Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Cara Cuci Aircond Kereta Sendiri Tanpa Perlu Hantar ke Bengkel Lagi

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Antara masalah utama semua pemilik kenderaan seperti kereta dan sebagainya pasti akan mempunyai masalah air cond yang tidak sejuk setelah terlalu lama tidak servis atau mengalami kerosakan tertentu. Sebenarnya, cara cuci aircond kereta sangat mudah dan boleh dibuat sendiri tanpa perlu ke bengkel.

Kehabisan gas aircond, penapis atau filter kotor juga menjadi punca mengapa penghawa dingin kereta anda menjadi panas dan lebih teruk lagi jika memandu di bawah bahang panas matahari. Selain menukarkan gas, anda wajib cuci air cond kereta agar kita lebih selesa ketika memandu di jalan raya.

Tips dan Cara Cuci Aircond Kereta Sendiri

cara servis aircond kereta
Mencuci air cond kenderaan sendiri tidak susah jika kita faham fungsi dan caranya.

Selain penjagaan enjin, sistem aircond atau penyaman udara kereta juga wajib dibuat pemeriksaan serta memerlukan servis secara berjadual mengikut masa tertentu berpandukan jangka masa penggunaan kereta. Untuk mencuci air cond kereta anda digalakkan mengambil tahu tentang semua masalah kereta atau sekurang-kurangnya punca kerosakan yang membabitkan air cond.

Aircond kereta dan aircond rumah secara asasnya hampir sama kerana keduanya mempunyai sedikit sahaja perbezaan. Walau bagaimanapun konsep penghawa dingin ini sama sahaja seperti air cond yang lain dan sistem aircond kereta pula tidaklah sesukar mana untuk difahami.

Sebelum anda mencuci air cond kereta anda sendiri, sila ambil tahu tentang sistem aircond kereta yang turut mempunyai beberapa komponen yang penting yang perlu anda ketahui sebelum melakukan servis pembersihan penghawa dingin ini.

Komponen Sistem Aircond Kereta

Sistemi Air Cond Kereta. – Galeri Motor

1. Compressor
2. Condenser
3. Filter Drier
4. Expansion Valve
5. Cooling Coul (Evaporator)
6. Motor Blower
7. Motor Fan

Baca : Tips Untuk Elak Kereta Bahang Walaupun Dibiarkan Parking Waktu Panas Terik

Mengapa perlu berhabis duit jika kita boleh cuci aircond kereta sendiri? Orang perempuan pun boleh servis sendiri. Kadang-kadang puncanya hanya penapis yang kotor atau penuh habuk tetapi kita sanggup hantar ke bengkel sebab tak tahu macamana nak periksa sendiri dan pasti poket tebal jadi nipis, kan?

Tapi macamana nak membersihkan aircond kereta dan bagaimana nak cuci filter semua tu? Jom kita lihat perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Erry Hashim Jebat yang berkongsi cara mencuci air cond kereta dan tips penjagaan penghawa dingin kereta anda dengan lebih baik.

1. Drawer perlu dibuka dan seterusnya tarik drawer keluar.

cara sejukkan aircond kereta

2. Anda akan nampak satu box kecil dan anda perlu keluarkan box tersebut.

kenapa air cond kereta sekejap sejuk sekejap panas

3. Carikan penapis yang berbentuk segi empat seperti dalam gambar.

4. Filter atau penapis itu berfungsi untuk menangkap segala kotoran dan juga habuk.

servis filter

5. Ketuk atau keluarkan segala habuk yang melekat di situ.

tips penjagaan penghawa dingin kenderaan

6. Selepas cuci semua habuk, anda perlu pasang semula penapis tersebut.

tips servis air cond kereta

7. Percaya atau tidak, angin air cond anda akan lebih kuat dan kembali sejuk seperti biasa. Inilah cara cuci aricond kereta yang betul.

Info Penting:

Air Filter ini harus ditukar setiap 20,000 KM. Tetapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, tak perlu tukar dan bersihkan saja sudah pun mencukupi.

Baca : Petua Menghilangkan Bau Busuk dan Mewangikan Dalaman Kereta

Tips Cuci Filter Aircond Kereta

Berikut dikongsikan juga cara cuci aircond kereta iaitu filter dengan mudah jika angin aircond kurang kuat atau kurang sejuk. Sesiapa saja boleh membuatnya tanpa perlukan sebarang bantuan, lebih-lebih lagi orang perempuan. Perkongsian daripada Erry Hashim Jebat.

Tips cuci filter aircond kereta dengan mudah sekiranya angin aircond kurang kuat or kurang sejuk… sesiapa pun bole lakukan… #ulangkaji#pru14#fazurafattahamin#gegarlawak#Br1m#Brojebat

Posted by Erry Hashim Jebat on Isnin, 26 Februari 2018

Semoga perkongsian tips dan cara cuci aircond kereta dan filter ini akan membantu anda atau mereka yang memerlukan. Mencuci air cond sendiri adalah lebih baik dan boleh menjimatkan duit daripada terbuang begitu saja sedangkan masalah angin air cond ini kita boleh atasi sendiri di rumah. Semoga bermanfaat untuk semua pemilik kenderaan.

Cara Cuci Aircond Kereta Sendiri Tanpa Perlu Hantar ke Bengkel Lagi Iskandar Ariffin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498