Media Maklumat - Informasi Viral
Setiap pasangan yang berumahtangga pasti mengharapkan sebuah keluarga yang amat bahagia selamanya namun untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tiada kerjasama dari suami atau isteri. Apakah tips dan petua keluarga bahagia?
Kebahagiaan rumah tangga pasti tidak tercapai sekiranya pasangan suami isteri itu tidak mempunyai asas keluarga bahagia seperti menjaga hubungan, tiada kemesraan, mementingkan diri sendiri dan banyak lagi yang harus diketahui.
Tips & Petua Keluarga Bahagia
Kami kongsikan beberapa petua, cara dan tips serta doa-doa keluarga bahagia yang boleh diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri seperti mana yang turut digalakkan dalam Islam serta cara-cara mewujudkan keluarga sakinah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam.
1. Solat di Awal Waktu
Mendirikan solat di awal waktu tentunya keluarga bahagia. Perbezaan orang yang hanya sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, umpama langit dan bumi, sangat jauh beza dan pastinya Allah akan menghujani rezeki pada setiap rumah orang-orang yang menjaga solat di awal waktu.
2. Wujudkan Ta’lim Dalam Rumah
Mewujudkan ta’lim di dalam rumah sekurangnya 30 minit pada setiap hari. Ta’lim merupakan sesi berkumpul dengan keluarga dan bercerita tentang keagungan Allah, kisah tentang nabi, tafsir quran dan juga hadis-hadis. Jadikanlah rumah kita itu sebagai sebahagian dari taman syurga yang indah.
3. Berjemaah Setiap Hari
Mewujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya dalam sekali sehari iaitu solat berjemaah, makan bersama-sama dengan ahli keluarga dan berbual atau berkongsi cerita. Dalam ketiga-tiga waktu ini, anda perlu haramkan penggunaan handphone dan TV.
4. Menghormati Antara Satu Sama Lain
Menguap atau pun sering melihat handphone sewaktu pasangan, adik-beradik atau anak-anak yang ketika itu sedang bercerita atau berbual, adalah satu akhlak yang sangat buruk dan tidak baik diamalkan.
5. Berdoa Untuk Ahli Keluarga
Wajib menyebut nama pasangan suami atau isteri, adik-beradik dan anak-anak ketika dalam doa selepas solat pada setiap hari atau setiap kali selesai solat lima waktu dengan meminta serta mendoakan agar keluarga kita menjadi keluarga bahagia dunia dan akhirat.
6. Mengasihi dan Menyayangi
Memperbanyakkan menyebut “Ya Arhamar Rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) agar setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu iaitu penyayang dan pengasih atau saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi.
7. Tiada Sikap Malas
Elakkan sikap malas dalam diri. Buang terus perkataan MALAS dalam kamus hidup kita. Allah membenci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kita wajib kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan media sosial, kurangkan hiburan. Kerana semua itu adalah punca terjadinya malas.
8. Toleransi dan Lemah Lembut
Tanda-tanda Allah sayang pada keluarga kita adalah bila setiap seorang ahli keluarga boleh berlembut dan bertolak ansur sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, selalu bertengkar, kerap merajuk dan mementingkan diri sendiri, itu maknanya keluarga kita masih lagi jauh daripada Allah.
9. Yakin dan Redha Kerana Allah
Orang-orang yang paling bahagia dan kaya adalah orang yang mengenali Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat dan yakin dengan setiap musibah serta nikmat itu adalah kerana kasih sayang daripada Allah.
10. Menghayati dan Membaca Al-Quran
Apakah ciri-ciri rumah yang disukai oleh Allah? Rumah yang senantiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Cuba bayangkan Rasulullah akan datang ke rumah kita petang nanti? Adakah kita akan mengelak atau malu?
Adakah kita akan berikan Al-Quran yang penuh habuk yang telah lama tak dibaca kepada Rasulullah? Adakah kita ketika itu dalam keadaan yang bersedia untuk menyambut Rasulullah dan yakin Baginda akan suka datang ke rumah kita? Tepuk dada, tanya selera.
11. Menunaikan Tanggungjawab
Nafkah yang wajib untuk seorang suami kepada isterinya ada tiga kesemuanya iaitu:
- Tempat tinggal
- Makanan
- Pakaian
Suami isteri yang masih lagi tinggal di rumah ibu atau mak mertua atas apa saja sebab, itu bermakna suami tersebut belum dapat menyempurnakan nafkah tempat tinggal kepada isterinya. Tetapi jika tiada lagi pilihan, suami harus atau perlu memberi bayaran sewa atau sumbangan yang setimpal kepada pemilik rumah sebagai menyempurnakan nafkah tersebut.
