Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia (Terkini 2018)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Senarai Terkini Menteri Kabinet 2018. Pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad tentang senarai menteri kabinet yang baru bagi tahun 2018 kini mula tersebar selepas ianya menjadi tanda tanya rakyat Malaysia yang ingin tahu senarai kabinet keseluruhan selepas berakhirnya PRU14 baru-baru ini.

Senarai Menteri Kabinet atau nama Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru telah diserahkan oleh Tun M untuk tatapan semua rakyat Malaysia selepas terbinanya kerajaan yang baharu ini iaitu Pakatan Harapan yang melibatkan wakil-wakil Ahli Parlimen dari beberapa parti gabungan bersama Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Nama menteri Malaysia 2018
Tun M bersama Datuk Seri Dr Seri Wan Azizah.

Berikutnya adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammadd V di Istana Negara pada 18 Mei 2018.

Senarai Menteri Kabinet Terkini

Senarai nama Menteri Kabinet 2018 akan dikemaskini semula selepas pengumuman secara rasmi dibuat.

PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad (Bersatu – Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (PKR – Pandan)

MENTERI

BERSATU:

  • Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin (Pagoh)
  • Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR:

  • Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (Pandan)
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak)
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

  • Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
  • Menteri pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
  • Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran A/L Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:

  • Menteri Pertahanan: Haji Mohamad Bin Sabu (Kota raja)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
  • Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor)
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Via NST

Majlis Penasihat Kerajaan

Selain Menteri Kabinet, Majlis Penasihat Kerajaan juga telah pun ditubuhkan untuk menasihati kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa dalam tempoh peralihan mengikut kesesuaian serta kepakaran masing-masing.

Majlis Penasihat Kerajaan kini dianggotai oleh 5 orang tokoh yang amat dikenali ramai serta mungkin ramai yang pernah mendengar nama-nama besar ini, mereka adalah seperti yang berikut:

  • Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan)
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara)
  • Tan Sri Hassan Marican (bekas Presiden & CEO Petronas)
  • Tan Sri Robert Kuok (tokoh perniagaan)
  • Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)

Mungkin menjadi pertanyaan ramai selepas melihat senarai kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan ini kerana dapat dilihat tiada dalam senarai wakil parlimen dari negeri Sabah atau pun dari Parti Warisan yang turut menyokong penuh Pakatan Harapan.

Semoga menteri yang ada dalam senarai Menteri Kabinet Terkini Malaysia bagi tahun 2018 yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan baik serta turut dapat memajukan negara Malaysia dengan baik, aman, makmur dan sejahtera sehingga ke generasi yang datang.

Rujukan: http:www.kabinet.gov.my

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia (Terkini 2018) Sazarimma


SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online (NKRA 2018)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

SAPS Ibu Bapa adalah satu Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA secara online terkini yang terhasil daripada idea dan inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia yang memudahkan semua ibu bapa dan penjaga yang ingin mengetahui keputusan dan markah peperiksaan murid atau pelajar secara atas talian tanpa perlu merujuk kepada guru sekolah.

SAPS adalah satu portal sistem pangkalan data yang telah pun dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk para ibu bapa bagi membolehkan semua penjaga memantau prestasi akademik anak mereka dan melihat keputusan serta perkembangan murid terkini dengan lebih mudah, kemas, teratur dan cepat.

Cara semak atau nak buat semakan SAPS untuk semakan keputusan peperiksaan murid terkini, ibu bapa hanya perlu melayari laman web SAPS Ibu Bapa login secara online untuk mendapatkan slip keputusan, maklumat dan prestasi anak dengan lebih terperinci walaupun berada di rumah atau di mana-mana sahaja dengan menggunakan talian internet.

Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan

SAPS online Semakan Ibu Bapa
SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Apakah itu SAPS NKRA – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah diperkenalkan oleh KPM dengan tujuan untuk menyimpan, mengumpul dan juga menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap satu sekolah di seluruh Malaysia selain turut menyelesaikan sebarang masalah pengendalian data.

Berbagai masalah dapat dikurangkan dengan adanya sistem analisis keputusan peperiksaan ini dan penjimatan masa adalah merupakan kebaikan yang paling utama kerana semua ibu bapa hanya menggunakan sistem secara atas talian. Malahan para guru dan pihak sekolah tidak lagi perlu membuat pengiraan secara manual dan sebarang analisis atau menghantar maklumat melalui pos.

Kelebihan SAPS Ibu Bapa Online

Sistem SAPS online ini juga boleh digunakan oleh berbagai pihak seperti KPM, JPN, PPD dan guru serta pihak sekolah.

Analisis yang dikendalikan menerusi sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang tersimpan menerusi SAPS juga dapat digunakan pelbagai pihak dan keutamaannya seperti KPM, JPN dan PPD bagi membuat sebarang analisis berkaitan.

Antara Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa yang ingin menyemak dan membuat semakan penilaian keputusan peperiksaan murid sekolah menerusi sistem SAPS bagi beberapa jenis peperiksaan seperti yang berikut:

  • Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga Darjah 6)
  • Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)

Antara keputusan peperiksaan yang boleh juga disemak melalui semakan SAPS online adalah seperti:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Trial Exam) UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, KEPUTUSAN PENUH UNTUK PEPERIKSAAN AWAM seperti UPSR, PT3 dan SPM TIDAK BOLEH DISEMAK MENERUSI SISTEM SAPS.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Cara membuat semakan SAPS online dan panduan lengkap dengan langkah-langkah untuk menyemak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa adalah seperti yang berikut:

1. Layari laman web SAPS Semakan Ibu Bapa Online https://sapsnkra.moe.gov.my dan login

check Saps ibubapa
Laman Kementerian Pendidikan Malaysia SAPS

2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa space atau dash ( – ).

Semak Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
Masukkan nombor sijil atau nombor kad pengenalan pelajar.

3. Sila pilih negeri untuk sekolah pelajar dan pilih nama sekolah murid yang terkini.

Saps sekolah rendah dan sekolah menengah
Masukkan nama sekolah pelajar, sekolah terkini dan sebelum ini untuk check result.

4. Sila klik pada butang Semak Laporan dan seterusnya anda akan dapati submenu seperti gambar di bawah yang bertanda.

Markah peperiksaan online
Klik pada butang semak untuk buat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

5. Sila pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak seperti Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan lain-lain.

memeriksa keputusan peperiksaan
Sila pilih jenis peperiksaan seperti contoh dalam gambar.

6. Klik pada Papar Slip Keputusan atau paparan yang lebih jelas. Klik pada Papar Markah Peperiksaan.

menyemak keputusan peperiksaan pelajar sekolah
Buat pilihan untuk analisis markah melalui slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar.

Analisa Keputusan Ujian dan Peperiksaan

Selepas anda menekan butang keputusan peperiksaan, anda akan dapat pautan tersebut akan menunjukkan Analisa Keputusan ujian dan Peperiksaan bagi tahun yang dipilih dan paparan slip keputusan dalam bentuk PDF juga disediakan.

Paparan tersebut akan menunjukkan mata pelajaran yang telah diambil, markah dan gred bagi setiap subjek diikuti dengan markah keseluruhan. Semua markah tersebut akan menandakan aras untuk mengira peratus pencapaian sama ada murid terbabit lulus atau gagal.

Melalui slip keputusan peperiksaan tersebut, semua ibu bapa dan penjaga akan dapat mengetahui kedudukan anak mereka di dalam kelas serta kedudukan dalam bilik darjah yang diperolehi mereka.

NKRA sistem analisis peperiksaan sekolah
Contoh keputusan ujian dan peperiksaan bagi tahun 2018.

Analisis markah peperiksaan yang ditunjukkan di atas adalah bagi murid tingkatan 5 yang memaparkan keputusan ujian 1 sahaja bagi tahun 2018. Melalui paparan ini dapat dilihat 4 jenis keputusan peperiksaan dan ujian yang boleh disemak bagi setiap seorang murid sekolah.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018

Tarikh Penting untuk Markah Peperiksaan dalaman SAPS turut dikongsikan untuk makluman semua ibu bapa. Markah peperiksaan bagi tahun 2018 di key-in untuk semua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Malaysia. Maklumat Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 ini dikategorikan berdasarkan seperti tarikh mula, jenis peperiksaan dan yang akhir adalah key in markah keputusan.

A. Ujian Awal Tahun

Tahun 6 / Tingkatan 5

  • Tarikh Mula 26 Mac 2018 dan Tarikh Akhir 16 April 2018

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5

  • Tarikh Mula 17 Mei & Tarikh Akhir 14 Jun

C. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : Tarikh Mula 19 Julai dan Tarikh Akhir 16 Ogos
  • Tingkatan 5 : Tarikh Mula 13 September & Tarikh Akhir 4 Oktober 2018

D. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : Tarikh Mula 1 November 2018 dan Tarikh Akhir 22 November 2018

Soalan Lazim Semakan SAPS NKRA

Kemudahan yang disediakan adalah untuk memudahkan semua pengguna SAPS NKRA untuk mengambil sebarang tindakan sebagai cara untuk mengatasi apa saja masalah yang dihadapi ketika menggunakan sistem SAPS ini. Seterusnya adalah soalan-soalan lazim atau FAQ dikongsikan untuk dijadikan panduan kepada semua pengguna.

Penggunaan Singkatan Perkataan

  • SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • SUP Setiausaha Peperiksaan
  • GMP Guru Matapelajaran
  • GK Guru Kelas
  • KP Kad Pengenalan
  • APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
  • JPN Jabatan Pelajaran Negeri

Berikutnya adalah ringkasan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan dalam penggunaan SAPS:

LOGIN SAPS NKRA

  • Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat Login ID
  • Guru Matapelajaran / Guru Kelas Tidak Dapat Login ID/ Lupa Kata Laluan
  • Mengubah ID dan Password

PENDAFTARAN SUP/ GK/ GMP

  • Level Setiausaha Peperiksaan Hilang
  • Pertukaran Level Guru Matapelajaran/ Guru Kelas
  • Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru

PENGURUSAN GURU

  • Pertukaran Admin
  • Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek
  • Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru
  • Ambil Alih Subjek Guru Lain
  • Nama Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza
  • Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS

SEMAKAN IBUBAPA

  • Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Mengakses SAPS
  • Ejaan Nama Pelajar Salah

PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/ PMR

  • Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan
  • Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR
  • Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan
  • Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar

Maklumat Lanjut SAPS IbuBapa

Untuk kemusykilan atau pertanyaan iaitu FAQ Soalan Lazim yang lengkap turut disertakan, anda boleh muat turun atau Download FAQ ini dalam bentuk PDF di bahagian PANDUAN AM SAPS.

Semoga bermanfaat untuk semua penjaga untuk menggunakan sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini dan dengan adanya kemudahan ini para penjaga dapat memantau kedudukan kelas murid dan juga boleh membuat semakan slip keputusan peperiksaan secara online.

