Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Lembut Mudah Buat dan Paling Sedap

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Donut sememangnya amat menjadi kegemaran ramai orang dan kuih donat ini biasanya dimakan ketika sarapan pagi atau pun minum petang. Kuih ini juga mempunyai bermacam versi seperti tanpa yis, ada yang tanpa uli, ada gula, kosong, perisa coklat dan sebagainya. Kali ini kami kongsikan resepi donut pandan yang gebu gebas, wangi, viral dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Cara untuk membuat donat sebenarnya sangat senang dan anda wajib merajinkan diri untuk uli tepung supaya menjadi doh sebelum ia digoreng seterusnya disajikan. Resepi donut pandan gebu ini dikongsikan oleh Puan Nadirah Ismail yang membuatnya untuk berniaga dan juga beberapa resepi donat pandan berbagai versi yang terpilih.

Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Yang Wangi

resepi donut pandan tanpa uli

Ini donat pandan asli tau. Tak letak apa-apa perasa pandan dan bau wangi ini adalah yang asli, boleh melayang-layang rasa nak terbang. Malam ni saya free dan nak share resepi donut pandan yang saya buat jualan di Seri Manjung, Perak.

Tapi kena sabar dengan resepi doh saya ni, resepi doh ni sangatlah lembik tapi hasilnya sangat memuaskan hati sesiapa saja yang buat sendiri nanti. 50 biji rilek je pelanggan buat makan petang kat rumah.

Anda semua wajib mencuba try and error, baru tahu serasi atau tidak resepi ini dengan anda semua. Ini resepi saya sendiri iaitu uli doh dengan mixer saja tau. Kalau uli doh dengan tangan tak perlu guna air sejuk dan pastikan kurangkan kuantiti air.

resepi donat pandan sukatan cawan

Bahan – bahan

  • 1 Kg tepung gandum
  • 150 gram marjerin
  • 7 sudu besar gula
  • 15 gram garam
  • 2 biji telur
  • 20 gram K-Fine Cream (Boleh Google)
  • 80 gram susu pekat
  • 7 sudu kecil yis
  • 80 ML air suam
  • 430 ML air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau jika perlu

Cara membuat

  • Bancuh yis dengan air suam dan tunggu atau pastikan sehingga yis tersebut berbuih.
  • Uli semua bahan tadi dengan mixer dan pastikan guna air daun pandan yang telah sejuk.
  • Setelah itu doh perlu frozen. Selepas di frozen kan donut akan jadi lebih besar dan sangat lembut. Doh perlu diletakkan dalam plastik (rujuk gambar di bawah) dan mesti ikat supaya tiada serangga yang hinggap.
  • Yis akan berhenti kembang apabila doh beku, jadi sementara nak beku tu dia akan kembang lagi tapi perlahan.

doh donut viral

cara membuat doughnut lembut gebu yang mudah

Saya tak canai doh atau tanpa uli sebab doh lembik. Apa yang saya buat adalah dengan tumbuk doh, rehatkan, bulatkan, lubangkan dan rehat lagi. Banyak berehat donat saya ni sebab itulah gendot semacam.

Kemudian goreng macam biasa. Selepas agak-agak donut suam bolehlah disalutkan dengan gula caster. Siap.

Donut yang tak cukup rehat akan lambat masak pada bahagian dalam. Apabila buat lubang, doh akan mengecut menandakan ia tak cukup rehat. Kalau cukup rehat doh steady saja selepas ia dilubangkan.

Cara untuk goreng juga perlu betul dan tak boleh balik-balikkan selalu nanti dimakan minyak. Letak donat terus balik biar perang dan balik sekali lagi tunggu perang dan angkat. Ini tips penting, ingat ya, dua kali balik saja. Perkongsian resepi donat pandan dari Puan Nadirah Ismail.

Baca : Resepi Biskut Coklat Chip Rangup (Chocolate Chip Cookies)

Resepi Donut Pandan Snow Nestum

tips untuk doh lembut

Resepi donat ini pula dikongsikan oleh Puan Missz Yatie yang mana cara yang beliau buat agak berlainan dengan menambahkan bahan seperti nestum yang menjadikan kuih ini nampak menarik dan sedap, yang paling penting cara untuk membuatnya sangat mudah.

