Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
BOIKOT? Pasti ramai yang pernah dengar tentang kempen memboikot sesuatu produk dari negara luar seperti yang sering menjadi sasaran utama adalah McDonald dan Starbucks yang dikatakan menyokong rejim kekejaman Israel.
Tetapi, mungkin ada yang tertanya, adakah tindakan boikot kedua-dua perniagaan tersebut adalah satu tindakan yang betul? Ikuti perkongsian dari The Reporter ini yang menjelaskan beberapa fakta yang harus dinilai oleh kita semua.

Fakta-Fakta Boikot Mc Donald dan Starbucks
1. Baru-baru ini McDonald Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang dana kepada Israel. Perkara ini disokong dengan pemegangan saham 100% rakyat tempatan dan pemegang saham terbesar adalah Muslim.
2. Jika kita selidiki, McDonald ini sebenarnya dibenci di Israel. Ini kerana McDonald Israel yang dipegang oleh Omri Padan, langsung tidak mahu membuka cawangan di mana-mana tanah rampasan Israel.
3. Israel kemudian bertindak menyeru rakyatnya untuk memboikot McDonald dan menyokong pesaingnya iaitu Burger Ranch. McDonald masih lagi bertegas dengan polisi mereka di Israel.
4. Bagaimana pula dengan Starbucks? Starbucks dahulunya dikecam teruk kerana CEOnya, Howard Schultz adalah berbangsa Yahudi dan pernah menerima anugerah dari Israel.
5. Namun, Starbucks semenjak 2003, tidak membuka cawangan di Israel. Lebih mengejutkan lagi, mereka hanya beroperasi di negara berdekatan iaitu Lebanon dan Jordan.
6. Ini dengan jelas menunjukkan polisi Starbucks yang tidak bersetuju dengan tindakan Israel. Untuk operasi mereka di Timur Tengah, mereka beroperasi bersama kumpulan MH Aishaya WL, sebuah syarikat Kuwait.
7. Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh kita kaitkan McDonald dan Starbucks menyokong pejuangan Israel. Ini dikukuhkan dengan nama kedua-dua syarikat ini tidak disenaraikan dalam senarai BDS.
BACA : Kakitangan Mcdonald’s Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim




Berikutnya sedikit penerangan tentang permasalahan di atas.
Adakah relevan memboikot Mc Donald? – Dr Asri
Adakah PERLU boikot barangan Israel? – Ustaz Azhar Idrus
Renung-renung dan fikir-fikirkan!
Sumber: RMF7, Syed Saddiq & Danish Amirun.
Adakah Tindakan Kita Betul Dengan Boikot McDonald dan Starbucks? Ini Fakta Yang Perlu Anda Buat Penilaian Sendiri
Saza