan video.
“Tingkah laku sedemikian boleh mengundang kemalangan kerana ada perkara yang boleh berlaku di luar jangkaan kita seperti kereta di hadapan brek mengejut, motosikal atau kenderaan lain melintas secara tiba-tiba dan sebagainya,” katanya.
Penggunaan telefon bimbit di jalan raya akan menyebabkan kemalangan tanpa disangka berlaku.
Menerusi Harian Metro, Mohd Ezree turut menasihatkan kepada semua pemandu supaya serta-merta mengubah sikap mereka dengan memberikan perhatian penuh dan lebih serius khususnya sewaktu memandu pada jarak jauh dan cuti panjang ini kerana terdapat peningkatan kenderaan di jalan raya yang boleh menyebabkan peningkatan kadar kemalangan.
Tular di laman sosial satu rakaman video sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai daripada negara jiran iaitu Singapura telah memasuki Malaysia dengan menutupkan nombor pendaftaran kenderaan mereka dengan sengaja.
Menurut sumber, semua penunggang motosikal berkenaan sememangnya sengaja berbuat demikian dengan niat ingin mengelakkan daripada dirakam nombor pendaftaran motosikal mereka daripada kamera AES atau Sistem Pengawasan Automatik yang terdapat di jalan raya.
Sekumpulan rider motosikal berkuasa tinggi yang dirakam menutup nombor plat mereka.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman video tersebut yang dimuatnaikkan oleh seseorang di media sosial Facebook mempunyai pendapat dan kenyataan mereka masing-masing. Ada yang mengatakan mereka kedekut sedangkan dari negara yang mempunyai mata wang yang lebih besar.
Ada juga berpendapat, menerusi video tersebut sememangnya sangat jelas memaparkan bahawa rakyat Singapuran berkenaan telah melanggar peraturan lalu lintas di Malaysia. Apakah kesalahan mereka itu, anda tonton dan lihatlah sendiri.
Walau bagaimanapun, ada juga berpendapat puluhan penunggang motosikal berkenaan mempunyai hak mereka yang tersendiri untuk menutup atau mengelakkan daripada dirakam kamera AES memandangkan sekiranya disaman mereka perlu membayar denda tersebut.
Beberapa netizen juga dilihat turut mendesak para pihak berkuasa di Malaysia agar segera mengambil tindakan undang-undang memandangkan mereka telah membuat kesalahan lalu lintas dengan sengaja.
Walau apa pun pendapat semua, mungkin pihak berkuasa sedang memerhatikan dan akan berbuat sesuatu supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
Walaupun sekarang zaman moden dan teknologi semakin maju tetapi masih lagi ada orang-orang yang mengamalkan perbuatan syirik yang menyekutukan Allah demi kepuasan diri sendiri sehingga sanggup menggunakan amalan ilmu hitam, sihir dan santau angin untuk menjatuhkan orang yang dibenci.
Ilmu sihir sebegini juga boleh menakutkan ramai pihak yang terbabit kerana perbuatan syirik ini juga membolehkan sesiapa yang terkena buatan orang boleh membawa kepada kematian yang menyebabkan berlakunya ketakutan dan kemurungan yang berpanjangan.
Perkongsian seorang lelaki di laman Facebook miliknya iaitu Ahmad Junaidi Abdul Aziz telah membuktikan masih lagi ada yang menggunakan amalan ilmu hitam pada zaman ini untuk memuaskan hati mereka sehingga sanggup menggunakan sihir untuk tujuan peribadi.
Santau Angin Dihantar Bersama Tanah Kubur dan Gambar
Barang yang berbalut dengan kain kuning yang ditemui dipercayai sihir.
Kemas-kemaskan showroom hari ini, nak pindahkan barang dan nak tutup kedai. Ketika sedang alihkan barang, seorang pekerja terjumpa benda ni di belakang locker besi.
Aku cuma nak bagitahu, sesiapa yang hantar benda ni, kau dah berjaya tapi aku langsung tak marah dan nak ucapkan terima kasih kat kau kerana apa yang kau hantar ni buat aku buka mata untuk cuba banyakkan lagi cabang perniagaan yang lain.
Aku maafkan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau boleh marilah kita bersahabat. Semoga menjadi asbab untuk kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.
Perkongsian lelaki ini telah mendapat perhatian ramai netizen dan turut dikongsikan oleh mereka untuk dijadikan pengajaran kepada semua orang yang turut mengamalkan perbuatan sebegini untuk menjatuhkan orang.
Anda pasti ingin tahu apakah yang terdapat di dalam balutan kain kuning ini. pasti ramai yang dapat meneka apakah kandungan yang terdapat di dalamnya. Perkara sebegini semakin kerap berlaku di kalangan masyarakat Melayu kita pada hari ini.
Tanah Kubur dan Gambar Mangsa
Gambar mangsa bersama tanah dipercayai tanah kubur yang dikatakan sebagai santau angin.
Kain balutan berwarna kuning ini dipercayai mempunyai tanah kubur yang turut diletakkan bersama gambar mangsa dengan tujuan sihir untuk mengenakan mangsa dengan niat yang jahat.
Ada yang berpendapatkan balutan kain kuning ini adalah santau yang telah dihantarkan oleh seseorang kepada mangsa atau dengan lebih tepat lagi ia dipanggil juga sebagai santau angin dengan tujuan untuk menjatuhkan perniagaan mangsa atau menganggu kehidupannya.
Mengapa masih lagi ada manusia yang sanggup berbuat demikian dan tergamaknya mereka buat begini dengan tujuan untuk menyihirkan mangsa menggunakan ilmu hitam yang sememangnya ditegah oleh agama Islam.
Selepas lelaki tersebut melihatkan kandungan kain kuning tersebut beliau mengambil keputusan untuk membakar barang tersebut dan itulah yang sepatutnya dilakukan. Mengapa perlu disimpan jika ia boleh memudaratkan dirinya sendiri.
Selepas barang sihir ini dibuka ia dibakar keseluruhannya.
Difahamkan melalui perkongsian Ahmad Junaidi, dia sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap ‘penghantar sihir’ tersebut malahan sanggup memaafkan serta menerima berita ini dengan hati yang terbuka.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian lelaki ini, rata-rata netizen kelihatan marah dan mengecam perbuatan individu berkenaan yang sanggup menggunakan sihir atau perbuatan syirik ini demi kerana kepuasan peribadi dengan tujuan untuk menjatuhkan orang lain.
Antara komen netizen yang mengikuti perkongsian Ahmad Junaidi.Ada yang turut berkongsi bahawa mereka juga pernah terkena perkara yang sama.
Zaman sekarang perkara ini bukan lagi baru malah semakin menjadi-jadi
Malahan, ada juga netizen yang menawarkan diri untuk mengesan serta mencari siapakah individu yang berbuat demikian terhadap lelaki ini. Ada juga yang berpendapat sekiranya dicari dengan menggunakan pertolongan bomoh atau orang-orang tertentu kita pasti tahu siapakah dalangnya.
Sesungguhnya perbuatan sihir ini amat memalukan diri sendiri dan ahli keluarga lain jika diketahui oleh orang ramai berserta bukti apa yang telah dibuatnya. Siapa sangka pada zaman internet yang serba maju ini masih lagi ada yang berfikiran cetek dengan mengambil jalan mudah untuk merosakkan kehidupan orang lain.
