Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
Inti pati Bajet 2018 telah banyak yang dibentangkan khas untuk semua rakyat Malaysia. Antaranya Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada 500 ribu ibu bapa yang membuka akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) untuk anak mereka yang berumur antara 7 sehingga 12 tahun.
Melalui sidang media Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung pada 2 Jaunari lalu telah mengumumkan jumlah pembayaran sebanyak RM250 juta dan hanya 500,000 permohonan pertama layak untuk mendapatkan insentif berkenaan yang akan berakhir pada 31 Disember 2018 nanti.

SSPN-i-Plus
Jika anda ingin tahu mengapa semua ibu bapa perlu membuka akaun SSPN-i-Plus dan harus mula menyimpan untuk anak-anak mereka? Melalui kajian pakar kaji selidik yang berpangkalan di London, Malaysia adalah negara yang kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan yang tertinggi. Dan dalam kajian selidik berasingan, HSBC mendapati bahawa 57% rakyat Malaysia yang mengambil pinjaman untuk anak-anak mereka yang berjumlah RM38,000 setahun secara purata.
Walau bagaimanapun, itu adalah angka untuk masa sekarang melalui kajian yang telah dilakukan, namun ia dikatakan pasti akan terus meningkat pada masa akan datang.
BACA JUGA : KWSP Bagi RM250 Percuma SSP1M Setiap Tahun Pada Mereka Yang Tiada Pendapatan Tetap
SSPN-i Plus adalah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan ibu bapa di Malaysia yang ingin merancang untuk masa depan anak-anak mereka. Sebelum ini, kerajaan hanya memberikan RM50 untuk setiap pembukaan akaun SSPN-i Plus. Tetapi, sebagai dorongan untuk berjimat, Bajet 2018 berjanji untuk meningkatkan insentif itu kepada RM500 dan menjenamakan semula skim itu dengan nama Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M).

Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih di dalam SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak-anak yang sedang belajar di sekolah rendah layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan ini iaitu deposit percuma bernilai RM500 (GS500). Insentif Khas Geran Sepadan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah usia lapan belas (18) tahun.
Ibu bapa penjaga tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi mendapatkan insentif berkenaan. Dengan hanya membuka akaun simpanan atau membuat penambahan simpanan SSPN1M iaitu SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i/ SSPN-i Plus) sekurang-kurangnya RM500 dalam tahun 2018 untuk melayakkan mereka menikmati insentif ini.
Menurut The Sun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata ibu bapa yang membuat penabungan diberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 setahun iaitu RM6,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i dan tambahan sebanyak RM6,000 lagi bagi sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi Insurans Nyawa dan KWSP. Pelepasan taksiran cukai yang diberikan ini membuktikan yang skim simpanan ini amat istimewa.

Syarat dan Cara untuk mendapatkan insentif RM500:
- Buka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus di laman SSPNiPlus Online atau di mana-mana cawangan PTPTN.
- Hanya kanak-kanak yang berumur antara 7 dan 12 tahun saja layak mendapat insentif ini.
- Pastikan anda masukkan minima RM500 ke dalam akaun.
- Anda tidak perlu memohon insentif ini, ia akan auto-kredit ke dalam akaun anda.
- RM500 yang diberikan hanya boleh dikeluarkan apabila kanak-kanak berusia lebih 18 tahun.
Anda juga boleh membuat semakan penyata atau yang berkaitan dengan SSPNiPlus melalui laman web PTPTN dengan memasukkan nombor Mykad sahaja.
Pelajar Sekolah Berumur 7 hingga 12 Tahun Akan Menerima RM500 (SSPN1M) Dari Kerajaan Malaysia – Cepat! Hanya 500,000 Pemohon Sahaja!
Saza