Ganja adalah sejenis dadah yang diharamkan di Malaysia dan kesan mengambil ganja dipercayai akan menjejaskan kesihatan seseorang. Kebanyakan negara di seluruh dunia turut mengharamkan penanaman, pemilikkan dan penggunaan ganja dalam kehidupan seharian.
Penggunaan Ganja di Thailand
Walau bagaimanapun, satu laporan dari Nextshark mungkin akan mengejutkan ramai apabila menyatakan bahawa negara Thailand mungkin akan menghalalkan penggunaan ganja dalam perubatan yang akan menjadikan negara ini adalah negara yang pertama di Asia yang menghalalkan penggunaan dadah yang juga dipanggil sebagai marijuana ini.
Pokok ganja yang ditanam perlu dijaga rapi untuk kesuburan.
Menurut laporan tersebut, rancangan tersebut diusulkan dengan tujuan untuk mengembalikan semula kedudukan ekonomi yang didominasi negara Thailand sejak empat dekad yang lalu yang mana Thailand juga adalah antara pengeksport ganja yang terbesar di dunia ketika tahun 1980-an.
Selain itu Organisasi Farmaseutikal Kerajaan (GPO) yang berada di bawah Kementerian Kesihatan Awam pada ketika ini sedang menunggu keputusan kelulusan daripada kerajaan tentera bagi mengkaji penggunaan ganja serta untuk menjualnya dengan tujuan perubatan.
Daun ganja yang telah dikeringkan dan dibotolkan sebelum digunakan.
Melalui kajian yang telah dijalankan di Thailand mereka telah mengesahkan bahawa pokok ganja mampu merawat berbagai penyakit dan menerusi kajian tersebut tiga jenis penyakit dapat dirawat dengan menggunakan ganja iaitu;
Hilang selera makan dan loya bagi pesakit yang menjalani kimoterapi
Epilepsi iaitu sawan kanak-kanak
Sklerosis berbagai jenis
Pada masa ini di negara Thailand, mereka masih lagi mengharamkan penggunaan ganja untuk apa sahaja tujuan dan sesiapa yang ditangkap kerana memiliki dadah jenis ganja ini akan menerima hukuman penjara selama 15 tahun.
Khasiat ganja dalam perubatan telah terbukti selepas banyak kajian dilakukan.
Difahamkan, kerajaan tentera membenarkan kelulusan untuk undang-undang diolah dengan penggunaan ganja kepada tujuan perubatan subjek manusia. Dewan Undangan Nasional juga dikatakan akan memberikan kelulusan tentang ini pada tahun 2019 akan datang.
Kebaikan dan Keburukan Ganja
Ganja mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri yang boleh mengubati dan memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia. Ada yang mengatakan ia dibuat sebagai ubat tradisional serta perubatan moden untuk menyembuhkan beberapa penyakit.
Individu yang menghisap ganja seperti rokok pasti akan ketagihan.
Berikutnya adalah kesan penggunaan ganja sehingga menyebabkan ketagihan dan kebaikan ganja untuk kesihatan yang terbukti berjaya sembuhkan penyakit. Sebenarnya terlalu banyak manfaat dan bahaya ganja, namun senarai yang dikongsikan adalah beberapa yang terpilih sahaja.
Kebaikan Penggunaan Ganja
Menambah selera makan
Ubat Kanser
Mencegah penyakit Parkinson
Mengubati radang usus
Sebagai ubat penenang
Melambatkan penyakit Alzheimer
Meredakan kekejangan otot
Kesan Penggunaan Ganja
Ketagihan
Paranoid
Sakit jantung
Masalah paru-paru
Halusinasi
Kurang daya ingatan
Sakit kepala
Mulut dan bibir kering
Sakit jiwa
Jika di Thailand akan meluluskan penggunaan ganja yang terbukti untuk kebaikan kesihatan dan penyembuhan berbagai jenis penyakit, agak-agak di Malaysia akan ikut langkah yang sama atau tak?
Kebaikan bekam sememangnya terbukti mempunyai faedah dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Amalan berbekam merupakan teknik perubatan sunnah Nabi yang diamalkan sejak dahulu kala dan kini dimodenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif. Ia juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat dan menyembuh berbagai penyakit.
Ramai yang mengamalkan berbekam dan menganggap kebaikan bekam adalah salah satu petua dan cara perubatan tradisional untuk mencegah dan mengatasi beberapa penyakit selain untuk mengurangkan kesakitan yang dialami mereka.
Sejauh mana kebenaran kebaikan bekam akan membantu proses rawatan dan penyembuhan penyakit mungkin boleh dipastikan dengan perkongsian dari Norida Barudin ini.
Apa Itu Bekam
Teknik perubatan bekam yang kini telah dimodenkan.
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan proses mengeluarkan atau membuang darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.
Jenis-jenis Bekam
Bekam Kering
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
Bekam Basah
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi.
Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.
Bekam Api
Bekam api juga antara cara berbekam yang popular.
Kadangkala disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampagas pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.
Bekam Resdung dan Jerawat
Bagi mereka yang menghidapi resdung yang kronik dimana jerawat keluar di permukaan kulit muka dengan banyaknya adalah digalakkan membuat rawatan bekam darah di sekitar muka yang bermasalah, terutamanya pipi, dagu dan dahi.
Adakalanya jerawat yang keluar tanpa henti adalah disebabkan mendapan darah kotor di bawah lapisan kulit muka, dan bekam adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk gejala jerawat ini.
Kebiasaannya selepas proses bekam tadi wajah pesakit akan lebih nampak bersih dan berseri kerana darah kotor tadi telah di sedut keluar. Bagi pesakit yang mengalami jerawat kronik ini anda di syorkan untuk membuat tiga kali rawatan setiap minggu, insyaallah anda akan lihat perbezaannya.
Bekam Untuk Sakit Kepala
Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan, itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut.
Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Bekam sunnah ini adalah digalakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang membuatkan halusinasi pada pesakitnya.
Contoh peralatan bekam yang kini semakin banyak digunakan di Malaysia.
Bekam Untuk Masalah Gout
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.
Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout, kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. Perlu diingat bahawa ketika kaki yang sakit membengkak itu sangat sakit apabila disentuh apatah lagi untuk dibekam.
Mahu menjerit rasanya jika kawasan yang bengkak itu ditusuk jarum bekam. Perlu menunggu beberapa hari sehingga bengkak itu surut. Apabila sudah surut, kawasan tempat gout itu akan segera dibekam.
Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.
Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.
Kesan Sampingan dan Keburukan Bekam
Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai keburukan dan kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.
Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor anda.
Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.
Semoga perkongsian kebaikan bekam untuk kesihatan badan kita akan bermanfaat kepada semua. Kita digalakkan untuk berbekam untuk mengikut sunnah Nabi dan faedah bekam sangatlah banyak.
Norida Barudin
Pen. Peg. Belia dan Sukan S38
Institut Sukan Negara
Kerana cemburu dan iri hati yang berlebihan terkadang akan mendatangkan berbagai masalah sehingga memudaratkan diri sendiri atau orang lain sekiranya kita tidak mampu mengawal perasaan sakit hati dan seumpamanya yang akan berakhir dengan penyesalan.
Satu rakaman video jadi viral di laman sosial yang memaparkan sepasang kekasih ‘istimewa’ yang mulanya didapati bertengkar sebelum salah seorang daripada mereka bertindak di luar batasan serta membelasahnya wanita yang dipercayai buah hatinya itu.
