Quantcast
Channel: Media Maklumat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Cara Betul Beri Ubat Cair Kahak Pada Anak, Selama 30 Tahun Hidup, Baru Sekarang Tahu!

$
0
0

Media Maklumat
Media Maklumat - Berita Sensasi

Cara beri ubat cair kahak pada kanak-kanak. Seorang wanita dan ibu kepada anak yang comel ini berkongsi satu pengetahuan yang beliau dapati daripada seorang doktor sewaktu dia bersama suaminya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya yang dilaporkan demam tak kebah.

Apabila dia memaklumkan kepada doktor tentang anak keduanya itu yang dikatakan sering atau mudah diserang penyakit, doktor seterusnya memberi penerangan kepadanya tentang sebab dan turut memberitahu cara yang betul yang sepatutnya mak dan ayah praktik ketika memberikan ubat cair kahak untuk anak.

Perkongsian Puan Tengku Wdec ini sangat-sangat berguna untuk semua ibu bapa di luar sana yang sering melakukan kesilapan yang serupa dengan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Berkemungkinan itu adalah kebiasaan yang tidak diperbetulkan. Semoga dengan adanya perkongsian yang sangat bermanfaat ini cara beri ubat cair kahak akan membantu semua ibu dan ayah untuk betulkan kesilapan.

Sumpah Selama Ni Tengku Tak Tahu

Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi. Ambil picagari, cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya SALAH.

“Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawa ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.”

Masuk dalam bilik doktor. “Tengku cakap anak kami no. 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.”

Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi macam tu.

Doktor cakap sebab susukan anak sambil tido. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.

Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. “Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu lak masa tu.”

Lepas tu tiba-tiba doktor tu tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami Tengku dah buat muncung panjang hala ke Tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang kerja Tengku.

“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik.” Doktor tu senyum. “Salah tu….”

ubat cair kahak
Kesihatan anak adalah tanggungjawab ayah dan mak.

Macam Ini Cara Betul Beri Ubat Kahak Anak

Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali “Ooooo… baru aku tahu.”

Korang perasan tak selama ni ubat cair kahak biasanya ada penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.

Ini cara yang doktor tu ajar ya:

1. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu.

2. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu.

3. Lepas tu baru tarik pakai picagari.

4. Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol.

5. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.

Contoh: Celup dalam botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.

Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.

Doktor tu kata “Once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak.

“Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik I ni kalau U buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.”

Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari maksure basuh bersih sebelum celup.

Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair kahak anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.

Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.

So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok? Sesamalah kita ya. Tunggu apa lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.

cara cair kahak kanak-kanak
Yang ni dah arwah dah. Nampak tak betapa banyak koleksi ubat dalam peti. Sayonara ubat.

Sebelum Komen Baca Dulu Sampai Betul-betul Faham

Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah Tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan Tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.

  • Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
  • Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
  • Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.

Terpulang.. Asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.

BACA : Adakah Tabiat Bayi Suka Menghisap Jari Memberikan Kesan Terhadap Susunan Giginya Bila Besar Nanti? Doktor Ini ada Jawapannya..

Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambil. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ya. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambil pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.

Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.

Wallahhua’lam. Apa-apa pun terima kasih sudi share post ni. Terasa macam nak delate bila ade ‘bijak pandai’ yang hentam. Tapi bila ramai yang berterima kasih sebab kongsi ilmu terasa sejuk perut ni. Macam ade ais batu.

Semoga pahala pengalir kepada doktor yang baik hati itu. Amin..

Rujukan Cara Bergambar Agar Mudah Faham

cara cair kahak bayi
Ni antibiotik. Ni contoh je tau. Antibiotik ni kena habiskan. Tak boleh simpan lama. Tak macam ubat lain.
ubat cair kahak demam
Tuang dalam tudung transparent ni dulu. Kalau tak ada pakai bekas lain pun boleh. Asalkan bersih.
cair kahak
Lepas tu baru tarik pakai picagari. Tuang sikit-sikit. Kalau tak cukup tambah lagi. Boleh ikut sukatan pada penutup tu.
ubat kahak
Kalau ade yang lebih jangan masukkan balik dalam botol ye. Kena buang. Jangan masukkan balik dalam botol.

ATTENTION: NI CONTOH JE YE. ANTIBIOTIK MEMANG KENA HABISKAN. DIULANGI. INI CONTOH!!! KANG DAH MARAH 😂

Step tengku share 1 salah satu cara nk jaga ubat supaya tak tercemar. Sebab tengku percaya ramai lg yang bagi ubat cara celup-celup mcm tengku sendiri. So please jgn sensitif sangat. Dan yes. Kat penutup tu ade sukatan. Boleh ikut sukatan dekat tu baru tarik pakai picagari.

Gambar ni contoh sahaja. Harap maklum.

kahak hijau
Ubat baru. Tinggal 3 ni je la.

Semoga cara beri ubat cair kahak pada bayi ini bermanfaat kepada semua. Sila sampaikan kepada mereka atau ibu bapa yang belum tahu tentang perkara ini dan mungkin pertolongan anda dapat membantu mereka menjaga anaknya dengan lebih baik.

Cara Betul Beri Ubat Cair Kahak Pada Anak, Selama 30 Tahun Hidup, Baru Sekarang Tahu!
Saza


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498