Viral di laman sosial satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang pengguna Twitter yang memaparkan satu produk yang kini dijual di kedai barangan Hardware yang terkenal di Malaysia iaitu MR DIY yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad.
Menurut pengguna Twitter terbabit beliau mahu mendedahkan bagaimana satu pelekat kereta yang berbentuk tapak kaki yang mempunyai kalimah berkenaan yang telah dijual di kedai Harware berkenaan sama ada dengan sengaja atau tidak disedari oleh pihak berkenaan.
Perkongsian lelaki tersebut telah mendapat perhatian ramai serta menjadi topik hangat di laman Twitter yang turut mendapat retweet lebih dari 4000 sejak diviralkan bermula semalam. Pelbagai reaksi netizen yang dilihat berhubung perkara tersebut.
Ada netizen berpendapat bahawa pelekat kereta tersebut yang dibuat dengan menggunakan barangan kitar semula yang diperbuat daripada hiasan dinding yang mempunyai kalimah Al-Quran dan hasilnya beginilah jadinya.
Walau bagaimanapun, menurut mereka, sebagai penjual sepatutnya mereka lebih sensitif dengan perkara ini dan tidak menjual produk tersebut dengan sewenang-wenangnya memandangkan perkara ini seperti mempermainkan agama Islam di Malaysia.
Malahan ada yang turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan serta turut meminta sesiapa yang berkenaan dengan segera melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga pihak polis.
Berhubung dengan perkara tersebut yang kini menjadi perhatian ramai terutama umat Islam di negara ini, MR DIY telah tampil menjawab persoalan berkaitan dengan kekecohan tersebut di laman sosial.
Pengumuman yang telah dibuat oleh pihak pengurusan MR DIY di Facebook.
Mereka turut membuat pengumuman bahawa telah pun menarik balik semua penjualan produk berkenaan dan juga memulangkan semua wang kepada sesiapa yang telah membeli produk tersebut..
Selain itu, MR DIY juga telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial seperti yang dipaparkan di atas.
Berikutan dengan kekecohan yang membabitkan kalimah Allah dan Muhammad SAW, Menteri Perdagangan juga telah memberikan maklum balas berkaitan dengan penularan kes sticker yang telah dijual di MR DIY.
ISU TULAR PRODUK MR DIY
Semalam ada isu tular tentang “car stickers” yang dijual di MR DIY yang mempunyai cetakan kalimah Allah dan Muhammad.
Sehubungan dengan itu, MR DIY telah mengeluarkan arahan untuk menarik semula barangan tersebut dari semua cawanganya.
Kepada sesiapa yang telah membeli sticker yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad SAW ini, anda diminta memulangkan semula kepada MR DIY selain harga pembelian barangan tersebut akan dipulangkan kepada anda dengan segera.
PUBG atau Game PlayerUnknown’s Battlegrounds kini semakin dikenali dan menjadi kegilaan ramai remaja serta anak muda termasuk golongan mereka yang telah berumahtangga malahan pakcik-pakcik pun ada juga. Dek kerana ketagihan dengan permainan ini, ramai yang dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab mereka.
Terbaru, seorang wanita turut meluahkan kekecewaannya terhadap suaminya sendiri yang dilaporkan telah terjebak dan juga ketagihan dengan permainan PUBG sehingga mengakibatkan kerja serta tanggungjawabnya dilupakan serta dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Malahan yang amat menyedihkan, wanita yang sedang hamil empat bulan tersebut bersama anak pertamanya yang berusia tiga tahun turut ditinggalkan oleh lelaki berkenaan sejak bulan lalu kerana dikatakan tidak berpuas hati selepas teguran isterinya berkaitan dengan ketagihan suaminya terhadap PUBG.
Semoga perkongsian Akhtar Syamir ini akan memberikan pengajaran serta teladan kepada suami isteri di luar sana yang mungkin menghadapi masalah yang sama. Janganlah kerana permainan PUBG ini dijadikan penyebab terputusnya hubungan suami dan isteri sehingga bercerai berai, sayangilah keluarga anda.
Kerana Ketagihan PUBG Isteri Ditinggalkan
Kerana ketagihan bermain PUBG anak dan isteri diabaikan sehingga bercerai.
“Assalamualaikum. Saya telah ditinggalkan suami akibat PUBG. Bukan pengaruh rakan tetapi kerana adik beradik dia sendiri.
“Bisnes telah ditinggalkan terbengkalai angkara PUBG. Saya mengandung empat bulan dan anak pertama tiga tahun juga turut ditinggalkan.
“Kami sering bergaduh kerana PUBG. Dia juga selalu tak cukup tidur, marah-marah. Sekali dengan saya yang tengah mengandung emosi jadi gila.
“Kami kerap bergaduh kerana dia sangat susah bangun pagi angkara berjaga bermain PUBG. Dia tinggalkan saya kerana nusyuz selalu memarahi dan adik dia sendiri juga menghasutnya.
“Lebih sebulan kami tela ditinggalkan. Sakit demam kami anak beranak, terpaksa urus sendiri dan berdikari. Empat tahun saya tahan sabar tengok dia main game. Tapi sebelum PUBG, tidaklah seteruk ini. Tapi bila wujudnya game PUBG, semuanya berubah. Tambah lagi apabila adik dia datang.
“Tolonglah doakan dia kembali. Kalau boleh, nak je saya report tentang game ini,” luah wanita ini terhadap kepada Akhtar Syamir, penulis ini juga selalunya berkongsi tentang ilmu dan kisah rumah tangga yang dihadapi oleh orang ramai.
Akhtar turut mengulas berkaitan dengan kes rumah tangga berkenaan serta menegaskan, game sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini tetapi ketagihan si suami yang keterlaluan itu yang menjadi punca masalah keretakan rumah tangga pasangan terbabit.
Siapa sangka permainan game PUBG boleh merosakkan rumah tangga.
“Masih lagi anda tak percaya kebinasaan akibat ketagihan game? Berbaloi ke tinggalkan anak isteri demi permainan game?
“Game dan gaming itu tidak salah langsung, yang salahnya apabila anda ketagihan. Adakah jatuh nusyuz kerana isteri sering memarahi suami yang ketagihan game?
“Kenapa kita terlalu teruk dipengaruhi oleh game yang sepatutnya mendatangkan kegembiraan? Tetapi sebaliknya yang terjadi. Adakah jati diri kita ini terlalu lemah?
“Berhenti menyalahkan isteri apabila anda ketagihan. Jika anda kata isteri anda membosankan dan menjadi penyebab kepada anda untuk bergembira di dalam game, anda sebenarnya sakit mental dan perlukan rawatan.
“Keluarga ini, kita sebagai suami yang bentuk. Senget ke, lurus ke, bahagia ke tidak, kita yang tentukan. Bukan orang lain dan sudah semestinya bukan game! Cari cara untuk gembirakan keluarga, bukan lari dari masalah dan mencari kegembiraan di tempat lain.
“Jika anda rasa menghabiskan masa empat atau lima jam ke atas di dalam game setiap hari tatkala mempunyai anak dan isteri adalah sesuatu yang okey, berjaga-jagalah. Tidak lama lagi anda akan terjerumus ke lubang kesunyian yang amat gelap dan dalam tanpa sesiapa pun di sisi,” jelasnya lagi.
