Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Penemuan Cara Mudah Untuk Cari Berlian Di Bawah Pokok Pandan? MENGARUT!!

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Satu penemuan yang terbaru yang dinyatakan oleh seorang Ahli Geologi bagaimana cara mudah untuk cari berlian ialah dengan melalui di bawah Pokok Pandan. Kedengaran kenyataan itu seperti tidak masuk akal langsung tetapi itulah realitinya yang dikatakannya.

Semua orang di dunia tahu akan tentang berlian adalah merupakan satu barang perhiasan yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran. Tetapi tidak semua orang yang mampu untuk memilikinya kerana harga berlian sememang terlalu mahal.

berlian
Berlian sememangnya cantik dan mahal yang amat disuaki oleh ramai orang.

Memetik laporan Taikotai, melalui satu kenyataan seorang ahli geologi, Stephen Haggertu daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam penemuan terbarunya itu telah memberitahu bahawa, kemungkinan terdapat berlian asli di sekitar kawasan yang ditanam pokok pandan.

Menurut beliau lagi, berlian tersebut biasanya didapati tersembunyi di bawah tanaman ini, kerana berlian pada mulanya terbentuk jauh di dalam dasar tanah dan akan naik ke permukaan oleh kesan volcanic. Seterusnya berlian akan terkumpul di kawasan batu yang disebut sebagai kimberlite, jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Contoh Rupa Batu Kimberlite

Batu kimberlite berlian
Batu kimberlite
berlian pandan
© Saja Kongsi
Batu berlian pokok pandan
© Saja Kongsi

BACA : Mak Aku Kena Pukau Dengan 4 Individu, 3 Cincin Emas & Duit Hilang Macam Tu Saja..

Apa yang amat menarik dalam penemuan ini, pokok pandan biasanya akan tumbuh di kawasan yang mempunyai banyak batu batan kimberlite ini dan tidak hairan sekiranya ramai orang yang akan melakukan pencarian pokok pandan hanya kerana berlian.

berlian pokok pandan
Pokok Pandan

Rakaman video berikutnya dikongsikan sebagai cerita ringkas berkaitan dengan penemuan terbaru ini.

MENGARUT

Sebenarnya kisah dan cerita ini telah diterbitkan pada tahun lalu, anda dilarang untuk mempercayainya kerana pekara ini langsung tidak masuk akal dan untuk pengetahuan semua, tiada sebarang batu kimberlite seperti yang dinyatakan di atas. Perkara ini telah dinyatakan melalui laman The Root of Science seperti di bawah;

Pertama sekali, perlu diberi perhatian bahawa TIADA BATUAN KIMBERLITE DI MALAYSIA. Berbeza dengan Liberia yang sering dilanda peperangan, Malaysia sudah mempunyai peta geologi yang menyeluruh hasil kajian sejak sebelum merdeka lagi.

Namun, tiada penemuan longgokan berlian komersial yang ditemui malah tiada pun kawasan yang mendandungi batuan kimberlite ini. Jika inginkan peta geologi Malaysia, boleh dapatkan di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Kimberlite biasanya ditemui di perisai benua yang berusia berbilion tahun seperti di Kanada, Afrika Selatan dan juga Russia. Liberia (di mana penemuan pandan sebagai penanda kimberlite) juga terletak di atas perisai benua.

Malaysia tidak terletak di kawasan seperti ini. Kimberlite merupakan batuan yang berasal dari mantel bumi yang naik ke atas dan membawa sekali berlian yang ada. Rajah di bawah menunjukkan perkaitan antara berlian dan kimberlite.

Habis tu, kenapa makcik kepada kawan adik sepupu saya punya jiran jumpa berlian bawah pokok pandan dia?

Pertama, apa makcik tu jumpa mungkin BUKAN BERLIAN. Tetapi kemungkinan apa yang ditemui itu adalah KUARZA yang banyak didapati dalam tanah laterit yang mudah dijumpai di Malaysia. Warnanya sama sahaja, kuarza juga mineral yang keras (walaupun tidak sekeras berlian).

Jika mereka yang tidak tahu membezakan antara dua mineral ini pasati terkeliru dengan rupa dan warna. Sebab itu wujud peribahasa ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’ – hanya orang yang arif (pakar) yang mengenal permata (termasuk berlian).

Jadi, selepas baca semua di atas anda tidak perlu lagi pergi cari berlian di pokok pandan.

Penemuan Cara Mudah Untuk Cari Berlian Di Bawah Pokok Pandan? MENGARUT!!
Saza


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498