Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
Terkadang seseorang ibu atau bapa itu pasti leka atau terlupa tentang perkara yang amat penting tetapi tidak dititikberatkan seperti kebersihan diri mereka ketika menguruskan bayi mereka sendiri. Satu kejadian yang akan memberikan pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana apabila seorang ayah yang hampir kehilangan anaknya dek kerana penyakit RSV yang terkena pada bayinya.

Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah sejenis penyakit yang membabitkan sejenis virus yang akan menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan juga berkaitan dengan saluran pernafasan bayi ini apabila hampir maut akibat terdedah dengan penyakit tersebut.
Seorang lelaki iaitu ayah kepada bayi perempuan yang comel ini berasal dari Memphis, Tennesse telah berkongsi dengan netizen tentang kisah sedih yang membabitkan anak kecilnya itu yang dikatakan telah berjangkit dengan virus RSV dan turut menasihatkan semua ibu apa tentang kepentingan amalan mencuci tangan sewaktu menguruskan bayi mereka, lapor Yahoo News.
“Kami hampir kehilangan anak tersayang, gara-gara penyakit RSV ini.”
Seseorang orang dewasa yang telah dijangkiti RSV akan mempunyai tanda-tanda seperti selsema biasa dan orang yang telah berjangkit itu akan pulih seperti biasa dalam jangka masa 1 minggu.
Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak akan sama sekiranya berlakunya penyakit RSV terhadap bayi, kerana keadaan bayi akan menjadi semakin teruk sehingga terjadinya pneumonia iaitu radang paru-paru dan juga bronkitis iaitu radang pada salur bronkus.

Bayi comel tersebut pada mulanya telah dimasukkan ke dalam wad kerana disyaki menghidap penyakit meningitis. Selepas itu bayi perempuan berkenaan didapati telah dijangkiti RSV yang menyebabkan keadaannya menjadi bertambah teruk sehingga terpaksa dipindahkan ke hospital lain yang lebih baik.
Menurut ayah bayi itu, pihak hospital ada menyatakan kepadanya bahawa sekiranya keadaan anaknya semakin parah, mereka tidak mampu melakukan apa-apa lagi.
Pencegahan Penyakit RSV Pada Bayi
Cara untuk mengatasi penyakit RSV pada bayi dan kanak-kanak sangat mudah seperti mana yang dikongsikan lelaki ini berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui seperti yang berikut;
Jangan membuat anggapan bahawa virus RSV adalah penyakit yang remeh dan tidak teruk. Sebelum ini saya langsung tidak tahu betapa bahayanya penyakit ini pada bayi sehinggalah ianya hampir meragut nyawa anak saya sendiri. Anda harus memastikan mencuci tangan sebelum menguruskan dan memegang bayi anda.

Penyakit ini dilaporkan sangat mudah berjangkit dan dijangkiti serta ia juga turut boleh tersebar melalui pesakit yang bersin atau pun batuk.
BACA JUGA : Cara Betul Beri Ubat Cair Kahak Pada Anak, Selama 30 Tahun Hidup, Baru Sekarang Tahu!
Menurut beliau lagi, virus tersebut juga dipercayai boleh bertahan sambil menunggu mangsa di berbagai kawasan permukaan barang yang digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti troli ata raga yang terdapat di pasar raya atau seumpamanya yang sering bertukar si pemakainya. Perkara ini tidak mustahil terjadi yang menyebabkan tersebarnya sebarang penyakit yang berjangkit seperti RSV.
Oleh kerana penyebaran penyakit ini terlalu mudah, dengan mengamalkan membasuh tangan dengan kerap juga adalah sebagai satu cara atau langkah untuk mencegah penyakit ini dengan mudah dan berkesan.
Ibu bapa dinasihatkan jangan memandang ringan atau cuai dengan keadaan semasa ketika uruskan bayi kecil, perkara yang pertama harus dilakukan adalah mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh bayi anda.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa biar pun tangan kita kelihatan bersih, kita masih lagi tidak mampu melihat jangkitan yang akan menyerang bayi tanpa kita sedari.
Sistem imun seseorang bayi itu sememangnya masih lagi lemah dan keadaan itu menyebabkan bayi sangat mudah untuk dijangkiti dengan pelbagai penyakit. Amalan mengutamakan kebersihan diri adalah kaedah yang sangat baik dilakukan demi kesihatan keluarga kita.
Adalah lebih baik kita mementingkan kebersihan diri dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, di tempat kerja atau di mana sahaja kerana amalan gaya hidup yang sihat adalah antara salah satu faktor untuk menghindari diri kita serta keluarga kita dari sebarang penyakit yang mudah dijangkiti.
Kesilapan Ayah Lupa Cuci Tangan, Bayi Hampir Maut (Penyakit RSV)
Saza