Diharap kemudahan sistem SAPS NKRA ini membolehkan semua ibu bapa melahirkan anak yang bijak pandai dan sering memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang dan terbaik di sepanjang zaman persekolahan.

Pastinya sistem ini akan terus menjadikan anak-anak murid kita dan semua pelajar lebih baik serta cemerlang dalam semua jenis peperiksaan di masa akan datang.

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online (NKRA 2018) Sazarimma

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia 2018 (BSHRM)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia (BSHRM) yang telah perkenalkan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diagihkan kepada semua penerima bantuan ini mulai tarikh 6 Jun 2018.

Seramai lebih 4.1 Juta orang penerima akan menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup bagi peringkat kedua selepas fasa pertama telah dibayar dan dikreditkan terus ke akaun semua penerima bantuan ini. Bagi fasa kedua berdasarkan jadual pembayaran BR1M sebelum ini sebanyak agihan RM400 bagi kategori isi rumah dan senarai e-Kasih mengikut pendapat bulanan sebanyak RM3000 dan ke bawah termasuk warga emas.

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia (BSHRM) Ganti BR1M

BSHRM 2018 bujang
BR1M ditukarkan kepada Bantuan Sara Hidup. – KMS

Melalui satu sidang media yang berlangsung pada 30 Mei lalu, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkaitan dengan Bantuan Rakyat Satu Malaysia yang dikenali sebagai BR1M sebelum ini digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia bagi membantu golongan yang layak mendapat bantuan dari kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Tarikh Pembayaran BR1M dan Jumlah Bantuan Sara Hidup (BSHRM)

Bagi permohonan atau pemohon yang tidak mempunyai nombor akaun bank untuk mendapatkan pembayaran bantuan ini, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima BSHRM dan seterusnya bantuan ini juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

Semakan status BR1M 2018 Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia 2018
Bantuan Sara Hidup Rakyat khas untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berikut adalah tarikh pembayaran bantuan dan jumlah bantuan mengikut kategori dikongsikan.

1. Kategori Isi Rumah Atas 3K-4K

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3001 hingga RM 4000 sebulan.

Jumlah Bantuan RM900

  • Bayaran Pertama RM300 – Februari 2018
  • Bayaran Kedua RM300 – Jun 2018
  • Bayaran ketiga RM300 – Ogos 2018

2. Kategori Isi Rumah Bawah 3K

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

Jumlah Bantuan RM1200

  • Bayaran Pertama RM400 – Februari 2018
  • Bayaran Kedua RM400 – Jun 2018
  • Bayaran Ketiga RM400 – Ogos 2018

Semakan Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

Cara untuk membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia masih lagi sama sepertimana semakan status BR1M sebelum ini. Sekiranya masih ada yang masih tidak tahu boleh ikuti cara semak status BSHRM seperti yang dikongsikan seperti di bawah.

Semakan status BR1M 2018 (BSH) boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my dengan memilih menu MyBSHR (MyBR1M) untuk Semakan Status Permohonan BR1M.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Sara Hidup 2018

Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITERIMA?

PERMOHONAN DITERIMA ialah permohonan tuan telah dikemas kini bagi BR1M atau BSH 2018 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DALAM
PROSES?

PERMOHONAN DALAM PROSES ialah permohonan tuan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITANGGUHKAN?

PERMOHONAN DITANGGUHKAN ialah permohonan yang belum didaftarkan bagi BSH 2018 kerana tuan tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2015 hingga BR1M 2017.

Surat makluman akan dikeluarkan agar tuan update atau kemas kini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan / Kemas Kini BR1M 2018 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2018 bermula 02 April sehingga 31 Mei 2018. Kegagalan tuan untuk membuat permohonan BSHRM 2018 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK.

Jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan semakan status BSH atau mempunyai pertanyaan serta kemusykilan anda boleh hadir sendiri ke pejabat BR1M LHDN atau cawangan yang berhampiran atau hubungi nombor talian hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 di;

  • Talian Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri: 1-800-88-2716
  • Talian Bebas Tol Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4566/4565
  • E-mail pertanyaan anda kepada: br1m@treasury.gov.my

Semoga bermanfaat.

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia 2018 (BSHRM) Sazarimma

Gambar Minhipsters Series Menteri Kabinet Baru Jadi Perhatian Netizen

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Orang Malaysia sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi sehingga mampu menciptakan berbagai idea yang boleh mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia. Ini dibuktikan dengan bermacam pencapaian yang telah dilakukan oleh ramai anak Malaysia.

Terkini, seorang anak muda yang hanya dikenali sebagai Aizat Paharodzi melalui akaun Instagram miliknya @aizat.phrdz jadi viral secara tiba-tiba apabila artwork atau hasil lukisan kreatif yang dipaparkan di Instagram telah menarik perhatian ramai netizen sehingga memperolehi ribuan perkongsian.

Minhipsters Series Menteri Kabinet Baharu

Hasil kreativiti Aizat dengan melukis gambar comel dan cute Minhipsters Series dengan mengambarkan barisan kabinet baru yang terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Seri Wan Azizah, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan juga Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Wan Azizah
YAB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
Menteri pertahanan Mat Sabu
YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU

Gambar-gambar tersebut dilihat sangat cantik dan masing-masing mempunyai style yang tersendiri seolah-olah sangat sesuai dengan penampilan menteri-menteri tersebut. Semua lukisan berkenaan juga turut mendapat perhatian ramai netizen malahan ramai yang memuji hasil kerja tangan Aizat dengan menyatakan anak muda ini sangat kreatif dan wajib dibawakan ke hadapan untuk mendapatkan peluang yang lebih baik untuknya.

lim guan eng
YB TUAN LIM GUAN ENG
muhyiddin yassin
YB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN

Bukan itu sahaja, dua gambar lain yang tidak disangka-sangka netizen turut dikongsikan Aizat melalui akaun Instagram miliknya iaitu gambar bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dan juga Dato Seri Anwar Ibrahim yang turut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia yang rata-rata di antara mereka memuji lukisan yang dilukis oleh Aizat ini.

Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Najib Razak
Dato’ Seri Najib Razak

Walau bagaimanapun, gambar-gambar barisan kabinet berkenaan juga turut jadi tular di laman sosial Facebook dan yang sangat menarik adalah apabila gambar Menteri Pertahanan iaitu Mat Sabu telah menjadi pilihan netizen dan terbukti ramai yang menyukai beliau sehingga gambarnya mempunyai LIKE yang tertinggi diantara semua gambar.

Syabas kami ucapkan kepada Aizat Paharodzi kerana melukis gambar-gambar berkenaan yang dilihat sangat disukai ramai netizen. Keep it up!

Gambar Minhipsters Series Menteri Kabinet Baru Jadi Perhatian Netizen Sazarimma

Kemaskini Akaun Tabung Haji Segera Untuk Dapatkan Hibah Haji dan Hibah Tahunan

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Akaun Tabung Haji yang tidak aktif dinasihatkan supaya aktifkan dengan segera sebelum 8 Jun 2018. Akaun pendeposit yang didapati tidak aktif dan telah melebihi tempoh tujuh tahun akan terus dipindahkan kepada kumpulan akaun yang tidak aktif pada 9 Jun ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pengumuman tentang memberi peringatan kepada semua pemilik akaun dan pendeposit Tabung Haji bahawa jika akaun tersebut tidak aktif, mereka tidak lagi akan menerima sebarang agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji bermula tahun 2018.

Akaun tabung haji online
Kenyataan dari TH melalui Facebook
lembaga tabung haji
Facebook rasmi Lembaga Tabung Haji

Melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tabung Haji, “inisiatif pengelasan akaun tidak aktif ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan.”

TH turut menyarankan semua pendeposit dengan segera membuat kemaskini akaun tidak aktif iaitu seperti alamat, nombor telefon dan juga penamaan waris agar lebih memudahkan pihak TH dapat menghubungi semua pemilik akaun atau bakal haji untuk sebarang urusan surat serta penghantaran haji selain pengurusan harta kepunyaan waris.

Sila AKTIF Akaun Tabung Haji anda dengan segera untuk mengelakkan dimasukkan ke dalam kumpulan Akaun Tidak Aktif.

Selain itu, TH turut mengatakan pihaknya sukar untuk menghubungi ramai pendeposit dan juga bakal haji kerana mungkin bertukar alamat. Kegagalan pendeposit mengemaskini akaun Tabung Haji berkemungkinan akan terus terlepas giliran untuk menunaikan haji pada tahun tersebut serta harus menunggu untuk tahun yang seterusnya untuk ibadah haji.

dapatkan cara membuka akaun tabung haji atau dapatkan dividen tabung haji
Anda dikehendaki mengemaskini buku akaun simpanan Tabung Haji dengan segera. – Facebook

Bagi anda yang ingin aktif akaun Tabung Haji atau ingin semak akaun Tabung Haji tapi masih tidak tahu atau tertanya-tanya bagaimana cara aktif akaun berkenaan, anda boleh aktifkan akaun tersebut di semua cawangan TH dengan membuat sekurang-kurangnya satu transaksi sahaja.

Aktiviti transaksi tersebut adalah seperti transaksi pengeluaran atau simpanan sama ada secara online melalui talian rakan strategik TH seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam atau terus ke kaunter bank dan juga melalui berbagai saluran ejen TH bagi urusan akaun simpanan sebelum 8 Jun ini.

Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan daftar akaun, pelaburan atau yang berkaitan dengan perkhidmatan Lembaga Tabung Haji, anda boleh terus menghubungi TH melalui talian Khidmat Pelanggan (THCC) yang disediakan untuk membantu serta menjawab semua persoalan berkaitan dengan akaun Tabung Haji dan sebagainya. Sila hubungi di talian 03-62071919.

Untuk anda yang sedang mencari Cawangan Tabung Haji yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia, anda boleh buat semakan tentang cawangan berkenaan dengan klik laman Tabung Haji di bawah yang dikongsikan untuk memudahkan pencarian anda itu.

Cawangan Tabung Haji

Semoga bermanfaat.

Kemaskini Akaun Tabung Haji Segera Untuk Dapatkan Hibah Haji dan Hibah Tahunan Sazarimma

Arwah Pergi Betul-betul Depan Makam Rasulullah, Kematian Almarhum Dicemburui Ramai

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Perginya seorang insan yang dicemburui ramai selain ditangisi oleh mereka yang dekat dengannya dan dialah antara insan yang terpilih setelah dinilai oleh Allah SWT sebagai seorang khalifah di bumi ini yang mempunyai peribadi yang sangat mulia dan indah.