Memang tak dinafikan, masih lagi ada segelintir golongan isteri yang turut memberikan sokongan kepada suami untuk bermain dengan PUBG. Walau bagaimanapun, bagi Akhtar, isteri perlu berhati-hati dan jangan terjerumus sama sehingga menggalakkan ketagihan suami atau terpaksa menanggung kesannya di kemudian hari.
“Kepada isteri, jangan sama terjerumus dan menggalakkan ketagihan ini dengan bermain bersama. Anda hanya akan menjadikannya lebih teruk dan anak-anak anda yang akan menanggungnya.
“Kembalilah ke pangkal jalan. Institusi kekeluargaan kita hari ini semakin tenat. Kita sebenarnya di ambang kehancuran.
“Saya perlu ingatkan sekali lagi. Game dan gaming itu tidak salah, yang salahnya apabila anda ketagihan,” tegas Akhtar.
Oleh itu, kepada anda semua fahamilah apa yang Akhtar sampaikan kepada anda dan hargailah pasangan serta anak-anak anda. Jangan jadikan perkara sebegini seperti PUBG ini sebagai asbab untuk anda menghancurkan hubungan yang telah lama dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, sesungguhnya ia amat merugikan. Semoga bermanfaat.
Keharmonian negara kita Malaysia terbukti apabila mempunyai berbilang kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sejak dari kecil di sekolah kita ditekankan untuk bersatu padu serta saling menghormati agama masing-masing.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di laman sosial berkaitan dengan perkara yang amat sensitif mengaitkan agama Islam seterusnya ditegur oleh PU Syed yang menyatakan rasa terkilan beliau di laman Instagram miliknya apabila ada pengguna laman Tik Tok seolah langsung tidak sensitif dengan agama masyarakat lain di Malaysia.
Sekali tengok rasa nak marah tapi bila difikirkan-fikirkan. – PU Syed
Tiga video Tik Tok yang menunjuk seorang sami yang beragama Buddha ini yang melaungkan azan, talbiah dan membaca bacaan surah telah mendapat perhatian netizen serta boleh dikatakan telah menyinggung perasaan ramai pihak terutamanya mereka yang beragama Islam.
Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam yang menekankan kebaikan serta kedamaian, pastinya PU Syed tidak akan melatah membabi buta sebaliknya memberikan teguran yang baik selain turut berharap supaya individu berkenaan akan mendapat hidayah Allah.
Semoga hidayah Allah dikurniakan kepada sami ini.
Dia boleh Smule dengan mengikut azan, talbiah dan bacaan Al-Quran. Sekali tengok, memang nampak macam nak marah, tapi bila fikir-fikirkan. Semoga dengan tidak sedar dia mengucap dua kalimah syahadah.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman video yang telah dimuatnaikkan PU Syed ini kelihatan amat bersetuju dan husnuzon dengan tindakan sami terbabit. Walau bagaimanapun, memang tidak dinafikan ramai netizen turut mengecam dan memarahi perbuatan sami berkenaan.
Semoga lelaki ini diberikan hidayah Allah – Netizen
Pasti ramai yang akan menjadi marah apabila tindakan sebegini dilakukan oleh bangsa lain seolah mempersendakan agama Islam. Namun begitu, kita harus berlapang dada dan seperti yang dikatakan PU Syed, kita berdoa sajalah untuk kebaikan sami ini.
Diharap anda yang membaca dan mengikuti perkongsian ini mampu bersabar dan tidak mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Janganlah kerana perkara sebegini menjadikan kita semua berpecah belah.
Iri hati, hasad dengki dan tak puas hati pasti ada dalam diri manusia tertentu yang terkadang merosakkan diri sendiri. Ada yang jenis busuk hati sanggup menyihirkan orang lain yang dibenci tanpa memikirkan akibat yang diterima di kemudian hari asalkan dapat memuaskan hatinya.
Satu perkongsian yang menyeramkan ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter berkaitan dengan kisah mak saudaranya menjadi mangsa sihir apabila dikatakan telah menerima satu hadiah di hari perkahwinannya yang dihantar oleh seseorang yang tidak bernama pada malam pernikahannya.
Hadiah Kahwin Kain Putih Tanpa Nama
Siapa sangka perkahwinan yang dibina ada yang iri hati dan dengki sampai sanggup sihir.
Menurut wanita tersebut, mak saudaranya atau dipanggil sebagai maksu telah mendapat hadiah perkahwinannya yang mengandungi sehelai kain putih berukuran satu meter dan pada mulanya mereka menganggap hadiah yang tidak bernama itu adalah sekadar prank atau gurauan sahaja dari seseorang yang dikenali.
Walau bagaimanapun sangkaan mereka meleset dan tidak tepat kerana selepas maksu membuka hadiah tersebut, dia dikatakan sering bermimpi yang pelik dan aneh sehingga pernah ternampak lembaga berwarna hitam dan juga ular walaupun ular tersebut dikatakan tidak wujud langsung selepas memanggil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).
Wanita tersebut terpanggil untuk berkongsi tentang kisah dan pengalamannya ini untuk mereka di luar sana agar perkara yang sama tidak lagi akan berlaku kepada sesiapa saja. Katanya, musim orang kahwin pasti ada yang terima hadiah dan berhati-hatilah dengan semua hadiah tersebut.
Kisah benar ini memang berlaku dan viral di laman Twitter.
Keadaan maksu menjadi semakin teruk selepas kejadian tersebut dan sering meracau-racau tanpa sebab sehingga sakit kulit. Dek kerana perubahan dan kesakitan maksu, keluarganya memilih untuk mencari penawar dan berjumpa dengan ustaz yang lebih tahu tentang perkara ini.
Menurut ustaz terbabit, memang ada sesuatu benda yang tidak kena dengan maksu. Pada mulanya mereka langsung tidak berfikir tentang kain putih itu. Akhirnya mereka temui jawapan rupanya kain putih seperti kain kapan itulah yang menjadi punca segalanya.
Selepas menemui beberapa pakar dan ustaz untuk mengubati sihir ini, akhirnya mereka mendaat tahu bahawa rupanya kawan sekerja suami maksu ada menyimpan perasaan terhadap suaminya. Inilah puncanya apabila wanita tersebut telah menyihir maksu sehingga menjadi begini.
Inilah manusia yang tidak mempunyai ilmu agama sehingga sanggup menyihir orang lain demi kepentingan dan kepuasan sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. Akibat dari perbuatan sihir ini maksu menderita agak lama dan akhirnya dapat diubati sepenuhnya.
Kain putih atau seperti kain kapan ini diterima pengantin pada hari pernikahannya. – Twitter
Kes yang sama turut berlaku kepada ramai netizen lain yang turut berkongsi pengalaman mereka apabila menghadapi kejadian seperti ini di mana ada yang menerima hadiah kahwin yan dibaluti dengan kain putih yang dijadikan sebagai pembalut hadiah.
Malahan ada juga kes yang terima hadiah berupa sampul surat yang mengandungi jarum, benang, paku dan macam-macam lagi dengan tujuan untuk sihirkan pengantin supaya pengantin tersebut sakit atau menderita kerana suspek tidak dapat memilikinya.
Lebih mengejutkan, satu kes yang turut membabitkan pengantin apabila wanita bekas kekasih pengantin lelaki datang bergambar bersama pasangan raja hari di atas pelamin kemudian wanita itu meletakkan satu tangkal di bawah pelamin. Hasilnya kedua pengantin tersebut bergaduh besar dan masing-masing nampak wajah mereka sangat hodoh dan buruk yang amat menakutkan.