Donat pandan nestum snow ini semudah ABC tanpa uli elastic pun boleh gebu tau. Uli, perap, terap, perap dan goreng. Pasti ramai yang sukakan donat pandan seperti ini.

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar yis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 125 ML air pandan dan pewarna hijau (blend dan tapis)
  • Marjerin

Cara penyediaan

resepi donat pandan untuk berniaga

  1. Gaul kesemua bahan sekali kecuali air. Ramas-ramas sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh donat yang sebati.
  2. Tambahkan dua sudu besar marjerin, uli lagi sehingga sebati. Jika terlembik tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Wajib memastikan doh tidak melekat di tangan.
  3. Perap sehingga ia menjadi dua kali ganda. Tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin.
  4. Terapkan dengan acuan. Biarkan donat mengembang, angkat guna spatula atau lidi.
  5. Sewaktu menggoreng pastikan api perlahan dan balikkan hanya dua kali sahaja.

Untuk Topping

Snow sugar dicampurkan bersama nestum kasar yang dikisarkan dan sukatan pula mengikut kehendak sendiri atau agak-agak saja. Perkongsian resepi donat pandan dari Missz Yatie.

Baca : Resepi Roti Burger Mini Gebu dan Lembut Buat Sendiri (Homemade)

Sebenarnya anda juga boleh menggunakan resepi yang dikongsikan ini untuk membuat donut biasa tanpa menggunakan bahan asas iaitu daun pandan dan pewarna hijau. Jika tidak memasukkan kedua-dua bahan ini, jadilah donat biasa tanpa adanya warna hijau. Kan? Manakala, topping atau rasanya anda yang tentukan sendiri mengikut kreativiti masing-masing untuk mengolahnya dengan campuran bahan-bahan lain yang anda rasakan sesuai.

Resepi Donut Pandan Versi Norita Farish

Perkongsian resepi donat pandan gebu dan mudah ini diambil daripada Puan Norita Farish Indah yang berkongsi cara buat dan resepinya di laman Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang ingin membuat kuih ini.

cara buat donut lembut

Bahan-bahan

  • 600 gram tepung gandum (cap rose)
  • 80 gram gula halus
  • 40 gram susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 10 gram yis saf
  • 12 gram Cream Super (efek gebu atau lembut)
  • 60 gram butter atau marjerin
  • 1 biji telur
  • 6 helai daun pandan dikisar dengan satu sukatan cawan air
  • Pewarna hijau apple (optional)
  • Atau boleh guna secawan air dan pandan paste atau pewarna hijau apple

Cara buat donat pandan

  1. Masukkan semua bahan tersebut dan uli kan, kecuali cream super
  2. Selepas uli hampir 10 minit baru masukkan cream super
  3. Uli sehingga doh menjadi licin, rehatkan doh selama 20 minit
  4. Selepas 20 minit tumbukkan doh untuk buang angin, timbang 30 gram
  5. Bulatkan dengan kemas, comel dan biarkan ia naik 10 minit lagi
  6. Selepas 10 minit tekan sikit biar leper, lubangkan dengan belakang nozzle
  7. Biarkan lagi 10 minit, barulah goreng. Siap.

Kami juga kongsikan cara pembuatan resepi donut pandan atau penyediaan donat pandan ini menerusi rakaman video yang mana ia menunjukkan langkah demi langkah yang senang untuk anda ikuti. Pastikan anda melihatnya satu persatu agar donat anda itu menjadi dan sedap dimakan.

Semoga perkongsian resepi donut pandan gebu gebas ini akan memudahkan kerja anda. Perhatikan setiap satu resepi yang dikongsikan semuanya hampir sama tetapi ada sedikit perbezaan. Walau bagaimanapun bahan asas seperti daun pandan masih diutamakan. Buat sendiri lebih puas hati kerana faktor kebersihan selain menjimatkan dan kuantitinya juga banyak. Anda boleh juga buat donat frozen untuk disimpan dan dimakan pada bila-bila masa saja. Selamat mencuba.

Resepi Donut Pandan Gebu Gebas Lembut Mudah Buat dan Paling Sedap Sazarimma


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498