Kisah yang dikongsikan laman Remaja ini menceritakan bagaimana seorang hamba Allah insan yang terpilih yang pemergiannya di hadapan Makam Nabi telah menjadi bualan ramai masyarakat Arab selain turut jadi tular di laman sosial. Kematian seperti ini dikatakan sangat jarang berlaku dan arwah pergi ketika malam Jumaat dan juga 10 malam terakhir Ramadhan di bulan puasa.

kelebihan mati di mekah insan yang terpilih
Allahyarham Badrul Munir ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Allahyarham adalah seorang rakyat Malaysia dan arwah juga dikenali sebagai Badrul Munir atau sering dipanggil sebagai Abang Bad. Beliau merupakan seorang runner yang membuat visa untuk pelajar-pelajar Madrasah. Arwah juga banyak berkhidmat untuk Madrasah, Ulama, Masyaik dan semua mereka ini dikatakan adalah waris Rasulullah.

Menurut satu sumber yang disampaikan oleh seorang Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Jamal daripada Hulu Langat yang sedang berada di Tanah Suci Mekah mengatakan bahawa arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum meninggal dunia. Arwah juga dikatakan sempat meminum segelas air masak dan kemudiannya Ustaz Jamal sempat meminta satu gelas daripada arwah.

mati di depan makam Rasulullah
Gambar terakhir arwah sebelum meninggal dan rupanya almarhum terus menghembuskan nafas terakhir di sana tanpa sebarang tanda sakit.

Kemudiannya mereka menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat Qabliah diikuti dengan solat fardhu Subuh dan juga solat jenazah. Arwah pada ketika itu berjalan menuju masuk ke Makam Nabi Muhammad SAW.

“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun.”

arwah meninggal di makam Nabi
Arwah meninggal di depan Makam Nabi pada Malam Jumaat dan 10 malam terakhir Ramadhan.

Sewaktu solat jenazah sedang diaturkan untuk arwah, orang-orang Arab meminta agar orang ramai turut mendoakan pengkebumiannya di Jannatul Baqi. Kematiannya dicemburui kerana beliau meninggal dunia di Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasullah SAW pada 10 akhir Ramadhan, ketika mengerjakan umrah dan pada malam Jumaat.

Ustaz Uthma Daud iaitu salah seorang daripada rakan arwah turut meluahkan rasa kesedihannya di atas pemergian sahabat baiknya itu. Dia turut menyatakan bahawa rasa cemburu dengan perjalanan terakhir arwah itu yang disifatkan sangat indah itu sudah pasti.

“Beruntung kau Bad. Aku cemburu Allah pilih engkau disemadikan di perkuburan baqi’. Berdekatan pula dengan Maqam Sayidina Uthman bin Affan radiyallahuanhu dan para sahabat nabi yang lain.”

“Masa hidup di dunia ni engkau nampak biasa-biasa, tapi pergi dari dunia ini cara luar biasa. Semasa di dunia engkau nampak takde apa-apa kejayaan, tapi engkau sudah pun dapat kejayaan yang sebenar.”

insan terpilih mati di 10 terakhir ramadhan
Kematian arwah sangat dicemburui ramai orang kerana kelebihan ini hanya ada pada insan yang terpilih.
kematian yang dicemburui ramai orang
Pemergian arwah telah menjadi bualan ramai orang- orang Arab di sana.

Selain itu, beliau juga berkongsikan ketika saat-saat akhir sewaktu pemergian Allahyarham. Sebelum ajal datang menjemputnya, Allahyarham turut sempat berselawat ke atas Nabi lebih kurang 70 kali sewaktu berjalan menuju ke makam Rasulullah SAW.

Ibrahim yang dapat menemani arwah Badrul Munir ketika beliau menziarahi Makam Nabi dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana ada menceritakan;

“Almarhum dan dia (Ibrahim) selesai solat Subuh bangkit berjalan menuju maqam Rasulullah untuk ziarah maqam Baginda sebab mereka baru sampai dari Malaysia ke Madinah al Munawarah pada malam tersebut.

“Ketika bergerak ke maqam nabi, almarhum berselawat lebih kurang 70 kali ketika berjalan menuju ke maqam. Tinggal lagi satu meter untuk berdiri di hadapan maqam Nabi, almarhum jatuh ke belakang, bukan menuju ke arah hadapan. Ibrahim menyangkakan almarhum ketika itu hanya pengsan, jadi dia tak talqinkan almarhum, kecuali hanya memanggil nama sahaja “Bad, Bad!”

fadhilat mati di mekah
Arwah sungguh beruntung kerana pemergiannya diiringi dengan doa orang ramai.
hikmah mati di mekah
Almarhum disemadikan di Jannatul Baqi di Madinah.
adakah mati di mekah masuk syurga
Ratusan orang ramai yang mengiringi perjalanan terakhir arwah. Subhanallah.

“Rupanya almarhum terus menghembus nafas di sana tanpa ada tanda sakit apa-apa. Maulana Aswadi beritahu kepada saya “Jika orang meninggal di tempat lain kita boleh tanya apa asbab dia meninggal. Tapi jika di depan maqam nabi, tak perlu tanya lagi apa asbab dia.”

Arwah sememangnya sangat beruntung dan tidak semua orang yang akan mendapat peluang sebegini. Sesungguhnya arwah adalah insan yang terpilih, tambahan pula di 10 hari terakhir Ramadhan, berkemungkinan di hari kematiannya mungkin juga Malam Lailatul Qadar, siapa tahu?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Berikutnya adalah perkongsian daripada Datuk Dr Yahya Baba.

Kelebihan dan Kebaikan Meninggal di Mekah

Arwah Badrul Munir (Bad) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Baqi’ Madinah Munawwarah.

Sangat-sangat beruntung dikau meninggal di Madinah kerana Nabi SAW akan beri syafaat.

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَ

Sesiapa yang boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat Sesiapa yang mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa.

Firman Allah SWT :

Dan kalaulah apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa

Arwah Pergi Betul-betul Depan Makam Rasulullah, Kematian Almarhum Dicemburui Ramai Sazarimma

Cara Buat Serbuk Kunyit Sendiri Di Rumah (Kunyit Serbuk Homemade)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Kunyit (Turmeric) adalah sejenis rempah yang sangat diperlukan dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi di Malaysia kerana ia banyak digunakan dalam masakan setiap hari. Sama ada kunyit serbuk atau kunyit hidup, keduanya mempunyai khasiat dan kebaikan yang terbukti banyak kelebihan untuk kesihatan tubuh badan. Ia juga mudah didapati dan boleh ditanam di rumah. Tapi, bagaimana cara buat serbuk kunyit memandangkan ia hanya boleh dibeli dari kedai dan pasar raya?

Pokok kunyit yang subur
Kunyit hidup yang berkualiti tinggi pastinya daripada pokok yang hidup subur dan dibaja.

Kegunaannya dari pokok, akar dan daun kunyit semuanya boleh digunakan untuk masakan dan perubatan tradisional yang dikatakan sangat mujarab untuk mencegah penyakit tertentu. Selain mampu merawat berbagai penyakit dengan dijadikan jus, air, serbuk dan sebagainya, ia juga sangat baik untuk kecantikan lelaki dan wanita secara luaran dan dalaman.

Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana serbuk kunyit dihasilkan? Bagaimana cara buat serbuk kunyit sendiri di rumah? Pasti ramai yang ingin tahu dan tentunya mereka yang rajin berada di dapur tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat kunyit menjadi serbuk.

Sebenarnya, pembuatan serbuk kunyit powder homemade boleh dilakukan dengan mudah sekiranya anda tahu cara membuatnya. Malahan, resepi untuk menghasilkannya sangat senang dibuat dan pasti ramai ibu-ibu atau tukang masak boleh melakukannya sendiri dengan mengikut cara yang dikongsikan.

kunyit serbuk untuk kecantikan
Selain dibuat jus atau air kunyit, ia juga boleh dibuat pil untuk penyakit tertentu dan juga untuk kecantikan kulit.

Perkongsian dari pengguna Facebook, Puan Sumaiyah Abdullah tentang cara membuat homemade serbuk kunyit menjadi perhatian netizen kerana beliau berkongsi step by step cara pembuatan yang dikatakan amat mudah dibuat. Jom kita lihat bagaimana cara buat serbuk kunyit.

Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade

khasiat kunyit untuk kesihatan
Kunyit hidup yang matang sesuai untuk dituai bagi mendapatkan khasiat dan manfaat untuk kesihatan.

Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia dari 7 hingga 10 bulan. Untuk pengetahuan anda, kunyit hidup yang betul-betul matang, batang dan daun kunyit mula mengering. Kunyit yang telah siap dituai harus diproses dalam jangka masa dua hingga ketiga hari.

gambar kunyit hidup yang segar
Berus gigi sangat sesuai untuk membersihkan tanah atau kekotoran yang terdapat pada kunyit.

Anda perlu mencuci kunyit yang telah dituai. Disarankan anda menggunakan berus gigi untuk mencuci segala kekotoran yang terdapat pada kunyit hidup tersebut. Sila pastikan akar juga turut dibuang dan tanah juga pasti melekat padanya.

ibu kunyit yang dibersihkan dengan betul
Kunyit perlu dikeringkan terlebih dulu sebelum diproses menjadi kunyit serbuk.

Setelah siap dicuci bersih, sila keringkan kunyit tersebut dan ia perlu dibiarkan selama sehari sekurang-kurangnya. Anda juga boleh skip step ini jika ingin cepat untuk membuat serbuk kunyit.

kegunaan kunyit hidup
Proses kukus dan rebus kunyit hidup adalah untuk menghilangkan kuman dan bakteria dari tanah.

Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Ia perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu dan tujuannya untuk SEBAB seperti yang berikut;

  • Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi dengan lebih cepat.
  • Menghilangkan bau tanah dan juga kekotoran.
  • Untuk mencantikkan warna kunyit hidup.
  • Membunuh kuman atau sebarang bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
  • Untuk menghilangkan getah kunyit dan kelembapannya.

Tempoh merebus atau kukus yang paling sesuai adalah lebih kurang selama 30 minit atau hingga ke 45 minit.

Cara buat serbuk kunyit yang mudah
Air rebusan kunyit atau air kunyit juga boleh diminum untuk kebaikan luar dan dalam badan.

Inilah rupa kunyit yang telah siap dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus, warna kunyit juga boleh berubah apabila direbus atau dikukus.

pembuatan serbuk kunyit homemade
Selepas ia direbus, kadangkala warnanya juga boleh bertukar.

Langkah yang seterusnya adalah kunyit tersebut perlu dihiris nipis-nipis dan siap untuk dikeringkan.

Tips Menjemur Kunyit Hidup

  • Elakkan direct cahaya matahari dan seeloknya di bawah pokok atau di bawah bumbung rumah.
  • Keringkan lebih kurang dalam masa 7 hingga 10 hari. Bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca panas terik, kunyit akan lebih cepat kering.
Cara buat kunyit serbuk sendiri di rumah
Pencahayaan untuk proses mengeringkan hirisan kunyit sangat penting agar ia cepat kering.