Menurut laporan Bangkok Post, kejadian tersebut berlaku di daerah Chatuchak, Bangkok, Thailand dan pasangan kekasih terbabit dikatakan pasangan sejenis iaitu lesbian.
Teman wanitanya iaitu mangsa dikenali sebagai Fang berusia 22 tahun, manakala suspek yang kelihatan seperti lelaki bernama Kanchana Sinprasert berusia 27 tahun didapati melakukan kesalahan memukul Fang dan tindakan ganas.
Ketika kejadian pada jam 1.45 petang, 19 Julai lalu telah mengejutkan ramai penduduk berhampiran selepas Kanchana bertindak ganas menampar, memukul dan menarik rambut teman wanitanya sehingga tersungkur ke lantai malah mukanya dihentak dengan helmet.
Fang bernasib baik kerana seorang lelaki dan perempuan datang bagi meleraikan pergaduhan itu yang menyebabkan Kanchana tidak terus memukulnya. Fang kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas kecederaan yang dialaminya harus dirawat.
Selepas pemeriksaan dilakukan terhadap Fang, doktor memaklumkan bahawa Fang meengalami kecederaan yang serius serta tulang soket matanya didapati retak. Disebabkan itu Fang perlu segera menjalani pembedahan serta dikatakan mengambil masa selama dua bulan untuk pulih sepenuhnya.
Menurut laporan Timbalan Komisioner Biro Polis Metropolitan, Sompong Chingduang menyatakan, pihak polis telah pun menahan suspek di rumahnya di Sukhotai pada 24 Julai lalu dengan mendakwanya telah menyerang mangsa dengan ganas.
Walau bagaimanapun, keterangan Kanchana menyatakan dia mempunyai alasannya yang tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian dengan menyerang Fang. Menurutnya pada ketika itu dia dalam keadaan mabuk serta merasa cemburu yang amat sangat.
Kanchana juga turut memberitahu kepada Fang bahawa dia akan menanggung semua kos perbelanjaan dan bayaran semua bil perubatan serta turut memberikan pampasan kepada Fang.
Pihak polis juga memaklumkan bahawa Kancahan perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa sama ada Kanchana mengambil dadah atau sebaliknya. Jika beliau disabitkan atas kesalahan tersebut, Kanchana akan berdepan dengan hukuman dipenjarakan maksimum 10 tahun atau denda 200,000 Baht (RM24300) maksimum.
Inilah kesan penggunaan telefon bimbit semasa memandu sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa maut selepas dilanggar oleh ayah sendiri. Penggunaan handphone ketika memandu kenderaan haruslah tidak diamalkan oleh semua pemandu walau di mana saja.
Memandu sambil guna telefon adalah dilarang sama sekali.
Menurut laporan Coconuts, kanak-kanak yang berusia empat tahun menjadi mangsa ayahnya sendiri pada minggu lalu di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia. Bapa kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai KF dikatakan menghantar anaknya ke sekolah.
Walau bagaimanapun, pada hari tersebut lelaki terbabit tidak menghantar dan mengiringi anaknya itu sehingga ke dalam sekolah. Ketika anaknya MS sedang berjalan menuju ke sekolah melalui di hadapan kereta ayahnya, KF secara tiba-tiba telah melanggar MS dan dikatakan tidak perasan.
Kanak-kanak terbabit dilanggat sehingga termasuk ke bahagian tayar bawah kereta di sebelah kanan dan telah disahkan meninggal dunia setelah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.
Difahamkan kejadian tersebut dikatakan tiada sebarang dakwaan pada ketika ini. Namun, pihak polis yakin mengapa KF tidak dapat melihat MS di depan keretanya iaitu disebabkan menggunakan handphone sewaktu memandu kereta.
Sekiranya kejadian tersebut dapat dibuktikan bahawa KF menggunakan telefon bimbit ketika memandu, beliau akan didakwa sehingga menyebabkan kematian anaknya sendiri kerana kecuaiannya.
Kerana kecuaian ketika memandu, anak sendiri jadi mangsa kemalangan. – Gambar hiasan.
Akibat kejadian ini, pihak Polis Trafik Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan terus meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai iaitu betapa bahaya menggunakan telefon sewaktu memandu.
Saranan mereka juga meminta semua pegawai trafik akan lebih tegas lagi sekiranya terserempak atau ternampak pemandu yang sedang memandu tetapi menggunakan telefon dengan tujuan agar perkara dan kejadian yang sama tidak lagi berulang sehingga mengorbankan nyawa.
Tular di laman sosial tentang seorang individu yang dipercayai tidak berpuas hati apabila rakannya seorang posmen dikatakan telah ditampar oleh seseorang yang menerima barangan yang dihantar oleh posmen berkenaan.
Punca posmen tersebut ditampar adalah kerana terlewat menerima barangannya. Walau bagaimanapun, kelewatan tersebut dipercayai berpunca daripada pihak pertama. Tetapi posmen tersebut yang bertugas pada hari berkenaan dan ditampar sehingga cermin mata miliknya pecah serta mengalami kecederaan di bahagian hidung.
“Kawan saya yang posmen ini kena tampar kerana barang sampai lambat. Apa s*al manusia macam ni?”
Jelas lelaki ini melalui perkongsian beliau di laman Twitter yang tidak berpuas hati selepas rakannya dilempang sehingga menarik perhatian netizen.
“Kalau tak puas hati, nak marah ke, pakai mulut. Ini sampai naik tangan apa cerita? Lagipun bukan salah dia barang lambat. Kerja dulu sebagai posmen baru tahu macam mana,” tweet The GG (@xie_xiey).
Bukti yang menunjukkan cermin mata posmen patah selepas ditampar.
“Saya kenal dia dah lama, soft gila orangnya. Kena bahan, senyum gelak-gelak memang tahu dia tak akan melawan. Tapi saya bengang dengan manusia yang macam ini. Beragama tetapi perangai haukk!
“Dia baru saja berkahwin, baru saja dapat anak. Jauh pula dari anak dan isteri, struggle nak survive. Tetapi orang awam buat macam ini, agaklah.
“Nak cepat barang, pergi ambil sendiri. Ingat Pos Laju ini nak hantar barang awak seorang ke?” katanya lagi.
Perkongsian yang telah mendapat perhatian netizen ini turut memberikan pendapat masing-masing malahan turut meluahkan rasa simpati kepada mangsa yang telah menjadi mangsa keadaan yang telah dimarahi individu terbabit.
Cakap dengan kawan awak, contact saya 0167067031. Saya jual spek. Tapi saya nak kasi free kat dia. Suruh dia pilih frame dekat ig saya. @burra.co pic.twitter.com/uCvnUcOJ23
Netizen turut menyarankan agar mangsa segera membuat laporan polis agar individu tersebut diambil tindakan serta dihukum seadilnya di atas perbuatannya yang menampar posmen.
Selain itu, ada juga netizen yang telah menawarkan diri bagi menggantikan cermin mata milik posmen tersebut yang didapati patah selepas insiden berkenaan.
Walau bagaimanapun, mangsa enggan menerima dan turut menegaskan yang beliau inginkan individu terbabit yang menggantikan kepadanya.
Mangsa juga dikatakan telah pun membuat laporan polis selepas bimbang akan keselamatan diri selepas ditampar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Mungkin ramai yang ingin menunaikan haji tetapi tidak tahu cara daftar haji yang betul selain faktor tidak cukup duit atau pun masih muda remaja. Sebenarnya kita disarankan agar membuat pendaftaran haji dengan segera jika mempunyai niat untuk itu.
