Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Boleh Keluarkan Sebelum Bersara

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Mungkin masih ramai yang menganggap duit KWSP / EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja & Employees Provident Fund) hanya boleh dibuat ketika usia mencecah 50-an. Sebenarnya, 17 jenis-jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan oleh semua pencarum tanpa perlu menunggu umur sehingga nak bersara.

Duit simpanan KWSP boleh dikeluarkan pada bila-bila masa saja iaitu sebelum dan selepas mencapai umur persaraan. Pengeluaran KWSP ini diwujudkan kerana untuk membantu pencarum EPF atau penyimpan bagi membuat persediaan awal sebelum dan ketika dalam persaraan.

Kepada anda yang mempunyai simpanan dalam akaun KWSP dan ingin mengeluarkan duit simpanan EPF tersebut kerana tujuan tertentu seperti untuk pendidikan, rumah dan sebagainya, anda perlu buat semakan cara-cara dan jenis-jenis pengeluaran KWSP sebelum melakukan sebarang transaksi tersebut.

17 Jenis-jenis Pengeluaran KWSP

pengeluaran kwsp akaun 2 untuk peribadi

Pengeluaran Sebahagian

  1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
  2. Pengeluaran Pendidikan
  3. Pengeluaran Membeli Rumah
  4. Pengeluaran Membina Rumah
  5. Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  6. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  7. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  8. Pengeluaran Perumahan PR1MA
  9. Pengeluaran Haji
  10. Pengeluaran Kesihatan
  11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pengeluaran Penuh

  1. Pengeluaran Umur 55 Tahun
  2. Pengeluaran Umur 60 Tahun
  3. Pengeluaran Pekerja Pencen dan Pesara Pilihan
  4. Pengeluaran Hilang Upaya
  5. Pengeluaran Meninggalkan Negara
  6. Pengeluaran Kematian

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Dua jenis pengeluaran EPF untuk kategori umur 50 iaitu :

  • Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
  • Sebahagian dari Simpanan Akaun 2

Pengeluaran EPF menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Kad pengenalan/MyKad
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal
  • Sijil Kelahiran/Surat Pengesahan Identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

Info : Ahli tidak perlu mengisi borang permohonan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas ‘Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti permohonan pengeluaran.

Pengeluaran EPF TANPA menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Tanpa MYKad
  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal

2. Pengeluaran Pendidikan

pengeluaran kwsp untuk pendidikan

Dua jenis pengeluaran untuk kategori pendidikan iaitu :

  • Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU
  • Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

Pengeluaran pendidikan adalah untuk membiayai :

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian
  • Jumlah baki pinjaman
  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

Syarat kelayakan untuk memohon :

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf
  • Sedang belajar di institusi dalam negara atau luar negara
  • Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan

Dokumen-dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9H (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian

3. Pengeluaran Membeli Rumah

Dua jenis pengeluaran untuk kategori ini iaitu :

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Pengeluaran Individu

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)

Pengeluaran Bersama

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)

Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal sahaja
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat Perjanjian Jualan ATAU Surat Perakuan Jualan Oleh Pentadbir Tanah / Mahkamah – Tarikh Perjanjian / pengisytiharan tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh permohonan
  • Buku bank atau Penyata akaun simpanan

Info – Pinjaman dan pembiayaan perumahan pastinya mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza untuk pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, amatlah penting untuk anda menyusun semua keperluan dokumen untuk melancarkan proses permohonan.

4. Pengeluaran Membina Rumah

untuk membina rumah

Dua jenis pengeluaran EPF untuk kategori ini iaitu :

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Pengeluaran Individu

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

Pengeluaran Bersama

  • Pinjaman Perumahan – Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)
  • Pembiayaan Sendiri/Tunai – Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
  • Perjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)

Dokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua

Pembiayaan pembinaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembinaan rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

5. Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Dua jenis pengeluaran EPF untuk kategori ini iaitu :

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

Pengeluaran Individu (Pinjaman Sendiri)

  • Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU
  • Semua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah dan tidak kurang RM500)

Pengeluaran Bersama (Membantu Pinjaman Pasangan)

  • Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU
  • Semua simpanan Akaun 2 pemohon (mana yang terendah dan tidak kurang RM500)

Pengeluaran EPF menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan Penyata Baki Pinjaman Perumahan – mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Maklumat pembiayaan semula (refinance)*
  • Surat Perjanjian Jual Beli ATAU Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
  • Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran – untuk pengeluaran membantu pasangan
  • Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (jika ada) Lihat butiran
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

