Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.

Namun, dalam keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik, biasanya yang sulung atau anak pertama lain dari yang lain dari segi tanggungjawab dan sebagainya. Ikuti perkongsian Muhammad Rusydi yang membicarakan tentang betapa mahal harga seorang anak sulung dari kaca matanya.
Anak Sulung
“Bagi kat adik dululah. Takpe, along dah makan.”
“Achik tak cukup duit, pakai duit angah dulu.”
“Along tak suka adik buat macam tu! Jangan pergi situ lagi!”
Begitulah kata-kata yang biasa keluar dari seorang abang atau kakak.

adiknya.
Anak sulung. Anak kedua. Tak kiralah sama ada yang sulung dan kedua itu kakak atau abang.
Anak Sulung Paling Disayangi
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Zuriat pertama – zuriat cinta ayah dan ibu. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi.
Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.
Gurauan Berkasih Dalam Keluarga

Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Ya, air dicincang takkan putus.
Kadang-kadang, kita dengar adik-beradik cakap kasar, carut marut antara mereka, jangan judge. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka. Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Terpulang apapun. Asal mesra pada rasa.
Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.
Buruk macam mana pun seorang adik, kakak dan abang masih percaya insya-Allah suatu hari ada hidayah menerpa, berubah akhirnya.
Pengorbanan

Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti.
Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya.
Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.
Pelindung
Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga.
Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya.
Secebis Penghargaan Buat Anak Sulung Abang atau Kakak
Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Sekalung budi untuk pengorbanan sepanjang usia. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi dulu tinggalkan adik-adiknya.
Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.
Permata-permata dalam keluarga, kadang kita sendiri buta menilainya.
Dedikasi untuk semua anak sulung dan kedua.
Nukilan: Muhammad Rusydi
Tag abang dan kakak anda tanda penghargaan.
Hentam Share andai bermanfaat.
Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Keluarga
Saza