Ini adalah kewajipan dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, suami akan terus menanggung dosa dan boleh menjadi punca atau asbab mengapa rezeki keluarga sempit, sering tak cukup dan juga rumahtangga tidak menjadi keluarga bahagia melainkan porak peranda.
12. Tidak Merungut
Rasulullah SAW langsung tidak pernah merungut apabila makanan yang disajikan atau dimasak oleh isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap atau layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk atau cemburu isterinya atau sebarang kesusahan dalam rumah tangga.
Rasulullah tidak pernah merungut sekali pun. Mengapa dan apakah sebabnya? Kerana merungut itu adalah salah satu tanda-tanda hati kita telah hitam.
13. Menjaga Kebersihan Diri dan Tempat Tinggal
Bagaimana untuk kita nak bersihkan hati yang telah hitam? Kita wajib merajinkan diri untuk basuh toilet, membersihkan rumah. Semua kerja-kerja ‘kotor’ sebegini pasti akan membersihkan hati serta menundukkan jiwa.
Sambil membersihkan tandas misalnya, ulangi kata-kata ini dalam hati kita dengan berulang-ulang agar kita sedar ;
“(Sebut Nama Sendiri), kau bukan siapa-siapa, kau tiada apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14. Sentiasa Sabar, Terima Kelebihan dan Kekurangan
Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan serta anak-anak, kita wajib sabar dan sabar. Sebelum apa-apa, perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu.
Terkadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15. Ikhlaskan Hati dan Perbuatan
Setiap kali kita buat apa saja kebaikan, jangan mengharapkan pujian oleh pasangan tetapi harapkanlah dipandang Allah dan Allah sayang. Sebab apabila Allah sayang, secara automatik seluruh makhluk-Nya akan suka dan menyayangi kita.
16. Mengekalkan Mawaddah
Mengekalkan mawaddah iaitu romantik dalam rumah tangga. Jalan-jalan dengan pasangan berpegangan tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, memandang wajah pasangan dengan penuh rasa cinta walaupun ketika itu ada di depan anak-anak asalkan tidak melebihi batasan.
17. Menghargai Keluarga
Sentiasa ringankan mulut untuk mengucapkan kata-kata cinta, penghargaan, segala pujian serta dorongan kepada pasangan masing-masing dan tidak dilupa terhadap anak-anak pada setiap hari. Tindakan ini pastinya akan melembutkan hati selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
18. Menjaga Tutur Kata
Rasulullah SAW tidak pernah memukul, merotan, mengurung atau meninggikan suara terhadap pasangannya dan juga anak-anak. Baginda sangat bijak menggunakan kemahiran berkomunikasi dan menjaga tutur kata yang berhemah untuk menyelesaikan sebarang konflik dan tekanan.
Sebarang kekerasan atau kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan juga akan menjarakkan hubungan bukannya menambahkan lagi kasih sayang atau menjadi keluarga bahagia.
19. Mengubah Cara Hidup Yang Lebih Baik
Cara kehidupan kita akan menentukan bagaimana cara mati kita. Bagaimana cara mati kita nanti akan menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. Jadi, kalau inginkan pengakhiran dan kesudahan yang amat baik, kita harus perbetulkan cara hidup kita bermula dari sekarang.
20. Sentiasa Membuat Kebaikan
Selalu buat kebaikan walaupun kepada pasangan kita yang tak pandai menghargai kita, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut.
Kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah. Berbuat baik kepada pasangan atau manusia kerana inginkan Allah sayang pada kita, bukannya kerana inginkan pasangan sayang. Ingatlah, tiada satu pun kebaikan di dunia yang sia-sia.
21. Jaga Keharmonian Rumah Tangga
Rumah tangga yang bahagia dan sejahtera adalah salah satu syurga di dunia. Sesiapa yang tidak berusaha untuk mencapai syurga dunia, tidak akan mampu untuk beroleh syurga di akhirat nanti. Maka, adalah penting untuk kita terus berusaha untuk mencapai keluarga sejahtera, sebelum menghadapi mati.
22. Membimbing Isteri dan Anak Ke Jalan Allah
Seorang suami yang rajin membantu isteri seperti menolong basuh pinggan bukanlah seorang suami dayus. Suami yang rajin tolong menyidai baju bukanlah suami yang dayus. Suami yang sering tolong mandikan anak-anak bukanlah suami yang dayus. Seorang suami yang taat dan patuh kepada isterinya bukanlah suami dayus.