Mungkin ada yang menganggap tidak perlu daftar haji dulu dan menunggu selepas mempunyai duit yang cukup barulah mendaftar. Tahukah anda, jika anda mendaftar tabung haji pada masa sekarang, belum tentu anda dapat pergi ke Mekah pada tahun depan. Silap hari bulan lagi 10 tahun barulah dapat menunaikan haji.
Cara Daftar Haji Guna KWSP Akaun 1
Sekiranya anda berniat untuk mendaftar, sila daftar haji sekarang walaupun anda tidak mempunyai wang simpanan berjumlah RM1300 dalam akaun Tabung Haji. Mengapa? Kerana untuk membuat pendaftaran haji pada hari ini sangat mudah dengan hanya menggunakan akaun KWSP untuk pendaftaran Tabung Haji jika anda adalah seorang pencarum KWSP.
Rugi sekiranya anda tidak mengambil peluang ini. Tambah rugi lagi kerana daftar haji tidak perlu bayar apa-apa sekalipun. Semuanya diambil dari akaun 1 KWSP. Adalah lebih baik menggunakan pengeluaran KWSP akaun 1 kerana akaun ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah berumur 55 tahun nanti.
Sebenarnya, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP atau EPF) telah lama berkerjasama untuk memudahkan semua pencarum bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima ini, mungkin ramai yang terlepas pandang.
Penyata KWSP terkini yang perlu dibawa bersama ke Pejabat Tabung Haji. – Via Fahmi Hamid
Berikutnya adalah beberapa langkah yang mudah sekiranya anda ingin membuat pendaftaran haji menggunakan KWSP;
Bawa penyata KWSP terkini dan kad pengenalan MyKad ke Pejabat Tabung Haji atau mana-cawangan terdekat.
Sila maklumkan kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas bahawa anda ingin membuat pendaftaran haji guna KWSP.
Syarat-syarat Mendaftar Haji KWSP
Syarat kelayakan untuk daftar haji adalah individu yang mempunyai akaun Tabung Haji dan jika tiada akaun TH anda boleh buka akaun Tabung Haji segera dengan RM10 sahaja. Anda juga seorang ahli KWSP dan untuk membuat Pendaftaran Haji Ahli KWSP anda perlu penuhi syarat berikut;
Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
Agama Islam
Pemilik Akaun Tabung Haji
Simpanan akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM1300
Belum berumur 55 tahun pada tarikh pendaftaran
Setelah proses pendaftaran untuk menunaikan haji anda selesai, anda hanya perlu menunggu panggilan untuk giliran sahaja. Bersabarlah, masa untuk pergi ke Mekah akan sampai juga. Insha Allah.
Pihak TH tidak keluarkan duit anda dari akaun KWSP, jadi jumlah dalam akaun KWSP masih sama tiada sebarang pengeluaran.
RM1300 hanya akan diambil dari KWSP apabila anda telah mendapat giliran untuk menunaikan haji.
Tambahan RM3000 boleh dikeluarkan dari akaun 2 KWSP untuk kegunaan dan perbelanjaan ketika anda menunaikan haji.
Kini kemudahan pengeluaran KWSP untuk tunaikan haji telah diperkenalkan oleh TH dan KWSP iaitu pendaftaran haji tanpa deposit, maka ambillah peluang baik ini sementara ia masih ada. Walau bagaimanapun, setiap sebarang pengeluaran KWSP, setiap individu itu perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau apa saja pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak berkenaan melalui laman web KWSP dan Tabung Haji atau melalui talian telefon di Tabung Haji Contact Center (THCC) 03-62071919.
Mana-mana ahli KWSP yang telah pun membuat pendaftaran haji dengan Tabung Haji sebelum ini juga boleh ditukarkan kepada kemudahan untuk mendaftar haji guna KWSP tanpa ditukarkan sebarang pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberikan. Malahan duit untuk pendaftaran berjumlah RM1300 itu juga akan dicairkan.
Mengapa kita perlu ada kad perubatan atau medical card dalam kehidupan? Mungkin ramai yang tidak tahu betapa pentingnya perkara ini, malahan pasti ada yang terlepas pandang selain menganggap ianya perkara yang remeh temeh tanpa memikirkan kepentingan dan keperluan.
Sebenarnya, medical card pada zaman sekarang boleh dianggap sebagai satu keperluan hidup bukan lagi kehendak kerana kos perubatan saban tahun pasti akan terus meningkat mengikut kemajuan dan teknologi semasa.
Hal ini dapat dibuktikan apabila anda ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan perubatan kerana caj perkhidmatan bukan lagi percuma pada zaman ini selain ubat-ubatan juga kosnya semakin meninggi sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan.
Anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam apabila menghayati perkongsian pengalaman daripada seorang guru ini dan juga seorang ibu yang telah kehilangan anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, Cikgu Zaharah.
Kenapa Pentingnya Kad Perubatan/ Medical Card
Kad Perubatan harus ada pada setiap orang demi masa depan yang lebih baik.
Saya dan Medical Card
Pada awal mengajar dulu gaji saya tak seberapa, namun saya masukkan anak-anak dalam takaful untuk pendidikan. Manakala saya pula menyertai takaful tapi untuk perubatan. Masa tu memang rasa agak sempit tapi bila memikirkan kepentingan untuk jangka masa panjang saya teruskan juga.
Apabila anak ke-3 saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, mata saya lebih terbuka. Waktu saya tanyakan doktor untuk membawanya ke hospital swasta, doktor bertanya berapa cover medical card anak saya. Bila saya kata 500k, doktor kata ok. Kalau setakat 150k tak perlulah.
Hospital swasta juga bersedia untuk memindahkan anak saya, cuma keadaannya yang kritikal pada waktu itu, menyebabkan saya kekalkan di HSA sebab di sana ada pakar hati yang terbaik.
Bila anak saya meninggal, walau baru 3 bulan menyertai medical card, agen uruskan untuk saya mendapat yang selayaknya.
Alhamdulillah wang tersebut dapat saya gunakan untuk badal haji, saya dan suami ke tanah suci untuk mengerjakan umrah, serta selebihnya untuk kebajikan arwah (semoga diterima Allah).
Selepas pemergian allahyarham, saya tukarkan insuran pendidikan 2 orang anak saya yang masih bersekolah kepada insuran perubatan. 5 hari lepas anak ke-4 saya kemalangan.
Banyak kelebihan medical card untuk perubatan dan rawatan di hospital.
Terima kasih kepada yang prihatin membawanya menjalani rawatan di KK P. Nenas. Walau lukanya tidak parah, saya risau kerana pengalaman ngeri 5 tahun yang lalu.
Saya membawa anak saya ke Colombia Asia, untuk rawatan lanjut. Bukan saya tidak yakin dengan hospital kerajaan tapi sebagai seorang ibu saya ingin dia mendapatkan rawatan yang lebih teliti.
Doktor Rohana mencadangkan buat city scan di kepalanya..Hasilnya masih ada serpihan kaca pada kepalanya. Bayangkan, bukan murah dan mudah untuk menjalani rawatan tersebut, namun dengan adaya insurans perubatan, saya tak perlu mengeluarkan sesen pun. Wadnya juga sangat selesa.
