Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Lelaki Cedera Akibat Gigitan Baby Shark Ketika Menjaring Di Pantai, Netizen Kongsi Cara Elakkan Dari Digigit Anak Ikan Yu

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Seorang lelaki menderita menanggung kesakitan selepas digigit anak ikan yu atau dikenali sebagai ‘Baby Shark’  di pehanya ketika lelaki terbabit sedang menjaring ikan di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor, semalam.

Sejurus selepas lelaki tersebut dilihat mengalami kecederaan, orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut dengan segera membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Anggota penyelamat pantai Bagan Lalang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan yang menyatakan seorang lelaki cedera kerana digigit anak ikan yu yang masih melekat di pehanya tanpa melepaskan gigitan.

digigit anak ikan yu
Gigitan anak ikan yu memang agak susah untuk dilepaskan jika tidak tahu caranya.

Sejurus tiba pasukan APM penyelamat pantai dengan segera memberi rawatan serta turut mendapatkan bantuan dari Pasukan ambulans APM. Pasukan Paramedik APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melepaskan gigitan ikan tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Pelek dengan menggunakan ambulans APM untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut memandangkan mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan yang agak serius.

digigit anak ikan yu
Jika digigit, sakitnya memang tak dapat dibayangkan. Sesiapa yang pernah rasa pasti tahu betapa sakitnya.
digigit anak ikan yu
Pegawai Paramedik sedang berikan bantuan kepada mangsa.
anak ikan yu
Sebelum bantuan sampai, mangsa juga cuba untuk lepaskan gigitan, namun gagal.
gigitan anak ikan yu
Mangsa menjerit kesakitan ketika menerima rawatan.

Berbagai reaksi netizen dapat dilihat di laman sosial Facebook selepas beberapa gambar mangsa yang digigit ikan yu tersebar. Segelintir daripada mereka turut menasihatkan semua orang supaya sentiasa berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti di sekitar pantai kerana perkara tersebut mungkin akan berlaku lagi jika tidak berhati-hati.

Manakala, beberapa komen dan pendapat yang bernas yang boleh diambil sebagai nasihat atau petua turut dikongsikan beberapa netizen yang mengaku pernah menghadapi situasi sedemikian. Mereka turut berkongsi bagaimana cara untuk tidak menarik perhatian spesis anak ikan yu berada berdekatan dengan kita ketika berada di dalam air.

Petua Untuk Elak Digigit Ikan Yu

gambar anak ikan yu
Anak ikan yu setelah melepaskan gigitannya.

Gigitan ikan yu sangat menakutkan dan menyakitkan apabila digigit. Sekali digigit, pasti amat susah untuk dilepaskan semula, jika dibiarkan gigitan itu, luka tersebut akan memudaratkan sesiapa sahaja yang terkena gigitan. Berikutnya adalah langkah-langkah dan cara untuk mengatasi sekiranya anda digigit ikan yu dan cara untuk mengelakkan kejadian itu berlaku.

BACA : Lelaki Ini Buktikan Pokok Tetulang Mampu Merawat Tulang Patah, Sakit Sendi Tulang, Ketuat & Bisul

“Ikan yu boleh dimakan, tetapi perlu beringat ketika memancing atau menjaring. Jika dapat ditangkap anak ikan yu, jangan sesekali memegang pada bahagian ekornya ketika dia masih hidup kerana dikhuatiri ikan yu tersebut akan memusingkan badannya dan mengigit.”

komen netizen
Antara petua yang boleh digunakan untuk elakkan digigit anak ikan yu.

“Jika kita membuang air kecil di dalam air ketika memancing atau menjala, air kencing tersebut boleh mengundang kehadiran ikan yu, jerung atau baby shark. Sebab air kencing bersamaan bertoksik dan dapat dihidu serta menarik perhatian oleh ikan-ikan yang sejenis dengannya. Serangan dari ikan yu akan terjadi bila-bila masa sahaja tanpa anda fikirkan yang ia hanya baby shark.”

“Bagi yang telah digigit ikan yu, cara untuk melepaskan gigitan ikan yu sekiranya tidak mempunyai senjata tajam adalah dengan menggunakan tembakau yang diletakkan di bahagian kepalanya terutama bahagian mulut. Mungkin ikan ini akan terus melepaskan gigitannya.”

selepas digigit anak ikan yu
Bekas gigitan anak ikan yu yang terdapat di peha mangsa selepas dirawat.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika beriadah atau melakukan sebarang aktiviti di Pantai Bagan Lalang. Kes ini merupakan kes yang pertama berkaitan dengan gigitan ikan yu sejak Menara Penyelamat Pantai Bagan Lalang diwujudkan semenjak tahun 2011.

Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor.

Lelaki Cedera Akibat Gigitan Baby Shark Ketika Menjaring Di Pantai, Netizen Kongsi Cara Elakkan Dari Digigit Anak Ikan Yu
Saza


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498