Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi
Kejadian rompakan dan kes pecah rumah pada hari ini semakin menjadi-jadi dan perompak pulak semakin bijak dan pandai mengatur strategi untuk membuat rompakan sehinggakan dalam beberapa minit saja mereka sudah selesai menjalankan aktiviti haram ini walau di mana saja.
Terbaru, seorang wanita di laman Twitter turut berkongsi satu kejadian kes pecah rumah dan rompakan di mana kejadian tersebut telah berlaku di rumah kakaknya sendiri di Sri Damansara. Perompak berkenaan sememangnya sangat tidak bernasib baik kerana setiap pergerakan mereka telah dirakamkan melalui rakaman video CCTV tanpa mereka ketahui.
Perompak tersebut hanya mengambil masa lebih kurang dalam masa 20 minit sahaja untuk mengambil dan melarikan barang-barang yang berharga dari rumah mangsa yang dikatakan pada ketika itu tiada sesiapa di rumah.
Menurut individu berkenaan, adegan pecah rumah tersebut berlaku ketika dia baru sahaja turun ke bawah menuju ke fitting room di level G dan tak sampai 20 minit perompak itu telah melarikan barang dari rumah mangsa.
Wanita yang dikenali sebagai Falia ini turut memohon kepada orang ramai agar melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis sekiranya ada yang mengenali rupa paras perompak tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rakaman video yang dikongsikan.
Menurut Falia lagi, antara barang-barang berharga yang dirompak adalah seperti barang kemas, duit cash dan mata wang asing hampir 10K, komputer riba dan hand bag brand Furla dan berkemungkinan masih banyak lagi barang lain yang diambil dan ada juga perkara lucu yang dinyatakan Falia iaitu;
“Paling tak bleh blah dia bawak sekali drawer kakak aku”
Laporan polis juga telah dibuat dengan memberikan bukti rakaman video CCTV kepada pihak polis untuk membantu siasatan lanjut bagi menangkap penjenayah terbabit yang begitu berani merompak.
Falia juga memaklumkan bahawa saksi utama dalam kes rompakan ini adalah seorang lelaki yang berkulit hitam yang jgua merupakan salah seorang jiran kakaknya sendiri yang tinggal berdekatan.
Difahamkan, perompak tersebut sebenarnya sudah memerhatikan gerak geri mangsa sebelum memecah masuk ke dalam rumah kerana Falia turut melihat sendiri suspek sedang menunggu di hujung koridor rumah kakaknya dengan berlaku mencari rumah dan membuat panggilan telefon.
Walaupun Falia dapat melihat wajah perompak berkenaan ketika sebelum kejadian tetapi malangnya Falia dikatakan tidak dapat mengecam wajah lelaki tersebut kerana suasana dan koridor yang dilalui itu sangat gelap.
Walau bagaimanapun, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat pada rakaman tersebut kerana baju yang dipakai oleh perompak terbabit tertera nama syarikat Lazada dan ramai yang mengandaikan beliau adalah salah seorang pekerja Lazada.

Falia meminta jasa baik orang ramai yang melihat sendiri kejadian ini agar tampil ke depan untuk berkerjasama bagi menangkap suspek yang kini masih bebas di luar sana.
Orang ramai disarankan sentiasa berhati-hati dan prihatin tentang keselamatan rumah atau mengambil langkah bijak seperti ini suapaya tidak berlaku lagi kes pecah rumah dengan memasang CCTV di rumah untuk memudahkan pihak polis membuat siasatan dan menangkap penjenayah.
(VIDEO) Kes Pecah Rumah Tak Sampai 20 Minit Perompak Merompak Sazarimma