Terlalu banyak kes sihir menyihir ini berlaku dalam masyarakat Melayu hari ini. Ilmu hitam dan santau menjadi jalan terakhir untuk memuaskan hati mereka yang iri hati dan dengki dengan orang lain. Perbuatan syirik ini sangat dimurkai oleh Allah SWT. Jadi, lebih baik dielakkan sebelum anda menerima hukuman yang lebih azab dan teruk.
Membuat simpanan di Tabung Haji adalah satu langkah bijak menyimpan duit untuk mereka yang berniat menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Perkhidmatan penyimpanan wang dan pengeluaran juga semakin mudah apabila Lembaga Tabung Haji juga berkerjasama dengan Maybank serta cara daftar akaun Tabung Haji di Maybank2u juga boleh dibuat dengan cepat.
Kelebihan dan kebaikan membuat simpanan dalam akaun Tabung Haji melalui Maybank bukan saja selamat malah ia juga mematuhi syariah dan hukum selain zakat pemilik akaun juga diuruskan serta turut diberi jaminan oleh kerajaan dengan pemberian hibah atau bonus yang sangat kompetitif selain hibah tersebut dikecualikan dari cukai pendapatan anda.
Menyimpan dalam Tabung Haji sangat digalakkan untuk menunaikan Haji dan Umrah.
Cara Daftar Akaun Tabung Haji di ATM Maybank
Mungkin masih ramai yang tak tahu untuk menggunakan perkhidmatan yang diwujudkan oleh Tabung Haji dan Maybank yang mana semua pendeposit atau penyimpan Tabung Haji boleh membuat transaksi pengeluaran wang, menyimpan dan transfer duit dengan hanya menggunakan Maybank2u secara online tetapi perlu daftar akaun Tabung Haji di ATM Maybank terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, untuk transfer duit Tabung Haji melalui Maybank2u, penyimpan perlu mempunyai akaun dan kad ATM Maybank serta perlu daftar akaun Tabung Haji mereka di mesin ATM Maybank untuk membolehkan mereka membuat transaksi yang diinginkan.
Buku akaun Tabung Haji baru dan yang lama banyak perbezaannya.
Ikuti perkongsian dari Puan Athirah Sharif ini yang berkongsi bagaimana cara untuk link atau menghubungkan akaun simpanan Tabung Haji ke ATM Maybank yang akan memudahkan anda untuk membuat berbagai transaksi di Maybank2u tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
Rupa-rupanya mudah sangat nak link atau hubungkan Tabung Haji dengan Maybank menggunakan kad ATM. Sebelum ini lecehnya kalau setiap kali nak masukkan duit ke Tabung Haji perlu pergi ke bank semata-mata untuk deposit duit. Kalau anak ramai, macamana? Mesti ramai yang perlu dibawa.
Nombor siri buku simpanan TH juga perlu diisi untuk mengesahkan akaun anda.
Selepas anda ikuti cara-cara yang ditunjukkan ini, anda terus boleh buat direct transfer ke Tabung Haji guna Maybank2u secara online saja. Nak daftar Tabung Haji anak di Maybank juga boleh dibuat dengan cepat tanpa bersusah payah lagi pergi ke bank.
Tetapi sebelum anda mendaftar, sila sediakan gambar muka surat buku akaun TH yang terdapat nombor akaun dan nombor siri tersebut. Kalau buku TH jenis baru, nombor siri terdapat di belakang muka surat yang terakhir.
1. Masukkan kad Maybank di mesin ATM seperti biasa dan masukkan password untuk membuat transaksi seterusnya dengan memilih urusniaga Tabung Haji seperti dalam gambar.
Gambar 1
2. Anda perlu memilih menu Daftar Akaun Tabung Haji Ke ATM Kad. Jika untuk anak, anda boleh buat pilihan akaun kanak-kanak seperti yang dipaparkan.
Gambar 2
3. Kemudian masukkan nombor akaun Tabung Haji yang mempunyai 15 digit kesemuanya, pastikan nombor tersebut tepat.
Gambar 3
4. Masukkan nombor siri buku akaun baru yang terdapat pada buku simpanan Tabung Haji.
Gambar 4
5. Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, anda perlu klik YA untuk membuat pengesahan. Selesai.
Berikut dikongsikan juga cara daftar akaun Tabung Haji online melalui Maybank2u guna kad ATM Maybank dengan rakaman video bergambar yang akan memudahkan lagi untuk anda faham bagaimana proses untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Semoga perkongsian cara daftar akaun Tabung Haji di Maybank guna kad ATM ini akan membantu anda untuk membuat sebarang transaksi sama ada pengeluaran atau membuat simpanan akaun anak secara online di Maybank2u dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Semoga bermanfaat.
Menderita penyakit ekzema adalah sangat menyakitkan, hanya pesakit yang menghidapinya saja yang faham betapa seksanya mengalami penyakit kulit seperti ini. Kesan dan akibatnya gatal sama ada di bahagian kulit jari tangan atau kaki, ia pasti merekah dan berdarah apabila tahapnya semakin kronik dan kritikal.
Berbagai jenis produk kesihatan kulit atau skincare yang dijual di pasaran telah dicuba namun semua itu hanya kesembuhan sementara. Berbagai jenis petua dan rawatan ekzema secara tradisional turut dicuba untuk menghilangkan penyakit kulit ekzema tetapi tidak juga sembuh. Pasti anda akan berputus asa kerana penawar penyakit ini masih lagi anda belum ditemui.
Lebih menakutkan apabila penyakit ini terjadi kepada bayi atau anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa berbeza dengan ekzema pada orang dewasa. Kesakitan dan kegatalan yang mereka rasai pasti tidak dapat disampaikan. Sebagai ibu bapa, anda wajib mencari penawar dan cara untuk menghilangkan ekzema ini.
Penyakit kulit kadang-kadang amat merimaskan selain gatal berpanjangan.
Ada yang berpendapat sesiapa yang mengalami sakit kulit ini kerana tidak mengamalkan pemakanan yang sihat lalu penyakit ini datang menyerang dan tidak sembuh kerana tidak mengikuti cara pemakanan yang betul. Sama ada ianya betul atau tidak, hanya doktor atau mereka yang pakar saja mengetahuinya.
Perkongsian seorang wanita iaitu Puan Zaiazrien Akhmar telah menjelaskan bahawa penyakit eczema ini langsung tiada kaitan dengan pemakanan seharian sebaliknya ia mengaitkan dengan sentuhan selain penyakit ini juga mempunyai berbagai jenis.
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui tentang jenis penyakit yang anda hidapi ini selain untuk mendapatkan rawatan doktor pakar kulit yang terbukti sembuh seperti disarankan oleh wanita ini selepas bagaimana beliau mendapat kesembuhan setelah bertemu pakar.
Rawatan Penyakit Ekzema dari Doktor Pakar
Infografik penyakit eczema.
Terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit ekzema memandangkan ramai yang bertanya ubat apa yang saya pakai. Alhamdulillah sekarang semakin pulih.
Sebenarnya dah enam bulan tanggung gatal-gatal yang mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang dari sedia maklum adalah sabun.
Permulaan menjadi seperti bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil ‘kulat air’. Waktu itu ingatkan gatal biasa-biasa sahaja dan beli ubat di farmasi. Tetapi semakin lama semakin teruk. Selepas satu jari, berjangkit pula ke satu jari.
