Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi
Seorang ibu disifatkan sebagai seorang yang zalim dan kejam apabila mengikat tangan anak lelakinya di belakang skuter sebelum dilihat mengheret kanak-kanak terbabit di sepanjang jalan di tenggara China.
Satu rakaman video yang kini jadi tular di laman sosial China telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan wanita terbabit di atas tindakannya itu.
Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia ingin menghukum anaknya itu kerana dikatakan sangat nakal.

Menurut seorang saksi yang melihat tindakan wanita berkenaan berkata, dia turut cuba untuk menghentikan perbuatan wanita kejam tersebut namun, dia pula dimarahi oleh wanita itu yang turut mendakwa telah beberapa hari melakukan perbuatan itu sebelum ini.
Saksi yang dikenali sebagai Youku itu berkata, kedua-dua beranak tersebut dilihat telah melalui jalan di kawasan Zhaotong, wilayah Yunnan pada baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki tersebut yang dipercayai berusia dalam lingkungan 10 tahun dilihat menangis teresak-esak sewaktu diheret oleh ibunya di atas jalan raya.
Melalui paparan rakaman video berkenaan, wanita tersebut memberitahu bahawa anaknya terlal nakal dan dia cuba mengajarnya supaya terus berkelakuan baik.
Katanya lagi, dia adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut dan sudah melakukan perkara sedemikian semenjak dua hingga tiga hari lalu sebelum kejadian tersebut jadi tular di media sosial.
Ekoran kejadian tersebut kini menular ke seluruh media sosial China, ramai pengguna media sosial menganggap wanita tersebut adalah seorang ibu yang sangat kejam kerana berbuat demikian kepada anak lelakinya tanpa belas kasihan.
Malahan, rata-rata netizen turut menggesa pihak berkuasa dengan segera mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan di atas perbuatan kejamnya itu kerana bimbang mungkin akan mencederakan anaknya sendiri.
Bukan begitu caranya itu mengajar anak, mengapa harus disiksa begitu? Silap haribulan wanita ini dipenjarakan kerana terlalu kejam pada anak sendiri. Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana tentang cara untuk mengajar anak.
(VIDEO) Wanita Mengheret Anak Atas Jalan Raya Dengan Skuter
Saza