Sewaktu di sana saya bertemu seorang rakan. Suaminya perlu buat pembedahan kecil. Kosnya 11k, kena bayar tunai sebab tiada insuran perubatan. Jika saya pun pasti terkedu, tapi kena buat juga sebab tak nak bertangguh untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.
Saya bersyukur kerana menyedari perkara ini walau dikira agak lewat. Memang berbaloi membayar RM310 sebulan untuk 2 orang anak walau pada mulanya rasa perit nak budget perbelanjaan bulanan.
Nampaknya perbelanjaan untuk rawatan dan perubatan semakin meningkat setiap tahun. Saya tak dapat bayangkan untuk 10 tahun lagi. Semoga kita kekal sihat, inshaallah.. namun tak salah untuk menyediakan payung sebelum hujan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan memahami tentang betapa penting kad perubatan bagi setiap orang. Dapatkan medical card anda dengan segera mengikut kemampuan anda sendiri.
Terlalu banyak kes berlaku anak atau bayi suka masuk barang dalam mulut, telinga dan hidung. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan barang permainan untuk anak yang berkualiti selain memastikan keselamatan penggunaannya.
Mengapa sangat bahaya membiarkan anak anda bermain dengan mainan yang mampu membahayakan keselamatannya? Mungkin masih ramai ibu bapa yang tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara sebegini. Ikuti perkongsian Dr Ezairy M. Sallih ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di masa depan.
Bahaya Alat Mainan Kecil Kepada Bayi dan Anak-anak
Memang menjadi tabiat semua bayi suka mengigit barangan yang ada di tangannya.
Mengapa saya sebagai seorang doktor sering menulis dan berkongsi tentang betapa bahaya alat-alat permainan dan barangan kecil kepada anak-anak kita? Sememangnya ada bahayanya kepada mereka.
Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang saya terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.
Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?
Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!
Adakah setakat itu sahaja? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.
Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!
Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, ibu bapa yang sayangi anak-anak kita, pesan dan beritahulah mereka berulang kali.
“Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.”
Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.
Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :
✅ Sentiasa letakkan duit syiling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.
✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.
✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.
✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!
✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.
Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga. Selamat beramal!
Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
Zaman sekarang macam-macam kes berlaku dan tak semua orang boleh dipercayai. Ada yang sanggup menipu dan sanggup mencuri kerana untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan akibat dan kesan akibat perbuatan keji mereka itu.
Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook turut berkongsi satu kes yang amat memalukan dan telah didedahkan beliau di laman sosial itu bagaimana tindakan seorang lelaki yang dipercayai sebagai seorang ustaz yang sanggup mencuri di kedai emas miliknya.
‘Assalamualaikum, mohon viralkan orang ini sehingga saya selesai urusan dengannya. Dia telah melarikan barang kemas di kedai saya dengan jumlah yang banyak. Sekarang masih bebas dengan ikat jamin.
Sungguh memalukan apabila dilaporkan yang lelaki yang mencuri itu adalah seorang ustaz dan dikatakan beliau adalah seorang yang berkelulusan tinggi dari Yaman. Menurut mangsa, ustaz terbabit berasal dari Shah Alam dan kini menetap di Taman Bukit Mentakab, Pahang.
‘Motif dia mencuri kerana untuk kahwin baru. Mungkin juga berpakat dengan perempuan tersebut sebab sampai sekarang sama-sama melarikan diri selepas hari kejadian’.
Ustaz tersebut bersama pasangannya.
Menurut mangsa lagi, kes berkenaan telah pun dilaporkan kepada pihak polis dan pencuri terbabit juga dikatakan sedang bebas dengan ikat jamin. Mangsa juga mengambil keputusan untuk tidak membuang perkongsian ini di Facebook selagi wang kecurian tersebut dipulangkan semula.
Mangsa juga turut berpesan kepada orang ramai agar terus berhati-hati sekiranya berjumpa dengan lelaki tersebut kerana tidak mustahil perkara yang sama akan berulang lagi.
Untuk mengingatkan orang ramai tentang kejadian tersebut, mangsa turut berkongsi rakaman video dari CCTV pada hari kejadian untuk tatapan orang ramai dan juga sebagai bukti bahawa lelaki tersebut sememangnya mencuri.
Ramai netizen yang mengikuti perkongsian ini turut melahirkan rasa simpati dan mengecam dengan tindakan lelaki terbabit serta turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang berkenaan.
Antara komen netizen berhubung kejadian ini.
Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan duit kalau nak berkahwin. Apabila mencuri seluruh keturunan keluarga pasti malu dengan perbuatan lelaki ini.
Antara isu yang paling hangat pada minggu ini adalah isu LGBT selepas ramai antara rakyat Malaysia yang dilihat marah dan turut menolak budaya LGBT bebas malahan ada beberapa golongan yang masih lagi mahu pertahankan golongan LGBT yang dikatakan ditindas oleh pihak tertentu.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang menjadi kontroversi baru-baru ini telah mengejutkan ramai apabila pihak syarikat minyak terbesar Shell menyatakan mereka turut menyokong dan memberi sokongan terhadap kakitangan dari golongan LGBT.
“Di Shell, kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang. Begitu juga dengan perniagaan. Apabila kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang.
“Atas sebab itu, kami berbangga menyokong kakitangan LGBT, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” jelas kenyataan itu dipercayai daripada pihak Shell.
Disebabkan kenyataan tersebut yang kini viral di laman sosial Facebook, netizen dikatakan ingin memboikot syarikat minyak terbesar ini. Malahan kata mereka, masih banyak lagi syarikat minyak yang lain yang menjual minyak petrol yang sama boleh didapati seperti Petronas, Caltex, Petron dan juga BHP.
Namun begitu, ada yang berpendapat berkemungkinan kenyataan tersebut dikatakan dilakukan oleh pihak Shell di luar negara saja dan semua rakyat Malaysia tidak perlu boikot kerana Shell di Malaysia tidak langsung menyokong golongan LGBT dan budaya mereka.
Shell adalah antara syarikat yang terbesar di dunia.
Kemudiannya, ada beberapa individu mengatakan bahawa tanggapan netizen tersebut adalah salah sama sekali selepas siasatan dibuat mereka mendapati laman web Shell di Malaysia juga turut menyokong budaya LGBT iaitu sama seperti Shell luar negara. Anda boleh membaca kenyataan yang dikeluarkan di laman Shell.
Setelah seorang bapa itu pergi meninggalkan dunia ini, secara automatik segala tugas menguruskan sebuah keluarga itu akan dipikul oleh anak lelaki sulung iaitu abang. Semua tugas dan tanggungjawab yang dulunya dipikul ayah kini menjadi kewajipan seorang abang memastikan ibu dan adik-beradik yang lain terurus selain turut menjadi wali kepada adik-adik perempuan.
Disebabkan itu, terkadang kita akan dapat melihat seorang abang yang menggalas tugas ayah pasti bertukar perwatakannya menjadi seorang yang lebih tegas dan berpendirian demi kerana untuk melindungi ahli keluarga dan adik-beradiknya yang disayangi.
Baru-baru ini heboh di laman sosial dengan satu perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Kamazuki Junuh yang menarik perhatian ramai selepas beliau menyelar tindakan seorang lelaki yang didakwa telah berbohong terhadap adiknya.
Lelaki berkenaan dikatakan telah berpakat dengan emaknya dengan mengatakan bahawa beliau belum lagi berkahwin sehingga adiknya dan lelaki berkenaan bertunang. Dari perkongsian beliau di laman Facebook, Kamazuki dilihat amat berang dan marah selepas mendapat tahu lelaki berkenaan telah pun berkahwin.
