Media Maklumat Media Maklumat - Berita Sensasi
Akhirnya segala persoalan ramai terutamanya rakyat negeri Selangor telah terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua iaitu Amirudin Shari telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baru sebagai pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku MB terdahulu.
Amirudin Shari yang berusia 38 tahun itu dilaporkan telah mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji sebagai Menteri Besar Selangor yang baru di Istana Alam Shah di hadapan Sultan Sharafuddin Shah, Sultan Selangor. Ini membuktikan beliau adalah seorang wakil rakyat yang disukai ramai pengundi-pengundinya pada PRU14 lalu yang dimenangi kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Biodata Amirudin Shari Menteri Besar Selangor
Pasti ramai yang ingin tahu siapakah beliau yang dikenali sebagai YAB Amirudin Shari ini sehingga diangkat sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Beliau adalah bekas pelajar jurusan Sains Sosial di Universiti Putra Malaysia sebelum menceburi bidang politik. Amirudin juga adalah seorang aktivis yang amat terkenal dan mempunyai kemahiran berdebat yang tinggi.
Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seawal usia 20-an lagi dan juga merupakan seorang Exco Angkatan Muda PKR semenjak tahun 2004 dan telah dilantik sebagai naib ketua pergerakan berkenaan.

Dalam bidang politik, Amirudin Shari pernah memenangi kempen sebagai calon muda buat pertama kali percubaan beliau dalam Pilihan Raya yang ke-12 (PRU12) pada tahun 2008. Ketika PRU12 gabungan parti pembangkang menjadi sejarah buat negeri Selangor selepas mampu menggulingkan parti Barisan Nasional.
Pemimpin yang berusia 38 tahun ini adalah Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).
Terbabit dalam bidang politik seawal umur 20-an dan telah dinamakan sebagai calon parti bagi kerusi DUN Batu Caves atau Sungai Tua (N16) pada PRU12 tahun 2008.

Beliau mampu mengekalkan kerusi berkenaan dan telah dilantik sebagai ahli majlis eksekutif negeri pada PRU13 tahun 2014 dan dilantik dalam portfolio Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.
PRU14 2018, Amirudin terus mengekalkan kerusi berkenaan dan mendapat majoriti undi sebanyak 11,374 dan dipertanggungjawabkan dengan portfolio Pemberdayaan Generasi dan Sukan Muda, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Desa dan Desa Tradisional.

Beliau sebelum ini pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak FA Selangor dalam jangka masa hampir dua tahun dan pasukan tersebut pernah menjuarai final Piala Malaysia pada tahun 2015 dan menjadi naib juara pada tahun 2016 selepas beliau mengetuai pasukan tersebut.
Baca : Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018
Profile Amirudin Shari
Berikutnya adalah biodata YB Tuan Amirudin Bin Shari dikongsikan untuk tatapan semua.

Pada tahun 2014, beliau juga telah diamanahkan oleh Azmin Ali dengan perlantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri bagi Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan selain daripada menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Beliau juga telah banyak berjasa dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik serta turut membuat beberapa pembaharuan dengan memulakan beberapa program untuk belia dan sukan sehingga negeri Selangor pernah menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2016 di bawah kepimpinannya.
Tahniah kepada YB Tuan Amirudin Shari di atas perlantikan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor bagi tahun 2018.
Rujukan:
Twitter Amirudin Bin Shari
Facebook Amirudin Bin Shari
Amirudin Shari Menteri Besar Selangor Baru 2018 (Biodata) Sazarimma