Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
Seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pada tahun lepas dianggarkan kira-kira 20,000 orang rakyat dari negara ini maut akibat kerana merokok pada setiap tahun. Masalah ini semakin membimbangkan apabila bilangan mereka yang merokok semakin meningkat setiap tahun walaupun telah berbagai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menangani masalah perokok.
Walau bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa menghidu asap rokok dengan berlebihan boleh juga menyebabkan kematian walaupun mangsa itu bukan seorang yang menghisap rokok.


Beberapa hari lalu, tular di laman sosial satu kisah yang meruntun hati apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Dela Noor Defasa dari negara seberang telah berkongsi di Facebook bagaimana beliau telah kehilangan tunangnya yang maut akibat dijangkiti penyakit paru-paru, lapor Coconuts.
Melalui perkongsian Dewi Sartika itu, tunangnya adalah seorang perokok pasif iaitu tidak merokok tetapi menghidu asap rokok dengan cara yang berlebihan. Tunang Dela telah bertarung dengan maut apabila penyakit yang dihidapinya memakan masa selama hampir setahun dan akhirnya meninggal dunia pada 19 Disember pada tahun lalu.


“Allah lebih sayang kamu Aa, Allah penat lihat kamu keluar masuk hospital setiap bulan. Allah juga mungkin sayang aku yang dia tidak mahu aku sedih lihat kamu sakit-sakit setiap malam, bangun menahan dada kanan kamu yang terasa sakit.
“Kamu menyerah di saat 19 hari kamu berjanji akan mengikrarkan janji suci itu,” jelas Dela melalui postingnya yang sepatutnya telah bernikah dengan tunangnya itu pada 6 Januari lalu.
Tunang Dela telah meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu 24 tahun dan mereka pula sudah pun menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun lamanya.
Kisah sedih yang telah dikongsikan Dewi itu jadi viral di seluruh Indonesia dan turut mendapat perhatian serta perkongsian netizen lebih dari 80 ribu di laman Facebook semenjak ia dimuat naik pada 29 Disember 2017 lalu.



Walau bagaimanapun, adakah kisah sedih seperti ini mampu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang betapa bahayanya rokok? Semoga pihak berkuasa akan terus meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok tegar supaya tidak merokok di tempat awam yang mempunyai ramai orang.
Isu rokok bukanlah satu perkara baru di media sosial dan akhbar, malahan kita seringkali mendengar atau membaca bermacam kisah yang menyayat hati yang membabitkan akibat terhidu asap rokok dan akhirnya maut.
Walau apapun alasannya, semoga kisah sedih ini mampu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada orang ramai serta kepada perokok tegar di luar sana. Mereka tidak menghisap rokok tetapi menjadi mangsa kerana terhidu asap rokok yang berlebihan.
BERHENTI Merokok Dekat Orang Yang Tak Merokok! – Lelaki Ini Maut Akibat Hidu Asap Perokok Berlebihan
Saza