Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Khasiat Nanas dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ramai Tak Tahu

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Buah nanas atau nenas adalah antara buah yang biasanya amat disukai ramai orang kerana khasiat dan kebaikan buah ini, sama ada dimakan mentah begitu saja atau dibuat jus, kek dan sebagainya. Rasanya yang sangat manis dan sedap menyebabkan ia sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan.

Mungkin ada yang tidak tahu, eksport nanas Malaysia adalah antara yang terbesar malah ianya terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah puluhan juta ringgit setahun. Ladang nenas terbesar adalah di negeri Johor yang kini semakin tinggi permintaannya untuk dieksport ke luar negara.

Khasiat Nanas Untuk Kesihatan

manfaat buah nanas untuk diet
Buah nenas sentiasa menjadi pilihan ramai orang dalam kehidupan seharian.

Ikuti perkongsian Dr Hafiz Sulaiman yang menerangkan manfaat dan khasiat nanas untuk kesihatan kita. Selain itu, beliau turut berkongsi tentang sesetengah orang tidak digalakkan memakan nenas atas sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Nanas : Manfaat dan Mudarat

Nanas ni, setengah orang kata tajam, sesetengah orang guna untuk masalah batuk dan sakit sendi.

Apa manfaat nanas untuk kesihatan?

Nanas kaya dengan antioksida, polifenol dan antiradang dinamakan bromelin.

1. Bromelin nanas ni antiradang kuat. Ia dikatakan mampu kurangkan sakit sendi, otot dan mencepatkan pemulihan kecederaan.

2. Bromelin membantu pencernaan terutamanya protein. Daging steak biasa guna bromelin nanas untuk lembutkan daging. Saya selalu ambil bromelin masa rajin buat diet keto dulu-dulu. Jadi kurang stres berdiet hehe. Teknik rahsia.

3. Bromelin bantu tingkatkan imuniti dan mengurangkan alahan. Macam mana? Banyak kajian mengaitkan dengan ciri antiradang. Tapi saya lebih cenderung berpendapat kerana kesannya menstabilkan histamin, punca badan sensitif dan mudah radang.

4. Bromelin lambatkan pembekuan darah. Saya tengok sendiri wallahi. Darah dalam tabung uji lambat membeku bila ambil dos tinggi bromelain. Kagum Ma sha Allah.

5. Bromelain ni antikanser. Tapi kajian tabung uji saja ya. Saya juga percaya bromelin saja tak cukup lawan kanser. Kanser ialah sel genius yang perlu strategi holistik dan komprehensif. Apa pun bromelain boleh masuk list terapi antikanser sebab selamat.

Tapi AWAS! kita kena perhatikan 3 tanda-tanda nanas tak sesuai untuk kita.

khasiat buah nanas
Jus nenas memang sangat sedap dan manis menyelerakan.

1. Ada masalah gastrik, GERD atau sistem pencernaan sensitif.

Nanas ini bersifat asid. pH 3-4. pH neutral ialah 7. Jadi, nanas boleh sebabkan iritasi perut, esophagus dan sistem pencernaan. Lidah pun boleh pedih juga.

Jika ada masalah di atas, elakkan nenas terutamanya sewaktu perut kosong.

2. Jika ada masalah alahan dan angin sensitif.

Nanas juga berpotensi sebabkan badan jadi lebih sensitif bagi orang ada masalah angin dan alahan. Ini kerana nenas ialah makanan TINGGI HISTAMIN. Bahan saraf penyebab sensitif, terukkan alahan dan angin.

3. Jadi, ada orang sakit lidah, sakit tekak, ekzema meradang kulit merah dan batuk jadi lebih teruk bila ambil nenas. Ini ialah kerana reaksi tak toleran terhadap histamin tinggi dalam nanas.

KESIMPULAN

1. Iya, nanas membantu pencernaan. Nenas juga berpotensi rosakkan lagi sistem pencernaan. Pedang dua mata.

2. Bila nanas diambil dengan makanan, ia bantu sistem penghadaman. Nenas diambil perut kosong PALING KUAT kesan antiradang.

Namun, jika ada masalah sensitif angin dan masalah kerosakan sistem pencernaan, sebaliknya berlaku. Perut jadi rosak. Radang dan sensitif jadi lebih teruk.

3. Manfaat nanas lebih kepada jangka masa panjang. Mudarat nenas dapat dilihat terus pada yang tidak toleran histamin (ada masalah angin).

Jika sakit sendi kronik, batuk kronik, alahan kronik. Tak semua orang ambil nanas 2-3 minggu pulih terus. Beri masa 2-3 bulan untuk lihat kesannya. Makanan asli ini fitrahnya baik. Nenas jadi bermasalah sebenarnya bila perut kita rosak badan kita jadi sensitif.

Bukan saja tak dapat manfaat nanas. Malah, jadi mudarat pula. Maka untuk sihat, rahsianya ialah pulih perut, pulih penyakit, pulih perut, pulih angin.

Baca : Cara Makan Nenas Dengan Mudah, Salah Rupanya Selama Ini Kita Kopek

Kebaikan Nanas Dalam Kehidupan

kegunaan dan kelebihan nanas
Selain dimakan begitu saja, nenas juga boleh dibakar dimakan bersama santan.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi tentang betapa bagusnya nenas dalam kehidupan seharian kita. Menurut doktor tersebut, buah ini sebaiknya diambil setiap hari untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Antara kebaikan dan khasiat nanas adalah seperti berikut :

  • Boleh turunkan berat badan
  • Mampu sembuhkan luka terbakar
  • Membentuk tulang yang kuat
  • Sangat bagus untuk kesuburan
  • Untuk kecergasan otak
  • Menghapuskan kahak
  • Kecantikan kulit

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu saja. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan resdung. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas. Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik. Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ. Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Baca : Resepi Pajeri Nenas Simple Sedap dan Mudah

Mulai hari ini, anda boleh amalkan dengan mengambil nanas sebagai makanan atau dalam diet harian sama ada dimakan begitu sahaja atau dimasak dengan berbagai jenis masakan berasaskan buah nenas. Ini terbukti khasiat nanas sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Semoga bermanfaat

Khasiat Nanas dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ramai Tak Tahu Sazarimma


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498