Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Kanak-kanak Perempuan Maut Akibat Dipatuk Ular Tedung Berbisa

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Seorang budak perempuan yang berusia 9 tahun didapati maut selepas jari telunjuknya telah dipatuk ular tedung yang berwarna hitam ketika kanak-kanak terbabit sedang tidur.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, jam 7.30 malam, mangsa Prapawee Prawat, 9 tahun, sedang tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai di rumahnya sebelum dia dipatuk ular yang amat berbisa itu di Surat Thani, Thailand.

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang menyedari akan kejadian tersebut dan ahli keluarganya hanya mengetahui tentang kejadian itu pada keesokannya selepas mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan tidak bernyawa.

Menurut nenek mangsa, Lung Chu, 70, berkata, pada pagi Rabu tersebut dia telah masuk ke bilik mangsa dan cuba mengejutkan cucunya itu yang dilihat sedang tidur lena. Namun, mangsa langsung tidak memberikan sebarang respon apabila dipanggil neneknya. Selepas beliau memeriksa keadaan mangsa, barulah dia tahu bahawa mangsa sudah tidak bernyawa.

“Saya cuba mengejutkannya dari tidur memandangkan dia perlu bersiap untuk ke sekolah. Tetapi dia tidak bergerak atau pun bernafas, sebelum saya terus menghubungi beberapa pihak lain untuk mendapatkan bantuan segera.

“Dia memang tinggal bersama saya dan juga moyangnya kerana ibu bapanya sudah lama bercerai. Saya langsung tidak tahu bagaimana kejadian menyedihkan ini boleh berlaku sedangkan kami langsung tidak pernah nampak ular yang amat berbisa itu di dalam rumah ini selama tinggal di sini.

BACA JUGA : Lelaki Ini Cedera Parah Diserang Ular Sawa Besar Sepanjang 7 Meter Ketika Pulang Dari Kerja

“Saya amat sedih dan amat berharap diri sayalah yang menjadi mangsa patukan ular tersebut dan dia masih lagi muda,” jelasnya lagi.

dipatuk ular berbisa

Pihak polis dan pasukan penyelamat yang telah menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kejadian itu terus segera ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak perempuan itu sudah pun meninggal dunia sebelum mereka menjumpai seekor ular tedung hitam yang dilihat bersembunyi berdekatan dengan tilam tempat tidur mangsa.

Para penduduk kampung seterusnya turut berkerjasama dan berusaha untuk menangkap ular tersebut sebelum memukulnya sehingga mati. Kemudiannya mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat serta bagi mengenalpasti punca sebenarnya yang menyebabkan kematiannya.

ular hitam masuk rumah

mati dipatuk ular tedung selar

ular kobra

patukan ular

ular tedung hitam

Pihak polis turut memaklumkan bahawa Prapawee didapati telah meninggal dunia sekitar 8 jam sebelum mayatnya dijumpai oleh ahli keluarganya.

“Pihak polis hanya diberitahu mengenai tentang kematian mangsa pada jam 7.40 pagi tanpa mengetahui apakah punca yang sebenarnya kematian mangsa.

“Tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan mangsa telah didera tetapi pada jari telunjuk tangan kanannya dapat dilihat mempunyai kesan gigitan yang dipercayai gigitan reptilia tersebut yang turut ditemui berdekatan dengan tempat tidur mangsa.” katanya.

Sumber: Daily Mail

Kanak-kanak Perempuan Maut Akibat Dipatuk Ular Tedung Berbisa
Saza


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498