Ekoran marah dengan berita tersebut, beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dan menyebarkan kenyataan beliau di Facebook dengan tujuan supaya orang ramai tahu tentang peristiwa ini.
Via Kamazuki Junuh
Silap besar kau henjut V-Tec kawasan taman perumahan kakak aku lepas kau bertunang dengan adik aku. Aku takde tapi ada orang sampaikan siap bagi nombor kereta. Aku sebenarnya malas ambil port tapi sebab kau dah buat harok tak ingat dunia nak juga aku tahu siapa bakal adik ipar aku.
Tak sampai sejam aku tahu siapa kau dan status kereta kau. Dengan adik orang lain kau bolehlah buat apa saja. Dengan adik aku tolong jangan.
Kalau kau nak kahwin dua, jumpa aku as a gentleman. Aku wali terdekat. Adik aku bukan sebatang kara kat JB ini. Cakap kat aku berapa duit kau ada, berapa biji rumah kau dah beli untuk bakal bini baru kau.
Yang aku marah bila kau menipu keluarga aku, conteng arang kat muka ahli keluarga aku. Mak aku naik bas dari Kelantan lah sial nak tengok anak bongsu dia bertunang. Menangis mak aku semalam bila tahu cerita sebenar.
Kau sanggup bersekongkol dengan mak kau sendiri mengaku bujang. Mak kau sendiri boleh turut datang ke majlis tanpa segan silu dan rasa bersalah. So aku nak tanya macam mana kau nak tebus balik maruah keluarga aku?
Sumber: Kamazuki Junuh
Aku publickan post ini supaya kawan-kawan Honda aku sampaikan kat kau. Aku tahu kau IC merah. Aku tahu nama sebenar kau di IC. Silap besar kau pilih mangsa. Aku cuma kesian tengok bini dan anak kau yang berusia setahun itu.
Aku ada telefon kau tadi dan kau tahu siapa aku. Aku nak tahu apa kau nak buat untuk tebus balik maruah keluarga aku? Nak settle cara macam mana? Panjang ke pendek? Kecil ke besar? Aku On jer. Yang pasti kau kena bayar kos keluarga aku buat majlis sambut rombongan kau dan jangan lupa tiket bas mak aku datang ke JB.
So kepada owner Civic FD2R WXW202 yang aku ada ramai mutual friends kat sini aku tunggu call kau jer ni. Kau memang buat malu budak Honda. Korang yang kenal dia boleh sampaikan. Post ni public.
Berdasarkan perkongsian status Facebook yang terbaru dari Kamazuki, dia mengatakan lelaki berkenaan langsung tidak pernah datang untuk berjumpanya walaupun sudah menyatakan kesudiannya untuk berkahwin dengan adik perempuannya.
Selepas majlis pertunangan itu, isteri Kamazuki ada memberitahu bahawa lelaki terbabit memandu keretanya seperti di Litar Sepang. Bermula dari situlah, Kamazuki yang merupakan peminat dan pecinta Honda telah bertindak membuat siasatan terhadap lelaki berkenaan.
Isu budaya LGBT kini menjadi topik hangat di Malaysia dan golongan yang menjadi kemarahan ramai ini dipercayai meminta ‘hak’ mereka supaya diterima sepertimana jantina lain iaitu lelaki dan perempuan. Sesungguhnya golongan ini telah lupa asal usul mereka dan agama mereka.
Walau apa sekalipun alasan golongan LGBT ini, harus diingatkan bahawa Islam tidak menerima LGBT dan sudah tertulis ianya dilaknat Allah. Hidup kita tidak selamanya bernafas, sampai masa kita semua akan dijemput apabila tibanya ajal.
Menangis air mata darah sekalipun tidak akan berubah waktu itu dan berganjak sedikit pun masa yang telah ditentukan, maka pergilah kita mengadap Allah yang maha esa seperti termaktub di Luth Mahfuz bahawa kita akan meninggal dunia pada tarikh yang telah ditentukan.
Kepada semua yang berkenaan, marilah sama-sama kita bertaubat dan kembalilah kepada fitrah asal yang mana Allah telah tentukan kehidupan kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat, sesungguhnya Allah itu maha adil dan saksama.
Ikuti pengalaman seorang pengurus jenazah yang memandikan satu jenazah pondan atau transgender yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan untuk kita semua. Semoga kisah ini mampu menyedarkan kita untuk beramal dengan lebih banyak dan ikhlas.
Pengalaman Memandikan Jenazah Yang Dilalui Seorang Ustaz
Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.
Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.
Jenazah ditemani tiga waris terdekat iaitu dua abangnya dan ibunya sendiri. – Facebook
In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan dan memandikan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina.
Jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar.
Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin.
Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu.
Saya terus memandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.
Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapur barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.
Pengalaman mandi jenazah yang dilalui sendiri oleh Ustaz Syed Sohleh Syed Jalaluddin. – Facebook
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya memandikan jenazah dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.
Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat-sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HUAKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali lagi saya memohon maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa tentang memandikan jenazah ini, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syarak berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah AT-Tiin ayat 4)
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa (Maksudnya):
“Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki”. (Hadis Riwayat AL-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata (Maksudnya):
“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.
Semoga kisah benar yang amat menyentuh hati ini yang dilalui oleh Ustaz ini ketika memandikan jenazah hamba Allah tersebut dapati dijadikan pengajaran kepada mereka yang telah terpesong dari fitrah asal dapat kembali semula ke jalan yang diredhai Allah.
Sampainya hati seorang ayah yang sepatutnya melindungi anak gadisnya yang berusia 11 tahun, sebaliknya sanggup melampiaskan nafsu serakahnya pada anak sendiri dan lebih menyedihkan tiga abang kandungnya turut sama meratah mangsa tanpa belas kasihan.
Kejadian ini dilaporkan oleh Harian Metro, telah berlaku di rumah keluarga mereka di kawasan hutan di daerah Keningau, Sabah dan juga mangsa dikatakan telah beberapa kali diperkosa semenjak awal tahun 2017 lagi serta kali yang terakhir dipercayai berlaku pada bulan Ogos lalu.
“Mangsa telah diperlakukan sejak awal tahun 2017 sehingga Ogos lalu.”
Walau bagaimanapun, semua perbuatan keji empat suspek tersebut akhirnya telah terbongkar setelah mangsa dapat menceritakan semua tentang kejadian tersebut kepada kakaknya sendiri yang berusia 32 tahun pada hari Sabtu lepas yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Menurut laporan dan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din sewaktu dihubungi Harian Metro telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata turut menerima laporan berkaitan dengan kejadian berkenaan yang membabitkan mangsa yang berusia 11 tahun itu.
Gambar hiasan.
“Berikutan laporan itu, polis menahan bapa mangsa berusia 52 tahun, pada hari sama laporan itu dibuat. Seterusnya, hasil soal siasat polis menahan dua lagi suspek yang juga abang kandung mangsa berusia 19 dan 23 tahun,” katanya.
Sehingga kini pihak polis sedang giat memburu dan mengesan seorang lagi suspek iaitu abang mangsa bagi membantu siasatan kes kejadian berkenaan. Sementara itu tiga suspek tersebut termasuk ayah mangsa kini sudah ditahan dan turut direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Tergamaknya ayah dan abang-abangnya sanggup berbuat demikian terhadap mangsa yang masih kecil, bagaimana dengan kehidupan dan masa depannya nanti? Semoga semua si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal agar dijadikan teladan dan pengajaran kepada semua lelaki di luar sana supaya kejadian yang sama tidak berulang.