Disebabkan tak tahan gatal sangat, saya pergi berjumpa dengan pakar kulit tetapi tetap tak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah. Jangan cakap kering je, sampai berdarah. Nak drive, nak basuh pinggan dan nak memasak pun tak ada mood. Gatal dia ya Allah, nauzubillah memang tak boleh tahan.
Kos rawatan di klinik pakar kulit bukan murah. Hampir enam bulan ini cecah RM2,000 untuk berubat sahaja tetapi masih belum pulih.
Atas desakan suami, memang tak tahan sangat saya cuba pergi ke Hospital Columbia yang ada pakar kulit terbaik di area Seremban dan saya ditahan wad selama lima hari untuk dipantau supaya luka di tangan itu kering dan tak berdarah seperti biasa.
Doktor Najeeb adalah doktor terbaik. Semua info tentang penyakit ekzema dia terangkan dan ekzema katanya ada banyak jenis. Eczema yang saya hidap adalah jenis Dyshidrotik Dermititis yang menyebabkan tekanan, alahan, tangan atau kaki yang lembap, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan di tepi-tepi jari dan kaki.
Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit dan biasanya kaum wanita lebih mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Jadi, korang yang mengalami benda yang sama, yang nampak bintik air gatal mula tumbuh di tangan atau kaki, elok berubat cepat sebelum terlambat. Tangan nak pakai lama.
Alhamdulillah feeling better now dan Dr Najeeb beritahu ekzema ini akan berulang kembali kalau kita tidak menjaga apa yang kita pegang atau sentuh dan this is not about food! Tak ada kena mengena makan sotong atau ayam ke, udang ke.
Di bawah ini saya tunjukkan prosedur perubatan Dr Najeeb pada saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.
Masa ni tangan dah teruk giler. Tengah tunggu Dr. Najeeb approve admitted.Kulit tangan sampai merekah sebab terlalu kering dan berdarah.Sampai isi kulit pun nampak. Bayangkan pedih macamana dan air bisa tu busuk.Kulit kering, merekah dan gatal selain berdarah amat menyakitkan.Hari ketiga kulit mengelupas, tak gatal dan terkopek kulitnya selepas diberi rawatan.Hari kedua selepas disapu dengan krim kulit, isi terkopek dan semakin sembuh.Perbezaan ketara sebelum dirawat dan selepas rawatan diberikan.
Berikutnya dalam gambar di bawah adalah beberapa jenis ubat cream dan washing foam untuk tangan.
Cetaphil Cleanser adalah untuk anda guna membasuh atau tangan dengan kerap.
Ubat Daivobet adalah krim untuk digunakan pada waktu malam.
Ubat Cloderm untuk digunakan pada waktu pagi. Ceradan pula untuk digunakan pada waktu petang.
Ini adalah antara ubat cream dan washing foam untuk tangan selain cetaphil cleanser.Ini adalah ubat yang perlu dimakan yang didapati dari Hospital Columbia Asia Malaysia.
Semoga perkongsian ini akan membuka mata mereka yang menderita penyakit ekzema untuk segera mendapatkan rawatan atau mencari penawar sakit kulit ini dari doktor pakar seperti yang dikongsikan. Sebenarnya, rawatan hospital adalah yang terbaik untuk mengatasi penyakit gatal ini. Semoga bermanfaat.
Bercucuk tanam dan menanam tanaman sendiri pasti diminati ramai pemilik rumah yang mementingkan halaman hijau rumah mereka. Walau bagaimanapun, untuk berkebun tidak semestinya memerlukan tanah yang luas seperti di kawasan kampung sebaliknya walau di bandar boleh juga bertanam asalkan ada tanah dan baja. Ikuti cara buat baja organik guna roti dan air saja.
Setiap jenis tumbuhan atau pokok memerlukan baja untuk terus subur dan berkembang biak. Inilah yang diharapkan oleh mereka yang berusaha menanam tanaman dan ingin melihat hasil yang ditanam itu seperti yang diimpikan. Tetapi faktor utama untuk kesuburan pokok adalah baja yang sesuai untuk menyuburkan tanaman antaranya baja organik.
Cara Membuat Baja Organik dari Roti dan Air
Kesuburan pokok berpandukan pada baja dan air yang diberikan secukupnya.
Panduan bercucuk tanam dengan baja organik atau semulajadi yang dikongsikan oleh Puan Intan Suhana ini pasti akan membantu anda membiakan tanaman anda dengan lebih subur menggunakan baja yang berasaskan dua bahan sahaja iaitu air dan roti sahaja.
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan :
Bahan utama untuk baja buatan sendiri ini adalah lebihan roti dan air semulajadi.
1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter
Air hujan atau air basuhan beras je tau.
Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-caranya:
Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Lebihan roti yang direndam bersama air yang bukannya dari air paip.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
Selepas siap direndam dan untuk diperam.
Kemudian peram, letak ditempat yang gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.
Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
Ini selepas diperam selama beberapa hari dan siap untuk dijadikan baja.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.
Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes.
Alatan dan bahan yang digunakan untuk proses penyiraman pokok.
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.
Pokok bunga Lily.
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar.
Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Pokok kesum
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Pokok kucai
Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh.
Pokok limau purut.
Sebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh. Daun baru bukan main meriah.
pokok delima
Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu ni.
Daun pokok delima.
Tadaaa. Saksikanlah kehijauannya.
Pokok belimbing buluh
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh.
Baja kompos dan baja organik keduanya baik untuk menyuburkan tanaman.
Selain baja organik atau baja roti, baja kompos juga dikatakan sangat baik untuk menyuburkan tumbuhan dan tanaman. Pembuatan baja kompos pula sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan buangan seperti kulit telur, sisa sayuran, sisa makanan dan sebagainya.
Semoga perkongsian cara membuat baja roti dan baja organik ini akan membantu anda untuk menyuburkan tanaman dan tumbuhan di rumah anda. Semoga bermanfaat.
Menyediakan kemudahan mesin ATM beras untuk membantu para golongan asnaf adalah satu tindakan yang harus dipuji kepada pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat kerana memberikan kemudahan yang tidak ternilai kepada penduduk di kawasan ini.
Mesin ATM beras tersebut adalah mesin yang pertama di Malaysia sebagaimana negara Indonesia yang telah pun berbuat demikian bagi memberikan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan kepada mereka yang memerlukan.
Mesin ATM-Beras yang pertama di Malaysia di Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat.
Mesin ATM beras yang unik ini turut mempunyai beberapa fungsi lain iaitu tabung derma dan juga sumbangan jemaah yang datang ke masjid. Semua hasil derma daripada orang ramai dikatakan akan digunakan untuk membuat pembelian beras yang akan diberikan kepada golongan asnaf.
Cara untuk menggunakan mesin ATM beras ini adalah dengan menyentuh kad pada sensor yang terdapat pada mesin dan kemudian bekalan beras yang disediakan sebanyak 2 kg akan dikeluarkan kepada saluran melalui ruang bawah mesin.
Mesin yang disumbangkan oleh pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Untuk pertama kali mesin ini diperkenalkan, berita ini telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya netizen di media sosial yang turut menyokong penuh dengan perkhidmatan ini yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.
Walau bagaimanapun, cara penggunaan mesin automatik ini haruslah ditunjukkan kepada mereka yang ingin menggunakannya agar mudah untuk digunakan ketika mereka mahu mengambil bantuan iaitu beras yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid.