Pengeluaran EPF TANPA menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Tanpa MyKad
  • Borang KWSP 9C (AHL) (D8) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Maklumat pembiayaan semula (refinance)*
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan – mengikut format KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari Lembaga Peminjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Surat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
  • Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran – untuk pengeluaran membantu pasangan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (untuk pengeluaran mengurang/menyelesaikan rumah kedua). Lihat butiran

6. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Dua jenis pengeluaran EPF yang boleh dikeluarkan iaitu :

  • Pengeluaran Individu – Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun 2
  • Pengeluaran Bersama – Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun 2 pemohon

Info Ringkas :

  1. Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam bulan. Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan.
  2. Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
  3. Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah.
  4. Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
  5. KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual/lelong/ hakmilik dipindah atau jika anda didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat/dokumen palsu.
  6. Tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
  7. Tempoh bayaran maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan.

Dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima)
  • Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  • Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal.

7. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

  1. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
  2. Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
  3. Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman.
  4. Simpanan di dalam akaun ini tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan atau Pengeluaran Umur 50.
  5. Wang yang diketepikan untuk akaun ini adalah hak anda dan tidak dipindahkan ke institusi kewangan.
  6. Anda akan terus menerima dividen tahunan untuk simpanan ini tetapi akan di kredit ke dalam Akaun 2.
  7. Anda boleh mengeluarkan simpanan dari akaun ini apabila mencapai usia 55 atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Pengeluaran Pekerja Berpencen.

Syarat Kelayakan Untuk Permohonan

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR)
  • Umur bawah 54 tahun
  • Membeli/Membina rumah kediaman
  • Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

Cara Memohon

  • Dapatkan pengesahan dari institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian rumah/bangunan dan ring fencing
  • Hantar permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui institusi kewangan
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel mesti dipohon bersama Pengeluaran Beli/Bina Rumah ATAU Pengeluaran Pengurangan/Menyelesaikan Hutang Rumah

Info :

Dokumen-dokumen yang diperlukan mungkin berubah untuk permohonan kali pertama dan seterusnya. Oleh itu, ia penting untuk mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk memastikan proses berjalan lancar. Dapatkan maklumat lanjut tentang Pengeluaran Fleksibel.

8. Pengeluaran Perumahan PR1MA

syarat pengeluaran kwsp untuk rumah

Ahli KWSP digalakkan untuk menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari untuk mendapatkan rumah PR1MA pertama. Mulakan langkah pertama dengan kaedah ring-fence supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah baru anda.

Pengeluaran EPF jenis ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan. Jumlah pembayaran PR1MA ditentukan oleh ahli dan tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan. Sebahagian atau semua dari simpanan Akaun 2 (minimum RM50).

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Umur bawah 55 tahun
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hakmilik harta
  • Pembeli rumah PR1MA

Cara Untuk Membuat Permohonan

  • Mendaftar akaun di www.pr1ma.my DAN memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri
  • Tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institusi kewangan
  • Hantar permohonan untuk-
    a. Hadangan Simpanan
    b. Pengeluaran Perumahan PR1MA
    c. Penstrukturan Semula
    d. Pembatalan Hadangan
  • Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP
  • KWSP akan memberitahu anda apabila pengeluaran sudah diluluskan (melalui SMS/mesej keselamatan i-Akaun/Notis)

9. Pengeluaran Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Umur bawah 55 tahun
  • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  • Tidak pernah memohon pengeluaran haji
  • Simpanan di LTH tidak mencukupi

Dokumen yang diperlukan :

Untuk membuat permohonan pengeluaran Haji, anda perlu membawa semua dokumen yang dinyatakan di bawah ke pejabat KWSP yang berhampiran :

  • MyKad
  • Surat tawaran dari LTH dengan status “DIPILIH”
  • Penyata akaun LTH yang terkini

Terma Bayaran Balik

Jumlah pengeluaran perlu dibayar semula sekiranya :

  • Ahli membatalkan/menangguhkan ibadat haji – jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP
  • Ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat – waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini

Baca : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1300 (Akaun KWSP & Tabung Haji)

10. Pengeluaran Kesihatan

Hanya ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran KWSP kesihatan yang boleh dikeluarkan daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan mengikut kelulusan.

Dua jenis pengeluaran yang boleh dikeluarkan iaitu :

  • Pengeluaran individu – Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
  • Pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang diluluskan – Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah)

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Diri sendiri
  • Pasangan
  • Anak-anak anda (kandung, angkat, tiri)
  • Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  • Tidak mendapat rawatan alternatif

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan

Info Penting :

Permohonan pengeluaran yang melibatkan Institusi Perubatan dalam dan luar negara memerlukan dokumen tambahan dokumen sokongan yang mungkin berbeza untuk pembiayaan kesihatan. Oleh itu, adalah penting untuk astikan semua keperluan dokumen lengkap bagi kelancaran proses permohonan.