Inilah hasilnya selepas kunyit ini dikeringkan selama 5 hari.

cara menghasilkan kunyit serbuk terbaik
Selepas dikisar, ia perlu ditapiskan supaya mendapatkan kunyit serbuk yang lebih gebu dan halus.

Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam blender atau pengisar kering. Sila ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul menjadi halus.

Penghasilan kunyit yang dijadikan serbuk untuk bahan masakan
Hasilnya selepas dibuat sendiri, selain dapat jimat dan kebersihan serbuk kunyit juga terjamin.

Ini hasilnya serbuk kunyit yang telah siap diproses.

kunyit powder atau kunyit serbuk yang dibotolkan dengan cantik
Apabila dibuat sendiri pasti anda akan berpuas hati selain dapat menggunakannya lebih banyak kunyit powder.

Kemudian cari botol-botol yang cantik dan refill. Sedia untuk digunakan untuk masakan yang menggunakan serbuk kunyit. Betul tak cara buat serbuk kunyit sangat mudah?

Baca : Resepi Kesihatan Pelbagai Khasiat Jamu Asam Kunyit Herba Sesuai Untuk Lelaki dan Wanita

Kunyit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dan pada zaman sekarang kunyit banyak digunakan dalam penghasilan produk kecantikan yang banyak dijual di pasaran. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, pastinya akan memilih untuk menghasilkan sendiri jus atau ubat yang menggunakan kunyit sebagai bahan utama.

Selamat mencuba.

Cara Buat Serbuk Kunyit Sendiri Di Rumah (Kunyit Serbuk Homemade) Sazarimma

Amirudin Shari Menteri Besar Selangor Baru 2018 (Biodata)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Akhirnya segala persoalan ramai terutamanya rakyat negeri Selangor telah terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua iaitu Amirudin Shari telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baru sebagai pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku MB terdahulu.

Amirudin Shari yang berusia 38 tahun itu dilaporkan telah mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji sebagai Menteri Besar Selangor yang baru di Istana Alam Shah di hadapan Sultan Sharafuddin Shah, Sultan Selangor. Ini membuktikan beliau adalah seorang wakil rakyat yang disukai ramai pengundi-pengundinya pada PRU14 lalu yang dimenangi kerajaan baharu Pakatan Harapan.

upacara angkat sumpah menteri besar selangor
Angkat Sumpah dan Lafaz Aku Janji yang dilakukan di hadapan Sultan Selangor. – Facebook

Biodata Amirudin Shari Menteri Besar Selangor

Pasti ramai yang ingin tahu siapakah beliau yang dikenali sebagai YAB Amirudin Shari ini sehingga diangkat sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Beliau adalah bekas pelajar jurusan Sains Sosial di Universiti Putra Malaysia sebelum menceburi bidang politik. Amirudin juga adalah seorang aktivis yang amat terkenal dan mempunyai kemahiran berdebat yang tinggi.

Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seawal usia 20-an lagi dan juga merupakan seorang Exco Angkatan Muda PKR semenjak tahun 2004 dan telah dilantik sebagai naib ketua pergerakan berkenaan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor
Sehingga kini beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) – Facebook

Dalam bidang politik, Amirudin Shari pernah memenangi kempen sebagai calon muda buat pertama kali percubaan beliau dalam Pilihan Raya yang ke-12 (PRU12) pada tahun 2008. Ketika PRU12 gabungan parti pembangkang menjadi sejarah buat negeri Selangor selepas mampu menggulingkan parti Barisan Nasional.

Pemimpin yang berusia 38 tahun ini adalah Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terbabit dalam bidang politik seawal umur 20-an dan telah dinamakan sebagai calon parti bagi kerusi DUN Batu Caves atau Sungai Tua (N16) pada PRU12 tahun 2008.

Dato' Menteri Besar Amirudin bin Shari
Beliau telah bersama Parti Keadilan Rakyat selama 14 tahun. – Facebook

Beliau mampu mengekalkan kerusi berkenaan dan telah dilantik sebagai ahli majlis eksekutif negeri pada PRU13 tahun 2014 dan dilantik dalam portfolio Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

PRU14 2018, Amirudin terus mengekalkan kerusi berkenaan dan mendapat majoriti undi sebanyak 11,374 dan dipertanggungjawabkan dengan portfolio Pemberdayaan Generasi dan Sukan Muda, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Desa dan Desa Tradisional.

Pasukan Bola Sepak Negeri Selangor
Pasukan bola sepak Selangor, naib juara pada tahun 2016 dalam final Piala Malaysia. – Facebook

Beliau sebelum ini pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak FA Selangor dalam jangka masa hampir dua tahun dan pasukan tersebut pernah menjuarai final Piala Malaysia pada tahun 2015 dan menjadi naib juara pada tahun 2016 selepas beliau mengetuai pasukan tersebut.

Baca : Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Profile Amirudin Shari

Berikutnya adalah biodata YB Tuan Amirudin Bin Shari dikongsikan untuk tatapan semua.

Amirudin Shari Exco Selangor
Profile YB Amirudin Shari Menteri Besar Selangor 2018. – Media Selangor

Pada tahun 2014, beliau juga telah diamanahkan oleh Azmin Ali dengan perlantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri bagi Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan selain daripada menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Beliau juga telah banyak berjasa dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik serta turut membuat beberapa pembaharuan dengan memulakan beberapa program untuk belia dan sukan sehingga negeri Selangor pernah menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2016 di bawah kepimpinannya.

Tahniah kepada YB Tuan Amirudin Shari di atas perlantikan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor bagi tahun 2018.

Rujukan:

Twitter Amirudin Bin Shari
Facebook Amirudin Bin Shari

Amirudin Shari Menteri Besar Selangor Baru 2018 (Biodata) Sazarimma


Resepi Nasi Mandy Yang Mudah dan Ringkas (Nasi Arab Kabsah)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Nasi Mandy adalah sajian dari Arab Saudi iaitu negara Timur Tengah yang sememangnya sedap dan menyelerakan. Nasi Arab Mandy yang istimewa ini mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri, lebih-lebih lagi ia dimasak dengan ringkas dan mudah yang dikatakan sesuai dengan citarasa orang Melayu di Malaysia dengan menggunakan ayam.

Nasi Mandy biasanya digandingkan dengan daging kambing dan rempah-rempahnya yang menjadikan nasi ini sangat sedap. Cara memasak nasi ini juga tidak terlalu sukar, dengan hanya tengok resepi yang dikongsikan pasti menjadi dan boleh dimakan bersama keluarga.

Nasi Arab Kambing
Nasi Arab ini juga dipanggil sebagai Nasi Kabsah berlaukkan daging kambing.

Bagi yang sukakan Nasi Mandy ini, bolehlah anda mencuba masak sendiri di rumah dengan mengikut resepi Nasi arab ini yang juga dipanggil sebagai Nasi Kabsah. Perkongsian resepi Nasi Mandy diberikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad. Jika anda seorang pengguna Facebook pasti anda mengenali siapa lelaki ini dan mungkin anda pernah melihatnya.

Resepi Nasi Mandy Ayam

Bahan-bahan:

  • 7 cawan beras Arab (beli di kedai runcit Arab) – untuk 10-12 orang makan.
  • 8.5 cawan air.
  • 1/2 cawan susu cair.
  • 1/2 biji lemon.
  • 3 helai daun bay.
  • 2 sudu besar rempah nasi mandy.
  • 2 biji bawang besar India.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 2 batang kayu manis.
  • 5 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 3 sudu besar minyak sapi.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.

Cara Memasak Nasi Mandy

Cara untuk membuat nasi Arab yang popular ini, sila ikuti langkah-langkah dan cara memasak seperti yang dikongsikan dengan gambar berikutnya.

Resepi nasi arab mandy ayam mudah
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi

Kemudian tumis bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Sampai berbau harum satu rumah.

Resepi nasi arab kabsah
Waktu untuk menumis bahan-bahan.

Sesudah itu, terus masukkan beras yang dah dibasuh bersih dan ditoskan. Kacau rata biar minyak sapi itu bergaul dengan beras.

Resepi nasi lauk arab mudah dan ringkas
Kacaukan minyak sapi bersama beras yang dibasuh.
Rempah nasi arab ayam
Beras yang telah dikacau dengan minyak sapi.

Kemudian curahkanlah susu cair dengan kasih sayang. Kacau lagi.

Cara buat nasi mandy
Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.

Masukkan air. Dan kacaulah lagi.

Cara memasak Nasi Mandy Arab
Masukkan air dan kacau.

Potong lemon. Ambil separuh sahaja. Kemudian perah masuk ke dalam periuk tadi. Separuh lagi buatlah lemoned.

Resepi Nasi Beriani Mandy
Lemon perlu diperahkan ke dalam periuk.

Kemudian, taburkan rempah dan kacau rata lagi. Terus masukkan gula dan garam sekali ya.

Nasi Briyani Mandy
Masukkan rempah, gula dan garam.

Masukkan daun bay. Kacau lagi. Terus tutup dan on-kan ya. Jika anda guna pressure cooker ajaib, 8 minit high pressure yang perlu disetkan.

Apakah beza nasi mandy dan nasi kabsah
Seterusnya, masukkan daun bay ke dalam masakan.
Gambar nasi mandi ayam
Nasi Mandy yang telah siap.

Titiskan pewarna kuning telur, kemudian gaul.

Nasi mandy resepi mudah
Ini rupa Nasi Mandy yang telah dititiskan pewarna kuning telur.

Siaaaap! Kalau nak bau smokey, ambil seketul arang, bakar sampai berasap, kemudian lubangkan tengah nasi itu, letak arang dalam aluminum foil, tutup balik periuk. Nanti berbaulah.

Mandy atau kabsah
Nasi Mandy yang telah siap dimasak sepenuhnya. Cantik tak?

Baca : Cara Buat Serbuk Kunyit Sendiri Di Rumah (Kunyit Serbuk Homemade)

Bahan-bahan Ayam Nasi Mandy

Lauk ayam nasi arab
Ayam yang telah siap dicampurkan dengan semua rempah dan bahannya.
  • 1 ekor ayam, potong suka hati kau.
  • 3 sudu besar serbuk kunyit,
  • 1 susu besar serbuk jintan manis,
  • 1 sudu besar serbuk nasi mandy,
  • 1 sudu besar serbuk kari,
  • 2 sudu besar serbuk cili,
  • 1/2 biji perahan lemon,
  • 2 sudu kecil garam,
  • Beberapa titis pewarna kuning.

Cara-caranya ialah, gaul semua bahan. Kemudian letak dalam aluminum foil kalau ada, kalau tak ada kasi bakar ja dalam ketuhar selama 40 minit, suhu 180 darjah.

lauk nasi arab ayam
Siaaaap! Terus gaul dalam nasi! Haha. Settle!

