Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Ramai Buat Rawatan Resdung Hidu Asap dan Habuk Kayu, Berkesan?

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral

Zaman sekarang terlalu banyak pusat rawatan resdung yang terdapat di seluruh Malaysia yang menjalankan perkhidmatan merawat penyakit ini dengan menggunakan berbagai kaedah perubatan kerana ramai yang menghidapi penyakit ini sama ada peringkat awal dan juga resdung yang serius.

Kaedah yang digunakan biasanya menggunakan asap yang perlu disedut oleh pesakit atau dengan menggunakan kertas yang digulung dan dibakar pada hujung supaya yang hujung satu lagi dikatakan boleh menyedut resdung daripada muka. Ada juga yang guna rawatan resdung habuk kayu yang perlu disedut pesakit.

Tetapi adakah cara-cara merawat resdung seperti itu berkesan dan mampu menghilangkan kegatalan pada hidung atau ia benar-benar membantu pesakit yang mempunyai masalah ini? Ada yang amat percaya bahawa kaedah ini sangat berkesan dan mujarab.

Rawatan Resdung Menyedut Asap dan Habuk Terbaik?

kesan sampingan ubat resdung
Kaedah menggunakan asap untuk mengatasi resdung.

Mereka yang ingin menjalani rawatan sebegini perlu menyedut asap atau habuk yang diberikan kepada pesakit. Kemudiannya, pesakit yang membuat rawatan ini akan mengeluarkan hingus daripada hidung dengan banyaknya daripada biasa.

Hingus yang terkeluar itu dikatakan adalah cecair atau hingus yang telah terperangkap di rongga wajah dan kerana cecair inilah yang akan menyebabkan berlakunya resdung. Itulah yang disampaikan para perawat resdung yang mengubati pesakit dengan kaedah ini.

Jawapan:

Ini penjelasannya, cecair yang terhasil setelah menyedut asap atau pun habuk kayu itu bukanlah asalnya daripada cecair yang terperangkap dalam rongga muka. Ia adalah cecair atau mocus yang dihasilkan akibat tindak balas lapisan hidung kepada bendasing yang disedut.

Pernahkah anda bersin-bersin dan mempunyai selsema selepas mengemas rumah yang banyak habuk? Pasti ramai yang pernah melalui pengalaman seperti ini. Ia merupakan satu tindak balas yang normal saluran pernafasan hidung kita untuk mengelakkan bendasing terus masuk ke dalam paru-paru.

Disebabkan itulah ianya menghasilkan hingus (mucous) yang banyak seperti mana yang anda lihat selepas menjalani rawatan resdung seumpama itu. Apa lagi jika disedutkan serbuk atau habuk kayu dan juga asap yang tebal dan dihidu pula melalui saluran tersebut.

Anda juga tahu bahawa menghidu asap seperti mana yang dilakukan oleh mereka yang menghisap rokok akan merosakkan paru-paru. Manakala menghidu serbuk kayu pula akan menyebabkan habuk kayu itu akan tertinggal dalam saluran hidung yang boleh menyebabkan keradangan yang kronik.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya elakkan membuat rawatan atau menggunakan cara rawatan yang anda sendiri tidak mengetahui keberkesanannya dan tidak diketahui apakah jenis komplikasi yang mungkin anda hadapi selepas menerima rawatan sedemikian.

Guna Kertas Gulung Yang Dibakar Untuk Sedut Resdung

rawatan resdung guna asap dan lilin
Penggunaan lilin dan kertas yang dibakar juga sangat popular untuk merawat resdung.

Cara ini iaitu menggunakan kertas gulung yang telah dibakar api kemudian digunakan untuk disedut melalui hidung dengan tujuan untuk menghilangkan resdung serta mencegah penyakit ini adalah cara yang telah lama dibuat sejak dulu lagi sehingga ke hari ini.

Kertas berwarna putih digunakan dengan digeserkan lilin pada bahagian atas kertas dan kemudian digulung serta perlu dipastikan bahagian dalamnya merupakan bahagian yang digosokkan dengan lilin untuk tujuan merawat resdung cara kampung.

Kemudian, satu hujung perlu dibakar terlebih dahulu dan satu hujung lagi perlu diletakkan di bahagian muka pesakit atau bahagian yang dipercayai ada resdung. Apabila kertas gulung itu telah terbakar separuh, perawat akan mengalihkan kertas itu dan memadamkan api.

Setelah itu, di bahagian muka yang diletakkan kertas gulung yang dibakar itu tadi akan mempunyai beberapa ketulan yang dikatakan sebagai resdung malahan ada yang menganggap itu adalah ulat resdung yang menghuni rongga hidung atau muka pesakit.

Jawapan :

kesan rawatan resdung asap
Habuk atau asap yang disedut akan memasuki ke saluran pernafasan anda.

Ini penjelasan yang sebenarnya, ketulan yang terhasil itu adalah merupakan lilin yang telah mencair daripada kertas tersebut dan jatuh ke bahagian bawah. Sebab itulah, bila kaedah ini dicuba pada permukaan simen atau besi, kedua-duanya akan menunjukkan hasil keputusan yang sama.

Ketulan yang sama juga akan terhasil daripada kaedah yang dibuat pada wajah anda jika membuat rawatan ini. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah seperti mana yang dilakukan dengan cara menggunakan kertas gulung yang mempunyai lilin yang kemudiannya dibakar.

Baca : Cara Merawat Resdung Terbaik

Kesimpulan daripada kajian yang telah dilakukan oleh Root of Science ini ternyata kaedah menyedut asap dan menggunakan kertas gulung itu tadi tidak dapat dibuktikan akan menyembuhkan penyakit resdung malahan ia mungkin boleh memburukkan lagi keadaan pesakit jika dibuat secara berterusan.

Jadi, anda sendiri boleh membuat kesimpulan selepas membaca perkongsian ini dan yang lebih penting anda harus memastikan setiap jenis rawatan yang akan dibuat adalah rawatan resdung terbaik selain ia terbukti berkesan atatu telah diiktiraf oleh kerajaan.

Ramai Buat Rawatan Resdung Hidu Asap dan Habuk Kayu, Berkesan? Sazarimma


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498