11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Jika simpanan KWSP anda telah melebihi RM1 juta, anda layak untuk membuat pengeluaran KWSP serta berhak untuk menguruskan sendiri semua lebihan simpanan berkenaan.

Syarat Untuk Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP

Pengeluaran menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Sijil kelahiran/surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

Pengeluaran TANPA MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen Borang
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

12. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Apabila anda mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh keluarkan semua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Jika anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Lima kategori untuk jenis pengeluaran KWSP umur 55 tahun ini iaitu :

  • Pengeluaran Penuh
  • Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
  • Pengeluaran Sebahagian
  • Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
  • Pengeluaran Bayaran Bulanan

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

Pengeluaran menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

Pengeluaran TANPA MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

13. Pengeluaran Umur 60 Tahun

cara keluarkan duit kumpulan simpanan wang pekerja

Pengeluaran KWSP kategori ini adalah lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

Lima kategori untuk jenis pengeluaran ini iaitu :

  • Pengeluaran Penuh
  • Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
  • Pengeluaran Sebahagian
  • Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
  • Pengeluaran Bayaran Bulanan

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Umur 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai simpanan dalam KWSP

Pengeluaran menggunakan MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

Pengeluaran TANPA MyKad dan dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cap ibu jari gagal

14. Pengeluaran Pekerja Pencen dan Pesara Pilihan

Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen dan yang boleh dikeluarkan adalah baki simpanan KWSP selepas pengembalian syer kerajaan.

Syarat Kelayakan Untuk Pekerja Berpencen

  • Umur bawah 55 tahun
  • Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  • Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Dokumen diperlukan menggunakan MyKad untuk Pekerja Berpencen :

  • MyKad/Kad Pengenalan
  • Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/Pengiraan Awal

Dokumen diperlukan TANPA MyKad untuk Pekerja Berpencen :

  • Borang KWSP 9J (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/Pengiraan Awal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal

Syarat Kelayakan Untuk Pesara Pilihan

  • Umur bawah 55 tahun
  • Bersara dari Perkhidmatan Awam secara pilihan/tidak bekerja/bekerja sendiri/ bekerja semula dengan majikan yang lain ATAU Berkhidmat dengan agensi Kerajaan dan telah bersara secara pilihan di bawah Penswastaan/Pengkorporatan tetapi masih bekerja dengan agensi berkenaan
  • Telah menerima bukti pengesahan taraf pesara

Dokumen diperlukan menggunakan MyKad untuk Pesara Pilihan :

  • MyKad
  • Bukti Pengesahan Pesara
  • Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
  • Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA

Dokumen diperlukan TANPA MyKad untuk Pesara Pilihan :

  • Borang KWSP 9J (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Bukti Pengesahan Pesara:
    1. Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ATAU
    2. Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan

15. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan anda mengeluarkan kesemua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.

Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 daripada pihak KWSP sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

Syarat Kelayakan Bantuan Hilang Upaya RM5000

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai usia 55 tahun
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan
  • Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan

Bagi ahli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, bayaran Bantuan Hilang Upaya berjumlah RM5,000 akan diberikan mengikut budibicara KWSP.

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
  • Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)

16. Pengeluaran Meninggalkan Negara

tempoh proses umur 50

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain atau ekspatriat, penduduk tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

  • Permohonan Dalam Negara
  • Permohonan Luar Negara

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

  • Warganegara/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja / berhasrat meninggalkan Malaysia
  • Mempunyai simpanan KWSP

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9K (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan pasport yang masih sah laku
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun

Info : Sila rujuk kepada pihal KWSP kerana untuk pengeluaran EPF jenis ini memerlukan dokumen-dokumen tambahan bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara.

17. Pengeluaran Kematian

Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang dan ini akan membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

KWSP menggalakkan semua pencarum membuat penamaan untuk membolehkan waris-waris terdekat dapat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga juga akan dipertimbangkan untuk menerima bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan :

  • Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati – NamaSimati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama
  • Sijil Kelahiran ahli ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B)

Semoga perkongsian 17 jenis-jenis pengeluaran KWSP ini akan membantu anda yang sedang mencari informasi berkaitan EPF online. Sebaiknya rujuklah kepada cawangan-cawangan KWSP yang berada berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk keterangan lanjut jika mempunyai sebarang masalah.

17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Boleh Keluarkan Sebelum Bersara Iskandar Ariffin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498