Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah? Apakah Sebab Utama?

$
0
0

Media Maklumat - Informasi Viral

Tak patuh syariah? Zaman sekarang kebanyakan rumah hampir kesemuanya mempunyai tandas dalam bilik tidur dan jarang sekali kediaman yang tandasnya di luar rumah seperti rumah kampung dahulu kala. Pembinaan rumah seolah diwajibkan mempunyai bilik mandi dan tandas di tempat tidur.

Mungkin ramai yang masih tak tahu kenapa tandas dalam bilik tidur tidak sepatutnya bercantum dengan bilik tidur. Jika rumah anda sekarang mempunyai tandas di tempat tidur, sebaiknya anda tahu apakah hukum atau adab untuk memastikan ia patuh syariah.

Memang agak mengejutkan dengan perkongsian seorang arkitek rumah Islamik iaitu Puan Khairunnisa Hamzah yang menyatakan adakah tandas dalam bilik tidur rumah anda patuh syariah dan apakah cara untuk jadikan ia mematuhi syariah yang telah ditetapkan?

Perkongsian beliau telah menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya malahan ada juga yang tidak bersetuju sehingga mempertikaikan mengapa harus tandas dibuat di luar rumah memandangkan faktor keselamatan harus diambil kira dan sebagainya.

Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah?

hukum tandas dalam bilik tidur rumah
Tandas patuh syariah di luar rumah? Bukan.

Sebenarnya, agak kurang elok jika tandas berada di dalam rumah kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan, apatah lagi tandas dalam bilik tidur.

Apabila Nabi Muhammad SAW ingin masuk ke tandas pula, baginda telah bersabda :

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita.” – Riwayat Al-Bukhari. – No Hadith 139

Cuba anda bayangkan kebanyakkan rumah sekarang tandas bersatu dengan bilik tidur. Apabila pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan akan boleh masuk ke dalam bilik tidur kita. Bila buka pintu tandas, terus menghadap katil tempat kita beradu. Itu juga punca mengapa suami isteri sering bergaduh sesama sendiri dalam bilik tidur.

Saya pernah menghadiri satu majlis perkahwinan dan kemudian saya masuk ke bilik master bedroom tuan rumah untuk menggunakan tandas. Dalam bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil.

Selepas saya keluar dari tandas, makcik ini terus bersuara, “tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka? Syaitan masuk nanti dalam bilik ni,” katanya.

Kesian melihat makcik ini yang dalam keadaan lemah dan penat sehingga terpaksa berbaring di katil yang menghadap pintu tandas.

kenapa perlu tutup pintu tandas
Kedudukan tandas dalam rumah adalah faktor penting jika anda nak membina rumah.

Adakah benar pintu tandas terbuka luas itu akan membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Ya, memang benar, tetapi ada cara untuk menghalang mereka daripada terus masuk dan mengotorkan rumah kita serta keluarga.

Rasulullah ada memberitahu kita bahawa jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

1. “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minuman kalian.” – HR. Bukhori 5624

2. “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” – Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)

Maka, jika benar ada tandas dalam bilik tidur dan di dalam rumah anda, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah SWT.

Orang tua-tua kita dulu sudah lebih tahu. Kerana itulah rumah orang-orang terdahulu tandas sentiasa diasingkan dari rumah ibu. Rumah tangga mereka pun aman damai selalu. Bila Maghrib, mereka akan terus tutup tingkap dan semua pintu.

Baca : Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu

Tempoh hari doktor O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat check-up dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah.

Dia bertanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik tidur?

Serta-merta saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti yang saya kongsikan di atas.

Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab I rasa perlu tandas dalam bilik atas sebab faktor penjagaan aurat yang mudah.”

Boleh. Kena kreatif sikitlah doktor. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang, reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas RNR tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke.”

Doktor nampak seronok apabila saya memberikan idea. Jika nak design rumah ini dengan lebih seronok dan selesa, apabila kita tahu sunnah dan maksud disebaliknya, kata Puan Khairunnisa Hamzah.

Hukum Tutup Pintu Tandas

Untuk lebih faham apakah hukum tandas dalam bilik tidur atau rumah yang sentiasa perlu ditutup, sila dengarkan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar yang kami kongsi video rakaman ceramah beliau daripada YouTube.

Pastikan anda juga sentiasa mengamalkan doa masuk dan keluar tandas setiap kali ingin melepaskan hajat walau di mana pun lokasi tandas tersebut.

Doa Masuk Tandas

tutup pintu tandas dalam islam
Bacaan doa sebelum masuk tandas rumi dan jawi dari Alif Sofia

Doa Keluar Tandas

tandas patuh syariah
Doa keluar tandas rumi dan jawi dari Alif Sofia

Semoga perkongsian tentang tandas dalam bilik tidur dan rumah ini akan bermanfaat buat anda semua di luar sana. Pastikan tandas bilik tidur kita atau mak ayah kita mematuhi syariah agar amalan ini dapat melahirkan keluarga yang harmoni dan diberkati Allah SWT.

Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah? Apakah Sebab Utama? Iskandar Ariffin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498