Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

(VIDEO) Viral Kedai Mamak Jual Daging Biawak Pada Pelanggan

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Setiap orang Islam sedar tentang makanan halal yang bersih dan haram. Semua Muslim disarankan memastikan setiap makanan yang ingin dimakan itu bersih dan juga halal. Walau bagaimanapun, zaman sekarang ada peniaga-peniaga makanan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan halal dan haram makanan yang dijualnya kepada pelanggan.

kedai india menyamar mamak Islam
Perkongsian daripada Abdul Rahim Manan di Facebook

Satu perkongsian yang didedahkan oleh seorang pengguna Facebook telah membuktikan bahawa ada peniaga yang tidak bertanggungjawab telah menjual kepada pelanggan Muslim dengan makanan yang tidak sepatutnya dijual kepada orang Islam.

Difahamkan, pendedahan lelaki yang bernama Abdul Rahim Manan ini menyatakan bahawa adanya sebuah kedai mamak yang menjadi pilihan orang ramai telah menyamar kedainya itu adalah kedai mamak Islam di Cheras.

mamak jual daging biawak
Al-Quran digantung di dinding kedai untuk menyakinkan pelanggan Muslim. – Facebook

“Lagi kedai makan Hindu yang menyamar seolah-olah kedai mamak Islam dengan menggantungkan ayat-ayat Al-Quran dan gambar-gambar seolah-olah mereka itu Muslim.”

Tentunya kedai mamak yang mempunyai ayat Al-Quran yang digantung di dinding kedai akan dikunjungi ramai orang Islam kerana menyangkakan kedai tersebut diuruskan oleh mereka yang beragama Islam tanpa meragui kesahihannya. Kenyataannya, kedai tersebut masih lagi diragui halam dan haramnya.

Lebih mengejutkan, pendedahan Abdul Rahim telah menarik perhatian ramai kerana menyatakan kedai tersebut turut memotong biawak dan daging haiwan itu telah dijadikan sebagai hidangan kepada pengunjung yang datang untuk makan.

Dengan sebab itulah, Abdul Rahim meminta orang ramai yang mendapat maklumat ini dengan segera menyebarkan dan viral tentang kedai mamak ini yang didakwa sengaja menggunakan nama restoran seperti restoran orang Islam.

Selain itu, seperti yang dilaporkan akhbar Utusan, pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyerbu restoran terbabit yang dikatakan membuat penyamaran sebagai restoran yang diuruskan oleh orang Islam.

Menurut satu kenyataan KPDNHEP Selangor telah memaklumkan bahawa serbuan itu telah dilakukan ekoran menerima aduan selepas tular di laman sosial dengan dakwaan pekerja kedai tersebuut menyiang seekor biawak dan meletakkan ayat Al-Quran dengan nait menggaburi mata pelanggan.

Walau bagaimanapun, semalam satu serbuan yang dilakukan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati yang kedai mamak tersebut tidak lagi beroperasi serta papan tanda di hadapan restoran berkenaan juga telah diturunkan.

Selain itu, mereka turut memaklumkan bahawa pagar di hadapan dan belakang kedai tersebut juga turut ditutup serta dikuncikan dengan mangga. Berkemungkinan mereka yang terlibat telah pun melarikan selepas kes ini jadi viral di media sosial.

(VIDEO) Viral Kedai Mamak Jual Daging Biawak Pada Pelanggan Sazarimma


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498