Nasi Mandy Daging Kambing dan Ayam

Berikutnya dikongsikan cara masak nasi arab mandy daging kambing dan ayam melalui rakaman video yang menunjukkan cara-cara memasak step by step.

Ada juga yang memanggil makanan ini dengan nasi beriani atau briyani mandy. Semoga perkongsian cara memasak Nasi Mandy ini dapat membantu anda untuk menghidangkan nasi ini untuk keluarga dan sebagainya. Terima kasih kepada Tuan Khairul Hakimin kerana memberikan keizinan untuk berkongsi resepi Nasi Arab Mandy ini.

Selamat mencuba.

Resepi Nasi Mandy Yang Mudah dan Ringkas (Nasi Arab Kabsah) Sazarimma

Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Diimport Dari China

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Sardin adalah antara satu makanan utama yang selalunya ada dalam setiap dapur rumah penduduk di Malaysia. Makanan dalam tin ini dijual di semua kedai runcit dan pasar raya serta ia amat mudah didapati selain memudahkan mereka yang ingin mengejar masa untuk memasak makanan segera ini.

Walau bagaimanapun, mulai sekarang anda mungkin tidak lagi mahu makan makanan sardin dalam tin ini selepas anda mendapat tahu tentang berita yang amat mengejutkan ini. Menurut Malay Mail Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) baru sahaja menemui cacing yang sangat berbahaya itu melalui sardin dalam tin.

sardin ada cacing bahaya
Sumber : Berita Harian

Produk sardin tersebut (Sardine Canned Mackerel in Tomato Sauce jenama RANESA) dipercayai telah diimport dari negara China melalui Terminal Kontena Utara Butterworth (NCBT) di Pulau Pinang pada 14 Mei 2018. Cacing berkenaan dikatakan sangat berbahaya kepada kesihatan kita kerana ia boleh menyebabkan wabak penyakit anisakiasis di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtaruddin Husain, pihaknya mendapati cacing tersebut ditemui melalui beberapa pemeriksaan fizikal dan kajian yang dijalankan menerusi sampel yang telah diambil daripada beberapa tin sardin yang dibawa masuk dalam dua buah kontena.

Kedua-dua kontena berkenaan yang mengandungi sardin tin itu dianggarkan beratnya sebanyak 36,720 kg dan bernilai lebih kurang RM200,000.

Namun, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Mokhtaruddin pada 26 Jun 2018 itu menyatakan bahawa kesemua kontena yang mengandungi sardin tersebut telah ditahan dan tidak akan dijual kepada orang ramai.

Anda pastinya tertanya apakah penyakit anisakiasis ini dan dimanakah asalnya penyakit ini.

Penyakit Anisakiasis (Anisakis)
Penyakit Anisakiasis biasanya menyerang di bahagian perut.

Mokhtaruddin turut menjelaskan bahawa jenis cacing yang terdapat dalam sardin itu sebenarnya berasal dari Genus Anisakis SPP yang akan menyebabkan penyakit anisakiasi, penyakit parasit dan ‘zoonotik’ (Zoonotic) yang dibawa oleh ikan inbred.

Jadi, jika kita memakan makanan seperti ikan mentah atau ikan separuh masak yang telah dijangkiti parasit Anisakis SPP, kita akan terdedah kepada penyakit anisakiasis. Oleh itu, kita perlu menjauhi makanan ikan separuh masak atau pun ikan mentah.

Cacing ini sememangnya sangat merbahaya dan akan boleh menyerang di bahagian perut dan usus manusia. Antara gejala dan simptom Anisakiasi adalah seperti di bawah:

  • Sakit Perut
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah
bahaya sardin ada cacing dalam tin
Gambar Sardin TLC yang diambil dari KPKesihatan.

Melalui Berita Harian, kes yang hampir sama turut berlaku pada 20 April lalu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan dua produk sardin dalam tin yang dipercayai diimport dari negara China yang berjenama Canned Sardines in Tomato Sauces TL Lan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC ditarik balik daripada pasaran kerana mengandungi cacing yang bahaya.

Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Diimport Dari China Sazarimma

Resepi Daging Burger Buatan Sendiri Sedap dan Mudah (Homemade)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Burger daging atau burger ayam biasanya menjadi pilihan ramai orang terutamanya kanak-kanak yang menggemari makanan ini. Ada sesetengah anak-anak yang tak mahu makan nasi hanya semata-mata inginkan burger. Mak dan ayah mesti pening memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli makanan yang sedap ini. Apa kata anda buat sendiri daging burger ini di rumah?

Mulai sekarang anda tidak perlu lagi rungsing tentang daging burger buatan sendiri ini kerana seorang pengguna Facebook iaitu Zamzuri Abdul Malik telah berkongsi resepi dan cara buat burger daging buatan sendiri yang boleh dibuat dari rumah dengan bahan-bahan yang mudah.

resepi masak daging burger sedap
Burger yang paling sedap kerana bahan-bahan dan sos di dalamnya.

Resepi burger daging yang mudah dan paling sedap ini boleh dikatakan sama seperti daging untuk burger yang dijual di pasaran seperti Mac Donalds, Ramly Burger dan sebagainya kerana bahan dan rempahnya lengkap dan sebenarnya tidaklah sesusah mana.

Seperti yang dikatakan tuan punya resepi asal ini, cara nak buat daging burger sendiri ringkas sangat senang dan tersangat banyak kelebihannya kerana kebersihan makanan ini terjamin, tiada sebarang bahan pengawet dan yang paling penting memuaskan hati kerana boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cepat, mudah dan sangat sedap.

Menurut Zamzuri, daging burger homemade simple ini dikatakan boleh disimpan sehingga tiga minggu dalam peti ais sejuk beku. Anda boleh buat banyak-banyak, kemudian simpan dalam peti sejuk, bila anak-anak nak makan, keluarkan dari peti ais dan biarkan sementara lalu goreng terus boleh dimakan.

Resepi Daging Burger Homemade

Cara membuat burger sendiri
Jika daging burger anda sedap pasti boleh buat bisnes burger.

Bahan-bahan:

  • Daging kisar
  • Lada hitam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Telur
  • Parsley
  • Oregano
  • Paprika
  • Minyak Zaitun

Cara membuat:

Cara buat burger daging
Daging ini 600 gram. Boleh dapat 6 ketul.
Cara buat burger sedap
Masukkan daging dalam bekas berkilat. Tak kilat tak best tau.
cara cara membuat daging burger sendiri dan enak
Masukkan bawang yang telah siap dihiris.
Cara masak burger
Masukkan parsley, mint, oregano dan lada hitam.
Resepi daging burger paling sedap di Malaysia
Pecahkan 2 biji telur. Masukkan sedikit minyak zaitun dan hingga sebati.
Cara buat daging burger homemade
Gunakan acuan seperti bekas benjo untuk membuat telur di gerai burger. Ada dijual di kedai.
Cara buat daging burger buatan sendiri
Daging burger yang telah siap dibuat gunakan acuan.
Resepi burger homemade
Apabila siap letakkan di atas aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk.

Baca : Anda Dilarang Gunakan Panadol Untuk Lembutkan Daging Kerana Ia Boleh Membunuh – Mustaffa Othman

Macamana? Mudah bukan? Apabila dah siap, anda boleh simpankan daging burger ini di dalam peti ais dengan menggunakan aluminium foil sebagai pelapik. Bila nak makan, keluarkan dan biarkan seketika, kemudian goreng atau bakar mengikut kehendak anda sendiri.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Resepi Daging Burger Buatan Sendiri Sedap dan Mudah (Homemade) Sazarimma

KAJIAN: Makan Tom Yam Kurangkan Risiko Kanser – Saintis MARDI

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Jika anda suka makan tom yam teruskan makan makanan kegemaran anda itu kerana khasiat yang terdapat dalam masakan tom yam dipercayai mampu menghalang dan juga mengurangkan risiko pertumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan tom yam yang betul-betul berkhasiat pasti ada cara yang tertentu.

Kenyataan yang mengejutkan ini telah disampaikan oleh Dr Suri Roowi seorang Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi perbualannya dalam temubual yang dilakukan oleh stesen Radio IKIMfm.

anti kanser
Siapa sangka tom yam mampu rendahkan risiko kanser.

Menurut Mingguan Wanita, beliau menumpukan kepada kajian tentang makanan yang kaya dengan antioksidan serta turut berusaha memberikan kesedaran terhadap orang ramai mengenai kebaikan makanan-makanan yang kaya dengan antioksidan ini.

Melalui satu kajian tentang tom yam yang telah dilakukan di Unversiti Kasetsart, Thailand dan juga Universiti Kyoto, Jepun, mereka mendapati kandungan atau bahan yang terdapat dalam masakan tom yam dipercayai boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dan juga pertumbuhan tumor berbanding dengan makanan yang lain.

Menurutnya, sesiapa yang suka makan tom yam sebenarnya individu itu lebih rendah risiko untuk mengalami kanser usus besar dengan syarat bahan-bahan masakan tom yam berkenaan mestilah daripada sumber asli seperti serai, daun limau purut, daun ketumbar dan sebagainya. Ketika waktu memasak tomyam haruslah mengurangkan penggunaan MSG.

Bahan-bahan Masakan Tom Yam Anti Kanser

kurangkan risiko kanser
Antara bahan-bahan utama yang dimasak dalam masakan tomyam.

Daun Limau Purut

daun limau purut
Daun limau purut adalah antara bahan utama masakan tomyam.

Daun limau purut dikatakan kaya dengan antioksidan dan melalui kajian terkini yang dibuat terhadap seekor tikus mendapati daun ini mampu bertindak menghalang kanser atau anti kanser.

Serai

khasiat serai
Serai sememangnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Melalui kajian juga mendapat bahan yang terdapat dalam serai iaitu bahan citral juga bertindak menghalang kanser terutamanya kanser ovari, kanser usus besar dan juga kanser payudara.

Kajian yang dibuat ke atas serai membabitkan banyak sel iaitu ketika kajian dibuat saintis akan menanam sel ke dalam satu bekas yang kemudiannya digoncangkan. Setelah itu saintis akan memasukkan minyak ke dalam sel dan hasilnya sel-sel kanser tersebut dilihat telah mati.

Daun Ketumbar

daun ketumbar
Daun ketumbar bukan saja anti kanser malah amat baik untuk mengawal gula dalam darah.

Antara bahan yang terkandung dalam masakan tom yam yang memberikan peranan besar dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Daun ini amat bagus kerana sifatnya mempunyai anti oksidan.

Daun ketumbar juga sangat baik untuk mereka yang mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis iaitu mampu mengawal gula dalam darah selain itu ia juga sangat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah saraf.

Temu Kunci

temu kunci
Temu Kunci banyak digunakan oleh masyarakat di Vietnam.

