Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral
Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang maha mengetahui. Setiap dari kita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza apabila dikaitkan dengan jodoh. Kehadiran jodoh adalah sesuatu yang tidak terduga dan tidak disangka-sangka.
Walaupun berkenalan bertahun lamanya, jika tiada jodoh, berpisahlah juga penamatnya. Tetapi biarpun baru berkenalan sehari dua, tak disangka dalam sekelip mata ia berakhir ke jinjang pelamin dengan majlis perkahwinan yang meriah diraikan oleh keluarga dan sahabat handai.
Begitulah kalau sudah jodoh, tak akan ke mana dan bersatu juga akhirnya kerana itulah yang diaturkan oleh Allah SWT dengan mempunyai hikmah disebaliknya. Sejak kita lahir dari perut ibu lagi Allah telah tentukan bagaimana dan siapakah jodoh kita nanti.
Walau bagaimanapun, terkadang tidak semua jodoh kita itu berkekalan dan adakalanya hanya separuh jalan berakhir dengan kecewa dan marah yang amat sangat sehingga sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa si dia bukan jodoh untuk kita.
Antara Tanda Dia Bukan Jodoh Kita

Mengapa perlu kecewa jika dia bukan jodoh kita? Cakap senang, hubungan kami dah bertahun lamanya, susah untuk aku melupakan si dia. Jadi, sebelum berlakunya kekecewaan adalah baik untuk anda buat persediaan dan tahu dia bukan jodoh anda. Berikut dikongsikan 10 tanda dia bukan jodoh kita dalam Islam.
1. Tak Kenalkan Anda Pada Keluarga dan Sahabat
Antara salah satu hal yang boleh menyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat adalah apabila si dia tidak memperkenalkan diri anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia ingin menyembunyikan hubungan itu daripada diketahui orang.
Selalunya seseorang yang serius tak akan malu untuk perkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti dia tidak akan berani untuk bermain-main dan mahu hubungan itu ke tahap yang lebih serius.
2. Meletakkan Syarat Yang Sukar Untuk Anda Penuhi
Cinta adalah berusaha menerima segala kekurangan dan mengabaikan segala keburukan. Dalam hal ini cinta sebagai pasangan ialah yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain.
Apatah lagi jika ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius tentu setiap pasangan tidak akan mengenakan syarat yang sukar dipenuhi oleh pasangannya. Jika si dia berbuat demikian bermakna, dia bukanlah jodoh yang tepat.
3. Kurang Berkomunikasi
Komunikasi merupakan antara perkara penting dalam setiap sesebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan itu jadi semakin hambar dan pudar. Banyak yang mengatakan jika seseorang ada jodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya. Sebaliknya, jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.
4. Tiada Rasa Percaya dan Curiga
Kepercayaan adalah merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan.
Kerana jika ia adalah jodoh kita yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya harus saling mempercayai walaupun terpaksa berpisah disebabkan oleh jarak yang jauh dan keadaan.
5. Tiada Komitmen Untuk Masa Depan
Hubungan yang baik akan selalu berlandaskan oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen agar boleh meneruskan hubungan ini ke arah yang lebih serius. Terlalu ramai pasangan yang mempunyai komitmen yang tinggi dan kuat tetapi pada akhirnya mereka tidak berjodoh. Bagaimana untuk teruskan hubungan jika komitmen pun belum ada. Adakah ini yang dikatakan jodoh kita?
6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga
Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapa pun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga antara satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.
7. Tiada Sikap Terbuka dan Banyak Rahsia Yang Disembunyikan
Setiap orang pasti mempunyai rahsia tersendiri dalam kehidupannya. Namun, bagi mereka yang berjodoh pasti akan saling terbuka terhadap rahsia masing-masing yang sanggup dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika hubungan itu telah ke arah sebuah perkahwinan.
Daripada mendengar dari mulut orang lain adalah lebih baik mendengarnya sendiri dari anda. Namun, jika pasangan anda terlalu berahsia, jadi hal ini boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda dan bukan jodoh kita.
8. Tidak Boleh Menerima Masa Silam Anda
Setiap orang mempunyai masa silam yang menjadi sebahagian dari kehidupan. Namun, tahukah anda bahawa jodoh anda adalah dia yang boleh menerima segala kekurangan dan masa silam anda walau seburuk apa pun. Kerana jodoh adalah mereka yang akan membimbing anda ke jalan yang lebih baik serta selain melengkap dan melengkapi.
9. Bersikap Kasar dan Terlalu Mengongkong
Setiap manusia dilahirkan dengan karakter yang tersendiri dan mempunyai tabiat masing-masing. Ada yang jenis lembut, kasar dan terlalu mengawal atau mengonkong pasangannya. Konkongan adalah satu perkara yang merimaskan dan tidak semua pasangan boleh menerimanya.
Dalam sesebuah hubungan yang dibina jika pasangan telah mulai menunjukkan sikap dirinya yang kasar dan biadap serta terlalu mengawal, perkara ini juga boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda.
10. Selalu Menipu Anda
Penipuan adalah salah satu cara untuk menutupi kesilapan dan kesalahan. Biasanya mereka yang biasa berbohong agak susah untuk dibezakan dengan mereka yang jujur. Dalam hubungan, satu pembohongan merupakan tanda bahawa hubungan yang dijalinkan bukan merupakan hubungan yang sihat.
Bagaimana anda boleh meneruskan hubungan ini dengan lebih serius sekiranya dia selalu berbohong dan menipu anda tanpa mengira masa dan tempat. Ini juga adalah petanda bahawa si dia bukanlah jodoh kita yang terbaik.
Baca : Jodoh Itu Rahsia Allah Selepas Kenal Sehari Terus Kahwin

Setiap orang mempunyai citarasa masing-masing yang tersendiri malahan dari segi pemikiran juga berbeza mengikut kehendak seseorang itu. Semua individu juga mempunyai hak mereka sendiri untuk membuat pilihan untuk memilih pasangan hidup dalam kehidupan.
Walau bagaimanapun, adalah penting bagi setiap orang membuat pilihan yang betul serta ingin memilih jodoh untuk berkahwin. Perkara ini adalah soal hati, hidup dan mati, jadi buat pilihan tepat kerana kita ingin hidup bersama pasangan bukan sehari dua tetapi untuk selamanya. Siapa jodoh kita yang terbaik? Perkongsian dari laman dalamislam.com.
Tanda-tanda Dia Bukan Jodoh Kita Dalam Islam (Lelaki & Perempuan) Iskandar Ariffin