Hari Jumaat nanti genaplah selama 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih dan mentadbir negara daripada Barisan Nasional (BN) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, beberapa dasar pentadbiran yang baharu telah pun dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malahan ada juga beberapa janji yang masih belum dipenuhi PH yang kini dikatakan dituntut oleh ramai rakyat Malaysia.
Terkini, heboh di laman Facebook tentang kompilasi 100 Hari Pakatan Harapan dan 100 Fakta yang dikatakan telah dijanjikan selepas 100 hari pentadbiran di bawah kerajaan PH. Antara perkongsian yang mendapat perhatian ramai seperti yang dikongsikan di bawah.
100 Hari Pakatan Harapan : 100 Fakta
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
1. Harga Minyak tidak diturunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun
2. Satu Tol pun masih tidak dimansuhkan, malah masih tiada rancangan pemansuhan
3. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali
4. Harga ubat tidak diturunkan dengan signifikan
5. Tarif elektrik dirancang untuk dinaikkan
6. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan
7. Gaji minimum tidak serius diperkasakan
8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat
9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat
10. Klinik komuniti ada yang ditutup
11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’
12. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’
13. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin
14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40
15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu
16. Harga rumah perlu diturunkan dengan agresif.
17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi
18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian
19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara
20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas
21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan
22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera.
23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia
24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu dibentangkan, setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu
25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif
26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air.
27. Isu pengisytiharan Israel negara ‘Bangsa Yahudi’ tidak dihadapi dengan agresif oleh kerajaan – sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik
28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’
30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri.
31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah
32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter’celupar’ seperti dalam isu tuduhan Melayu ‘Pendatang’
33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi diedarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil
34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat
35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro
36. Kenyataan akhbar para Menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian.
37. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi
38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya ditepati.
39. Pengurusan aset negara perlu dibebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar – sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004
40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam – jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik
41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah
42. Tambah terencat dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah – dituduh ‘kartel’ oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli
43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini
44. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.
45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan
46. ‘Tarik-tali’ royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan: Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Kelatan.
47. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif.
48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka
49. Sesetengah Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri
50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik
51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu ditubuhkan
52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu dilengahkan
53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan
54. Amalan ‘bulldozer’ di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.
55. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja
56. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM
57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif
58. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara
59. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan
60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur
61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan
62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan
63. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam.
64. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura
65. ‘U-Turn ECRL’, jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China
66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif
67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci
68. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar
69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik
70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR
71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’
72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud
73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi
74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk
75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng
76. KWSP Suri Rumah agak lewat dilaksanakan
77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas Menteri untuk berurusan dengan rakyat
78. Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang wibawa – portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan
79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja
80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?
81. RM2-3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi
82. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah
83. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing
84. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat
85. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud
86. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian
87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif
88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu dielakkan – mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman
89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat
90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi
91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata
92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar.
93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya).
94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security).
95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai
96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’
97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga
98. Pelaburan asing masih perlu untuk ditingkatkan.
99. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.
100. Amalan ‘umum dulu, kaji kemudian’, ‘tuduh dulu, siasat kemudian’, dan ‘provok dulu, mohon maaf kemudian’ amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat.
Semoga segala kritikan diterima positif untuk penambahbaikan kerajaan. Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state). Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state). Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State).
Semua kenyataan dan pandangan yang dikongsikan di atas adalah merupakan semua pendapat dan pandangan peribadi daripada penulis tersebut dan ianya langsung tidak mencerminkan pendirian rasmi dari pihak kami Media Maklumat.
Minggu ini kita pasti kerap mendengar rungutan dan pendapat yang mengaitkan parti UMNO yang mana mereka mendesak bekas presidennya yang terdahulu supaya menarik diri daripada melibatkan apa-apa kempen PRK atau lebih tepat lagi meminta menjauhkan dirinya daripada UMNO.
Mungkin ramai yang akan terkejut apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ada berkata yang mereka tiada apa-apa masalah dan isu dengan Najib Razak serta turut berharap bekas PM tersebut akan terlibat sama dalam kempen PRK Seri Setia tidal lama lagi.
Menurut laporan Malay Mail Online, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka tidak menutup pintu pada sesiapa pun termasuklah bekas Perdana Menteri berkenaan iaitu Najib Razak.
“Kita tak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” jelas Presiden PAS kepada pihak media.
Terdahulu, Najib pernah menyatakan sebelum ini yang dia ingin ‘berrehat’ daripada sebarang kempen pilihan raya kecil termasuklah PRK di Balakong yang akan berlangsung pada Sabtu nanti.
Menurut laporan, Najib juga telah berbuat demikian setelah didesak supaya menjauhkan diri daripada UMNO selepas parti Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah tewas di PRK Sungai Kandis sebelum ini.
Pun begitu, apabila ditanya tentang sama ada PAS akan turut memberikan sokongan terhadap MCA di PRK Balakong nanti, Datuk Seri Abdul Hadi telah menjawab;
“Insha Allah kerana kita sama-sama semangat pembangkang.”
Sementara itu, calon PAS iaitu Dr Halimah Ali telah pun diumumkan akan bertanding dan melawan calon PKR di PRK Seri Setia yang bakal diadakan pada bulan September nanti.
Kenapa agaknya UMNO tak mahu? PAS menerima dengan hati terbuka.
Buasir (Hemoroid/Hemorrhoid) adalah salah satu penyakit yang amat bahaya sekiranya tidak mencegah dan merawat dengan cepat, malahan pesakit akan menderita kesakitan jika dibiarkan tanpa diberi rawatan yang sesuai dengannya.
Pada zaman sekarang berbagai jenis ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi bagi mengurangkan atau merawat buasir dan bermacam cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi dan menghilangkan penyakit ini. Petua merawat dan kecutkan buasir secara tradisional juga dikatakan amat mujarab yang boleh dibuat.
Walau bagaimanapun, anda disarankan berjumpa dengan doktor pakar sekiranya anda mengalami buasir peringkat awal, tahap 1, 2, 3, 4, kronik atau kritikal sekalipun. Adalah lebih baik anda mengetahui jenis-jenis penyakit ini, cara hilangkan dan cara merawat dengan betul sebelum anda mengubati dan mengatasi dengan petua atau perubatan cara kampung dan hospital.
Apa Itu Buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua jenis bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai punca dan gejala atau simptom dan masalah yang berbeza.
Buasir luar dan buasir dalam berbeza hanya kerana luaran dan dalaman.
Buasir Dalaman
Buasir Dalaman merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
Buasir Luaran
Buasir Luaran merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (rujuk gambar di atas). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza.
Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Apakah Punca dan Mengapa Buasir Terjadi?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur walaupun kanak-kanak tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.
Antara sebab dan punca buasir terjadi adalah kerana peningkatan tekanan pada vena di dubur akibat;
Meneran ketika ingin membuang air besar kerana masalah sembelit
Perubahan hormon dan pembesaran janin dalam rahim ketika hamil
Ada banyak lemak pada organ-organ dalaman dan abdomen kerana kegemukkan
Berdiri dalam waktu yang lama setiap hari atau mengangkat benda yang berat
Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.
Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda buasir, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan.
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir berdarah dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
Berumur 40 tahun ke atas.
Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara
yang mengalami kanser usus.
Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit
dan/atau sembelit.
Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Apa yang boleh saya lakukan?
Ada beberapa langkah yang boleh diambil atau cara untuk menghilangkan, menyembuhkan atau untuk mengelakkan sakit buasir dan mengurangkan simptomnya:
Elakkan sembelit
Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan
buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti
atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan
menerukkan lagi masalah buasir.
Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
Cara Mengurangkan Kesakitan
Ubat Suppository sering digunakan untuk sakit buasir yang dimasukkan ke dalam rektum.
Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau
duduk di dalam besen yang berisi air garam.
Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada di pasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan atau masalah kulit di sekeliling dubur.
Bila saya perlu menjalani pembedahan atau prosedur?
Selalunya buasir akan hilang atau baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan menganggu anda, dapatkan nasihat doktor.
Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukkan ke hospital:
Prosedur di klinik:
1. ‘Rubber band ligation’, boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas di mana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut. ‘sclerotherapy’ di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:
2. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalani prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih. ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat. ‘Stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Bolehkah masalah penyakit buasir ini berulang?
Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit, tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.
Buasir bagi wanita mengandung atau bersalin
Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir di kalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang selepas bersalin atau melahirkan anak.
Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. Ini mungkin akan mengakibatkan masalah buasir.
Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Apabila tibanya musim haji pastinya ramai jemaah haji yang berpeluang ke Mekah gembira kerana terpilih untuk memperbanyakkan lagi amalan di Tanah Suci. Tetapi, kepada mereka yang tidak dapat ke sana, tidak perlu bersedih kerana anda boleh juga melipatgandakan amalan dengan kelebihan 10 hari awal Zulhijjah.
Mungkin ramai yang belum tahu tentang kelebihan 10 hari awal Zulhijjah ini selain kebaikan dan nikmat yang diberikan sangat besar untuk kita meningkatkan lagi ibadat dan amalan pada bulan yang ramai menganggap ianya tak penting dan kelebihannya tidak sama seperti bulan Ramadhan.
Pemandangan Kaabah di Mekah.
Yang sebenar-benarnya, sepuluh hari awal Zulhijjah ini sangat baik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu kurniaan Allah untuk semua hamba-Nya yang dijanjikan pahala yang banyak dan berganda jika diamalkan dan juga akan diberikan keampunan, keredhaan dan rahmat yang tidak terhingga.
Perkongsian daripada Mufti Perlis iaitu Dr. Maza atau dikenali sebagai Profesor Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini pasti akan menjawab semua pertanyaan dan semua kemusykilan kita tentang kelebihan 10 hari awal Zulhijjah yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah
Soalan:
Dr, MAZA, apakah benar bahawa sepuluh hari bulan Zulhijjah ini paling terbaik untuk kita beribadah. Tidakkah Ramadan bulan yang terbaik? Jika benar sepuluh hari Zulhijjah terbaik, apakah amalan yang patut saya lakukan?
Jawapan Dr MAZA:
Memang benar, terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud sepuluh hari awal Zul Hijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah. Bahkan dalam hadis, Nabi s.a.w menyatakan sepuluh awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling terbaik untuk seseorang melakukan apa-apa amalan soleh.
Berikut dalil dan perbincangan;
1. Dinyatakan Dalam Surah Al-Fajr
Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2:
وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)
(maksudnya: Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh)
Menurut Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubair, Mujahid dan ramai kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam di ayat ialah sepuluh hari (awal) Zul Hijjah (lihat: Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 2/593. Dar Tibah).
Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”. Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”.
Jawab Rasulullah SAW: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi- , Abu Daud, Ibn Majah).
Kita digalakkan menggandakan ibadah bukan saja di bulan Zulhijjah malahan setiap hari.
Dalam riwayat al-Darimi (berstatus hasan) daripada Ibn ‘Abbas, lafaz hadis seperti berikut:
“Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).”
Berdasarkan hadis di atas, maka sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk kita melakukan amalan soleh. Pahala yang dijanjikan paling banyak.
3. Dikatakan Amalan Soleh Waktu Siang 10 Hari Zulhijjah Lebih Baik Dari 10 Hari Terakhir Ramadan
Para ulama berbincang, apakah hadis ini menunjukkan sepuluh hari Zulhijjah itu lebih afdal dari sepuluh hari terakhir Ramadan?
Dalam menilai hal ini, para ulama berbeza pendapat, ada yang berpendapat amalan soleh semasa sepuluh hari awal Zulhijjah ini lebih afdal dari semua hari termasuk sepuluh akhir Ramadhan. Ada pula yang mempertahankan sepuluh akhir Ramadan itu lebih afdal.
Hasil dari perbahasan mereka, ada yang mentarjihkan bahawa amalan soleh pada waktu siang hari semasa sepuluh hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari termasuk sepuluh hari akhir Ramadan. Sementara amalan soleh pada malam hari sepuluh akhir Ramadan lebih afdal dibandingkan semua malam termasuk sepuluh malam akhir Zulhijjah.
Alasan mereka kerana pada malam sepuluh akhir Ramadhan terdapat Lailatul Qadar yang merupakan malam yang terbaik. Sementara pada siang sepuluh hari awal Zulhijjah terdapat Hari Arafah yang merupakan hari yang terbaik (sila lihat: ‘Ali al-Qari, Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, 3/1082. Beirut: Dar al-Fikr) .
4. Terkumpulnya Ibadah-Ibadah Utama
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat keistimewaan sepuluh hari Dzulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji. Ini tidak terdapat pada waktu yang lain (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 2/459. Beirut: Dar al-Ma’rifah).
Maka, sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan satu tempoh yang mana manusia beribadah kepada Allah dalam segala bentuknya. Ia benar-benar satu tempoh waktu pelbagai ibadah dipersembahkan oleh sekelian para hamba yang soleh. Allah merahmati waktu tersebut dengan memberikan ganjaran yang besar kepada apa sahaja amalan soleh yang dilakukan semasa sepuluh hari berkenaan.
5. Hari Yang Paling Besar Ganjarannya
Apapun yang jelasnya, hadis Nabi s.a.w tersebut menggalakan amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Amalan soleh pada hari-hari tersebut paling disukai di sisi Allah serta paling besar ganjarannya dibandingkan hari-hari yang lain. Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang disukai Allah.
Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya.
Maka, semasa tempoh sepuluh hari awal Zulhijjah ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang mendapat pahala di sisi Allah. Demikian kita wajar menjauhkan diri dari dosa sebagai menghormati hari-hari yang Allah muliakan.
Kita berusaha membanyakkan ibadah dan apa sahaja amalan baik. Ini kerana, semasa pahala meningkat, semasa itu amalan patut meningkat. Maka bergandalah amalan yang banyak dengan pahala yang besar.
Suasana para jemaah haji sedang beribadat ketika wuquf di Padang Arafah. via Rukun Haji
Amalan yang wajib atau fardu kita perbaiki dan perindahkan. Maka bukan sahaja solat fardu, tetapi secara berjamaah. Demikian kita boleh membayar zakat wajib dalam tempoh ini. Meningkatkan berbuat baik kepada ibubapa, mengukuhkan lagi tarbiah untuk keluarga dan mereka yang menjadi tanggung jawab kita. Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar dengan cara yang lebih baik.
