Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Senarai Produk Kosmetik Berbahaya Mengandungi Racun Berjadual

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral Berita Malaysia Masa Kini

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan atau membeli sebarang produk kosmetik berbahaya yang telah dikesan mengandungi bahan atau racun berjadual.

Notifikasi produk-produk kosmetik berkaitan yang terlibat telah pun dibatalkan secara rasmi oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, memandangkan terdapat pengesanan bahan-bahan racun berjadual yang terdapat dalam produk kosmetik berkenaan.

7 Produk Kosmetik Berbahaya Mengandungi Racun Berjadual

Senarai 7 jenis produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Menurut Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk yang mengandungi ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

“Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif.

produk tidak lulus kkm
Tati Ultra Treatment
kosmetik berbahaya
Tati Ultra Night Cream
senarai produk kosmetik beracun
Deeja Dream Cream
produk kecantikan yang ada merkuri
Deja Wrinkle Cream
senarai krim beracun
ROBISIS – Anti Acne Whitening Day and Night Cream
produk kosmetik beracun
Asdanne Whitening Freckle Day Cream
produk yang membahayakan kesihatan
FULENZE – Whitening Freckle Day Cream

“Akibat dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang akan mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur dengan tretinoin pula biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Kesan penggunaan bahan hydroquinone tanpa sebarang pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu itu menjadi merah-kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif terhadap cahaya.

“Para penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk memberhentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

“Penjual juga turut diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika ada individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi RM25,000 atau pun penjara tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama serta denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan yang berikutnya.

Manakala syarikat yang didapati melakukan kesalahan boleh juga dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan yang pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan yang berikutnya.

Menurut beliau lagi, semua orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik berbahaya ini dinasihatkan menghentikan segera penggunaannya dan mendapatkan khidmat nasihat profesional jika mengalami ketidakselesaan atau kesan sampingan akibat penggunaannya.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang berkaitan dengan produk kosmetik, orang ramai boleh menghubungi pihak berkaitan menerusi laman sesawang rasmi NPRA https://www.npra.gov.my atau hantarkan emel kepada kosmetik@npra.gov.my.

Oleh itu, semua orang ramai perlu peka dan tidak sekali-kali menggunakan atau membeli produk kosmetik berbahaya ini. Adalah lebih baik tidak digunakan langsung memandangkan semua kosmetik beracun ini boleh memudaratkan jika ia digunakan.

Sumber : Sinar Harian dan KP Kesihatan

Senarai Produk Kosmetik Berbahaya Mengandungi Racun Berjadual Sazarimma


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498