Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Bengkok Tulang Belakang Kerana Postur Tidak Betul Ketika Bermain Telefon

$
0
0

Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi

Telefon bimbit atau handphone sememangnya dimiliki oleh semua golongan termasuk pelajar dan orang dewasa malahan kanak-kanak juga semakin terdedah dengan teknologi terkini ini. Sesetengah daripada pengguna telefon sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam dengan telefon sehingga menyebabkan sakit tulang belakang.

Mungkin selepas ini ada diantara korang tidak ingin lagi membuang masa selepas membaca tentang seorang remaja perempuan ini. Menurut laporan World of Buzz, seorang gadis yang berusia 16 tahun dari Kaohsiung, Taiwan telah dibawa ke hospital oleh ibunya selepas sering mengadu sakit belakang yang berkait dengan tulang belakang.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar ortopedik, remaja terbabit dan ibunya sangat terkejut selepas ditunjukkan keputusan x-ray tulang belakangnya yang amat membimbangkan dan ianya sukar untuk dipercayai.

tulang belakang bengkok
Kerana sering mengiring menggunakan telefon, tulang belakang gadis ini didapati bengkok. – TVBS

Laporan doktor berkenaan menyatakan yang tulang belakang remaja tersebut telah bengkok dan mempunyai 50 darjah lengkungan. Doktor turut menjelaskan bahawa punca tulang tersebut bengkok adalah kerana tabiat pesakit itu sendiri yang suka menggunakan handphone dengan sambil berbaring secara mengiring.

Kedudukan posisi sebegitu akan memberikan tekanan secara berlebihan pada sisi kanan yang terutamanya pada bahagian thoracic vetebrae dan lumbar vetebrae remaja perempuan berkenaan.

Yang lebih mengejutkan apabila doktor menyatakan keadaan remaja itu menjadi lebih teruk kerana dia tidak mahu bersenam dan otot teras di dalam badannya tidak mampu untuk menampung postur badannya untuk jangka masa yang lama.

xray tulang belakang
X-ray menunjukkan tulang belakang gadis tersebut ada lengkungan.

Doktor terbabit turut memaklumkan bahawa kes remaja ini bukanlah kes terbaru atau yang pertama berkaitan dengan masalah postur malahan ada antara pesakitnya sebelum ini mempunyai 38 darjah lengkungan di tulang belakang.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan pesakit berkenaan kerap atau sering menundukkan kepala hanya semata-mata mengadap telefon mereka untuk masa yang lama. Doktor itu juga turut menegaskan bahawa pengguna telefon haruslah memastikan mereka mempunyai postur yang betul ketika bermain dengan telefon supaya kes yang sama tidak akan berulang.

Baca : Petua Rawatan Sakit Pinggang Tanpa Ubat Dan Pembedahan Dengan Cara Mudah & Berkesan

Oleh itu, anda perlu mengingatkan diri anda sendiri supaya tidak menggunakan telefon dalam jangka masa yang terlalu lama dengan tidak mempunyai postur yang betul sewaktu bermain dengan telefon. Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan kes sebegini yang membabitkan tulang belakang yang bengkok.

Berikutnya turut dikongsikan rakaman video yang menunjukkan senaman tulang belakang sebagai cara untuk menghilangkan kesakitan di bahagian belakang badan.

Semoga bermanfaat.

Bengkok Tulang Belakang Kerana Postur Tidak Betul Ketika Bermain Telefon Sazarimma


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498