Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
Perhatian kepada semua ibu-ibu yang sedang mengandung di Malaysia! Sekiranya majikan anda cuba memberhentikan anda hanya kerana anda ingin mengambil cuti bersalin 90 hari. Anda kini boleh melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kes sebegini.
Memetik laporan MMO, ketika pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman tentang jumlah cuti bersalin bagi sektor kerajaan dan swasta yang akan dinaikkan daripada 60 hingga ke 90 hari.

Walau bagaimanapun, sekiranya bos atau majikan anda tidak meluluskan permohonan cuti bersalin 90 hari berkenaan, mereka sebenarnya boleh disiasat dan turut didakwa kerana telah menyalahi undang-undang.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, tindakan sedemikian adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan bahawa semua orang mempunyai hak yang sama rata termasuk dalam sektor kerajaan.
BACA : Ibu Hampir Pitam Anak Gadisnya Berusia 15 Tahun Keluar Dari Tandas Awam Pegang Bayi Berlumuran Darah
Beliau menambah,
“walaupun tiada klaus yang khusus untuk majikan sektor swasta tidak menamatkan perkhidmatan seorang pekerja wanita untuk mengambil cuti bersalin 90 hari, kita harus menegakkan prinsip asas yang merupakan Perlembagaan Persekutuan.
Majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita apabila mereka hamil, wanita-wanita ini banyak memberi sumbangan kepada kejayaan syarikat mereka sehingga berkembang maju.”

Beliau turut menasihatkan mana-mana wanita yang mengambil cuti selama 90 hari itu telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh majikan, diminta tampil untuk melaporkan perkara tersebut supaya dapat disiasat oleh pihak kementerian dengan segera.
Perlaksanaan cuti bersalin 90 hari yang dicadangkan itu akan dilaksanakan melalui melalui dua fasa iaitu bahagian pertama akan diadakan sesi konsultasi dengan pemegang saham yang berkepentingan demi mendapatkan maklum balas dari mereka.
Melalui fasa kedua pula membabitkan perubahan undang-undang yang sedia ada termasuklah Seksyen 137 Akta Pekerjaan 1995, Seksyen 83 Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Seksyen 84 Ordinan Buruh SArawak Bab 76.

Semasa pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, Perdana Menteri pernah mencadangkan untuk memberikan pengecualian setahun bayaran cukai bagi wanita demi untuk meringakan beban sekiranya mereka menganggur selama lebih dari dua tahun.
Cadangan ini adalah kerana beliau begitu menghargai jasa wanita dan turut menganggap wanita sebagai tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga serta pembangunan negara.
Jika majikan anda sukar untuk memberikan cuti bersalin 90 hari tersebut, anda perlu mengingatkan mereka bahawa perkara ini telah diumumkan dan diberikan lampu hijau oleh menteri.
Majikan Anda Tak Luluskan Cuti Bersalin 90 Hari? Mulai Sekarang Anda Boleh Saman Mereka!
Saza