Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi
Semua orang tahu bahawa korset digunakan oleh perempuan dewasa dengan tujuan untuk mengempiskan perut dan inginkan pinggang menjadi ramping, tetapi kali ini lain pulak halnya apabila bayi kecil dipakaikan korset. Agak-agak apa motif penjaga baby yang comel ni?
Seorang pengguna Facebook telah memuatnaik satu status yang memaparkan baby dipakaikan korset orang dewasa dengan niat untuk melariskan produk yang ingin dijualnya. Siap letakkan testimoni untuk menarik perhatian ramai terutamanya pembeli.

Sama seperti peniaga-peniaga lain, si pemilik posting berkenaan bertujuan untuk menjual barangannya. Namun, rata-rata netizen berpendapat beliau sangat melampau dan keberkesanan produk tersebut dikatakan langsung tidak masuk akal.
‘Dengan membalut bengkung atau waist nipper ini pada baby, bacaan jaundis atau penyakit kuning yang dialami baby turun mendadak.’
‘Selepas tahu baby ada jaundis terus pakaikan bengkung ini pada baby. Tukar je kain bedung dengan bengkung ini.’

Bukan itu sahaja, peniaga berkenaan turut menggunakan watak seorang jururawat yang dikatakan sangat terkejut dengan bacaan jaundis baby terbabit yang dikatakan telah menurun selepas menggunakan waist nipper tersebut.
‘Kali ketiga pergi ke klinik, nurse bagitau dah ok. Nurse pula yang tanya bagaimana cara sehingga bacaan jaundis boleh turun secara mendadak.’

Wanita itu turut berkata bahawa nurse tersebut juga membeli satu set bengkung yang dijualnya. Dia turut memaklumkan bahawa bengkung tersebut boleh digunakan sebagai selimut bagi menurunkan suhu badan baby sewaktu demam.
Walau bagaimanapun, posting tersebut jadi viral dan ramai yang mempertikaikan tentang produk ini malahan Dr Amalina Bakri juga turut mengatakan bahawa bagaimana kebanyakkan rakyat Malaysia boleh mempercayai benda-benda sebegini.

Netizen juga seperti tidak berpuas hati dan berpendapat peniaga berkenaan hanya ingin melariskan perniagaan dan langsung tidak memikirkan tentang kesan yang akan terjadi kepada baby sekiranya memakai korset itu.

Jika betul dengan memakai korset mampu menurunkan bacaan jaundis bayi, pastinya ramai doktor-doktor yang profesiona telah membuat kajian dan turut menyarankan kepada semua ibu bapa agar mengikut cara ini. Tetapi, pernahkah anda dengar tentang pakai korset boleh turunkan bacaan jaundis?
Orang ramai terutamanya ibu bapa disarankan berhati-hati ketika ingin membuat pembelian produk yang belum tentu keberkesanan dan kesahihannya. Jadilah pengguna yang bijak supaya tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang memikirkan keuntungan semata-mata.
Baby Pakai Korset Boleh Turunkan Bacaan Jaundis? Jangan Tertipu! Sazarimma