Berikutnya turut dikongsikan video penerangan bagaimana untuk menggunakan mesin ini yang dikhususkan untuk semua asnaf yang berada di kawasan berkenaan. Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur kerana menyediakan kemudahan ini kepada mereka yang memerlukan.
Semoga mesin ATM Beras ini akan dapat mengurangkan beban para asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan. Dengan adanya kemudahan sebegini di Masjid Al-Akram mungkin masjid-masjid lain di Malaysia boleh juga menyediakan kemudahan yang sama di setiap negeri. Semoga membantu dan semoga bermanfaat.
Aloe vera atau dipanggil juga sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri untuk kesihatan manusia sama ada untuk penggunaan dalaman atau pun luaran. Isi daunnya yang kenyal seperti jeli boleh dijadikan berbagai jenis ubatan dan makanan salah satunya seperti Nata De Coco Aloe Vera Jelly yang amat diminati pada masa kini.
Pasti ramai yang tahu isi dalam daun pokok ini ada Aloe Vera Jelly yang boleh dijadikan jeli pencuci mulut yang boleh dimakan begitu saja atau digandingkan bersama air. Ia juga boleh dibuat sendiri dengan melalui beberapa proses mudah seperti cara menghilangkan lendir lidah buaya ini yang dikongsikan oleh wanita yang bernama Nur As Shifa Halim.
Daun lidah buaya bukan saja boleh dibuat ubat tetapi juga untuk produk kosmetik.
Resepi Nata De Coco Aloe Vera Jelly
Resepi Aloe Vera Jelly ala Nata De Coco ini sangat sedap sekiranya dicampurkan bersama ais dan segelas minuman seperti air sirap yang mempunyai biji selasih seperti yang telah dibuat oleh wanita ini. Menurutnya, cara membuat jeli ini tidaklah sesukar mana namun ia memerlukan kerajinan.
Berikut kami kongsikan cara membuat Nata De Coco Aloe Vera Jelly dengan melalui beberapa proses mudah yang harus anda ikuti supaya pembuatan jeli lidah buaya ini menjadi selain untuk menghilangkan gatal dari lendiran lidah buaya dan sebagainya.
Aloe Vera jelly yang didapati dari daunnya.
Sedap bila jeli lidah buaya ini dimasukkan ke tekak, saya buat sirap limau. Sebelum ni tak lalu juga nak makan, banyak terbuang je Aloe Vera yang tua-tua tu sebab bau dia, Allah tak lepas nak pi.
Baru-baru ni, suami saya try buat, eh sedap pulak, masuk hari ni kali kedua lah ni. Cuba buat selepas adjust semua dan Google resepi bagi puas hati. Finally, sedap rupanya Aloe Vera Jelly ni.
Hasilnya sangat sedap dan mampu hilangkan dahaga.
Nak lagi sedap, makan mentah-mentah macam tu je. Lagi banyak khasiat. Tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) di buang dulu supaya bersih dan tak gatal selain selamat untuk dimakan. Boleh rujuk gambar di bawah apakah cecair kuning tersebut.
Daun lidah buaya perlu dipilih yang matang atau tua untuk dibuat jeli. Macamana nak tau sudah matang atau tidak, boleh tekan pada daun tu di tengah-tengah. Kalau keras dan padat, dah boleh harvest (tuai). Yang suami saya tanam ni spesis bila kecil ada bintik-bintik, bila dah besar hilang bintik tu.
Pokok lidah buaya yang tua atau matang saja boleh diproses untuk jadikan jeli.
Bahagian ini sangat penting. nak keluarkan Aloe Latex atau cecair kuning tu. Ia boleh akibatkan gatal-gatal kalau tak dibersihkan dengan baik. Ini suami saya tegakkan Aloe vera yang dituai tadi, tegakkan dalam masa satu atau dua jam. Alhamdulillah kami buat step ni, tak gatal-gatal tekak bila makan jeli lidah buaya ni.
Proses membuang cecair kuning adalah yang terpenting perlu dibuat.
Selepas proses tegak tadi, basuhkan bersih-bersih. Nak senang potong kepada dua atau tiga bahagian ikut keselesaan anda untuk proses. Sebab masa first time buat, suami saya luka jugak tapak tangan. Duri Aloe Vera agak tajam, jadi berhati-hatilah.
Potongan adalah mengikut keselesaan dan kreativiti anda sendiri.Buang bahagian yang tepi dulu atau bahagian yang ada duri.Buangkan kulit di bahagian atas seperti ditunjukkan.Kulit di bahagian atas yang harus dibuang.
Kemudian anda boleh potong mengikut saiz yang anda mahukan. Nak senang, sebab bendanya berlendir dan mudah berlari-lari, potong dulu ikut saiz yang nak. Tapi disarankan berpetak-petak sederhana dan jangan terlalu kecil nanti masa nak gigit tak best. Selepas potong seperti ini, ambilkan sudu, korek saja dari atas.
Potongkan jeli berpetak mengikut saiz yang anda mahukan.Inilah hasilnya selepas proses mengeluarkan kulit. Basuh jeli lidah buaya bersih-bersih dan rebus.
Rebusan untuk kali pertama haruslah 30 minit dengan Aloe Vera bersama air sahaja. Rebusan ini terpulang kalau nak rebus selama mana. Disebabkan saya tak tahan dengan baunya, saya lebihkan 30 minit. Selepas rebus, buang air rebusan tersebut. Kalau sesiapa yang ingin kekalkan zat dan khasiat daun lidah buaya ini, boleh saja anda celur.
Sekurang-kurangnya ia perlu direbus dalam jangka masa 30 minit untuk rebusan kali pertama.
Rebusan untuk kali kedua dalam jangka masa 15 minit saja bersama Aloe Vera campur gula batu dan daun pandan. Sukatan agak-agak saja nak rasa manis setakat mana.
Rebusan untuk kali kedua pula ditambah lagi 15 minit.Siap untuk dihidangkan dan rasa macam Peel Fresh Marigold tu.
Disebabkan rebusan yang kedua itu saya dah letakkan gula batu. So, cedok sekali air rebusan dan Aloe Vera Jelly tu, masukkan sirap sedikit, tambah biji selasih, ais dan hirisan lemon. Boleh minum dan rasakan sendiri kenikmatan dan kesedapannya.
Hasilnya sedap iaitu air sirap selasih Nata de Coco bersama jeli lidah buaya dan lemon.
Semoga perkongsian cara membuat jeli lidah buaya atau Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco ini akan memudahkan anda untuk meneruskan proses pembuatannya. Yang paling penting ikut step by step dan jangan sekali-kali tersalah langkah kerana silap hari bulan gatal tekak jadinya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Japanese Fluffy Pancake memang sangat sedap dimakan ketika waktu sarapan pagi atau semasa minum petang ditambah dengan jem strawberry atau apa-apa jenis yang manis pasti menyelerakan. Ada juga yang suka makan pancake yang gebu dan lembut ini bersama aiskrim dan Whipped Cream.
Sebenarnya, cara nak buat Japanese Fluffy Pancake ini taklah susah cuma ia memerlukan kerajinan selain mudah untuk dibuat ditambah bahan-bahannya juga simple dan yang paling senang dimasak di atas kuali non stick saja, memang cepat.
Resepi Japanese Fluffy Pancake Gebu Viral
Japanese Fluffy Pancake dihidangkan bersama rasberry.