Biasanya di Malaysia masakan tom yam akan menggunakan lengkuas dan ada juga yang menggunakan Temu Kunci ke dalam masakan ini. Temu Kunci biasanya digunakan oleh kebanyakan orang Vietnam. Temu Kunci mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Antara kebaikannya ialah anti kanser.

Baca : 8 Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara, Tapi Masih Lagi Ada Wanita Tak Ambil Peduli & Abaikan Puncanya

Mulai sekarang sesiapa yang tidak menyukai masakan tom yam haruslah memakannya kerana dengan memakan tom yam telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kanser seperti yang dikatakan oleh Dr Suri Roowi.

Berikutnya perbualan Dr Suri Roowi tentang keistimewaan tom yam ketika ditemubual di stesen radio IKIMfm.

Khasiat Tomyam (Yang Dibuat Guna Sumber-Sumber Asli)Terima kasih kerana tolong 'share'kanMoga info ini bermanfaat kepada semua#DrSuriRoowiPrincipal Scientist

Posted by Dr Suri Roowi on Saturday, 9 June 2018

Semoga bermanfaat kepada semua.

KAJIAN: Makan Tom Yam Kurangkan Risiko Kanser – Saintis MARDI Sazarimma

Petua Tegangkan Payudara Dengan Berkesan (Susu Halia)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Apakah tips dan cara tegangkan payudara terutamanya selepas bersalin? Persoalan ini pasti bermain di fikiran ramai wanita dan ibu-ibu yang ingin menegangkan payudara mereka semula. Payudara biasanya akan menjadi sedikit kendur selepas melahirkan anak dan ada juga kerana faktor-faktor lain yang menjadikan buah dada wanita tidak seperti sebelumnya.

Siapa yang tidak ingin cantik dan menawan lebih-lebih lagi isteri yang amat mementingkan hubungan suami isteri. Pastinya kecantikan dalaman dan luaran perlu dijaga demi kerana hubungan yang terjalin itu terutama selepas menyusu anak. Ada sesetengah wanita mengalami masalah payudara semakin membesar selepas menyusukan anak mereka.

tips penjagaan buah dada
Semua wanita inginkan kecantikan dalaman dan luaran.

Sebenarnya, banyak cara dan petua tradisional yang boleh diamalkan oleh semua wanita untuk tegangkan payudara mereka. Sama ada masyarakat India, Cina dan Melayu, masing-masing mempunyai tips dan petua yang tersendiri yang boleh dibuat untuk menegangkan semula payudara.

Antara cara yang berkesan dan petua tegangkan payudara dengan cara tradisional yang telah diamalkan oleh ramai wanita adalah dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah di dapati dari dapur rumah. Petua tradisional yang dikongsikan oleh Siti Nurzakiah Aziz ini mampu menegangkan payudara dan tips buang angin dalam badan yang sering dialami oleh wanita yang lepas bersalin.

Cara Tegangkan Payudara Dengan Mudah

Perkongsian wanita ini iaitu petua menegangkan payudara dan buang angin dalam badan hanya dengan meminum susu yang dicampur bersama halia bakar yang diberi nama sebagai susu halia. Berikutnya adalah cara membuat dan cara menggunakannya untuk tegangkan payudara.

Bahan-bahan:

Cara besarkan payudara
Susu dan halia adalah bahan utama untuk petua ini.

Susu segar
Halia

Cara membuatnya:

Potong halia sebesar ibu jari dan bakar hali tersebut dengan api atau dibakar di dalam oven. Anda perlu membakarnya sehingga menjadi separuh hangus seperti yang ditunjukkan di dalam gambar berikutnya.

Cara cara menegangkan payudara
Halia yang sudah dipotong dibakar menggunakan pengepit.
Kopek tegang dengan petua tradisional
Halia dibakar sehingga kehitaman dan hangus.
Petua besarkan payudara
Halia yang telah siap dibakar menjadi hangus seperti ini.

Kemudian, tumbukkan halia bakar berkenaan sehingga hancur. Mungkin sesetengah orang tidak suka dengan kesan hitam yang terbakar pada halia, anda boleh mengikisnya sebelum ditumbuk hancur.

Baca juga : 8 Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara, Tapi Masih Lagi Ada Wanita Tak Ambil Peduli & Abaikan Puncanya

Petua nak tegangkan payudara ibu menyusu
Halia bakar ditumbuk menggunakan lesung batu.
tips utk tegang dan besarkan buah dada
Anda perlu tumbuk halia bakar sehingga hancur.

Panaskan susu sehingga mendidih, kemudian masukkan halia yang telah dihancurkan tadi. Anda juga boleh menapis susu halia tersebut sekiranya tidak suka untuk menelan hampas halia bakar tersebut.

cara besarkan breast
Susu segar perlu dipanaskan terlebih dahulu.
petua tegangkan breast dengan cepat
Pastikan susu segar tersebut mendidih sebelum dimasukkan halia bakar yang telah ditumbuk.
Macamana untuk dapatkan payudara tegang
Susu yang telah dicampurkan dengan halia bakar.

Anda disarankan minum susu halia ketika ia masih suam dan kesan daripada meminum susu ini akan terjadi secara serta merta. Antara contoh yang berlaku anda akan melepaskan angin atau sendawa yang menandakan angin dalam badan sedang keluar.

Anda boleh minum susu halia ini sekali sehari sahaja dan terpulang kepada anda sama ada diminum di waktu pagi atau pun petang seperti yang dinasihatkan oleh Siti Nurzakiah.

Berikutnya adalah petua dan tips yang berguna untuk ibu yang menyusu dan selepas bersalin yang ingin menggunakan petua ini dapat payudara cantik dan mantap.

Cara tegangkan buah dada selepas bersalin
Tips untuk ibu menyusu dan baru sahaja melahirkan anak.

Semoga tips dan petua tegangkan payudara ini bermanfaat kepada semua wanita yang ingin cantikkan payudara mereka. Tak salah jika kita berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Selamat mencuba.

Petua Tegangkan Payudara Dengan Berkesan (Susu Halia) Sazarimma

Ibu Terkejut Anak Gadisnya 15 Tahun Lahir Bayi Di Tepi Jalan (VIDEO)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Seorang wanita dan juga ibu kepada gadis yang berusia 15 tahun dikatakan tergamam dan terpinga-pinga selepas anak gadisnya itu melahirkan seorang bayi di tepi jalan raya, lapor Daily Mail.

Ibu kepada remaja berkenaan turut tertanya-tanya siapakah lelaki yang bertanggungjawab selepas anak gadisnya itu bersalin di hadapan dirinya sendiri. Remaja terbabit dilaporkan menaiki tren dari Zuzhou ke Taixing bagi melawat ibunya yang ketika itu dalam perjalanan dalam jangka masa tiga jam.

Walau bagaimanapun, selepas baru sahaja berjumpa, ibu remaja berkenaan yang bernama Lin sangat terkejut selepas terlihat pendarahan di bahagian kemaluan remaja berkenaan dan menganggap anaknya itu sedang haid. Beliau kemudiannya membawa anaknya itu menaiki bas untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

beranak tepi jalan
Bayi itu yang sedang dirawat di hospital.

Sebaik saja mereka turun dari bas, remaja terbabit dikatakan mengalam kontraksi dan akhirnya telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan di tepi jalan raya yang sesak dan dipenuhi kenderaan dan orang ramai.

Akibat terkejut dengan insiden berkenaan Lin ingin membawa anaknya itu beredar dari tempat kejadian serta membiarkan sahaja cucunya itu ditinggalkan bersendirian di tepi jalan dengan memberikan alasan bahawa anaknya itu terlalu muda serta tidak mampu untuk menyara bayi berkenaan.

bayi
Lin ketika di lokasi kejadian tempat anaknya melahirkan cucunya.

‘Tidak, tidak, kita tidak boleh membela bayi ini’, jelas Lin, sedangkan ketika itu dia boleh sahaja menghantar cucunya dan anaknya itu ke hospital berdekatan dengan tempat kejadian di mana anak gadisnya melahirkan bayi berkenaan.

Kejadian tersebut telah diketahui oleh beberapa pengawal keselamatan hospital berhampiran dan mereka kemudiannya segera membuat laporan polis serta turut membawa Lin dan anaknya berserta cucunya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hospital, mereka mendapati bayi berkenaan telah mengalami lebam di bahagian kepala dan sehingga kini ia dirawat oleh doktor yang bertugas. Difahamkan, uri juga masih lagi berada di dalam rahim remaja itu dan dia juga akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan uri tersebut.

Polis juga telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian serta turut memberi amaran kepada Lin berkaitan dengan perbuatannya itu yang boleh diambil tindakan undang-undang atas tuduhan membuang bayi yang tidak bersalah itu.

Walau bagaimanapun, Lin kemudiannya dapat menerima bayi tersebut sebagai cucunya dan turut menyatakan bahawa akan memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada anak gadisnya serta cucunya.

Ibu Terkejut Anak Gadisnya 15 Tahun Lahir Bayi Di Tepi Jalan (VIDEO) Sazarimma

Pelajar Ditampar 12 Kali Sehingga Tinggal Kesan Tapak Tangan, Guru Dipecat (VIDEO)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Akibat menampar pipi seorang pelajar lelaki dengan kuat sehingga meninggalkan bekas dan kesan tapak tangan, seorang guru dari timur China dilaporkan dipecat selepas kejadian tersebut dilaporkan.

Guru berkenaan dikatakan mengajar di sebuah Sekolah Menengah Suyu dan dipercayai menghukum pelajar terbabit kerana didapati bercakap dengan rakannya sewaktu sesi pembelajaran berlangsung pada hari Selasa lalu.

Disebabkan itulah, guru terbabit dipercaya telah menampar pipi pelajar lelaki berkenaan sebanyak 12 kali. Pelajar yang dikenali sebagai Xiaochen itu mengalami kecederaan serta turut mengalami gegaran otak dan juga kesan tapak tangan guru terbabit di pipinya.

Pelajar lelaki itu dikatakan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Satu rakaman video yang dirakamkan selepas kejadian iaitu sewaktu di hospital ketika Xiaochen mendapatkan rawatan telah dimuat naik oleh Beijing Times yang memaparkan pelajar tersebut sedang terbaring di katil wad.

Sememangnya jelas kelihatan bekas tapak tangan yang kemerah-merahan yang ada di pipi pelajar tersebut. Xiaochen telah memberitahu kepada media bahawa dia didenda guru berkenaan selepas guru tersebut mendapati dia sedang berbual dengan rakanya sewaktu di dalam kelas.

Beliau dipercayai telah ditarik keluar dari kerusi tempat duduknya sebelum dia ditampar di pipi kiri sebanyak 12 kali dan kejadian tersebut disaksikan kesemua rakan-rakan sekelasnya.

guru dipecat

Menurut laporan dari salah seorang rakan Xiaochen, guru kelasnya itu dikatakan telah gagal mengawal kemarahannya yang menyebabkan guru tersebut turut menampar seorang pelajar perempuan sebelum Xiaochen ditampar.