Tetapi seorang yang suami dayus itu adalah suami yang langsung tidak mampu membimbing isterinya untuk ke jalan Allah, tidak mampu menjaga aurat isterinya dan tidak mampu untuk membentengi isterinya dari azab api neraka.
23. Menjaga Solat Lima Waktu
Rumah tangga yang bahagia sentiasa mempunyai solat dan zikir serta kebaikan di dalamnya pastinya akan terus tenang dan bahagia selamanya.
24. Sentiasa Ingat Allah Dalam Apa Jua Keadaan
Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya diibaratkan seperti jarak dahi dengan tempat untuk sujud. Walau apa pun konflik di dalam rumah tangga, ingatlah kita harus kembali pada Allah.
25. Menjaga Kualiti Solat Keluarga
Kualiti sesebuah keluarga bahagia itu sebenarnya adalah terletak pada kualiti solat anggotanya yang berada di dalamnya.
26. Bersedekah & Amal Jariah
Sentiasalah bersedekah atau memberi sesama anggota keluarga. Kerana perbuatan sedekah itu adalah lebih tajam daripada doa.
27. Jadikan Keluarga Kita Keluarga Bahagia
Keluarga itu adalah asas kehidupan. Kalau keluarga bahagia sejahtera, keseluruhan perjalanan hidup kita akan terus jadi mudah.
28. Menjaga Kehormatan Isteri
Seorang suami itu perlu ada sifat ‘ghirrah‘ yang membawa maksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memeliharakan kehormatan isteri sendiri dan menghindari isteri daripada sebarang maksiat dan dosa.
Sebagai contoh, sekiranya isteri ingin keluar rumah bersama kawan-kawannya, suami boleh mengizinkannya dengan syarat auratnya sentiasa terpelihara dan pergaulan isteri terjaga.
Baca : Ciri-ciri Isteri Derhaka Kepada Suami
Doa Untuk Kebahagiaan RumahTangga
Selain daripada petua dan tips untuk kebahagiaan keluarga tercinta yang boleh suami isteri amalkan, ada juga beberapa doa keluarga bahagia agar rumah tangga aman dan damai, supaya anak rajin solat dan mendapat zuriat atau keturunan yang baik-baik.
Kami sertakan juga doa untuk rumah tangga yang sedang bermasalah agar diberi kesejahteraan, kemakmuran dan sukses dunia akhirat seperti mana yang telah tertulis dalam kitab suci Al-Quran.
Doa Untuk Rumah Tangga Bermasalah
Amalkan doa ini apabila rumah tangga sedang bermasalah, dilanda badai atau diuji dengan sebarang musibah. Kita amat digalakkan untuk mengamalk doa ini untuk kebahagiaan rumah tangga :
Surah At-Taubah Ayat 128-129
Doa Agar Anak Rajin Solat
Doa supaya anak rajin solat atau agar seluruh ahli keluarga tidak meninggalkan solat serta sentiasa menjaga solat masing-masing :
Surah Ibrahim Ayat 40
Doa Untuk Ibu Bapa, Anak-anak dan Keluarga
Doa supaya Allah sentiasa memelihara ibu bapa kita dan jadikan anak-anak kita patuh dan taat serta menjaga kebahagiaan rumah tangga :
Surah Al-Ahqaf Ayat 15
Doa Memohon Zuriat Yang Baik
Doa memohon zuriat yang soleh, yang baik dan supaya Allah sentiasa memberi kesabaran kepada kita ketika belum mempunyai zuriat :
Surah Maryam Ayat 1-10
Doa Keluarga Bahagia
Doa keluarga bahagia atau sakinah untuk kebahagiaan rumah tangga dan keturunan, kesejahteraan keluarga termasuk anak-anak secara keseluruhan.
Surah Al-Furqan Ayat 74

Maksud Rumi :
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa saja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Semoga apa yang telah dikongsikan ini akan bermanfaat buat semua serta akan menjemput rahmat Allah SWT ke dalam keluarga bahagia anda. Perkongsian ini bukanlah nasihat dan tidak juga untuk menunjukkan bagus dan ia sekadar dikongsi kepada anda semua kerana Allah Taala.
Petua Keluarga Bahagia & Tips Kebahagiaan Rumah Tangga (Doa) Iskandar Ariffin