Sementara amalan sunat ataupun nafilah seperti puasa sunat boleh dilakukan semasa sepuluh hari tersebut, apatahlagi pada Hari Arafah. Demikianlah membaca al-Quran, beristighfar, berdoa, bersedekah, membantu yang memerlukan dan seterusnya apa sahaja amalan yang baik di sisi Allah, samada antara kita dengan Allah ataupun antara kita sesama hamba-hamba Allah yang lain.
Kesimpulannya, sepuluh hari ini bagaikan pesta amalan soleh yang kita wajar penuhi setiap detik di dalamnya. Ia merupakan peluang pahala paling besar yang Allah berikan kepada kita semua. Marilah kita berusaha merebut peluang yang hebat ini.
Semoga penerangan dan perkongsian dari Mufti Perlis yang amat bermanfaat ini dapat membantu kita semua untuk perbanyakkan lagi ilmu dan juga amalan serta mendapat ganjaran pahala berganda dari kelebihan 10 hari awal Zulhijjah ini.
MCA pada hari ini telah menemplak kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan tetap memutuskan untuk tidak menghapuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan tetap meneruskan di bawah penyeliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula pada 1 September nanti.
Menurut laporan Malaysia Kini, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong melalui perkongsian beliau di laman Facebook berkata;
“PKR dan DAP selama ini mahu AES dihapuskan kerana berpendapat sistem itu kejam dan menjadi alat kerajaan BN.”
“Oleh itu saya terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan mahu meneruskan sistem AES malah berkata tiada lagi diskaun terhadap saman AES seperti yang dilakukan kerajaan BN. Bukankah ini lebih kejam?
Operasi kamera AES dan sama akan diambil alih oleh JPJ.
“Lim Guan Eng juga terkenal kerana melarang AES dipasang di Pulau Pinang dan mendesak sistem itu dihapuskan dan menuntut semua denda yang telah dibayar dipulangkan,” jelas Wee.
Beliau juga turut mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew pada hari ini yang telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membatalkan 3.1 juta saman AES yang masih belum dibayar.
Menurut Wee lagi, sekiranya kerajaan Harapan berhasrat untuk membatalkan saman AES mereka perlu adil dengan memulangkan semula bayaran denda yang telah dilunaskan oleh pesalah AES yang lain semenjak AES diperkenalkan pada tahun 2012.
AES mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012. Sumber: Automachi
Difahamkan, pembatalan tersebut dibuat selepas kontrak syarikat pengendali sistem AES yang akan tamat pada 31 Ogos nanti tidak akan disambung lagi oleh kerajaan, kata Loke.
Walau bagaimanapun, semua operasi kamera dan juga saman yang membabitkan AES dikatakan akan diambil alih secara sepenuhnya oleh pihak JPJ bermula pada 1 September nanti.
Malahan, penguatkuasaan juga akan dilakukan dengan tegas tanpa tolak ansur dan juga tanpa sebarang diskaun, jelas Loke lagi.
Apa pendapat anda sekiranya semua saman AES perlu dibayar walaupun saman tertunggak? Mungkin ramai yang bersetuju AES dihapuskan kerana ramai yang masih belum bayar, kan? Apa pun kita tunggu apa keputusan sepenuhnya.
Laman sosial Instagram secara tiba-tiba menjadi kecoh apabila artis wanita cantik jelita Fasha Sandha dikatakan tidak berpuas hati dengan seorang follower Instagram miliknya yang komen tentang pemakaian Fasha dalam satu video yang telah dimuat naik oleh artis ini di Instagram.
“Macam ini ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab dan juga seorang ibu yang dah mempunyai anak?” Tulis pelakon ini tentang tindakan seorang netizen yang dikatakan mencari pasal dengan Fasha Sandha pada beberapa hari lalu.
Fasha Sandha antara artis wanita yang terkenal di Malaysia.
Wanita terbabit dikatakan salah seorang pengikut Instagram milik Fasha yang menggunakan nama sebagai Monaliza Razali telah mengkritik tentang pemakaian dan tindakan Fasha kerana membuka ruangan komen pada gambar tersebut berbanding gambar-gambar lain sebelum ini.
“Pandai pula Fasha on komen untuk post ni. Post sebelum ni pakai baju paras dada je dia off komen, y?
“Burok la Fasha pakai baju paras dada. Macam minta kaki,” tulis wanita itu di ruangan komen.
Ekoran kesal dengan kata-kata wanita tersebut, Fasha kemudiannya menegur secara terang-terangan dengan tindakan wanita berkenaan dengan memuat naik satu status khas yang ditujukan kepada wanita tersebut.
“Saya tahu saya buruk, sebab itu saya kata I embrace my flaws. Kalau tak faham, buka kamus please. Fahami apa itu erti flaws. Okey?
“Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni?
“Memalukan kaum orang berhijab, kata-kata tidak seperti penampilan. Apa pun, terima kasih ya kakak. All the best to you.
“Ini Instagram saya, suka hati saya nak off comment ke, nak buka komen ke, nak buat apa pun, you tak payah sibuk, tulis Fasha seperti sedang menahan kemarahan.
Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia telah pergi ke negara China untuk memenuhi lawatan kerja selama 5 hari di negara itu dan turut mempunyai beberapa tujuan lain yang melibatkan kerajaan Malaysia.
Ketika dalam ucapan PM pada hari terakhir lawatan kerja tersebut, Tun Mahathir ada mengatakan ‘kebodohan’ kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Najib Razak dalam mengendalikan kontrak yang kini sedang dicuba untuk diselesaikan oleh pihak Tun Mahathir.
Kebodohan seperti ini tidak pernah wujud dalam sejarah negara Malaysia.
Tun M memberitahu bahawa rundingan kontrak yang telah dibuat dengan beberapa syarikat China untuk projek East Coast Rail Link (ECRL) dan juga projek perpaipan tidak mempunyai exit clauses.
Tun M ketika berada di China baru-baru ini. – Malay Mail
Exit clause adalah antara salah satu ara bagi menutupkan perjanjian apabila pihak yang terbabit tidak bertanggungjawab ke atas perjanjian yang dimeterai yang tidak dipersetujui.
Sekiranya tiada exit clauses, negara kita iaitu Malaysia terpaksalah membayar semua ganti rugi dengan jumlah yang sangat banyak itu.
Apabila Tun M ditanyakan tentang soalan sekiranya Malaysia harus membayar pampasan kepada kontraktor China, berikutnya adalah jawapannya, ‘kalau kita kena bayar, kita akan bayar.’
Inilah kebodohan dalam rundingan. Mesti perlu ada exit clause. Kini kita perlu membayar jumlah yang amat banyak.
Tun Mahathir turut memaklumkan bahawa Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang sudah pun setuju dengan beliau bahawa negara Malaysia tiada lagi pilihan lain selain untuk membatalkan projek berkenaan.
“Kita perlu cari jalan bagaimana untuk batalkan projek tersebut dengan menggunakan kos yang amat rendah. Ini semua adalah kerana kebodohan diri kita sendiri.”
Selepas diajukan soalan tentang bagaimana dan dimanakah untuk kita mendapatkan jumlah wang yang sangat besar itu bagi membuat pembayaran, berikutnya adalah jawapan yang disampaikan oleh Tun Mahathir,
“Kita boleh dapatkan daripada Najib. Lagi pun dia yang menandatangani kontrak ini. Kebodohan apakah ini?”