Melalui pemeriksaan pihak hospital terhadap pelajar berkenaan, mereka mendapat Xiaochen telah mengalami kecederaan di bahagian telinga kiri, turut mengalami gegaran otak serta beberapa kecederaan lain termasuk turut hilang upaya pendengaran yang dikatakan untuk sementara waktu.

pelajar ditampar guru

Insiden tersebut akhirnya dilaporkan kepada kementerian Pendidikan dan keluarga pelajar berkenaan juga turut membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan. Manakala pihak sekolahnya turut bersetuju untuk membuat pembayaran bagi semua kos perubatan pelajar terbabit.

Lebih mengejutkan, pihak sekolah Xiaochen juga telah memecat guru berkenaan serta turut mengurangkan pembayaran bonus terhadap guru tersebut. Walau bagaimanapun, menurut laporan Daily Mail, mereka tidak pasti sama ada pihak polis akan mendakwa guru berkenaan atau tidak.

Pelajar Ditampar 12 Kali Sehingga Tinggal Kesan Tapak Tangan, Guru Dipecat (VIDEO) Sazarimma


Bengkok Tulang Belakang Kerana Postur Tidak Betul Ketika Bermain Telefon

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Telefon bimbit atau handphone sememangnya dimiliki oleh semua golongan termasuk pelajar dan orang dewasa malahan kanak-kanak juga semakin terdedah dengan teknologi terkini ini. Sesetengah daripada pengguna telefon sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam dengan telefon sehingga menyebabkan sakit tulang belakang.

Mungkin selepas ini ada diantara korang tidak ingin lagi membuang masa selepas membaca tentang seorang remaja perempuan ini. Menurut laporan World of Buzz, seorang gadis yang berusia 16 tahun dari Kaohsiung, Taiwan telah dibawa ke hospital oleh ibunya selepas sering mengadu sakit belakang yang berkait dengan tulang belakang.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar ortopedik, remaja terbabit dan ibunya sangat terkejut selepas ditunjukkan keputusan x-ray tulang belakangnya yang amat membimbangkan dan ianya sukar untuk dipercayai.

tulang belakang bengkok
Kerana sering mengiring menggunakan telefon, tulang belakang gadis ini didapati bengkok. – TVBS

Laporan doktor berkenaan menyatakan yang tulang belakang remaja tersebut telah bengkok dan mempunyai 50 darjah lengkungan. Doktor turut menjelaskan bahawa punca tulang tersebut bengkok adalah kerana tabiat pesakit itu sendiri yang suka menggunakan handphone dengan sambil berbaring secara mengiring.

Kedudukan posisi sebegitu akan memberikan tekanan secara berlebihan pada sisi kanan yang terutamanya pada bahagian thoracic vetebrae dan lumbar vetebrae remaja perempuan berkenaan.

Yang lebih mengejutkan apabila doktor menyatakan keadaan remaja itu menjadi lebih teruk kerana dia tidak mahu bersenam dan otot teras di dalam badannya tidak mampu untuk menampung postur badannya untuk jangka masa yang lama.

xray tulang belakang
X-ray menunjukkan tulang belakang gadis tersebut ada lengkungan.

Doktor terbabit turut memaklumkan bahawa kes remaja ini bukanlah kes terbaru atau yang pertama berkaitan dengan masalah postur malahan ada antara pesakitnya sebelum ini mempunyai 38 darjah lengkungan di tulang belakang.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan pesakit berkenaan kerap atau sering menundukkan kepala hanya semata-mata mengadap telefon mereka untuk masa yang lama. Doktor itu juga turut menegaskan bahawa pengguna telefon haruslah memastikan mereka mempunyai postur yang betul ketika bermain dengan telefon supaya kes yang sama tidak akan berulang.

Baca : Petua Rawatan Sakit Pinggang Tanpa Ubat Dan Pembedahan Dengan Cara Mudah & Berkesan

Oleh itu, anda perlu mengingatkan diri anda sendiri supaya tidak menggunakan telefon dalam jangka masa yang terlalu lama dengan tidak mempunyai postur yang betul sewaktu bermain dengan telefon. Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan kes sebegini yang membabitkan tulang belakang yang bengkok.

Berikutnya turut dikongsikan rakaman video yang menunjukkan senaman tulang belakang sebagai cara untuk menghilangkan kesakitan di bahagian belakang badan.

Semoga bermanfaat.

Bengkok Tulang Belakang Kerana Postur Tidak Betul Ketika Bermain Telefon Sazarimma

Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli (Gulai Ikan Tongkol)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Nasi dagang sememangnya terkenal di Pantai Timur iaitu di Terengganu, Pahang, Kelantan dan juga di beberapa daerah di Thailand seperti Pattani, Yala dan juga Narathiwat. Nasi yang menjadi hidangan tradisi di Terengganu ini dikatakan agak sukar untuk dimasak jika tidak mempelajari cara buat dan cara masak nasi ini dengan betul.

Bagi sesetengah orang, nasi dagang Kelantan dan Terengganu mempunyai sedikit perbezaan dan ada yang mengatakan kedua-duanya tiada sebarang perbezaan kerana rasanya hampir sama dan gulai ikan tongkol juga hampir serupa. Walau bagaimanapun, nasi dagang Terengganu atau Kelantan mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Beras nasi dagang Terengganu dan Kelantan
Nasi dagang beras merah dihidang bersama ayam goreng dan kari ikan tongkol.

Di musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Haji, nasi dagang adalah antara menu utama yang dimasak pada waktu pagi yang dijadikan sarapan atau santapan ahli keluarga dan juga tetamu yang datang. Malahan sehingga kini ramai peniaga yang menjual nasi ini di gerai, kedai makan atau pun restoran.

Nasi ini akan menjadi lebih sedap sekiranya gandingannya iaitu kuah kari ikan tongkol atau gulai ayam dan acar yang akan lebih menyedapkan nasi ini jika dimakan bersama lauk tersebut. Jika anda masak sendiri anda boleh membuat berbagai jenis lauk seperti kuah gulai udang, ikan kayu dan sebagainya mengikut resepi anda sendiri.

Anda juga boleh buat sendiri dan masak di rumah sekiranya anda tahu resepi dan cara memasak nasi dagang yang betul seperti yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim. Ada juga sesetengah orang memasak nasi dagang kukus dengan menggunakan beras-beras yang berbeza seperti beras Faiza dan ada juga dengan pressure cooker seperti periuk Noxxa, Sharp dan sebagainya.

Resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

Resepi Nasi Dagang Kelantan dan Terengganu
Nasi dagang yang telah siap dimasak dengan mudah dan ringkas.

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras Basmathi atau beras biasa direndam
  • 1 cawan pulut direndam
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit halba
  • 3 ulas bawang merah dihiris halus
  • 1 atau 2 inci halia dihiris halus
  • 3 helai daun pandan
  • Garam dan gula sedikit

Cara Masak Nasi Dagang

Beras Basmathi dan pulut direndam (2 jam) lebih lama lagi bagus.

Cara memasak nasi dagang Kuala Terengganu
Beras yang direndam selama lebih dua jam.

Kukus beras dan pulut selama 20 minit.

Nasi dagang Terengganu yang sedap
Beras yang dikukus sebelum diangkat semula.

Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Keluarkan, lapik daun pandan.

Nasi dagang Kelantan ikan tongkol
Daun pandan diletakkan dalam periuk sebelum dimasukkan nasi.

Kemudian tuangkan santan cair dan gaul rata beras, pulut dan santan sehingga sebati. Biarkan sekejap sehingga meresap.

Kukus sekali lagi dalam 20-30 minit.

Setelah lebih kurang 10 minit, masukkan hirisan bawang, halia dan taburkan halba dalam periuk kukusan.

Cara buat nasi dagang Kelantan mudah
Nasi dagang yang telah siap dimasak bersama bahan-bahannya.

Keluarkan kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata. Nampak macam berminyak berkilat. Tak perlu habiskan santan jika nasi dah lembut. Siap untuk dihidang.

Jika nasi nampak macam tak berapa masak jangan risau, tambahkan lagi santan cair dan gaul. In shaa Allah jadi.

Resepi Gulai Ikan Tongkol

Cara cara masak nasi dagang Terengganu
Gulai ikan tongkol yang telah dimasak dengan jayanya.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol dipotong empat
  • Santan kelapa (2 biji) campur dengan santan cair, anggaran dalam 1 liter
  • 1 paket rempah Cap Bunga Ros (15gram)
  • 3 atau 4 sudu rempah gulai Cap Bunga Ros
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 2 biji bawang putih dikisar
  • 1 inci halia (lebih pun boleh) dikisar
  • 1 inci lengkuas dihiris
  • 5 sudu cili kisar, nak lebih pun boleh
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 asam keping
  • 1 batang kayu manis
  • 1 inci belacan
  • 5 biji cili padi untuk ditabur dalam gulai
  • 3/4 biji belimbing buluh dipotong dua/tomato dipotong 4
  • Sedikit kerisik
  • Garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2 atau 3 biji telur yang sudah direbus

Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

Gulai ikan tongkol nasi dagang terengganu
Pastikan ikan tongkol yang ingin buat gulai itu segar dan tidak busuk.

Rebus ikan tongkol dengan asam keping dan sedikit garam sehingga mendidih. Air rebusan jangan dibuang.

Kuah kari ikan tongkol nasi dagang resepi
Ikan tongkol atau ikan aya ini perlu direbus terlebih dahulu.

Saya tak ikut resepi asal yang mana sepatutnya masakkan santan sampai berminyak. Saya tumis cili, kemudian masukkan semua bahan kisar bersama kayu manis dan asam keping.

Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan rempah Cap Mawar dan rempah gulai Cap Bunga Mawar. Gaul rata dan masukkan santan.

Bila dah mendidih masukkan ikan yang direbus sekali dengan air rebusan. Jumlah air rebusan tu bergantung kepada kepekatan kuah yang kita nak. Kalau nak pekat tak perlu banyak. Kalau nak banyak kuah, lebihkan air rebusan.

Masukkan beberapa biji cili padi dan tomato, belimbing buluh dan telur rebus.

Teruskan memasak sehingga pekat dan timbul minyak.

Seperti dalam gambar. Anggaran dalam 20-30 minit dengan api perlahan.
Sambil masak gulai ni boleh la uruskan nasi dagang tu.

Cara Buat Acar Nasi Dagang

Nasi dagang Terengganu resepi sedap
Nasi dagang yang siap dihidang bersama acar dan gulai ikan tongkol.
  • Timun dan lobak merah dipotong memanjang
  • 2 ulas bawang merah dan 1 biji bawang besar dihiris
  • Nenas dipotong-potong
  • 1 sudu cuka
  • Gula dan garam secukup rasa

Semua bahan digaul mesra dan biarkan sementara menunggu nasi dan lauk masak.