Resepi Fluffy Japan pancake yang sedap ini sedang viral di laman sosial selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Rozita Mohamed yang mana perkongsian beliau telah menarik perhatian netizen yang turut berkongsi resepi masing-masing.
Japanese Fluffy Pancake, kegilaan apakah ini, dua hari berturut-turut buat. Pertama kali akak makan ketika di Labsoy Cafe Uptown Damansara. Mahal gila! Cafe kat Damansara kan. Kalau nak puas makan boleh cuba buat sendiri dan recipe dari Chef Google.
Ok darling-darling semua. Ini resepi Japanese Fluffy Pancake untuk satu adunan. Alang-alang double kan takut tak cukup pula.
Fluffy Japan pancake yang telah siap dihidang bersama Whipped Cream. Sedap!
Bahan-bahan A
2 biji kuning telur
40 gram superfine flour
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh vanilla
25 gram fresh milk full cream
Campur atau satukan semua bahan-bahan A.
Bahan-bahan B
2 biji putih telur
25 gram gula castor
1 sudu kecil jus lemon (tak letak pun tak apa boleh ganti dengan cuka)
Cara-cara untuk membuat
Whisk atau putar putih telor, jus lemon dan gula castor sampai jadi kental.
Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A itu tadi.
Masak di atas non stick pan.
Jangan lupa untuk letakkan butter di atas non stick pan anda sebelum dimasak.
Fluffy Japan Pancake dengan strawberry yang gebu dan tersedap.
Bertambah sedap dan menyelerakan jika fluffy Japan pancake ini dihidangkan dengan strawberry atau rasberry compote atau pun jem. Pancake ini juga boleh dimakan dengan aiskrim dan juga whipped cream mengikut keselesaan dan selera masing-masing.
Anda boleh rujuk cara nak buat Fluffy Japan Pancake homemade dalam video di bawah:
Semoga perkongsian resepi Japanese Fluffy Pancake homemade gebu ini akan membantu anda untuk berjimat kerana buat sendiri di rumah lebih banyak dan puas hati daripada beli di kedai. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Seorang Kaunselor Berdaftar yang dikenali sebagai Hushim Salleh mendedahkan bahawa sepanjang tempoh enam bulan ini, beliau telah menerima empat kes penceraian yang membabit isu yang remeh sehingga menyebabkan pasangan suami isteri tuntut cerai.
Beberapa alasan yang remeh tersebut adalah seperti badan bau lipas, salah picit ubat gigi, tidak pandai gosok baju dan mulut busuk bau longkang sehingga membawa kepada pasangan yang antaranya telah berkahwin lebih dari 20 tahun itu tuntut cerai kerana gagal mencapai kata sepakat dan mencari jalan penyelesaian.
Kes Suami Isteri Tuntut Cerai
“Pasangan pertama ini mahu berpisah selepas isteri mendakwa badan suaminya berbau lipas dan kerana itu, wanita berkenaan enggan membiarkan dia ‘digauli’ suami sejak empat tahun lalu.
“Akibatnya, lelaki terbabit terpaksa ‘berpuasa’ sepanjang tempoh berkenaan. Pelbagai usaha dilakukan namun si isteri tetap mahu berpisah. Pasangan ini sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak,” katanya.
Menurut Hushim, pasangan berusia 30-an ini kini mendapatkan khidmatnya untuk memulihkan hubungan walaupun sudah memfailkan perceraian.
9 sebab remeh temeh suami dan isteri bercerai. – Harian Metro
Untuk kes kedua pula, Hushim menyatakan, si isteri tuntut cerai akibat bengang dan marah dengan sikap suaminya yang dikatakan kerap memicit ubat gigi sembarangan berbanding dengan wanita itu yang memicit ubat gigi bermula dari bawah.
Wanita tersebut yang berusia 28 tahun sering bertengkar dengan suaminya yang berusia 29 tahun hanya kerana isu yang ramah dan turut mengharapkan suaminya melakukan kaedah yang sama terhadap ubat gigi.
Ekoran bosan dengan sikap suaminya itu, dia akhirnya telah menuntut cerai biarpun usia perkahwinan mereka sejak enam tahun lalu. Pasangan terbabit juga telah mendapatkan khidmatnya untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri, jelas Hushim.
Manakala untuk kes yang ketiga membabitkan sikap seorang eksekutif lelaki yang ingin menceraikan isterinya kerana mendakwa wanita berkenaan tidak tahu atau tidak pandai menggosok bajunya.
Isteri lelaki ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan dilaporkan sering dimarahi oleh suaminya kerana lelaki tersebut bukan saja cerewet tapi amat teliti selain amat mementingkan kesempurnaan dalam segala hal terutama penampilan dan pakaian.
“Pasangan terbabit yang berusia 40-an telah dikurniakan tujuh anak. Suami mendakwa, isterinya gagal menggosok baju dengan kemas sebaliknya penuh dengan kesalahan seperti garisan tidak lurus.
“Lelaki terbabit bertegas mahu bercerai namun isterinya memujuk kerana mereka sudah lebih 20 tahun berkahwin selain berjanji akan mencuba untuk memperbaiki kekurangan berkenaan,” katanya.
Apabila ibu bapa bercerai pasti anak-anak akan menjadi mangsa keadaan.
Bagi kes keempat pula, menurut Hushim, isteri meminta cerai kerana mendakwa mulut suaminya yang dikahwini semenjak 10 tahun lalu itu berbau busuk dan beliau telah beberapa kali menegur suaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, lelaki itu dikatakan tidak mengendahkannya sehingga mengakibatkan penceraian. Pasangan berkenaan turut dikurniakan dua anak dan ketika ini masih lagi dalam proses untuk memulihkan hubungan mereka.
Hushim berkata berkaitan dengan semua kes penceraian tersebut dan perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku sekiranya pasangan suami isteri itu mengambil tindakan lebih awal seperti berbincang sesama sendiri dengan cara baik atau bertemu dengan kaunselor berdaftar.
Setiap hubungan suami isteri, tolak ansur haruslah ada dan sekiranya pasangan anda melakukan sebarang kesilapan atau kurang sempurna dan seumpamanya, mereka harus berbincang bagi memulihkan hubungan dan bukannya tuntut cerai serta meminta cerai yang akhirnya berlakulah penceraian, laporan dari Harian Metro.
Terlalu banyak kempen dan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengalakkan semua ibu bapa agar memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka semenjak beberapa lama dulu. Walau bagaimanapun, dek kerana kemunculan bermacam dakyah dan rekaan cerita usaha tersebut gagal sehingga perkara ini menjadi semakin parah.
Ramai ibu bapa hanya mengharapkan informasi dari enjin carian Google saja tanpa merujuk kepada doktor atau mereka yang pakar berkaitan dengan antivaksin lalu beberapa penyakit berjangkit yang kini kembali menular di kalangan kanak-kanak di negara ini.
Perkongsian dari doktor yang bernama Dr Fatinah Abdul Salam ini mungkin akan membuka mata ramai ibu bapa apabila beliau berkongsi pengalamannya yang menyaksikan sendiri 4 kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit akibat ibu bapa degil untuk memberi vaksin terhadap anak mereka.
Kenapa Perlu Beri Vaksin Pada Anak
Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang.
Diphteria anti-toksin yang berharga hampir RM500 sebotol.
Inilah dia rupa diphteria anti-toksin, satu botol hampir RM500, kami gunakan empat botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada anti-toksin ini. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yang dihasilkan oleh corynebacterium diphteriae species atau mudah kita panggil diphteria.
Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes. Makin lama makin banyak. Saya jadi kaget, tak tahulah, mungkin sepanjang sembilan tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sebab itu tak banyak kes kami dapat.
Tiada langsung kes diphteria. Pernah juga buat attachment di Hospital Teluk Intan selama sebulan, di Slim River sebulan, HKL sebulan, satu pun tak ada. Mungkin satu bulan itu tempoh yang sekejap dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan. Sebab itu kes diterima lebih banyak atau pun kadar antivaksin lebih banyak. Baiklah, wallahualam. Saya mahu bersangka baik sahaja.
Tahun 2018, saya menyaksikan empat kes diphteria. Semuanya tidak diberikan vaksin. Tiga meninggal dunia dalam masa 2-4 hari di ICU, semua lingkungan umur masih kecil walaupun anti-toksin telah diberikan. Hanya satu sahaja hidup, budak berusia lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima anti-toksin.
Saya menjadi risau kerana kini, pada tanggal 18 Februari 2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed. Tetapi apa yang saya lebih risaukan ialah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah dua bulan. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai seorang bayi meninggal dunia disebabkan diphteria adalah bulan 10, bulan 12, kami terima lagi dan kemudian kanak-kanak 9-10 tahun itu, kes terbaru kami pada bulan ini. Lebih-lebih lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area Skudai.
Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU. Saya saksikan kami telah melakukan yang terbaik untuk anak ini. Memandangkan hospital kami cuma tinggal dua botol anti-toksin, kami telah dapatkan dua botol lagi dari Kuala Lumpur. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelangsungan hidup anak ini. Doakanlah anak ini.
Vaksin sangat penting dan perlu diberikan pada anak jika perlu.
Jika anda menyeru dengan #educatebeforevaccine, mulakanlah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama, janganlah anda menafikan hak-hak orang lain hanya kerana pendapat atau hak anda. Duduklah di hospital selama setahun, saksikanlah apa yang saya telah saksikan.
Saya harap penulisan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada netizen-netizen yang masih berkira-kira nak vaksinkan anak mereka.
Sekian,
Fatinah Abdul Salam
Dari selatan tanah air
19/2/2019
Semoga perkongsian doktor ini akan membuka pintu hati semua ibu bapa untuk beri vaksin pada anak mereka di masa depan. Jangan terlalu taksub dengan berita yang tidak tahu tentang kesahihannya. Semoga bermanfaat.
Mungkin ramai yang tak tahu apabila ada kemalangan kita dilanggar kenderaan pemandu lain dan pesalah tersebut atau pemilik kenderaan tiada insurans dan lebih teruk lagi langsung tidak mengakui kesalahan serta tidak mahu membayar akibat kejadian tersebut sama ada pada diri kita dan juga pada kenderaan, kita boleh buat tuntutan di MIB.
Dalam kes kemalangan seperti ini, sebenarnya kita boleh buat tuntutan kecederaan kemalangan di Motor Insurers Bureau Malaysia (MIB) yang pernah dituntut oleh mereka yang mengalami masalah yang sama. Ia adalah salah satu dana yang khas dibuat untuk semua pengguna jalan raya.
Anda Cedera Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans?
Dilanggar kenderaan yang tidak dilindungi insurans? Buat tuntutan kecederaan kemalangan. – Facebook
Apa Itu Motor Insurers’ Bureau?
Biro Insurans Motor Malaysia (Motor Insurers Bureau of Malaysia) ditubuhkan pada 15 Januari 1968 untuk memberi keadilan sosial dan diwujudkan pada masa itu di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya 1958 (kini Akta Lalulintas Jalan 1987).
Ia diwujudkan untuk membela mangsa kemalangan jalan raya yang tidak mendapat pembelaan atau memberikan duit kepada mangsa kemalangan sama ada pemandu, pejalan kaki atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan dimana kenderaan yang melanggar tiada insurans.
Dana yang digunakan MIB untuk semua mangsa kemalangan adalah dana daripada semua syarikat insurans yang diwajibkan mencarum ke dalam MIB pada setiap tahun. Dengan adanya dana ini, bantuan yang diberikan kepada mangsa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Cara Buat Tuntutan Kepada MIB
Bagaimana cara nak claim atau buat tuntutan kecederaan kemalangan kereta, motor atau sebarang jenis kenderaan? Anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook ini yang berkongsi tentang cara buat tuntutan kepada MIB selepas dilanggar pemilik kenderaan tiada insurans.
Jika anda cedera dalam kemalangan kereta tiada insurans dan pesalah tak mahu bayar, sila claim MIB.
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan tiada insurans. Kemudian owner kenderaan itu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!
Adoi. Dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil lah, bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?
Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Jadi aku nak bagitahu. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?
Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak ada insurance.
MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurance wajib mencarum ke dalam MIB.
Ooo begitu. Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
1. Kemukakan tuntutan secara kepada pihak MIB atau boleh melantik peguam
2. Pastikan ada nombor pendaftaran kenderaan tiada insurans itu yang terbabit dalam kemalangan. Pihak MIB tak akan bayar untuk kes langgar lari atau yang tidak ada nombor plat kenderaan terlibat.
3. Serahkan tuntutan anda dalam jangka masa TIGA tahun dari tarikh kemalangan.
4. Sekiranya anda melantik peguam untuk failkan tuntutan di mahkamah, peguam harus beritahu pada MIB dalam tempoh 30 hari sebelum tuntutan dibuat di mahkamah dan menyerahkan semua dokumen berkaitan.
5. MIB hanya bayar untuk jenis kecederaan sahaja tidak termasuk dengan kerosakan kenderaan anda, harta benda, loss of income dan sebagainya.
6. Sebarang jumlah bayaran dari MIB adalah ditentukan oleh pihak MIB berdasarkan kes dan kejadian.
Pastikan anda mempunyai nombor pendaftaran pemilik kenderaan yang menyebabkan anda cedera.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Tuntutan MIB
1. Surat kepada MIB yang menyatakan maklumat tentang kejadian, alasan tuntutan dibuat dan semua dokumen yang disertakan.
2. Satu salinan laporan yang tercatat nombor kenderaan berkaitan.
3. Laporan polis tentang kenderaan yang melanggar sekiranya ada.
4. Laporan tentang perubatan kecederaan yang anda alami.
Hantar dokumen berkaitan ke:
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
Peringatan : Kalau dah pandai tentang buat tuntutan kecederaan kemalangan jangan lupa ajar orang lain.
Terlibat dalam satu kemalangan adalah pengalaman yang amat menyedihkan serta sungguh membebankan. Selain tertekan dengan keadaan serta trauma, terlalu banyak perkara yang harus kita buat selepas kemalangan itu berlaku terutama tuntutan peribadi dan sebagainya.
Oleh kerana itu, adalah penting untuk anda tahu sedikit sebanyak tentang hak anda sebagai seorang individu atau pun pengguna jalan raya untuk membela diri jika tidak bersalah serta berkaitan dengan khidmat sedia ada untuk membuat tuntutan berdasarkan keadaan atau situasi.
Jadi, melalui perkongsian ini anda sudah tahu bagaimana nak buat tuntutan kecederaan kemalangan di MIB sekiranya dilanggar oleh kenderaan tiada insurans atau pemilik kenderaan tidak mahu bertanggungjawab serta tidak mengaku kesalahannya. Semoga bermanfaat.