Media Maklumat Media Maklumat - Informasi Viral dan Berita Malaysia Masa Kini
Saat yang amat menakutkan dihadapi oleh seorang wanita selepas beliau berdepan dengan serangan seorang lelaki yang bersenjatakan parang tajam iaitu samseng jalan raya dalam satu kejadian pada jam 6.34 petang semalam, di Gombak.
Wanita berkenaan telah membuat pendedahan tentang peristiwa itu di akaun Twitter peribadi miliknya dan menyatakan bahawa lelaki tersebut bukan sahaja menyebabkan beliau hampir mengalami kemalangan malahan dengan berani telah cuba menyerang dengan parang.
Insiden yang mengejutkan itu telah mendapat respon netizen selepas perkongsian belia jadi viral di laman Twitter serta Facebook. Rata-rata netizen menggesa wanita berkenaan membuat laporan polis dengan segera.
Nyaris Diserang Samseng Jalan Raya Dengan Parang
Salam @PDRMsia, sila siasat individu berkenaan. Simpan parang dalam kereta motif untuk menyerang orang. Lagi-lagi dia tahu saya perempuan.
Memandangkan orang kata, “Dia takkan jadi macam tu kalau tak ada punca,” okey, saya ceritakan apa yang berlaku.
Saya turun bukit dari traffic light Taman Sri Gombak. Di situ hanya ada dua lorong sahaja. Kereta depan saya ini tiba-tiba nak masuk ke simpang kanan. Selepas itu saya nak masuk ke lorong kiri, tiba-tiba dia memandu laju dan mencucuk saya. Saya tak boleh nak brek atau elak sebab takut terlanggar kereta di sebelah kanan.
Dia terus mencucuk kereta saya. Selepas kejadian itu, saya buka tingkap (sebab kereta tak ada hon) dan saya tunjuk tumbs up. Kemudian dia pecut pergi ke sebelah kereta saya.
Dia buka tingkap dan memaki saya. Saya buka tingkap dan menjerit, “Bodoh ke?”. Saya marah sebab kalau terjadi apa-apa, nak salahkan siapa?
Dan dia pula menjerit, “P***mak, aku tak langgar kau pun!”
Saya balas balik, “Habis tu nak kena langgar dulu ke macam mana!!”
Kemudian dia menghimpit kereta saya ke kanan, dia potong kereta saya dan main brek. Memang p***mak weh dengan kereta tak ada hon, kau expect apa?
Dan kebetulan di depan pula jalan sesak, dia berhenti dan di sinilah saatnya saya merakam video ini.
Salam @PDRMsia sila siasat individu berkenaan. Simpan parang dalam kereta motif untuk menyerang orang. Lagi lagi dia tahu saya perempuan. pic.twitter.com/lC4c8uTQlI
— meow (@tertidurr) December 12, 2018
Cerita kat sini sekarang, dia berani sebab dia tengok saya ini perempuan. Selepas saya rekod dia buat begitu, baru dia berpatah balik masuk ke kereta? Ingat nak pecahkan kereta terus, baru gangster kan??
Ekoran perkongsian ini yang kini jadi tular dan Tweet miliknya itu telah mendapat perhatian dari seseorang daripada akaun Twitter Polis Diraja Malaysia yang turut menasihatkannya agar terus membuat laporan polis di balai polis berdekatan supaya diambil tindakan terhadap individu terbabit yang disifatkan sebagai samseng jalan raya.
VIDEO Wanita Nyaris Diserang Dengan Parang Oleh Samseng Jalan Raya Sazarimma