Baca juga : Resepi Nasi Mandy Yang Mudah dan Ringkas (Nasi Arab Kabsah)

Sebenarnya cara untuk membuat nasi dagang Kelantan atau Terengganu akan menjadi lebih mudah jika ikut cara memasak dan resepi yang dikongsikan langkah demi langkah pasti nasi itu akan menjadi dan sedap dimakan. Silap hari bulan anda boleh menjualnya, siapa tahu?

Selamat mencuba.

Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli (Gulai Ikan Tongkol) Sazarimma

Baby Pakai Korset Boleh Turunkan Bacaan Jaundis? Jangan Tertipu!

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Semua orang tahu bahawa korset digunakan oleh perempuan dewasa dengan tujuan untuk mengempiskan perut dan inginkan pinggang menjadi ramping, tetapi kali ini lain pulak halnya apabila bayi kecil dipakaikan korset. Agak-agak apa motif penjaga baby yang comel ni?

Seorang pengguna Facebook telah memuatnaik satu status yang memaparkan baby dipakaikan korset orang dewasa dengan niat untuk melariskan produk yang ingin dijualnya. Siap letakkan testimoni untuk menarik perhatian ramai terutamanya pembeli.

bayi pakai korset
Bayi dipakaikan korset. – Facebook

Sama seperti peniaga-peniaga lain, si pemilik posting berkenaan bertujuan untuk menjual barangannya. Namun, rata-rata netizen berpendapat beliau sangat melampau dan keberkesanan produk tersebut dikatakan langsung tidak masuk akal.

‘Dengan membalut bengkung atau waist nipper ini pada baby, bacaan jaundis atau penyakit kuning yang dialami baby turun mendadak.’

‘Selepas tahu baby ada jaundis terus pakaikan bengkung ini pada baby. Tukar je kain bedung dengan bengkung ini.’

penipu
Nurse pun beli, katanya di Facebook.

Bukan itu sahaja, peniaga berkenaan turut menggunakan watak seorang jururawat yang dikatakan sangat terkejut dengan bacaan jaundis baby terbabit yang dikatakan telah menurun selepas menggunakan waist nipper tersebut.

‘Kali ketiga pergi ke klinik, nurse bagitau dah ok. Nurse pula yang tanya bagaimana cara sehingga bacaan jaundis boleh turun secara mendadak.’

posting
Posting wanita ini tarik perhatian ramai di Facebook.

Wanita itu turut berkata bahawa nurse tersebut juga membeli satu set bengkung yang dijualnya. Dia turut memaklumkan bahawa bengkung tersebut boleh digunakan sebagai selimut bagi menurunkan suhu badan baby sewaktu demam.

Walau bagaimanapun, posting tersebut jadi viral dan ramai yang mempertikaikan tentang produk ini malahan Dr Amalina Bakri juga turut mengatakan bahawa bagaimana kebanyakkan rakyat Malaysia boleh mempercayai benda-benda sebegini.

komen
Komen dari Dr Amalina Bakri di Twitter.

Netizen juga seperti tidak berpuas hati dan berpendapat peniaga berkenaan hanya ingin melariskan perniagaan dan langsung tidak memikirkan tentang kesan yang akan terjadi kepada baby sekiranya memakai korset itu.

komen netizen
Komen netizen di laman Twitter.

Jika betul dengan memakai korset mampu menurunkan bacaan jaundis bayi, pastinya ramai doktor-doktor yang profesiona telah membuat kajian dan turut menyarankan kepada semua ibu bapa agar mengikut cara ini. Tetapi, pernahkah anda dengar tentang pakai korset boleh turunkan bacaan jaundis?

Orang ramai terutamanya ibu bapa disarankan berhati-hati ketika ingin membuat pembelian produk yang belum tentu keberkesanan dan kesahihannya. Jadilah pengguna yang bijak supaya tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang memikirkan keuntungan semata-mata.

Baby Pakai Korset Boleh Turunkan Bacaan Jaundis? Jangan Tertipu! Sazarimma

Penipu Online Bijak Yakinkan Mangsa Yang Lebih Pandai (Scammer)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Dalam zaman serba serbi moden ini banyak perkara yang boleh dibuat secara online sama ada membeli atau menjual dan sebagainya. Memang lumrah kehidupan setiap kebaikan pasti ada keburukan begitu juga transaksi atas talian yang sering dihadapi ramai orang dengan scammer atau penipu online.

Penipu Online Tawarkan Hadiah

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhamad Misran telah membuat pendedahan bagaimana beliau menghadapi satu pengalaman penipuan atas talian oleh individu yang tidak bertanggungjawab iaitu penipu online yang menghubunginya melalui aplikasi Whatsapp dengan menawarkan ganjaran berupa hadiah dan wang ringgit.

Semak no akaun scammer
Tawaran dari scammer kepada nombor telefon yang terpilih.

Melalui posting lelaki ini, dia menyatakan bahawa menerima mesej daripada penipu online dan nombor yang tidak dikenali yang memaklumkan kepadanya bahawa beliau telah memenangi Peraduan Nestle menerusi nombor telefonnya yang dikatakan terpilih menjadi pemenang.

Hadiah pemenang bagi peraduan tersebut bernilai RM5,000 dan dikatakan telah disahkan oleh Mahkamah dan pihak Polis Malaysia yang bertujuan untuk menyakinkan para pemenang yang terpilih. Manakala alamat penganjur juga turut disertakan yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

semak scammer online Malaysia
Pemenang perlu memberikan maklumat bank untuk tuntut hadiah.

Manakala pemenang tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk menuntut hadiah tersebut tetapi pemenang perlu memberikan nama penuh, maklumat nama bank dan perlu mengambil gambar kad bank depan dan belakang. Taktik ini berkemungkinan untuk sabotaj akaun bank milik mangsanya.

Semak akaun yang ada report
Perbualan antara mangsa dan scammer melalui aplikasi Whatsapp.

Semua pemenang diminta menggunakan ATM atau Cash Deposit Machine di bank untuk mendapatkan hadiah yang telah ditawarkan. Kemudiannya, pemenang akan diarahkan mengisi detail bank dan sebagainya melalui panggilan yang dibuat oleh scammer berkenaan.

Check scammer PDRM
Taktik digunakan untuk mengambil duit dari akaun mangsa.

Muhammad Misran yang telah menyedari peraduan ini adalah palsu telah mengambil langkah yang bijak dengan merakamkan perbualan scammer berkenaan sewaktu si penipu online tersebut menghubunginya untuk mendapatkan maklumat bank dan maklumat dirinya.

Cara semak no telefon scammer
Penipu ini bijak memujuk mangsa yang akhirnya sedar dia sedang ditipu.

Berikut adalah rakaman video perbualan antara Muhamad dan penipu online tersebut yang sempat dirakamkan untuk disebarkan kepada orang ramai supaya tidak lagi tertipu dengan kes penipuan secara online seperti ini.

Penipu online tersebut yang menyedari bahawa mangsanya lebih bijak dan mempermainkannya telah mematikan talian tersebut. Mungkin penipu berkenaan dalam ketakutan apabila dengan segera mengakhiri perbualan itu.

Sebenarnya, terlalu banyak kes penipuan dan penipu online yang sering kita dengari sama ada di laman sosial atau di akhbar dan juga televisyen yang membabitkan scammer online seperti ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terus mempercayai setiap tawaran sebegini dan perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Baca juga : Scammer tu jadi marah apabila saya bagitahu amaun yang ada dalam akaun bank tinggal puluhan ringgit sahaja

Cara Semak Scammer Online

Sekiranya anda adalah salah seorang mangsa penipu online, anda perlu membuat laporan polis dan juga boleh membuat aduan secara online. Jika anda mengesyaki anda sedang ditipu dan inginkan kepastian tentang si penjual atau individu yang menawarkan ganjaran atau meminta anda memindahkan duit ke akaun bank milik mereka.

Cara buat semakan nombor akaun scammer, nombor telefon dan juga nama mereka boleh di semak melalui beberapa laman web yang turut membantu untuk membenteras jenayah siber ini yang dikongsikan seperti di bawah;

Semak akaun bank scammer
Semak nombor telefon penipu melalui SKMM.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan senarai penipu dan penjenayah online di Malaysia menerusi laman Facebook dengan kata kunci Senarai Penipu Online Malaysia malahan anda juga boleh menyemak, mengadu atau buat report dan menghebahkan tentang penipuan yang anda hadapi di beberapa Group Facebook yang mempunyai ribuan ahli.

Semoga kejadian yang berlaku terhadap Muhamad Misran menjadi pengajaran kepada semua. Berhati-hati dengan sebarang tawaran di aplikasi Whatsapp, SMS dan secara online supaya kes seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Penipu Online Bijak Yakinkan Mangsa Yang Lebih Pandai (Scammer) Sazarimma

Tiada Lagi Pendatang Asing Tanpa Izin Mulai 31 Ogos 2018 (PATI)

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Sememangnya semenjak berpuluh tahun lalu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia menjadi topik hangat dan langsung tidak disukai ramai rakyat Malaysia namun kedatangan mereka semakin hari semakin bertambah sehingga ada yang berkahwin dan beranak pinak di negara kita.

operasi pati
Sumber: Bernama

Beberapa hari lalu, berita yang sering ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen selepas membuat janji dengan mengatakan akan bebaskan Malaysia daripada PATI mulai tarikh 31 Ogos 2018.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen iaitu Datuk Seri Mustafar Alif berkata, pihak imigresen akan menangkap dan menahan mana-mana PATI dalam operasi berkenaan bermula pada tengah malam pada tarikh yang dinyatakan.

pendatang tanpa izin
Sumber : Berita Harian

‘Semua PATI yang ditahan termasuk majikan yang terbabit tidak akan diberi ‘muka’ dan wajib berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana pihak Imigresen telah pun memberi peluang yang secukupnya terhadap mereka.’

‘Kita akan memulakan Program Serah Diri Sukarela yang dikenali sebagai 3+1 untuk pendatang asing ini datang membayar denda dan diusir pulang semula ke negara asal mereka.’

golongan pati di Malaysia
Sumber : Sinar Harian

Selain itu, PATI yang datang secara haram ke negara ini masih lagi berpeluang untuk menyerah diri sehingga tarikh 30 Ogos ini sebelum pihak Imigresen mengambil tindakan tegar terhadap mereka yang terbabit.

Semoga dengan ketiadaan PATI di Malaysia akan tiada lagi kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Sememangnya terlalu banyak kes jenayah yang mengaitkan golongan PATI di Malaysia.

Tiada Lagi Pendatang Asing Tanpa Izin Mulai 31 Ogos 2018 (PATI) Sazarimma

Viewing all 498 articles
Browse latest View live